Friday, May 22, 2009

Hindraf memusuhi Bumiputera orang Melayu dan umat Islam?

Ruhanie Ahmad

Dalam kenyataannya yang disiarkan dalam Utusan Malaysia 10 Disember 2007, P. Uthayakumar selaku pemimpin Hindraf “mengisytiharkan secara terbuka bahawa musuhnya adalah UMNO, bukan orang Melayu.”

Tetapi dia terlupa bahawa ahli UMNO adalah orang Melayu, umat Islam dan juga Bumiputera. Jadi, siapa yang dia nak perdayakan bila berkata bahawa musuh Hindraf bukannya orang Melayu?

Anehnya, MIC yang menjadi komponen Barisan Nasional (BN) tidak pernah bersuara untuk membantah kenyataan ini. Lebih aneh lagi bila ahli-ahli UMNO, orang Melayu, umat Islam dan Bumiputera juga seolah-olah memandang ringan kenyataan berkenaan.

Lebih ironis lagi, hari ini terdapat pemimpin-pemimpin politik Melayu dan Islam yang turut menjulang orang-orang Hindraf yang telah memenangi PRU12 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi keluarga Pakatan Rakyat (PR) di mana antara sekutunya adalah PAS.

Saya lampirkan di bawah ini kenyataan Uthayakumar pada 9 Disember 2007. Kaji dan telitilah sendiri. Tidakkah kenyataan ini membawa maksud bahawa musuh Hindraf adalah orang Melayu, umat Islam dan Bumiputera? Apa agaknya reaksi orang Melayu, umat Islam dan Bumiputera setelah memahami kenyataan tersebut? Fikir-fikirkanlah!

BUTTERWORTH 9 Dis. – Hindu Rights Action Force (Hindraf) hari ini mengisytiharkan secara terbuka bahawa musuhnya adalah UMNO, bukan orang Melayu.

Seorang peguam yang mendakwa mewakili Hindraf, P. Uthayakumar berkata, ini kerana parti itu didakwa mengetepikan masyarakat India dalam arus pembangunan negara.

‘‘Kami telah hidup dengan baik dan bekerjasama erat dengan orang Melayu bukan setakat 50 tahun lalu tetapi sejak 200 tahun dahulu.

‘‘Kami tidak bermusuh dengan orang Melayu kerana mereka banyak membantu. Hindraf hanya memusuhi UMNO,” katanya ketika berucap semasa menghadiri upacara keagamaan di Kuil Sri Mahamariamman di Jalan Jeti Lama di sini hari ini.

Kira-kira 2,000 orang India berhimpun secara aman di kuil itu bagi mengadakan upacara keagamaan untuk mendoakan pembebasan 31 penyokong Hindraf yang ditahan ekoran terlibat dalam perhimpunan haram di ibu negara 25 November lalu.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 11 pagi hingga 1 petang itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Puyu, Phee Boon Poh dari DAP.

Uthayakumar berkata, masyarakat India tidak menghadapi masalah untuk terus hidup harmoni bersama masyarakat Melayu dan tidak sekali-kali berasa marah atau benci kepada orang Melayu.

Menurutnya, Malaysia tetap menjadi negara tumpah darah yang dipertahankan oleh masyarakat India negara ini, namun apa yang menjadi masalah ialah kerajaan pimpinan UMNO mengabaikan masyarakat India.

Beliau yang ditemui selepas itu juga berkata, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendedahkan tindakan Hindraf meminta sokongan dan bantuan pengganas antarabangsa iaitu Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka adalah satu pembohongan.

Menurut Uthayakumar, pembohongan itu bertujuan untuk mengalih isu yang ditimbulkan oleh Hindraf dengan mengaitkan mereka dengan kumpulan pengganas.

Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan badan bukan kerajaan antarabangsa dan kerajaan negara asing menjauhi dan tidak menyokong Hindraf.

Justeru, kata beliau, pihaknya membuat laporan polis berhubung tuduhan Musa terhadap Hindraf itu kira-kira pukul 3 petang semalam di Kuala Lumpur.

‘‘Kalau Ketua Polis Negara gagal buktikan kebenaran tuduhan itu dalam tempoh 24 jam, ternyata ia palsu,” katanya.

Mengenai penahanan 31 penyokong Hindraf, beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengadili kes mereka perlu ditukar kepada hakim baru. -- Utusan Malaysia, 9 Disember 2007.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm

14 comments:

toytian said...

Musuh ISlam adalah Undang2 penjajah ISA.
Musuh Rakyat malaysia adalah ISA.
Sapa yang masih mempertahankan ISA,
tahan tanpa bicara bukan zalim kah?.bukan maha zalim?.bukan maha firhaun kah?
Utamakan UGAMA dari RAS, barulah rakyat tenang,pemimpin tenang seterusnya negera tenang.
Percayalah saudara seagama berfikir akan kejadian ALLAH membuat kita tidak cepat letah dan nyanyuk...

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Dulu dalam blog Dato' saya pernah menyatakan bahawa Kerajaan silap kerana mengharamkan HINDRAF sebagai kumpulan haram. Dengan berbuat demikian a sudah tentu menyukarkan Kerajaan untuk menentukam bilangan serta siapa sebenarnya penyokong (ahli?) kerana mereka kini bergerak secara haram dan hanya mempunyai penyokong "senyap". Bagaimna pun Dato' meminta supaya tidak lagi membincang isu HINDRAF kerana ia diharamkan oleh Kerajaan.

2. Tapi hari ini mereka muncul semula dengan berbagai tohmahan terhadap Kerajaan dan Umno. Walau pun mereka bercakap atas sifat kumpulan haram tapi kita tidak menafikan bahawa ia telah mendapat sokongan pengikut "senyapnya" dan sedikit sebanyak telah meracuni pemikiran kaum India supaya benci dan memusuhi Umno, orang Melayu dan Islam. Apa yang mampu dilakukan oleh KDN selain memberi amaran kepada "entah siapa" (kumpulan haram).

3. Oleh itu, memandangkan Kerajaan telah menganggap HINDRAF sebagi kumpulan haram maka kita minta biarlah pihak Polis pula bertindak terhadap mereka sepertimana kumpulan "Gengster" dan bukan mengikut pendekatan orang politik. Tidak perlu berlembut lagi dengan mereka ini yang jelas mengancam keselamatan negara.

The Truth said...

Hindraf adalah satu pertubuhan haram yang bersikap racist dan melampau, persoalannya apakah yang menyebabkan kewujudan kumpulan haram ini. Jawabannya adalah kelemahan dan kelalaian pentadbiran lalu. Kerajan Abdulah badawi telah membuka ruang dan jalan seluas-luasnya kepada kewujudan kumpulan-kumpulan haram seperti ini. Dengan slogan kerajaan yg telus dan transperansi, pentadbiran lalu telah mendedahkan hak majoriti iaitu orang-orang melayu, seperti hak-hak keistimewaan melayu,kedaulatan raja-raja melayu dan banyak lagi sebagai pertaruhan kononnya atas kesamarataan kaum.

Kelemahan kerajaan lalu telah menjadi penyakit barah kepada orang melayu sekarang, pentadbiran sekarang pula dilihat terlalu berhati-hati didalam menangani pertubuhan haram Hindraf ini. Tiada tindakan konkrit yang ternampak diambil, kita sepatutnya melayan kumpulan haram hindraf ini seperti mana kerajaan melayan kumpulan arqam.Tindakan bersepadu kerajaan telah berjaya menghapuskan arqam hingga keakar umbi walaupun sedikit sebanyak telah mengguris hati orang-orang melayu.

Tindakan yang sama sepatutnya diambil keatas kumpulan haram hindraf ini malah sepatutnya lebih agresif tanpa belas kesihan kerana kumpulan ini amat berpotensi mencetuskan huru hara kaum yang lebih dahsyat dari tragedi 13 mei. Kumpulan haram hindraf ini mesti dihapuskan hingga ke akar umbi tanpa perlu mengambil kira perasaan kaum-kaum india kerana tindakan adalah kerana dasar keselamatan negara.

Unknown said...

Musuh orang Melayu bukannya rakan kita yang berbangsa India, tetapi;

1) HINDRAF YANG BERMULA DENGAN KATA-KATA PERMUSUHAN PENUH KEBENCIAN

2)HINDRAF YANG BERJUANG PENUH DENGAN BELIT DAM MUSLIHAT

Malangnya Kerajaan Abdulah Badawi & Anak Menantunya amat bodoh dan dangkal.

Sepatutnya setiap Pemimpin Hindraf dibawa di mahkamah dan di'telanjang'kan agar masyarakat dan negara dapat menyaksikan betapa bodoh, hina dan jahatnya perjuangan dan perlakuan mereka.

Nasi dah jadi bubur; Dollah Badawi terbukti lebih bodoh daripada mereka.

wanbaki said...

BETUL KATA THE TRUTH TP IMPLIKASI KUMPULAN ARQAM DENGAN HINDRAF INI TIDAK SAMA.

MASALAH KITA SEKARANG ADALAH KUMPULAN ARQAM TIDAK BERADA DALAM POLITIK TETAPI HINDRAF INI MEMPUNYAI LATAR POLITIK BILA MEREKA MENYERTAI PKR YANG DIDOKONG OLEH ANUAR IBRAHIM YANG MERUPAKAN MELAYU ISLAM.

SEKIRANYA KERAJAAN JENTIK SAJA HINDRAF ORANG PKR DAN PAS MENJADI HINDU LEBIH DARI HINDU.

BOLEH KAH KITA BEZAKAN ORANG PAS DAN UMNO YANG SUJUD SATU KIBLAT??? BOLEHKAN HINDRAF INI BEZAKAN PAS DAN UMNO DI DALAM SATU MASJID??? BOLEHKAH HINDRAF INI SEZAKAN KUBUR PAS DAN UMNO????

MALANGNYA ORANG MELAYU INI TIDAK SEDAR YANG JENAZAH MEREKA AKAN DI KAPAN KAN DAN SEMBAHYANGKAN OLEH ORANG MELAYU JUGA SEKIRANYA BERLAKU PERTUMPAHAN DARAH.

Unknown said...

Orang Melayu perlu desak kerajaan adakah kajian menyeluruh mengenai isu-isu perkauman sekarang ini. Saya akui semua ini akibat kelemahan kepimpinan Malaysia yang dulu. Pasal dia lemah orang pun ambil kesempatan. Kalau pemimpin negara tegas semua jadi macam tikus. Orang Melayu pun janganlah sokong dia orang ni. Hari ni memang ada pemimpin Melayu dan Islam yang sokong Hindraf. Apa komen Anwar Ibrahim dan Hadi Awang? Betul tak?

Unknown said...

Saya setuju dengan pendapat Datuk. Kenapa Samy Vellu tak kata apa-apa. Kenapa Kayveas bisu? Kenapa orang kena tembak waktu demo di Kuala Terengganu PM tak masuk campur? Kenapa bila penyokong Hindraf kena masuk mahkamah PM waktu tu suruh dibebaskan? Ini semua sebab musabab Hindraf besar kepala! Orang Melayu termasuk yang akan mengundi di Penanti kena insaf hal ni. Pemimpin PKR dan PAS sokong Hindraf!

Abd Offar said...

Actually UMNO dan Melayu adalah 2 perkara yang berbeza. Kalau saya tak sokong UMNO tak bermakna saya khianat bangsa saya sendiri.

UMNO adalah fahaman politik. Sama seperti Zionis. Bukan semua orang Yahudi itu Zionis tapi semua Zionis adalah Yahudi. Jangan salah anggap kononnya saya samakan Melayu dan Yahudi. Ini cuma perumpamaan sahaja.

Jadi, kalau Hindraf memusuhi UMNO tak bermakna mereka memusuhi Melayu dan Islam. Cuma fahaman itu sahaja yang mereka memusuhi.

Melayu pun ada juga yang benci UMNO. Adakah ini bermakna orang itu Murtad kerana dia memusuhi UMNO yang juga semua ahlinya orang Islam.

Pengarang jangan nak putar belit fakta lah..

Anonymous said...

Yalah, musush Melayu nih semua org bukan Melayu. Yg MCA, DAP, Hindraf, MIC nih elok kasi mereka balik negara masing masing lah kan?

Bosan aku dengar kata kata merepek engko semo. BOSAN!!!

Apa yg mengancam Malaysia (bukan saja Melayu)? Mat Rempit, kes epmbunuhan, kes merogol, snatch thieves...yg nih semo yg patut polis concentrate....tapi...mereka bazir tenaga mengejar orang HINDRAF yg "Mengancam keselamatan negara".

Sape yg lagi mengancam, I wonder....perogol, pembunuh, atau protestors? Kalo tanya BN yg tak bermunasabah, yg gila power, pasti jawapanny protestors....

A.Rangkuti said...

Salam,

Hindraf kata dia tak bermusuhan dengan orang melayu tetapi dengan UMNO.Habis Umno itu parti untuk bangsa apa??? Bermusuh dengan UMNO bermakna bermusuh dengan orang melayu!Itulah yang TERSIRAT!

Dengan perangai yang ditunjukan oleh Hindraf dan DAP diPerak apakah ISA perlu dihapuskan?

Fikirlah sedalam-dalam dan semasak-masaknya.

pakbelalang said...

UMNO is the still the best bet for the Malays. It is still relevent dulu, kini dan selamanya. Make no mistake about it. Don't discard UMNO totally. UMNO has got all the political infrastructure to move forward for the next 50 years. What the Malays need to do is to identify those irrelevent Malay leaders who are haprak and HP6, still "menenggek" within UMNO rank and file and discard them dalam "longkang". There are a lot more of these haprak and HP6 UMNO leaders together with their "gurkhas" who are still surviving. They are still hanging and mingling around the corridor of power within UMNO like "hawks". The earlier to get rid of them the better. At least with the new team on board, UMNO have managed to kick some of them out, but still not enough. There are still leftovers "burung gagak"!!

The pressure groups (NGOs) within the Malay community must continue to put UMNO leaders constantly on their toes so that they would not be able to deviate from UMNO agendas for their self-interest.

me said...

Tapi ada juga orang Melayu bukan ahli UMNO.

Kalau memusuhi UMNO bermaksud memusuhi orang Melayu, maksudnya UMNO adalah satu-satunya suara orang Melayu.

Tapi ada juga orang Melayu yang kurang setuju.

Jadi janganlah dikatakan bahawa memusuhi UMNO sama dengan memusuhi orang Melayu.

Ini hanya benar sekiranya UMNO saja yang mewakili semua orang Melayu. Jika UMNO sememangnya menganggap diri mereka sebagai satu-satunya organisasi perwakilan Melayu, maka ini adalah keangkuhan UMNO.

me said...

Sebagai tambahan, boleh dikatakan semua ahli Pas adalah orang Islam.

Maka, adakah orang yang menganggap Pas sebagai musuh turut menganggap orang Islam sebagai musuh?

Sudah tentu tidak!

Unknown said...

SALAM ,
HINDRAF ADA LAH MUSUH BARISAN NASIOANL KHSUSUNYA UMNO DAN BUKAN MELAYU ATAU ISLAM. UMNO SEBAGAI SATU PARTI YANG MEMPUNYAI MAJORITI TELAH MENYALAH GUNAKAN KUSSANYA SELAMA 52 TAHUN YANG LEPAS DAN KINI SELAPS BANGKIT HINDARF 5 NEGERI TELAH JATUH KE TANGAN PEMBANGKANG ( PAKATAN RAKYAT ) SEBNARNYA KITA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AGENDA YANG YANG BOKLIH MENDATANGKAN MASALAH PERKAUMAN TETAPI ANASIR DARI BN ( BOLIH JADI INDIA ,CINA ATAU MELAYU ) YANG TIDAK SETUJU DENGAN KEHIDUPAN AMAN DAN DAMAI DINEGARA INI YANG MEMPUNYAI BERBILANG KAUM AKAN MENCUBA UNTUK MENIMBULKAN MASALAH PERKAUMAN. KITA YANG TELAH BANGUN SETELAH TIDUR SELAMA 52 TAHUN HARUS PEKA DAN TAHU APA YANG BETUL. JANGAN PERCAYA APA YANG DI LIHAT DAN DI DENGAR SEBELUM MENYIASAT SENDIRI.