Saturday, May 23, 2009

Hubungan Malaysia-Singapura bagaikan duri dalam daging?

Ruhanie Ahmad

Hubungan Malaysia-Indonesia adalah persahabatan saudara senusantara, biduk lalu kiambang bertaut, air dicincang tak akan putus. Hubungan Malaysia-Brunei adalah persahabatan abadi dua negara di mana persamaan sentiasa diraikan, perbezaan pula sentiasa dihormati. Hubungan Malaysia-Singapura adalah persahabatan yang berasaskan kepada pertalian sejarah bumi Melayu yang malang. Ada pihak mengatakan ianya bagaikan aur dengan tebing. Banyak pihak pula menyifatkannya umpama duri dalam daging. Begitulah hakikatnya menurut logika pemikiran Melayu tradisi.

Secara ilmiahnya, kajian hubungan antarabangsa adalah mengenai interaksi politik dan sosial antara negara, aktor bukan negara dan individu (Griffiths, O’Callaghan & Roach 2008:vii). Konsep hubungan antarabangsa pula merujuk kepada hubungan antara negara-bangsa. Tetapi, oleh kerana negara adalah aktor utama hubungan antarabangsa, pelbagai wacana oleh majoriti sarjana klasik mempersetujui bahawa hubungan antarabangsa adalah hubungan antara negara (Viotti & Kauppi 1999:26). Sementara itu, Millar (1969) pula menegaskan, dasar luar adalah dasar yang mempunyai dampak kepada hubungan sebuah negara dengan negara lainnya.

Berikutan lawatan rasmi Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ke Singapura semalam, apa agaknya diskripsi yang paling sesuai untuk menghuraikan hubungan Malaysia-Singapura? Bagai menanam tebu di bibir, di mana dengan wajah manis pemimpin besar Singapura menolak ide pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor? Umpama madu dan racun di mana Malaysia yang membekalkan berjuta-juta gelen air mentah ke Singapura setiap hari, tidak langsung dihormati sehingga menyebabkan Singapura enggan memahami matlamat Malaysia untuk menggantikan Tambak Johor? Atau seperti melepaskan anjing tersepit, di mana Singapura yang amat memerlukan bekalan air diberikan bekalan air secukupnya, dan Singapura yang memerlukan ruang bumi baru-baru ini disediakan Iskandar Malaysia sebagai taman permainannya yang baru di bumi Malaysia, tetapi republik itu tidak langsung rasa terhutang budi walaupun setitik nilainya kepada Malaysia?

Dasar luar Malaysia memang berasaskan teori realisme di mana kelangsungan, kepentingan, kedaulatan dan keselamatan negara adalah nilai-nilai teras utamanya. Tetapi, proses evolusi menyebabkan Malaysia mempunyai hubungan luar yang sentiasa disesuaikan dengan perkembangan semasa. Oleb sebab itu Malaysia mengamalkan dasar luar yang digandingkan dengan teori interdependensi terhadap jiran tetangganya. Malaysia melaksanakan dasar luar untuk memperkayakan jiran tetangganya. Malaysia percaya kepada dasar luar yang digabungkan dengan teori keamanan. Ini bermakna, ciri-ciri resalisme yang menjadi asas kepada dasar luar Malaysia sentiasa digabungkan dengan teori interdependensi dan keamanan semata-mata untuk mewujudkan peaceful co-existence atau kehidupan bersama secara aman.

Tetapi, bagaimana dengan dasar luar Singapura? Mungkinkah Republik pulau itu akan terus tidak berganjak dengan dasar luarnya, iaitu realis-independen, tanpa sebarang ruang kompromi dan bertolak ansur dengan jiran tetangganya? Jika begitu hakikatnya, mungkinkah Malaysia akan mengkaji semula dasar luarnya dengan Singapura supaya sesuai dengan fahaman realis-independen yang dianuti oleh republik tersebut? Jika itulah hakikatnya, wajarkah Malaysia bertegas dengan Singapura bila satu daipada perjanjian airnya dengan Malaysia mansuh tempohnya pada 2011? Jika begitu hakikatnya, mustahilkah untuk Malaysia mengkaji seluruh hubungan dua halanya dengan republik itu supaya selaras dengan fahaman realis-dependen yang dipegang teguh oleh Singapura?

Pandangan di atas adalah cetusan minda peribadi saya selaku rakyat biasa Malaysia. Saya mencetuskan pandangan ini kerana saya beranggapan Singapura sejak era kepimpinan Abdullah Badawi seolah-olah tidak langsung mahu bertolak ansur dengan Malaysia. Silap siapa, saya tidak mampu untuk memastikannya. Tetapi, silap Malaysia paling ketara adalah sikap kita yang sentiasa mahu menjaga hati jiran tetangga tanpa mengira hakikat dan realiti pihak yang berjiran dengan kita.

Berasaskan cetusan pendapat ini, fikirkanlah semasak-masaknya berita ini yang saya petik daripada halaman N6 akhbar The Star bertarikh 21 Mei 2009 seperti berikut:

JOHOR BARU: Kota Iskandar, the sprawling new state administrative capital in Nusajaya, faces a major security risk as it is located near a Singapore firing range.

The range, inside the Sarimbun Camp, is operated by the Singapore Armed Forces and involves the use of a live ammunition from tanks and aircraft including helicopter gunships.

There have been instances when the explosions at the range have caused vibrations on the Malaysian side less than 2km away.

Banyak persoalan strategik timbul daripada berita di atas. Mengapa jadi begitu? Silap siapa? Atas nasihat siapa? Mengapakah sesuatu perancangan besar di kawasan sempadan tidak melalui kajian impak keselamatan yang menyeluruh?

Berasaskan cetusan pandangan ini juga saya ingin bertanya, jika Malaysia hendak membina jambatan ketiga merentangi Sulat Tebeau, di manakah lokasinya? Adakah lokasinya adalah lokasi yang sudah dikenalpasti oleh Singapura, iaitu lokasi yang betul-betul mengarah ke Nusajaya? Jika itulah lokasinya, bukankah satu syarikat swasta pernah membuat satu presentation di sebuah hotel lima bintang di Singapura kira-kira tiga tahun lalu, mengenai hasrat Singapura mahu membina sebuah jambatan raya atau superbridge yang kalis bom menuju ke Nusajaya? Jika itulah lokasinya, benarkah jambatan itu akan dibina mengikut spesifikasi keselamatan dan pertahanan Singapura?

Waspadalah Malaysia. Ibu negeri Johor Darul Takzim kini berada dalam jarak bedilan kereta kebal dan kapalterbang berpeluru milik Singapura. Jika jambatan ketiga yang mahu dibina kelak adalah jambatan yang mengikut spesifikasi keselamatan dan pertahanan Singapura menuju ke Nusajajaya, perbetulkanlah keadaan ini dengan serta merta.

Dengan Singapura, hubungan Malaysia tidak perlu lagi berlembut atau berkasar. Tetapi, hubungan Malaysia-Singapura cukuplah sekadar untuk berhubungan tanpa pihak di pulau itu beranggapan Malaysia adalah negara yang boleh dipermainkan, dimanipulasi atau tidak perlu dihormati kedaulatan dan kemerdekaannya. Fikir-fikirkanlah!

24 comments:

Unknown said...

Betul Datuk. Hubungan kita dengan Spura biarkan jangan lembut atau kasar. Kita adakan hubungan ala-kadar je. Tapinya duta besar kita ke Spura kenalah orang kita. Jangan hantar bukan Melayu.

Keduanya, saya sedih dengan nasib Nusajaya. Waktu kita aman, tak apa. Kalau dalam keadaan lain, macam mana?

Unknown said...

Sinngapura amalkan dasar KIASU maksudnya dasar terkepong, dasar orang takut mati. KIASU ni macam dasar Israel la. Dia ingat semua jirannya adalah musuh dia. Tapi, mana dia boleh hidup kalau kita tak jual air padanya atas dasar jiran dan kemanusiaan? Dasar kita ni sikit pun tak dihargai Singapura. Apa kita nak buat? Dah air kita jual, gas pun kita supply. Kalau kita jual pada negara lain gas ni pun mungkin lagi mahal.

Soal jambatan tu, kita buat je la jambatan bengkok ikut plan Mahathir. Apa KIASU boleh buat? Teruskan plan tu dan kita jangan tolak ansur lagi.

Dengan Singapura ni, minta segerakan duit CPF pekerja Malaysia Semenanjung dibayar. jangan lengah-lengah. Jika tidak, pekerja Malaysia carilah loyar saman Singapura. bila dapat CPF bayar le loyar tu. Boleh tak?

anakjohor said...

tadi baru jet pejuang singapore masuk ke ruang angkasa gelang patah/ nusajaya ??
apa cerita ini ??

limado said...

Saya pun rasa kecewa dengan cara Spore layan Malaysia sejak zaman Pak Lah. Dia ingat dia teror dan hebat. Kalau Msia nak jadi jiran hati pedu, kita boleh buat apa saja dengan Spore. Tapi kita baik. Tolak ansur, timbang rasa, ada hati perut.

Najib dan Muhidin kena tegas dan bijak. Cari jalan biar Spore melutut pada kita. Maksud bukan jalan konfrontasi. Tapi kaedah bertegas dalam baik dan secara bijaksana. Buatlah kajian menyeluruh apa yang kita ada dan apa yang Spore tak ada. Dari senarai tu, apa yang Spore perlukan sangat-sangat. Lepas tu buatlah dasar biar susah dia nak bersikap bongkak macam arini. Kereta masuk Johor kita kenakan levi yang tinggi. Kereta Spore speeding di jalan kita, kita fine kow-kow punya. Orang Spore masuk pasar di JB kita kenakan levi 30 peratus atas haga pasaran tempatan. Jangan bagi kareta Spore beli minyak di Malaysia. Kita tengok macam mana dia menggelatat.

Tapi pembesar-pembesar kita baik hati sangat. Ubahlah sikap ni. Buatlah dasar keras sikit.

The Truth said...

Malaysia sepatutnya merangka satu strategi baru dalam menangani hubungan dengan Singapura yang mempunyai semangat kiasu ini. Dalam era Mahathir beliau telah memilih semangat bersaing dengan memacu Malaysia dari segi ekonomi dan pembangunan insfrastruktur dalam mendepani sikap sombong dan bongkak Singapura. Pembangunan infrastruktur yang mempunyai nilai strategik seperti Pelabuhan Tanjong Pelepas dan lapangan terbang KLIA semuanya adalah atas dasar persaingan untuk merampas monopoli Singapura dalam bidang ekonomi yang bernilai tinggi tersebut.

Malangnya apabila di era Abdullah Badawi beliau mengambil pendekatan yang amat berbeza. Dengan pendekatan mengambil hati jiran Abdulah berharap Singapura akan bersikap toleran dan berkerjasama dengan Malaysia. Atas konsep ini Malaysia perlulah terlebih dahulu bersikap pemurah dan memenuhi segala keperluan jiran demi untuk memenangi hati jiran tersebut. Pendekatan ala orang kampung inilah yang diambil oleh pentadbiran Abdulah Badawi dalam hubungannya dengan Singapura sehingga menggadaikan maruah negara dengan terlepasnya pulau batu putih. Pembatalan jambatan bengkok yang mempunyai nilai strategik dari segi ekonomi dan ketenteraan itu juga adalah atas dasar yang sama.

Di harapkan pentadbiran Najib sekarang mengambil iktibar di atas kesilapan,kealpaan dan kecuaian pentadbiran Abdullah. Pendekatan ala Abdulah dalam menangani kerenah Singapura adalah gagal sama sekali. Najib tidak perlu malu untuk meneruskan dasar mahathirsm dalam menangani polimik hubungan Malaysia Singapura.Terbukti ketegasan dan persingan kental dalam semangat mahathirsm sahajalah bahasa yang difahami dan digeruni oleh Singapura. Semangat win-win situation ala Abdulah Badawi hanya akan menjadi ancaman terbesar terhadap maruah dan survival Malaysia.

Unknown said...

Datuk, kita nak kuat, kita nak lemah lembut, semua bergantung pada pemimpin kita. Orang yang tau sejarah, akan sentiasa curiga dengan Singapura. Selagi LKY masih hidup, selagi itulah dia jadi duri dalam daging. Duta besar kita kat sama pun macam jadi salesman Singapura. Kerajaan kena kaji semua dasarnya dengan Singapura.

Waktu yang sama, dasar abang-adik kita dengan Indonesia kena diintimkan dengan seberapa segera. Waktu ni, Singapura juga macam nak perlekehkan Indonesia. Kalau Malaysia dan Indonesia jadi macam isi dengan kuku, kita tengok Singapura macam mana. Berani tak dia angkat muka?

Rakyat Indonesia juga kena faham. Saya dengar waktu ni Singapura nak kuasai Natuna yang dalam wilayah Indonesia di Laut China Selatan. Betul ke cerita ni? Kalau betul, rakyat Indonesia kena suarakan pendapat mereka dengan berani dan segera.

Unknown said...

Dear Sir, I am with u. These are the records. Water issue still not settled. CPF issue still pending. KTM's land in Singapore still waiting for final decision. What is this? How long more must Malaysians be tolerance to this procrastination? Until the cow comes home? Or like Malay saying, sampai kucing bertanduk? So Najib has to be firm and real articulate about Singapore. He must set up a team of researchers and strategists to counter Singapore's KIASU approach to Malaysia. Dont organise anymore bilateral golf session with them. Dont behave like Pak Lah who tried to formulate his bilateral policies towards Singapore through golf session. Please bear this in mind dear Datuk Seri Najib.

politica said...

Hari itu saya jumpa kawan-kawan saya pelajar International Relations di sebuah U tempatan. Kata mereka, elok juga Najib tak melawat Singapura sebelum Indonesia dan Brunei. Ini maknanya, Singapura kurang penting dibandingkan Indonesia dan Brunei dalam dasar luar Malaysia.

Bila baca Utusan Malaysia semalam, saya happy kemungkinan Jambatan ganti Tambak Johor boleh dibina semula. Bla baca Utusan Malaysia hari ini, saya cukup kecewa dengan mentaliti dan sikap Singapura layan Malaysia.

Komen-komen yang baca dalam blog Datuk hari ini semua masuk akal. Datuk Seri Najib dan Wisma Putera kena kaji dan buatlah sesuatu. Kalai Anifah Aman tak boleh lakukan, lantik pakar International Relations dan keselamatan biar jadi duta Malaysia ke Singapura. Lepas itu, kedutaan kita tukar semua kakitangannya. Locally recruited staff di High Com tu pun kena tukar. Kita bersihkan rumah kita di Singapura dan kita ganti dengan team yang baru, iaitu team yang berani, sensitif dan tajam instinct mereka terhadap Singapura.

Dasar-dasar lain mengenai Singapura semua kena dikaji semula. Ekuiti dan aktiviti Temasek di Malaysia juga kena dikaji dan dikoreksikan segera. Pemimpin GLC Malaysia yang pro Singapura beruskan otak mereka cukup-cukup. Hubungan Malaysia-Singapura bukan hanya mengenai pelaburan dan business. Hubungan Malaysia-Singapura lebih penting menitikberatkan keselamatan, kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia. Kalau boleh amalkanlah prinsip machiavellian terhadap Singapura. Kata Machiavelli, dalam mempertahankan kedaulatan dan survival negara, pemimpin negara itu mesti bijak, berani seperti SINGA dan bijaksana seperti SERIGALA. Dalam maksud kata-kata ini kerana Singa dan Serigala adalah binatang yang sentiasa calculative, ruthless, dan menggunakan law of survival di hutan rimba.

Bukan maksud saya Malaysia harus gunakan undang-undang rimba terhadap Singapura. Maksud saya, bertindaklah secara calculative demi kemerdekaan, kedaulatan dan survival kita.

AMBAJ said...

Itu menunjukkan pemimpinan kita lemah. Dah tahu buat-buat tak tahu. Dulu Sharil Samad yang bengap nak tunjuk pandai. Dr. Mahathir dah lama tahu hati perut orang Singapura dari dulu lagi. Dah dituliskan didalam Malay Dilema pun. Orang Cina diJohor pun menyampah dengan Singapura. Najib mesti menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kuasa atas kedaulatan sendiri.

Yang bodoh Ghani Osman yang menerima cadangan Singapura untuk capur tangan pertadbiran WPI. Buta ke? Sampai rakyat Singapura boleh masuk tanpa pasport? Tengok kalau orang Johor nak masuk Singapura macam-macam syarat dikenakan.

Pada saya, dalam isu Malaysia-Singapura, kerajaan Malaysia adalah ayang paling bodoh dan asik kena buli sahaja. Nasib baik Menteri Half-Past Six Hamid Albar tak jadi Menteri kalau tidak habis pasir Malaysia dijualnya. Sekarang ni pun pasir dari Selangor, Perak dan Kedah dihantar ke Singapura mengunakan barge. Ini SPR kena siasat. Tanyalah nelayan Pontian, berbarge-barge satu hari kapal lalu menuju keSingapura. APMM lihat sahaja. Dah komplain baru tangkap satu. Yang lepas berpuluh-puluh. Ada kira ke?

ChengHo said...

Kiasu adalah strategi yg diambil dari 'Sun Tzu art of war' ,ia nya memerlukan kebijaksanaan dan pengetahuan yg tererinci setiap permasalahan dihadapan kita
Persoalan nya adakah pimpinan dan birokrat Malaysia sepintar Kiasu Singapore , adakah kualiti pemimpin Malaysia dan juga pegawai pegawai kerajaan Malaysia sepintar Singapore
Dari pertuturan bahasa Inggeris juga sudah ada jurang perbezaan walaupun Najib petah dln 'queen English' tetapi bagaimana dgn pemimpin pemimpin dan birokrat Malaysia yg lain adakah mereka bolih mengatasi kebijaksanan Singapore didlm setiap siri perundingan .

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Adakah warna perhubungan ini sebenarnya melambangkan pemikiran totok istana tionghua dan orang melayu - sapertimana dahulu melaka akur dengan kebesaran maharaja tiongkok dan gundik itu pakaian raja?

Unknown said...

Datuk Ron,

sayang seribu sayang...singapura yang suatu ketika dahulu jajahan Malaysia..jatuh ke tangan orang

wira said...

Datuk Ron, saya sangatlah setuju dengan pendapat sahabat sahabat blog kita yang menyatakan biarlah duta yang kita hantar itu orang melayu. Duri dalam daging adalah lumrah yang kita perlu terima kerana perpisahannya adalah kerana tuntutan yang tidak munasabah. Nawaitunya tidak adil.

Kini jelas mereka ingin menjadi lain dari yang lain didalam rantau ini, tetapi mereka masih menggunakan rantau ini untuk penghidupan mereka. Ini namanya tidak jujur, seperti pepatah: telunjuk lurus kelingking berkait.

Unknown said...

Salam Dato,

Rata yang memberi komen bersetuju bahawa Singapura dikuasi oleh cina yang tidak tahu mengenang budi....
Apakah kita akan melihat Singapura kedua di Penang?

nagagua said...

pemimpin kita ada telur ke ? maaf cakaplah .belum pun ada perbincangan dah kalah awal. Ni ada saranan saya buat menteri pertahanan sebelum menandakan aras KEMENTERIAN PERTAHANAN KEPADA LIMA BINTANG SPT JKR , LIMA BINTANGKAN DULU ALAT ALAT PERTAHANAN NEGARA KITA NI MANA YANG PATUT.JANGAN JADIKAN KEMENTERIAN ITU UNTUK MENCARI POLITICAL MILEAGE.MAAF BUKAN MERENDAHKAN PEMIMPIN KITA TAPI ITULAH YANG KELIHATAN DIMATA RAKYAT TERBANYAK.

Unknown said...

Bagi kami di Indonesia,

Singapura dan Malaysia sama saja ... sama-sama penghianat dan tidak dapat dipercaya sebagai sahabat. Singapura dan Malaysia sama-sama menikam kami dari belakang ketika kami mengalami masalah.

Ingat .. Malaysia dan Indonesia bukanlah negara serumpun sebab Malaysia selama ini selalu "Jauh Kata dari Perbuatan"

Al-Yasar said...

Saya nak timbulkan satu perkara saja: Malaysia sibuk sangat nak buat jambatan ketiga dan nak ganti Tambak Johor ini buat apa dan untuk kepentingan siapa?

Adakah Malaysia rugi kalau tak buat jambatan, dan siapa yang untung kalau Malaysia buat jambatan?

Qamar said...

Kita patut sedar bahawa penasihat kerajaan Singapura ialah Yahudi. Maka apa yang terjadi di timur tengah dan seluruh dunia hendaklah dijadikan teladan dan sempadan dalam hubungan dua hala. Tak perlulah kita tersengih dan tersenyum bila berjumpa dengan mereka.

King-Fx said...

Malaysiaku yg MALANG. Lepas PM lembik AAB, datang lagi sorang DSN. 2x5, 5x2 sahaja. Kat Sin berkokok bgtau satu dunia yg dia nak hapuskan DEB kononnya atas dasar GLOBALISASI. Bina jambatan pula untuk kepentingan SIN di Changi. Apalah bodoh benar. Nak bina jambatan di wilayah sendiri pun nak mintak kebenaran SIN ke?

Kalau setakat nak jadi PM kemudian serahkan leher untuk disembelih, baik bagi pada budak lepas SPM je jadi PM.

Hawaii five -O said...

salam

nampaknya kebaculan pemimpin negara era najib masih terikut2 rentak Dolah...masih lagi tunduk pada singapore

nampaknya JOHOR sudah pun jatuh secara halus pada singapore selepas melaka....

tahniah najib

Unknown said...

Datuk,

Pemimpin Malaysia hanya berani tunjuk garang dan 'ganas' pada rakyat jelata saja. Tatkala mereka melangkah keluar sempadan antarabangsa, semua jadi 'koro' (pinjam istilah Datuk Kadir Jasin).

Mari kita lihat DS Najib berani atau tidak bertindak 'ganas' terhadap Singapura. Kalau dia pun 2X5 macam Pak Lah, lebih baik Pak Lah tak payah susah-susah turun takhta dulu.

Semut Api said...

jambatan nak menyeberang sungai johor tu buat la dulu...

Unknown said...

hmmmm... rasanya selama ini bukan parti PAS atau parti DAP yang menentukan semua perjanjian dan hubungan Malaysia dengan Singapura.

zidlan said...

SALAM TUAN...
SAYA DAH MENGIKUTI BLOG SAUDARA AGAK LAMA DENGAN TULISAN2 YG PENUH IDEA TAPI SATU JE YG BUAT SAYA BENGKAK HATI. APAKAH PEMERINTAH MALAYSIA SELEPAS AAB DAN SKRG DIIKUTI MNAR TIDAK ADA MATA DAN TELINGA YG MEMANTAU PANDANGAN SERTA TEGURAN RAKYAT JELATA TTG SEMUA ISU2. TPM DR JOHOR PUN X MAMPU BERSUARA KE TTG ISU NI? CUKUPLA TULISAN SAYA NI TAKUT BENGKAK JD NANAH PULA.