Monday, August 13, 2007

Laporan Polis Mengenai SMS
“Bloggers Will Be Put To Sleep”

Saya telah membuat satu laporan polis mengenai ancaman yang saya terima menerusi SMS baru-baru ini. Saya ke Balai Polis Kajang, Selangor, untuk membuat laporan tersebut pada 4.13 petang, Isnin, 13 Ogos 2007, dengan diiringi oleh Presiden Allblogs, Saudara Ahirudin Attan [Rocky Bru]. Berikut adalah extract laporan berkenaan.

Saya, Ruhanie Bin Ahmad, membuat laporan di bawah ini kepada pihak polis demi untuk melindungi keselamatan anggota keluarga saya, diri saya sendiri, serta keselamatan komuniti bloggers Malaysia dan keluarga masing-masing, secara umumnya.

Pada hari Khamis, 1 Ogos 2007, saya telah menerima dua pucuk pesanan ringkas (SMS) daripada seorang pengirim yang tidak saya kenali. Pengirim berkenaan menggunakan telefon nombor +60163929760. SMS yang dikirimkan kepada saya terbahagi kepada dua bahagian yang bersambung (links). Tarikh, waktu dan kandungan penuh SMS tersebut saya salinkan di bawah ini mengikut gaya, bahasa dan ejaan asalnya tanpa sebarang perubahan atau pembetulan seperti berikut:

Linked 1/2:

Just 4 bloggres whoever there ard w’ever shall be given stern warning drastic. Bloggers must realise they successfully been identified even will be put to sleep.

Sender: +60163929760
Sent: 1-Aug-2007, 15:53:29

Linked 2/2:

... Watch ur step take a good rest, good sleep, maybe after this u will be helpless, hopeless.

Sender: +60163929760
Sent: 1-Aug-2007, 15:53:54

Untuk memudahkan saya memahami maksudnya, saya perbetulkan sedikit bahasa dan ejaan SMS di atas, tanpa mengubah maksudnya, seperti berikut:

Linked 1/2:

Bloggres whoever and wherever they are shall be given stern warning and drastic action. Bloggers must realise that they have successfully been identified. They even will be put to sleep.

Linked 2/2:

... Watch your step, take a good rest and good sleep. May be, after this you will become helpless and hopeless.

Selepas itu, kedua-dua SMS yang menggunakan bahasa rojak itu pun saya terjemahkan kepada Bahasa Melayu seperti berikut:

Seluruh bloggres, sesiapa sahaja dan di mana jua mereka berada, perlu diberikan amaran keras dan dikenakan tindakan drastik. Bloggers mesti sedar bahawa mereka telah berjaya dikenalpasti. Mereka juga akan dilenyapkan (atau dibunuh). (Bloggers) waspadalah terhadap tindak tanduk anda. Berehatlah secukup-cukupnya dan tidurlah selena yang termampu. Mungkin selepas ini anda akan jadi golongan tidak lagi bermaya dan tidak lagi berharga.

Saya membuat laporan kepada polis berasaskan kandungan SMS di atas, khususnya merujuk kepada perenggang yang menyatakan bahawa bloggers “even will be put to sleep.”

Dua orang peguam yang saya minta nasihatnya menyatakan bahawa ayat “they even will be put to sleep” membawa implikasi yang serius.

Ayat ini merupakan satu English idiom atau bidalan Inggeris. Menurut kamus Bahasa Inggeris, The Concise Oxford Dictionary, ayat “put to sleep” lazimnya dikhususkan kepada binatang. Ia bermaksud “kill painlessly”.

Menerusi google search, saya temui pelbagai maksud “put to sleep”. Antaranya adalah “to kill an animal medically” dan “euphemism for killing - usually of an animal”. Kepada barang-barang tidak bernyawa, “put to sleep” membawa maksud memusnahkan barang berkenaan.

Oleh itu, ayat bloggers “even will be put to sleep” yang ditujukan kepada bloggers Malaysia dalam konteks ancaman yang terkandung dalam SMS di atas bolehlah ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa bloggers tempatan “will be killed painlessly” seperti binatang. Dan kalaulah yang akan dikenakan tindakan “put to sleep” adalah blogs milik bloggers Malaysia, ini bermakna bahawa blogs berkenaan akan dimusnahkan.

Jadi, dalam Bahasa Melayu, ayat berkenaan bolehlah diterjemahkan sebagai bermaksud bahawa bloggers (Malaysia) akan dibunuh menggunakan cara yang tidak menyakitkan, atau blogs di Malaysia, khususnya blogs sosio-politik, akan dimusnahkan.

Saya memandang serius ancaman ini. Sebab itulah saya membuat laporan polis sebagai satu langkah pro-aktif, pre-emtif dan preventif, demi untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan diri saya sendiri, serta demi melindungi keselamatan dan kesejahteraan komuniti bloggers dan keluarga masing-masing di Malaysia, terhadap apa jua kemungkinan yang boleh terjadi, khususnya kemungkinan “dibunuh menerusi cara yang tidak menyakitkan” seperti binatang. – Ruhanie Ahmad

18 comments:

wutever said...

together we unite....long live bloggers!

Unknown said...

Alhamdulillah, datuk memang mengambil jalan betul. Kita berharap polis akan membongkarnya.Kita nak tengok muka dia.

Hamizi Hamdan said...

datuk...

saya juga akan menyusul membuat laporan polis keran penyalahgunaan identiti saya (nama dan gambar)dalam blog baru si "malaysia"...

walaubagaimanapun saya bagi peluang kepadanya sehingga rabu untuk membetulkan semula keadaan...

jika tidak, maka hari khamis saya akan membuat laporan polis...

dengan anggapan, "malaysia" selalu bersiar-siar di blog datuk ini, saya harap dia memandang serius amaran saya ini...

pemerhati said...

As'kum Dato'

Jangan patah semangat, teruskan perjuangan demi menebus kedaulatan negara.. Kawaan doakan Allah swt melindungi Dato'. Amin.

Husin Lempoyang said...

Hamizi, Husin baru baca blog dia, penuh dengan maki hamun dan kebencian terhadap blog ini. Isi kosong ... menandakan otak kosong dan kemungkinan pejenis kurang pendidikkan.

Sepatutnya tidak di ambil peduli. Bila commend di mederate, tak ada peluang orang2 sedemikian untuk mendapat perhatian. Biar dia melalak seorang diri dalam ruang mereka yang tidak di lawati orang.

Rasanya kemungkinan dan tak heran jika nombor yang menghantar ada kaitan dengan blog tak ada kelas itu. Sebenarnya nama blognya ada dalam blogroll satu laman web tertentu dan terdapat di blog-blog yang sewaktu dengannya.

Cara mereka ini seolah-olah diberi tugasan assasin kepada seorang blogger mereka untuk blog2 tertentu. Secara amnya, mereka akan cuba brand dan war2 di media massa blog sebagai tidka ada kredibiliti.

Pendekatan yang biadap diguna kerana mereka tidak terdaya dari segi nombor dan minda untuk menguasai blog yg jauh lebih bermutu dan mudah mercup membiak. Cara yang boleh dilakukan adalah membunuh kredibiliti, persenda, dan ugut serta ancam.

The Eugenist said...

Tok..setelah meneliti kandungan sms ni, saya rasa dua rumusan yang buleh saya buat.

a) SMS berbentuk nakal
b) SMS berbentuk obsessive.

SMS nakal ini mungkin ini menimbulkan perasaan cemas terhadap diri Datuk. Mereka ingin melihat Datuk dalam keadaan "ghaplah" (cemas).

SMS obsessive ini mungkin agak bahaya kerana kemungkinan ada pihak2 tertentu tidak suka dengan cara dan gaya penulisan Datuk yang mendedahkan pelbagai kegilaan kerajaan sekarang.

Apa yang penting, Tok laporan telah dibuat dan saya benar-benaar berharap Datuk jaga keselamatan diri, terutamanya keluarga....

Harap kita berjumpa lagi.

Ikhlas,

HESMEL FAZNEE FAISAL

zorro said...

Datuk Ron, expect me to walk beside you, now and always. We will show them that their threats are hot air.THEY are so desperate. Why are they so afraid of us? They are afraid of what we know....the TRUTH.
VERITAS NOS LIBERABIT - The Truth will Liberate us.

shar101 said...

Datuk,

Thank you for making the police report which I gather is not just for yourself and your family but also for the blogging community.

With the shoe on the other foot, let's see how quickly and efficiently the RMP will carry out their duty. There are other means to trace the owner of 016-3929760 but it is necessary to proceed as it is.

Wassalam.

NURAINA A SAMAD said...

Ron,
good that you made the police report because it is a threat.
let's hope the police will act on your report.

take care and keep on blogging!

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Brother,

You should have called me to be there with you.

In fact, you should have notified all of us who are on the list.

I for one am all for speaking the truth and nothing but the truth.

We must fear only Allah Subhanahu Wa Ta'ala and not cowards who send sms's making idle threats.

As Muslims and as Malaysians, those of us who do speak up through our blogs do so with a clear conscience to see this nation be the best that it can be.

I ask that all of us in the list put up in Zorro's blog rally together with Brother Ruhanie in asking that justice be done to trace the culprit making those threats.

You have my number. Let me know. I'll be there.

Insya Allah.

Wassalamualaikum wr wb.

kudakepang said...

Amiruddin, Haji, Hamizi, Pemerhati, Husin, Eugenist, Zorro, Shah IOI, Nuraina, Mahaguru:

Jutaan terima kasih atas sokongan moral.

Saya sengaja tak nak kecoh-kcoh. Setakat Rock dah cukup mwakili seluruh bloggers Malaysia. Apa pun, saya buat laporan itu buat keselamatan keluarga dan diri saya sendiri serta bagi pihak bloggers Malaysia dan keluarga masing-masing.

Apa yang penting sekarang, kita mesti sentiasa berwaspada. Pada waktu yang sama, perjuangan mesti diteruskan demi kesjahteraan Malaysia dan rakyat jelatanya.

Saya dapat tau Brother Jeff Ooi dah dapat trace pengirim SMS ugutan berkenaan. Pihak polis juga saya difahamkan dan berjaya mengsan nama penuh, alamat dan no. kad pengenalan pengirim berkenaan.

Saya hanya buat laporan untuk mlindungi keselamatan dan kesejahteraan kita semua. Terserahlkah kepada pihak berkuasa untuk menyususl dengan tindakan sewajarnya.

Salam takzim dan salam perjuangan daripada saya.

Shanghai Fish said...

Bro,
Now that the identity of this coward is revealed to all...let's see if the police ( in all their failures as protectors of the citizens and up-holders of the law )got the balls to haul this 'beruk' in for threats made against a fellow blogger !
We will walk with you brother cos we have nothing to hide !!
Cheers and Godbless !

kudakepang said...

Brother Stephen

Thank you. I was informally informed yesterday that they had traced the owner of the telephone using that number. Up to them to take the appropriate actions.

Good luck and reragds from me.

A Voice said...

The requirement to register begin when Lim Kheng Yaik was challenged in the Gerakan election and sms was the weapon used to bypass the discriminating media.

The police is one thing but has goofy LKY been serious about it. Jeff has been exposing the SMS Scam and what has he done? Nothing!

kudakepang said...

Voice

I will leave the matter entirely to the police to handle and solve it. We have to have faith in the PDRM.

Salam takzim.

Ridz Vicious said...

Salam Datuk,

As we are desperate for justice and action to be taken agianst those who brake the law, it is best we do not lower ourself to their level and call for blood

frankly speaking, the HP registration is a joke. Alot of telcos scrambled to make sure tht valuable prepaid customers were not disconnected. They made it so easy and conducted the registrrattions in a rush. i had a friend who even 'registered' using his late sister's ic number and address.

tht number may link you to a certain name, but do hope that proper investigations are carried out so that to ensure the culprit, not a scapegoat is brought to justice. That person whos name appears in tht no's registration could very well just be a victim too.

salam.

kudakepang said...

Saudara Ridz

Thank you very much for sharing your thought with th rest of us. I just lodged the police report to protect my family and I as well the rest of socio-political bloggrs in general.

As I had mentioned earlier, after this it is entirely up to the police to exercise its experience and wisdom to act accordingly.

Salam takzim.

Puaka Desa said...

Assalamualaikum Dato' Ron,

Sila layari blog ini http://paneh.blogspot.com kerana kedua-dua blog ini mempunyai aspirasi yang hampir sama