Thursday, October 18, 2007

Tun Mahathir Tak Sabar
Untuk Pulang Ke Rumah

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersedia untuk pulang ke rumah kerana kesihatannya bertambah baik, kata anak sulungnya Datin Paduka Marina di sini hari ini.

"Beliau (Dr Mahathir) benar-benar ingin pulang kerana hampir tujuh minggu berada di sini (Institut Jantung Negara) dan beliau rindukan suasana di rumah." katanya.

Marina berkata bekas perdana menteri itu sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah dan menyatakan hasrat untuk pulang kepadanya.

Di samping itu, Dr Mahathir juga berusaha untuk memulihkan kesihatannya dengan melakukan senaman ringan, berlatih berjalan serta sudah mampu membaca buku dan meluangkan masa menonton televisyen.

"Beliau juga melakukan senaman ringan bagi menguatkan otot lengan serta bahagian dada untuk memulihkan kembali tenaganya selepas keluar dari IJN nanti," katanya.

Hari ini Dr Mahathir bersarapan kuew tiaw goreng yang dibawa khas dari Kampung Tok Senik, Langkawi oleh kenalan rapatnya.

Semalam pula Dr Mahathir menerima kunjungan Pengarah Agensi Angkasa Negara Datuk Dr Mazlan Othman yang akan berlepas ke Russia malam ini bagi menyambut kepulangan angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Marina berkata ayahnya begitu gembira dan bangga kerana program ke angkasa lepas yang dirancangnya berjaya.

Dipetik daripada Bernama 17 Oktober 2007

4 comments:

Hamizi Hamdan said...

alhamdulillah...

hero saya sudah sihat kembali...

tabik kepada TDM kerana percaya dengan pakar tempatan, walaupun mampu mendapat rawatan yang mahal di luar negara...

kepada pemimpin kerajaan dan pembangkang yang gemar mendapat rawatan dari luar negara, jika anda berkuasa slogan malaysia boleh tukar sahaja kepada malaysia tak boleh...

Berita dari gunung said...

Moga Tun kembali sihat. Tun masih mampu menyumbang untuk negara tercinta.

Menarik juga bila difikirkan tentang kisah 1987. Dalam ramai-ramai team B itu, AAB sangat beruntung. Musa Hitam juga beruntung dengan Iskandar seolah beliau gabenornya kini. KuLi nampaknya sedikit malang. Apatah lagi dengan Kelantan yang terus matang tanpa UMNO.

Walau Musa nampak bergemerlapan dengan Iskandar dan estate landbank, suka juga diingatkan tentang kes-kes pending di Memali.

NST menyaman Rocky kerana NST kuat dan kaya. Kalau panjang umur, anak cucu Memali juga akan kaya dan kuat dengan izin Allah untuk menyelak kertas putih lama dan cerita lisan, cerita rakyat orang sana.

Harap ketika itu kita belum cukup tua dan nyanyuk untuk menyedari makna pisau berbilah enam, dan kegelojohan tindakan. Masa muda pun kita mudah lupa, apatah lagi tika kita bongkok berlipat tiga dan gigi tinggal dua.

Unknown said...

Selamat Pulang Tun, mudah-mudahan Tun segera sehat dan bertambah kuat.

Kami mengucapkan jutaan t.kasih kpd seluruh warga IJN yang bertungkus lumus menjaga Tun dari awal hingga Tun pulang ke rumah.

Tun tulislah buku mengenai pengalaman tun semasa di IJN. ini akan menjadi panduan pesakit2 lain supaya lebih bersemangat dan memberi harapan untuk terus hidup.

wassalam.

(isteri saya juga seorang paramedik di Dewan Bedah (jantung)PPUM )

kudakepang said...

Hamizi, Berita Dari Gunung dan Haji. Selamat Hari Raya dan terima kasih. Sama-samalah kita doakan semoga Tun terus pulih dan sembuh sepenuhnya. Komen Berita Dari gung dalam maksudnya. Semoga pighk yang terbabit ambil iktibar dan insaf.

Salam takzim.