Thursday, May 07, 2009

REALITI KEBEBASAN MEDIA DI MALAYSIA

Ruhanie Ahmad

Pengenalan

Kebebasan adalah antara elemen penting dan fundamental bagi seluruh umat manusia. Elemen ini termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagaat 1948. Ia ditikberatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sesebuah negara yang demokratik juga memaktubkan aspek kebebasan dalam perlembagaannya. Contohnya, Groves (1978:27) menyatakan, Perlembagaan Persekutuan memaktubkan sembilan aspek hak dan kebebasan. Satu daripadanya adalah mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Bagaimanapunm antara aspek kebebasan yang sering dipolemik dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak di Malaysia adalah kebebasan akhbar. Pihak-pihak terbabit melontarkan pelbagai tuduhan dan kecaman kononnya Malaysia tidak mengamalkan kebebasan akhbar. Mereka mendakwa kononnya Malaysia tidak mematuhi prinsip kebebasan yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Mereka juga memperbesar-besarkan ranking kebebasan akhbar Malaysia yang dikeluarkan oleh pelbagai pertubuhan antarabangsa untuk menyokong dakwaan kononnya Malaysia adalah negara yang tidak mesra akhbar dan menggunakan akhbar semata-mata demi keselamatan rejimnya sahaja.

Anehnya, majoriti golongan yang mendakwa sebagai juara kebebasan akhbar di negara ini bukannya pengamal kewartawanan. Mereka juga bersuara dan berbicara mengenai isu tersebut bukan atas dasar professionalisme. Majoriti mereka adalah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka menggunakan isu kebebasan akhbar sebagai perkakas untuk mengkecam kerajaan yang melaksanakan beberapa undang-undang yang matlamat utamanya adalah bagi memelihara nilai-nilai teras Malaysia yang berbilang keturunan. Mereka menggunakan isu kebebasan akhbar untuk memperolehi perbatuan siasah.

Konsep media dan akhbar

Media massa, terutamanya akhbar, tidak wujud berasingan daripada lain-lain institusi masyarakat. Ianya merupakan bahagian penting dalam proses perubahan dan pemeliharaan sesebuah masyarakat (Ryan & Wentworth 1999:23). Menurut teori liberal, akhbar mempunyai empat fungsi utama, iaitu menyampaikan maklumat kepada masyarakat umum, memantau kerajaan, mendorong debat umum, dan menyalurkan pendapat umum. Lain-lain fungsi tambahan adalah memupuk nilai-nilai utama yang dikongsikan oleh sesuatu masyarakat, membantu masyarakat menyesuaikan diri kepada perubahan, dan mendedahkan kemungkaran (Curran & Seaton, 2003:346).

Dalam pada itu, istilah media massa pula tidak boleh didefinisikan dengan sejelas-jelasnya. Sesetengah media memang benar-benar bersifat media massa. Ini termasuklah radio, aktiviti perakaman, pangung wayang dan televisyen. Bagaimanapun, media massa lazimnya merujuk kepada radio, akhbar, televisyen dan media rakaman (Ryan & Wentworth, 1999:11). Dalam konteks Malaysia, akhbar adalah apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi berita, penerangan, laporan kejadian atau apa-apa pendapat, pemerhatian atau ulasan, berhubungan dengan apa-apa berita, penerangan atau kejadian, atau dengan apa-apa perkara lain, yang menarik minat orang ramai, atau apa-apa majalah, komik atau bentuk majalah berkala lain yang dicetak dalam apa-apa bahasa untuk dijual atau diedarkan dengan percuma pada lat-lat tempoh yang kerap atau tak kerap, tetapi tidaklah termasuk apa-apa hasil penerbitan yang diterbitkan oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau Kerajaan Singapura (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984:Fasal 2).

Konsep kebebasan akhbar sejagat

Sebagaimana dinyatakan dalam pengenalan atikel ini, konsep kebebasan akhbar termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang diluluskan oleh PBB pada 10 Disember 1948. Artikel 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat menyatakan, setiap individu mempunyai hak kepada kebebasan bersuara dan pendapat. Hak ini termasuklah kebebasan mempertahankan pendapat-pendapat tanpa gangguan. Ia juga merangkumi kebebasan memperoleh, menerima dan menyebarkan maklumat serta idea menerusi sebarang media tanpa mengira sempadan. Artikel 29(2) deklarasi tersebut memaktubkan, dalam melaksanakan seluruh hak dan kebebasan, setiap individu adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang ditentukan oleh undang-undang khusus. Sekatan-sekatan itu adalah bagi memastikan keperluan-keperluan yang saksama terhadap moraliti, ketenteraman awam dan kesejahteraan umum di dalam suatu masyarakat yang demokratik. Artikel 29(3) deklarasi berkenaan menegaskan, seluruh hak dan kebebasan tidak boleh mencanggahi seluruh matlamat dan prinsip PBB. Menurut Piagam PBB, antara matlamat dan prinsip PBB adalah pengamalan toleransi dan kehidupan bersama secara aman; bersatu memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa; menghapuskan seluruh ancaman kepada keamanan; pemansuhan tindakan-tindakan ganas; dan bertindak selaras dengan undang-undang antarabangsa untuk meleraikan persengketaan atau lain-lain tindakan yang menjejaskan keamanan. Artikel 30 deklarasi yang sama pula memaktubkan, tiada peruntukan dalam Deklarasi yang boleh ditafsirkan sebagai menggambarkan sesebuah negara, kumpulan atau individu mempunyai hak untuk melakukan apa-apa kegiatan atau melakukan apa-apa tindakan yang bertujuan untuk menghancurkan seluruh hak dan kebebasan yang termaktub dalam Deklarasi.

Huraian di atas membuktikan kebebasan akhbar yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat adalah kebebasan yang terhad, bersyarat, mempunyai batas dan mempunyai sekatan. Hakikat ini kurang diketahui oleh masyarakat umum. Ini kerana pihak-pihak yang mendakwa diri mereka sebagai juara kebebasan akhbar sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut supaya masyarakat umum dapat dikelirukan bahawa kebebasan akhbar adalah kebebasan yang total dan tanpa batas atau sekatan.

Huraian tersebut juga membuktikan nilai-nilai teras sejagat yang dititikberatkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan oleh PBB adalah kesusilaan, kesejahteraan, ketenteraman, keamanan, keselamatan, kesaksamaan, toleransi, serta pemeliharaan hak dan kebebasan manusia daripada kemusnahan. Ini bermakna seluruh anggota komuniti dunia wajar memelihara dan mempertahankan nilai-nilai teras sejagat atau universal core values ini supaya tidak terancam dan tergugat. Hakikatnya demikian kerana ramai sarjana keselamatan antarabangsa berpendapat ancaman dan gugatan kepada nilai-nilai teras dunia atau nilai-nilai teras sesebuah negara memang boleh mengancam keselamatan serta menjejaskan kelangsungan sesebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Konsep kebebasan akhbar di Malaysia

Kebebasan akhbar di Malaysia tidak dimaktubkan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, Fasal 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4), tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan pendapat. Bagaimanapun, Fasal 10 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan pula memaktubkan bahawa Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-apikan supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

Fasal 10(4) Perlembagaan Persekutuan pula memaktubkan bahawa pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal 10(2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu. Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan yang dimaksud di atas adalah mengenai kewaganegaraan, Perkara 152 mengenai Bahasa Kebangsaan, 153 mengenai perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.

Hakikat sekatan terhadap kebebasan di Malaysia seperti di atas adalah selaras dengan Artikel 29(2) Artikel 29(3) dan Artikel 30 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Ia juga selari dengan matlamat serta prinsip PBB. Nilai-nilai teras di sebalik sekatan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia pula adalah keselamatan negara, ketenteraman awam, dan perpaduan rakyat. Ini membuktikan bahawa sekatan-sekatan terhadap kebebasan akhbar di Malaysia adalah demi kepentingan negara dan majoriti rakyat jelatanya.

Konsep Kebebasan akhbar di Singapura

Kebebasan akhbar di Singapura adalah berasaskan falsafah kebebasan akhbar PAP selaku parti pemerintah. Oleh sebab itulah PAP menjadi determinen yang tunggal dan penting kepada perkembangan akhbar di Singapura. Falsafah berkenaan adalah berasaskan kenyataan Lee Kuan Yew di Perhimpunan Agung International Press Institute, di Helsenki, pada 9 Jun 1971. Lee menyatakan: “freedom of the press, freedom of the news media, must be subordinated to the overriding needs of the integrity of Singapore, and to the primacy of purpose of an elected government.” Lee juga menyatakan, kerajaan Singapura mahukan “the mass media to reinforce, not to undermine, the cultural values and social attitudes being inculcated in our schools and universities.” Nilai-nilai yang dimaksudkan adalah nilai-nilai multirasialisme, toleransi agama dan menghormati hak-hak golongan minoriti. PAP juga berpendapat, “the press may be separate and independent of the government but in no circumstances should it imagine itself as having an equal role or status. An elected government is ultimately the only institution with the legitimacy to represent public opinion and interpret the national interest. The press is unelected, and cannot be permitted to obstruct the government as it carries out its mandate.” Falsafah kebebasan akhbar ini direalisasikan menerusi undang-undang akhbar, terutamanya the Newspaper and Printing Presses Act. (presspedia.journalism.sg: diakses pada 8 Mei 2009).

Hakikat di atas membuktikan bahawa Singapura juga memberikan kebebasan akhbar secara bersyarat, berdasarkan kepada nilai-nilai terasnya, iaitu multirasialisme, toleransi agama dan perasaan hormat terhadap masyarakat minoriti. Amalan ini adalah selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Menurut presspedia.journalism.sg, kebebasan akhbar di Singapura juga diberikan berasaskan agenda pembangunan negara dan tanggungjawab sosial. Menurut www.wikipedia.org (diakses pada 8 Mei 2009), oleh sebab itulah kerajaan Singapura tidak berasa malu terhadap ranking kebebasan akhbar yang rendah yang diberikan oleh sebuah NGO antarabangsa. Ini kerana republik itu mempunyai ranking yang tinggi di bidang kebebasan ekonomi dan kemakmuran.

Konsep Kebebasan akhbar di Indonesia

Kebebasan akhbar di Indonesia adalah bersumberkan kepada Artikel 28 Perlembagaan Indonesia 1945. Konsep kebebasan ini diperkukuhkan lagi menerusi Akta Akhbar 1999. Artikel 2 akta tersebut menyatakan, kebebasan akhbar adalah satu daripada ciri-ciri kedaulatan rakyat berasaskan kepada prinsip-prinsip demokrasi, kesaksamaan dan supremasi undang-undang. Artikel 4(1) menyatakan, kebebasan akhbar adalah dijamin sebagai hak asasi setiap warganegara. Artikel 4(2) menegaskan, akhbar nasional tidak mempunyai tapisan, sekatan atau larangan. Bagaimanapun, Artikel 5(1) menyatakan, akhbar nasional mempunyai obligasi untuk melaporkan peristiwa dan pendapat dengan menghormati nilai-nilai agama dan nilai-nilai masyarakat umum. Sementara itu, Artikel 6(b) menyatakan, akhbar nasional mestilah memainkan peranan menguatkuasakan prinsip-prinsip asas demokrasi, mempromosikan kedaulatan undang-undang dan hak-hak asasi manusia, serta menghormati kepelbagaian. Artikel 6(c) menyatakan, akhbar nasional mestilah mengembangkan pendapat umum berasaskan kepada maklumat yang benar, tepat dan sah. Selanjutnya, Artikel 13 pula menghuraikan, syarikat akhbar dilarang memaparkan iklan yang merendahkan maruah sesuatu agama, menjejaskan keharmonian hubungan antara pelbagai penganut agama, dan bertentangan dengan kesusilaan masyarakat.

Hakikat di atas membuktikan bahawa akhbar di Indonesia tidak tertakluk kepada tapisan, larangan dan sekatan. Ini boleh ditafsirkan bahawa akhbar di Indonesia menimkati kebebasan yang total. Bagaimanapun, akhbar nasional di Indonesia adalah dituntut supaya menghormati nilai-nilai agama, menghormati nilai-nilai masyarakat, menguatkuasakan prinsip-prinsip asas demokrasi, mempromosikan kedaulatan undang-undang dan hak-hak asasi manusia, menghormati kebelpagaian masyarakat, tidak merendahkan maruah seseuatu agama, tidak menjejaskan keharmonian antara penganut pelbagai agama, dan tidak mencemarkan kesusilaan masyarakat. Oleh sebab itu, walaupun Akta Akhbar Indonesia memang tidak mengenakan sebarang tapisan, sekatan ataupun larangan kepada kebebasan akhbar; tapisan, sekatan ataupun larangan itu sebenarnya dijelmakan dalam bentuk nilai-nilai teras yang termaktub di dalam akta berkenaan. Lantaran itu, kebebasan akhbar di Indonesia juga adalah selaras dengan Deklarasi Hak Asia Manusia Sejagat 1948. Maksudnya, kebebasan akhbar di Indonesia adalah kebebasan yang mempunyai had. Dan, had tersebut adalah temaktub di dalam Artikel 5, Artikel 6 dan Artikel 13 Akta Akhbar Indonesia 1999 seperti yang dihuraikan di atas.

Konsep kebebasan akhbar di Amerika Syarikat

Demikianlah hakikatnya kebebasan akhbar di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Tetapi, oleh kerana sesetengah pihak di Malaysia yang mendakwa diri mereka sebagai jaguh kebebasan akhbar sering berkiblatkan kepada Amerika Syarikat (AS), maka wajarlah ditinjau apakah bentuk dan realiti kebebasan akhbar di negara tersebut.

Kebebasan akhbar di AS adalah bersumberkan the First Amendment (1791) Perlembagaan AS. Di antara seluruh media di AS, media cetak adalah yang paling bebas. Bagaimanapun, kebebasan akhbar di AS juga adalah bersyarat. Kebebasan itu tidak termasuk kebebasan untuk menyiarkan bahan-bahan lucah dan fonografi. Kebebasan itu juga tidak mengatasi keselamatan serta kepentingan negara. Media penyiaran yang terangkum di bawah First Amendment AS pula menghadapi regulasi dan sekatan. The Communications Act 1934 AS mewujudkan the Federal Communications Commission (FCC) untuk meregulasikan radio, televisyen dan telekomunikasi. Anggota FCC dilantik oleh Presiden AS (Ryan & Wentworth 1999:120-122).

Pada awal 1990-an Kerajaan AS menggunakan alasan “keselamatan ketenteraan” untuk menyekat kebebasan akhbar di negara berkenaan. Contohnya, intervensi ketenteraan AS di Granada, Panama dan Teluk Parsi memberikan kerajaan AS untuk menggunakan isu “keselamatan ketenteraan” sebagai alasan untuk memperkenalkan satu sistem yang menyeluruh bagi menapis penyaluran berita mengenai perang terbabit. Wartawan yang membuat liputan Perang Teluk, contohnya, hanya diizinkan melaporkan berita-berita atas kawalan pegawai Pentagon. Wartawan yang diizin membuat liputan juga disaring oleh pihak Pentagon (Exoo, 1994:96).

Berikutan tragedi 11 September 2001, kerajaan AS pula mengambil beberapa langkah yang disifatkan sebagai menjejaskan kebebasan akhbar. Hakikat ini dihuraikan secara panjang lebar oleh Navasky (2002:28). Antaranya, Navasky menyatakan, Kerajaan AS mengeluarkan satu arahan eksekutif untuk menghalang pengedaran kertas-kertas maklumat mengenai bekas Presiden AS. Peguam Negara AS menarik balik andaian di sebalik Freedom of Information Act bahawa sesuatu dokumen hanya akan dilarang daripada edaran jika ianya menimbulkan mudarat. Kerajaan AS juga meluluskan Patriot Act. Akibatnya, pengaliran maklumat di AS telah dikompromikan dan hak rakyat AS untuk mendapatkan maklumat juga turut terjejas.

Hakikat kebebasan akhbar di AS seperti dihuraikan di atas membuktikan Perlembagaan AS juga memberikan kebebasan akhbar secara bersyarat. Ianya selaras dengan kebebasan akhbar yang dipelopori menerusi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan PBB. Pada waktu yang sama, dua nlai teras yang amat dipelihara oleh AS adalah kepentingan dan keselamatan negara. Oleh sebab itulah kebebasan akhbar di AS tidak boleh mengatasi aspek nilai-nilai teras berkenaan.

Realiti kebebasan akhbar di Malaysia

Berdasarkan seluruh huraian di atas, kerajaan Malaysia terbukti memberikan kebebasan akhbar di negara ini selaras dengan prinsip dan konsep kebebasan akhbar yang dipelopori oleh Deklarasi Hak Manusia Sejagat, PBB dan juga AS. Nilai-nilai teras yang dipertahankan oleh kerajaan Malaysia juga sama dengan nilai-nilai teras yang dipertahankan menerusi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, PBB dan AS. Dalam lain-lain perkataan, kebebasan akhbar di Malaysia adalah sama piawaiannya dengan kebebasan akhbar yang dilindungi oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, selaras dengan matlamat serta prinsip PBB dan sama tarafnya dengan standard kebebasan di AS. Pada waktu yang sama, amalan kebebasan akhbar di Malaysia juga tidak jauh berbeza dengan amalan di Singapura dan Indonesia.

Oleh sebab itu, mengapakah pihak yang kononnya juara kebebasan akhbar di Malaysia gagal menerima hakikat di atas? Oleh itu, mengapakah NGO antarabangsa yang memberikan ranking negatif terhadap kebebasan akhbar di negara ini seolah-olah tidak mahu menerima realiti ini? Mengapakah diketepikan kebenaran dan diperbesarkan pula kepalsuan?

Isu kebebasan akhbar di Malaysia juga dipolemik dan dipolitikkan mungkinkah kerana ia adalah antara isu terbaik untuk dijadikan perkakas yang boleh melumpuhkan kekuasaan Melayu yang menjadi teras pemerintahan negara ini? Oleh sebab itu, adakah soal kebebasan akhbar di negara ini yang kononnya negatif akan lenyap bila kuasa negara beralih ke tangan yang lain, khususnya ke tangan bukan Melayu? Mengapakah kelompok antarabangsa dan lokal yang prihatin terhadap kebebasan akhbar di Malaysia tidak memberikan minat dan komen terhadap tindakan seorang ahli exco sebuah kerajaan negeri yang baru-baru ini menyaman sebuah akhbar Melayu dengan jumlah beratus juta ringgit semata-mata kerana akhbar itu menyiarkan sebuah cerpen mengenai seorang individu yang hanya wujud dalam dunia hayalan? Mengapakah kelompok ini juga tidak pernah membuat apa-apa kritikan bila ahli exco yang sama juga menyaman seorang penyair dan menuntut gantirugi sebanyak RM30 juta semata-mata kerana penyair itu mengkaryakan sebuah puisi yang kononnya merujuk kepada ahli exco tersebut? Tidakkah tindakan undang-undang seperti ini merupakan tindakan yang tidak kondusif kepada kebebasan bekarya dan kebebasan akhbar?

Kesimpulan

Kebebasan akhbar yang menjadi sebahagian ciri-ciri kebebasan dalam masyarakat yang demokratik adalah kebebasan yang bersyarat dan kebebasan yang dihadkan oleh nilai-nilai teras sesebuah masyarakat dan negara. Nilai-nilai teras yang sangat ditikberatkan oleh kerajaan Malaysia adalah ketenteraman awam, keselamatan negara, keharmonian kaum dan perpaduan masyarakat. Amalan kebebasan akhbar yang bersyarat ini juga terdapat di AS, Singapura dan Indonesia. Oleh sebab itu, tuduhan kononnya kerajaan Malaysia tidak memberikan kebebasan akhbar adalah dakyah semata-mata.

20 comments:

Andin Salleh said...

Saya kira satu ciri penting kebebasan media dalam sesebuah negara ialah akhbar dalam negara itu boleh diterbikan tanpa permit.

Bilakah Malaysia hendak berubah dan berani berubah?

pakbelalang said...

I think it is high time for the government to act now to stop all this nonsense in the political front.

It looks like it has become out of control. The oppositions are really ridiculing the democratic system to test the government's strength.

Drastic action must be taken once and for all and move on to focus on the development of the country.

Much time has been wasted just to "entertain" these irresponsible leaders of the opposition who don't seem to be bothered about anything else except trying to rock the whole government machinery.

We cannot allow this situation to continue. It affects our country's security and political stability. It does not augur well if the govt. just let it continue with this kind of uncertainty in the political front.

ENOUGH IS ENOUGH of fooling around. There must be a limit to everything in order to ensure that the rakyat feel comfortable and safe.

So Hisham, I suggest you should start preparing another round of "OPERASI LALANG" to check this rot. Don't give them a damn.

We are really tired to see all the stupid antics shown by the oppositions.

Kerajaan jangan jadi macam "PONDAN". Kerajaan jangan ikut rentak mereka yang tidak bertanggong jawab dan menjadi pengkhianat negara.

A responsible government must act without fear and favour to protect the majority of the rakyat who want peace of mind to continue with their life in order to earn decent living for their families.

Don't worry about being unpopular. The issue is whatever action taken must be seen to protect the country's peace and security.

Being a minister of Internal Affairs how I wish you to repeat the statement made by the late Tun Ismail appeared on TV way back after May 13 1969 incident telling the rakyat that DEMOCRACY IS DEAD. Itu baru anak "JANTAN".

pakbelalang said...

PERAK ASSEMBLY SHOWDOWN: Perak Regent admonishes Nizar to respect royal address

The Raja Muda told the duo: “I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?

comment:

What a great Regent he is.

Daulat Tuanku !!

pakbelalang said...

Perak Crisis: Police put an end to Sivakumar's last stand

IPOH: He sat rooted to the speaker's chair for almost five hours, ignoring even the calls of nature, but was finally led out in defeat by several plainclothes policemen.

This was the fate of ousted Perak assembly speaker V. Sivakumar on the first day of the second term of the 12th assembly sitting here yesterday.

comment:

Kalau dia buat kacau tangkap masuk kem Kamunting. Jangan nak kurang ajar. Buat apa lagi melayan "orang gila" kuasa.

Kalau kita berfikiran waras BN lah yang berhak mentadbir kerajaan Perak.

Kerajaan DAP (Ngah dan Ngeh) tidak mampu mentadbir kerajaan Perak pasal perangai mereka macam penyangak.

pakbelalang said...

Bilakah Malaysia hendak berubah dan berani berubah?

Perubahan tidak akan berlaku dalam masa singkat ini kerana rakyat Malaysia belum lagi mencapai "benchmark" sebagai rakyat yang bertamadun dari segi akal dan kelakuan.

Tahap pemikiran rakyat Malaysia masih lagi belum matang.

Kalaulah media diterbitkan tanpa permit tentunya nanti Malaysia akan jadi huru hara dibuatnya. Segala isu yang diterbitkan oleh media akan sentiasa berbentuk "subtle provocation" untuk memperjuangkan isu perkauman yang berlarutan hingga mungkin akan mencetuskan perbalahan antara kaum. Inilah hakikatnya yang tidak boleh dinafikan.

Semuanya ini berkisar kepada kematangan fikiran rakyat. Selagi kita belum mencapai tahap "benchmark" sebagai civilised society maka adalah tidak wajar kerajaan melayani desakan supaya terbitan akhbar dibuat tanpa dikawal.

tok iskandar said...

Dalam you tube dah siarkan apa yang berlaku dalam dun perak.satu dunia boleh tahu dan tv3 boleh terus jadi alat propaganda.
apa yang pasti lepas ni imej Malaysia akan terpalit dan tercemar dengan insiden yang memalukan di dun perak.
rakyat melihat umno berkomplot dengan polis membuli speaker perak dan mencemari kemuliaan dun perak.mereka melihat betapa yang berhormat wakil rakyat mereka diperlakukan seperti penjenayah.ini persepsi mereka setelah melihat you tube.tidak mustahil lepas ni akan disiarkan dalam al jazeera,cnn,bbc dan lain-lain lagi.
lain kali kalau nak buat keja tak elok jangan bagi satu dunia tahu.kali ni tv3 pun dah tak dapat nak defend korang

AHIM KAMPONG said...

Akhbar umpama senjata, siapa yg berkuasa sudah pasti akan beroleh senjata yg baik...yg tak berkuasa senjatanya ada tapi tumpul...

pakbelalang said...

"Beta tak mahu masuk campur."
"Beta tak mahu masuk campur. [I don't want to get involved in this]. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want tto work with me in future, you have to respect my speech. Understand? "So go and tell that (to the Pakatan Rakyat assemblymen who had stood together in front of the royal dais) to take their seats." - Raja Dr Nazrin Shah

comment:
Belajar je tinggi-tinggi tapi tak tahu bahasa. Perangai macam "PARIAH". Memalukan. Memang bangsat. Tak menghormati Raja Melayu langsong.Menjatuhkan maruah orang Melayu, Raja kita di pandang macam tak berdaulat.

Mereka semua patut di buang daerah.

pakbelalang said...

Perak banyak sejarah silamnya.

Yang membanggakan kini rakyat Perak mempunyai raja Melayu yang paling intellectual sekali.

Rakyat Perak patut bersyukur kerana mempunyai Raja yang "cemerlang, gemilang dan terbilang".

Tapi kini institusi Raja di Perak telah tercemar oleh kerana kelakuan separuh dari golongan wakil rakyat yang tidak langsong memberikan penghormatan terhadap raja mereka.

Apa yang telah berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak jelas memperlihatkan bagaimana jijiknya perangai wakil rakyat Pakatan Rakyat yang telah bersikap kurang ajar dan biadap terhadap raja Melayu mereka.

Mereka sebagai ahli yang berhormat telah jelas mempapirkan sifat yang sungguh rendah moral mereka tanpa segan silu tidak memberikan penghormatan yang setinggi-tingginya terhadap raja mereka.

Tidak keterlaluan kita boleh mentakrifkan tindak tanduk mereka sebagai orang yang durhaka dan pengkhianat kepada raja mereka.

Sungguh menjijikkan melihat perangai mereka yang tidak bertamadun kerana berkelakuan seperti "setan dan iblis" tanpa sifat malu terhadap raja mereka.

Adakah ini rupa bentuk "Yang Berhormat" yang diharapkan oleh rakyat negeri Perak? Wakil Rakyat yang tidak tahu erti sopan santu terhadap raja mereka.

Mereka bolehlah diumpamakan sebagai wakil rakyat berperangai seperti "LANUN DAN PENYANGAK".

Amat malang sekali kejadian ini berlaku. Patutkah rakyat menerima mereka sebagai wakil rakyat yang telah menjatuhkan maruah Raja.

Fikir-fikirkanlah dengan hati yang ikhlas apakah rakyat negeri Perak tidak ambil peduli dan akan terus memberikan sokongan kepada wakil rakyat mereka yang telah jelas cuba mempermainkan institusi raja Melayu?

Kalau rakyat negeri Perak betul-betul menjungjungi institusi raja mereka maka adalah amat wajar supaya semua rakyat negeri Perak bangkit beramai-ramai mempertahankan raja mereka dengan mengadakan demonstrasi aman di depan Dewan Negeri Perak untuk melahirkan rasa kesalnya atas kelakuan biadap wakil rakyat mereka terhadap raja mereka.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku !

tok iskandar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tok iskandar said...

Pak belalang...rentilah komen kau yang berupa hasutan tu.
bila masa pulak rakyat nak menderhaka.
yang pasti rakyat dah tak mahukan umno....itu kira derhaka jugak ke
elok kau asah otak kau yang tumpul tu.
bila polis nak saman pak belalang ni.
terang-terang menghasut

TAAVEEKUN PERAK said...

Sebilangan manusia terlupa bahawa kekuasaan ini adalah hak ALLAH SWT dan ALLAH yang menentukan kepada siapa untuk diserahkan amanah menjaga Rakyat,Negeri dan Negara.

tok iskandar said...

Menarik untuk dikongsi bersama dalam the star online hari ni

Saturday May 9, 2009
Bare naked on Johor isle
Compiled by SIM LEOI LEOI, BEH YUEN HUI and A.RAMAN


AN ISLAND off Mersing in Johor has become a hot spot after it was used as the location for a European reality show, which had its participants running stark naked.

Scenes from the Survivor Robinson Ekspeditionen programme, which had been broadcast over TV3 in Denmark, were published on an online newspaper ScandAsia.com.

A reader with family ties to Malaysia alerted Harian Metro about the programe.

In the scenes, both men and women were seen running along a sandy beach without a stitch on.

The Danish national who e-mailed the images to Metro said he was surprised that the Malaysian authorities had allowed the filming although the show was soft porn.

It is believed that this was the first time the programme had made 16 out of its 22 participants strip naked for the run while five others got to keep their underwear on.

It is also understood that a woman who refused to strip was kicked out of the show and sent home to Denmark.

An official at the Mersing District Council said it had only allowed the filming after telling the producers that they could not have naked scenes on the island as it might offend local residents.

“The filming was originally scheduled at Pulau Besar for this and next month before moving to other islands,” he said.

tok iskandar said...

Ramai yang tertanya-tanya,Ganesan tak angkat sumpah pun sebagai speaker Perak depan Sultan Perak atau Raja Muda Perak.

Sahkah dia sebagai speaker.Ada pakar undang-undang pertikaikan Hee bertindak sebagai pemangku speaker Perak sedangkan Sivakumar masih duduk di kerusi speaker.Soalan cepumas pulak sahkah usul yang dikemukakan tanpa kehadiran Raja Muda Perak di dewan.

Pening kepala rakyat Perak dan pening lagi kepala hakim untuk buat keputusan.Ini bermakna Sivakumar masih speaker yang sah.

Ramai yang mempertikaikan kegelojohan polis mengheret speaker perak dan mengusirnya keluar dewan.kemudian speaker ditahan tanpa sebarang sebab dan dibebaskan sebaik sahaja dun perak selesai bersidang.

UMNO jika hendak memerintah Perak eloklah menggunakan saluran undang-undang dan tidak membelakangkan perlembagaan dan menghina dewan.

Apa guna menang sorak tapi kampung tergadai.kelak Perak akan menjadi pusara buat UMNO.Rakyat tidak dapat menerima budaya samseng atau ugutan.

Bukankah One Malaysian mengutamakan aspirasi rakyat.Setakat ni rakyat masih meragui konsep ini dan apa yang berlaku di Dun Perak memberikan gambaran sebenar betapa desperadonya UMNO untuk berkuasa di Perak

tok iskandar said...

UMNO/BN MENJERUT LEHER SENDIRI

Kekecohan dan kecelaruan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, Khamis lepas adalah satu kudeta yang sekali lagi memalukan yang boleh mengakhiri riwayat UMNO/BN, kata Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas ADUN Pulau Manis, Pahang.

"Apa yang berlaku akan menjerut leher sendiri, " katanya.

Ariff berkata, "rakyat akan bertambah meluat pada UMNO/BN dengan apa yang berlaku di Perak kerana di sebalik mereka melaungkan untuk mendapat RESTU rakyat, TINDAKAN mereka sebenarnya semakin menjauhkan rakyat. Rakyat semakin tidak mempercayai apa yang dilaungkan."

pakbelalang said...

KOTA BAHARU, May 9 (Bernama) -- The 1Malaysia concept mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak aims to cure the "disease" of those who like to object and disrupt peace and stability in the country said Rais Yatim.

comment:

Can the disease be cured before PRU13? It is a real challenge for Najib. All the best to him. If he fails then nothing can be done. At least he is making an effort to cure the disease.

Now the ball is on the rakyat court how receptive they want the disease to be cured.

Maybe Anwar has the prescription to cure the disease but unfortunately he will have to wait until 16th September 20...?

pakbelalang said...

Sebenarnya untuk mendapatkan permit tidak lagi releven untuk menerbitkan akhbar. Sudah banyak berita yang boleh dibaca apabila kita layari internet.

THE INTERNET IS MIGHTIER THAN THE KERIS.

Character seorang individu itu boleh disanjung tinggi melambong dan juga boleh di "bunuh" mati katak oleh setengah golongan "goblok-goblok" dari blog-blog yang terdapat di internet.

Itulah hakikatnya betapa kuatnya pengaruh internet di zaman cyber ini.

tok iskandar said...

Apa yang Pak Rais ulas tu hanyalah persepsinya sendiri.Najib kata One Malaysia mengutamakan kepentingan rakyat.Tak ada pulak dia kata nak ubati penyakit mereka yang suka menentang dan menganggu kestabilan dan keamanan negara.

Bab putar-belit fakta ni kita serah kat orang-orang UMNO pasal ni memang kemahiran dan kepakaran depa.

Kau sendiri dah tahu internet tu cukup power tapi masih menidakkan lagi gambar sebenar yang disiarkan dalam internet tentang peristiwa yang berlaku pada 7 Mei di Sidang Dun Perak.

Apa boleh buat kemahiran berfikir korang takat ni je.nak terima perubahanpun tak berani.

Ada kampung yang YBnya UMNO,lebih 30 tahun tak ada bekalan air.Tak payah pegi jauh..kat pedalaman Perak dalam area Bukit Gantangpun ada.Itupun masih mengundi UMNO.

Kat bandar-bandar,rakyatnya celik politik.Tak heranlah hanya 2 ibu negeri yang dikuasai BN iaitu Kangar dan JB setelah KT berjaya dirampas PR.Kuching dan KKpun dikuasai PR.Kuantanpun dimenangi PR.

Macamana UMNO nak menang kalau pemikiran dah ketinggalan zaman.Cara berpolitikpun macam zaman merdeka dulu.Nak harapkan darurat untuk memerintah negara juga cara berfikir yang lapuk.

Rakyat dah berubah dan UMNO saja yang tak sedar atau buat-buat tak sedar.Orang Melayu sendiri dah rasa malu nak jadi ahli UMNO.

Kemasukan Mahathir ke dalam UMNO tidak mampu lagi mengubat penyakit kronik parti itu.Sebenarnya yang berpenyakit itu UMNO bukan rakyat kerena mereka sudah ada penawarnya.tak lain tak bukan membuang UMNO-BN dan memilih PR sebagai pilihan mereka.

Jenayah pulak semakin bertambah sampai terdengar gebang-gebang kedai kopi,orang bersungut dengan prestasi polis.Takkan polis tak ada KPI.

Kalau UMNO nak syok sendiri,bolehlah baca tulisan Pak Belalang ni.Kaki ampu memang banyak dalam UMNO

tok iskandar said...

Lain ceritanya kalau pada 7 Mei 2009 ketika Sidang Dun Perak berlangsung.
Mula-mula Raja Nazrin masuk dewan.
Lepas tu Sivakumar arahkan 10 Adun diketuai Zambri keluar dewan.
Mana berani Zambri berlaku biadap depan Raja Nazrin.
Dun Perakpun boleh bersidang dengan baik dan lancar.
Kemudian usul bubarkan dewan,sure PR menang pasal BN tak cukup majoriti dalam dewan.
Pilihanrayapun diadakan di seluruh Perak.
Kejap je kan.UMNO-BN yang buat kecoh dan bukti dalam you tube boleh dilihat atau ditonton rakyat.
Ada yang bertanya mengapa Raja Nazrin tak masuk dulu ke dalam dewan?Sapa yang berani arahkannya menunggu selama 5 jam.
Cuba fikir logik,kalau raja nazrin masuk sapa berani nak buat kecoh.
logiknya,Umno-BN takut hilang kuasa sampai jadi desperado dan bertindak biadap dalam dewan.
Rakyat dah boleh buat persepsi UMNO takut pilihanraya dan konsep One Malaysian retorik semata-mata.sekadar perencah ajinomoto dalam masakan

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Sememangnya 'kebebasan' mempunyai tafsiran yang berbeza2 antara sesebuah negara. Tapi apa yang saya ingin sentuh disini ialah mengenai kebebasan pendirian oleh ahli2 politik.

2. Ahli politik seharusnya bebas mempunyai pendirian masing2. Tapi bila ia menganggotai sesebuah parti siasah maka sudah tentu pendiriannya hendaklah selari dengan perjuangan partinya. Seterusnya apabila partinya memlilihnya untuk bertanding dalam sesuatu PRU dan ia memenangi pilihanraya itu atas tiket partinya, maka ia wajib mendukung dasar parti dan pendirian peribadinya dalam sesuatu isu itu seharusnya terhad dan diselaraskan mengikut acuan parti. Namun dalam sesuatu isu beliau juga "bebas" menentang secara berhemah jika sesuatu isu itu bertentangan dengan pendirian peribadinya.

3. Seterusnya jika beliau dilantik pula sebagai Menteri atau Timbalan Menteri oleh pucuk pimpinan maka beliau tidak ada lagi "kebebasan" berjuang pendirian peribadinya. Tapi sebaliknya apa yang dilakukan Timbalan Menteri Pelajaran, YB Fuad nampaknya adalah betentangan dengan prinsip Kabinet berpasukan. Dalam isu PPSMI misalnya, walaupun Menterinya yang juga TPM belum bersedia mengemuka pendirian untuk keputusan Kabinet, namun beliau secara terbuka menyatakan pendirian peribadinya yang tidak menyokong PPSMI. Apakah beliau ingin meletakkan "ransom" kepada Menterinya(TPM) supaya mengikut pendirian peribadinya?

4. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh YB Fuad ialah beliau hendaklah mengenepikan dulu atau tidak perlu menghebahkan pendirian peribadinya dulu sehingga Kerajaan mmbuat keputusan. Sekiranya keputusan itu tidak selari dengan pendirian peribadinya maka barulah beliau tidak lagi mempunyai "kebebasan" tapi sebaliknya secara prinsip hendaklah meletak jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.