Lagi-Lagi Pasal Monyet!
Di bawah ini saya petik sedikit berita Bernama 17 Ogos 2007 yang diberi jodol Kementerian Tarik Balik Larangan Eksport Monyet yang dikuatkuasakan sejak 1984. Penarikan balik larangan ini hanya untuk Semenanjung Malaysia.
Kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid, hanya monyet di kawasan bandar sahaja yang perlu ditangkap dan dieksport. Kini terdapat sejumlah 258,406 monyet ekor panjang di kawasan bandar Semenanjung Malaysia manakala 483,747 hidup liar di dalam hutan.
Monyet spesies ini dikenal pasti sebagai vektor pembawa virus Ebola, cacar monyet dan sebagai pembawa virus-B (Herpesvirus simiae).
Kisah di atas cukup serius. Tapi, ia juga boleh diambil maksudnya secara satirikal. Oleh itu, secara astirikal juga saya harap Azmi akan sudi menyakinkan kabinet untuk “mengeskport” sekumpulan khinzir jantan, beruk sarkas, lintah darat, biawak hidup, buaya tembaga, dan lain-lain spesies perosak yang sedang memporak-perandakan landskap politik, sosial dan ekonomi negara ketika ini.
Seluruh “makhluk perosak” ini lebih bahaya daripada monyet ekor panjang. Mereka membuatkan segelintir pembesar jadi bongok dan dungu sehingga nasib rakyat jelata terumbang-ambing dan kedaulatan negara diperjudikan kepada the highest bidder.
Kalau kabinet berani bertindak, saya pasti sambutan ulangtahun kemrdekaan di dasawarsa kelima ini akan jadi cukup bermakna kepada kita semua. – Ruhanie Ahmad

2 comments:
Bravo Dato Ron..
nice piece this. I could'nt have aptly describe the present political scenario prevailing in this beloved country of ours today. Just like Tun remarked a few days ago "this country is rotting and you can feel it"..
Alexo. Thank you and welcome to KK.
We have to do something together to overcome the stench around us today because as you have correctly said, TDM is also very frustrated with this very state of affairs.
I am sure something will take place, sooner or later, to correct this situation. How and when, I am not really sure. But, a corrctive measure is timely and necessary if we want to live longer in this beloved country of ours.
Salam takzim from me.
Post a Comment