Monday, May 19, 2008

TMJ MENCEMAR DULI
KE KAMPUNG SEPARAP

Pada Jumaat, 16 Mei 2008, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, telah mencemar duli untuk merasmikan masjid di kampung saya, Kampung Separap, Mukim Empat, Batu Pahat, Johor.

Sempena perasmian tersebut, TMJ juga memberikan nama rasmi kepada masjid di kampung saya sebagai Masjid Ungku Ahmad. Masyarakat kampung saya amat berterima kasih di atas penghormatan berkenaan.

Ketiban TMJ disambut oleh Menteri Besar Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Dato’ Ali Hassan, ADUN Seri Medan, Haji Ahmad Zahri Jamil, para Exco Kerajaan Negeri Johor, para pembesar daerah serta beribu-ribu penduduk setempat.

Selepas menunaikan fardhu Jumaat, TMJ dan hadirin menunaikan solat hajat memohon kepada Allah SWT semoga keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Putih yang akan diumumkan pada 23 Mei 2008, akan memihak kepada Malaysia. Sesudah jamuan makan tengahari, TMJ beramah mesra dengan rakyat jelata. Majlis bersurai kira-kira jam 3.00 petang.

DYMM Sultan dan TMJ memang sering melakukan lawatan ke kampung-kampung pendalaman di seluruh daerah di Johor. Lantaran itulah hubungan antara Istana Johor dengan rakyat jelatanya adalah sentiasa akrab dan mesra. DAULAT TUANKU! - Ruhanie Ahmad

1 comment:

A Voice said...

Saya dengar2 Ku Yem sama2 buat sembahyang hajat untuk Johor menang dalam tuntutan pulau batu putih.

Iktkan hujah2 kita, kita boleh menang. Mungkin kita kalah kerana anasir2 zionis-nasara ini akan sentiasa memihak kepada kuasa tionghua nanyang atau cina seberang laut.