Friday, May 15, 2009

Prolog: Dilema etnik di Malaysia menerusi perspektif keselamatan negara

Ruhanie Ahmad

Ramai sarjana dunia kini mengkaji aspek keselamatan negara menerusi perspektif identiti etnik minoriti, dilema etnik terbabit, implikasi dilema tersebut terhadap ketahanan nasional serta keharmonian kaum, dan kemungkinan dilema berkenaan mencetuskan konflik, keganasan dan peperangan di sesebuah negara majmuk di masa akan datang.

Kajian berkenaan adalah berasaskan perkembangan di negara Balkan seperti Bosnia Herzegovina dan Croatia. Kajian terperinci ini dilakukan berikutan Perang Balkan 1990-1995, terutamannya di Bosnia Herzegovina, yang mengalami genocide dan pembersihan etnik paling serius dalam sejarah dunia berbanding Perang Dunia Kedua.

Antara sarjana keselamatan antarabangsa yang memberikan tumpuan kepada kajian di atas adalah Paul Roe menerusi buku Ethnic violence and the societal security dilemma (2005), Ray David dan Donald Rothchild menerusi buku The international spread of ethnic conflict, fear, diffusion and escalation (1998), Ole Waever, Barry Buzan, Morten Kelstrup dan Pierre Lemaitre menerusi buku Identity, Migration and the New Security Agenda in Europe (1993) dan Barry Posen menerusi tulisannya The security dilemma and ethnic conflict dalam jurnal Survival, volume 35, No. 1(1993).

Pemikiran Ken Booth dalam bukunya Theory of world security (2007) dan Emil Kirchner dan James Sperling dalam buku Global security Governance competing perceptions of security in the 21st century (2007) juga relevan terhadap kajian berkenaan.

Oleh sebab itu, kenyataan Presiden PERKASA, Dato’ Ibrahim Ali, yang dipetik oleh Utusan Malaysia 15 Mei 2009, sebagai mendesak kerajaan supaya bertegas terhadap tuntutan masyarakat Cina yang minta dikaji semula dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kerana menurut Ibrahim tuntutan tersebut ”hanya mementingkan politik kaum semata-mata,” dan kerajaan sewajarnya memastikan agar kepentingan Melayu dan Bumiputra yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutan ”sentiasa terpelihara,” adalah satu kenyataan yang perlu mendapatkan perhatian serius daripada seluruh pihak di Malaysia.

Kenyataan Ibrahim ini boleh menyebabkan beliau dikecam oleh segolongan oportunis dan ektremis bukan Melayu. Beliau juga mungkin dibidas oleh golongan Melayu universalis atau Melayu yang lupa asal-usul bangsa sendiri.

Kepada semua kumpulan ini, sila rujuk kepada muka surat 6, 70 dan 71 Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission 1957 yang menghuraikan sejarah mengapakah keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kumpulan ini juga wajar memahami dan menghayati mesej di sebalik kenyataan akhbar Majlis Raja-Raja Melayu pada 16 Oktober 2008 mengenai peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Antara lain, kenyataan berkenaan menegaskan, Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

Cadangan ini dikemukakan kerana sesetengah golongan politik bukan Melayu kini mula menyuarakan pelbagai isu dan kecaman terhadap orang Melayu dan Bumiputra yang menjuruskan kepada beberapa Fasal asas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan ini juga diketengahkan kerana kebelakangan ini muncul golongan Melayu, termasuk pemimpinnya, yang sangat apologetik bila dituntut untuk membicarakan ketuanan Melayu atau mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputra dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memang Malaysia pada hari ini adalah sebuah negara yang majmuk. Hakikat ini diterima sepenuhnya oleh orang Melayu. Tetapi, sejauh manakah hakikat ini diiktiraf, diakui dan dihormati oleh bukan Melayu?

Biarpun begitu, orang Melayu dan bukan Melayu perlu insaf bahawa kemajmukan Malaysia bukan atas pilihan orang Melayu. Kemajmukan masyarakat Malaysia hari ini adalah hasil tipu muslihat penjajah Inggeris.

Menurut Ahmad Attorey Hussein (1987:56), hujah-hujah yang mengatakan kalau tidak ada penyertaan MCA dan MIC untuk merdeka negara adalah hujah yang sangat lemah, satu pembohongan politik dan satu helah penjajah kerana ia tidak mahu bertanggungjawab jika terjadi satu-satu hal nanti. Penjajah terhutang budi kepada orang Cina dan India kerana orang-orang inilah yang membantu Inggeris menjadi kaya, menjadi kuasa besar. Jadi, sebelum Inggeris keluar dari bumi Malaya, ia pastikan supaya hak warganegara diperolehi oleh bekas buruh-buruhnya itu.

Menurut Tunku Abdul Rahman (1997:170), tujuan mereka (bukan Melayu) hendak duduk dalam Tanah Melayu ialah kerana mencari nafkah dan kekayaan dan kita tahu yang mereka itu berkehendak berebut hak-hak siasah di dalam negeri ialah kerana hendak mempertahankan hak-hak mereka yang ada sekarang.

Oleh sebab itulah pada masa kita bangkit dan meruntuhkan Malayan Union, bangsa-bangsa asing cuma melihat dan memandang sahaja. Mereka tidak masuk campur atau ambil tahu apa-apa kerana mereka sedar bahawa yang kita tuntut itu adalah hak kita sendiri dan bangsa asing itu tidak mengambil bahagian kerana pada fikiran mereka itu yang mereka tidak kena-mengena dengan pemerintahan negeri ini (Tunku Abdul Rahman 1997:170).

Tetapi, Tanah Melayu menuntut kemerdekaan dengan cara berkongsi antara tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India, padahal semasa orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946, tidak ada langsung penyertaan kaum bukan Melayu. Dengan kata lain, British menjajah atau mengambil Tanah Melayu dari orang Melayu sendiri, tetapi semasa menuntut kembali Tanah Melayu untuk merdeka, kita terkial-kial mengajak sangat kaum-kaum yang bukan Melayu untuk menuntut Tanah Melayu dari British (Ahmad Attorey Hussein 1987:55).

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, seluruh pihak di Malaysia wajar waspada terhadap fenomena etnik yang terjadi di Wilayah Balkan. Bukan Melayu tidak seharusnya mencabar perkara-perkara yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan wajar memberikan perlindungan yang setegas-tegasnya kepada seluruh peruntukan asas mengenai Melayu dan Bumiputra yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Orang Melayu dan Bumiputra pula perlu berani mempertahankan status mereka dalam Perlembagaan Persekutuan secara berhemah dan bijaksana.

Pada waktu yang sama, kerajaan perlu memastikan bahawa seluruh dasar affirmative mengenai Melayu dan Bumiputra tidak akan dikompromikan. Projek-projek di kawasan sepmpadan juga harus mempunyai kajian impak terhadap kedaulatan negara. Jikalau sesuatu dasar perlu melalui penyesuaian, lakukanlah secara bijaksana. Elakkanlah fenomena kera di hutan tidak disusukan, dagang lalu tidak ditanakkan, ayam di kepok tidak mati kelaparan, itik di air pula tidak mati kehausan!

[Nota: saya sedang menyediakan satu esei mengenai tajuk posting ini sebagai satu usaha kecil dan usaha awal untuk mengkaji konflik etnik dan implikasinya kepada keselamatan negara. Semoga anda sudi memberikan buah fikiran untuk kesejahteraan Malaysia di hari-hari mendatang. – Ruhanie Ahmad]

12 comments:

CINTA suci abadi said...

Syabas Datuk, kita kena pertahan hak kita yang sedikit tu.Saya teringat kata kata seorang bekas pemimpin yang rapat dengan Tun Razak masa Tun Jadi PM.Dia bertanya kenapa singapura lebih maju dari Malaysia.Tun Jawab " Malaysian nak maju 10 kali ganda dari singapura pun boleh kerana kekayaan hasil bumi Malaysia, tetapi macam mana kedudukan orang orang Melayu nanti?". Betul cakap Tun itu.Tenguk saja bangunan di KL di mana Melayu punya itu belum 10 kali ganda maju dari singapura.Biasiswa untuk Melayu saja? bohong.Teruskan pertahankan apa yang kita ada.Suara suara sumbang ini timbul sekarang ini adalah untuk menguji kita.Dan mereka berselindung disebalik keadilan sejagat tetapi sebenarnya mereka kalau diberi peluang untuk takbir negara tak tahu nak cakaplah .Ingat saja kisah bintang tiga .

Alias Mohd Yusof said...

Memang sebelum negara kita merdeka, orang-orang Cina dan India menggangap diri mereka sebagai pendatang ekonomi yang dibawa oleh British untuk bekerja disini. Seperti pendatang Indon, Nepal dan Bangla yang ada sekarang ini, mereka tidak pernah berfikir negara ini adalah negara mereka.

Tetapi kita sekarang bukan lagi berdepan dengan kelompok Cina dan India semasa suasana sebelum merdeka. Sekarang kita berdepan dengan anak-anak mereka yang lahir di negara ini. Oleh itu apa kewajarannya untuk kita melayan mereka berbeza dengan anak-anak Melayu?

Malah ada orang Cina dan orang India hari ini yang mempunyai bapa atau datuk yang datang ke Malaya lebih awal dari sesetengah orang Jawa atau orang Banjar yang datang dari Indonesia.

warongkopi56 said...

Assalamua’laikum Dato’,

Topik bentangan Dato’ memang sudah tepat pada masanya untuk diperbincangkan dan diharapkan pelbagai pihak dapat menyumbang dalam perspektif ikhlas mereka iaitu tanpa apologetickl atau universalis. Apa yang saya akan utarakan bukanlah berdasar kepada rujukan rujukan bertulis tetapi lebih pada pengelaman sendiri dan kesimpulan dari pengelaman tersebut.

KONFLIK – perselisihan atau pertentangan antara dua atau beberapa pihak, golongan atau antara dua pendirian atau pandangan.

Dalam kontek konflik etnik dinegara ini, kita tidak didalam perselisihan atau pertentangan pendirian atau pandangan, tetapi lebih kepada mencabar apa yang termaktup didalam perlembagaan. Rakyat Malaysia harus mengetahui bahawa perlembagaan digubal dalam dua kesesuaian negara tersebut.
Perlembagaan perlembagaan yang dimaksudkan ialah,”Indigenous Constitution” dan “ Immigration
Constitution”. Dinegara kita Malaysia ini,kita mendukong perlembagaan yang istilahkan sebagai “Indigenous Constitution”. Perlembagaan ini digubalkan dengan cara bentuk melindungi kepentingan penduduk terdahulu sebagai pewaris kepada negara ini.Dalam pengubalan ini, didalam masa yang sama juga menghormati hak hak kaum lain selagi tidak mencabuli hak hak keistemewaan penduduk terdahulu. Itulah pemahaman saya.

Apa yang sedang berlaku sekarang, adalah hembusan asap asap gunung berapi yang lavanya sedang menggeladak untuk hamburan keatas permukaan bumi yang tercinta ini.

Tunjang konflik etnik ini berpunca daripada perlembagaan negara kita. Ikutan ikutan yang menebalkan
lagi konflik menjadi lebih parah, adalah dengan tercetusnya dahan dahan saperti , Dasar Ekonomi Baru dengan ranting rantingnya saperti, MARA, kuota bumiputra, tanah simpanan melayu, pengambilan dalam perkhidmatan awam, termasuklah kenaikan pangkat dan batasannya dan bermacam
macam lagi terutama berkaitan dengan peluang peluang meningkatkan socio ekonomi kaum bumiputra, terutama kaum melayu.

Kita harus ingat, bahawa semasa pengubalan perlembagaan ini, ada banyak tuntutan tuntutan dari kaum kaum minoriti ini yang tak tercapai atau diketepikan. Mungkin ada keberangkalian kaum kaum minoriti ini mengalah dahulu dan menang kemudian, umpama “api dalam serkam” Api itu sekarang sudah kelihatan, dan mungkin membesar jika tidak dibendung. Apakah cara tindakan yang bijaksana lagi tertib untuk menangani kemarakan api ini saperti,”menarik rambut dalam tepung,rambut terkeluar,
t epung tak berselerak.”

Adakah kemarakan api ini akan menjadi “inferno” atau muntahan lava akan menjadi padang jarak,padang terkukur dan seterusnya akan mengacam Keselamatan Negara?

Dimana dan apa silapnya? Jawapan kepada persoalan ini kita harus terlebih dahulu menjawap soalan soalan yang terdahulu. Walau pun soalan soalan yang dikemukan tidak akan member jawapan yang menyeluruh, tetapi adalah diharapkan, akan membuka minda kita untuk berupaya mencari punca sebenar. Dalam usaha menangani permasaalahan ini kita tidak seharusnya melihat pada yang tersurat sahaja ,tetapi juga memahami apa yang tersirat. Hayatilah dari sejarah Larut Matang dimana Tuannya adalah Long Jaafar dan kulinya adalah YAP Ah Loy (kapitan cina).

1.Apakah kefahaman rakyat tentang perlembagaan Malaysia?
2.Tragedi 13 Mei 1969 apakah punca utama?
3.Kenapa Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan?
4.Adakah benar DEB ini dimenafaati oleh kaum bumiputra atau kepada yang tertentu sahaja?
5.Kenapa DEB masih tidak mencapai sasarannya?
6.Adakah tindakan tindakan kerajaan dalam melaksanakan
sesuatu dasar itu telus dengan erti kata yang sabenar?
7.Adakah pelaksana dasar menjalankan tugas mereka dengan
berkesan?
8.Adakah kebenaran kepada isu isu nepotism, cronyism yang didakwa oleh setengah pihak?
9.Betulkah orang melayu ini malas dan kurang innovative?
10.Kenapa orang melayu berpecah?
11.Adakah kaum minoriti berpecah dengan kata sebenar?
12.Kenapa gesaan penubuhan Universiti Merdeka diberhentikan
dengan tertubuhnya Universiti Tunku Abdul Rahman?
13.Kenapa sekolah wawasan gagal?
14.Patutkah kebebasan atau liberisasi itu dibataskan?
15.Kenapa orang melayu yang universalis tidak menyokong dan
ada yang menjadi apologetic?
16.Adakah 1Malaysia akan berkesudahan hanya sebagai impian
Sedangkan 1Malay pun tak kesampaian?
17.Undang sudah tidak dipatuhi, Jabatan kehakiman dipertikaikan dan
Polis tidak dihormatilagi,KENAPA?

Saya ada membaca satu artikel seorang penulis melayu menyatakan yang terlintas difikirannya persoalan sama ada beliau itu masih orang yang berbangsa melayu atau tidak. Kenapa persoalan sedemikian boleh terlintas difikiran seorang melayu. Adakah dengan kelulusan berjela jela dan dengan berpedomankan buku buku yang dikarangkan oleh manusia membuat dia mempertikaikan keturunannya atau merasa malu?

Walau apa pun Jawapan sabenar kepada persoalan persoalan ini ada pada pemimpin terdahulu, sekarang dan yang akan datang. Keikhlasan dan keterbukaan sahaja yang dapat merongkainya.

Sekadar menyumbang, guna jika perlu dan lupakan jika tak bererti.

Ikhlas
Warongkopi56 ( EMAIL- khairulzaman@ymail.com)

putera bentan said...

Kalau saya biarkan Melayu jahanam. Kita nak ingat meningatkan bangsa sendiri pun kadang-kadang kena maki hamun kena sumpah seranah. Kalau gitu biarkan dia orang lingkup cepat-cepat. Kita yang tua-tua ni gi tepi pantai renung laut. Mana lagi nak pegi. Tanah tumpah darah kita kat sini. Kalau dah milik orang mana kita nak bawak nasib? Tenung laut dan buat zikir ombak je lah.

nakhoda said...

Datuk, orang Melayu yang malu cakap pasal Melayu kerana dia fakir kalau bela bangsa sendiri maknya KOLOT pun ada. Melayu macam ni macam kadok naik junjung atau kacang lupakan kulit. Sedihnya, Melayu jenis ni ramai anak-anak muda kita. Apalah nak jadi Melayu 10 atau 20 tahun lagi? HIDUP MELAYU!

ChengHo said...

Menguruskan kejayaan adalah satu perkara yg amat rumit , 3 kolompok Bumiputera yg berjaya dianjakan status ekonominya dari yg tidak ada kepada yg berada telah menjadikan masyarakat Bumiputera merasakan mereka telah bersedia untuk menerima nilai nilai sejagat yg liberal dan mengikut kekuasaan pasaran
3 kolompok ini adalah;
1-kakitangan kerajaan ( 2 juta orang ? )
2-peserta Felda/Felcra ( 7 juta orang?)
3-kakitangan GLC ( 1/2 juta orang?)
Pertanyaan harus ditanya kepada PERKASA adahkah kolompok diatas menghargai tongkat yg diberikan kepada mereka atau pun mereka merasakan segala gala nya adalah usaha keringat mereka semata mata
Berapa % kolompok diatas adalah penyokong kerajaan ?

azam said...

Salam perjuangan. Saya cadangkan orang-orang Melayu yang lupa daratan baca buku Ketuanan Politik Melayu tulisan Chock Ker Pong. Dalam buku tu ada dia tulis macam-macam. Ada propaganda kononnya orang Cina gigih perjuangkan keperdekaan bersama Melayu dan India. Ada pasal hegemoni politik Melayu ciptaan Tun Razak lepas 13 Mei yang dia kata menindas Cina dan lain-lainnya. Saya harap Datuk baca buku ni sampai habis lepas tu buat ulasan biar semua Melayu terbelolok biji mata. Tolong Datuk ambik cadangan saya ini secara serius. Terimakasih.

limado said...

Indonesia tidak terbebas dari masalah yang serupa dihadapi Malaysia. Di sini golongan pribuminya memang terhimpit. Lebih sulit lagi bila etnik pendatang di negara ini memakai nama lokal dan bicara bahasa lokal. Tapi ekonomi Indonesia 90% dikontrol etnik pedagang ini. Mana mungkin ini bisa dikoreksi secara total. Hendak-hendaknya bila zaman orde baru, zaman demokrasi liberal, sapa saja ya bisa partisipasi bisnes secara bebas. Saya yakin apa yang anda antisipasikan iaitu soal masalah etnik dan keganasan bukan saja akan terjadi di Malaysia bahkan di Indonesia dalam abad ini jika tidak dibendong mulai sekarang. Seharusnya cendikiawan pribumi Malaysia dan Indonesia seperti kelompok anda dan Ichmi di Indonesia bisa bergabung minda menelusuri aspek ini. Salam senusantara.

SpotTheBloggers said...

Opps... U r rated 5 Star Blogger. Pls visit SpotTheBloggers.

Salam Hormat.

abghalim said...

salam.....

Dari nak berkongsi lebih baik bersedekah.Kita ikut resmi SYADINA ABU BAKAR.Baginda menderma sehingga tinggal keredaan ALLAH.Habis hartanya di sedekahkan ke jalan Allah.
Berkongsi melibatkan ramai orang,oleh itu sesiapa yang sukar dan rela berkongsi harta benda adalah lebih baik bersedekah.
Encik Alias Mohd Yusof,tolong derma pada RM50k,saya orang Islam.Encik dijanjikan syurga dari Allah.Dari encik berkongsi dengan kafir yang tidak pasti ISLAM nya.

maurice said...

Dato,

Mungkin dapat sentuh sedikit peranan Pasukan Keselamatan dalam membendung etnik konflik dalam sesebuah negara dalam esei Dato itu.

Sejarah menunjukan seberang kelemahan dari aspek kawalan politik, struktur organisasi, perundangan penggunaan Pasukan Keselamatan,teknik operasi dan peralatan yang digunakan bolih menjadi faktur sumbangan kepada fenomena ini.

usabukata said...

salam dato ron,

jangan bagi muka dia orang ni. bagi betis nak peha, bagi peha nak apa lagi?
mca, gerakan dan dap sebenarnya saling bekerjasama dibelakang tabir, tujuannya untuk dapat 999 tahun hakmilik tanah. lepas tu dia nak semua biasiswa jpa yang 2000 tu baru dia kata kerajaan adil.

usabukata