Ruhanie Ahmad
Dalam kesibukan hidup seharian, tiba-tiba saya teringatkan kampung halaman di Batu Pahat. Paling mencuit kerinduan saya adalah mengenai kicauan aneka spesies burung yang menyegarkan jiwa. Hakikatnya begitu kerana majoriti anak kampung memang menghayati kemerduan nyanyian burung di kala Subuh, tengahari dan senja. Di kala malam bulan mengambang, mereka akan berasa sayup dengan dendangan burung pungguk tanpa renti mendayu-dayu sampai ke fajar. Kadang-kadang mereka akan dikejutkan dengan suara burung helang yang terbang bertebaran di angkasa pada waktu tengahari sambil cuba menyambar mangsanya di bumi. Di musim tengkujuh mereka akan melihat burung raja udang berkejar-kejaran sambil menerjah hujan. Pendek kata, kicauan burung dan perilaku hidup masing-masing tetap mengasyikkan kepada mereka yang mempunyai jiwa seni.
Warga burung memang menjadi sebahagian penghuni sesebuah kampung terutama sekali kampung yang terceruk jauh daripada hiruk-pikuk kemajuan dan pembangunan. Burung-burung akan terbang berkawan-kawan mencari rezeki di awal pagi. Mereka pulang ke sarang masing-masing di kala senja menjelang tiba. Mereka hidup rukun damai, tinggi semangat kesetiakawanan dan sungguh mulia kemuafakatan antara sesama kelompok atau dengan kelompok yang lain.
Hakikat ini amat menakjubkan. Saya tidak pernah terlihat seekor burung raja udang hinggap di atas kepala kawannya. Saya tidak pernah terpandang seekor buruk belatuk berebutan rezeki. Saya tidak pernah terjumpa seekor burung murai bergaduh sesama sendiri sebab seekor cacing. Saya tidak pernah terserempak dengan seekor burung kelicap yang bertengkar sesama sendiri kerana berebut madu di mayang kelapa yang sedang mekar.
Burung tempua membuat sarangnya tanpa dicemburui oleh pipit uban. Burung pungguk yang rabun di siang hari tidak pernah diganggu-gugat oleh burung perling. Burung kebayan tidak pernah bermegah diri kerana warnanya yang menawan. Burung gereja tidak pernah sekali mengganggu keharmonian burung terocok. Burung tekukur tidak pernah beradu kemerduan suara dengan tekukur. Burung merpati terbang dan hinggap tanpa cemburu kepada serindit yang berwarna kuning diraja.
Saya menulis kisah burung-burung ini kerana pada ketika ini nostalgia kerukunan burung-burung itu amat menjentik naluri diri. Mereka sentiasa sehati sejiwa. Mereka sentiasa muafakat. Mereka hidup menjunjung nilai-nilai, adat, etika dan disiplin diri. Mereka tidak tamak. Mereka tidak haloba. Jiwa mereka bersih daripada hasad dan dengki.
Setiap spesies burung mengenal asal usul dan susur-galur spesies masing-masing. Murai tidak akan berlagak sebagai merbah. Kebayan tidak akan menjadi perling. Belatuk tidak akan jadi raja udang. Serindit tidak akan menjadi pipit. Tempua tidak akan bersarang rendah. Burung pungguk tidak akan mendayu-dayu di siang hari. Sekali sekala murai memang akan jadi kecoh di tengah malam bila didapati ada bahaya di persekitaran persarangannya.
Persoalannya di sini mengapa harus manusia terpegun dengan komuniti burung? Mengapakah sistem kemasyarakatan komuniti burung wajar dikaji dan dihayati? Kenapakah komuniti burung sentiasa menjunjung tinggi etika, adat, resam, budaya dan kelaziman hidup tanpa rasa jelak, jemu dan lelah?
Apapun burung dan cara hidupnya sentiasa menakjubkan saya. Sewaktu membuat ucapan sulung di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada 11 Disember 1990, saya berucap mengenai demokrasi. Lantas saya ambil iktibar burung yang mengetahui batas dan tahap kebebasan masing-masing, yang tahu menghormati hak dan keistimewaan spesies yang lain, yang tidak pernah hinggap di atas kepala spesies sendiri atau spesies lain, yang tidak pernah memijak kepala sesama sendiri apatah lagi kepala spesies lain.
Ucapan itu saya tujukan kepada Lim Kit Siang yang sebelum itu membahaskan soal demokrasi secara berapi-api. Saya tidak pasti beliau memahami analogi saya itu kerana di kalangan Ahli Parlimen BN pun ramai yang bertanya mengapakah saya mengheret soal demokrasi dengan sistem kehidupan burung-burung?
Saya tidak dapat menghuraikan jawapan kepada pertanyaan itu. Tetapi, mereka juga tidak dapat menjawab pertanyaan saya, salahkah jika manusia yang dianugerahi Allah dengan pemikiran meluangkan sejenak masa mereka untuk meneliti karenah, gelagat, perilaku dan kaedah kehidupan komuniti burung? Fikir-fikirkanlah!

14 comments:
Memang dari sejarah awal manusia banyak meneliti kehidupan haiwan bagi diadaptasi dalam menjalani kehidupan mereka.
Sistem pemerintahan beraja pun adalah diambil dari kehidupan kelompok haiwan.
Dalam kelompok semut pun ada yang dipanggil golongan tentera dan golongan pekerja yang amat setia.
Setelah manusia bertamadun, barulah mereka boleh mencipta kaedah politik mereka sendiri, dan yang paling popular sekarang ialah sistem demokrasi. Sistem kominis telah ditolak.
Salam Datok Ron,
Itu lah penting nya hubungan MANUSIA DENGAN ALAM, banyak perkara dalam kehidupan manusia dipelajari atau mengambil iktibar daripada ALAM, termasuk lah tumbuhan dan haiwan. Manusia menggunakan akal dan budi untuk memerhati, mengkaji , mencerakinkan dan memanfaatkan.Itu lah buku dan kitab yang dianugerah oleh ALLAH bagi di nikmati oleh Manusia. Analogi Datok Ron itu tepat sekali.
Dalam kepimpinan dan politik, kepimpinan mengambil kaedah cara kepimpinan sang KERA atau Sang BEROK, tapi bila pension atau berhenti maka jadi8 lah sang UNGKA. ini hakikat kehidupan.
TQ
Salam Dato'
Pembunuhan dan pengkebumian manusia pertama di dunia pun mengambil kisah burung.
Tak payah asam pedas Mak Limah, cukup dengan sup gear box Cikgu Samad. Terangkat Beb!!!
nyata tulisan ini mendalam maknanya. saya rasa Lim Kit Siang belum sampai begini tinggi bahasa melayunya utk memahami kiasan yg sebegini rupa.
mungkin rakannya dlm pembangkang amat memahami makna tersirat tulisan Datuk ini dan beliau wajar menerangkan kepada LKS.
salam perjuangan dari
x-pkr
http://x-pkr.com
salam Datuk,
Nama-nama lagu pun banyak sempena nama burung. seperti lagu burung cenderawasih, burung camar, burung tiong, burung kenari dan lain-lain.
cenderawasih burung kayangan
tuanku putih kilau keemasan
pandanglah hamba si gagak hutan
sebelah mata pun hamba tak terkilan...
Jadi kita-kita yang berakal ni pakat-pakat la tengok perangai burung tu.Tulisan Datuk kali ni penuh simbolik....
Tapi lebih..lebih...lebih baik lagi kita menyingkap al-quran & hadis bagi mendapat jawapan kpd sesuatu permasalahan.
View Profile: Rantong™
Wah Datuk Ron tidak sangka perbandingan peradaban manusia dibandingkan dengan tingkahlaku dan tindak tanduk burung burung. Apa apa pun itu adalah fitrah anugerah Allah kepada makhluknya.
Alangkah haru biru jika burung burung tersebut diberi akal fikiran untuk memilih yang sedap dengan yang tidak sedap dan yang cantik dan tidak cantik dan yang yang sebulu denga tidak sebulu.
Ternyata ketara sekali oleh kerana nafsulah yang membuat manusia membuat tindakan yang mengakibatkan purak peranda dunia ini.
Rasulullah pernah mengingatkan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Selagi nafsu mengawal akal fikiran kita akan dapat manusia manusia yang hanya nampak keburukan orang lain sahaja dan senantiasa menjadi manusia lain sebagai kuda tunggangan mereka. Mereka ini adalah manusia yang tidak beriman.
Saya memang tidak dapat menerima seseorang yang tidak pernah beriman cuba mengingatkan orang orang beriman yang lain dengan menggunakan ayat ayat yang difirmankan oleh Allah.
Oleh yang demikian wahai sekelian sahabat blog Kuda Kepang ini senantiasa berwaspada dengan manusia manusia yang tidak langsung beriman yang cuba membimbing masyarakat yang beriman. Ini bermakna mereka ini memang sah ingin membawa semua yang mereka pimpin ke neraka. Insaflah.
Salam Dato
Itu olang celalu cakap pasai bangsa malaysia....tapi sampai mati oooo
cakap melayu pun talak paham....
Dato...
Disini saya ingin menyentuh penggunaan dan pemahaman bahasa Melayu dalam Dewan Rakyat...
Sepatutnya wakil rakyat yang mewakili komuniti yang perbagai bangsa dan bahasa,bahasa Melayu adalah bahasa Pengantar dan bahasa wajib didalam Dewan Rakyat.Dah sampai masanya setiap individu yang ingin menjadi Wakil Rakyat perlu ujian Bahasa Melayu.
Ada dikalangan meteri bukan Melayu yang berpuluh tahun menjadi rakyat Malaysia dan ada yang berpuluh tahun menjadi menteri tetapi penggunaan bahasa Melayu lintang pukang.
Akibatnya Dewan Rakyat jadi seperti Pasar Malam atau Market Ikan.
Memang aman kehidupan burung-burung seperti datuk gambarkan tu. Aman dan damai dan saling memerlukan antara satu dgn yg lain. Ini akan berterusan seandainya sistem ekologi mereka tidak diganggu. Tetapi jika sistem ekologi diganggu dan sumber makanan untuk hidup telah sukar didapati..burung-burung ini pun tidak akan hidup aman lagi. Kehidupan mereka akan berubah dan terhempit. Pergaduhan, percakaran dan penopolian kawasan akan berlaku dikalangan burung-burung ini. Yang gagah akan berkuasa yg lemah akan ditindas. Kehidupan perlu diteruskan yg mampu bertahan akan terus bertahan yg tak mampu pastinya akan berpindah ke tempat yg lebih baik. Kehidupan manusia pun tak kurang seperti kehidupan burung-burung yg datuk gambarkan. Cuma sekarang ni apa yg saya nampak kesejeterahan dan kebajikan rakyat telah diabaikan. Pastinya kehidupan rakyat telah tertekan, mereka akan bertahan jika mampu..jika tidak mereka akan memberontak untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.
Burung gagak memang padan dan sedondon dengan imej umno.
One Malaysia bagi kebanyakan rakyat Malaysia hanya retorik UMNO untuk menarik minta rakyat terhadap parti luput tarikh itu.
Dulu ketika Dr Mahathir jadi PM gah dengan slogan bersih,cekap dan amanah.Paling menarik slogan Malaysia negara Islam.Lepas tu Pak Lah dengan slogan tersohornya Islam Hadhari.
Rakyat melihat ketika Najib jadi PM,suara atau ruang demokrasi semakin dikecilkan.
Paling menyakitkan hati rakyat ialah campurtangan biadap umno di negeri Perak.Dah tak sempat ke menunggu PRU.
Kekalahan UMNO di Bukit Gantang dan Selambau itulah referendum daripada rakyat tetapi pemimpin UMNO tak mahu sedar dan berubah.
Tak siapa yang untung di Perak tapi paling rugi UMNO sendiri kerana rakyat sudah dapat melihat wajah sebenar UMNO.
Lebih teruk semakin ramai rakyat melihat dan beranggapan SPR,SPRM,Polis dan mahkamah memihak kepada UMNO.
Apa yang UMNO lakukan di Perak sekadar syok sendiri dan rakyat semakin benci dengan keangkuhannya.
Kenapa pulak ketua kampung yang dipilih melalui undia oleh orang kampung dipecat zambri.
Tok seperti rakyat Malaysia ingin bertanya ke mana haluan negeri Perak yang ingin dibawa UMNO.
Dulu kata Nizar boneka Cina.Rakyat nampak Pulau Pinang yang diterajui GERAKAN selama puluhan tahun juga adalah kaum Cina.
Inilah politik hipokrit UMNO.Arwah Tunku Abdul Rahman juga yang memberikan Singapura kepada seorang Cina bernama Lee Kuan Yew.
Politik perkauman sebenarnya sudah tidak ada tempat di negara kita.
Baru-baru ini SPR mengeluarkan arahan pelik tak boleh pondok panas dan nak hadkan penyokong parti yang hadir.
SPR juga boleh mentafsir surat perletakan jawatan ADUN yang sepatutnya dilakukan oleh mahkamah.
Pada PRU 2004,SPR melarang pondok panas.Parti pembangkang menurut arahan SPR tapi BN tetap mendirikan pondok panas.
Inilah yang menimbulkan kemarahan rakyat.
Rakyat sekarang lebih bijak dan politik kain pelikat dah ketinggalan zaman.
Rakyat dah lama menjauhkan diri daripada UMNO
Melayu melihat PAS atau PKR sebagai wadah politik mereka jika dibandingkan dengan UMNO
Di kampong saya Parit Jawo, Muar, bila larut malam selalu kedengaran bunyi burung hantu. Menakjubkan !!
Saya dah berpuluh tahun tak kedengaran bunyi burung hantu lagi.
Maklum sajalah dah tak ada kampong lagi.
Itulah resam dunia bila mak bapak dah tak ada maka berkeliaranlah keluarga berhijrah mencari rezeki masing-masing.Kampong terpaksa ditinggalkan.
Orang macam Lim Kit Siang mana paham. Dia mana ada budaya. Dia GOBLOK !!
if pigs could fly!
said the chicken orwellian of the animal farm.
Merbuk malam tanya tekukur laili:
(This is the fourth instalment in a series on the trends that led to the present financial crisis)
apa salahnya kalau dicuba-cuba dahulu
Post a Comment