BN tidak akan bertanding dalam PRK DUN Penanti. Ini satu keputusan yang waras, tindakan yang berani, dan strategi yang bijak. Dengan keputusan, tindakan dan strategi ini PR akan mati langkah dan hilang ghairah. Antiklimeks!
BN sebagai parti yang rasional tidak perlu terdorong dengan rentak politik kuasa oleh pihak yang sedang mengigal bak merak kayangan. BN wajar menumpu kepada soal kesejahteraan rakyat dan kelangsungan negara.
BN hanya perlu menyertai sesuatu PRK bila kerusi berkenaan kosong kerana ADUN penyandangnya meninggal dunia atau hilang kelayakan akibat sesuatu implikasi undang-undang.
Pihak yang mempermainkan mandat rakyat, walaupun demokratik, seperti di Penanti, adalah pihak yang sengaja untuk bermain politik kuasa semata-mata untuk kuasa, bukannya untuk rakyat jelata.
Memang seronok bermain politik kuasa ala-machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Tetapi, dalam soal PRK Penanti, matlamat siapakah yang telah menghalalkan cara PR untuk bertandak dan bertindak sedemikian rupa?
Adakah PRK Penanti mahu mencapai matlamat PR untuk membuktikan kepada umum kononnya ia masih didukung dan dijulang oleh rakyat jelata di Penanti?
Adakah PRK Penanti mahu mencapai matlamat untuk membuktikan kononnya BN pengecut dan mengangkat bendera putih sebelum memasukki medan tempur?
Tidak mungkinkah PRK Penanti hanya mahu mencapai matlamat seseorang individu tertentu yang kini sedang diselubungi krisis moral? Matlamat siapakah yang sebenarnya menghalalkan cara PR memanipulasikan ADUN Penanti sehingga menyebabkan kerusi DUN itu dikosongkan untuk membolehkan PRK ini diadakan?
Pastinya pengundi di Penanti dapat menghalusi seluruh pertanyaan ini dan memberikan jawapannya secara tepat. Pastinya para penyokong BN juga dapat memahami matlamat siapakah yang sebenarnya telah menghalalkan cara dalam konteks PRK Penanti.
Oleh sebab itu, kita saksikan betapakah merak yang sedang gian untuk mengigal akan mengigal di Penanti tanpa audiens yang amat dinanti-nantikan. Sesudah itu, kita nantikan dimana pula agaknya merak itu akan mengigal dan mengigal untuk membuktikan dialah mahkluk terhebat, tercantik dan terhandal dalam siasah tanah air ini! – Ruhanie Ahmad
BN sebagai parti yang rasional tidak perlu terdorong dengan rentak politik kuasa oleh pihak yang sedang mengigal bak merak kayangan. BN wajar menumpu kepada soal kesejahteraan rakyat dan kelangsungan negara.
BN hanya perlu menyertai sesuatu PRK bila kerusi berkenaan kosong kerana ADUN penyandangnya meninggal dunia atau hilang kelayakan akibat sesuatu implikasi undang-undang.
Pihak yang mempermainkan mandat rakyat, walaupun demokratik, seperti di Penanti, adalah pihak yang sengaja untuk bermain politik kuasa semata-mata untuk kuasa, bukannya untuk rakyat jelata.
Memang seronok bermain politik kuasa ala-machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Tetapi, dalam soal PRK Penanti, matlamat siapakah yang telah menghalalkan cara PR untuk bertandak dan bertindak sedemikian rupa?
Adakah PRK Penanti mahu mencapai matlamat PR untuk membuktikan kepada umum kononnya ia masih didukung dan dijulang oleh rakyat jelata di Penanti?
Adakah PRK Penanti mahu mencapai matlamat untuk membuktikan kononnya BN pengecut dan mengangkat bendera putih sebelum memasukki medan tempur?
Tidak mungkinkah PRK Penanti hanya mahu mencapai matlamat seseorang individu tertentu yang kini sedang diselubungi krisis moral? Matlamat siapakah yang sebenarnya menghalalkan cara PR memanipulasikan ADUN Penanti sehingga menyebabkan kerusi DUN itu dikosongkan untuk membolehkan PRK ini diadakan?
Pastinya pengundi di Penanti dapat menghalusi seluruh pertanyaan ini dan memberikan jawapannya secara tepat. Pastinya para penyokong BN juga dapat memahami matlamat siapakah yang sebenarnya telah menghalalkan cara dalam konteks PRK Penanti.
Oleh sebab itu, kita saksikan betapakah merak yang sedang gian untuk mengigal akan mengigal di Penanti tanpa audiens yang amat dinanti-nantikan. Sesudah itu, kita nantikan dimana pula agaknya merak itu akan mengigal dan mengigal untuk membuktikan dialah mahkluk terhebat, tercantik dan terhandal dalam siasah tanah air ini! – Ruhanie Ahmad
23 comments:
Salam,
Bagi BN agaknya menyertai pilihan raya kecil Penanti memang jelas satu pembaziran -- membuang wang dan masa.
Sebaliknya, untung rugi dari segi politik, walaupun tentunya ada, masih belum pasti.
Oleh itu, wajar sekali BN bertindak atas fakta yang sudah pasti.
Ini mungkin satu perubahan politik bagi UMNO/BN, yang wajar juga diberi perhatian dan sokongan.
Datuk,
Saya tak setuju jika itu pendapat Datuk. Orang ramai akan menganggap BN pengecut. Biar apapun perancangan politiknya, orang awam spt saya akan menganggap sedemikian.
Hai Kuda Kepang
...Strategi BN memang betul... seperti pepatah melayu.. buat apa lawan api dengan api...akan tambah marak ..biar pi kat dia ..dah jadi abu, habih lah panasnya ! ..biar pkr melalak sorang- sorang macam orang gila 'meroyan' kat penanti...! biar rakyat tau sapa yang gila sangat nak kuasa.. jom kita sokong calon bebas.untung sabut dia menang. biar pkr gelabah...
Kudakepang..
...BN membuat strategi yg berani kerana tidak melayan politiking PKR yg gila kuasa...
...biar dia melalak sendiri macam orang gila 'meroyan'...! takut kalah kat calon bebas bekas orang kuat PKR sendiri...! Inilah masanya bn boleh buuat Anwar pening dan gila meroyan nak lawan calon bebas...! jom pakat sokong calon bebas...
betul tu, jangan masuk pilihanraya, kalau sudah ada wakil rakyat yg SAH, lompat2 parti kita kutip la, walaupon wakil rakyat tersebut mempunyai rekod tak BERSIH lagi, boleh jatuhkan kerajaan yg sedia ada semata2 RAKUS dgn kuasa
kalau dulu bukan main lagi BN ( baca UMNO ) minta Adun Bukit Lanjan letak jawatan, sekarang dah senyap. Adun M.Mahoharan gertak nak letak jawatan jer terus bebaskan.
memang baguslah BN tak masuk bertanding, bolehlah kerajaan negeri dapat Timbalan Ketua Menteri yg baru tanpa bantahan
Cukuplah Dato', dah lama sangat rasanya Dato' jadi pengampu. Kalau hari ni Najib kata wajar bertanding, Dato akan gunakan tajuk yang sama juga." BN bertindak waras dan berani"
Datuk,
Dari sekian banyak komen 'citrawan' mengenai hal di atas, saya terpikat dengan pandangan Datuk bahawa "BN bertindak waras dan berani".
Saya tertanya-tanya apa benarkah BN parti yang rasional, berani, mahu menumpu kepada kesejahteraan rakyat dan tidak melayan mainan politik ala-machiavelli?
Dari perspektif akal politik memang sahlah dan jelas sekali sifat 'taklid' politiknya.
Namun atas semangat akademik teserlah 'lakonan kenaifan' akal politik bagi yang menerimanya sebagai betul alasan tersebut?
Berani hanyalah pada masa membuat keputusan dan memberikan alasannya sahaja. Lebih dari itu amat diragui keberaniannya -dalam pertarungan politik.
Persoalannya kenapa dihantar SPRM dan media untuk 'mengganggu' Fairus dalam situasi BN yang tidak selesa selepas PRU 12?
Barangkali sang strategis pada ketika itu tidak dapat 'melihat jauh' ke hadapan dan cuba-cuba mahu berhadapan dengan 'tokoh' politik ala-Michiavelli itu?
Tapi itulah hakikatnya jika mahu 'bermain api' dan itulah 'sunah perjuangan'.
Yang jadi mangsa orang terkemudian yang terpaksa menyusun kata-kata agak sulaman retorikanya dapat dipercayai sebagai benar!
Sdr. Ruhanie,
Saya hanya puji Najib diatas tindakanya utk tidak menyertai PRK Penanti jika dia dan para pemimpin UMNO lainnya serta media yg di kuasainya tidak mengambil kesempatan menghentam calon PKR dan menyokong calon bebas.
Tetapi jika Najib dan para pemimpin UMNO turut sama menyibuk dan menyokong calon bebas, maka sahlah Najib sebenarnya membuat keputusan yang tidak bijak dan memalukan sahaja.
UMNO mesti berfikiran positif. Lagi lama Perak berada dalam keadaan krisis, lagi akan menambah kemarahan rakyat kepada Najib. Ditangan Najib ada 'pisau' dan dia ada pengaruh untuk membubarkan DUN Perak.
Kesan dari krisis ini akan memberi imej yang sangat buruk kepada Najib pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Malah UMNO dan BN akan kalah lebih teruk dari pilihanraya yang lepas.
BN dan UMNO sebenarnya tidak rugi apa-apa kalau bubarkan DUN Perak kerana sebelum ini Perak memang kepunyaan PR. UMNO tidak hilang apa-apa kalaupun kalah di Perak.
Yang lebih penting kepada UMNO ialah fikirkanlah nasib UMNO pada pilihanraya ke 13 nanti.
Jangan jadi, nak untung secupak rugi segantang.
pada pendapat saya sebagai rakyat biasa tajuk artikel "BN bertindak waras dan berani" boleh diganti dgn "BN semakin takut dan hilang akal". sebab2 dia saya rasa dato boleh tahu mana nak dapat. tapi yang pentingnya..ini menunjukkan BN telah semakin goyah.. dan selepas R.A.H.M.A.N. UMNO will be lost its significant. belum romen dah pancut..aper cer??
Apa Datuk tulis memang masuk akal. Orang yang terencat akal je yang tak faham. Kalau dia nak tunjuk lagak, biar dia berlagak sendiri. Kalau dia nak main politik, biar dia sorang main politik. BN teruskan kerja untuk rakyat. Bila PRU 13 nanti BN tandinglah. Insya Allah kemenangan memihak kepada kita!
Tapi saya hairan. Apa sangat yang ada pada orang PKR atau PR tu? Anwar Ibrahim? Sapa Anwar Ibrahim? Orang yang sedang diheret ke mahkamah pasal soal moral tu? Yang lain mana? Lim Kit Siang mana? Kenapa bisu? Karpal Singh mana? Dah tak larat nak gerakkan kerusi roda? Hadi Awang mana? Sebab gamam pasal politik wang dalam PAS?
Sedarlah saudara-saudara ku. negara ni kita punya. Kalau kita terikut-ikut dengan rentak orang gila kuasa, negara kita dan kita semua akan jadi gawat sentiasa.
Datuk. Sesetengah orang kita memang dah hilang moraliti siasah masing-masing. Lebih-lebih lagi yang dah kena racun dek Anwar Ibrahim. Dalam hati perut mereka cuma kuasa mesti diperolehi menerusi apa cara sekalipun. Saya cabar Anwar suruh banyak lagi ADUN atau MP PRK kosongkan kerusi. Lepas buat PRK. BN jangan tanding. Biar PR sasau sorang diri!
nampaknya prk merupakan virus paling ditakuti oleh bn sekarang, lebih bahaya dari virus N1H1 pada kacamata bn. lihat saja manuharan baru gertak nak kosongkan kerusi dah bn kecut dan terus bebaskan dia.
Salam,
Bagi saya DSN dah terjatuh dalam perangkap DSAI sejak 16Sept. DSN rasa cukup bijak dengan kes di negeri Perak. Malangnya sentimen rakyat berbeza bila benar2 kerajaan diambil dari pintu belakang. DSN dah terkantoi sampai hari ni. DSAI dah buat permainan baru. Lepas tu DSN baru terperasan bila sampai kes Penanti ni. Tapi semuanya dah terlambat. Apa2 pun DSN kena selesaikan kes di Perak dulu. Kalau di biarkan lama, yang di kejar tak dapat yang di kendong keciciran.
Tuan Nakhoda,
Apa itu moraliti siasah? Nampak hebat bunyinya. Cuba baca satu kisah ini. Ada 2 mamat ADUN (juga EXCO) dituduh rasuah, kena dakwa, lepas tu hilang sekejap (kata orang diculik) dan kemudian muncul jadi BEBAS, lastly sokong orang pula yang beriya-iya tuduh 2 orang tu makan rasuah.
Soalannya: Apakah Moraliti Sahsiah dalam kisah benar di atas?
Apalak BN bertindak waras dan berani? Itu tandanya penakut bro....kerana BN setiap kali pilihanraya kecil akan 'berhabis-habisan' berjuta-juta ringgit. Akhirnya kalah juga!
Kebenaran tidak boleh disorok-sorok! BN kena terima hakikat!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apa kata kita teliti sebanyak mana UNDI yang bakal diraih oleh PKR sekiranya mereka tidak menang percuma di DUN Penanti? DUN Penanti pada tahun 2004 pernah dimenangi oleh BN (UMNO).. Namun akibat pergeseran dan kekecohan di dalam UMNO samada diperingkat Bahagian mahu pun diperingkat Pusat, akhirnya DUN Penanti berjaya dirampas oleh PKR pada tahun 2008.. DUN Penanti terletak dalam Parlimen Permatang Pauh yang sekarang ini telah dimilikki oleh Penasihat PKR juga melalui cara perletakkan jawatan Ahli Parlimennya yang jugak 'ISTERI KESAYANGANNYA'.. Oleh itu secara KASARnya, sekiranya bertanding pun kita tak nafikan UMNO akan menghadapi laluan sukar di DUN Penanti..
Apa kata kita lihat sedikit angka-angka di bawah sebagai rujukan:-
Jumlah pengundi : Terkini – 15,453
Melayu 72.5%, Cina 24.5%, India 2.4%, Lain-lain: 0.6%
Keputusan PRU 12: PKR menang majoriti: 2,219 undi
Jumlah ahli-ahli UMNO di DUN Penanti: sekitar 5000 orang
Kita mungkin boleh menjangka UMNO akan meminta ahli-ahlinya yang seramai 5000 orang tidak keluar mengundi atau mengundi calon BEBAS..Namun itu hanya anggapan kasar sahaja.. Apa saja boleh berlaku bila tempoh berkempen bermula.. Jika UMNO tidak bertanding dan ahli-ahlinya samada memulaukan atau mengundi calon BEBAS (jika ada yang masih belum diBELI), bolehkah itu menghalang PKR memenangi sekitar 8 ribu hingga 10 ribu undi? Pengalaman semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh menunjukkan bagaimana para pengundi menolak calon bebas dengan peratusan undi yang diperolehi mereka sangat kecil hingga hilang wang pertaruhan..
Kita sepatutnya 'MENAFSIR' dengan betul 'ANGKA-ANGKA' yang diperolehi semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh.. Semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh, UMNO sendiri yang mendakwa mereka berpeluang memenangi kawasan tersebut dengan alasan ahli-ahli UMNO dikawasan tersebut secara kasarnya seramai 22 ribu orang (jumlah pengundi 50 ribu orang lebih).. Akhirnya calon UMNO yang diberi gelaran 'Peh Moh' dan sebagainya semata-mata nak menarik undi Cina hanya mampu memperolehi sekitar 15 ribu undi.. Mana hilang baki undi lagi 5 ribu lebih? HE!HE!HE!
Jika terBUKTI calon PKR memenangi 8 ribu hingga 10 ribu undi seperti yang dinyatakan, adakah UMNO berani angkat muka dan mendakwa mereka tidak bertanding KONONnya demi nak berkhidmat kepada rakyat? Bukankah rakyat jugak yang memberikan undi sebanyak itu kepada PKR kerana UMNO enggan bertanding? Angka 8 ribu hingga 10 ribu undi daripada 15,453 pengundi DUN Penanti tuh besar PERATUSANnya.. Lainla kalau PKR hanya mampu meraih sekitar 5 ribu hingga 6 ribu pengundi sahaja di DUN Penanti.. Masa tuh bolehla kalau UMNO nak mendakwa rakyat bersetuju dengan mereka dengan alasan UMNO KONONnya ingin memulihkan ekonomi atau tidak mahu terperangkap dan sebagainya.. UMNO harus sedar IMPLIKASI yang bakal dihadapi sekiranya peratusan undi yang diperolehi PKR adalah besar..
Tak terfikirlah pulak kalau UMNO sanggup melarang atau menghalang rakyat keluar mengundi semata-mata nak mengecilkan peratusan undi yang bakal diperolehi PKR nanti.. Kalau buat begitu, yang MALU nanti UMNO jugak.. Sebab tu lah apabila disebut 'RAKYAT' kita kena tahu siapa dan di mana 'RAKYAT' itu berada.. Jangan kata 'RAKYAT' tuh hanya mereka yang seramai dua, tiga kerat 'MAKHLUK' yang dok keliling kita di Putrajaya dengan pelbagai NIAT.. Apa pun keputusan dah pun diputuskan.. Kita yang dok jadi 'RAKYAT' nih pakat-pakat tengok aje la sambil mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri.. HE!HE!HE!
http://sensecredaccountability.blogspot.com/2009/05/dun-penanti-mana-umno-nak-letak-muka.html
Wallahualam..
Salam,
Sekiranya BN menyertai pilihanraya kecil Penanti maka BN telah masuk perangkap PK. Lupakanlah Penanti buat seketika kerana tidak ada faedahnya tertumpu di situ. Penanti sebenarnya adalah medan ujian semata-mata. Kita perlu berbalik kepada persoalan sebenar yang cukup besar iaitu kemana halatuju orang melayu selepas ini. Ini perlu kita selesaikan.
Salam Dato
BN tak bertanding - waras dan berani
BN bertanding - waras dan berani
BN kacau Perak - waras dan berani
BN tak kacau Perak - waras dan berani
BN derhaka Sultan - waras dan berani
BN sokong Sultan - waras dan berani
BN sokong hudud - waras dan berani
BN tentang hudud - waras dan berani
Hahaha... Datuk, tajuk posting ni boleh digunakan untuk semua keadaan nampaknya.
Moralnya, BN bijak untuk memilih tidak menyertai pilihanraya.
Malangnya, BN membenarkan persepsi takut kalah lagi dalam pilihanraya
Baru2 ni, UMNO menyambut ulangtahun ke 63, tapi ramai ahli UMNO tak sedar, UMNO yang ada sekarang bukannya yang didaftarkan oleh Dato' Onn Jaafar dulu, tapi didaftarkan oleh Tun Mahathir Mohammad selepas UMNO yang terdahulu diharamkan sekitar tahun 1997 dulu.....
kalau tak percaya, check no keahlian , didahului oleh Tun Dato' Mahathir.....
Salam Datuk,
Keputusan BN untuk tidak bertanding dihormati namun alasan menggunapakai tidak bertanding hanya kerana tidak mahu membuang wang rakyat adalah alasan rapuh seorang Perdana Menteri. Bersikap jujurlah, katakan saja BN tidak bertanding kerana tidak mahu membuang masa dengan politiking pembangkang tetapi tidak usahlah menggunakan alasan rakyat semata-mata seolah-olah menunjukkan sikap talam dua muka dengan rakyat.
Apakah baru sekarang BN tersedar setelah terhantuk bahawa pilihanraya hanya membuang wang rakyat semata-mata? Saya tertanya, atas kesedaran apakah alasan ini dijelmakan? Adakah sebelum ini BN sememangnya berbelanja cukup besar atau kata lain 'over budget' sehingga merugikan wang rakyat. Ini kenyataan yang jelas, lihat saja bagaimana wang setiap pilihanraya digunakan untuk memancing undi dengan berlebihan, hiburan keraian untuk jentera pilihanraya sahaja boleh dijadikan ukuran, jadi silap BN tidak menggunakan konsep berbelanja berhemat. Ini sebenarnya asas silap BN terlalu manjakan segala-galanya dengan wang.
Sebenarnya PRK Penanti sekiranya diamati adalah peluang besar untuk BN menembusi tembok pembangkang setidak-tidaknya tidak menjauhkan diri dan meninggalkan pengundi-pengundi yang masih setia dan sayangkan BN.
Bagi saya tidak merugikan wang rakyat sekiranya BN bertanding secara perbelanjaan berhemat. Kuantiti jentera bukan ukuran kualiti, maka sekiranya BN berhemat letaklah 100 orang jentera yang betul-betul berkualiti berbanding 1000 orang jentera yang hanya hadir untuk berhibur sambil bekerja kerana mereka-mereka inilah yang merugikan wang rakyat.
Wasalam.
Dari segi strategi, BN mungkin betul untuk tidak meletakkan calon...
Dari segi moral, BN dilihat membenarkan persepsi ramai yang BN takut kalah lagi dalam pilihanraya...
Cuma ramai yang tidak sedar, inilah kali pertama UMNO/BN tidak meletakkan calon dalam mana-mana pilihanraya. Alasan membazir tidak berapa tepat dalam kes ini. Mantan TKM Pulau Pinang telah dituduh rasuah pada mulanya oleh MACC dan telah disiasat(Walaupun kemudiannya telah ditarik balik)
Tindakan beliau meletakkan jawatan ADUN adalah tindakan yang WARAS dan beliau bertindak BERANI untuk mengosongkan kerusi Penanti memandangkan reputasi beliau telah dipertikaikan.
Bagaimana pula pemimpin UMNO yang telah disiasat dan disahkan terlibat rasuah dalam pemilihan UMNO baru2 ini.
A.kum Datuk , lama agaknya saya tak menyumbang.
Dalam isu ini saya agak skeptikal dengan keputusan kepimpinan BN untuk tidak menyertai PRK Penanti. Bagi saya sebab-musbab berlakunya kekosongan sesebuah kerusi DUN atau Parlimen agak tidak relevan. Sebagai sebuah parti yang besar dan masih berkuasa , BN seharusnya meyahut apajua cabaran terutama apabila berlaku kekosongan kerusi DUN atau Parlimen. Ramai dikalangan orang Umno sendiri melihat keputusan tersebut sebagai pengistiharan BN dayus!!
Nampaknya pemimpin kita membuat keputusan mengikut perasaan dan bukan perkiraan strategik! Kita lupa bahawa kita masih mempunyai rami peyokon setia di Penanti.Perkembangan ini nyata menunjukkan bahawa kepimpinan BN tidak perihatin dengan kehendak penyokong BN untuk bertanding, menang kalah bukan persoalannya, penyertaan itu amat penting. Kalau kena dengan calon mungkin BN menang!!!Tetapi kalau dah meyerahkalah sebelum berlawan , agak sukar diterima ramai peyokong BN!!
Mungkin jika BN bertanding, kita ubah taktiknya dan tidak mengikut rentak biasa agar menjadi 'dislodgement of expectations' kepada parti lawan!!
Walaubagaimana pun , igin saya sampaikan keluhan ramai penyokong BN yang hampa dengan keputusan yang dibuat. Ianya akan menjadi tinta sejarah dalam perjuangan Umno/BN!!!!!
Post a Comment