Sunday, May 31, 2009

Melayu dikhianati?

Awang Selamat

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Nota: Tulisan sahabat saya, Awang Selamat, yang dipaparkan di atas saya down-load daripada Mingguan Malaysia hari ini. Tulisan tersebut mempunyai kaitan dengan satu esei yang sedang saya siapkan. Dalam proses menyediakan satu esei mengenai keresahan serta dilema etnik di Malaysia mutakhir ini, saya terbaca beberapa pandangan pemikir luar dan dalam negara seperti berikut:

Barry Buzan mendapati masalah migrasi memang boleh menjejaskan nasib peribumi di sesebuah negara. Beliau menyifatkan migrasi sebagai satu ancaman kepada masyarakat di sesebuah negara. Ini kerana migrasi mengancam identiti peribumi di negara yang menerima kedatangan orang asing secara besar-besaran.

Buzan, Waever, De Wilde (1998:124) menyatakan, tahap ancaman daripada migrasi adalah bergantung kepada tiga faktor. Satu: jumlah kemasukan warga asing ke sesebuah negara. Dua: kapasiti peribumi di sesebuah negara untuk menyesuaikan diri dengan kedatangan warga asing. Tiga: cara-cara pembinaan identiti peribumi di sesebuah negara.

Michael Sheehan (2005:92) menghuraikan, keprihatian peribumi terhadap kemasukan warga asing secara besar-besaran ke negaranya bukan masalah baru. Penolakan peribumi terhadap kaum pendatang juga adalah hakikat yang tercatat dalam sejarah beberapa negara besar termasuk di England. Mulai 1990-an, keperihatinan dan penolakan peribumi terhadap kelompok pendatang ini pula diberikan label keselamatan.

Dari kajian ringkas yang sedang saya lakukan, saya dapati kedatangan rakyat China dan rakyat India secara besar-besaran ke Tanah Melayu di era penjajahan Inggeris seolah-olah dibiarkan sahaja oleh orang Melayu ketika itu. Oleh sebab itu, jumlah rakyat China dan rakyat India yang berdagang dan mencari rezeki di Tanah Melayu di era penjajah menjadi semakin ramai dari tahun ke setahun.

Menurut Ooi Jin Bee (1986:20), pada 1871 terdapat seramai 104,615 warga China dan 33,390 warga India menetap untuk mencari rezeki di Tanah Melayu. Jumlah ini adalah 45 peratus daripada seluruh penduduk Tanah Melayu ketika itu. Jumlah ini meningkat kepada 583,396 orang warga China dan 74,081 warga India pada 1891. Ini menjadikan warga asing ketika itu adalah 57 peratus daripada seluruh penduduk Tanah Melayu. Pada tahun 1941 terdapat seramai 2,418,651 warga China dan 767,693 warga India menetap di Tanah Melayu. Mereka merupakan 58 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu pada tahun berkenaan.

Sukar untuk dipastikan sebab-sebab mengapakah orang Melayu ketika itu tidak bertindak. Mungkin kerana data-data mengenai jumlah rakyat asing yang besar ketika itu, seperti dihuraikan di atas, sengaja dirahsiakan oleh pihak penjajah Inggeris supaya tidak mencetuskan reaksi dan kemarahan orang Melayu. Mungkin juga kerana orang Melayu sendiri memang tidak mempedulikan implikasi serta masa depan mereka akibat daripada fenomena tersebut.

Tetapi, Asrul Zamani (2002:150-151) berpendapat, secara semulajadi, orang Melayu memang merupakan bangsa yang bertoleransi. Boleh jadi mereka adalah bangsa yang paling bertoleransi di dunia ini. Oleh sebab itu terdapat peribahasa: monyet di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan. Sikap toleransi orang Melayu ini, walaupun mulia, telah mendatagkan kesan yang detrimental kepada mereka sendiri. Sewaktu masyarakat imigran datang ke Tanah Melayu, mereka diterima oleh orang Melayu tanpa sebarang pertanyaan dan tanpa sebarang bangkangan.

Ahmad Attory Hussain (1987:8) pula menegaskan, kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu adalah hasil galakan penjajah sehingga masyarakat di negeri ini yang dulunya bercorak tradisional dan satu rumpun bangsa telah bertukar kepada masyarakat majmuk. Orang mendatang ini menggerhanakan suasana kehidupan orang Melayu. Apabila penjajah Inggeris yang membawa buruh China dan India itu meninggalkan Malaya setelah merdeka 1957, buruh-buruh itu atau keturunan-keturunan China dan India itu, tidak dihantar pulang ke negeri-negeri asal mereka. Sebaliknya mereka ini tinggal menetap di negara ini dan seterusnya dari semasa ke semasa, menuntut hak-hak mereka tanpa berasa malu dan segan, bersikap begitu agresif sekali serta tidak kira apa orang lain kata.

Huraian Asrul seperti di atas menjadi sebahagian daripada faktor yang mencirikan dilema etnik di Malaysia mutakhir ini. Huraian Ahmad pula menjadi landasan kepada dilema Melayu di era pasca merdeka. Huraian Asrul dan Ahmad ini membuktikan pendapat Buzan, iaitu kedatangan warga asing secara besar-besaran adalah satu ancaman kepada masyarakat, adalah pendapat yang tepat dan benar. Di Malaysia, hakikat ini juga bukan sahaja menjadi masalah masyarakat. Tetapi, ia juga menjadi masalah negara.

Biarpun begitu, kajian ringkas saya yang belum selesai ini bukannya untuk merobah keadaan dan memusnahkan legasi malang yang dibebankan oleh penjajah Inggeris kepada pemimpin dan orang Melayu di era kemerdekaan.

Kajian ringkas saya hanya berhasrat untuk merungkai persoalan, mengapakah pada ketika ini kelompok-kelompok tertentu daripada sesetengah etnik bukan Melayu dan bukan Bumiputera di Malaysia seolah-olah enggan menghormati pelbagai peruntukan strategik mengenai Islam, Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana nenek moyang mereka menghomati serta memahaminya di era pra kemerdekaan tanah air ini?

Dan, adakah Malaysia akan terbebas daripada keresahan dan dilema etnik jika sesetengah elit politik dan elit masyarakat sivil tertentu tidak berusaha dan memperjuangkan kepentingan etnik masing-masing menerusi pendekatan yang kelihatan berkonfrontasi, penuh dengan sentimen rasis dan dengan keyakinan kononnya mereka boleh membina satu masyarakat impian atau imagined society mereka di bumi yang amat berbeza sejarah dan sosio-budayanya berbanding negara asal nenek monyang mereka?

Fikir-fikirkanlah! – Ruhanie Ahmad

31 comments:

kluangman said...

Hari ini Melayu dilelong murah2 di lorong belakang dan pelopor tukang lelong Melayu sedang berseronok bercuti di Australia - Chin Peng era baru.

Matatech said...

Jika melayu UMNO boleh berlembut dengan orang cina atau India mengapa tidak dengan orang sesama melayu walau lain fahaman, ini yang dipertikai sekarang dan tidak terjawab oleh UMNO sendiri, dan melayu UMNO sanggup membetuk kasta antara melayu itu sendiri. kekuatan melayu sebenarnya ada tetapi UMNO telah melemahkan nya kerana kekakayaan dan fahaman. sanggup menyerang sesama melayu. tank sanggup menyerang cina. contoh yang paling terang ialah, UMNO sanggup menjatuhkan MB perak yang ternyata ia seorang melayu dan islam tetapi tidak pula menjatuhkan koh soo koon Ketua Menteri P.Pinang berbangsa Cina dalam era pemerintahannya. ini telah terbukti kekayaan menyebabkan UMNO lupa diri. Mula mengkhianati melayu sendiri. Penulis juga lupa diri yang banyak menyalahkan melayu yang bukan UMNO.

Alias Mohd Yusof said...

Kalau kita terus melihat sesuatu perkara secara negatif, akhirnya kita tidak akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu.

Akhirnya setiap kaum akan melihat kaum yang lain sebagai musuh yang mesti dihapus atau dikalahkan.

Jadi hendak kemana kita?

Kita orang Melayu menuding jari kepada orang Cina dan sentiasa mengingatkan kepada mereka, mereka kaum pendatang dan tidak boleh diberi muka.

Orang Cina pula akan sentiasa merasakan diri mereka yang lahir dan dibesarkan di negara ini tidak mendapat sama seperti orang Melayu seolah-olah seperti rakyat kelas kedua.

Hendak kemana kita?

zeme said...

Salam Datuk,

Melayu sememangnya terkenal dengan sikap bertolenrasi, pemurah dengan kata lain tidak mudah berkira dalam segala aspek. Inilah kelebihan bangsa Melayu, tetapi kelebihan ini mampu bertukar menjadi kelemahan sekiranya tidak dikawalselia sebaiknya dalam aspek yang tidak menguntungkan bangsa Melayu itu sendiri.

Melayu hidup dikelilingi golongan pelbagai kaum, jika dahulu hanya kaum Cina dan kaum India kini Melayu juga berdepan dengan pendatang-pendatang kaum yang baru dari Indonesia, Bangladesh, Tanah Besar Cina, Burma, Nepal dan lebih meruncingkan kaum kulit hitam Afrika. Sikap pemurah Melayu inilah dengan di tambah pula kurangnya keberkesanan perlaksanaan undang-undang dan kuatkuasa akan membuatkan Melayu suatu masa akan menumpang di bumi sendiri.

Saya sebenarnya kagum dengan kepimpinan Sarawak dan Sabah dalam mengawalselia kebanjiran pelawat ke bumi mereka mahupun pelawat dari semenanjung berstatus warganegara Malaysia. Saya juga tertanya-tanya kenapa saya seorang warganegara Malaysia yang sah perlu mengesahkan dokumen perjalanan setiap kali masuk ke negeri Sarawak mahupun Sabah. Inilah kesan kepada perjanjian yang telah dipersetujui bersama dan kita tidak mempertikaikannya kerana kita menghormati langkah-langkah pihak di sana dalam menjaga kepentingan dan keistimewaan penduduk pribumi asal Sarawak dan Sabah. Jadi persoalannya, sukarkan bagi kaum-kaum lain di Malaysia ini untuk menghormati juga kepentingan dan keistimewaan penduduk kaum Melayu di bumi sendiri seperti termaktub dalam kontrak sosial.

Melayu kini dalam dilema, tambahan pula konsep "Satu Malaysia" diperkenalkan oleh Perdana Menteri. Apakah PM kita sedar konsep ini bakal memakan diri terutama buat kaum Melayu selaku tuan kepada asal usul Malaysia yang sebelumnya dikenali Tanah Melayu sekiranya perlaksanaannya tidak jelas. Persepsi kepada "Satu Malaysia" lebih mencerminkan kesamarataan dan ini akan lebih memberikan signifikasi yang kurang jelas kepada konsep tersebut yang pada dasar mudah untuk difahami ia menyamai konsep "Malaysian Malaysia" dengan makna lain Melayu, Cina, India adalah sama.

Saya berpendapat sekiranya konsep "Satu Malaysia" diubah kepada konsep "Bersatu Malaysia" adalah lebih memberi makna yang cukup jelas. Persepsi kepada "Bersatu Malaysia" adalah lebih menyeluruh dengan adaptasi emosi dan rasional mengajak seluruh lapisan rakyat yang berjiwa Malaysia didahului oleh barisan pemimpin untuk bersatu dibawah bumbung bergelar Malaysia sebagai landasan membina jatidiri Malaysia sebenar dalam satu konsep memupuk perpaduan yang utuh dan bersatu teguh. Konsep "Bersatu Malaysia" mudah difahami dengan mengumpul dan melaksanakan segala idealogi pelbagai peringkat bagi membina keseimbangan dan bukan kesamarataan. Membina keseimbangan dalam menghormati hak-hak kaum, budaya, agama dan bangsa yang telah dipersetujui bersama. Jadi pada hemat saya, "Bersatu Malaysia" adalah lebih kompromi berbanding "Satu Malaysia".

Melayu kini jelas berada dalam situasi umpama di telan mati mak, di luah mati bapak. Kita bersorak tentang Satu Malaysia, wahal kita tidak sedar suatu masa kampung akan tergadai sekiranya kaum-kaum di bumi tercinta ini tidak mengamalkan sikap Bersatu Malaysia.
Bersatulah wahai Melayu, Cina, India. Usahlah "demand" kerana kita telah mempersetujui hak-hak bersama, bukalah sejarah lampau, hayatilah kandungannya, tatapilah untuk pedoman masa depan kerana kita ingin hidup dalam keharmonian di bumi Malaysia tercinta.

Wasalam.

Mr.RHishaM said...

Taat, setia, hormat menghormati, sopan santun, memendam perasaan, suka mengalah, AMUK; merupakan antara sifat – sifat bangsa Melayu yang memakan diri sendiri.

Bangsa Melayu lebih suka ‘mengelak dan pendam’ untuk membincangkan sesuatu masalah secara terbuka dan mungkin dari sifat ‘mengelak dan pendam’ ini juga munculnya peribahasa “Bagai membuka pekung di dada.” Buka sahaja pekung itu. Apa dikisah akan hal baunya. Biar semua hidu bau pekung itu. Jika tidak dibuka sekarang, lagi busuk baunya jika disimpan bagi satu jangkamasa yang lama.

Hormat menghormati juga dititikberatkan dalam kehidupan seharian orang Melayu. Hormat kepada tetamu. Sifat ini bukan sahaja diasuh bagi menghormati orang yang lebih tua dari bangsa Melayu sendiri, malahan diasuh supaya menghormati sesiapa sahaja waima pendatang yang dianggap tetamu.

Pantang bagi bangsa Melayu memanggil seseorang secara terus dengan nama seseorang itu. Bahkan akan ditambah gelaran seperti pakcik atau makcik dan ada juga dengan panggilan ‘tuan’ bagi menunjukkan sifat rendah diri. Jika sesama bangsa Melayu, rendah diri akan dipuji. Jika dengan bangsa lain, rendah diri juga kah itu?

Salah satu sifat bangsa Melayu yang kurang difahami dan kadang – kadang digeruni ialah AMUK. Dari segi psikologi, AMUK merupakan satu sifat dalam keadan separa sedar dan kadang – kadang ada juga dalam keadaan tidak sedar. “Sudah terhantuk baru terngadah” mungkin menyebabkan AMUK. Tun Dr. Mahathir menggambarkan AMUK di dalam bukunya Dilema Melayu sebagai curahan perasaan jasmaniah mengenai konflik yang terdapat di dalam diri orang Melayu yang timbul disebabkan pematuhan yang terus-terusan terhadap undang-undang dan peraturan dalam kehidupannya.

Sifat – sifat mulia seperti taat, setia, hormat menghormati, sopan santun, memendam perasaan, suka mengalah dan lain – lain sifat terpuji bangsa Melayu hilang serta merta setelah dikuasai AMUK. Bangsa Melayu juga telah mengamuk ketika peristiwa 13 Mei 1969. “Dibenarkan berehat di serambi, hendak bermaharalela di tengah rumah”.
Jika sesetengah elit politik dan elit masyarakat sivil tertentu tidak berusaha dan memperjuangkan kepentingan hak - hak kita sebagai bangsa asal bagi negara Malaysia, saya khuatir akan berlaku lagi rusuhan antara kaum. Sama - sama kita jaga "keharmonian" yang dicanangkan selama ini. Walaupun bukan keharmonian yang membawa erti kepada kata sepakat.

LeeSlimShady said...

Tepat sekali dengan apa yang di ulas oleh saudara Kluangman,MataTech dan saudara Alias...

Sebenarnya Rakan - rakan dan dato'Ruhanie sentimen perkauman yang di mainkan UMNO telah menjerat diri sendiri.Semuanya jadi hairan bila orang bukan melayu tidak undi Parti Melayu yang disebelah UMNO...orang bukan melayu itu di panggil sebagai penggugat pengaruh orang melayu...tapi bila mereka undi apakah ada pemimpin melayu yang menghargai? lu pikir la sandrie

ChengHo said...

Jangan salahkan kaum laum yg lain si-Kitul dan raja Mandaliar telah
datang kembali setelah 500tahun menghilangkan diri dari Tanah Melayu
Mungkin terlalu mengejar pangkat ,gelaran , material dan kuasa ,orang Melayu telah hanyut dialam hayalan dan tidak mengerti makna survival yg sebenar benar nya , satu antidote yg kuat satu kejutan letrik yg kuat perlu diberikan kpd orang orang Melayu

Zanie said...

Penyelesaiannya mudah saja. Jadikan negara Amerika Syarikat sebagai contoh. Dengan rakyatnya yang terdiri dari berbilang bangsa yang hampir kesemuanya pendatang, negara itu bangkit menjadi kuasa paling berjaya di dunia hari ini. bagaimana mereka melakukan itu? Mereka bersatu-padu membangunkan negara mereka tanpa meminta status ketuanan kaum masing-masing.

Jadi ayuhlah. kita lupakan ketuanan Melayu, cina atau India. Hiduplah dalam satu bangsa yang makmur dan terhormat;bangsa Malaysia!

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhaie Ahmad,

Bagus betul soalan anda walaupun agak panjang berjela:

Dan, adakah Malaysia akan terbebas daripada keresahan dan dilema etnik jika sesetengah elit politik dan elit masyarakat sivil tertentu tidak berusaha dan memperjuangkan kepentingan etnik masing-masing menerusi pendekatan yang kelihatan berkonfrontasi, penuh dengan sentimen rasis dan dengan keyakinan kononnya mereka boleh membina satu masyarakat impian atau imagined society mereka di bumi yang amat berbeza sejarah dan sosio-budayanya berbanding negara asal nenek monyang mereka?Survival For The Fittest(orang islam berani-berani)

fortune favors the command of the lord

Badrul Yahaya said...

Salam Dato'..

Kelemahan kita ada jelas bhw kesatuan dan penyatuan rakyat peribumi itu sendiri goyah..sbg parti memerintah, UMNO dan BN sendiri leka tentang untung nasib rakyat dan bangsa melayu..apatah lagi yg mempertikaikan kemelayuan dan taraf bumi itu sendiri adalah drpd parti komponen BN sendiri. kalau dulu, kelemahan dan punca kita dijajah adalah atas kelemahan sikap raja-raja melayu pada ketika itu yg lalai dan leka dgn kekayaan, pangkat dan kedudukan. kelemahan yg lalu telahpun kita mendapat pembalasan hari ini apabila rakyat kita dipijak dan tidak dihormati..tp malang, apabila kesalahan yg lampau diulang semula oleh pemimpin2 kita pada hari ini..

bangsa melayu berbeza politik dan ketaksubab yg teramat pada fahaman politik msg2...atas perbezaan itu kita mempunyai persamaan drsg agama. tp nampaknya, atas persefahaman agamapun, kita masih buta mencari titik persefaham utk menjaga kesucian agama ditanah tumpah darah sendiri...tp tidaklah menghairankan apabila bangsa2 lain yg seagama dgn kitapun mcm tu juga termasuk negara arab yg mana sanggup membuka laluan kepada kuasa2 asing yg sememangnya menunggu peluang utk menjajah n menakluk negara2 ini dgn secebis alasan utk membantu menghapuskan golongan penentang yg jelas seagama dan sebangsa..

dlm konteks malaysia, agak susah utk kita mencari penyelesaian dlm isu ini, melainkan kita kembali bersatu sptmana mula2 negara menentang penjajah dan mempertahankan tanah air...

eagleeyes said...

Tajuk sepatutnya ditukar kepada
"Melayu dikhianati oleh siapa?"

Sekarang bukan masa untuk menuding jari kepada sesiapa atau mana2 fahaman politik, yang sepatutnya kita bincang adalah kesedaran dan mengakui akan kesilapan langkah pemerintah dalam mengurustadbir negara tercinta ini sejak sekian lama.

Jikalau masih belum mahu menerima akan hakikat ini, sampai bila pun kita tak akan dapat memperbaiki kerosakan yang sedia ada malah akan bertambah parah... yang rugi adalah kita juga.

Allah SWT menjadikan makhlukNya berbangsa2 dan berlainan warna kulit untuk kita saling kenal-mengenali dan mensyukuri akan nikmatNya, hakikatnya kita seperti mahu menidakkan kehendak Maha Pencipta ini, segala keputusan hanyalah berpandukan nafsu, sikap tamak haloba dan logik akal semata dgn membelakangkan elemen utama dalam menentukan sebarang keputusan iaitu Ad-Din. Percayalah, kita tak akan kemana sekiranyanya fitrah kita tidak turuti.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Bolehkah anda katakan British tak mempunyai perancangan dan wawasan semasa Singapura telah dilepaskan oleh Tengku setelah bosan dengan retorika PAP dan mengatakan sebenarnya orang melayu Johor kehilangan Singapura disaat orang melayu Singapura sendiri lebih suka dengan janji-janji PAP dari UMNO ditakrifkan sebagai berpunca dari pemimpim melayu itu sendiri?

Damansara said...

Saya rasa langkah tersumbang yang boleh kita lakukan adalah dengan menyalahkan orang lain atas apa yang terjadi hari ini.

Semua ini adalah salah barisan kepimpinan bangsa kita yang hingga kini masih; JUST DON’T GET IT!!!

Lihatlah keputusan UMNO tempohari.

Apa lagi yang tidak difahami melalui PRU tempohari?

Apakah kita menunggu kehancuran baru orang yang mampu bersuara seperti Awang Selamat akan mengatakan yang sebenarnya?

Selagi UMNO dan barisan kepimpinannya berfikiran bahawa untuk meredakan keadaan adalah dengan ‘merelakan kehilangan beberapa kepentingan’ maka bukan hanya hak Melayu semakin terhakis, keadaan negara semakin tegang.

Malangnya orang seperti Awang Selamat, emosional tanpa keikhlasan.

Jika benar Awang Selamat sayangkan bangsanya secara ikhlas; kini masa terbaik untuk berterus terang.

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!

CERDIK DIHORMAT BUKANNYA ANGKUH!

Unggal said...

Salam Dato Ron
Anak Jawe tumpang lalu...
Sejauh manakah kesahihan statements yang dibuat itu... Kata Nabi - 'Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina'..tapi sebenarnya tidak ada nas kesahihan Nabi made that statement - Ustad saya kata agaknya ianya ditulis oleh Tourism negara Cina masa tu....
In the context of artifacts, historical records etc. one must look at both sides of the coin - similarly the integrity of the person who wrote it as to whether they are under duress, freewill, having personal agenda or perhaps to mum the public ...etc...

warongkopi56 said...

Assalamua'laikum Datuk,

Melayu dikhianati? Jawapannya memang positif YA! Persoalannya siapa yang menjadi pengkhianat pada bangsa Melayu?

Pada permulaan sejarah tertubuhnya Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia orang yang mengkhianat bangsa Melayu adalah British dengan dasar "divide and rule" mereka.

Kedua perlaksaan Dasar Ekonomi Baru sebagai contoh. Dasarnya baik tetapi perlaksanaannya kurang tepat hingga terbitnya perlakuan nepotism,cronyism dan berbagai "ism" sampailah kepada politik wang. Siapakah pengkhianat disini.Pengkhianatan disinilah yang paling ditakuti dan membawa kesan yang lebih parah dari pengkhianat yang nyata,kerana pengkhianat ini tidak lebih tersirat.

Pengkhianat yang ketiga adalah pengkhianat yang nyata.Golongan ini terdiri dari mereka mereka yang tidak dapat mengawal nafsu dan akal telah kalah. Golongan ini tidak tahu dan mengenal pada hakikat.Golongan ini tidak kurang bahayanya,tetapi boleh ditentang jika dibanding dengan golongan kedua.

Saya kira untuk mengatasi pengkhianatan terus berlaku kita terpaksa mengkaji puncanya dan bersihkan tiompok tompok itu sama ada suka atau tidak,sama ada termakan budi atau tidak.Penyakit ini seharusnya dicegah dan dimatikan sebelum ia tidak dapat dikawal.

ikhlas

warongkopi56

Semut Api said...

sikap atau pandangan mengenai persamaan hak rakyat yang telah sama menetap dan membangun Tanah Melayus emenjak merdeka, di dorong kuat dari negara di Selatan tanah air kita yang mana pada masa ini kepimpinannya dipegang oleh bangsa pendatang semnejak mereka menipu pemimpin tanah melayu dengan muslihat penyatuan pada tahun 1963...

bulan said...

Kesilapan bangsa Melayu telah dibukukan oleh Tun Dr Mahathir, sabagai bukti kaum Melayu dalam dilema salama-lamanya. Tiada nampak tanda-tanda mereka telah bersedia untok menyelamatkan kaumnya dari terus hidup dalam dilema.

Sayangnnya, semua tidak begitu diberi perhatian mendalam serta sokongan, malah diketepikan begitu sahaja, memandangkan ketika itu, mereka memiliki pemimpin yang luar biasa kebolehannya. Tegas dan cekap. Tetapi bila ditakdirkan mendapat pemimpin yg dungu, dilema Melayu kembali mekar subur didalam jiwa mereka, bukan saja kaum Melayu tetapi kapada semua kaum diTanah Melayu.

Yang menghairankan Dilema kaum lain tidak digembar gemburkan kerana mereka sentiasa bersedia dan bersatu. Kelebehan banyak berpehak kapada mereka untok mencapainya. Mereka tidak akan bertolak ansur dalam mendapatkan segalanya atas kesilapan dan kecuaian bangsa lain.
Wang telah menjadi pencatur kuasa dizaman kapitalis. Ketamakkan ini yang membuat mereka juga hidup dalam dilema bangsa lain.

Sekarang jelas, adanya tangan tangan jelak juga mengambil kesempatan, mengikut rentak penjajah dahulu. Memberi tekanan, lepas satu satu. permainannya mengelirukan Melayu untok bersatu,dalam suasana menghempit, dibantu pula oleh baruah, pembodek, peliwat, musang berbulu ayam, Pak iman, Pak lebai yang sentiasa bergerak cergas dalam diam menghancurkan lambaang kekuatan melayu untok bersatu dibawah semangat National dan Ugama.

ikan emas said...

Apakah kita mau tajuk ini ditukar kepada "Melayu Pengkhianat,Dikhianat dan Terkhianat"...

Fikir-fikirkanlah..
Sedarlah wahai bangsaku,dalam kelembutan perlu ada ketegasan.

mimbarUMNO said...

Pagi ni teman dapat berita,stadium Sultan Mizan runtuh walaupun belum setahun.Nasib baiklah runtuh masa takde orang,kalau orang tengah tgk bola,macamanalah nasib penyokong bola berkenaan.Ini satu tamparan hebat bg UMNO Terengganu.
Dari isu ini,dapatlah kita tengok reaksi rakyat yang semakin ragu2 dengan cara UMNO n BN membuat projek pembangunan 'untuk kegunaan/kebahagian/kesenangan rakyat'.Yang pentingnya adakah kontraktor yang dilantik adalah kroni2 UMNO n BN?
Kalau betul,mampuslah UMNO TERENGGANU nak jawab isu ini.PR mmg nantikan isu2 macam ni,itupun pemimpin UMNO ni tak pandai nak cover line.Ada je isu yg boelh dipolitik kan oleh PR.
SEPATUTNYA ORG2 MACAM NI DAH LAMA TERTIMBUS NGAN STADIUM TU SEKALI KERANA MEREKA BUSUK NAMA UMNO!
Aku cukup emosional kerana aku beranggapan masa ni lah nak berbakti pada rakyat tapi kerana orang2 UMNO perosok ni UMNO semakin tenggelam.So aku harap2 siasatlah secara adil kejadian tu,tunjuk kan pada rakyat ia bukan disebabkan kecuaian semasa pembinaan or pemberian kontrak kepa kroni2 UMNO!

odeen said...

SEBENARNYA TIADA ISTILAH MELAYU DIKHIANATI...TETAPI SETIAP BANGSA YANG BERSIKAP PERKAUMAN PASTI AKAN MENGKHIANATI ANTARA SATU SAMA LAIN. SAYA TIDAK SETUJU DENGAN PERSOALAN DATUK TENTANG HAL INI. DATUK CUBA MEMBERITAHU PEMBACA BAHAWA ORANG MELAYU SENTIASA DIKHIANATI OLEH BANGSA LAIN SEOLAH-OLAH BANGSA MELAYU TIDAK PERNAH MENGKHIANATI BANGSA LAIN. DATUK RON INILAH SALAH SATU SIKAP PERKAUMAN DAN MEMBANGKITKAN SENTIMEN PERKAUMAN. BAGAIMANA JIKA..."INDIA DIKHIANATI? CINA DIKHIANATI? IBAN DIKHIANATI? ORANG ASLI DIKHIANATI? KADAZAN DIKHIANATI? BIDAYUH DIKHIANATI?MELANAU DIKHIANATI? DAN SEBAGAINYA....

putera bentan said...

Saya perhatikan soal etnik menyemarak bila pemimpin kita lembik. Waktu Tunku, masalah tu menyemarak sebab Tunku jadi the happiest PM di dunia. Waktu PL masalah ni menyemarak sebab PL bagi muka kat dia orang waktu Melayu marah pada PL. Oleh kita, jawabnya, pemimpin kena tegas. Macam zaman Tun M mana ada berdetik bunyi suara-suara perkauman? Ini rahsianya. Tegas dan bijaksana, orang tak panjat kepala.....

nakhoda said...

Datuk. Kalau Inggeris tak bawak masuk rakyat Cina dan India secara besar-besaran, tak ada masalah etnik di Malaysia. Kalau UMNO bangkang rakyat Cina dan India jadi warganegara menerusi jus soli, tak ada masalah etnik di Malaysia. Kalau DAP, MCA dan Gerakan tak main politik, tak ada masalah etnik di Malaysia. Kalau kerajaan bertegas pasal kebebasan bersuara, tak ada masalah etnik di Malaysia. Kalau Lee Kuan Yew tak apikan Malaysian Malaysia, tak ada masalah etnik di Malaysia. Jadi, sapa yang khianat dan sapa yang dikhianati dalam soal etnik ini? Kita renungkanlah bersama!

limado said...

Masalah etnik ni legasi penjajah dan legasi Perikatan yang terburu-buru sangat nak merdeka. Masalah ni boleh dikurang dan diatasi jika semua kaum tak main politik. Yang teruknya, Melayu asyik kena asak dan kena asak atas dasar tolak ansur. Penghabisnya, kita yang kena tolak, dia orang yang beransur ke depan. Silapnya? Kerajaan terlalu kompromi!

Semut Api said...

setuju dengan komen nakhoda...
yang bercakap tentang perpaduan kaum pad amas aini hanyalah pemimpin UMNO, pemimpin MCA, Gerakan dan MIC semua senyap.. malah mengambil kesempatan lagi.. Anwar Ibrahim? PAS? Husam? Semuanya dikudakan oleh Kit Siang, Anaknya dan Ipoh Timor serta yang lain-lain...

azam said...

Hairan betul pemimpin kita ya. Tiba-tiba je Awang Selamat kena komen kaw-kaw dek TSMY.Kan apa yang Awang cakap tu betul?

Mika Angel-0 said...

Sunggul-Sunggulan
(dia anak singkong)

gambar bunga raya yang ini
lebih senang di mata.

namun, kenapa masih enggan
mahu ke sana
blog automated setengah masak
orang UMNO nombor satu ini:

(president jual president
atau anak jual nama bapa?)

wira said...

Saya setuju sangat dengan Nakhoda dan Semutapi. Memang jelas kita dikudakan dan ditunggang didalam bidang perniagaan dengan menggunakan nama orang melayu kerana mereka menerajui bidang perniagaan. Mana ada CEO melayu didalam syarikat bukan milik kerajaan yang disenarai dipapan bskl. Kalau politik dikudakan saya tidak nampak lojiknya kerana bidang politik kita yang memimpin.

Teratak Cahaya said...

Dimanakah Suara PEMUDA UMNO dalam membela hak-hak dan nasib anak-anak melayu yang berhak mendapat tempat belajar dan biasiswa berdasarkan merit peperiksaan mereka.

Setiap kali keluar keputusan peperiksaan umum samaada SPM ataupun STPM, kita seringkali mendengar rintihan dan keluhan etnik lain akan kegagalan mereka mendapat kursus pilihan di universiti mahupun biasiswa walaupun cemerlang dalam peperiksaan mereka. Suratkhabar etnik mereka kerapkali memperjuangkan isu ini malah pemimpin mereka juga sanggup bertemu Menteri Pelajaran soal isu ini. Suratkhabar kita pula kurang memperjuangkan isu ini, mungkin takut digelar "ULTRA" melayu atau terlebih bertoleransi.

Ramai lagi anak Melayu yang cemerlang tapi tidak mendapat tempat belajar atau biasiswa, namun mereka pasrah dan lebih bertoleransi.

Sikap etnik lain yang terlalu meminta-meminta dan tidak menghormati hak orang lain seperti termaktub dalam perlembagaan adalah mengecewakan. Permintaan supaya JPA menyiarkan nama-nama penerima biasiswa adalah keterlaluan.

JPA telah melakukan yang terbaik. Setiap calon dinilai sewaktu temuduga bukan sahaja atas kecemerlangan akademik sahaja namun mengambilkira faktor pembangunan insaniah yang lain seperti ko-korikulum, kemahiran memimpin, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah. Jadi, janganlah diragui akan tahap profesionalisme JPA.

Bukan dalam soal pendidikan, malah isu Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi yang telah dilenyapkan dari barisan Kabinet juga masih belum selesai.

Janganlah berlaku ibarat pepatah , "Kera dihutan disusukan, anak dirumahmati kelaparan".

Wassalam

Mika Angel-0 said...

POSTO! POSTO!:

Ahli boleh beri pandangan

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 3 Jun - Lebih 20,400 cawangan UMNO di seluruh negara diberi peluang mengemukakan pandangan berhubung draf pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Khas parti pada Oktober ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah tersebut adalah bagi membolehkan semua ahli parti meneliti draf pindaan dan seterusnya memberikan maklum balas mereka.

''Saya difahamkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO telah menghantar surat kepada semua ketua cawangan.

''Ini bagi membolehkan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi memberikan maklum balas ke atas kerangka pindaan yang telah disiapkan itu dan melihat apa bentuk perubahan yang akan dilakukan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian berkelompok Mesyuarat cawangan UMNO Putrajaya di sini malam semalam.

Rangka draf pindaan Perlembagaan UMNO adalah membabitkan rombakan sistem pemilihan jawatan, kuota dan perubahan terhadap Pergerakan Wanita dan Pemuda.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, pindaan itu turut mengandungi cadangan sama ada setiap pengerusi badan perhubungan negeri dilantik secara automatik menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT).

Perubahan membabitkan kaedah pemilihan parti termasuk isu kuota dibangkitkan oleh para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac lalu.

Perhimpunan Agung UMNO 2009 akan berlangsung dari 13 hingga 16 Oktober ini.

Tengku Adnan berkata, pihaknya difahamkan ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan diberikan tempoh selama sebulan untuk memberikan maklum balas mereka.

Beliau memberitahu, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini hanya akan berlangsung selama dua hari bagi memberi laluan kepada proses pindaan perlembagaan parti.

''Selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan tangguhkan mesyuarat untuk dijadikan Perhimpunan Agung Khas bagi kita membentangkan pindaan itu,'' katanya.

Justeru katanya, pada perhimpunan agung kali ini, hanya usul ucapan Presiden sahaja akan dibahaskan.

''Jadi usul agama, ekonomi dan pendidikan tidak akan dibahaskan,'' katanya.

Mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan, beliau berkata, satu lagi pasukan petugas dihantar hari ini bagi menyusul pasukan awal diketuai Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang berada di kawasan itu sejak semalam.

pertanyaan:

bagaimana dan dimana undi akan dibuat bagi 60,000ahli yang sah dilantik mengundi bagi anggota yang sah (siapa ahli yang bukan ahli kerana telah mendaftar di parti lain tetapi nama masih dalam UMNO?

tebing tinggi said...

melayu tidak dikhianati tetapi menghainati diri sendiri dan melayu itu sendiri yang menghianati sesama melayu/

ed said...

siapa kata melayu mengkianiti melayu? itu adat hidup siapa yang berkuasa akan memunafatkan kuasanya kepada sanak sdr kawan dan penyokong jitu depa. rakyat hanya pengundi yang bebal memilih mereka dan memberi kuasa kepada mereka. soal bangsa, membela rakyat dll itu hanya cakap mulut kempen untuk mempengaruhi rakyat mengundi depa.dah berkuasa peduli apa tunggu 5 tahun lagi , bagi jaji manis2 takukan rakyat nanti huruhara kalau tk pileh depa. apapilihan rakyat biasa. ?