Tuesday, May 19, 2009

Hindraf ancam nilai-nilai teras nasional?

Ruhanie Ahmad

Dilema keselamatan masyarakat boleh mencetuskan perbalahan, keganasan dan peperangan. Begitulah pandangan sarjana keselamatan dunia selepas beakhirnya Perang Dingin. Fenomena ini tidak mustahil. Lazimnya terjadi di sesebuah negara majmuk. Contohnya adalah di Bosnia Herzegovina.

Oleh sebab itu jangan pandang ringan tindak-tanduk Hindraf. Nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pertubuhan ini mungkin legitimate. Tetapi, pendekatan, gelagat dan kenyataan segelintir pemimpinnya terbukti menghiris jiwa dan memprovokasikan sentimen Melayu dan Islam.

Maka, memang wajar Hindraf dijadikan referent object untuk di securitised kan sebagai ancaman. Ini kerana nilai-nilai teras yang mesti dipertahan dan dilindungi oleh pemerintah Malaysia dan majoiti rakyat adalah keharmonian agama, perpaduan nasional dan kepentingan negara. Kalau nilai-nilai teras ini dikompromikan, kita semua mungkin terjejas di kemudian hari.

Kebelakangan ini pertubuhan haram ini kembali menarik perhatian umum. Pada Januari 2008 saya menerbitkan sebuah buku mengenai pertubuhan ini bertajuk Hindraf satu konspirasi? Di bawah ini adalah antara sedutan kandungannya.

Siapa Hindraf? Sebuah pertubuhan haram? Organisasi pelampau? Pengkhianat negara? Sekutu kepada satu pertubuhan teroris Tamil antarabangsa berpangkalan di Sri Lanka? Sekutu kepada satu kumpulan facist yang dikenali sebagai RSS berpangkalan di India? Seekor merak yang amat bongkak, seekor naga perkasa yang tergila-gilakan pancaran sinar sebutir berlian misteri, atau seekor mengkarung yang sentiasa pintar menukar warna badannya mengikut kesesuaian persekitarannya?

Mengapakah Hindraf memfitnah Malaysia kononnya melakukan pembersihan etnik ke atas penganut Hindu? Mengapakah Hindraf mendesak kerajaan untuk melantik keturunan Cina sebagai Menteri Kewangan Kedua? Mengapakah Hindraf mendesak kewujudan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua dari kalangan bukan Melayu?

Banyak pihak hairan, mengapakah dengan tidak semena-mena, Hindraf bangkit mewarna-warnikan suasana politik Malaysia dengan seribu satu macam tuduhan, fitnah dan provokasi. Tidak mungkinkah tindakan atas platform agama itu hanya satu permulaan untuk mencapai objektif Hindraf yang rahsia, lebih besar dan lebih menyeluruh bentuknya?

Demonstrasi Hindraf penuh dengan babak sensasi dan kenyataan provokatif. Beberapa orang pegawai polis yang mengawal demonstrasi itu tercedera akibat tindakan peserta demonstrasi tersebut. Beberapa peserta demonstrasi Hindraf juga turut menerima nasib yang sama akibat tindakan balas pihak pasukan keselamatan.

Satu lagi ironi dalam demonstrasi Hindraf adalah mengenai keengganan kepimpinannya menyerahkan petisyen Hindraf kepada pihak Pesurujaya Tinggi British, di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Hakikat ini amat menghairankan. Kalau matlamat tunggal demonstrasi Hindraf dikatakan untuk menyampaikan petisyen tersebut, mengapakah petisyen itu tidak diserahkan kepada pihak Pesuruhjaya Tinggi British? Adakah Hindraf berkonspirasi dengan mana-mana pihak untuk menganjurkan demonstrasinya?

Oleh sebab itu, kajilah Hindraf secara terperinci berasaskan dokumen rasmi yang telah dikeluarkan oleh Hindraf dan dikirimkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Perdana Menteri British, Ratu Elizabeth II, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan lain-lainnya.

Mengapakah pemimpin-pemimpin Hindraf hanya ditahan di bawah Seksyen 8 ISA yang tidak membolehkan pihak polis menyiasat mereka secara rapi? Mengapakah mereka tidak disoal-siasat mengenai latarbelakang yang menyebabkan mereka membuat tuduhan mengenai pembersihan ektik dan mini-genocide ke atas kaum India di Malaysia?

Mengapakah tidak dipastikan mengapakah mereka membuat kenyataan penuh provokasi terhadap UMNO, umat Islam dan orang Melayu sehingga hampir-hampir mencetuskan perbalahan kaum dan pertumpahan darah? Mengapakah tidak disoal-siasat kenapa mereka merayu komuniti antarabangsa untuk mendesak Kerajaan Malaysia memansuhkan Perlembagaan Persekutuan?

Hindraf telah menjadi seperti Hindraf hari ini akibat kedolak-dalikan pemerintah. Kepimpinan semasa mestilah segera perbetulkan keadaan supaya rakyat selamat, negara aman, dan seluruh nilai-nilai teras nasional mengenai keselamatan negara sentiasa terpelihara dan terjamin.

13 comments:

AMBAJ said...

Masaalahnya pada masa Pak Lah, tindakkan tegas tidak diambil. Apabila dah naik tocang inilah jadinya.

Mika Angel-0 said...

Lanka-LTTE war: A chronologyPress Trust of India, Sunday May 17, 2009, Colombo

Apa pandangan saudara mengenai Sri Lanka dan LTTE:

1. ...Colonial era
Sri Lanka had always been an important port and trading post in the ancient world, and was increasingly frequented by merchant ships from the Middle East, Persia, Burma, Thailand, Malaysia, Indonesia and other parts of Southeast Asia. The islands were known to the first European explorers of South Asia and settled by many groups of Arab and Malay merchants. A Portuguese colonial mission arrived on the island in 1505 headed by Lourenço de Almeida the son of Francisco de Almeida. At that point the island consisted of three kingdoms, namely Kandy in the central hills, Kotte at the Western coast, and Yarlpanam (Anglicised Jaffna) in the north. The Dutch arrived in the 17th century. Although much of the island came under the domain of European powers, the interior, hilly region of the island remained independent, with its capital in Kandy. The British East India Company established control of the island in 1796, declaring it a crown colony in 1802, although the island would not be officially connected with British India. The fall of the kingdom of Kandy in 1815 unified the island under British rule.
(Sri Lanka - Wikipedia)


2. ...The new constitution in 1972 further exasperated long standing grievances and sense of discrimination for the Sri Lankan Tamil people. This had emboldened younger Tamils to seek ways to form a Tamil homeland (nation) where the rights and freedoms of the Tamil people could be protected and nurtured.[6]

In 1973, Tamil parties' call for regional autonomy was replaced with the demand for a separate state called Tamil Eelam and two years later, in 1975, all Tamil political parties merged together and became known as the Tamil United Liberation Front (TULF). On 1976, the first national convention of the Tamil United Liberation Front was held at Vaddukodai and the Tamil United Liberation Front adapted a unanimous resolution called the Vaddukodai resolution. The Vaddukodai resolution charged that the Sinhalese government, with the use of the constitution of 1972, used its power to "deprive the Tamil nation of its territory, language, citizenship, economic life, opportunities of employment and education thereby destroying all the attributes of nationhood of the Tamil people." The resolution further called for the "Free, Sovereign, Secular Socialist State of TAMIL EELAM".[11]

As a result of the Vaddukodai resolution, the Tamil United Liberation Front became the first Tamil political party to run its campaign on a separatist platform. It swept the parliamentary elections in the Tamil-dominated districts of the North and East in 1977, winning 18 seats and became the largest opposition in parliament.[12][13] The reason for the success of the TULF was seen as the result of growing Tamil agitation for self-determination.[6]

During the time of the Vaddukodai declaration, there were several Tamil militant organizations that believed an armed struggle was the only way to protect the sovereignty of the Tamil areas.
(Tamil Eelam - Wikipedia)


Sdr Ruhanie,

bagaimana pandangan minda dan citarasa sanubari orang hindu terhadap orang islam? Rang Islam yakin yang lain pada mereka Jahil Agama Kufur Nikmat Tuhan Muhammad selawat dan salam ke atas baginda rasul-allah.

warongkopi56 said...

Assalamua'laikum Datuk,

Berlaku kejadian umpama ini atas empat sebab.

1. Survival
2. Insecurity
3. Acquisitiveness
4. Opportunity

Saperti pandangan Richard Nixon,"Riot are spontaneous, war require advance planning but ethnic violence is far from being relatively spontaneous eruptions of anger,are often planed by politicians for aclear electoral purpose." (Dec.8 1967 The War in Our Cities)

Adalah diharapkan pihak kerajaan dan polis bertindaklah demi majority yang ingin kedamaian dengan memperlengkapkan diri dari segi,pengetahuan, keadilan dan bertanggung jawab supaya jangan terjadi,"rumah dah siap, pahat berbunyi."

Saya tidak mahu mengajar "itik berenang" tetapi masih ada undang undang lain yang boleh digunakan selain daripada "preventive laws"
tetapi kena kerja lebih sikit untuk memperolehi all the incriminating evidence.

Sama sama bersatu demi malaysia

wasalam
warongkopi56

ALAM said...

Saya bersetuju dengan tulisan saudara, Bangsa yang diangkut ini sangat sombong dan bongkak, dan tidak tahu berterima kasih langsung kepada Bangsa Melayu, Bangsa melayu dah beri mereka menumpang dan bagi tempat untuk mencari makan sehingga boleh jadi menteri, tetapi inilah balasan yang bangsa melayu terima.

Tapi apa yang dimalangkan lagi, ada pemimpin melayu yang menyokong tindakan bangsa yang diangkut ini, seperti B A B I (brother Anuar Bin Ibrahim) dan beberapa pemimpin PAS yang menggelar diri sebagai ulama. Walaupun pemimpin-pemimpin PAS ini telah sedar atau tidak bahawa bangsa inilah yang telah melakukan penghapusan Islam di India seperti apa yang terjadi di Masjid Babri.

Sepatutnya kita patut hapuskan musuh dalam selimut, supaya bangsa kita dapat hidup aman dan makmur di dalam Negara Tanah Melayu ini.

Jiwa Merdeka said...

Perjuangan Hindraf mungkin pada asasnya adalah untuk menuntut dan mendapat keadilan.

Selama ini sudahkah kerajaan memberi keadilan yang sewajarnya kepada orang India?

Saya kira inilah soal pokoknya.

Ahmad Pazil Md Isa said...

Tak faham sebab apa kerajaan BEBASKAN puak2 HINDRAF ni
puak2 HINDRAF inilah yg melampau sampai mebuat fitnah ke atas org MELAYU dan ISLAM

walaupon sebagai penyokong PAS, tetapi tindakan HINDRAF adalah bersikap kurang ajar dan tak sedar diri

tak salah kalau nak pertahankan nasib bangsa sendiri seperti mana UMNO tetapi janganlah sampai membuat tuduhan palsu yg bukan2 semata2 untuk memperjuangkan nasib bangsa sendiri

apa sebab tetiba sahaja puak2 ni nak berdemonstrasi lagi? dah ler bersikap kurang ajar dgn tidak berterima kasih kerana dibebaskan malahan berlagak pula beritahu kenapa mereka perlu berterima kasih

kalau tak kerana UMNO lebih teruk drpd HINDRAF dah lama tak sokong PAS

lagi pelik, kenapa terlalu banyak kumpula org INDIA di Malaysia ni sedangkan diaorg ni kecik jer

dr 10%, sampai berpecah kepada 10 puak, itupon tak sedar2 lagi

wira said...

YBhg Datuk Ron, terima kasih kerana memulakan isu ini, kerana sudah masanya kerajaan pilihan majoriti membuat keputusan tegas.

Jelas negara Malaysia masih memerlukan ISA kerana segelintir manusia yang tidak mahu menurut perintah cuba menjadi duri dalam daging. Patahkan saja duri itu.

Saya sebagai rakyat yang menurut perintah seperti orang islam yang telah diterapkan didalam hidup mereka untuk sentiasa menurut perintah Allah masih memerlukan ISA untuk menentukan orang orang yang menjadi duri dalam daging tidak berleluasa membuat permintaan bodoh.

EMANG said...

http://emang-psychotickiller.blogspot.com/

Gedung Akal said...

Datuk,
1.Orang yang rasa dirinya 'rendah' akan cuba mengangkat diri agar kelihatan superior. Di sekolah, anak-anak yang kurang kasih sayang akan berusaha menarik perhatian guru agar mereka dilayan seperti pelajar lain yang pandai.
2.Hindraf barangkali selama ini tidak dilayan dengan betul dan tercetus rasa tersisih dan rendah diri.
3. Kemiskinan dan tekanan hidup memang wujud dalam komuniti India. Hukum psikologinya apabila keperluan asas tidak mencukupi bagaimana mungkin keperluan lain yang lebih tinggi seperti kasih sayang, keselamtaan dapat diperolehi (Rujuk Hierarki Maslow).
4. Segala bentuk kekurangan, tersisih, rasa tidak selamat dan tekanan hidup menjadikan seseorang atau kelompok bertindak agresif. Maka dengan sebab itulah terjadinya tuntutan yang bukan-bukan sebagai manifestasi kelangsangan diri itu.
5. Ada 'event' yang boleh menambahkan tekanan dan luapan emosi umpamanya polis dengan sewenang-wenang menembak anak-anak muda (nampak seolah-olah bersuka-suka) manakala dalam situasi yang lain 'polis' yang didakwa dan didapati salah atas kes bunuh dilindungi 'wajah' dan 'butiran peribadi' mereka. Ini 'double-standard' yang perlu diberitahu kepada umum malah dunia.
5. Tiada kena mengena dengan sokongan BABI (akronim dahsyat dan letusan nafsu ammarah tahap tinggi) seperti yang didakwa sesetengah citrawan. Siapa sahaja boleh sokong dengan niat membetulkan keadaan asalkan bukan untuk kepentingan politik.
Saya rasa mereka ini perlu ditolong agar tidak jadi barah yang kian merebak ke seluruh jasad bangsa.Sekian.

CINTA suci abadi said...

Apa tujuan mereka , menuntut pampasan dari British kerana tidak di hantar balik nenek nenek mereka keIndia sebab British yang bawa nenek mereka ke sini dulu ? Sekarang mereka nak balik Ke India sebab tinggal kat India lebih baik?
Datuk saya telah merasa tinggal di India selama hampir setahun di perkampungan Sakarwadi Poona ,Maharastra, saya tahu kehidupan di sana.Susah susah mereka kat sini lebih sepuluh kali baik dari tinggal di India.
Saya rasa kalau zaman Tun Ismail Menteri Dalam Negeri dah tentu di sediakan kapal untuk mereka yang ingin pulang, (Sayang, Tun Meninggal lebih awal sewaktu saya berada di India waktu itu dan kami amat berasa sedih bila mendengar berita kepulangannya Karamatullah.)
Kita kena tegas Datuk. Kerana Kemiskinan?Apa orang Melayu tak miskin? saya baru balik dari kebun isteri di Jelu Raub Pahang dimana di situ terdapat kampung orang Kelantan. Ada seorang murid yang dapat tawaran masuk ke USM Pulau Pinang ,tapi nampaknya terpaksa menolak kerana tiada kewangan, di perlukan 3 ribu katanya untuk urusan pendaftaran dan lain laian.Saya tanya tiada kah tabung di kawasan itu untuk tujuan tujuan macam ini atau kerajaan tak boleh bantu ke? tiada kata mereka.Kes kemiskinan bukan berlaku kepada kaum mereka saja. Malah rata rata kehidupan mereka ini lebih baik dari kaum Bumi. Sekurang kurang nya setengah perniagaan di kuasa oleh mereka. Baiki jalan siapa yang dapat kontrak kontrak ini? lori lori kecil " mover siapa control . Besi buruh siapa control?parking lots di kuala lumpur siapa control?

kudakepang said...

Di bawah ini adalah komen daripada Orang Kampung yang sudah saya delete satu perkataan 4 abjad daripada posting asalnya. Maaf kerana bertindak untuk mengelakkan sebarang implikasi undang-undang. Salam takzim dan terima kasih. – Ruhanie Ahmad.

HINDRAF - HINDU@RAFT @xxxx adalah pertubuhan yg mendapat didikan dan restu drpd PAK WAR. jika Pak WAR berjaya menjadi PM, janjinya dgn puak HINDRAF akan menjadi kenyataan. apa yang penting pada masa kini adalah, lakukan provokasi terhadap melayu agar masyarakat INDIA membenci melayu dan keluar daripada MIC.

pemecahan undi kaum india akan memberi peluang kepada mereka dan Pak WAR untuk menguasai negara ini.

tidak hanya kepada MIC, tindakan sama juga disusun terhadap kaum cina yg berada dalam MCA dan Gerakan.

rancangan HEBAT Pak WAR untuk dirinya sendiri amatlah hebat. kita lihat..

peperangan antara Pak WAR dan Pak JIB..siapa yang lebih HEBAT. -- (ORANG KAMPUNG) 5/20/09

shahbandarmalakat said...

Datuk. Sudah sampai masanya bagi umat Melayu dan pri bumi yang lain bersatu menanda tangani satu tuntutan berasingan kepada Kerajaan British kerana mereka telah pecah amanah dan diatas tindakan mereka sehingga menyebabkan orang Melayu dan raja Rajanya terpaksa berkongsi kuasa dengan bangsa asing yang di datangi oleh British ke Tanah Melayu.
Sebelum ini Negara Kita ( Melainkan Melaka ) tidak di jajahi oleh British. Kedatangan Mereka (Inggeris) ada lah di atas jemputan Sultan dan Raja Raja Melayu sebagai Penasihat diatas perjanjian mentakbir negeri negeri mereka. Sebab itu tiap tiap Negeri Melayu Beraja mengamalkan undang undang Islam 100%( not subjected to British Rules)..Entah macam mana bila sampai Tahun 1946 Inggeris telah pecah amanah yang di beri dan tidak menghormati Perjanjian itu dan telah cuba membentuk Malayan Union dimana timbul nama Onn Jafaar dan orang Melayu menubuhkan UMNO menentang Malayan Union dan kemudian untuk membentuk Persekutuan dan “Merdeka “. Perkataan “Merdeka”pun dalam erti kata sebenarnya tidak timbul .Sememangnya sebelum itu Negeri Negeri Beraja ( Melainkan Melaka) tidak di jajah oleh mana mana Negara.
Malapetaka yang membawa Kemerdekaan dan Penubuhan Persekutuan oleh British telah membuat Melayu dan Raja Rajanya terpaksa berkongsi kuasa dengan pendatang asing waktu itu sehingga hari ini dan banyak perkara yang merugikan bangsa Melayu akibat dari itu. Ini caused misery yang amat sangat pada Bangsa Melayu.(Tiada Persekutuan bermakna Negeri Negeri Beraja bersendiri sendiri Dengan Negara Berdaulat masing masing seperti Brunei ).
Tuntutan patut juga di buat atas “Rompak rompakan Hasil bumi seperti bijih timah oleh British sejak mereka menjadi “penasihat”.

Jumlah ganti rugi yang wajar di bayar oleh British sudah tentu melebihi apa yang di tuntut oleh Indraf.

PUSAKA/Datuk Ibrahim dan Datuk sendiri patut ambil initiatif membuat memorandum dan kempen tandatangan untuk dapat persetujuan orang Melayu Prihatin tetang nasib bangsanya. Hidup Melayu dan Tanah Melayu hingga hari kiamat.

ChengHo said...

Hindraf adalah kumpulan maanusia yg sosio ,budaya dan ugama mereka mengamalkan dan percaya kpd sistem kasta
Mereka adalah kumpulan kasta yg terendah yg percayai kasta mereka ' untouchable' bolih membawa mereka ke nirvana kayangan ke 7
Mereka memang tidak ada daya initiatif untuk memperbaiki kehidupan mereka kearah yg lebih cemerlang , mereka menyalahkan semua pihak diatas kemunduran mereka
Tidak ada sistem yg dapat menolong mereka selagi mereka mengamalkan sistem kasta tersebut .