Ruhanie Ahmad
Malaysia adalah negara majmuk. Penduduknya pada tahun 1957 seramai 6.36 juta orang, iaitu 3.12 juta Melayu, 2.33 juta Cina, 690,000 India dan 120,000 lain-lain keturunnan (Federation of Malaya Year Book 1959). Etnik Cina pada ketika itu menguasai ekonomi negara secara kukuh, orang Melayu pula dalam kemiskinan (Deptartment of Statistics, Kuala Lumpur, 1958-1960). Pada tahun 2000, penduduk Malaysia meningkat kepada 23,274,690 orang, iaitu 11.7 juta Melayu, 2.6 juta Bumiputera, 5.7 juta Cina, 1.7 juta India, dan lain-lain kaum 269,000 orang (Utusan Malaysia: 18.9.2003). Penduduk Malaysia pada tahun 2008 adalah 25.056 juta, iaitu Melayu 13.667 juta Bumiputera 2.963 juta, Cina 6.256 juta, 1.880 juta, lain-lain keturunan 290,000 dan bukan rakyat 2.826 juta (Unit Perancang Ekonomi:2008).
Pemilikan modal saham pada tahun yang sama pula adalah RM100 bilion atau 18.9 peratus di tangan Bumiputera, RM215 bilion atau 40.6 peratus dikuasai oleh bukan Bumiputera, RM42.3 bilion atau 8 peratus dikuasai oleh syarikat nomini dan RM172.3 bilion atau 32.5 peratus dipegang oleh pemodal asing. Daripada perangkaan ini, ekuiti Bumiputera terbahagi kepada RM79.4 bilion atau 15 peratus milik individu, RM11.9 bilion atau 2.2 peratus milik institusi, dan RM8.7 bilion atau 1.7 peratus milik agensi anamah. Ekuiti milik bukan Bumiputera pula sebanyak RM207 bilion atau 39 peratus dikuasai oleh Cina, RM6.4 bilion atau 1.2 peratus dalam tangan India, dan lRM1.9 bilion atau 0.4 peratus kepunyaan lain-lain kaum (The Star: 27.6.2008).
Statistik di atas membuktikan jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera berbanding lain-lain kaum yang hampir seimbang sewaktu kemerdekaan tanah air telah meningkat secara prominen pada 2008. Kenyataan mengenai kemiskinan serta indikator mengenai pegangan modal pula adalah manifestasi bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah golongan yang masih jauh ketinggalan berbanding bukan Bumiputera dan pemodal asing di Malaysia mutakhir ini.
Lantaran itu, etnik manakah yang sebenarnya sedang mengalami dilema di Malaysia? Adakah kaum Cina yang dilanda dilema kononnya akibat kewujudan hegemoni kekuasaan Melayu mulai 1969? Benarkah hegemoni Melayu yang bertunjangkan kekuasaan politik UMNO membawa peminggiran politik masyarakat Cina, dan manifestasi hegemoni ini ialah dasar kerajaan yang menekan masyarakat Cina (Thock Ker Pong 2005:2-3).
Adakah kaum India yang dibelenggu dilema di abad ke-21 ini? Oleh sebab itukah dengan secara ironisnya Hindraf mengisytiharkan secara terbuka bahawa musuhnya adalah UMNO, bukan orang Melayu (Utusan Malaysia: 29.12.2007).
Oleh sebab itukah juga Hindraf menyatakan bahawa sejak 50 tahun kemerdekaan tanah air, Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO, bersama dengan kekuatan majoritinya, serta disokong oleh pihak Polis, Pejabat Peguam Negara, Judiciary, Perkhidmatan Awam dan media massa telah mencabul Perlembagaan Persekutuan dan mencipta apartheid ala-Malaysia yang khususnya menyebabkan degeneration kepada sekurang-kurangnya 70 peratus daripada minoriti etnik India sehingga mereka menjadi kelompok underclass dan tergolong dalam kategori kemiskinan tegar di Malaysia (Fasal 4 dalam Memorandum 18 Perkara yang disampaikan oleh Hindraf kepada Perdana Menteri Malaysia pada 12.8.2007).
Persoalan-persoalan di atas akan dihuraikan secara terperinci berasaskan konsep keselamatan kemasyarakatan (societal security) yang dipelopori oleh Barry Buzen dalam bukunya People, states and fear (1983) dan juga huraiannya oleh Michael Sheehan dalam bukunya International Secuity (2005).
Penemuan-penemuan oleh lain-lain sarjana keselamatan negara dan keselamatan antarabangsa seperti Paul Roe menerusi buku Ethnic violence and the societal security dilemma (2005), Ray David dan Donald Rothchild menerusi buku The international spread of ethnic conflict, fear, diffusion and escalation (1998), Ole Waever, Barry Buzan, Morten Kelstrup dan Pierre Lemaitre menerusi buku Identity, Migration and the New Security Agenda in Europe (1993) dan Barry Posen menerusi tulisannya The security dilemma and ethnic conflict dalam jurnal Survival, volume 35, No. 1(1993), serta kajian oleh beberapa sarjana serta pemimpin politik Malaysia juga akan diambilkira dalam analisis ini.
Pemikiran Ken Booth dalam bukunya Theory of world security (2007) dan Emil Kirchner dan James Sperling dalam buku Global security Governance competing perceptions of security in the 21st century (2007) juga akan dijadikan sebahagian daripada asas kajian ini.
Inisiatif ini saya usahakan menerusi kapisiti saya yang terhad untuk menginsafkan kepimpinan dan warganegara Malaysia bahawa isu societal security dan dilema etnik mutakhir ini amat wajar dijadikan salah satu referent object atau objek rujukan yang perlu dihalusi, diperdalami dan diperluaskan menerusi perspektif keselamatan negara. Ini kerana ramai sarjana dunia mendapati bahawa isu-isu identiti etnik, dilema etnik terbabit, implikasi dilema tersebut terhadap ketahanan nasional serta keharmonian kaum mungkin mencetuskan konflik, keganasan dan peperangan di sesebuah negara majmuk di masa akan datang.
Kajian para sarjana ini adalah berasaskan perkembangan di negara Balkan seperti Bosnia Herzegovina dan Croatia. Mereka melakukan kajian terperinci tersebut berikutan Perang Balkan 1990-1995, terutamannya di Bosnia Herzegovina, yang mengalami genocide dan pembersihan etnik paling serius dalam sejarah dunia berbanding Perang Dunia Kedua.
Kajian mereka juga dilaksanakan kerana isu keselamatan negara di era pasca Perang Dingin bukan hanya membabitkan masalah ketenteraan dan pertahanan tetapi melibatkan juga soal-soal ketahanan nasional, perpaduan masyarakat dan kesejahteraan warganegara seluruhnya. -- (ikuti sambungannya dalam posting akan datang).

10 comments:
Sdr Ruhanie Ahmad,
Agama Hang Agama Aku(silap haribulan nyawa melayang)
Bagaimana pula pecahan angka-angka demografi dari sudut pandang orang muslim dan bukan muslim?
Bosnia Herxegovina dulu penduduknya memperleceh-lecehkan agama Islam sendiri - maklumlah orang etnik modrn dan terdidik dalam nilai-nilai tersohor di era Komunisma - dijadikan kajian...
Bagaimana di Iraq, Iran dan Afghanistan?, mungkin persoalan seorang melayu?
Apa yang gahnya orang-orang kafir itu?
Anifah Memang Pernah Bertemu Anwar Di Australia di http://www.malaysia-instinct.com/english/
Kita kena peringatkan semua kaum di Malaysia ini bahawa Perlembagaan Negara kita ada lah satu perjanjian semua kaum di Malaysia, sebelum merdeka.Perjanjian tetap perjanjian.Dari kaca mata Islam, Perjanjian yang di gubal boleh dikatakan mirip Perjanjian Madinah.
Ada yang komen bahawa sekarang ini kita berhadapan dengan anak cucu anak cucu kepada orang orang yang bersetuju dengan Perjanjian itu.Perjanjian tetap perjanjian dan "anak cucu anak cucu" kena difahami dan mereka kena terima suka atau tidak suka .Trajedi 13 Mei sudah memberi satu solusi yang baik juga satu perjanjian dimana DEB telah digubal.DEB ini patut di singkap dan di fahami semula oleh semua( Setuju dengan pendapat sdr Aspan http://www.aspanaliasnet.blogspot.com/ tentang DEB yang di gubal zaman Tun Razak yang ambil masa 3 tahun lamanya).
Kita kena tegas tentang apa yang telah di persetujui dan consistent.Cuma pelaksanaan DEB tidak di lakukan dengan baik oleh pemimpin selepas Tun Hussein menyebabkan kuca kacir hari ini.
Sdr. Ruhanie,
Kita perlu menyedarkan bangsa-bangsa yang telah diangkut oleh penjajah bahawa tanah yang mereka diami sekarang adalah TANAH MELAYU, mereka tidak perlu untuk sombong dan bongkak. Jangan jadikan bumi ini seperti di Zimbabwe...
Kalau bangsa yang diangkut ini sombong dan bogkok saya yakin Melayu akan menghalau mereka seperti mana kejadian di zimbabwe..
Yang Bhg Datuk Ron,
Langkah Datuk memulakan perbincangan mengenai delima etnik memang baik untuk manusia yang rasional fikirannya seperti Tan Sri Prof Khoo yang memang arif tentang sejarah pembangunan masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Dinegara lain mereka langsung tidak menghurai kedudukan kepentingan kewarganegaraan melalui perspektif etnik. Dinegara yang terbesar didunia dimana bilangan kumpulan etniknya memang banyak tiada delima yang tersebar luas kerana tindakan kerajaan mereka tegas untuk menjaga keselamatan negara. Dinegara yang tidak mementingkan etnik mereka bebas hidup dan berpolitik dengn menerima hakikat bahawa mereka warganegara yang satu.
Di Malaysia pula walaupun kita masing masing mempunyai perasaan tebal berhubung dengan etnik masing masing, untuk kegiatan ekonomi, kita sentiasa berkongsi aktiviti. Jika projek diberi kepada orang melayu, orang cina dan india pun berkongsi projek tersebut.
Orang orang muda yang berpendidikan diluar negara inilah yang tidak faham dan menimbulkan dilema ini, kerana worldview mereka adalah negara maju seperti Amerika Syarikat.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
HE!HE!HE!
BUKAN DS ANIFAH AMAN SAHAJA PENAH JUMPA DSAI, KETUA PEMUDA UMNO JUGA PERNAH JUMPANYA BUKAN? SIAPAKAH YANG MEMBERIKAN PASSPORT DSAI SEMASA BELIAU DIBEBASKAN DAHULU KALAU BUKAN KETUA PEMUDA UMNO SENDIRI? HE!HE!HE!
http://sensecredaccountability.blogspot.com/2009/05/antara-penasihat-pkr-dan-ketua-pemuda.html
Wallahualam..
Bung Ruhanie,
Secara teorinya, bolehkah Persekutuan Tanah Malayu, Sabah dan Sarawak di bubarkan? Bagaimana?
Bolehkah terjadi setiap negeri yang bersultan mahu taat kepada tuanku-tuanku sultan mereka kerana kepimpinan yang sungguh terpesona oleh tuanku-tuanku sultan buat daulah-daulah mereka dan mahu dijadikan satu perhubungan antara negeri saperti ujudnya UAE - United Arab Emirates - secara seloroh?
Secara praktiknya bolehkah Malaysia dibubarkan di parlimen?
Maafkan kami, Sdr Ruhanie: cut and paste lagi...
1. Mahkamah Tinggi Putuskan Sultan Tidak Boleh Pecat Menteri Besar
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.
Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei.
Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain.
Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.
Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap menteri besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap menteri besar.
"Saya berpendapat bahawa pemecatan menteri besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata beliau.
Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali menteri besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat menteri besar.
Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.
Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota dewan undangan negeri, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.
Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".
Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohammad Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.
Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.
Mohammad Nizar, dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihan raya umum ke 12.
Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.
Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.
Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.
Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budibicara mutlak berhubung pelantikan menteri besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran dewan undangan negeri.
"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang menteri besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda.
"Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti dewan undangan negeri hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.
Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan.
-- BERNAMA
(nota: apa sebenarnya terkandung dalam penghakiman 78-muka itu?)
2. Nizar Mohon Kesnya Didengar Lima Hakim Mahkamah Rayuan
PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang ini.
Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.
Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.
-- BERNAMA
(nota: bagaimana sekiranya Mahkhamah Rayuan pun setuju dengan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri? Itu lah yang Mohd Najib harus fikirkan: anda buat kerja macam mana, anak Tun Razak?)
Tuan:
Syabas Datuk kerana membuka ruang membicarakan topik penting ini.
Saya rasa Malaysia ini adalah satu-satunya negara di atas mukabumi ini yang kaum majoritinya membenarkan kaum-kaum minoriti hidup kekal dalam etnisiti masing-masing. Dengan kata lain Melayu di negara ini tidak pernah mengsyaratkan Cina, India, dan kaum-kaum lain meninggalkan budaya masing-masing dan memeluk budaya Melayu itu sendiri sebagai syarat menjadi rakyat Malaysia - sejak dulu sebelum Merdeka sehinggalah ke hari ini. Kerana itui kita lihat, antara lain, perkara-perkara berikut yang tidak mungkin kita jumpa di mana-mana negara lain:
i) Adanya lagi ujud sekolah-sekolah jenis kebangsaan, yang bahasa perantaraannya adalah dalam bahasa etnik masing-masing, di samping sekolah-sekolah kebangsaan.
ii) Seseorang itu masih lagi dirujuk sebagai orang Cina atau India, dsbnya, walhal mereka ini semua adalah orang Malaysia. Sedangkan, bukanlah mereka itu orang yang lahir di China atau India dan datang ke Malaysia untuk hidup di sini.
iii) Perayaan-perayaan etnik selain yang berkaitan dengan Melayu dirayakan, diraikan, dan diberi penghormatan dengan cuti-cuti umum.
Saya berpendapat, hubungan sesama etnik selama ini (1975-2003?)bukanlah tidak ada ketegangan sebenarnya, tetapi masing-masing etnik dapat bertoleransi di antara satu sama lain oleh kerana
i) Pemimpin dan kepimpinan yang berani, tegap, tegas dan teguh dalam memastikan kestabilan ekonomi dan sesama kaum
ii) Ekonomi yang kukuh dan agihan ekonomi yang memanfaatkan setiap kaum. Serta, tidak berlaku secara terang-terangan bahawa hanya sesuatu kaum/puak/kumpulan itu mengaup segala peluang yang ada atau yang dicipta
iii) Walau pun Melayu diberi keutamaan tetapi kaum-kaum lain tidak terpinggir. Ini mengujudkan senario di mana Melayu percaya kebajikan mereka terbela oleh kerajaan dan kepimpinan - jadi Ketuanan Melayu ditonggakkan - manakala kaum-kaum lain diyakinkan bahawa mereka juga tetap terpelihara
Saya juga percaya bahawa kekecohan tentang hal-hal sesama kaum ini hanya berlaku pada peringkat pemimpin-pemimpin sahaja sedangkan pada peringkat orang umum tidak ada apa-apa perbalahan berlaku. Bahawa isu ini diperdendangkan oleh sesetengah pemimpin demi meraih sokongan politik untuk kepentingan masing-masing. Orang-orang bukan Melayu pula bijak menggunakan kuasa undi mereka untuk meraih keuntungan ke atas kaum mereka. Ini berlaku bukan kerana sangat mahukan Masyarakat Malaysia tetapi lebih kepada menyatakan ke-tidak-puasan hati mereka dengan apa yang berlaku pada era 2004-2008.
Pada pandangan saya, tidak ada ketidak-stabilan hubungan sesama kaum atau pun orang-orang bukan Melayu beriya-iya sangat hendakkan kesama-rataan dengan Melayu tetapi lebih kepada pernyataan oleh yang bukan Melayu supaya kepimpinan berubah menjadi lebih adil, telus, dan berwibawa, dan berhenti daripada dibuai mimpi bahawa negara ini akan selama-lamanya makmur tanpa usaha ke arah memakmurkan. Negara ini akan selamanya aman selagi Melayu tidak memberontak.
Assalamua'laikum Datuk,
Umum konflik etnik ini berpunca pada satu perasaan dalaman, "The Inner feeling of Insecurity."
Dalam kontek Malaysia adalah lebih jelas jika tumpuan diberi pada 3 etnik yang besar, Melayu, Cina dan India.
Kita bermula dengan kaum melayu/bumiputra yang telah diterima sebagai kaum indigenous atau kaum terdahulu didalam Perlembagaan Malaysia dengan hak hak istimewa Bab 6, Bahagian 12, Perkara 153. Bersadar pada keistimewaan inilah yang majoriti orang melayu mempertahankan. Saperti kita maklumi bahawa perlembagaan diistilahkan sebagai living document, ini bererti pindaan tidaklah mustahil walau pun termaktub tidak ada apa apa kuasa dapat melucutkan hak hak ini.
Harap Datuk bila saya perkatakan "tidak mustahil" apa yang tersirat.
Bukan saya ingin menjadi kritis keatas kaum saya, tetapi saya lihat orang melayu sudah terlalu selesa dan "taking everything for granted" Orang melayu sekarang ini terbahagi pada tiga kumpulan. Pertama yang bersifat nasionalis, kedua yang "complacent" dan yang ketiga universalis.
Kumpulan pertama inilah yang akan mempertahankan hak hak tersebut dan dua kumpulan itu hanya akan sedar apabila sudah kehilangan hak hak yang telah diperuntukan dan mengemis dinegeri sendiri.
Kita berpindah pula pada etnik kedua kaum cina. Kaum ini telah banyak mempelajari hal hal penindasan bermula dari pada pemerintahan Manchu dari tahun 1644-1911 yang mana kaum manchu yang berasal dar utara Manchuria sekarang menjadi kaum minoriti di China.
Semasa pemerintahan manchu tercetus pula Opium Wars atau Anglo Chinese Wars dengan pihak British dan Peranchis yang membawa pada RUSUHAN pertama "The Taiping Rebellion" 1850-1864.Kemudian satu lagi trajedi "Sino Japanese War
1899-1895 dan Second Sino Japanese War 1931-1945 (World War) ketika ini satu lagi RUSUHAN tercetus yang dikenali sebagai 'The BOxer Rebellion" 1899-1901 diikuti kejatuhan Qing Dynasty yang mengambil alih pemerintahan dari manchu.
Semasa penghijrahan ke Tanah Melayu, kaum cina ini juga telah membawa fahaman mereka bersama iaitu kumpulan Ghee Hin dan Hai San bagi menjaga kebajikan mereka.
Dengan kesedaran dan keinsafan apa yang dialami dinegara asal mereka mereka telah bersungguh sungguh membina hidup baru diTanah Melayu dengan mengunakan segala kepintaran yang telah dikurniakan sehinggalah kehari ini kita tidak dapat menfikan bahawa kaum inilah yang termaju dibumi Malaysia.
Kemasukan kaum india bermula pada 1786 sebagai buruh,pedagang,sepoy dan juga banduan. Pada tahun 1870 satelah pihak British menguasai pemerintahan sebelah pantai barat semenanjung barulah kaum ini dibawa masuk secara beramai ramai.Bermula detik inilah kaum India memulakan hidup mereka dari gulungan buruh, pedagang, polis sepoy sehingga kini dan telah pun berjaya menandingi dengan kaum kaum lain.
Malah kaum India di Malaysia berjaya mengukir identiti monopoly mereka dalam bidan peniga runcit dalam jualan akhbar, barangan kitar semula, peguam dan sebilangan besar pegawai perubatan dan yang menkagumkan kaum india ini walau seorang buruh pun berupaya bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Berpandukan fakta fakta diatas satelah berkorban, berusaha dan sekarang berjaya adakan senang untuk melepaskan apa yang sudah dimiliki atau keinginan untuk memperkukuh sekukuhnya?
Assalamua'laikum
warongkopi 56
Post a Comment