Tuesday, August 22, 2006

PANTAU BLOG:
LUPA JANJI DR MAHATHIR

KUALA LUMPUR: Cadangan agar kerajaan memantau laman-laman web terutama blog-blog, disifatkan sebagai melupakan janji bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa pelancaran Koridor Raya Multimedia untuk membenarkan kebebasan dalam internet.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Wan Ab Rahim Wan Abdullah berkata, jika pemantauan itu dibuat ianya menjadi satu lagi "u-turn" daripada keputusan Perdana Menteri sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, yang meminta kerajaan memantau laman-laman web, terutama blog-blog individu yang banyak memuatkan fakta yang tidak benar mengenai pemimpin dan kerajaan.

"Berapa banyak lagi janji kerajaan dahulu yang akan ditukar oleh kerajaan sekarang. Ia seolah-olah menunjukkan dua kerajaan yang berbeza," kata Ab Rahim.

"Kelonggaran yang ada pada laman web sepatutnya dipertahankan supaya rakyat mempunyai ruang untuk menyatakan pandangan mereka," katanya yang mengalu-alukan jika kerajaan bertindak tegas memantau laman web atau blog yang berunsur lucah yang boleh merosakkan budaya dan akhlak masyarakat. – dipetik daripada tabloid Siasah

No comments: