Sunday, May 03, 2009

Citrawan dan citramaya

Ruhanie Ahmad

Dalam satu jamuan makan malam dengan sekumpulan bloggers tanahair di Kuala Lumpur baru-baru ini, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, menyarankan kita mencipta istilah Bahasa Melayu bagi blog dan blogger.

Saya mengambil lebih seminggu untuk membelek kamus dan membaca buku mengenai ICT untuk mendapatkan istilah paling sesuai bagi kedua-duanya. Malam tadi saya memutuskan dua pilihan, iaitu blog diistilahkan dalam Bahasa Melayu sebagai lamancitra atau citramaya dan blogger pula sebagai pencitra atau citrawan. Bagaimanapun, beberapa sahabat saya bersetuju blog diistilahkan sebagai citramaya dan blogger sebagai citrawan.

Ada juga sahabat yang mencadangkan agar blogger lelaki diistilahkan sebagai citrawan dan perempuan sebagai citrawati. Tetapi, oleh kerana istilah blogger adalah mesra gender, wajarlah kita istilahkan blogger hanya sebagai citrawan.

Kamus Besar Bahasa Melayu (Utusan) memberikan maksud citra dalam bentuk kata-kata teras sebagai gambar, gambaran, wujud, rupa, bentuk, lukisan, arca. Ini bermakna bahawa menurut kamus ini, citra adalah suatu gambaran yang wujud dalam bentuk, rupa, lukisan dan arca.

Kamus Dewan Bahasa pula memberikan erti kepada citra sebagai gambar, lukisan, arca. Ini bermakna kamus ini juga hanya menitikberatkan bentuk fizikal iaitu gambar, lukisan dan arca.

Kamus Besar Bahasa Indonesia memberikan empat maksud citra. Satu: dari segi kesusasteraan Melayu klasik, citra bermakna rupa, gambar, gambaran. Dua: dari sudut pengurusan, citra bermaksud gambaran yang dimiliki orang banyak mengenai peribadi, perusahaan, organisasi atau produk. Tiga, dari aspek sastera, citra adalah kesan mental atau bayangan visual yang ditimbulkan oleh sesebuah kata, frase, atau kalimat, dan merupakan unsur dasar yang khas di karya prosa dan puisi. Empat, dari konteks perhutanan, citra adalah data atau informasi dari potret udara untuk bahan evaluasi.

Kata-kata teras kepada maksud citra daripada ketiga-tiga kamus berkenaan adalah gambar, gambaran, bentuk, rupa, lukisan, arca, kesan mental, kata, frase, kalimat, informasi dan evaluasi. Keseluruhan kata-kata teras ini boleh membawa maksud bahawa citra adalah gambaran atau persepsi umum yang lahir daripada rupa, bentuk, lukisan, acra, barisan kata-kata, frase, kalimat dan informasi yang boleh memberikan kesal mental atau pun boleh dievaluasikan.

Dalam kata-kata yang lain, citra adalah sesuatu yang abstrak. Ia boleh ditakrifkan sebagai pemikiran, imajinasi, persepsi, reaksi, evaluasi atau pendapat seseorang insan setelah membaca, meneliti atau menghayati sesuatu gambar, lukisan, arca, puisi, prosa, maklumat ataupun data.

Maksud yang saya bina ini hampir bertepatan dengan maksud blog. Untuk pembinaan istilah ini, saya definisikan blog sebagai sebuah halaman siber yang interaktif yang memaparkan teks, gambar dan suara secara keseluruhannya, secara bercampur-campur atau secara berasingan untuk menimbulkan kesan mental kepada pembacanya, untuk dinilai oleh pembacanya atau untuk mendorong reaksi dalam bentuk komen daripada pembacanya.

Definisi blog seperti di atas mempunyai persamaan dengan maksud perkataan citra kerana kedua-duanya membabitkan aspek pemikiran, imajinasi, persepsi, reaksi, evaluasi atau pendapat manusia. Kesan mental akan wujud daripada seseorang insan sesudah ia meneliti, memahami serta menghayati sesuatu prosa, puisi, lukisan, gambar ataupun arca. Kesan mental juga akan lahir daripada seseorang insan setelah mengakses sesuatu blog, membaca postingnya sama ada dalam bentuk teks, video ataupun audio. Impak daripada penghayatan, pemahaman dan penelitian sesuatu gambar, lukisan, arca ataupun posting adalah citra kepada gambar, lukisan, arca ataupun posting terbabit.

Oleh sebab itu, kalau laman siber yang memberikan citra ini diistilahkan dalam Bahasa Inggerisnya sebagai blog, manis sungguh jika laman yang sama kita istilahkan dalam Bahasa Malaysia sebagai laman citra. Bagaimanapun, oleh kerana alam siber atau alam digital yang menjadi domain sesuatu blog di angkasaraya juga dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai alam maya, manis sungguh jika blog atau laman citra ini diistilahkan sebagai citramaya. Dan, oleh kerana pemilik blok dikenali sebagai blogger, adalah wajar jika pemilik dan pengoperator citramaya ini kita istilahkan dalam Bahasa Melayu sebagai citrawan.

Lantaran itu, jika anda sependapat dengan saya, mulai hari ini kita istilahkanlah blog sebagai citramaya dan blogger sebagai citrawan. Mulai hari ini juga wajar kita hebahkan ke seluruh dunia nusantara, blog adalah citramaya dan blogger adalah citrawan.

Saya bukannya seorang pakar bahasa. Tetapi, saya mendedikasikan masa kira-kira seminggu untuk membina istilah ini kerana menyahut seruan Rais. Mudah-mudahan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang cukup halus jiwa seninya ini sudi menerima istilah ini dengan sepenuh hati.

Saya tidak akan mempaten atau mengcopyrightkan istilah ini kerana sebagai seorang citrawan sejak Jun 2006, saya rasa inilah sumbangan kecil saya kepada dunia citramaya Malaysia dan kepada warga citrawan tanahair seluruhnya.

Saya percaya istilah ini akan menerima legitimasi dan pengiktirafan sewajarnya bila Rais dan kita semua setuju mengguna serta mempopularkan kedua-duanya secara yakin dan meluas sehingga ianya meniti dari bibir ke bibir dan menjadi buat mulut di Malaysia.

Akhir sekali, marilah kita mula gelarkan diri kita sebagai citrawan dan blog kita sebagai citramaya. Kepada saya, citramaya saya adalah kuda-kepang dan puteramaya. Sebagai seorang citrawan, saya akan akan sentiasa berusaha untuk berpegang teguh kepada disiplin dan akauntabiliti diri sendiri dalam berkarya menerusi citramaya di alam siber!

27 comments:

Tok Pawi said...

Dato', memang enak istilah-istilah citra, citramaya dan citrawan. Saya tidak pasti jika ia bertepatan dengan maksud asal 'blog' tetapi jika sungguh-sungguh kita hendak mengkebangsaankan istilah blog/blogger itu saya sokong cadangan Dato'. Saya sendiri tidak dapat memikirkan istilah alternatif kecuali satu istilah rekaan baru.

Namun begitu saya menyokong PPSMI.

Tok Pawi said...

Sambung sikit... maksud saya, saya lebih selesa bergelar "blogger" yang menulis "blog" sepertimana saya selesa pergi ke "hospital" atau "klinik" untuk berjumpa "doktor".

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Datuk,

Bagi menyahut saranan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, menyarankan kita mencipta istilah Bahasa Melayu bagi blog dan blogger saya bersetuju dengan pilihan Datuk iaitu blog adalah citramaya dan blogger adalah citrawan.

Terima kasih kepada Datuk yang memerah otak dan mengambil masa untuk mencipta istilah ini semoga cadangan Datuk akan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada DS Rais Yatim. Paling istimewa jika istilah Datuk akan diterima oleh citrawan-citrawan lain di seluruh negara.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,
(c/o admiralnadim@gmail.com)

Sedap bunyinya.
Sekiranya citramaya itu blog maka bagaimana pula sekiranya citramawan itu blogger.

lakarmaya
tulismaya
catatmaya....

(namun apa peduli kata teman, lepas PRU13 negara ini akan hancur dan citraUMNO tinggal nama dan blog tinggal blog, dan hidup di alam nyata akan lebih ganas)

fazilogic said...

Setuju! (sambil angkat tangan kanan).

pakbelalang said...

OK bolehlah tu.

Satu lagi istilah patut difikir untuk bloggers yang ceritanya karut mengarut.

Mungkin "Citragoblog" sesuai untuk mereka !!

pakbelalang said...

Analyst predicts four to five more by-elections are on the cards


PETALING JAYA: Four to five more by-elections have been lined up by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim before the country goes to the next polls, said a political analyst.

comment:

Apa strategi BN? Patutkah BN melayan rentak strategi Anwar Ibrahim? Pada pendapat saya inilah satu cara untuk Anwar terus menghidupkan "obornya" untuk mengadakan kempen berterusan hingga kePRU13.

Anwar rasakan kalau dia tak dapat "jual ubat" dijalanan maka "barangan" yang dijajanya akan mula luput tarik lakunya dan akhirnya tidak laku dijual.

Unknown said...

This is something I would like to share with all friends.When I first went into Lim Kit Siang's blog (blog.limkitsiang.com), the first thing I read is him calling Mukhriz (Jerlun MP) and Tan Keng Liang (gerakan kedah youth chief) as people "lack of grey matters" and silly. That was about 2 weeks ago. Today, I read that he said "the IQ of the Health Minister, Datuk Seri Liow Tiong Lai, who is MCA Vice President and Penang MCA State chief, is highly suspect when he could not understand simple English". The problem is that the more Lim Kit Siang branding that he is smarter than the rest of the people in the world (which I don't belief), the more people will just see him as a person barking on the wrong tree. I support DAP but I wish that our party's chairman can be more polite when addressing other leaders (whether they are Barisan or Pakatan). Otherwise, this will set bad example to the new generation of Malaysians.

Unknown said...

Dato Ron, cadangan istilah citramaya dan cirtawan tu mmg baik tetapi apakata kita minta Menteri Penerangan kita yang bijaksana dan banyak idea itu pula buat cadangan. Saya rasa TS Rais ingin istilah baru walaupun kita selesa dengan blog/ blogger. Ada istilah yang tak perlu kita kebangsaankan kerana bahasa Inggeris juga banyak meminjam istilah-istilah dari bahasa asing, spt amok yang tidak diinggeriskan. Apakata kita bahasa kebangsaankan Statbuck coffee, Coffe Beans, Kopitiam dll yang juga diminati golongan muda bukan sahaja blogging. www.muslioli.blogspot.com. dah baca buku KONSPIRASI POLITIK MELAYU?

Unknown said...

istilah ok. tahniah

pakbelalang said...

A review of the Internal Security Act (ISA) should be comprehensive and address terrorism specifically to prevent abuses in interpretation.

MCA Wanita chief Datin Paduka Chew Mei Fun suggested the ISA be renamed the Anti-Terrorism Act so there was no room for abuse.


comment:

Anti-Racist Act is more important than Anti-Terrorism Act.

Malaysians are more inclined to more racists than terrorists. So the govt. must also consider to have Anti-Racist Act.

shahbandarmalakat said...

assalamualaikum Datuk,
Akhir akhir ini Datuk ada buka citramaya http://www.aspanaliasnet.blogspot.com/
dan baca paparan citrawan Sdr Aspan?
Ya saya teringat perjuangan waktu itu "menentang kemungkaran dan salah guna kuasa Dr Mahathir" ..Datuk juga sebagai orang kuat Musa bersama dalam perjuangan itu...tapi selepas Datuk berjaya jadi MP perjuangan Datuk jadi pudar, betul tak ?...
Jangan salah faham akan citra aspan dia berhati murni ...cuma nak membetulkan sejarah...supaya kita dapat membetulkan diri kita...
Macam citra dalam citramaya Datuk yang lalu, cerita burung...salah kita Melayu kerana tidak ambil iktibar cerita pasal burung gagak menyamar nak jadi burung bangau ...ada kalangan dari kaum lain berjaya mengaku dirinya melayu ..lalu dia jadi lebih melayu dari Melayu...dan itu lah punca nya kekalutan orang Melayu sekarang kerana dia melaku kan apa kebanyakan orang melayu tak buat tak "tahu malu..tebal muka ..biadap dengan Raja raja dan lain lain sifat yang orang Melayu tak buat...selamat bercitra sebagai citrawan dalam citramaya kuda kepang...cuma harapan jangan betul betul jadi kuda kepang sudah lah

ABC said...

salam datuk,
pada saya Lamancitra lebih enak bunyinya dari Citramaya.
citrawan tu ok ler.

jika kita setuju dengan Lamancitra, kalau ada citrawan 'jahat' kita panggil dia Lamanfitna.
ah amacam? :-)

slyderrose said...

Masa zaman Anwar Ibrahim kementerian pelajaran dipanggil kementerian pendidikan. Ini adalah lbih tepat dan holistik kalau nak dibandingkan dengan pelajaran. Masa zaman Anwar dalam umno, bahasa BAKU diperkenalkan. Satu bahasa malaysia yg standard diguna pakai di semua media dan surat menyurat kerajaan. Dan bahasa BAKU ini jugalah cuba digunakan diNusantara. Tetapi kini yg tinggal hanya kenangan dan kerojakan bahasa melayu. Masing menyebut sesuatu perkataan dengan syllable yg berbeza. Lantaklah negara!!.

Ada anak melayu yg berkarisma begini, dibunuh karier politik beliau disebabkan mempertahankan kedudukan. Dan kini, apa yg tinggal hanya kemelut demi kemelut yg tiada kesudahan. Pemimpin yg tidak berwibawa disokong, pemimpin yg tainted disokong. Entahlah. Apa nak jadi. Dok sibuk dengan ketuanan melayu tetapi akhlak pemimpin sendiri memburuk melayu itu sendiri!! Dah itu pulak takut bersaing dengan bangsa lain, macamlah melayu ini tak bolih berfikir dan tak ada otak!!

pakbelalang said...

Free the media, Govt urged
By ROYCE CHEAH and LESTER KONG


PETALING JAYA: The National Union of Journalists Malaysia (NUJM) has urged the Government to open up media space in line with the global trend that called for a freer press.

It asked the Government to scrap the Official Secrets Act (OSA) and instead enact a Freedom of Information Act.

NUJM president Norila Daud, in a World Press Freedom Day statement on Sunday, said the mainstream media suffered from a negative public perception as a result of being restricted by the OSA, the Printing Presses and Publications Act and the Internal Security Act.

She said the Government needed to be sensitive to the global information trend that called for a more open press and a policy of integrity, accountability and good governance.

comment:

I think the present status of our press freedom is adequate. I don't think the govt. is so restrictive to hamper the work of local journalists.We still need all those Acts that are perceived to be restrictive in order to protect the peace and security of our country. We have not reached to a stage where we could claim ourselves as civilised society at par with developed countries. A long way to go. Being a multi- racial society there are a lot of sensitivities that the govt. has to monitor. We are still not matured in our thinking to have total freedom of speech and expression. The most glaring is that there are some journalists who are still inclined to champion certain issues based on racial lines.Make no mistake about it. Prevention is better than cure!

Andin Salleh said...

Salam,

Saya tidak faham mengapa kita perlu bersusah payah memelayukan istilah blog dan blogger, sedangkan kita boleh menerima banyak perkataan Inggeris seperti radio, tv,hospital dll.

Saya pun ragu adakah istilah citramaya boleh membawa makna blog dan citrawan membawa makna blogger.

Bahasa Melayu tentu akan lebih kaya jika kita terima saja perkataan blog sebagai perkataan Melayu.

MamaKaisah said...

akum datuk,

mengarut jer post datuk kali nih..

baik tukar sekali kalimah Dr jd pawangker, bomoh ker..

Penat dah Tun berjuang demi PPSMI,suka2 jer nak sokong pandangan Dr rais..

lepas nih..precint,boulvard,parcel hatta kurikulum, silibus, bas, lori,radio, tv pun kena ditukar sekali..

takker PPSMI seolah cuba meyakinkan penutur bahasa melayu bahwa bahasa melayu tiada mampu mengungkap apa2 yg bersifat sains dan berteknologi..

pakbelalang said...

Tun Abdullah Appointed As MAS Advisor

comment:

Just to put on record, what does he know about airline industry to make him eligible to be MAS advisor? How much he is being paid as an advisor?

Anyway, if it is just a political appointment then it is really a waste of company's fund. Well, it looks like it has become part of a tradition for ex-prime minister to be given a so-called lifetime "high profile" job with all the "mind boggling" perks attached just to "acknowledge" his vast contribution to the nation.

Is there an annual KPI assessment for an advisor or the job is exempted from it? What a lucky guy he is !!

wira said...

YBhg Datuk Ron,

Apalah ada pada nama, mungkin sedap didengar bunyinya, namun blog dan blogger itu boleh digunakan kerana pendek dan padat bunyinya. Citramaya, citrawan sedap bunyinya tapi panjang sangat.

Yang penting laman maya ini perlu harus diteruskan dengan tujuan asalnya yaitu tidak tersasar dari tujuan menyediakan wadah untuk kita menyediakan strategi untuk PRU13 nanti.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Dato'

Sebaik-baik kita tanya dulu pakar-pakar bahasa. Penggunaan istilah yang sesuai dan tepat akan penambah perbendaharaan kata untuk bahasa Melayu.

Saya amat bersetuju dengan pandangan pakbelalang, kalau DS Anwar tak jual...nescaya ubatnya akan luput tarikhnya sebelum menjelangnya PRU ke-13. Pimpinan UMNO/BN mesti melakukan sesuatu yang dipandang positif oleh rakyat.

pakbelalang said...

I am of the opinion that Anwar Ibrahim is a very irresponsible politician. He is a very desperate person who will do anything for his self-interest and political survival.

Anyway, whatever strategy he has something up his sleeve will not be totally successful. Yes, he might win some by having continuous by-elections but "pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga".

I am very confident that his dream to be the 7th prime minister of Malaysia will never materialise. He will continue a dreamer!

Every year the date 16th Sept. will continue to haunt Anwar, biting his fingers like a crying baby with feeling of frustration and anger for not getting what he wants.

At the end of the day, his political career will fate away and gone into infinity. He will be floating into the twilight zone as UFO (Unidentified Flying Object).

Actually, it is a blessing that he is not our Prime Minister. Or else I think the tendency for him to be like Sukarno is very great indeed.He will behave exactly what Sukarno did when he was in power as President of Indonesia.

Anwar is a man having split personality. Today he can be an ulamak and tomorrow he can be a devil.Having such personality as a leader is very dangerous indeed. He will sell all of us to Husin Lempoyang, the Saudagar Unta jadi hamba tukang urut !! kah,kah,kah.

Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah said...

Kami blogger dari Terengganu lebih selesa dengan istilah Blogawan (blogger) dan menggunakan istilah blog untuk blog....

Sama macam istilah klinik = clinic
Doktor = doctor
Blogawan = blogger
Blog = blog

P'su said...

salam berkunjun....psu-seni.blogspot.com

pakbelalang said...

Can we safely say that the Malays are now a failed race? They are just hopeless in every aspect of life. They are naive and gullible lot. Their mentality is far from matured. They can't take care of themselves.

Some of the Malay leaders UMNO/PAS/PKR and the Malays themselves seem to be "bodoh sombong" and dah "bodoh stupid". Are they suffering from cultural shock with the "limited" success they have achieved thus far that make them become arrogant? Are they having difficulty to adjust themselves with the fast changing environment?

There must be something wrong with their state of mind. It is very obvious that they really do not know what they want in life.

Politically, they are not united and they are now "terombang ambing" without direction.

Mereka pandai cakap dan komen saja tapi akhirnya pi mai pi mai tang tu je. Haprak and HP6 !!!

Hanya masa sahaja yang akan menentu ke arah mana Melayu hendak pergi.

Dalam situasi Melayu dah kena "main" seperti di Perak tidak heran Melayu akhirnya akan terjeler lidahnya mengeluarkan air lior sahaja mengharap belas kasihan dari orang lain.Itulah hakikatnya yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini.

Melayu masih belum sedar lagi dan mungkin tidak akan sedar langsung dari terlena.

Melayu mesti bersatu kalau inginkan perubahan untuk bangsanya. Jika tidak terimalah padahnya nanti kepada anak cucu kita.

Pandanglah anak cucu kita puas-puas dan fikirkanlah apakah nasib mereka akan datang kalau kita tak bersatu. Janganlah biarkan mereka merempat dinegaranya sendiri Persekutuan Tanah Melayu !!

Mika Angel-0 said...

Puisi Setengah Masak Rais Yatim(apakah janji-janji pemuda pemudi kita)

di alam maya ada sebuah candi indah
buat citrawan dan citramaya

cinta mereka sejati

mad said...

pengistilahan baru ini semua cuma akan menambah celaru dunia yg sudah sedia celaru dan semakin celaru setiap hari. dunia sekarang perlukan minimization dalam setiap aspek kehidupan.

ci-tra-wan.....blog-gers

mengapa perlu menukar perkataan yg ringkas mempunyai 2 syllable menjadi 3 syllable

ci-tra-ma-ya = 4 syllable
blog = 1 syllable sahaja

kenapa melayu sejak dulu lagi suka perkataan yg panjang2?
lihat saja perkataan "se-pu-luh" dan bezakan dgn "ten" yg singkat dan senang disebut. atau "sem-bi-lan" dgn "nine"

dunia zaman sekarang memerlukan perkataan yg singkat tapi membawa erti yg kuat.

frossonice said...

Serap saja istilah Blog kedalam bahasa Melayu.

Tidak perlu bertanya kepada penulis yang baru setahun jagung menulis blog tapi perasan popular.

Penulis blog tegar hampir sedekat pasti lebih selesa dengan perkataan blog.