Thursday, October 04, 2007

Tun Mahathir Bertambah Sihat

Tun Dr Mahathir Mohamad bertambah sihat. Oleh itu,jangan sekali-kali anda terpengaruh dengan sesetengah berita negatif mengenai beliau yang sedang disebar oleh elemen-elemen tidak bertanggungjawab ketika ini

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Institut Jantung Negara (IJN) semakin sihat, malahan boleh menikmati masakan dari rumah, setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

IJN, dalam satu kenyataan hari ini berkata Dr Mahathir, 81, meluangkan lebih banyak masa dengan duduk berikutan semakin sihat dan bertenaga selepas 11 hari menjalani rawatan pemulihan selepas pembedahan.

"Beliau kini boleh makan masakan dari rumah kerana adalah amat penting bagi Dr Mahathir untuk mengambil makanan berkhasiat untuk memberikan tenaga.

"Para doktor IJN gembira dengan perkembangan kesihatan beliau yang semakin pulih dan beliau akan terus ditempatkan di ICU," menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir menjalani pembedahan membersihkan luka pada 22 Sept selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada 4 Sept.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=288465

No comments: