Monday, May 11, 2009

Mohammad Nizar MB Perak yang sah

KUALA LUMPUR 11 Mei – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. – Utusan 3.53pm

38 comments:

sangkakala said...

Salam,

Saya kira keputusan mahkamah tinggi boleh membuka jalan untuk menyelesaikan krisis politik Perak.

Sekiranya Mohammad Nizar masih mempunyai sokongan yang mencukupi, beliau boleh meneruskan tugasnya sebagai MB Perak.

Akan tetapi, sekiranya beliau tidak mempunyai sokongan yang mencukupi,beliau boleh meminta Sultan untuk membubarkan DUN supaya satu pilihan raya baru diadakan.

Dengan itu, kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat yang memutuskan siapakah yang mereka mahu memerintah Perak selepas ini.

Mr.RHishaM said...

Bubarkan DUN!!!

Parpu Kari said...

SALAM DATO RON,

BN MASIH MEMEGANG MAJORITI KERUSI IAITU 31 DAN PEMBANGKANG S1N3 28.

SENANG JE BUAT SIDANG TERGEMPAR DUN DAN TETAPKANLAH SIAPA MB!

TAK PAYAH NAK BUBAR DUN!

Parpu Kari said...

KAMI ORANG PERAK TAK NAK DUN DIBUBARKAN, ORANG LUAR TAK PAYAH MASUK CAMPUR! ADA FAHAM!

antijk said...

Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 5, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu kamu akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah kamu akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!

Gedung Akal said...

Salam,
1. Lebih bermaruah DUN perak dibubarkan. Rakyat Perak yang berhak memberi mandat semula sama ada kepada PR @ BN. Kalau BN menang SAHLAH Dr. Zambry buakn MB Kudeta dan kalau Ir. Nizar yang menang sahlah rakyat memang mahukan Nizar biar pun dituduh dia 'boneka DAP'.
2. Sebagai penyokong UMNO dunia sampai akhirat, saya harap UMNO akan menang secara bermaruah sekali ini. Bukan merampas kuasa. Anwar hanya 'acah-acah' nak rampas kuasa tapi kita buat sungguh2 hingga menimbulkan kebencian rakyat. Anwar sebelum Sept 16, 2008memang yakin pun dia tidak akan mampu kuasai parlimen secara dengan cara lompat part -sebab logiknya mana ada orang SENANG macam kita kat BN mahu cari SUSAH. Sebaliknya apa jadi terperangkap dengan acahan beliau dan memalukan UMNO/BN tanpa sedar. Kalau KITA tak jelas ini ertinya kita tidak SEDAR kelemahan kita.
Saya sokong bubarkan DUN Perak demi pulihkan MARUAH UMNO & kembalikan keyakinan RAKYAT.
Demi 1Malaysia DUN perak perlu dibubarkan!

siakap said...

Parpukari,
jangan makan banyak kari, otak jadi busuk dan tak berfungsi.Saya orang Perak, undi di Tanjung Malim, mak bapa dan adik beradik orang UMNO, semua kami sokong supaya DUN dibubarkan supaya bir rakyat buat keputusan. DUN adalah tempat wakil-wakil rakyat bermesyuarat dan berbincang untuk kepentingan rakyat, kini tidak dpat bergerak dengan baik, maka kembali kepada rakyat untuk menentukan anggota DUN dan kerajaan baru. Buat apa gaduh-gaduh, yang kau pun parpukari tak berani masuk gelannggangkah?

Firdaus said...

Salam.
Kes lompat parti bukan dalam kamus hari ini. Yang penting kesinambungan pemerintahan yang mampu memberi perkhidmatan yang sempurna demai agama, bangsa dan negara. Mahkamah Rayuan masih ada. Kita akan buat yang terbaik demi anak bangsa kita.

Mungkin pembubaran Dun masih tidak diperlukan. Cukup sekadar sidang DUN khas. BN sudah cukup majoriti di dalam DUN, boleh singkirkan 'mereka' pada bila-bila masa.

Jgn biarkan boneka-boneka naik ke atas 'pentas' lagi, dengan kerakusan harta untk merampas hak-hak yang sedia termaktub dlam perlembagaan negara.

HIDUP UMNO!

ChengHo said...

Umno tidak perlu gusar dgn pilehanraya , mungkin BN akan kalah di 18 kerusi yg majoritinya orang bukan melayu TETAPI Umno/BN mempunyai 34 kawasan yg majoriti nya orang orang melayu.
Pilehanraya adalah cara terbaik untuk BN....TETAPI calun calun BN mistilah yg berwibawa dan keterampilan ,mereka yg kalah di PRU 12 tidak payah bertanding lagi
Ini lah masa nya Zambry dan Zahid perlu menunjukan kualiti kepimpinan mereka...

Firdaus said...

Salam.
Semua sanggup untuk menghadapi pilihanraya yang keputusan nya masih belum pasti?

Kata orang,biar kita jatuh dengan bermaruah, kerna besok kita bangun dengan penuh kepuasan dan kemegahan. Namun, jgn kerna mengharapkan kebangkitan yang tidak pasti, masa depan anak bangsa kita menjadi taruhan.

imah said...

Sekali kira nampak macam BN boleh makan PR kerana mempunyai lebih kerusi daripada PR - 31 vs 28.

Tetapi perkara beikut perlu diberi perhatian:

- Sidang DUN Bawah Pokok telah mengesahkan penggantungan Zambry dan anggota Exconya. Jadi bagaimana BN boleh menang jika ada usul undi tidak percaya terhadap Nizar?

- Jawatan Speaker DUN masih menjadi pertikaian. Tidak pasti Speaker mana yang sah?

- Jika Sivakumar bawa isu Speaker ini ke mahkamah dan sementara mahkamah membuat keputusan, dan pastinya akan ada injunksi melarang speaker baru menjalankan tugas maka speaker mana yang berhak memohon sidang tergempar DUN?

- Jika isu ini dibawa ke mahkamah dan keputusan memihak kepada Sivakumar, maka usul undi tidak percaya tidak mungkin diluluskan.

BN masih lagi menghadapi rintangan besar terutama dari sudut undang-undang.

Pilihan paling munasabah ialah bubar DUN.

Mandailing Rangkuti said...

Kepada yang hendakkan sangat DUN Perak dibubarkan dan diadakan semula pilihan raya terutama nya orang MELAYU, fikirkanlah perkara yang boleh terjadi ini.

Sekirannya setelah pilihanraya semula selesai dan katakanlah keputusannya sama seperti dulu iaitu BN 28, PKR 7, PAS 6 dan DAP 18 dan dalam 18 wakil DAP itu kali ini ada pula seorang wakil bangsa MELAYU (besar kemungkinan mereka akan letak calon MELAYU dan pastikan dianya menang), sudah pastilah calon MELAYU DAP ini akan diangkat jadi MB dan Nizar akan TERLOPONG(pastinya lebih BONEKA dari Nizar). Inilah kemahuan DAP sebenarnya untuk beria-ia mengadakan semula pilihanraya di Perak. Apabila perkara ini berlaku, siapa yang sebenarnya memerintah Perak. Bukan Pakatan tapi DAP. Apa pula akan terjadi pada orang MELAYU di Perak. Bagaimana pula sikap mereka terhadap Baginda Sultan nanti. beberapa hari lepas kita semua lihat bagaimana mereka tidak menghormati Tuanku Raja Muda.

Kita jangan hanya fikir untuk diri kita hari ini.Fikirkan nasib anak-cucu kita dimasa hadapan.

Pernah kah kita terfikir apa kan terjadi kepada TANAH REZAB MELAYU sekiranya mereka memerintah nanti. Apa pula yang akan terjadi kepada sekolah agama rakyat yang dibawah kerajaan negeri.

Saya difahamkan Gugusan Manjoi adalah sebuah kampong MELAYU yang terbesar di Malaysia.Apa akan terjadi kepada kampong ini kalau mereka sudah berkuasa kelak.

Sudah terhantok baru nak terngadah? Saya rasa banyak lagi perkara orang MELAYU Perak akan hilang di Perak sekiranya dibiarkan mereka memerintah.

Janganlah menyokong memBABI buta dan membangkang tak tentu hala. Fikirlah sedalam-dalam, semasak-masaknya dan buatlah analisa sebelum membuat keputusan untuk menyokong atau membangkang.Sedarlah anak MELAYU Perak!

Rantong said...

Salam ziarah. Sekadar membuat hebahan untuk kepentingan ummah.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

fairuz said...

bubar atau tidak...kita tunggu dan lihat..semoga negeri perak aman makmur...

SAMBAL BELACAN said...

akhirnya kebenaran memihak kepada DS Nizar setelah diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah oleh mahkamah...Ini merupakan satu kegembiraan bagi PR....dan satu kesedihan bagi BN....

...BUBARKAN DUN.... jalan penyelsaian yang hakiki...

jamaludin said...

Orang UMNO bila tersepit cerita pasal maruah. Tapi tak malu ke kuasa tambahan dua tu datang dari orang melayu yang dah melantak pelacur cina dan memang terang2 korup. Cerita pasal maruah dan kuasa bangsa konon....
kalau betul2 nak RAKYAT suka jadilah gentleman........
kalu tak RAKYAT terus mempercayai bahawa UMNO takut untuk fresh election kerana dah banyak duit keluar untuk bangsat2 bangsa Melayu ni.....

zainal said...

saya orang Perak mahu DUN dibubarkan..
Hidup UMNO!!!

nalapambu said...

BN/UMNO nampak jelas takut menghadai PRU di negeri Perak.

Pakatan Rakyat sekarang tidak masalah untuk menang di mana2 PRU untuk menumbangkan BN/UMNO.

Sekarang sokongan kaum bukan melayu sudah padu kepada PR.

Di mana2 kawasan penduduk Bukan melayu melebihi 30% PR pasti akan menang.

Kaum melayu berpecah kepada 3 kumpulan. UMNO, PAS dan PKR.

Jika bilangan penyokong PAS dan PKR sama jumlah dengan UMNO, BN/UMNO pasti tumbang. Kerana PAS dan PKR mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu dari DAP.

Di mana sahaja penduduk melayu ini sudah berada dalam PAS se kurang2 nya 25% dan dalam PKR lebih kurang 15%.

Jumlah ini ialah penyokong tegar PR, di kuatkan pula dengan sokongan kaum cina dan india dari DAP.

PR pasti akan dapat menawan semula Perak.

Firdaus said...

Syukur, keputusan Mahkamah Tinggi berjaya ditangguhkan oleh Mahkamah Rayuan.

Namun, seandainya mereka berjaya memohon perkenan membubarkan DUN, penangguhan tidak lagi membawa apa-apa makna. Mari ramai-ramai anak PERAK mendoakan segalanya berpihak kepada kita.

http://pucukpolitikmuda.blogspot.com/

Mohd Khairul Anwar said...

Abang Ron;

Saya sokong brader ni Mandailing Rangkuti. Perkara ni tak ramai yang tahu; silap2 Nizar pon tak perasan.

Kalau saya jadi jadi LKS boleh ajer pilih mana2 Melayu yang tersokong DAP calonkan dia menang punyalah. DAP boleh calonkan Tunku Aziz former TI/UN tu. Boleh jadi MB baru PR. Cuma jika DAP calonkan Melayu mesti tak Pakat Rakyatlah- pecah belah rakyat.

UMNO memang ada harapan cerah rasanya jika kerusi yang dimenangi semasa PRU12 diambilkira. Yang paling kalah ialah PAS dan PKR.

Cuma sekarang daripada membiarkan deadlock yang tak menguntungkan ekonomi ni bagus satu decisive action diambil untuk kepentingan demokrasi dan semua pihak, khasnya Perakians.

mad said...

bn phobia pilihanraya, jangan haraplah bn mahu turun gelanggang secara jantan

tok iskandar said...

Bila kalah je mainkan sentimen perkauman.Habis tu,GERAKAN,sebuah parti komponen BN yang memerintah Pulau Pinang sejak 1969 tu kaum Melayu ke.

Asal kalah je mula cakap pasal ketuanan Melayu.Sebelum ni apa yang korang buat.

Krisis di Perak menjadi bukti kepada rakyat UMNO takut pada pilihanraya dan nak menang ikut pintu belakang.

Memang memalukan.Cakap banyak tak guna.tunggu ajelah tiba masanya Perak akan menjadi pusara buat UMNO.

Syabas kepada Hakim Mahkamah Tinggi kerana berana berkata benar biarpun akan berdepan dengan pelbagai tekanan selepas ini.Namamu tercatat dalam sejarah sebaris dengan nama-nama tokoh terulung mempertahankan demokrasi di Malaysia dan menjadi rujukan generasi akan datang.

UMNO akan tinggal dalam sejarah dengan imej yang buruk kesan daripada tindakan yang dilakukan oleh pemimpin mereka yang lebih mengutamakan kekuasaan.

Inilah menang sorak kampung tergadai.Mana lebih penting,menang di Perak tapi kalah di negeri lain

shahbandarmalakat said...

Nizar akan menghadap DYMM Sultan untuk bubar dewan.Bukan kah itu telah dia lakukan dalam episod yang lalu dan DYMM telah tidak merestuinya,kerana tidak wujud dead-lock dimana BN memperolehi simple majority maka BN di restui tubuh kerajaan dengan perlantikan MB dari BN?
Atas alasan apa DYMM nak restui pembubaran kali ini?
Kekecuhan ini semuanya berpunca dari Nizar sendiri.Mula mula bila dapati orang dia lari dia menghadapi DYMM untuk bubar Dewan , kemudian bila tak berjaya Dia ingin panggil Sidang Dewan nak dapatkan vote of confidence.Sepatutnya ini lah yang patut dia lakukan iaitu panggil Dewan untuk bersidang dapatkan sokongan dari ADUN, kemudian baru lah menghadap DYMM Sultan.Ini semua kerja gila Nizar sendiri

pakbelalang said...

To simplify matters, yes, dissolve the state assembly and have a fresh state election.

Given a choice I still feel that BN is the right choice to rule the state. Make no mistake about it. As for Pakatan Rakyat, they are just "greenhorn" administrator. For the last one year my assessment of their KPI is "ground zero". Nothing to shout about. A lot of inconsistencies and confusions in their administration. They were struggling all the way how to administer the state effectively. Their decision making process was rather topsy turvy. In fact, I don't see any direction as far as the development of the state is concerned. They were groping and more concerned about politics rather than focusing on the need to fulfill the rakyat aspirations.

Given a second chance to rule they would still continue groping how to develop the state.

Lets be practical and be logical whether by continuing giving PR the mandate to rule Perak again would really benefit the state. I doubt so. I think the state would be one step behind for at least 5 years with "zero" investment coming to the state.

Another scenario that would happen this time around, if there is really a fresh election, with the current sentiment, I can safely say that PAS will garner more support and more seats than PKR. PKR will be in the losing end. That's my best bet.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Alhamdulillah.
Teruja kita mahu melihat bagaimana Mohd Najib menyelesaikan kemelut politik di Perak ini dan bagaimana nanti negara memadangnya, Tuanku Sultan Perak dan institusi Istana.

Saya orang melayu, saya suka sultan, dan raja.

Terima Kasih Sauh DiTarik

anak jati ipoh said...

salam,

kepada mandailing rangkuti,

Jangan terlalu sempitkan fikiran anda.Saya bukannya ahli parti politik mana-mana tetapi saya adalah anak jati perak dan pengundi dalam parlimen gopeng.Kebarangkalian untuk berlakunya keputusan yang sama seperti pru-12 yang lalu adalah mustahil kepada mana-mana pari bertanding.Dalam erti lain amat tipis sekali akan berlaku jumlah kerusi 18 dap 5 pas 6 pkr dan selebihnya bn.

Kedua sudah acap kali diperkatakan dan diketahui umum Tuanku Sultan mempunyai kuasa mutlak melantik sesiapa sahaja adun yang dikehendakinya.Dan dalam undang-undang tubuh negeri perak mengatakan menteri besar mesti orang melayu.Jadi kalau dap letak calon adun melayu dan menang pun tidak semestinya sultan akan melantik beliau.Baginda masih bolem melantik ds nizar sebagai mb jika beliau menang.Kebarangkalian untuk beliau menang memang tinggi kerana beliau baru sahaja menang parlimen bukit gantang dalam prk baru-baru ini.Letak sahaja beliau dalam mana-mana adun yang beliau menang besar tempoh hari.Sudah tentu beliau akan menang.Jadi isu adun dap melayu jadi mb tidak timbul kerana sultan berkuasa mutlak melantik sesiapa yang baginda mahu asal adun itu bangsa melayu.Sudah tentu pada hemat saya sultan tidak akan melantik adun dap sebagai mb walau dia itu melayu.

anak jati ipoh said...

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

pakabuana said...

Kepada yang berminat untuk membeli lirik lagu satu malaysia emailkan kepada http://bicaraselatan.blogspot.com/

Media Siber said...

untuk 19 jam jer.. heheheh!

Yon said...

Assalamualaikum
Demi kepentingan rakyat pada saya bubarkan DUN.Biar rakyat menentukan siapa yg patut memerintah.Kalau menang dan kalah biarlah secara bemaruah dan dihormat. Bukan dihormati oleh pihak lawan tapi dihormati rakyat itu sendiri.
Banyak perbualan dengan rakan2 dan kenalan samada tua atau muda dr perak sendiri atau luar dr kaw.perak samada ahli umno atau pakatan...rata2 mengatakan bubarkan aje DUN biar rakyat yg buat pilihan. Disamping itu hasil dr kemelut negeri perak ini juga..dr sehari ke sehari kalau dulu mereka adalah menyokong BN tapi kini beralih arah kepada PAKATAN disebabkan org makin meluat melihat kemelut ini yg tidak sudah2.
Sepatutnya BN perlu lebih menumpukan perhatian kpd rakyat dan negara di zaman ekonomi meleset ini dan tunjukkan kemampuan BN mengatasi kemelut ekonomi dan isu rakyat. Bila berjaya barulah orang akan pandang BN tapi kalau kemelut negeri perak ini berpanjangan apa yg saya nampak dr sehari ke sehari org akan berkurangan menyokong BN terutama golongan muda. So fikir2kan lah demi masa depan.
Maaf berkatadan ini adalah kenyataan didepan mata: TANAH REZAB MELAYU dr sehari ke sehari kalau dulunya adalah milik melayu tapi akan datang belum tentu milik melayu samada kat PERAK ke atau kat JOHOR ke atau dimana2 samada diperintah oleh PAKATAN atau BN kalau org yg memegang kuasa pemerintahan tak menjalankan amanahnya dgn jujur.

AZLEEN ISMAIL said...

kenapa tak boleh buat pilihanraya je semula utk 3 DUN lompat parti tu?

dulu time Anwar heboh pasal MP nak lompat ke PR, semua cakap tak boleh lompat. tak bermoral la. apa2 je la...sedangkan takde pun yg lompat.

sekarang bila PR lompat ke BN, ok la pulak. mintak bubar dun tak nak. mintak pilihanraya 3 dun tu je pun tak nak...

3 dun tu sekarang bukan berada dalam parti pilihan rakyat.
mana der org tanding pilinhanraya, takde parti. bebas pun parti jugak. kalau 3 dun tu dulu tanding atas nama BN, takde nyer org nak pangkah dia tu....

Parpu Kari said...

NI PEMUJA KOMUNIS BINTANG 3, ATAS SEBAB APA NAK BUABAR DUN YA? SEBAB NAK BAGI NIZAR HAPPY YA?

KORANG BACA KAT SINI...TENTANG NIZAR BINTANG 3!

http://parpukari.blogspot.com/2009/05/berita-tergempar-dari-perak-panas-panas.html

shahbandarmalakat said...

Pasal apa mesti bubar DUN disebabkan dua tiga orang ADUN pindah tempat duduk ? di mana rationality nya setiap kali ADUN /MP cross over mesti bubar parliment/dewan negeri? Melainkan sekiranya wujud dead-lock dari segi majority boleh lah
Agaknya apa akan terjadi sekiranya Plan 16 September 30 MP cross over dan sebelum vote of no confident dapat di ketengahkan, PM/speaker waktu itu menghadap DYMM Agung dan bubar parliment macam Nizar nak buat? Sudah tentu Anwar akan berarak dan suruh Obama campur tangan.Betul tak Datuk?

razor said...

alah.. si zambry pun teruskan jugak bagi tanah kat cina.. apekeheinye yob?? toksah ber retorik la pasal tanah rezab melayu.. Umno la paling banyak gadai tanah rezab melayu.

kepada sesiapa yang sokong sidang tergempar DUN untuk usul undi tak percaya pada nizar tu, kome pikir2 kan la.. kalau pada pendapat kome semua, nizar tu BUKAN MENTERI BESAR, dahtu buat ape kome nak undi tak percaya pada Nizar???

Ceghodik buah pelior betul le kamu semua nih..

pakbelalang said...

Create Reading Corner At Home - Raja Perempuan Of Perlis

KANGAR, May 14 (Bernama) -- The Raja Perempuan of Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid wants the people of Perlis to create a special reading corner at their homes to inculcate reading habit.

comment:
It is indeed very ideal to have special reading corner at home. But the problem is most Malay homes particularly, do not even have a simple shelf to store books. That is not their priority. Their priority is to have shelf in one corner of their living room to show off decoration items like "pinggan mangkok "arcopal" etc. This attitude is all the same at all levels of Malay society.

Yang kaya dan juga yang kurang berada semua bersikap demikian.

pakbelalang said...

Negeri Perak should have absolute monarchy system if the power given to the rakyat to practise democratic system is being abused.

The Sultan should take back the power and rule by himself, period. After all Perak is his hak mutlak jajahan Tuanku Sultan sebelum Merdeka.

Daulat Tuanku!

Yob Perak said...

BERSATU LAH SEMUA PEMIMPIN KU DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

Ainur68 said...

KIta ni semuanya rasa macam cerdik jer macam mana nak selesaikan kemelut Perak. Pernah tak kita minta pertolongan Allah untuk perkara sebegini? Apalah salahnya kita buat solat istiqarah ker, hajat ker utk perkara2 yang membuntu fikiran kita. Inilah hasil tarbiah UMNO kepada kita selama ini. Yang lebih afdalnya jika Sultan Perak orang yang beriman, sudah pasti baginda terlebih dahulu melakukan solat2 tersebut. Fikir2lah sendiri.