Tuesday, August 07, 2007

“Bloggers Will Be Put To Sleep”
Ancaman Yang Membimbangkan?

Saya kembali ke tanahair malam tadi dengan satu perasaan yang amat pilu. Bukan kerana saya bersedih. Tetapi kerana saya dalam kebimbangan. Ini kerana pada hari kedua saya berada di luar negara - 1 Ogos 2007 - saya telah menerima dua pucuk sms daripada seorang Hamba Allah yang tidak saya kenali.

Mesej Hamba Allah itu penuh dengan ugutan dan ancaman terhadap “bloggers.” Antaranya, mesej itu menyatakan “bloggers will be put to sleep.”

Perkataan “will be put to sleep” seperti di atas sangat-sangat membimbangkan saya. Ianya membawa maksud yang luas. Satu daripadanya adalah “dilenyapkan.” Lebih direct lagi, ia bermaksud “dibunuh.”

Mungkin ramai lagi bloggers yang telah menerima mesej yang sama pada hari tersebut. Tetapi. oleh kerana saya adalah salah seorang daripada penerimanya, saya terpaksa menyifatkannya sebagai serius. Apatah lagi bila mesej itu mengandungi perkataan “will be put to sleep” di mana maksudnya adalah “akan dilenyapkan” atau pun “akan diubunuh.”

Saya masih dalam proses mendapatkan nasihat daripada beberapa bloggers dan peguam mengenai mesej berkenaan. Saya juga belum pasti sama ada akan membuat laporan polis untuk melindungi keselamatan diri saya berikutan penerimaan mesej berkenaan.

Bagaimanapun, mesej itu mengingatkan sama kepada satu pesanan seorang sahabat kepada saya kira-kira dua minggu yang lalu. Kata sahabat saya, seorang pegawai polis di sekitar Kuala Lumpur pernah bertanya kepada beliau, sama ada saya mempunyai senjata api.

Sahabat saya bertanya kepada pegawai polis berkenaan, apa maksud sebenarnya. Pegawai polis itu dikatakan sebagai berkata bahawa kalau saya mempunyai senjata api, bawalah senjata itu bersama-sama pada setiap kali saya keluar rumah.

Saya tersenyum mendengar kata-kata sahabat saya itu. Saya pun katakan kepadanya, tidak mungkin ada pihak di Malaysia sanggup membunuh semata-mata kerana saya disifatkan kononnya sebagai kritikal terhadap kepimpinan negara dalam beberapa tulisan di dalam blog saya.

Tetapi, dengan adanya mesej seperti di atas, kenyataan sahabat saya itu mungkin jadi relevan. Soalnya, bolehkah mesej di atas diterima akal? Tidak mungkinkah ianya sekadar untuk menakut-nakutkan bloggers tertentu termasuk saya?

Bila saya kemukakan pertanyaan di atas, seorang blogger menasihati saya supaya memandang serius mesej tersebut. Katanya, nama saya adalah di antara berpuluh bloggers sosio-politik yang sudah berada dalam “watch-list” UMNO. Buktinya, kata beliau adalah seperti berikut:

This morning I was alerted to a 29th July posting in Malaysia Unplug. Short of a better choice, the omnipotent son-in-law CONDEMNED the following MONKEYS to UMNO's WATCH-LIST, probably without the Supreme Council's nod.

NOTE: The Malaysian bloggers ie 'Monyets/Monkeys' as classified by UMNO Youth Deputy Chief, Khairy Jamaluddin, are :

Lim Kit Siang, Jeff Ooi, Ahiruddin Attan, Anwar Ibrahim, Bakri Musa, Azly Rahman, Ong Hock Chuan, Husam Musa, Malik Imtiaz Sawar, Zainol Abideen ("Mahaguru58"), Ronnie Liu, Ruhanie Ahmad, Raja Petra Kamarudin, Marina Mahathir, Nuraina Samad, Hajjah Fuziah Salleh, Rustam Sani, Ahmad Zaki Yamani, Faisal Mustaffa, A.Kadir Jasin, Bernad Khoo (Zorro), Syed Shahir, Dato Shahrir Abdul Samad, Shieh ("Kickdefella"), Haris Ibrahim, Kula Segaran, Imran Idris, Captain Yusuf Ahmad, Dr. Hsu Dar Ren, Husin Lempoyang, Hizami Iskandar, Susan Loone, Syed Imran ("Kuda Ranggi"), Nik Nazmi Nik Ahmad, Nizam Bashir, Zaharin Mohd Yasin ("Sang Kelembai"), Annuar Mohd Nor, Ibnu Hakeem, Hishamuddin Rais, Amir Hafizi, Mohd Adib Nor, Nathaniel Tan, Zaharah Othman ("choc-a-blog"), Patrick Teoh ("Niamah"), Fathi Aris Omar, Amin Yatim ("Cuit Sikit"), Khalid Jafar, Amin Iskandar, Ahmad A. Talib ("Pahit Manis"), Pak Idrus (In Passing - Malaysian"), Saari Sungib, etc.

So fellow-targeted Bloggers, you know who your friends and enemies are. But fear not. Be United. - Dipetik daripada
http://zorro-zorro-unmasked.blogspot.com

Demikianlah kedudukan diri saya ketika ini. Apa pun, mesej yang saya terima dan nombor telefon pengirimnya hanya akan saya siarkan sepenuhnya di blog ini setelah saya mendapat nasihat undang-undang. Saya juga hanya akan membuat laporan polis setelah menerima nasihat berkenaan. Buat sementara waktu ini saya serahkan diri saya kepada Allah Yang Maha Berkuasa. – Ruhanie Ahmad

17 comments:

Rockybru said...

lodge a police report, dtk. kalau kes blogger, polis akan bertindak pantas lagi cekap. cuba tanya raja petra kalau tak percaya.

dan saya rasa kita jangan pandang enteng hal sebegini. pls take good care.

pemerhati said...

As'kum.. kawan nasihatkan agar Dato membuat lapuran polis kerana dari teks sms diterima boleh dikaitan dengan ugutan..


Malaysia negara berdaulat berperinsip Rukun Negara.. jangan risau Dato'.. InsyAllah semuanya selamat.

kuda kayu said...

Take care and beware...
some old folks from Pemuda Pt. Sulong still support and remember you, Datuk.
Just let us know when u come home to Separap and we'll have a cup of teh tarik or may be asam pedas Mak Limah...

A KADIR JASIN said...

Sdr Ron,

Pardon me for harbouring a slightly different view on this matter.

As a journalist, I am used to being threatened and being called up by the police or being visited by them over things I wrote or reports by my staff that I published.

I am sure you too had had a similar experience. Also you had the experience of being a politician and an MP. You served Musa Hitam loyally for a long time.

I was also once interrogated by the ACA over a statutory declaration made by a former assistant governor of Bank Negara.

As for threats, I am familiar with them too. But except for the initial shock and worries, I don’t give too much thought to them.

If we do, we will not be able to function effectively. There should be a limit to fear.

I have been called so many names before, much of it for my support of Umno, the BN and the government.

So being labeled monkeys and goblok by some self-appointed Umno flag-bearers merely expanded that list.

Still it does no harm all of us bloggers to take any threat seriously and to remind ourselves that there had been cases of Umno politicians being found guilty of murder and other serious crimes.

Sebagai seorang bekas orang kuat Umno dan Ahli Parlimen, Sdr tentu tahu isi hati orang politik.

Atau apakah isi hati orang politik Umno hari ini begitu berbeza daripada sebelum ini?

Thank you.

joe penang said...

dulu ada kes pembunuhan penyokong PAS di Kelantan, Secerang Perak, Memali dsbnya
Sekarang akan ada plak blogger asassin?

Apa nak jadi Malaysiaku dikala menyambut ulangtahun merdeka?

Kalau boleh jangan ada seorg blogger pun yg gugur seperti ini. Namun jika inilah caranya untuk menyedarkan rakyat...?

Patah sayap bertongkat paruh, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Insya Allah. Tumbang seorg blogger, akan bangkit 10 bloggers membelanya

1 said...

Susah kalau jadi orang yang tak tahu nak bezakan antara racun dan akar bertowali. Inilah jadinya, ugut sana sini. Apa faedahnya? Orang lain tepuk tangan, ketawa sampai pecah perut tengok kita:-(

Sagaladoola said...

Datuk, saya sokong.

Laporlah polis. Maklumkan kepada NGO sekalian.

Bagitau Malaysiakini.

Agaknya sekarang ni siapa yang selalu bermusuh dengan blogger, hentam blogger sampai keluarkan sms "blogger will be put to sleep" ?

Fikirkanlah sejenak.

Sekian,
http://sagaladoola.blogspot.com

The Eugenist said...

Salam, Tok..

Its good to hear that you're back and arrived home safely without any hassle from the authorities.

Anyway, I understand well the worries that you're having and all the matter that relates to it.

apa yang penting Tok, Berani Kerana Benar, Takut KErana Salah..

Anggap saja ini ugutan dari seekor "kutu babi" macam dalam cerita Seniman Bujang Lapok (yang akhirnya merupakan satu acahan oleh watak P. Ramlee ke atas Wak dalam cerita itu)

HesmeL Faznee Faisal

Hamizi Hamdan said...

Datuk...

bila baca posting kali ini ada 2 perkara terlintas di fikiran saya...

pertama, ianya agak menyeramkanlah...

kedua, saya sedikit kecewa kerana tidak termasuk dalam senarai tu sebab lewat mendapat kesedaran politik... hahaha...

ok... saya melawak saja... cuma cara Datuk menyerah diri kepada Allah tu dah betul lah tu...

selain itu usaha buat report polis tu memang patutlah... cuma tak payah lah bawa senjata api, takut lain pulak halnya nanti...

p/s: si "malaysia" tu ada jugak mengugut lebih kurang macam tu dalam blog saya... tapi saya bolayan... sampah-sarap...

KZSO said...

Dato' Ron,
Terpulanglah kepada Dato' Ron sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Lagipun bak kata orang pelem dolu-dolu "kita lihat siapaaa yang kenaaa..." dan yang akan "kena" nanti ialah Dato' sendiri tapi kesannya ter"kena" pada isteri, anak-anak Dato'. Selain dari merujuk kepada peguam dan kawan-kawan; buatlah solat istikharah. InsyaALLAH diberi petunjuk.

Apa-apapun... buatlah apa yang terbaik...

pemerhati said...

As'kum Dato.. semangat pahlawan melayu Johor tidak mudah menyerah kalah.. InsAllah... Dato selamat dan di lindungi Allah swt. Perkara ini telah pun di ketahui pihak Istana.. Salam Perjuangan Membela Kedaulatan Negara.. Sama-sama kita fahami kandungan tulisan di sertakan ini.
DAULAT TUANKU.. DAULAT TUANKU.. DAULAT TUANKU by Ketua Perusuh

Malaysia mengamalkan sistem Raja Beperlembagaan. Ini menyebabkan kekuasaan Raja (Sultan) dikekang dan dikawal oleh sistem yang dibangunkan oleh penjajah dahulukala. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kuasa mutlak diberikan kembali kepada DYTM Raja-Raja Melayu malah mungkin ramai yang akan menentang kuasa Raja-Raja Melayu.

Orang yang paling takut jika DYTM Raja-Raja diberikan kuasa adalah orang-orang yang dekat dengan koridor kekuasaan seperti Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya. Boleh dikatakan ianya melibatkan ramai orang terutamanya dari pihak Barisan Nasional yang diketuai oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi (Presiden UMNO).

Malah kalau boleh mereka ini akan menyekat kuasa DYTM Raja-Raja dalam mentadbir urusan yang berkaitan dengan Agama Islam dan Adat-Adat Melayu. Mereka (Perdana Menteri Malaysia) dan yang seangkatan dengannya seringkali dilihat menyalahgunakan kuasa mereka dalam perkara ini sedangkan mengikut perlembagaan hanya DYTM Raja-Raja Melayu sahaja yang berkuasa dalam menentukan hala tuju dan urusan berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Melayu.

Cuba kita lihat akan kes perundangan Lina Joy yang menggunakan laluan perundangan sivil sedangkan kes asalnya sepatutnya dibawah kuasa dan urusan DYTM Raja-Raja Melayu. Memang pada satu masa dahulu ramai dikalangan DYTM Raja-Raja Melayu mudah dikuasai oleh pihak-pihak yang berkepentingan demi untuk memastikan status quo yang masih mereka miliki. Namun jika DYTM Raja-Raja Melayu masih lagi kekal membatukan diri malah tidak mahu bersuara dalam melindungi kepentingan rakyat jelata, mungkin satu masa nanti DYTM Raja-Raja Melayu hanya tinggal sebagai lambang dalam buku sejarah sahaja.

DYTM Tuanku Raja-Raja Melayu perlu menggunakan kuasa mereka untuk menyekat salahguna kuasa, rasuah dan penyakit-penyakit hiliran para Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya. Malah tindakan yang dilakukan oleh DYTM Sultan Selangor Darul Ehsan (Sultan Sharafuddin Idris Shah) dalam membatalkan dan menggantung darjah kebesaran kepada beberapa orang yang terlibat dengan jenayah dan salahguna kuasa perlu dilihat sebagai satu contoh mulia yang pastinya boleh diikut oleh mana-mana Sultan dan Raja-Raja negeri lain.

Kini terdapat gesaan diperingkat rakyat jelata (marhaen) agar Sultan dan Raja-Raja Melayu membuat satu pergerakan membenteras gejala sosial yang terdapat dalam kebanyakan kes yang melibatkan orang-orang yang berada dikoridor kuasa. Malah tindakan mereka-mereka ini (penjenayah) perlu dibenteras seberapa cepat yang boleh sebelum ianya merebak dan membusuk.

Hamba rakyat amat berharap agar DYTM Tuanku-Tuanku dapat memberikan satu contoh teladan yang baik demi masa depan negara yang bersih, telus dan amanah. Kuasa yang masih ada ditangan DYTM Tuanku-Tuanku perlulah digunakan dengan sebaik mungkin. Hamba rakyat amat berharap DYTM Tuanku-Tuanku dapat mengambil tindakan segera dengan melucutkan malah membuang daerah (negeri) mana-mana pihak yang menggunakan status (Dato’) mereka untuk melakukan salahguna kuasa, rasuah dan jenayah.

Hamba rakyat amat berbesar hati sekiranya DYTM Tuanku-Tuanku Raja-Raja Melayu dapat bersidang dan menetapkan satu ketetapan dalam menangani permasalahan ini dengan segera. Hamba rakyat melihat bahawa kuasa dan sikap Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya (termasuk ramai Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) kini semakin menjolok mata dan besar kepala.

Kepada DYTM Raja Nazrin Shah, hamba rakyat berharap agar Tuanku dapat menunjukkan satu model pemimpin yang berjiwa rakyat, bersih, telus dan amanah yang sepatutnya mana-mana pemimpin di Negeri Perak Darul Ridzuan perlu ikut dan contohi. Hamba sebagai rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan merafakkan sembah agar DYTM Sultan Azlan Muhibbudin Shah dapat melakukan sesuatu kepada beberapa pimpinan utama di Negeri Perak yang dikenalpasti melakukan salahguna kuasa, rasuah dan jenayah.

Kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, hamba rakyat amat berbesar hati sekiranya DYMM Tuanku dapat memanggil mengadap Abdullah Ahmad Badawi untuk diperingatkan akan tugas yang sepatutnya beliau lakukan. Jika Abdullah Ahmad Badawi masih besar kepala, maka DYMM Tuanku berhak untuk berbuat sesuatu. DYMM Tuanku juga hamba rakyat harapkan agar dapat memanggil mengadap mana-mana penjawat awam yang dikenalpasti melakukan salah laku dan sebagainya untuk diberi peringatan ataupun diambil tindakan.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku,

Rizals said...

Assalamualaikum EYB RON,
Sorry Dato' pakai nama EYB (Ex-YB). Dulu masa saya pimpinan kampus Dato' deikenali oleh saya sebagai YB Ron, Pengerusi Back Benches kerajaan.
Berbalik kepada isu yang terbaru yang Dato ketengahkan kali ini, saya SEPENDAPAT dengan Y.Bhg Datuk A Kadir Jassin.
Jangan dihiraukan sangat.
Jangan difikirkan sangat. Jangan ditilik sangat.
Jangan digusarkan sangat.
Kerana...
Itulah lumrah kehidupan wartawan/blogers,
Itulah resam orang yang berjuang,
Itulah bukti yang menandakan bahawa kewujudan Y.Bhg.Dato mempunyai kesan yang tersendiri kepada net community seperti ini.
Ikhlas dari saya, SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN SELAGI ITULAH PERJUANGAN BELUM BOLEH DIANGGAP SELESAI.

Unknown said...

Datuk, saya melihat mesej itu sebagai "ugutan". Datuk mesti mendapat pandangan Peguam. Jika Peguam minta datuk melapurkan kepada polis, datuk lapurlah. Kita pun nak tau juga siapa pengugut itu. Sudah pasti polis akan membongkar..dan sudah pasti datuk akan di ugut lagi oleh pengugut2 yang diupah.Janganlah berlengah lagi.

Najwan Halimi said...

Datuk,

Saya sering ke blog Datuk tapi tidak pernah meninggalkan komen.

Apa pun, saya doakan keselamatan dan kesejahteraan Datuk.

Juga kepada para bloggers yang jitu semangatnya dan berniat luhur untuk kebaikan negara.

Teruskan menulis Datuk Ruhanie. Insan seperti Datuk harus main peranan apa yang termampu untuk kebaikan negara ini.

Saya orang muda. Baru 22. Saya bangga kerana masih ada politikus macam Datuk!

I am with you Sir! God bless!

kudakepang said...

Ahirudin, Pemerhati, Kuda Kayu, Dato' Kadir, Joe, Leshung, Sagala, Eugenist, Hamizi, Kzso, Rizals, Haji, Najawan.

Terima kasih.

Saya telah meneliti serta menimbangkan seluruh pandangan serta buah fikiran anda semua terhadap isu yang saya paparkan kali ini.

Pada waktu yang sama, saya juga telah mendapatkan nasihat undang-undang dari beberapa peguam mengenai kes yang sama.

Demi keselamatan diri dan keluarga tercinta, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Saya akan membuat laporan itu di Balai Polis Kajang dalam sehari dua lagi.

ps: Saudara Pemerhati. Kiriman beberapa posting daripada anda telah kawan teliti dan hayati. Sebagai anak Johor, sama-samalah kita berusaha semoga bumi bertuah itu terbebas daripada sebarang musibah.

Kawan juga terharu bila anda menyatakan kes ugutan terhadap diri kawan telah sampai ke telinga pihak-pihak istana. Terima kasih yang tidak terhingga dari kawan kepada anda. Juga rafak sembah salam takzim kawan kepada pihak istana berkenaan.

Kepada anda kawan nyatakan bahawa pantang untuk anak buah Panglima Salleh untuk menyerahkan kalah tanpa berjuang sewajarnya.

Selamat maju jaya, selamat berjuang dan salam takzim daripada saya.

inam kitites said...

sdr ron.

saya ada jua lalu dan singgah ke blog sdr tapi tak pernah saya mengulas hanya menjana minda tetapi kali ini saya terpanggil.

abaikan ancaman yang melemahkan semangat penyampai mesej dan peduli ugutan yang tak bermoral.

kudakepang said...

Saudara Inam

Terima kasih dan selamat datang ke kk.

Pandangan anda akan saya ambilkira dalam membuat perkiraan yang terakhir.

Salam takzim.