Ruhanie Ahmad
Saya sedang menyiapkan satu esei mengenai dilema etnik dan implikasinya kepada keselamatan negara. Saya terpaksa membaca semula buku Dilema Melayu karya Tun Dr Mahathir Mohamad [untuk baca klik pada ikon di sidebar blog ini] untuk mendapatkan maksud dilema Melayu sebenarnya. Saya juga membaca 10 buku tulisan etnik Cina Malaysia termasuk the Chinese dilemma dan Ketuanan Politik Melayu. Saya juga kecewa dengan gelagat Singapura yang terus bersifat kiasu terhadap pembinaan Jambatan Bengkok [klik pada ikon untuk membaca buku mengenainya] bagi menggantikan Tambak Johor.
Seterusnya, saya digamit nostalgia mengenai kekejaman gerombolan komunis Bintang Tiga (PKM) pimpinan Chin Peng yang menyembelih dan membunuh orang Melayu dan menguburkan mereka secara beramai-ramai di dalam satu liang lahad di kampung saya. Saya teringatkan cerita ibu saya bagaimana gerombolan komunis itu merendamkan orang Melayu ke dalam kawah gergasi penuh dengan minyak kelapa yang panas menggelegak sehingga orang Melayu yang tidak berdosa itu mati terkejang.
Seluruh rentetan kisah yang saya lalui sepanjang sehari dua ini menyebabkan darah saya juga menggelegak. Ini bukan kerana saya rasis atau cauvinis. Tetapi kerana saya hairan mengapakah kita orang Melayu sentiasa diasak dan didesak sedemikian rupa oleh beberapa kategori etnik Cina Malaysia dari dulu sampai sekarang. Menurut kata Mahathir dalam Dilema Melayu, ini kerana orang Melayu terlalu bersikap budiman (gentleman) dan bersopan-santun. Kita marah dengan apa yang belaku tetapi kita pendamkan saja rasa marah itu di dalam dada kita sendiri sehingga kita kurus kering makan hati berulam jantung. Mahathir menghuraikan selanjutnya dalam buku itu bahawa orang Melayu juga mempunyai satu sifat yang amat terkenal di seluruh dunia, iaitu AMUK atau MENGAMUK.
Orang Melayu yang budiman dan bersopan santun memang susah untuk menjadi berang dan mengamuk. Oleh itu, sewaktu kita terus diasak dan didesak oleh tuntutan demi tuntutan oleh etnik Cina tertentu pada hari ini, termasuk untuk memberikan kewarganegaraan kepada Chin Peng yang memimpin PKM dan bertanggungjawab menyembelih, menyula, merendamkan orang Melayu ke dalam kawah minyak menggelegak, membakar Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor, dan membunuh seluruh anggota Polis di Rumah Pasong itu, apa yang harus kita buat sekarang?
Saya tidak akan mencadangkan kita mengamuk dan lakukan apa yang telah dilakukan oleh Chin Peng dan pengganas komunisnya kepada orang Melayu. Ini perbuatan menghasut dan boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara. Ini boleh menyebabkan saya mendarat di Kemunting bawah ISA.
Jadi, sebagai orang Melayu yang patuh undang-undang, cintakan kedamaian dan bersopan santun, apakah yang harus kita lakukan? Moga-moga pemimpin Melayu turut memikirkan perasaan seperti ini dengan serius yang total. Kepada para penyokong Ching Peng. Please dont push the limit!
Seterusnya bacalah kenyataan mutakhir dan terdahulu mengenai Chin Peng di bawah ini.
Tolak komunisme
PUTRAJAYA 25 Mei – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu sentimen bahawa komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.
Sambil menyuarakan rasa amat terkejut dengan tindakan pihak tertentu yang cuba membangkitkan sentimen itu, beliau mengingatkan bahawa adalah satu bencana kepada negara ini jika ada pihak cuba menggalakkan kemunculan semula komunis di Malaysia termasuk menerusi media cetak dan blog.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Hiris perasaan anggota ATM
SEREMBAN 25 Mei - Sebarang usaha membawa masuk bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini menghiris perasaan seluruh warga anggota dan bekas anggota serta keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha tersebut juga meningkatkan semula rasa kemarahan meluap-luap mereka terhadap Chin Peng dan PKM.
Pada masa ini, katanya, seluruh anggota, bekas anggota dan keluarga ATM serta pasukan keselamatan lain menolak sebarang usaha membawa masuk Chin Peng.
"Saya mewakili warga ATM, sama ada yang sedang bertugas atau yang telah tamat perkhidmatan, berasa amat terhiris jika keputusan dibuat untuk Chin Peng diberi taraf kewarganegaraan.
"Ini kerana lebih 50,000 anggota pertahanan termasuk tentera dan polis terkorban akibat angkara pengganas PKM. Jika ini berlaku, rasa terluka yang amat sangat di kalangan anggota dan keluarga ATM," kata beliau.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
Pindah ke negara lain jika nak buat tuntutan melampau - Pewaris
KUALA LUMPUR 25 Mei - Rakyat negara ini yang kecewa kerana permintaan melampau mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan diminta berpindah ke negara lain yang mungkin dapat melayani permintaan tersebut.
Sehubungan itu juga, Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail menggesa kerajaan membatalkan status warganegara mereka yang tergamak membuat tuntutan yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
Gerakan Pulau Pinang 'buta sejarah'
JOHOR BAHARU 25 Mei - Persatuan Bekas Komando Negeri Johor menyifatkan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dr. Teng Hock Nan sebagai 'buta sejarah' berikutan saranannya agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali ke negara ini.
Penasihatnya Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, PKM pimpinan Chin Peng itu bertanggungjawab terhadap ribuan kematian dan kecederaan yang dialami sama ada oleh anggota pasukan keselamatan serta orang awam.- BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm
PBPM beri amaran
KUALA LUMPUR 25 Mei - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) memberi amaran keras kepada semua pihak yang bersimpati dengan perjuangan komunis agar tidak berusaha membawa pulang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke tanah air.
Presidennya, Shafie Bakri menegaskan, sesiapa juga yang bercita-cita hendak membawa pulang Chin Peng kononnya atas dasar kemanusiaan, bakal berdepan dengan tindakan keras daripada bekas anggota polis yang sebelum ini mempertaruhkan nyawa mempertahankan kedaulatan negara.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
Imbasan semula: Kuda Kepang, 12 Disember 2008
Nyawa dan darah Melayu membuktikan Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan
Ruhanie Ahmad
Sejarah negara kita sedang dipersendakan ke peringkat paling maksimum. Mana boleh ketua Partai Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng digelar pejuang kemerdekaan?
Saya kenali Chin Peng menerusi namanya sejak saya kecil di Kampung Separap, Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor. Ayah, Ibu dan guru-guru saya sering menceritakan hal Chin Peng dan PKM kepada saya. Dari cerita-cerita mereka, saya insaf bahawa Chin Peng adalah pengganas yang perlu disula.
Kata Ibu saya, di kampung saya sendiri masih wujud bukti keganasan PKM pada tahun 1945. Di kampung saya banyak rumah dibakar secara rambang. Di kampung saya ada sekeluarga Melayu di kuburkan hidup-hidup dan beramai-ramai oleh pengganas PKM. Di kampung saya ada orang yang di sula dan digantungkan ke pohon pedada di pinggir Sungai Simpang Kiri.
Di suatu kampung yang kira-kira empat kilometer dari kampung saya, terdapat sejarah penduduknya di humbankan ke dalam minyak yang menggelegak dalam kawah gergasi. Mereka mati bagaikan katak.
Di satu lagi kampung pendalaman kira-kira enam kilometer dari kampung saya, sebuah surau pernah dijadikan pusat pengganas Bintang Tiga (PKM) untuk berpesta meminum arak dan menikmati juadah khinzir panggang. Di situ juga sekumpulan perawan Melayu pernah dirogol dan diperkosa oleh gerombolan pengganas yang sama.
Berikutan seluruh peristiwa di atas, bangkitlah angkatan pemuda parang panjang pimpinan Allahyarham Kiayai Salleh. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai Pejuang Selempang Merah. Mereka bertindak dan berjuang semata-mata untuk memansuhkan kezaliman PKM. Mereka adalah pahlawan yang tidak pernah didendang. Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanahair.
Saya belum pernah berterus-terang sebegini menerusi tulisan di blog ini sebelum ini kerana khuatir dituduh sebagai mengapi-apikan semangat perkauman. Tetapi, saya pernah suarakan kisah di atas di Dewan Rakyat sehingga membuatkan pihak DAP senyap dan tergamam.
Oleh itu, tanpa apologi kepada sesiapa, hari ini saya katakan bahawa saya hilang sabar bila ada individu mengatakan pejuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng. Pastinya luahan suara bangkangan saya ini disetujui oleh penduduk di sekitar Pagoh, Bukit Pasir dan Bukit Kepong, Muar, yang terdapat waris-waris mereka dibunuh oleh PKM yang zalim. Pastinya orang Pontian juga turut menyimpan kisah seperti ini dalam lipatan sejarah keluarga masing-masing.
Begitu juga dengan masyarakat Melayu di Bahau, Negeri Sembilan; di Sekinchan, Selangor; dan di Sungai Manik, Perak. Mereka juga mempunyai sejarah keganasan PKM yang hampir serupa bentuk dan kisahnya.
Beribu-ribu keluarga bekas Polis Khas atau Special Constable (SC), Polis biasa dan Askar Melayu juga pastinya amat arif akan kezaliman PKM. Beratus-ratus ayah, pakcik, dan anggota keluarga mereka di bunuh anggota PKM sewaktu mempertahankan tanahair di zaman darurat.
Waris-waris askar Melayu yang hilang kaki, hilang tangan dan hilang nyawa akibat bom dan jerangkap samar PKM di Lembah Gubir pun pastinya mengakui bahawa Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan negara.
Cukuplah setakat ini curahan rasa bangkangan saya terhadap individu yang sedang mempersendakan sejarah perjuangan bangsa kita memerdekakan negara. Saya harap pihak berkuasa akan segera bersuara dan bertindak untuk membetulkan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya.
Comments:
Cina: I am a Chinese. I know who is Chin Peng. He is a terrorist and a disgrace to all Malaysia Chinese who choose Malaysia as their motherland. - 9:00 PM
Putera Bentan: Saya anak Johor. Tok nenek saya juga selalu cerita pasal komunis dan Chin Peng. Hanya orang mabuk boleh sifatkan pengganas sebagai juara kemerdekaan kita. - 9:02 PM
Nakhoda: Chin Peng pejuang kemerdekaan? Saya cucu cicit polis yang dibunuh komunis di Balai Polis Bukit Kepong kata, Chin Peng adalah pengganas. - 9:06 PM
Limado: Komunis tetap komunis. Di Indonesia mereka tanam mereka di lubang buaya. Saki baki mereka kita hapuskan. - 9:13 PM
Azam: Orang yang kata Chin Peng pejuang kemerdekaan adalah orang gila. Warning dia jangan panaskan orang Melayu yang hari ini memilih untuk hidup aman damai dengan semua kaum di Malaysia. - 9:20 PM
Fireroll: Saya juga anak Johor. Saya juga mendengar cerita pengganasan oleh Chin Peng. Beliau seorang yang tidak berperikemanusiaan, pembunuh anggota polis, orang kampung, dan sudah tentu rakyat Malaysia. Orang yang berkatakan Chin Peng merupakan individu pembebasan negara dalam menuju kepada usaha kemerdekaan adalah buta sejarah, dan sudah tentu beliau tidak layak duduk di Tanah Malaysia ini. - 9:55 PM
Akal: Bagi saya sekarang ni bukannya masa untuk berlembut. Kita kadang-kadang terpaksa biadap demi menghadapi kebiadapan mereka yang tak sedar di untung. Namun tidakkah kebiadapan ini bercambah akibat kegagalan para pemimpin kita dalam melaksanakan amanah yang di junjung mereka. - 9:57 PM
Azman: Ramai orang Melayu pun tidak tahu sejarah perjuangan Selempang Merah Kiyai Salleh tu, terutama generasi muda-mudi. Adakah salah jika sejarah perjuangan Selempang Merah itu diceritakan di blog Datuk? -12:14 AM
Garden: History should always be told as honestly as possible. Bila kita sanggah Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, tidak bermakna orang-orang Cina lain pun patut disanggah sebagai pejuang. Chin Peng bukan sahaja mengganas kepada orang-orang Melayu, malah juga kepada bangsa-bangsa lain juga pada tika itu. Chin Peng sepatutnya tidak dialu-alukan di bumi Malaysia ini. Bukti keganasan Chin Peng ke atas orang-orang yang tidak berdosa sudah cukup sebagai bukti betapa dia bukan lagi pejuang, malah pengkhianat kepada orang Malaysia dan juga orang-orang sebangsa dengannya.- 12:47 AM
Anak Jati Melayu: Datuk saya seorang pegawai polis pada tahun 1945 dan bertugas di Seremban. Pada 31/10/45 dia mendapat telegram yg isterinya selamat melahirkan seorang anak lelaki iaitu anak sulung mereka. Dengan berita yg mengembirakan itu beliau bersiap sedia untuk pulang ke Taiping dengan keretapi. Tetapi hayat beliau tidak lama dan hasrat untuk melihat anak sulung dan isteri tidak kesampaian kerana, beliau ditikam oleh seorang anggota PKM di Stesen Keretapi Seremban. Saya harap PRK hayatilah peristiwa ini. Jangan jadi pengkianat kepada bangsa dan agama. Salam - 2:45 AM
Pesanan Keramat: Chin Peng tidak boleh langsung dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan. Hanya seorang komunis atau Cina cauvanis mengatakan Chin Peng pejuang kebebasan. Tanahair mana yang ingin dibebaskan? Ini bukan tanahair Chin Peng. Dia bukan warganegara! Semasa perang China-Jepun, dia mahu pergi ke China membantu Mao Tze Tong. MPAJA adalah caturan British untuk mengambilalih tanah jajahannya. British gunakan orang Cina, semasa itu kaum imigren dan pendatang, dan bukan membantu orang Melayu untuk memenangi kembali tanahairnya. - 5:19 AM
Anak mamak: Apakah mereka yang memperjuangkan Chin Peng dah lupa tragedi Bukit Kepong...ni akibatkanya kita org ISLAM..berpecah di negara Malaysia... - 9:50 AM

Kamarudin Awang: Orang-orang lama di Kuala Sedili, Kota Tinggi Johor juga masih ingat. Arwah ayah saya sendiri pernah bercerita tentang keganasan PKM di Sedili Besar kepada saya. - 10:46 AM
OTAI: Ayah saya s/c polis dan tok bini saya askar british di mana anaknya abdul jalil dibunuh komunis ni. bintang 3...banyak cerita. sampai taukeh ikan, sayur, taukeh babi dah pangkat jeneral dan kolonel dalam PKM tu... - 11:57 AM
Azlan: hairan bagaimana ada pula sesetengah orang yang menganggap Chin Peng sebagai "pejuang kemerdekaan". Saya marah dengan Chin Peng dan komunis tapi tidak pernah saya salahkan orang Cina. bukan semua orang Cina menyokong komunisme. sangat-sangat tidak bersetuju Chin Peng dianggap sebagai "pejuang kemerdekaan." - 11:59 AM
Amirhamzah64: Chin Peng berhutang darah dengan Melayu. Bagi majoriti orang Melayu, PKM ditolak kerana ideologinya dan hasratnya ingin membentuk sebuah Republik Komunis berkiblatkan China dan Rusia. Secara tidak langsung akan menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu dan hak-hak orang Melayu di buminya sendiri. - 12:58 PM
Apocryphalist: Bagi saya, teriak-teriakan mengagungkan Chin Peng adalah suatu usaha terancang sesetengah pihak untuk “menguji kedalaman air” dengan mengetengahkan isu-isu yang jorok yang dilihat orang-orang Melayu, sebagai satu prelud sebelum dilancarkan serangan-serangan yang lebih menggegarkan kita semua. Kalau hanya setengah generasi dahulu penduduk bukan Bumiputra negeri ini mengakui akan ketuanan Melayu umpamanya, dewasa ini isu ini pulak yang digembar-gemburkan, dengan menyama-ratakan kependatangan mereka dengan penghijrahan Melayu dari tanah sebarang ratusan tahun dahulu.- 2:52 PM
Jeremy adnan: Ramai orang awam dan pejuang yang terbunuh dan dibunuh dek kekejaman PKM di Malaysia.tak cukup dengan itu ramai yang telah diseksa dan ramai anak gadis dirogol oleh mereka. Orang sebegini yang hendak di angkat sebagai hero?-4:48 PM
Cheng Ho: Chin Peng adalah persona non grata tidak perlu buang masa untuk bincang.- 8:46 PM
Tok iskandar: Tok setuju dengan komen tentang Chin Peng itu.- 8:57 PM
Antubiul: Ching Peng sebenarnya pejuang Kemerdekaan murtad! - 12:26 AM
Haji: Kita berharap agar kerajaan mengkaji kerakyatan mereka yang menyokong komunis dan yang menganggap Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan. KDN mesti mengambil tindakan termasuk membatalkan kerakyatan.- 1:21 AM
Wira: Saya seangkatan dengan Datuk dan saya tetap mengatakan PKM dan ahli-ahlinya pengkhianat penduduk di negara ini kerana keganasannya. Fakta tetap fakta dan insaflah supaya kita semua hidup aman dan berkongsi bersama membina hidup baru. Jangan lakar semula sejarah. Sejarah menjadi sempadan untuk kitan insafi.- 2:52 AM
Mozafar: Generasi muda yang buta sejarah akan terima bulat-bulat definasi konon Chin Peng pejuang kemerdekaan jika tiada yang bangkit menjelaskan keadaan sebenar. Malangnya propaganda isu ini dipelopori oleh orang Melayu sendiri. Sungguh mengecewakan.- 9:28 AM
The Author: Chin Peng ketua komunis tidak berhak untuk diberi peluang memasuki Malaysia..atas perbuatan membunuh dengan kejam. Inilah Terorist yang patut dibunuh bukannya dibiarkan. Sungguh malang jika pihak berkuasa dan undang-undang tidak berupaya menghalang..Bangkitlah dan sedar. - 7:44 PM
25 comments:
Sejak mutakhir ini orang-orang Melayu terpaksa membayar harga yang amat mahal diatas dasar keterbukaan (kononnya) yang diperkenalkan oleh era pemerintahan Abdulah Badawi yang lalu. Survival orang-orang Melayu ternanpak begitu kritikal antara hidup dan mati. Bermacam-macam tuntutan dan desakan yang tak masuk akal dan tak terfikir oleh pejuang-pejuang kemerdekaan 50 tahun yang lalu telah dilakukan oleh kaum-kaum bukan peribumi ini.
Amatlah malang bagi orang-orang Melayu apabila pintu hak keseramataan kaum ini dibukakan ternganga luas oleh Abdulah badawi dan didokong pula oleh pemimpin pembangkang yang memiliki seribu wajah seperti Anwar Ibrahim.
Desakan memberikan hak kewarganegaraan kepada pengkhianat negara seperti Chin Peng adalah salah satu rantaian desakan hak kesamarataan kaum yang terancang yang akan di ikuti pula oleh lain-lain tuntutan di mana semuanya adalah berdasarkan satu matlamat untuk menghapuskan sama sekali hak keistimewaan orang-orang Melayu.
Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain mengamalkan ketegasan untuk memastikan kontrak sosial yang memang dimaklumi oleh kaum non bumi ini diperakui dan tidak perlu diungkit lagi. Kerajaan harus menyemak kembali dasar keterbukaan era Abdulah yang hanya membawa lebih kemudaratan kepada negara sampai ketahap rusuhan kaum. Undang –undang ISA mungkin menjadi relevan kembali untuk dikenakan kepada pendesak-pendesak berbaur perkauman yang lupa sejarah ini. Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain memenuhi kembali Kem kemunting dengan pengkhianat-pengkhianat negara ini demi kelangsungan negara Malaysia.
Apa bezanya komunis dengan jepun dan penjajah Inggeris? Sekurang-kurangnya Komunis berperang menentang penjajahan dan dalam pada menjalankan misi mereka, mereka terpaksa berhadapan dengan tentera yang berada dibawah kawalan rejim British yang memperjuangkan ideologi kapitalisma.Saya sentiasa merasakan bahawa ideologi komunisma adalah setaraf ideologi-ideologi ciptaan manusia yang lain teapi dek bercanggah dengan kemahuan pemguasa ketika itu, ideologi ini dilabel dengan sebegitu negatif sehinggakan kita merasakan komunisme itu amat zalim dan kejam.Realitinya banyak negara di dunia ini mengamalkan komunisme termasuk China, Russia da Cuba. Jika begitu buruk faham kominisma sudah tentu rakyat mereka menderita tetapi lihatlah,sesetengah mereka malah lebih makmur dari kita!Inilah peranan hebatnya pengaruh media. Orang yang berkuasa menggunakan media habis-habisan bagi memburuk-burukkan musuh mereka dan sudahnya kita terpedaya. Chin Peng hanyalah seorang pejuang menentang penjajahan, dia dan tenteranya menentang orang yang menentang perjuangan mereka termasuk tentera melayu yang berpihak kepada musuh mereka, iaitu British. Dalam perang, itulah yang berlaku. Mengapa kita harus menyingkirkan seorang pejuang?Chin Peng sudah tua, berilah peluang dia kembali menemui kaum keluarganya. Jika kita menerima Shamsiah Fakeh, mengapa pula payah membenarkan Chin Peng? Ingatlah komunis atau kapitalis atau apa saja, semua itu sama sahaja..yang benar hanyalah ideologi ciptaan Allah S.W.T.
Utk Saudara Zanie, jgn buta sejarah. Komunis x pernah berjuang menentang penjajah. Mereka nk komuniskan tanah melayu. Mereka dibantu oleh komnuis china dan rusia. Jgn bermimpi, x pernah sejarah komunis nk merdekakan tanah melayu ni. China nk jajah lagi ada lah.
Komunis sendiri dh berkubur saudara nk agung2kan pulak.. org camni pun ada dlm dunia ni. AKhir sekali sebut pulak Allah SWT. Kalau komunis memerintah, sebut nama Allah dah kena bunuh tau tak. Dia org x percayakan Tuhan
Assalamua'laikum Datuk,
Telah saya hujahkan dua posting diblog saya kenapa Chin Peng TIDAK BOLEH DIMAAFKAN dan juga telah saya nyatakan dalam blog Datuk, berhubong kait dengan etnik dan keselamatan negara dan sejarah penghijrahan etnik ini secara ringkas.
Kenapa harian, desakan desakan anti establishment ini kedengaran?
1. Kepimpinan terdahulu terlalu ghairah mengubah persepsi Mahathirism kononnya supaya dipandang lebih liberal.
2. Kepimpinan negara sekarang dilihat terdesak oleh kumpulan penentang.
3. Tidak kesepaduan orang melayu dan sikap terlalu tolerance dan juga ketamakan menjual bangsa sendiri dan takut dikatakan kolot.
4. Jika undang2 tidak dipatuhi, penguat kuasaan undang2 dipertikaikan, badan kehakiman tidak diyakini, perlembagaan dipertikaikan, kedaulatan institusi Raja Raja dicemuh, revolusi negara Peranchis diketengahkan, APA YANG KITA BOLEH RUMUSKAN?
Saya pun seorang yang patuh pada undang undang dan tidak juga ingin diheret dibawah ISA, tapi yang mana lebih patriotik, mati berperang atau mati beragan?
Sama samalah bermunajat dan beristikharah.
Wasalam
www.warongkopi56.blogspot.comn1956
Masalah penting yang kita hadapi sekarang saya rasa ialah masalah hubungan kaum yang semakin merosot dan semakin buruk.
Ketika kuasa politik orang Melayu dilihat telah lemah, kaum bukan Melayu seolah-olah semakin mengasak orang Melayu dan seolah-olah tidak pernah berterima kasih dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh orang Melayu selama ini.
Apakah tindakan orang Melayu? Nampaknya orang Melayu, khasnya pemimpin Melayu seolah-olah tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
Masalah hubungan kaum ini saya kira jauh lebih penting daripada masalah Chin Peng. Chin Peng sudah tua dan mungkin akan mati tidak lama lagi.
Salam
Setiap perkara boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Begitu juga sejarah. Penjajah mengelar Pahlawan Melayu penjenayah. Kita mengangkat penjenayah penjajah sebagai Pahlawan. Amat menarik menilai kembali sejarah bangsa dan negara kita dari perspektif yang berbeza. Blog berikut amat menarik untuk diikuti -
http://matamin.blogspot.com/
Marilah kita sama-sama membuat penilaian.
Y.Bhg Datuk Ron,
1. Pernahkah Chin Peng diberi pengampunan oleh Kerajaan Malaysia di atas segala keganasan yang dilakukan oleh tentera bintang tiga di bawah pimpinan beliau dahulu?
2. Adakah 'statute of limitation' boleh diapplikasikan oleh Chin Peng walaupun jenayah perang / perkhianatan terhadap negara telah dilakukannya lebih 40 tahun dahulu?
3. Jika jawapan kepada soalan 2 adalah 'Boleh', berapa tahun pula kah 'statute of limitation' itu?
4. Jika jawapannya adalah 'Tidak' kepada soalan 1 & 2 di atas, mengapa Kerajaan tidak membawa Chin Peng ke muka pengadilan selari dengan kempen "Criminalised War' oleh Tun Dr M?
5. Lagipun, bukankah hukuman ke atas sesiapa yang melakukan pengkhinatan (melancarkan perang) terhadap negara adalah hukuman mati?
Jadi, jika undang-undang membenarkan Kerajaan mengambil tindakan ke atas Chin Peng, biarlah dia balik dan biarlah dia terima hukuman tersebut. Jangan pula beri pengampunan!
Terima kasih.
AT TIMES WE MUST BE DRASTICALLY CRUEL TO PUT THINGS IN ORDER!
ADA MASANYA DALAM DEMOKRASI
MESTI ADA DIA-MAU-DIKERASI!
Bagi saya punca semua ini adalah kerana perpecahan org melayu. Terutama PKR & PAS yg selalu berkempen ttg keadilan (konon nya lah). Bila bangsa cina ada kuasa majoriti sikit, mereka nak meneraju negara. Org melayu perlu sedar & bersatu di bawah UMNO. Itu sahaja penyelesaiannya.
View Profile: Rantong™
Saya amat kecewa dizaman yang terus berubah dan mengalami perubahan paradigma masih ada segelintir manusia yang mengagung pengganas didalam bahasa inggeris terrorist. Dan tatacara sekutu NATO menghukum pengganas telah jelas. Nak apa lagi. Kalau pengganas tetap pengganas dan hukum yang setimpal adalah dihukum bunuh seperti yang telah dilakukan oleh mereka sendiri apabila membunuh orang lain.
Telah jelas orang orang seperti ini tiada tempat didunia ini. Lebih lebih lagi pengkhianat negara. Kalau dulu kerajaan memaafkan sebilangan mereka mengapa segelintir dari mereka ini enggan. Ini menunjukkan mereka ini tidak layak menjadi warganegara kita.
Maaf, saya ingin berbeza pendapat.
Banyak orang Malaysia sekarang mengaku "celik sejarah".
Tapi saya ragu, jika sejarah yang mereka pelajari dan fahami ialah sejarah "versi kolonial".
Kita mungkin masih ingat, mengikut sejarah versi kolonial, pahlawan-pahlawan kita yang berjuang menentang penjajah Inggeris, seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dll ialah "penderhaka".
Nah, penjajah jugalah, melalui jentera progandanya yang begitu cekap dan berkesan melabelkan atau mengecap orang-orang seperti Chin Peng dan anggota PKM yang lain sebagai "pengganas".
Kita tidak perlu mendewa-dewakan Chin Peng, tapi mungkin perlu memahami bahawa selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, di Dunia Ketiga (termasuk Malaysia)ideologi komunis (dan sosialis) adalah ideologi yang dianggap paling berkesan untuk menentang kolonialisme dan imperialisme.
Jadi perjuangan Chin Peng dan PKM,yang berasaskan ideologi komunisme itu, saya kira harus kita lihat dalam konteks perjuangan rakyat terjajah untuk menentang kolonialisme.
Kalau tujuan pejuangan Chin Peng dan PKM pada akhirnya adalah menubuhkan negara komunis, seperti perjuangan rakyat di China, Vietnam, Kemboja, Burma dll, itu adalah perkara yang wajar saja; kerana pada waktu itu, komunisme dan sosialisme memang didukung oleh kira-kira dua pertiga penduduk di negara terjajah.
Bagaimanapun,perjuangan Chin Peng dan PKM telah gagal. Jadi apakah isu yang hendak kita besar-besarkan sangat?
Kalau kita marah kerana anggota PKM dikatakan banyak membunuh polis, askar dan orang awam, bukankah ribuan orang anggota PKM juga telah dibunuh oleh tentera British dan tentera Malaysia yang sama-sama berjuang untuk mempertahankan rejim kolonial?
Jadi dari segi "keganasan" saya kira kedua-dua pihak telah melakukannya. Dan itu memang hukum peperangan.Siapa yang kurang cekap dan membuat kesilapan dari segi strategi dan taktik peperangan, tentu akan menerima akibatnya.
Tentera PKM berjuang untuk membebaskan Malaysia daripada pemerintahan rejim kolonial dengan menggunakan satu ideologi yang dianggap ampuh dan diterima umum (oleh dunia) pada masa itu.
Jadi sekiranya PKM telah melakukan kesilapan, kita hanya menyedarinya kemudian,dan perjuangan mereka pada masa yang lalu tentu wajar dimengerti, walaupun kita tidak mahu menyanjungnya.
Sritribuana?
Awak ke saya yang buta sejarah? Bila komunis di tubuhkan di tanah melayu? Dan untuk apa? Baca http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Emergency untuk tahu lebih lagi tentang mereka. Ingat! there's always two sides of a story. Baca dari perspektif sejarah dan rasional, bukannya minda yang diperbodohkan seperti saudara!
Jika anda rajin membaca, anda akan dapati betapa efektinya propaganda British yang diketuai oleh C.C.Too yang bekerja keras menanam perasaan benci yang teramat sangat kepada perjuangan komunis walhal mereka hanya menentahg British!
Generasi dahulu memang hilang rasional bila disebut komunis, apakah anda yang boleh membaca dari pelbagai sudut pun boleh tertipu?
Saya menyebut Islam, untuk mengatakan bahawa fahaman ciptaan manusia adalah serupa sahaja di sisi Allah. Jika inginkan kebenaran mutlak, kembali saja kepada sistem Islam, itu saja!
Isu panas chin peng,sila layari
http://penpusaka.blogspot.com/
slm dato ron..
penulisan yg jujur dan amat saya hormat.....tolonglah jgn di bawa masuk petualang bagsa ini...KEGHORL
Zanie, Datuk Ron,
Maaf kerana mencelah..
Setuju dengan pendapat saudara Zanie, setuju jugak dengan pendapat yang lain-lain.
TETAPI agak musykil, kenapa agaknya PKM (baca Chin Peng, bukan komunisme)hanya meletakkan senjata pada tahun 1989? Bukankah peluang pengampunan telah diberikan oleh Tunku dalam rundingan Baling?
Yes, British begitu efektif menanamkam agenda anti Komunis dalam hati sanubari rakyat Malaysia. Dan begitu jugaklah efektifnya PKM (baca Chin Peng, bukan komunisme) menanam perasaan hasad terhadap kedaulatan bangsa sendiri (baca republikan - konsep yang sama terdapat dalam sistem kapitalis)dalam sanubari anggota Rej. ke-10 (baca cabang PKM melayu).
Maaf, saya xbnyk pembacaan seperti saudara. Tapi lagi bnyk kita korek sejarah, bukan kebenaran yang akan kita jumpa, tapi kecelaruan. Sejarah bukan bahan untuk menegakkan pendapat satu pihak, tapi sejarah adlh untuk mengambil pengajaran agar kesilapan lalu tak berulang...
Maaf, bukan jugak tujuan untuk berdebat, tetapi ingat-mengingati sesama bangsa tercinta...
Utk makluman saudara zanie, kalau saudara kononya tak percaya sejarah diputarbelitkan, mcm mana saudara boleh lebih percayakan wikipedia yg lagi boleh diputarbelitkan?
Friedman menulis dlm 'World is Flat' IBM terpaksa meletak orgnya sendiri bimbang wikipedia memutarbelitkan sejarah IBM. Seoarang kanan Keneddy merana kerana dikatakan dlm wikpedia bliau berkonspirasi membunuh Kennedy. Wikipedia boleh diupdate oleh sesiapa saja mungkin oleh Chin Peng sendiri.
Celik sejarah, porah!
dato sekadar ingin bertanya, ' adakah pemimpin parti komunis dahulu yang berbangsa Melayu yang dibenarkan pulang ke tanah air?
Salam Datuk Ron,
Membaca tulisan Datuk dan komen yang dikirimkan ternyata terdapat dua kumpulan, satu kumpulan boleh dilabel sebagai buta sejarah, tidak patriotik dan sebagainya. Mereka sengaja mendendang Chin Peng sebagai hero untuk memecahbelah masyarakat 1Malaysia. Ini agenda besar untuk menumbang BN dalam PRU13.
to zanie,
betapa bodohnya kau ni.
chin peng kau kata pejuang, dia nak komuniskan tanah melayu kau kata dia pejuang.
ini le klu terlalu berpolitik, apa saja isu yg dibawa oleh parti lawan kau tak nak sokong, wlu pun kau tau itu benar,
waktu zaman bintang 3 kat kampung2 plg byk yg diorang bunuh ialah ketua2 kampung dan org2 alim kau tau tak.
menyirap aku dgn melayu bodoh mcm kau ni.
kau tak sedau ke yg org melayu islam skrg ni dicabar sekeliling, jgn sebab nak jaga ati kaum lain, kaum sendiri disakiti.
aku setuju dgn mandailing rangkuti, kadang2 diorang ni kena berkeras jugak br diorang paham.
chin peng mampus pun tak blh bwk blk malaysia.
yg plg penting islam dan org melayu mesti diutamakan.
aku tau bkn semua cina sokong chin pengzi ni,pada cina2 yg sokong chin pengzi korang pg mampos.
Sdr Zanie.
Pernah ke berjumpa bekas bekas tentera yang terlibat secara langsung dengan komunis ?.atau anak anak yang bapa mereka di kerjakan oleh komunis bintang tiga?
Kisah bintang tiga yang memerintah tanah Melayu 14 hari selepas Tentera Jepun berundur dan ada vacuum dari segi kuasa?Ada orang yang di tanam hidup hidup.Jiran saya pernah menerbitkan komik "trajedi" yang di siarkan dalam utasan Malaysia dulu . Cerita pasal arwah bapanya di hukum pancung oleh bintang tiga adalah benar .Cerita kawan saya bahawa bapa saudaranya juga di bunuh mati oleh bintang tiga....Yang amat menyedihkan kawan rapat bapa saudaranya sendiri rupanya seorang bintang tiga yang datang menangkapnya.
Ini kita bukan bercakap pasal ideologi . Kita bercakap kezaliman yang pernah dilakukan oleh bintang tiga, dimana ketuanya mestilah cheng Ping. Betul mereka nak menentang Penjajah tapi lepas itu dia pula nak menjajah tanah Melayu, di letakan orang orang Melayu lebih teruk lagi di bawah pemerintahannya banding dengan jepun.
Kita juga bercakap tentang perangkap samar yang tak kenal mangsa di hutan hutan dan kebanyakan mangsanya ialah Askar Melayu dan Field force.Ini berlaku selepas kita merdeka. Rakyat majoritynya tolak komunis dan komunis telah 'declare' war atas kerajaan Malaysia yang majoritynya tak mahu komunis.
En Zanie mungkin tak pernah duduk di Negara komunis. Tapi saya pernah tinggal di East Germany sebuah Negara komunis selama sebulan atas lawatan sambil belajar sebab kita membeli mesin dari dia, Itu sekitar tahun 1981..Pekerja yang saya jumpai dalam keadaan ketakutan, terkongkong.Bercakap dengan kami pun kena hati hati. Bukan hasrat mereka nak duduk dibawah komunis.tapi di paksa.
Lihat saja sebaik tembuk Berlin di robohkan
Salam Dato,
1.Saya tertarik dan suka dengan hujahan Zanie dan Jiwa Merdeka,Tahniah untuk anda berdua.
2.kenapa begitu payah untuk kita memaafkan orang lain ya?(dalam konteks ni Chin Peng)
Sahabat-sahabat budiman
Jutaan terima kasih kearna ambil bahagian dalam polemik mengenai Chin Peng. Saya dapati dua aliran pemikiran terhadap Chin Peng muncul menerusi polemik ini. Kedua-duanya mungkin betul mengikut hujah, kefahaman serta perspektif masing-masing.
Tetapi, pokok persoalan di sini bukannya komunisme dan komunis. Tetapi soal terorisme yang dilakukan oleh puak-puak PKM. Terorisme ini pula bukannya fake terrorism, synthetic terrorism, sponsored-terrorism atau pun false-flag terrorism seperti yang dimunculkan oleh Bush menerusi war on terror.
Terorisme yang dilakukan oleh pengganas komunis di Tanah Melayu adalah terorisme atau peperangan gerila untuk merampas Tanah Melayu, menumpaskan Raja-Raja Melayu dan menghapuskan orang Melayu daripada bumi bertuah ini. Anda yang ingin berbeza dengan saya silakan. Tetapi kemukakanlah statistik berapa ramai nyawa orang Melayu yang melayang akibat kezaliman pengganas komunis berbanding Cina atau India. Berapa ramaikah perwira Melayu yang dibunuh oleh mereka. Buktikanlah bahawa majoriti orang Melayu ketika itu tidak dibelenggu trauma sepanjang zaman darurat. Nafikanlah hakikat bahawa pada zaman itu orang Melayu di pendalaman terpaksa dicatu beras kerana beras yang berlebihan dikhuatiri jatuh ke tangan komunis. Nafikanlah bahawa orang Melayu generasi saya tidak seksa, derita dan merana bila hanya dua hari dalam seminggu boleh menikmati apa yang dinamakan nasi. Dan lima hari selainnya orang Melayu generasi saya di pendalaman terpaksa makan apa yang ada, ubi kayu, keladi, keledek atau pun puasa dan berlapar. Anda yang hendak memilih untuk berbeza dengan saya buktikan bahawa apa yang saya katakan di sini adalah salah dan palsu.
Sebagai generasi pra-merdeka, saya tetap dengan pendirian saya yang dibentuk berasaskan realiti ketika itu, iaitu pengganas komunis telah bertindak zalim dan kejam terhadap majoriti orang Melayu di pendalaman, termasuk di kampung saya sendiri, di Batu Pahat. Pada ketika itu, statistik kezaliman pengganas komunis disampaikan kepada penduduk pendalaman menerusi akhbar tabloid pelbagai bahasa dikenali sebagai Panduan Rakyat. Seluruh konten akhbar itu adalah mengenai keganasan serta kezaliman pengganas komunis di seluruh pelusuk Tanah Melayu. Saya baca sendiri kisah-kisah itu dan saya lihat sendiri gambar-gambar kekejaman itu yang dipaparkan dalam akhbar berkenaan. Rasa ngeri dan rasa marah generasi seperti saya masih terus menghantau jiwa sampai ke hari ini.
Oleh itu, selagi generasi saya masih hidup di Malaysia pada hari ini, maka selagi itulah Chin Peng mesti diharamkan masuk ke Malaysia. Kalau antara pengkomen dalam blog ini berfikir sebaliknya, anda sebenarnya kelompok pseudo-liberal dan universalist yang enggan menghayati kebenaran sejarah. Ini kerana dalam hidup ini ada perkara yang boleh dirasionalkan secara liberal. Tetapi, banyak juga hakikat yang wajar diterima bukan secara liberal kerana polemik liberal sedemikian hanya akan meletakkan diri kita ke dalam kategori anak bangsa yang menafikan perjuangan dan kebijaksanaan silam.
Saya hanya generasi pra-merdeka lulusan sekolah atap. Tetapi saya juga didik dan terdidik dengan jiwa untuk menghormati sejarah dan kebenaran. Dengan pengalaman dan pendedahan saya yang luas dan telah berpeluang merantau ke 40 negara di merata dunia, saya masih tidak reda untuk berfikiran liberal mengenai nasib malang yang menimpa bangsa saya dan tanah air saya sendiri akibat kezaliman komunis.
Saya tidak memaksa aliran pseudo-liberal universalis di kalangan kita untuk menghayati hati dan jiwa saya. Tetapi, saya tetap sedih, kecewa dan berasa malang jika anak bangsa saya yang cerdik dan terdidik menjadi kategori insan yang sudah enggan menghayati sejarah malang bangsa dan tanah airnya akibat kezaliman pengganas komunis pimpinan Chin Peng!
Salam takzim – Ruhanie Ahmad
Salam Datuk
Topik ini panas, memang jelas ada 2pihak di sini - menyokong dan menentang.
Secara peribadi, saya bukan penyokong komunis apalagi hendak mengagungkan Chin Peng. Tiada manusia yang layak dijadikan teladan unggul melainkan Nabi SAW.
Tapi jika dilihat pada sejarah, kalaupun Chin Peng itu tidak layak digelar pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, hakikatnya beliau tetap pejuang yang hebat (dari aspek perjuangan komunisme beliau). kalau tidak masakan kesan tindakan beliau masih mampu menaikkan darah kebanyakan orang kita hari ini?
Yang pasti, mari kita muhasabah diri kita. Kita kata komunis tidak percaya wujudnya Tuhan. Tapi, berapa ramai orang Islam di Malaysia benar-benar tunduk dan patuh pada Allah. Kita sendiri banyak engkar suruhan dan larangan Allah. Kita sibuk kata Chin Peng zalim tetapi kita juga sering menzalimi diri kita sendiri (dan mungkin orang lain). Jika ini sikap kita terhadap Islam, apa lebihnya kita dan apa kurangnya Chin Peng?
Soal hendak beri Chin Peng masuk atau tidak, kita boleh larang dia masuk atas sebab-sebab keselamatan dan sebagainya. Tapi jika Allah izinkan dia masuk Malaysia, maka dia akan dapat masuk ke Malaysia sama ada dengan izin atau tidak, atau ketika hidup atau mati. Hakikatnya, Malaysia ini adalah sebahagian daripada alam. Alam itu milik Allah. Dia lebih bijak mencatur segalanya berbanding kita yang sering perasan bijak!
Saya akui Chin Peng telah berlaku zalim pada rakyat negara kita satu ketika dulu. Malah ada datuk nenek saya yang dizalimi oleh PKM. Tapi kalau dapat saya bunuh Chin Peng itu dengan tangan saya sendiri pun, belum tentu hati dan hidup saya jadi tenang. Malah, belum tentu saya dijamin syurga dengan tindakan itu. Tindakan saya itu mungkin lebih bersifat dendam kesumat berbanding niat menegakkan keadilan akibat menyimpan rasa marah sejak berpuluh tahun.
Saya lebih suka memanjatkan doa ke hadrat Allah agar Chin Peng diberi hidayah oleh Allah dan menerima Islam sebagai jalan hidup yang sebenar-benarnya. Mungkin dengan Islamnya Chin Peng, hidup kita akan lebih tenang dan tenteram.
Salam sejahtera Dato' Ron,
Bila tengah membaca komentar di blog Dato' ini, saya teringat dialog dalam film P. Ramlee, Ahmad Albab.. "aik, marah???? nanti kena jual!!".
Seperti rakyat Malaysia yang lain juga, saya tidak boleh terima kekejaman PKM dan Chin Peng. Bukan kerana saya Melayu, tetapi kerana kekejaman, oleh pihak mana sekalipun, mesti dikutuk dan tidak boleh dibiarkan. Cuma rasa marah dan geram saya itu agak terencat apabila timbul rasa khuatir saya kepada cara dan "timing" isu Chin Peng ini dibangkitkan dan dihangatkan. Saya tidak boleh dipersalahkan apabila merasa khuatir mengenai hal ini, kerana sejarah telah banyak menyaksikan bagaimana taktik mengungkit-ungkit isu sensitif bagi kaum-kaum tertentu digunakan bagi tujuan mengalih/divert perhatian dan "perbincangan" rakyat kepada sesuatu isu/masalah sebenar disatu-satu masa. Tak perlulah disenaraikan contoh. Dato' dan pemblog lain tentu lebih arif...
Disebabkan kita/rakyat selalu sangat dijadikan umpan/alat dan dilaga-lagakan dalam menjayakan misi diversion oleh pihak tertentu itu, saya menjadi agak keliru samada isu Chin Peng ini juga merupakan salah satu dari beribu siri diversion itu. Kerana itulah, saya "tangguhkan" dulu marah dan makihamun saya kepada sejarah PKM dan Chin Peng, kerana saya "tak mahu dijual...". Wallahua'lam
saya setuju benar dengan komen cmk. saya juga berpendirian seperti dia. dalam apa2 perjuangan menegakkan ideologi tidak dapat tidak kekejaman pasti berlaku.
itu kekejaman era 50an. kekejaman sekarang berupa lebih halus dan sukar dilihat oleh rakyat biasa seperti disini http://kedahlanie.blogspot.com/2009/05/hujah-tv9-patut-laa-zahid-hamidi-tak.html
Post a Comment