Tuesday, December 30, 2008

Siri Satu:KES PULAU BATU PUTEH MALAYSIA PUTIH MATA..

Ruhanie Ahmad

Kedaulatan Pulau Batu Puteh kini milik Singapura. Maka, tulisan ini adalah bertujuan re-visit kes Pulau Batu Puteh untuk merungkai sejauh mana keprihatinan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap kes berkenaan. Ia juga merungkai kemungkinan menantu lelaki Abdullah memainkan peranan dalam pemilihan sebahagian komponen asing yang diserapkan ke dalam team Malaysia untuk mempertahankan kedaulatan tanahair ini di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Pada waktu yang sama, akan dirungkai juga sama ada Malaysia pernah menganalisa kes Pulau Batu Puteh yang dibawa ke ICJ itu dalam konteks percaturan geopolitik oleh sebuah kuasa besar tertentu yang sedang berusaha untuk memperkukuhkan hegemoninya di wilayah Asia Tenggara di abad ke-21.

Seluruh perkara di atas penting untuk dirungkai kerana kehilangan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh kini menjadi satu antara legasi durjasa Abdullah dalam era pasca PRU12. Perungkaian terhadap perkara-perkara berkenaan juga penting kerana persepsi umum kini menuduh Abdullah sebagai telah menggadaikan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Sebab itulah Abdullah kononnya tidak membantah kenyataan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, selaku Menteri Luar, yang secara diplomasi menyifatkan keputusan ICJ mengenai kes Pulau Batu Puteh sebagai suatu situasi “menang-menang.” Sebab itulah hingga ke hari ini Malaysia seolah-olah berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan tidak lagi berusaha mencari bukti baru untuk mendesak ICJ menyemak semula kes terbabit.

Titah Sultan

Sebab itulah juga Abdullah seolah-olah memandang sepi titah DYMM Sultan Johor yang berazam menebus semula kedaulatan Pulau Batu Puteh, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia di bawah ini:

JOHOR BAHRU 19 Jun 2008: – Sultan Johor, Sultan Iskandar bertitah, baginda akan berikhtiar mencari jalan mendapatkan semula hak kedaulatan ke atas Batu Putih yang kini dimiliki Singapura.

Baginda bertitah, pulau berkenaan bukan milik republik itu, sebaliknya hak kerajaan Johor.

“Saya akan berikhtiar mencari jalan mendapatkan semula hak kedaulatan Batu Putih yang kini dimiliki Singapura supaya kembali kepada kerajaan Malaysia.

“Suka saya ingatkan bahawa saya tidak lupa pada Batu Putih. Pulau itu bukan hak Singapura, tetapi hak Johor. Sampai bila pun saya akan cari ikhtiar dapatkan semula pulau milik Johor itu,” titah baginda.

Sultan Iskandar bertitah demikian semasa merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, ketika diminta mengulas titah Sultan Johor itu berkata, pihaknya akan mengambil kira perkara yang dibangkitkan oleh baginda. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sikap Abdullah tidak memberikan apa-apa reaksi kepada kenyataan di atas mencerminkan sikap kerajaan Malaysia yang seolah-olahnya berpendirian bahawa tiada apa lagi usaha yang boleh dijalankan untuk mengambil semula kedaulatan Pulau Batu Puteh daripada Singapura.

Bagaimanapun, blog kuda-kepang dalam postingnya pada 21 Jun 21 2008, antara lainnya menegaskan seperti berikut:

Rakyat jelata Malaysia, khususnya warga Johor, wajar menyokong penuh azam murni DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar, untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh daripada Singapura.

Sokongan padu ini amat penting kerana Pulau Batu Puteh memang hak milik Kesultanan Johor Darul Takzim. Pulau ini juga warisan bangsa Melayu di bumi Malaysia yang berdaulat dan merdeka. Inilah hakikatnya. Inilah sejarahnya.

Lantaran itu, sifatkanlah iltizam Sultan Johor ini sebagai kemuncak kepada rasa tidak puas hati rakyat Malaysia terhadap keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh yang dibuat pada 23 Mei 2008.

Iltizam ini juga klimeks kepada kekecewaan rakyat Malaysia terhadap sikap kiasu serta semangat kejiranan Singapura yang terbukti seolah-olah tidak tulen dan tidak abadi kerana tergamak mempertikaikan status kedaulatan Pulau Batu Puteh berasaskan pelbagai agenda strategiknya yang tersendiri.

Oleh itu, Singapura perlu menerima titah Sultan Johor dengan sikap yang terbuka. Jangan sekali-kali republik ini menganggap kekuatan iltizam Sultan Johor untuk memiliki semula Pulau Puteh sebagai usaha mengeruhkan suasana harmoni di antara sesama jiran tetangga.

Pihak berkuasa Malaysia pula tidak wajar menyifatkan titah Sultan Johor ini sebagai remeh dan tidak perlu dilayan dengan serius. Sebaliknya, gunakanlah pemikiran kritis, strategik dan kreatif untuk merangka pelbagai strategi serta mencari cara terbaik untuk memiliki semula kedaulatan pulau berkenaan.

Artikel 61

Saya berpendirian seperti di atas kerana biarpun ICJ telah memberikan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, dan keputusan itu adalah muktamad, sesungguhnya pasti masih terdapat jalan dan cara untuk mendapatkan semula jajahan takluk Johor ini, jika pemerintah Malaysia serius mengenainya.

Ini kerana Statut ICJ sendiri mempunyai peruntukan khusus – Artikel 61 - yang memungkinkan penyemakan semula sesuatu kes jika perlu. Artikel 61 dalam Statut ICJ ini membolehkan permohonan untuk semakan semula terhadap sesuatu kes yang telah diputuskan oleh ICJ. Syaratnya, pihak yang memohon semakan semula itu hendaklah menemui fakta baru yang boleh menjadi faktor penentu. Bagaimanapun, pada ketika penghakiman terhadap kes berkenaan dibuat sebelum itu, fakta baru tersebut tidak diketahui oleh pihak ICJ.

Satu lagi syarat yang dikehendakki oleh Artikel 61 dalam Status ICJ ini adalah: fakta yang baru ditemui itu telah tidak dapat dikemukakan sewaktu perbicaraan sebelumnya, bukan akibat sesuatu kecuaian. Lebih jelas lagi, ini bermakna bahawa fakta yang baru ditemui itu hendaklah benar-benar tidak diketahui oleh pihak yang memohon semakan semula, sewaktu perbicaraan ke atas kes terbabit dijalankan sebelum itu.

Artikel 61 ini juga mensyaratkan supaya sesuatu permohonan untuk semakan semula terhadap sesuatu kes yang telah diputuskan oleh ICJ perlulah dilakukan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh penemuan fakta yang baru, dan dalam tempoh 10 tahun mulai tarikh penghakiman terhadap kes terbabit yang telah diputuskan oleh ICJ sebelum itu.

Oleh itu, titah DYMM Sultan Johor seperti di atas wajar dipandang serius oleh pemerintah Malaysia, termasuk Kerajaan Negeri Johor. Artikel 61 di atas wajar dijadikan pendorong utama oleh semua pihak untuk terus berusaha dengan lebih gigih mencari dan menggali apa jua bahan bukti dan data-data sejarah yang baru untuk dijadikan asas yang membolehkan permohonan penyemakan semula ke atas keputusan ICJ mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini diserahkan kepada Sinapura.

Untuk mencapai cita-cita murni ini, pemerintah Malaysia mestilah mewujudkan satu task force atau badan petugas khas yang khusus merangkumkan keanggotaan pelbagai penasihat, penyelidik, penyiasat, pakar undang-undang, pakar sejarah, pakar politik antarabangsa dan seluruhnya. Tanpa task force sepperti ini, seluruh cita-cita akan terus menjadi cita-cita dan impian semata-mata.

Pokok persoalannya di sini: apakah Abdullah pernah bercita-cita seperti DYMM Sultan Johor? Kalau kini terdengar ura-ura bahawa Malaysia mungkin mencari jalan untuk mengemukakan satu permohonan penyemakan semula kes Pulau Batu Puteh di ICJ, sejauh manakah kebenaran ura-ura tersebut? Jika ura-ura ini tidak benar, adakah Malaysia hanya akan mendiamkan diri dan tidak mencuba nasibnya seperti yang diberikan oleh Artikel 61 dalam Statut ICJ yang dihuraikan di atas?

Maka, di sinilah relevennya iltizam politik dan arah kepimpinan yang sewajarnya diberikan oleh sesuatu kepimpinan yang benar-benar prihatin terhadap kedaulatan negaranya. Adalah tidak diketahui mengapa Abdullah tidak memberikan iltizam politik dan arah kepimpinan seperti ini dalam kes Pulau Batu Puteh. Bagaimanapun, adalah diharapkan semoga team kepimpinan negara selepas Abdullah akan memberikan perhatian yang paling serius terhadap perkara ini. – bersambung dalam siri kedua.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

TUANKU MUHRIZ DIMASYHUR YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN KE-11

KUALA PILAH 29 Dis. – Tuanku Besar Seri Menanti, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 dalam upacara penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.

Baginda yang diputerakan pada 1945 merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

Tuanku Muhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun. – Utusan.

Sunday, December 28, 2008

MESEJ KHAS KEPADA BLOGGER TARABULSI

Saya sedang dalam proses menyiapkan bab terakhir bagi sebuah buku terbaru saya. Bab ini memfokus kepada kes Pulau Batu Puteh.

Sewaktu menjalankan research ringkas, saya terbaca satu tulisan blogger Tarabulsi bertarikh 25 Mei 2008, dalam portal berita tranungkita, mengenai kes Batu Puteh.

Sudilah apa kiranya blogger Tarabulsi menghubungi saya menerusi e-mail yang tertera dalam blog ini. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad

DI AMBANG MAAL HIJRAH UMAT PALESTIN BERMANDI DARAH

Di ambang Maal Hijrah 1430, umat Palestin bermandi darah. Itulah hakikatnya akibat serangan peluru berpandu Israel ke arah Semenanjung Gaza pada Sabtu 28 Disember 2008. Seramai 229 rakyat Palestin terbunuh dan 700 orang lagi cedera parah.

Tragedi ini adalah satu-satunya pembunuhan rakyat Palestin oleh Israel yang paling terburuk dalam sejarah 60 tahun konflik Palestin-Israel.

Serangan tersebut memang reaksi kepada siri bedilan roket oleh apa yang didakwa sebagai Gaza militants ke arah Israel mingu lalu. Tetapi, bedilan roket itu hanya menyebabkan sedikit kecederan kepada rakyat Israel dan tidak membunuh sesiapa.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel membuat serangan balas secara habis-habisan ke Semenanjung Gaza semata-mata untuk memperkukuhkan kedudukan parti pemerintahnya yang mungkin akan kalah kepada Likud selaku parti pembangkang dalam pilihan raya rejim itu pada 10 Februari 2009.

Soalnya di sini, berapa lama lagikah nyawa dan darah rakyat Palestin akan disifatkan sebagai collateral damage kepada keganasan Rejim Israel?

Saya amat insaf bahawa rakyat Malaysia selaku pencinta kedamaian sejagat tidak termampu berbuat apa-apa dalam keadaan dunia dan PBB yang amat dikuasai oleh zionis.

Tetapi, adalah wajar jika kita semua menjadikan apa yang berlaku di Palestin ini sebagai iktibar untuk kita semua mempertahan serta memelihara kemerdekaan, kedaulatan serta perpaduan di negara tercinta ini pada setiap masa. – Ruhanie Ahmad

DEMOKRASI DI MALAYSIA AKAN SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA JIKA…..

Demokrasi di Malaysia akan sampai “ke penghujungnya” jika empat peruntukan asas dalam Perlembagaan Persekutuan –Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Raja-Raja Melayu, dan hak serta keistimewaan Bumiputera – terus diungkit dan dicabar oleh segelintir pemimpin politik minoriti di negara ini, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim menghuraikan perkara ini sewaktu berucap di satu majlis mengenai isu-isu semasa anjuran PERKASA dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, di Taman Meru Tiga, Meru, Kelang, pada malam 26 Disember 2008. Turut hadir adalah Datuk Abdul Rahman Palil, selaku Ketua UMNO Bahagian Kapar merangkap Ketua Penaja PERKASA Selangor, dan Hamdan Taha, aktivis politik yang pernah mengangotai PKR.

“Demokrasi di Malaysia akan sampai ke penghujungnya jika empat peruntukan asas dalam Perlembagaan Persekutuan terus diungkit dan dicabar oleh segelintir pemimpin politik minoriti hingga menyebabkan Pribumi hilang sabar dan perpaduan negara jadi lumpuh.

“Saya tidak mahu ini berlaku. Saya mahu Malaysia terus aman damai. Saya mahu perpaduan negara ini kukuh dan terus dipelihara oleh semua pihak,” kata Ibrahim.

Tapi, kalau segelintir pemimpin minoriti di negara ini - dalam komponen Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya - tidak berhenti mempertikai dan mencabar empat peruntukan asas dalam Perlembagan Persekutuan ini, kata Ibrahim lagi, “demokrasi di Malaysia akan sampai ke penghujungnya.”

Seterusnya, Ibrahim meminta pihak terbabit supaya memberhentikan provokasi mereka terhadap perkara-perkara teras dalam Perlembagaan Persekutuan ini “jika tidak mahu demokrasi di negara ini sampai ke penghujungnya.”

“Jika mereka terus mencabar seluruh perkara ini, tidak mustahil tindakan mereka menjejaskan keamanan yang dikecapi oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Mereka juga harus sedar bahawa teras keamanan negara ini juga bertunjangkan kepada kesejahteraan orang Melayu dan Pribumi.

"Jika hak Melayu dan Pribumi terancam, tidak mustahil demokrasi yang banyak memberi kemakmuran kepada seluruh penduduk Malaysia akan tercabar,” kata Ibrahim.

Antara perkara lain yang dihuraikan oleh Ibrahim di majlis berkenaan adalah soal sebuah kerajaan negeri memberikan tanah kepada penduduk kampung baru dan kampung tersusus selama 999 tahun, isu penggunaan pelbagai bahasa di papan tanda jalan di Pulau Pinang, tindakan segelintir pemimpin komponen BN yang baru-baru ini mempersoalkan status Melayu dan Pribumi, usaha segelintir pihak mempersoalkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, serta usaha sesetengah pertubuhan memperlekehkan kemuliaan Islam menerusi soal-soal murtad dan sebagainya.

Ibrahim membuat kenyataan di atas di khalayak ramai buat pertama kalinya. Kenyataan itu mencerminkan tahap kesabaran beliau dan PERKASA kepada pelbagai polemik, kenyataan serta tindakan segelintir pemimpin minoriti di negara ini sekarang terhadap pelbagai fasal teras yang termaktub Perlrembagaan Persekutuan. – Ruhanie Ahmad

AL-FATEHAH

Saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga diRaja dan rakyat Negeri Sembilan atas kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam. Al-Fatehah

Friday, December 26, 2008

CADANGAN PENSWASTAAN IJN PERLU DILUPAKAN SAJA

Abdul Rahman Sulaiman

SECARA umumnya, bagi kebanyakan warga emas, terutama pesara, ada beberapa keutamaan yang menjadi fokus kehidupan harian mereka dalam meniti saki baki usia yang masih tinggal.

Antaranya ialah kesihatan diri, kebajikan keluarga bagi yang masih mempunyai keluarga dan hubungan yang diperbaharui dengan Pencipta, walaupun senarai keutamaan itu tidak semestinya dalam bentuk demikian.

Ini tidak pula bermakna golongan yang lebih muda tidak mengutamakan perkara yang disebutkan. Bezanya cuma orang yang berusia, mungkin lebih perhatian terhadap isu berkaitan kesihatan, keluarga dan kerohanian berbanding orang muda.

Sebab itu bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila keputusan kerajaan untuk menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) yang dibuat dengan tidak semena-mena, mendapat tentangan yang boleh disifatkan di luar jangkaan daripada pelbagai kalangan, terutama golongan pesara.

Adalah jelas bahawa berdasarkan kepada laporan media, cakap-cakap di kedai kopi, mesej yang diterima menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan ulasan melalui pelbagai blog, persetujuan kerajaan - walaupun hanya pada dasarnya dan belum dimuktamadkan - untuk membenarkan konglomerat Sime Darby Bhd mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam satu-satunya hospital jantung milik kerajaan itu ditentang sekeras-kerasnya sehingga ada yang menyifatkan tentangan itu lebih berbentuk emosional daripada kewajaran.

Walaupun kerajaan sebagai pemilik dan Sime Darby selaku pembida masing-masing memberi jaminan bahawa tanggungjawab sosial hospital yang ditubuhkan 16 tahun lalu atas ilham bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu, akan diteruskan walau apa pun statusnya selepas ini, rakyat tidak mudah menerima jaminan berkenaan.

Mereka pantas menuding jari kepada pelbagai entiti kerajaan atau agensi milik kerajaan yang diswastakan sebelum ini seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan lain-lain yang menaikkan caj masing-masing dengan menggunakan pelbagai alasan.

Berdasarkan kepada pengalaman ini, mereka bimbang IJN yang selama ini tempat bergantung harap kepada golongan berpendapatan rendah, pesara kerajaan atau rakyat miskin yang mengidap masalah jantung atau penyakit berkaitan akan bertukar sifat daripada sebuah hospital pakar yang profesional, cekap dan bertimbang rasa kepada gergasi komersial yang terlalu mementingkan keuntungan.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa jika cadangan penswastaan ini diteruskan, kerajaan akan menghadapi risiko politik yang lebih berat, terutama pada saat imejnya yang belum pulih selepas mengalami prestasi terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lalu.

Lihat saja apa kata bekas seorang menteri dalam mesejnya menerusi SMS yang diterima: "Saya cadangkan supaya IJN dikekalkan di bawah kerajaan, tetapi skim gaji doktor hendaklah tidak mengikut gaji kerajaan. Jika gajinya sama, doktor yang baik akan lari ke swasta."

[Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama] Baca artikel beliau sepenuhnya di:

Tuesday, December 23, 2008

PEMUDA BN AKAN HURAIKAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA?

Di bawah ini saya siarkan satu item berita Bernama 20 Disember 2008 mengenai Pemuda Barisan Nasional (BN) bercadang membentangkan kertas kerja bertajuk Satu Malaysia pada Konvensyen BN pada Februari 2009. Antara kandungan berita berkenaan yang dikatakan bertujuan “mengemukakan pendekatan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia” adalah seperti berikut:

PEMUDA BN BENTANG KERTAS KERJA 'SATU MALAYSIA' FEBRUARI DEPAN

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) akan membentangkan kertas kerja bertajuk 'Satu Malaysia' pada Konvensyen Barisan Nasional Februari depan, yang akan mengemukakan pendekatan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda BN tidak mahu konvensyen itu menjadi "superficial" semata-mata, sebaliknya kertas kerja yang akan dibentangkan Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong itu akan mengandungi cadangan yang melibatkan perubahan dalam dasar kerajaan.

"Isu kritikal ialah bagaimana kita nak uruskan hubungan antara kaum dan mencari jalan untuk meredakan keadaan, kerana sejak kebelakangan ini banyak pihak telah menyuarakan isu yang menyentuh perasaan kaum-kaum tertentu," katanya. - BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=379534

Saya yakin usaha di atas baik untuk BN. Tetapi, kerana berita di atas juga mengatakan bahawa kertas kerja terbabit “akan mengandungi cadangan yang melibatkan perubahan dalam dasar kerajaan”, eloklah Pemuda BN menjelaskan konsep Satu Malaysia ini dengan lebih terperinci.

Pre-emtif

Ini akan mencegah apa jua usaha oleh mana-mana pihak sekalipun, untuk mempakejkan semula konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew (LKY), sewaktu Singapura berada dalam Malaysia, dan kemdiannya oleh DAP, selepas Singapura terkeluar daripada Malaysia.

Sebagai usaha pre-emtif terhadap kemungkinan di atas, saya paparkan di sini sebahagian tulisan saya mengenai Malaysian Malaysia seperti berikut:

Setelah Singapura diusir keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, Setiausaha Agung PAP atau PETIR, merangkap Perdana Menteri Singapura ketika itu, LKY, membuat kenyataan bahawa konsep Malaysian Malaysia akan terus diperjuangkan oleh penyokong-penyokong partinya di Malaysia.

Kenyataan LKY ini memberikan mesej, walaupun PAP sudah terkeluar dari Malaysia, konsep Malaysian Malaysia dikatakan akan diteruskan oleh DAP. Hakikat ini diperjelaskan oleh Dewan Masyarakat Februari 1975, seperti berikut:

Sebenarnya, pemisahan Singapura dari Malaysia sama sekali tidak menamatkan kempen Malaysian Malaysia. DAP yang lahir sebagai “anak PAP” hasil daripada pemisahan itu terus memperjuangkan matlamat PAP itu.

Alex Josey

Oleh itu, apakah yang dikatakan konsep Malaysian Malaysia? Salleh Yusof dalam Utusan Melayu 8 Ogos 1965, menyatakan bahawa Malaysian Malaysia adalah konsep perjuangan untuk menghapuskan hak-hak istimewa Melayu – walaupun PAP setuju dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia tidak setuju cara pelaksanaannya.

Tetapi, siapakah yang sebenarnya mengilhamkan konsep tersebut? LKY atau Alex Josey, wartawan Yahudi yang menjadi penasihat politik LKY?

Menurut Ong Eng Guan, Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Singapura, konsep Malaysian Malaysia dicipta oleh LKY selepas beberapa bulan kembali dari satu lawatan ke Australia dan New Zealand dalam tahun 1965. Apakah motif kenyataan Eng Guan itu? Adakah beliau cuba menyampaikan mesej bahawa konsep Malaysian Malaysia sebenarnya ilham Alex Josey? Kalau bukan demikian niatnya, mengapakah beliau secara sukarela menyatakan bahawa Alex Josey pernah bekerja di Palestin dan mempunyai pengalaman yang luas untuk “memecah-belahkan bangsa-bangsa di sana? Dan, akibatnya, Palestin kini terbahagi dua – Israel dan Jordan?

Setelah membaca tulisan mengenai Malaysia Malaysia yang dipetik daripada sebuah buku saya yang dalam proses akhir penulisannya, seperti di atas, saya sangat-sangat berharap apa yang dikatakan oleh Pemuda BN sebagai Satu Malaysia bukanlah Malaysian Malaysia.

Tetapi jika konsep Satu Malaysia ini mempunyai persamaan dengan konsep Malaysian Malaysia, eloklah Pemuda BN berterus terang dan rasionalkan mengapakah konsep seperti ini wajar diketengah dan diperjuangkan oleh mereka. – Ruhanie Ahmad

Sunday, December 21, 2008

NYAWA DAN DARAH MELAYU MEMBUKTIKAN CHIN PENG BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN

Ruhanie Ahmad

Sejarah negara kita sedang dipersendakan ke peringkat paling maksimum. Mana boleh ketua Partai Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng digelar pejuang kemerdekaan?

Saya kenali Chin Peng menerusi namanya sejak saya kecil di Kampung Separap, Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor. Ayah, Ibu dan guru-guru saya sering menceritakan hal Chin Peng dan PKM kepada saya. Dari cerita-cerita mereka, saya insaf bahawa Chin Peng adalah pengganas yang perlu disula.

Kata Ibu saya, di kampung saya sendiri masih wujud bukti keganasan PKM pada tahun 1945. Di kampung saya banyak rumah dibakar secara rambang. Di kampung saya ada sekeluarga Melayu di kuburkan hidup-hidup dan beramai-ramai oleh pengganas PKM. Di kampung saya ada orang yang di sula dan digantungkan ke pohon pedada di pinggir Sungai Simpang Kiri.

Di suatu kampung yang kira-kira empat kilometer dari kampung saya, terdapat sejarah penduduknya di humbankan ke dalam minyak yang menggelegak dalam kawah gergasi. Mereka mati bagaikan katak.

Di satu lagi kampung pendalaman kira-kira enam kilometer dari kampung saya, sebuah surau pernah dijadikan pusat pengganas Bintang Tiga (PKM) untuk berpesta meminum arak dan menikmati juadah khinzir panggang. Di situ juga sekumpulan perawan Melayu pernah dirogol dan diperkosa oleh gerombolan pengganas yang sama.

Berikutan seluruh peristiwa di atas, bangkitlah angkatan pemuda parang panjang pimpinan Allahyarham Kiayai Salleh. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai Pejuang Selempang Merah. Mereka bertindak dan berjuang semata-mata untuk memansuhkan kezaliman PKM. Mereka adalah pahlawan yang tidak pernah didendang. Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanahair.

Saya belum pernah berterus-terang sebegini menerusi tulisan di blog ini sebelum ini kerana khuatir dituduh sebagai mengapi-apikan semangat perkauman. Tetapi, saya pernah suarakan kisah di atas di Dewan Rakyat sehingga membuatkan pihak DAP senyap dan tergamam.

Oleh itu, tanpa apologi kepada sesiapa, hari ini saya katakan bahawa saya hilang sabar bila ada individu mengatakan pejuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng. Pastinya luahan suara bangkangan saya ini disetujui oleh penduduk di sekitar Pagoh, Bukit Pasir dan Bukit Kepong, Muar, yang terdapat waris-waris mereka dibunuh oleh PKM yang zalim. Pastinya orang Pontian juga turut menyimpan kisah seperti ini dalam lipatan sejarah keluarga masing-masing.

Begitu juga dengan masyarakat Melayu di Bahau, Negeri Sembilan; di Sekinchan, Selangor; dan di Sungai Manik, Perak. Mereka juga mempunyai sejarah keganasan PKM yang hampir serupa bentuk dan kisahnya.

Beribu-ribu keluarga bekas Polis Khas atau Special Constable (SC), Polis biasa dan Askar Melayu juga pastinya amat arif akan kezaliman PKM. Beratus-ratus ayah, pakcik, dan anggota keluarga mereka di bunuh anggota PKM sewaktu mempertahankan tanahair di zaman darurat.

Waris-waris askar Melayu yang hilang kaki, hilang tangan dan hilang nyawa akibat bom dan jerangkap samar PKM di Lembah Gubir pun pastinya mengakui bahawa Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan negara.

Cukuplah setakat ini curahan rasa bangkangan saya terhadap individu yang sedang mempersendakan sejarah perjuangan bangsa kita memerdekakan negara.

Saya harap pihak berkuasa akan segera bersuara dan bertindak untuk membetulkan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya.

FARID PILIHAN BN ATAU PILIHAN MENANTU LELAKI ABDULLAH?

Tahniah kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang diumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari 2009.

Di bawah ini adalah sedutan berita Utusan Malysia mengenai pengumuman berkenaan:

Satu: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin UMNO yang terlibat dalam jentera PRK Kuala Terengganu supaya memberi keutamaan terhadap kerja mereka untuk memastikan kemenangan calon BN.

Dua: Farid berikrar akan memastikan kemenangan parti itu dalam PRK pada 17 Januari 2009.

Tiga: Pemilihan Farid sebagai calon BN dibuat berdasarkan sokongan penuh yang beliau terima daripada semua pihak.

Empat: Pemimpin-pemimpin parti komponen BN menyifatkan pemilihan Farid sebagai keputusan tepat.

Lima: PRK Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17 Januari 2009 dijangka menyaksikan pertarungan lima penjuru. Selain bakal menemukan dua musuh tradisi iaitu BN dan Pas, pilihan raya berkenaan juga diramal turut disertai oleh dua calon Bebas dan seorang calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Enam: Pas telah menentukan calon yang akan bertanding pada PRK Parlimen Kuala Terengganu, tetapi hanya akan mengumumkannya pada 1 Januari 2009.

Tujuh: Sebanyak 80,229 pengundi berdaftar meliputi 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pengundi pos akan membuang undi pada PRK Parlimen P.036 Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, di sebalik seluruh berita rasmi di atas, tersebar juga soalan-soalan secara tidak rasmi. Soalan paling popular ialah: Benarkah Farid pilihan tepat oleh BN? Mustahilkah Farid merupakan pilihan terbaik oleh menantu lelaki Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi?

Saya percaya semua orang tahu mengapakah soalan di atas dikemukakan. Tapi, saya harap menantu lelaki Abdullah tidak pula menuntut bukti di mana, oleh siapa, dan bilakah soalan ini ditimbulkan! – Ruhanie Ahmad

Saturday, December 20, 2008

MASALAH KETEGANGAN KAUM ATAU MASALAH SEGELINTIR INDIVIDU DARI SESETENGAH KAUM YANG CELUPAR DAN KURANG AJAR?


Ruhanie Ahmad

Pada 17 Disember 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik oleh pelbagai media perdana tanahair sebagai berkata bahawa misi terakhirnya sebagai Perdana Menteri “adalah untuk meredakan ketegangan kaum dan agama di negara pelbagai etnik ini.”

Abdullah juga berkata bahawa beliau sedang memikirkan cara untuk mengawal isu hubungan kaum dan ketegangan agama di Malaysia.

Kenyataan Abdullah ini mencerminkan keprihatinannya terhadap kerukunan, kemuafakatan dan keharmonian hidup rakyat Malaysia yang multi-entik, agama dan budaya serta taraf ekonomi mereka yang berbeza-beza.

Tetapi, akan tertunaikah hasrat murni Abdullah ini dalam tempoh tiga bulan daripada sekarang? Persoalannya begitu kerana masalah ketegangan kaum tidak boleh diselesaikan secara terburu-buru, secara adhok dan secara jangka pendek. Ia memerlukan satu pendekatan yang teliti, berhemah, komprehensif dan jangka panjang.

Tetapi, jika masalah yang dimaksudkan oleh Abdullah bukannya ketegangan kaum, tetapi masalah segelintir manusia daripada sesetengah kaum tertentu yang celupar, biadab, terlanjur dan kurang ajar, mungkin juga Abdullah mampu menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.

Keceluparan

Jadi, benarkah Malaysia sedang dilanda masalah ketegangan kaum? Bukankah negara ini sedang digugat oleh kesan kebiadapan, keceluparan, kekurangajaran dan keterlanjuran segelintir individu daripada sesetengah kaum tertentu yang berusaha memulihkan wadah serta imej politik masing-masing? Dan, bukankah segolongan daripada individu ini merupakan pemimpin dalam parti komponen Barisan Nasional (BN)?

Pada waktu yang sama, bukankah kebiadapan, keceluparan, kekurangajaran dan keterlanjuran ini juga wujud di kalangan segelintir pemimpin parti-parti tertentu yang kini menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor?

Mengambilkira perkembangan-perkembangan di atas, bukankah kedua-duanya terjadi kerana kerajaan pimpinan Abdullah adalah lemah, BN sedang bersengketa, UMNO yang jadi induk BN pula sedang dilanda masalah kepimpinan serta ghairah dengan pesta rebutan jawatan?

Jadi, mustahilkah kedua-dua perkembangan di atas terjadi jika kerajaan, BN dan UMNO tidak dilanda krisis keyakinan dan krisis kepimpinan? Dan, bukankah kedua-dua krisis ini juga yang sebenarnya menyebabkan pihak kerajaan, BN dan UMNO seolah-olah gagal bertindak secara ofensif, pre-emtif, berkesan, berhemah dan bijaksana terhadap pihak-pihak yang celupar, kurang ajar, terlanjur dan biadab?

Jika Abdullah sanggup memberikan jawapan ikhlas dan jujur kepada seluruh soalan di atas, saya yakin beliau mampu menyelesaikan masalah anggota sesetengah kaum tertentu yang kini celupar, kurang ajar, terlanjur dan biadab. Masalah yang dicetuskan oleh individu yang berada dalam BN ini wajar ditangani dan diselesaikan menerusi mekanisme dalaman BN sendiri.

Sarkas Media

Dayausaha ini boleh dilaksanakan dengan segera jika Abdullah sedia untuk berbuat demikian. Syaratnya, lakukanlah secara tegas, ikhlas, tertutup dan tanpa sebarang proses sarkas media yang akan membuka ruang untuk perang mulut dan polemik sehingga mengeruhkan suasana dan menyebabkan banyak pihak terkeliru terhadap soal yang pokok dan isu sampingannya.

Dalam konteks ini, hakikat kesetiakawanan BN perlu dititikberatkan. Setiap komponen BN mesti kembali kepada kemuafakatan perjuangan.

Sebarang usaha komponen BN untuk memenangi semula pengaruh yang terhakis dalam PRU12 wajar dilakukan secara pintar.

Bukannya menerusi pendekatan popular seperti mengungkit-ungkit isu yang memprovokasikan sensitiviti orang Melayu, memperlekehkan pelbagai Fasal yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menodai Rukunegara.

Sesiapa jua yang engkar kepada pra-syarat di atas mestilah diadili secara tegas dan pantas oleh parti masing-masing. Jika mereka terus tidak peduli akan impak negatif daripada karenah mereka sendiri, individu-individu terbabit wajar dipertimbangkan untuk dipecat keahliannya daripada parti.

Singkirkan

Pandangan saya di atas adalah pandangan anggota masyarakat akar umbi. Kepada saya, mana-mana individu yang kini kurang ajar, biadab, celupar dan terlanjur sehingga boleh mencetuskan keresahan kaum dan perpaduan nasional adalah kelompok kadok naik junjung, kacang lupakan kulit, pelukut di tepi gantang, penangguk di air keroh atau gunting dalam lipatan.

Jika kelompok ini berkeras dan enggan diinsafkan untuk kembali kepada matlamat peaceful co-existence sesama rakyat yang multi-entik di negara ini, kelompok ini wajar disingkirkan daripada parti masing-masing buat selama-lamanya. Ketegasan seperti ini boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua pihak di hari muka.

Pihak-pihak yang berada di luar BN pula wajar ditangani secara berhemah, bijaksana, terancang, co-ordinated dan berkesan menerusi gabungan dan penyatuan iltizam politik yang jitu di kalangan seluruh komponen BN di negeri-negeri terbabit.

Buktikan kepada kelompok ini bahawa BN masih merupakan satu force yang jitu dan berwibawa. Buktikan kepada mereka bahawa BN sentiasa prihatin kepada perpaduan dan keharmonian hidup bersama di antara seluruh rupa bangsa di Malaysia. Buktikan kepada mereka, apa yang mereka lakukan ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia yang cintakan damai dan masa depan yang selamat dan makmur.

Falsafah

Dalam konteks ini, hayatilah falsafah dan maksud kata-kata bersatu teguh, bercerai roboh. Pastinya penghayatan dan kefahaman ini akan mencetuskan kekuatan yang tulen dan abadi. Ketulenan dan keabadian ini pula akan digeruni oleh pihak terbabit sehingga mereka tidak ada pilihan lain tetapi tunduk kepada tuntutan nasional yang menyanjung perpaduan negara pada setiap masa.

Semoga Abdullah dapat memainkan peranan menggemblengkan tenaga serta memperkasakan semula BN dengan seberapa segera. Moga-moga beliau juga akan memberikan kepimpinan yang tegas kepada seluruh komponen BN yang dituntut mendisiplinkan anggota masing-masing yang celupar, kurang ajar, biadab dan terlanjur dengan seberapa segera.

Akhir sekali, Abdullah perlulah perbetulkan seluruh kesilapan dan kelemahan beliau selama ini yang kebelakangan ini menyebabkan orang Melayu rasa dianak-tirikan oleh kerajaan.

Oleh itu, tak payahlah susah-susah kerajaan nak wujudkan undang-undang untuk menyelesaikan soal pergeseran serta keresahan rakyat jelata Malaysia. Apa yang diperlukan adalah keikhlasan, kebijaksanaan, ketegasan dan keberanian Abdullah untuk memberikan kepimpinan sewajarnya walaupun hanya mempunyai kira-kira tiga bulan sahaja sebelum bersara.

Tuesday, December 16, 2008

SIAPAKAH CALON TIMBALAN PRESIDEN UMNO YANG TERLIBAT DENGAN POLITIK WANG?

Hari ini saya terbaca sebuah kisah panas mengenai rasuah politik dalam satu blog yang dipaparkan oleh Penggabung Suara.

Blog yang dimaksudkan adalah Politica. Blog ini mendakwa, kononnya kini BPR menerima hampir 400 laporan mengenai rasuah yang membabitkan salah seorang calon Timbalan Presiden UMNO.

Kata Politica, BPR memang mahu menyiasat laporan-laporan berkenaan. Bagaimanapun, BPR dikatakan dihalang oleh seorang individu tertentu daripada meneruskan siasatannya.

Siapakah calon yang terbabit, siapakah individu tertentu yang dikatakan menghalang siasatan, dan adakah dakwaan ini benar? Bacalah kisah seterusnya di alamat: http://politica-net.blogspot.com/. - Ruhanie Ahmad

MESEJ KEPADA ABDULLAH: RAKYAT JB MAHUKAN JAMBATAN GANTI TAMBAK JOHOR

Rakyat Johor Bahru mahukan sebuah jambatan baru dibina menggantikan Tambak Johor yang sentiasa penuh sesak. Demikianlah intipati sebuah laporan Bernama yang disiarkan oleh Utusan On-line hari ini. Berita ini perlu dikaji sehalus-halusnya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana beliaulah yang membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok di Johor Bahru pada 12 April 2006.
Sila baca tulisan sepenuhnya di:

SIRI AKHIR: PRK KUALA TERENGGANU: JONG PECAH, YU KENYANG, MUNGKINKAH RIBUT BERHENTI MELANDA?


Ruhanie Ahmad

Di samping soal-soal kedudukan UMNO dan calon yang akan dipertandingkan dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu yang dihuraikan dalam siri satu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu insaf bahawa BN yang memenangi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU12 adalah BN yang tidak menghadapi konflik terbuka dengan MCA dan Gerakan. Sebaliknya, BN yang akan mengendalikan PRK Kuala Terenggani kali ini adalah BN yang sedang berkocak dengan ribut dalam cawan yang ditimbulkan oleh MCA dan Gerakan.

Sekali lagi, adakah Abdullah lupa akan hakikat ini bila beliau menyatakan bahawa “kita telah menang dulu dan saya tidak melihat kenapa kita tidak boleh menang sekali lagi.”

Bukankah benar bahawa jumlah pengundi keturunan Cina dalam Parlimen Kuala Terengganu adalah yang terbesar di negeri itu?

Jadi, apakah ribut dalam cawan BN ini akan menjejaskan prestasi BN dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu? Dan, apakah pula corak undi pengundi Cina dalam PRK ini?

Oleh itu, sudahkah Abdullah membuat kajian “kekuatan dan kelemahan” BN dalam konstituensi Parlimen Kuala Terengganu sebelum beliau berkata seperti di atas? Adakah wajar membuat kenyataan yang optimis seperti itu tanpa mengambil kira masalah kesetiakawanan di kalangan komponen BN mutakhir ini?

Buat ketika ini BN masih mempunyai masa untuk mengkaji seluruh faktor di atas bagi memastikan kemenangannya dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu kira-kira sebulan dari sekarang.

Ini kerana faktor calon, kekuatan UMNO serta kesetiakawanan BN mutakhir adalah kritikal kepada kemenangannya kali ini.

Pada waktu yang sama, pastikanlah tidak akan wujud banyak sangat “kepala” untuk mengendalikan PRK berkenaan. Jika Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya, berilah beliau mandat sepenuh-penuhnya.

Pihak Perhubungan UMNO Terengganu wajar mengiktiraf mandat ini. Dan, janganlah ulangi gelagat di Permatang Pauh di mana wujud pula pihak yang bertindak membelakangi Najib kerana kononnya dia orang kepercayaan Abdullah.

Pada ketika ini Najib kelihatan bertindak atas landasan psikologi yang betul. Beliau mengajak seluruh jentera BN berusaha memastikan kemenangan BN dalam PRK ini semata-mata kerana kejayaan BN “merupakan titik permulaan kebangkitan UMNO dan BN” selepas kekalahan dalam PRK Parlimen Permatang Pauh dan sesudah keputusan PRU12 menyaksikan Kerajaan Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor jatuh ke tangan PR.

Kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, bahawa kemenangan BN dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu “bakal menjadi hadiah paling istimewa” kepada Abdullah dan Najib tidaklah wajar diulangi.

Kenyataan seperti ini negatif kesannya. Kepimpinan Abdullah yang terbukti sudah disanggah menerusi PRU12 tidak wajar dijadikan poendorong utama untuk memenangi PRK Parlimen Kuala Terengganu. Kepimpinan Najib yang hanya bermula Mac 2009 juga tidak wajar diperbesar-besarkan.

Ini kerana soal pokoknya di sini bukannya Abdullah atau Najib. Soal pokoknya adalah kelangsungan atau survival BN di masa depan di mana PRK Parlimen Kuala Terengganu akan jadi indikator awalnya.

Jadi, oleh kerana PRK ini berlaku sewaktu pelbagai pihak berkempen memenangi jawatan-jawatan tinggi UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009, jangan sekali-kali diizinkan PRK ini dicorak dan diwarnai oleh karenah serta gelagat peribadi pihak-pihak terbabit sehingga matlamat memenangi PRK ini jadi agenda kedua.

Seterusnya, BN tidak seharusnya membesar-besarkan soal peruntukan pembangunan yang akan dibawa ke Terengganu di hari muka.

Contohnya, kini berpuluh billion wang ringgit dijanjikan akan dicurahkan ke Terengganu. Terbaru sekali adalah pengumuman pada 13 Disember 2008, bahawa Kerajaan Persekutuan pada prinsipnya meluluskan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) untuk mengendalikan pelaburan wang royalti minyak di Terengganu dengan dana permulaan bernilai RM10 bilion.

Menurut Najib, penubuhan TIA yang merupakan cadangan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, sudah pun dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan Jumaat lalu.

Penubuhan TIA pastinya dialu-alukan oleh seluruh rakyat jelata Terengganu. Ia melambangkan keprihatinan Tuanku Mizan selaku Yang di-pertuan Agong dan Sultan Terengganu yang amat berjiwa rakyat.

Bagaimanapun, jika TIA dijadikan bahan kempen yang berlebih-lebihan, adalah dikhuatirinya ianya akan jadi “blowback” atau senjata makan tuan kepada BN.

Ini kerana BN pastinya tidak mahu menabur berjuta-juta janji membabitkan wang ringgit. BN juga pasti tidak bercadang untuk berjuang seperti kata pepatah Melayu, jong pecah, yu kenyang, tetapi ribut akan terus melanda sehingga mungkin menyebabkan BN karam dan lemas dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Kepada seluruh jentera BN, insafilah bahawa kemenangan PRK Parlimen Kuala Terengganu membabitkan soal hidup dan matinya BN dalam PRU13. Selamat berjuang kepada anda untuk memenangi PRK ini dengan cemerlang!

Monday, December 15, 2008

ADA YANG TAK KENA MENGENAI SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN?

http://puteramalaysia.blogspot.com

SIRI SATU: PRK KUALA TERENGGANU: JONG PECAH, YU KENYANG, MUNGKINKAH RIBUT BERHENTI MELANDA?

Ruhanie Ahmad

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 amat signifiken kepada seluruh parti yang bertanding - sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PKR). Ini kerana PRK tersebut akan jadi indikator kepada kekuatan kedua-dua pihak 10 bulan setelah berlalunya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

Menerusi PRK Parlimen Kuala Terengganu, BN berusaha membuktikan relevensinya sebagai parti pemerintah. BN juga mencari kepastian sama ada kesetiakawanan di kalangan komponennya - terutama sekali MCA dan Gerakan - masih kukuh dan abadi, walaupun kedua-dua komponen ini menyebabkan BN dilanda ribut dalam cawan hingga ke hari ini.

PR pula mencari indikasi sama ada ia masih menerima sokongan rakyat setelah melakukan pelbagai tindakan yang melukakan hati sebilangan besar orang Melayu di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan di seluruh negara.

Lantaran itu, PRK Parlimen Kuala Terengganu yang membuka tirai siasah Malaysia bagi tahun 2009, adalah satu-satunya PRK yang tidak boleh dipandang enteng atau disambil-lewakan oleh semua pihak.

Lantaran itu juga, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak berkata bahawa BN akan berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRK pada 17 Januari 2009, semata-mata berdasarkan rekod kemenangannya dalam PRU12 dan kerana “UMNO semakin kuat berbanding sebelum ini.”

Kenyataan seperti ini sudah pun disuarakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kemanan pada 2 Disember 2008, seperti berikut:

KEMAMAN 2 Dis. - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti berdasarkan kejayaan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lepas.

Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tiada sebab untuk BN dan UMNO tewas pada pilihan raya itu nanti memandangkan UMNO semakin kuat berbanding sebelum ini.

Beliau percaya UMNO mempunyai undi yang mencukupi untuk membolehkan calon parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

"Kita telah menang dulu dan saya tidak melihat kenapa kita tidak boleh menang sekali lagi," ujarnya.

Pandangan optimis Abdullah seperti di atas pastinya disuarakan untuk menyemarakkan semangat juang BN. Jika itu niatnya, adalah dikhuatiri kenyataan itu akan memberikan isyarat yang salah kepada jentera BN seluruhnya.

Abdullah perlu jujur kepada realiti semasa. BN Terengganu yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU12 adalah BN dipimpin oleh Datuk Seri Idris Jusoh. BN Terengganu yang akan menghadapi PRK kali ini di bawah pimpinan Datuk Ahmad Said.

Perubahan Menteri Besar Terengganu sesudah PRU12 pada Mac 2008, tidak boleh dinafikan telah menyebabkan segolongan orang UMNO terguris hati dan memendam rasa. Tidakkah Abdullah mengambil faktor ini sewaktu menyatakan optimisme di atas?

Oleh itu, calon yang akan dipertandingkan dalam PRK Kuala Terengganu mestilah individu yang boleh menandingi wibawa Allahyarham Datuk Razali Ismail, Ahli Parlimen kawasan itu yang kembali ke rahmatullah pada 28 November 2008.

Calon itu juga mestilah diterima baik oleh pengundi setempat serta mampu memikat sokongan sebilangan besar orang UMNO kelompok Idris dan Admad. Calon itu juga sewajarnya disenangi oleh majoriti pengundi Cina.

Lantas, pertimbangkanlah semasak-masaknya, siapakah calon tersebut. Mungkinkah beliau Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang kini Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pernah jadi Setiausaha Poliitik kepada Abdullah?

Mungkinkah calon itu Bendahari UMNO Terengganu, Datuk Roslan Awang Chik; bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Che Mat Jusoh; atau Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Sabri Alwi?

Atau, mungkinkah calon itu adalah Zuber Embong, yang tidak aktif dalam politik, tetapi kini merupakan Ketua Sektor (Akademik) Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu? – [bersambung dalam siri dua]

Wednesday, December 10, 2008

TEROR DI MUMBAI ADALAH OPERASI BENDERA PALSU PERISIKAN INDIA?

Pada Sabtu 29 November 2008, saya siarkan satu tulisan di blog ini mengenai peristiwa keganasan berdarah Mumbai, India, pada malam 26 November 2008, yang menyebabkan 164 orang terbunuh dan lebih 300 lagi cedera parah.

Di akhir tulisan itu saya persoalkan sama ada keganasan di Mumbai adalah synthetic terror atau keganasan yang dilaksanakan secara operasi bendera palsu - atau secara baling batu sembunyi tangan - semata-mata untuk membolehkan sesuatu kuasa besar tertentu membuka lawang keempat Peperangan Antikeganasan (PAG) di benua Asia, khususnya di rantau Asia Selatan yang merangkumi India dan Pakistan.

Saya mempersoalkan demikian kerana seluruh episod PAG - mulai Oktober 2001 di Afghanistan (AsiaTengah), mulai Januari 2002 di Asia Tenggara, dan mulai Mac 2003 di Iraq (Asia Barat) - adalah siri peperangan nuklear yang tidak direstui oleh PBB, semberono, pre-emtif dan berasaskan pembohongan serta kepalsuan.

Pembohongan dan kepalsuan ini sengaja dirancang, direka dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi perkakas propaganda – media cetak, media elektronk dan media digital – yang dikuasai oleh puak zionis.

Propaganda yang bertubi-tubi ini digunakan sebagai topeng kepada operasi bendera palsu yang dilaksanakan atau ditaja oleh kuasa-kuasa tertentu dunia.

Propaganda ini juga kini menyebabkan sebilangan komuniti dunia terkeliru lantas meyakini bahawa PAG memang benar-benar angkara teroris Islam antarabangsa.

Hakikatnya, PAG adalah angkara beberapa badan perisikan antarabangsa, termasuklah CIA (Amerika Syarikat), MI6 (Britain) dan Mossad (Israel).

PAG di Afghanistan kononnya untuk menghancurkan al-Qaeda yang dituduh tanpa bukti sebagai pihak bertanggungjawab meruntuhkan WTC di New York dan Ibupejabat Pentagon di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001.

Hingga ke hari ini, al-Qaeda masih belum dimusnahkan, Osama ben Laden masih belum ditawan. Tetapi, Afghanistan dibom, musnah ranah, ramai rakyatnya terkorban, yang hidup pula diancam radiasi nuklear, AS serta sekutunya juga terus hadir di negara berkenaan.

PAG di Iraq kononnya untuk memusnahkan Saddam Hussein yang didakwa sebagai membina senjata pemusnah (WMD) yang mengancam komuniti dunia.

Hakikatnya, WMD langsung tidak ditemui di Iraq. Tetapi, negara itu dijajah, dimusnah, jadi kacau-bilau dan Saddam Hussein pula sudah dihukuman gantung sampai mati.

Sebuah agensi perisikan Australia dan agensi perisikan daripada sebuah negara ASEAN yang amat intim dengan puak zionis pula dipercayai terbabit dalam siri keganasan secara operasi baling batu sembunyi tangan di Asia Tenggara.

Menerusi operasi ini, termasuklah siri pengeboman di Indonesia, pihak yang fitnahkan sebagai pengangkaranya adalah Jemaah Islamiah (JI) di Indonesia, Barisan Bertindak Kebangsaan Moro (MNLF) di selatan Filipina dan Organisasi Pembebasan Pattani (PULO) di selatan Thailand.

Di Mumbai baru-baru ini, sekumpulan teroris Islam yang kononnya dikenali sebagai Deccan Mujahidin dan Lashkar-e-Taiba yang didakwa berpangkalan di Pakistan, telah difitnahkan sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan keganasan berkenaan.

Fitnah ini dipercayai disengajakan untuk membolehkan sebuah kuasa besar tertentu memerangi Pakistan atas alasan kononnya negara Islam itu melindungi teroris Islam antarabangsa.

Laporan terbaru oleh Associated Press (AP) Sabtu lalu mendedahkan hakikat ini. Agensi berita itu dipetik sebagai melaporkan bahawa seorang agen bernama Mukhtar Ahmed, yang bekerja bagi pihak Polis India di Kashmir, telah ditangkap.

Mukhtar didapati sebagai pihak yang membekalkan sim card telefon bimbit kepada Lashkar-e-Taiba yang dituduh terbabit dengan keganasan di Mumbai.

Penangkapan ini membuktikan bahawa agensi perisikan India yang sudah menyusupi Lashkar-e-Taiba adalah pihak yang menguasai pelaksanaan keganasan di Mumbai.

Kurt Nimmo daripada Prison Planet.com menulis bahawa tindakan perisikan India melaksanakan sesuatu operasi baling batu sembunyi tangan untuk difitnahkan kepada Pakistan serta beberapa organisasi yang kononnya teroris Islam antarabangsa, adalah perkara biasa.

Tulisan Nimmo disiarkan oleh portal berita http://www.thetruthseeker.co.uk/. Bacalah sendiri untuk mengikuti kisah selanjutnya.

Saya menghuraikan perkara di atas secara ringkas kerana baru-baru ini negara kita juga cuba dikaitkan dengan keganasan yang terjadi di Mumbai.

Kita semua tahu itu adalah fitnah. Sesudah tragedi 11 September pun Malaysia difitnahkan sebagai salah satu lokasi yang digunakan oleh segelintir pihak yang kononnya meruntuhkan WTC di AS.

Kita wajar berwaspada. Kita juga mesti bertegas mematahkan fitnah seperti ini. Ini kerana fitnah, pembohongan dan kepalsuan adalah ciri-ciri utama operasi bendera palsu atau operasi baling batu sembunyi tangan.

Oleh itu, janganlah mudah kita terpedaya atau dipengaruhi oleh mana-mana propaganda pro-zionis yang berusaha memfitnahkah umat Islam sebagai teroris dan negara-negara Islam sebagai pelindung serta penaja teroris. Ketegasan kerajaan kita dalam hal ini amat disanjung tinggi. – Ruhanie Ahmad

Tuesday, December 09, 2008

SIRI DUA:
NEOBUMIPUTERISME DAN DEB ALA-KOMUNIS?

http://puteramalaysia.blogspot.com

NOTA PENGHUJUNG: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH

Ruhanie Ahmad

Minggu lalu saya siarkan siri posting mengenai usaha-usaha pembanterasan rasuah oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kesimpulan kepada tulisan itu adalah: imej Mr. Clean Abdullah telah dimanipulasikan oleh segelintir pihak di sekelilingnya menerusi gagasan propaganda anti-rasuah yang amat ghairah. Gagasan propaganda anti-rasuah ini akhirnya dijadikan topeng oleh pihak berkenaan untuk melindungi karenah penyalahgunaan kuasa, neopotisme dan kronisme mereka yang tidak putus-putus disorot dan dibicarakan hingga ke hari ini.

Saya menerima komen pelbagai rupa terhadap siri tersebut. Ada yang merasa jelek dan loya tentang kisah-kisah membabitkan rasuah. Ada yang beranggapan saya siarkan siri itu untuk memperkecilkan perjuangan Abdullah. Ada yang kata, kenapa tidak disorot soal rasuah di era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tetapi, ada juga yang setuju dengan kesimpulan di atas.

Kepada semua pihak, ini jawapan saya. Isu pembanterasan rasuah amat terserlah di era awal kepimpinan Abdullah. Sebab itu rakyat jelata mengalu-alukannya dengan harapan tinggi melangit. Ini kerana pada ketika itu Abdullah dihadirkan ke persada kepimpinan negara dengan imej Mr. Clean. Imej itu pula diperkukuhkan lagi menerusi persepsi yang lahir daripada puisi Abdullah berjodol Aku Cari Damai Abadi.

Hakikat ini berbeza dengan Mahathir yang menerajui negara dengan imej Melayu Ultra. Mahathir juga berusaha memerangi rasuah dan kemungkaran lainnya menerusi slogan Kepimpinan Melalui Teladan serta Penerapan Nilai-Nilai Islam. Ini bermakna Mahathir bertindak menerusi pendekatan insani untuk mewujudkan sikap, nilai dan gaya hidup yang murni. Sebaliknya, Abdullah bertindak menerusi langkah perundangan dan kewujudan institusi anti-rasuah.

Pemupukan Jiwa

Dalam ertikata lain, Mahathir bertindak menentang rasuah menerusi pemupukan minda, roh dan jiwa yang disasarkan kepada seluruh rakyat jelata secara subtle. Abdullah pula bertindak memerangi rasuah menerusi kewujudan kerangka institusi dan ketegasan undang-undang yang direct kepada kumpulan sasar jenayah berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan Abdullah penuh ironi dan kontradiksi. Gagasan anti-rasuah beliau yang bermula dengan gembar-gembor yang amat lantang kemudiannya sunyi sepi di pertangahan jalan. Bila sudah mengumumkan persaraannya, barulah Abdullah bersuara semula bahawa beliau memerlukan waktu untuk melaksanakan agenda anti-rasuahnya sehingga berjaya.

Dalam vacuum masa yang wujud di antara fasa kegembar-gemboran gagasan anti-rasuah Abdullah pada awal 2004 dengan kenyataannya mahu membereskan isu rasuah sebelum bersara, rakyat jelata disuguhkan pula dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan neopotisme, kronisme dan penyalahgunaan kuasa yang dikatakan membabitkan Abdullah atau sesetengah anggota keluarganya.

Anehnya, segala dakwaan ini terus tinggal dakwaan hingga ke hari ini. Persepsi negatif yang timbul daripada dakwaan ini juga langsung tidak diperbetulkan. Negativiti ini pun menghakis keyakinan sekelompok rakyat jelata yang pada awalnya menggantungkan harapan tinggi kepada Abdullah dalam memerangi rasuah.

Manipulasi

Sebab itulah Abdullah kini ditempelak bila beliau berbicara mengenai anti-rasuah. Antara sebabnya adalah manipulasi, ironi dan kontradiksi di atas. Antara akibatnya, janji memerangi rasuah yang dimaktubkan dalam Manifesto BN bagi PRU11 pun langsung tidak dimaktubkan lagi, waimah sepatah kata pun, dalam Manifesto BN bagi PRU12.

Perkara ini benar, tetapi jadi politically incorrect, bila disuarakan secara hitam-putih. Ia jadi politically incorrect khususnya kepada pihak yang membuat kesimpulan minda berasaskan ketaksuban tanpa batas kepada Abdullah. Ia juga jadi politically incorrect kepada mereka yang wujud di persekitaran kepimpinan mutakhir atas motivasi wang dan ringgit, pangkat dan darjat, yang boleh digapai secara lumayan, mudah dan cepat.

Sebab itulah pihak-pihak ini cepat-cepat membidaskan sesiapa jua yang membicarakan kisah Abdullah dan gagasan anti-rasuahnya secara tajam. Mereka gagal menerima hakikat bahawa pembicaraan seperti ini bukannya kontra kepada Abdullah atau pro kepada Mahathir.

Pihak-pihak ini juga enggan menerima realiti bahawa Abdullah kini merupakan Mr. Clean yang sentiasa dipertikaikan kesahihannya. Sebaliknya, Mahathir pula adalah Melayu Ultra yang kini diterima sebagai negarawan ulung.

Langit Dan Bumi

Beza antara Abdullah dan Mahathir bagaikan langit dan bumi. Walaupun Mahathir tidak gembar-gembor mengenai anti-rasuah, Indeks Persepsi Rasuah di era beliau tidaklah setinggi indeks di era Abdullah. Legasi kepimpinan beliau juga tetap pelbagai corak dan warnanya.

Meskipun Abdullah gembar-gembor memerangi rasuah, Indeks Persepsi Rasuah di era beliau terbukti kian meningkat. Sebab itulah hingga ke hari ini rakyat jelata masih menanti penghujung dan kejayaan kepada perjuangan Abdullah menentang rasuah. Jika kita sanggup berfikir secara waras, pasti kita mampu memperincikannya.

Kini Abdullah mempunyai masa kira-kita tiga bulan untuk membereskan perjuangannya membanteras rasuah. Moga-moga perjuangan ini akan jadi satu-satunya legasi Abdullah yang akan dikenang zaman berzaman!

Sunday, December 07, 2008

SIRI AKHIR: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH

Saya telah huraikan dalam siri satu, dua dan tiga mengenai maudhuk di atas perihal kesungguhan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memerangi rasuah. Sekarang sama-samalah kita pastikan kesan tindakan anti-rasuah oleh Abdullah mulai awal 2004 dengan mengkaji perangkaan Indeks Persepsi Rasuah (IPR) yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia, seperti berikut:

IPR di era Mahathir pada tahun 2002 adalah pada tangga ke-33 sementara IPR pada tahun 2003 adalah pada tangga ke-37. IPR di era kepimpinan Abdullah mulai tahun 2004, adalah pada tangga ke-39 bagi tahun 2005, di tangga ke-44 pada tahun 2006 di tangga ke-44, dan di tangga ke-43 pada tahun 2007.

Hakikat IPR seperti di atas membuktikan bahawa usaha-usaha pembanterasan rasuah yang dilakukan oleh Abdullah secara gembar-gembor mulai 31 Oktober 2003 terbukti tidak membawa impak yang positif. Sebab itulah tahap IPR di Malaysia kian merosot dari setahun ke setahun berikutnya, dari lingkungan tangga ke-30 di era Tun Mahathir ke lingkungan tangga ke-40 di era Abdullah.

Oleh itu, kalaulah pada 16 Februari 2004, Abdullah seolah-olah mendabik dada mengatakan bahawa tindakan tegas beliau memerangi rasuah sebenarnya lahir daripada hasrat beliau sendiri, mengapakah Abdullah tidak berupaya untuk menyekat IPR seperti di atas daripada terus meredum dari setahun ke setahun?

Di manakah iltizam politik Abdullah seperti yang dinyatakan oleh Tengku Abdul Aziz, sebagai telah menyebabkan Malaysia “berubah” dalam konteks perjuangan membanteras rasuah, mulai awal 2004?

Anti-Klimeks

Dan, salahkah kalau perangkaan IPR di atas digunakan oleh rakyat untuk menempelak Abdullah, yang pada 18 Februari 2004, menyatakan di Tehran, bahawa usahanya membanteras rasuah bukannya sebagai gimik politik menjelang PRU11?

Pada waktu yang sama, cukupkah bagi Abdullah sekadar mengheret soal rasuah di Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, pada 14 September 2005, semata-mata untuk memberitahu komuniti antarabangsa, bahawa kononnya kepimpinannya “masih belum hilang tumpuan dalam usahanya memerangi rasuah”?

Demikianlah ironisnya kisah Abdullah dan usaha-usaha pembanterasan rasuah di era awal kepimpinannya. Ironi dan situasi anti-klimaks inilah yang menyebabkan saya, dalam siri satu tulisan ini, meminta para pembaca mencari jawapan terhadap persoalan sama ada Abdullah benar-benar ikhlas dan jujur dalam usahanya membanteras rasuah di era awal kepimpinannya.

Saya juga meminta para pembaca memikirkan sama ada usaha Abdullah membanteras rasuah sebenarnya dimanipulasikan oleh sesetengah pihak tertentu untuk mencapai agenda rahsianya yang tersendiri. Dan, mungkinkah salah satu agenda rahsia itu adalah untuk mencipta persepsi umum, kononnya Abdullah adalah pejuang anti-rasuah yang tulen dan ulung di Malaysia, dengan harapan persepsi palsu ini membolehkan pihak-pihak tertentu melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dengan sewenang-wenangnya di era kepimpinan Abdullah, tanpa dipercayai oleh rakyat jelata bahawa Abdullah adalah antara pihak yang terlibat sama dalam jenayah berkenaan, baik secara langsung atau secara tidak langsung?

Persoalan-persoalan di atas saya lontarkan kepada para pembaca kerana salah satu masalah utama yang dipercayai mencengkam kepimpinan Abdullah mutakhir ini adalah masalah rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan neopotisme. Dan, jika usaha Abdullah membanteras rasuah bukan sekadar gimik politik, mengapakah di era kepimpinan beliau mutakhir ini terdapat seribu satu masalah membabitkan rasuah, kronisme, salahguna kuasa dan neopotisme?

Kronisme

Hakikat rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan neopotisme ini tidak perlu dihuraikan dalam siri ini secara terperinci. Cukuplah sekadar kita tanyakan kepada Abdullah soal skandal ECM Libra yang membabitkan Khairy selaku menantunya. Mengapakah siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia yang menyiasat dakwaan salahguna kuasa dan neopotisme ke atas kes ini seolah-olah berdolak-dalik dan takut-takut dalam usahanya membongkarkan kebenaran yang sebenar-benarnya?

Adakah mereka menghadapi tekanan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk daripada Abdullah sendiri? Mengapakah Abdullah seolah-olah tidak prihatin terhadap suara rakyat yang menuntut ketelusan dalam isu ini?

Di manakah iltizam politik yang ditunjukkan oleh Abdullah pada era awal kepimpinannya untuk membanteras kes-kes seperti ini? Tidakkah Abdullah insaf bahawa sikap double standard beliau dalam menangani kes ECM Libra ini menghakis keyakinan rakyat kepada beliau, kepada BN dan kepada kerajaan Malaysia?

Mengapakah pihak media yang pada awalnya berlebih-lebihan sangat ulasannya mengenai tindakan anti-rasuah Abdullah, kemudiannya seolah-olah jadi bisu dan membatu dalam kes ECM Libra?

Sesudah itu, kita tanya kepada Abdullah mengenai kisah wang rakyat sejumlah lebih tiga bilion ringgit untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ) yang kini seolah-olah lesap ditelan jutaan toyol? Dalam kes ini, kita ulangi soalan-soalan yang sama seperti di atas - ketelusan Abdullah, keikhlasan Abdullah, iltizam politik Abdullah, double standard Abdullah, peranan media di bawah kawalan Abdullah dan seluruhnya.

Keyakinan

Dan, kita juga ulangi, tidakkah Abdullah insaf bahawa skandal ini juga menyebabkan rakyat jelata hilang keyakinan terhadap Abdullah, BN dan kerajaan Malaysia mutakhir ini?

Berikutnya, banyak lagi kisah skandal yang terjadi di era kepimpinan Abdullah yang rata-ratanya juga dikesampingkan seolah-olah ianya tidak pernah terjadi. Antara kisah yang tidak boleh diketepikan termasuklah kisah bagaimana wang beratus-ratus juta ringgit dikatakan telah digunakan oleh kroni Khairy untuk projek Monsoon Cup di Terengganu.

Berhubung kait dengan projek Monsoon Cup ini, pihak pembangkang pernah menggesa BPR pada 2006, supaya menyiasat perjalanan pengendalian beberapa projek Kerajaan Negeri Terengganu, termasuk Monsoon Cup, memandangkan wujudnya unsur-unsur yang meragukan dalam pengurusan kewangan projek-projek terbabit.

Begitulah hakikatnya mengenai Monsoon Cup. Tetapi, rasanya cukuplah hanya setakat ini. Kita lupakan sahaja kes-kes dakwaan rasuah yang lain-lainnya, termasuk yang didakwa sebagai membabitkan segelintir menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan juga segelintir personaliti dalam BPR.

Saya tidak tergamak untuk menyenaraikan kes-kes ini satu persatu di sini kerana senarainya amat panjang dan impaknya amat menyayat hati rakyat jelata. Para pembaca yang berminat mengetahui kes-kes ini secara mendalam, selongkarlah sendiri kisah-kisahnya daripada beberapa laman web tertentu.

Angkara

Bagaimanapun, wajar sekali lagi kita persoalkan di sini, mengapakah usaha Abdullah membanteras rasuah yang terlalu hebat, rancak dan fokus di era awal kepimpinannya, kini jadi seolah-olah hangat-hangat tahi ayam sahaja?

Akhir sekali, sama-samalah kita beritahu Abdullah bahawa kegagalan beliau meneruskan usahanya membanteras rasuah kini terbukti menjadi salah satu punca rakyat menyanggah kepimpinannya, BN dan kerajaan Malaysia secara habis-habisan menerusi PRU12 baru-baru ini.

Kita jelaskan kepada Abdullah, inilah antara satu angkara yang beliau lakukan sebagai pemimpin utama Malaysia. Kita juga jelaskan kepada Abdullah, inilah antara angkara utama beliau yang menyebabkan populariti beliau sentiasa meredum.

Sebagai penutup kepada siri tulisan ini, observation saya mengenai usaha pembanterasan rasuah oleh Abdullah adalah seperti berikut:

Abdullah telah menggembar-gemborkan soal membanteras rasuah di era awal kepimpinannya hanya sebagai gimik PRU11. Inilah hakikatnya – soal pembanterasan rasuah digembar-gemborkan oleh Abdullah hingga ke peringkat maksima hanya sebagai gimik untuk menambat sokongan rakyat menjelang PRU11.

Mati Langkah

Kalau tidak, kenapa usaha Abdullah membanteras rasuah jadi mati sekerat jalan selepas PRU11? Kalau tidak, bagaimanakah Abdullah seolah-olah hanya memekakkan telinga dan memejamkan mata terhadap kes ECM Libra yang membabitkan Khairy dan Kalimullah?

Jika hakikatnya bukan gimik PRU11, mengapakah dalam manifesto PRU12 Abdullah tidak berani langsung menyentuh mengenai misinya untuk membanteras rasuah seperti yang terkandung dalam manifesto PRU11?

Mungkinkah kerana janji-janji membanteras rasuah dalam manifesto PRU11 adalah hanya sekadar janji di mulut sahaja? Mungkinkah usaha pembanterasan rasuah yang diwar-warkan menjelang PRU11 sengaja mahu dilupakan supaya rakyat jelata juga akan terlupa mengenainya?

Akhir sekali, Abdullah telah berjanji akan mengosongkan kerusi Perdana Menteri pada Mac 2009. Kini beliau cuma ada lebih kurang tiga bulan lagi. Kalau sepanjang 31 Oktober 2003 hingga menjelang PRU12 beliau seolah-olah termati langkah mengenai usahanya membanteras rasuah, mengapakah baru sekarang baru beliau berkata bahawa usaha membanteras rasuah jadi satu daripada agenda terakhir dalam perjuangannya? Apakah usaha ini mempunyai udang di sebalik batu? Atau, munginkah wujud seseorang insan yang hendak melukut di tepi gantang di sebalik agenda ini? Untuk mendapatkan kepastiannya, sama-samalah kita perhati dan ikuti apa yang akan terjadi dengan agenda terakhir Abdullah ini!

Saturday, December 06, 2008

NEOBUMIPUTERISME

SIRI TIGA: MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH

Azam dan cita-cita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membanteras rasuah memang amat terserlah dalam 130 hari pertama beliau jadi Perdana Menteri. Maka, lanjutan kepada tulisan saya mengenai tajuk di atas dalam siri satu (4 Disember 2008) dan dua (5 Disember 2008), sama-samalah kita ikuti kenyataan Abdullah mengenai rasuah pada 13 Februari 2004, yang dilaporkan oleh media tempatan seperti berikut:

“Kerajaan akan meneruskan perang menentang rasuah dan penyelewengan kewangan yang dilakukan oleh mana-mana firma dan syarikat perniagaan di Malaysia melalui penguatkuasaan undang-undang tanpa mengira siapa mereka. Seperti juga ahli politik, pemimpin korporat perlu mematuhi standard amalan etika yang tinggi dalam menjalankan perniagaan di samping menjaga kepentingan pelabur dan pemegang kepentingan. Langkah itu perlu diambil untuk mengukuhkan amalan tadbir-urus di negara ini sekaligus meneruskan pelaksanaan agenda-agenda penting yang terkandung dalam Dasar Penswastaan Malaysia. Tanpa sebarang rasa takut atau berat sebelah, mereka yang tidak mentadbir syarikat dengan betul akan menerima padahnya kerana penyalahgunaan serta penyelewengan oleh sebuah syarikat mampu merosakkan seluruh ekonomi negara.”

Pada 14 Februari 2004, sama ada secara terancang atau sebaliknya, media tempatan pula mendapatkan komen Tun Mahathir terhadap tindakan yang dikenakan ke atas Eric Chia dan Kasitah. Secara gentleman, Mahathir menjawab: “usaha membanteras rasuah secara bersungguh oleh kerajaan, termasuk penangkapan tokoh korporat dan Menteri Kabinet, merupakan sesuatu yang baik.”

Pada 15 Februari 2004, seolah-olah untuk menolak persepsi negatif di kalangan rakyat jelata ketika itu, Mingguan Malaysia pula menyiarkan secara panjang lebar, satu wawancara berjodol Lawan Rasuah Bukan Gimik Politik - Kesungguhan Perdana Menteri Cetus Kesan Psikologi Luar Biasa.

Bukti Awal

Mukadimah kepada wawancara dengan Presiden Transparency International Malaysia (TI), Tunku Abdul Aziz Ibrahim, adalah seperti berikut:

Pertuduhan rasuah ke atas dua individu ternama, tokoh perniagaan Tan Sri Eric Chia Eng Hock dan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam, dalam masa selang sehari menjadi berita paling hangat. Semua pihak umumnya melihat itu bukti awal kesungguhan kerajaan mahu memerangi rasuah.

Antara intisari utama di dalam wawancara tersebut pula adalah seperti berikut:

Tindakan Abdullah membanteras rasuah menunjukkan adanya keazaman politik yang tegas pada kerajaan untuk membanteras rasuah, tidak kira sama ada ia dilakukan oleh pegawai rendah polis, atau orang yang mempunyai pengaruh dan berkuasa. Ini petanda yang baik kerana sejak bertahun-tahun ini (di era Tun Mahathir) kerajaan telah hilang banyak kredibiliti manakala BPR pula dilihat tidak berkesan.

Tetapi, persepsi itu sekarang sedang berubah. Ini bukan hanya kerana sekarang kita melihat ada dua kes melibatkan orang kenamaan, tetapi kerana langkah-langkah yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan (pimpinan Abdullah).

Langkah-langkah yang digariskan oleh Abdullah sepatutnya dilakukan sejak lama dulu. Tetapi, apa yang menjadi hambatan ialah kurangnya political will. BPR telah melakukan yang terbaik, tetapi mereka juga terkekang oleh beberapa keadaan.

Dabik Dada

Negara ini sedang berubah. Rasanya seperti menghirup udara segar, seperti keluar dari Kuala Lumpur dan masuk ke Taman Negara.

Abdullah diingatankan supaya tidak dilihat terlalu banyak membuat janji-janji. Orang sedang memerhatikannya. Orang menunggu-nunggu apakah yang hendak dilakukan melalui Institut Etika Awam dan Pelan Integriti Nasional.

Abdullah belum lagi setahun menjadi Perdana Menteri. Masih terlalu awal untuk menilai apa yang telah dan sedang dilakukan (dalam konteks usaha membanteras rasuah).

Demikianlah intisari wawancara Mingguan Malaysia dengan Tengku Abdul Aziz. Memang sukar untuk dipastikan sama ada Abdullah membaca kandungan wawancara berkenaan. Tetapi, pada 16 Februari 2004, Abdullah seolah-olah mendabik dada mengenai tindakannya membanteras rasuah. Abdullah dilaporkan oleh Utusan Malaysia dengan jodol Abdullah: Perangi Rasuah Lahir Dari Hasrat Sendiri.

Hasrat Abdullah

Menurut laporan tersebut, Abdullah berkata bahawa tindakan tegas kerajaan dalam usaha memerangi sepenuhnya gejala rasuah adalah lahir daripada hasrat Abdullah sendiri walaupun tahap rasuah di negara ini tidak mencapai peringkat yang terlalu teruk. Akhbar berkenaan juga memetik Abdullah sebagai berkata seperti berikut:

“Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan berkaitan usaha untuk membasmi rasuah adalah sebenarnya lahir daripada saya kerana saya menganggap bahawa rasuah itu jika dibenarkan, ia akan menjadi semakin parah.”

Pada 18 Februari 2004, Abdullah pula menyatakan di Tehran, Iran, bahawa beliau “komited dalam usaha perangi rasuah.”

Seterusnya, Abdullah memberi amaran berikut:

“Pihak berkuasa akan bertindak jika mempunyai bukti yang cukup serta berkeyakinan tindakan pendakwaan akan berakhir dengan pesalah rasuah menerima hukuman. Saya sentiasa komited dalam usaha memerangi rasuah kerana ia ibarat kanser yang boleh memusnahkan masyarakat.”

Gimik PRU11

Selanjutnya, Abdullah menegaskan bahawa usaha beliau memerangi rasuah bukannya satu gimik politik menjelang PRU11. Usaha itu, tambah beliau, akan berterusan sampai bila-bila. Kenyataan ini dibuat dalam satu wawancara dengan Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) sempena lawatan Abdullah ke Iran untuk menghadiri Sidang Kemuncak D-8.

Setelah mengikuti seluruh kenyataan dan tindakan Abdullah seperti di atas, pastinya kita hairan mengapakah Abdullah membuat kenyataan anti-rasuah di Iran? Pasti kita juga tertanya-tanya, mengapakah Abdullah perlu menafikan bahawa tindakan anti-rasuah yang dilaksanakan di era awal kepimpinannya “bukannya satu gimik politik menjelang PRU11” tetapi satu tindakan “yang akan berterusan sampai bila-bila.”

Mengapakah Abdullah membuat penafian itu? Mungkinkah pemikiran sub-subsconcious Abdullah ketika itu menyedari bahawa tindakan beliau adalah semata-mata demi mencapai matlamat jangka pendek untuk menghalalkan sesuatu agenda rahsia oleh pihak-pihak tertentu, dan pada waktu yang sama, memang benar usaha beliau mengeluarkan kenyataan demi kenyataan mengenai rasuah adalah satu gimik untuk PRU11?

Bagaimanapun, soal sama ada usaha Abdullah membanteras rasuah seperti dihuraikan di atas hanya satu gimik PRU11 atau sebaliknya, memang sukar untuk dipastikan pada ketika tersebut. Seperti kata Tunku Abdul Aziz dalam wawancaranya dengan Mingguan Malaysia, “Abdullah belum lagi setahun menjadi Perdana Menteri. Masih terlalu awal untuk menilai apa yang telah dan sedang dilakukan (dalam konteks usaha membanteras rasuah).” – [bersambung di siri akhir]

Friday, December 05, 2008

SIRI DUA:MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH

Ruhanie Ahmad

Tekad Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membanteras rasuah seperti yang saya huraikan dalam siri satu (4 Disember 2008) kelihatan semakin serius bila beliau “mempelawa pemimpin ASEAN untuk menghantar peserta ke Akademi Pencegahan Rasuah” yang akan ditubuhkan di Malaysia supaya mereka “membina kemampuan memerangi rasuah” di kalangan negara ASEAN.

Abdullah mengeluarkan pelawaan ini sewaktu berucap di Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun di Tokyo pada 12 Disember 2003. Menurut Utusan Malaysia, Abdullah satu-satunya pemimpin ASEAN yang menyentuh soal rasuah di persidangan berkenaan.

Pada 13 Januari 2004, Abdullah pula membuat kenyataan untuk membendung rasuah seperti berikut:

“Kerajaan akan menjadikan sistem pemberian tender terbuka sebagai amalan bagi mengurangkan rasuah dan mengekang peningkatan kos perniagaan di negara ini. Rundingan secara langsung pula akan dihadkan hanya kepada kes istimewa yang tertentu sahaja.”

Kenyataan Abdullah mengenai rasuah sewaktu beliau berada di Tokyo seperti di atas, nampaknya mendorong lebih banyak media spin di kalangan penulis tempatan. Umpamanya, pada 9 Februari 2004, Utusan Malaysia menyiarkan satu artikel berjodol Serius Memerangi Rasuah.

Agenda Tersendiri

Artikel ini seolah-olah membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan Abdullah mengenai rasuah bukannya benar-benar untuk membanteras rasuah secara ikhlas dan jujur. Tetapi, seolah-olah mempunyai sesuatu agenda yang tersembunyi dan tersendiri.

Saya berpendapat begini kerana artikel berkenaan kelihatan berlebih-lebihan sangat dalam sanjungannya kepada Abdullah mengenai usaha membanteras rasuah. Ia juga seolah-olah mahu memberikan suatu mesej bahawa ada sesuatu yang tersirat di sebalik usaha Abdullah memerangi rasuah. Contohnya adalah seperti berikut:

“Dari hari pertama hingga ke hari yang ke-100 beliau memegang jawatan Perdana Menteri dan mungkin hingga beliau bersara pun, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mungkin akan terus memerangi rasuah. Semangatnya tinggi dan mantap untuk mencapai hajatnya itu. Kesungguhan Perdana Menteri tentu ada sebabnya. Beliau tidak menyatakan dengan jelas apa yang tersirat dan tersimpan di dalam sanubarinya. Abdullah tidak akan menyatakan. Tidak bijak untuk memaparkan siratan hati. Tetapi, serangan tanpa hentinya kepada amalan rasuah memperlihatkan wujudnya lembaga hitam yang dikendongnya selama ini yang menghantui pemikirannya.”

Daripada barisan kata-kata di atas, pasti kita akan bertanyakan diri sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan “lembaga hitam” dalam artikel berkenaan dan apa pula “matlamat yang tersirat dan tersimpan” dalam sanubari Abdullah bila beliau memerangi rasuah?

Saya serahkan teka-teki di sebalik artikel tersebut kepada anda untuk mentafsirkannya mengikut daya imajinasi masing-masing. Bagaimanapun, seluruh perkembangan mengenai rasuah selepas penyiaran artikel berkenaan mungkin dapat memberikan jawapannya.

Orang Kenamaan

Contohnya, kajilah sendiri mengapakah liputan media terhadap usaha Abdullah membanteras rasuah jadi kian rancak dan seolah-olah sengaja diperbesar-besarkan setelah dua insan kenamaan ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas tuduhan rasuah.

Pada 9 Februari 2004, BPR menahan bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn. Bhd., Tan Sri Eric Chia Eng Hock, 71, berhubung kes penyelewengan dalam syarikat itu yang melibatkan kerugian RM2.9 bilion. Tiga hari berikutnya, iaitu pada 12 Februari 2004, Tan Sri Kasitah Gaddam selaku Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dalam era interim Abdullah pula dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan melakukan rasuah dan penipuan berhubung keputusan meluluskan cadangan penjualan 16.8 juta saham Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Kasitah adalah orang kenamaan kedua yang ditahan oleh BPR di era awal kepimpinan Abdullah.

Kedua-dua kes di atas amat menarik. Ini kerana Eric Chia sering diperkatakan oleh segolongan rakyat Malaysia sebagai seorang sahabat Mahathir. Kasitah pula menteri yang dilantik oleh Mahathir. Oleh itu, adakah matlamat tersirat Abdullah memerangi rasuah di era awal kepimpinannya memang sebenar-benarnya untuk menempelak Mahathir?

Saya harap para pembaca akan ambil ingatan terhadap persoalan di atas kerana mutakhir ini (2008), salah satu masalah utama yang dikatakan menghantui kepimpinan Abdullah adalah masalah rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan neopotisme.

Masalah ini tidak seharusnya wujud jika kesungguhan dan iltizam politik Abdullah dalam memerangi rasuah dan penyakit yang sejenis dengannya adalah benar-benar tulus, ikhlas dan jujur.

Saya juga meminta para pembaca untuk mengambil ingatan terhadap persoalan ini kerana kenyataan dan tindakan anti-rasuah yang dilakukan oleh Abdullah di era awal kepimpinannya memang seolah-olah dirancang oleh pihak-pihak tertentu ke arah sesuatu agenda yang juga tertentu. – [bersambung di siri ketiga]

Thursday, December 04, 2008

SIRI SATU:MASALAH RASUAH AGENDA TERAKHIR ABDULAH

Ruhanie Ahmad
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadikan usaha membanteras rasuah sebagai antara satu agenda utamanya sejak beliau jadi Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Sebab itulah menurut Bernama 4 Disember 2008, antara agenda terakhir perjuangan Abdullah sebelum melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mac 2009, ialah “menyelesaikan isu mengenai rasuah.”

Untuk membaca berita sepenuhnya mengenai hal ini sila klik http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

Abdullah menggembar-gemborkan isu rasuah mulai 31 Oktober 2003. Bagaimanapun, kenyataan serta tindakan Abdullah mengenai pembanterasan rasuah pada era awal kepimpinannya seolah-olah sengaja dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu dengan sesuatu agenda yang cukup rahsia.

Sebab itulah dalam tempoh kira-kira 130 hari - sejak 31 Oktober 2003 sehingga PRU11 pada Mac 2004 - Abdullah kelihatan terlalu obsessed dengan soal rasuah. Sebab itulah juga Abdullah sentiasa membuat kenyataan demi kenyataan mengenai pembanterasan rasuah, bukan sahaja di dalam negara, malahan sewaktu beliau berucap di beberapa persidangan di luar negara.

Propaganda

Mula-mula sekali, kenyataan dan tindakan Abdullah membanteras rasuah dipropagandakan oleh pihak-pihak tertentu kononnya sebagai usaha Abdullah menterjemahkan kata-kata dalam puisinya bahawa yang beliau cari “bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya” atau “wang juta untuk hidup bergaya.”

Menurut beberapa akhbar tempatan, usaha Abdullah membanteras rasuah juga menyebabkan lebih ramai lagi rakyat jelata Malaysia kononnya terpesona dengan kepimpinan Abdullah.

Saya membuat kesimpulan di atas setelah mengkaji hampir seluruh kenyataan Abdullah mengenai tadbir-urus, rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan neopotisme yang dilafazkan sendiri oleh Abdullah sepanjang tempoh beliau mula mewarisi kepimpinan Mahathir sehinggalah beliau mengadakan PRU11.

Saya juga kaji hampir seluruh artikel dan item berita tempatan mengenai tajuk yang sama. Seterusnya, saya kaji pula realiti tahap rasuah di era Abdullah, kecaman rakyat jelata terhadap Abdullah mengenainya, kisah ECM Libra yang membabitkan menantu Abdullah, dan Indeks Persepsi Rasuah (IPR) terbitan Transparency International bagi tahun 2002, 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007.

Saya lakukan semua ini bukan untuk mencari kesilapan Abdullah. Tetapi, untuk membuat kepastian sama ada gembar-gembor Abdullah mengenai rasuah dan seluruh kemungkaran sejenis dengannya memang benar-benar suatu usaha yang sesungguhnya ikhlas, jujur dan berkesan.

Kajian Ringkas

Saya juga melakukan kajian ringkas ini untuk memastikan sama ada seluruh gembar-gembor Abdullah mengenai hal rasuah hanya suatu helah dan muslihat jangka pendek demi menghalalkan suatu agenda rahsia oleh pihak-pihak tertentu sesudah Abdullah menerima mandat rakyat menerusi PRU11.

Tindakan Abdullah membanteras rasuah di era awal kepimpinannya, dilaporkan buat pertama kalinya oleh Utusan Malaysia pada 7 November 2003. Akhbar tersebut melaporkan bahawa Abdullah mengarahkan pihak polis “mempercepatkan siasatan terhadap kes-kes rasuah, termasuk isu Perwaja, supaya imej kerajaan tidak tercemar.”

Menurut akhbar berkenaan, Abdullah juga mahukan “tindakan segera bagi memerangi gejala rasuah” untuk memastikan imej kerajaan BN tidak terjejas.

Abdullah juga dipetik sebagai berkata bahawa “rasuah adalah penyakit yang perlu diperangi dengan serius dan berkesan dan tindakan-tindakan yang diambil mesti segera dan tepat.”

Menurut akhbar yang sama pada 13 November 2003, Abdullah pula mengeluarkan arahan berikut:

Benci Rasuah

“Semua siasatan kes rasuah diselesaikan bagi mengelakkan timbul tanda tanya mengenai status kes tersebut. Jika perkara (kes rasuah) itu disiasat, harap dapat tamatkan siasatan hingga akhirnya. Kita hendak tahu sama ada benar-benar berlaku rasuah atau tidak.”

Abdullah juga menggariskan strategi penting untuk mencegah amalan rasuah termasuklah menerusi retorika pendekatan “bekerja secara ikhlas dan menanam niat untuk tidak mahu terlibat dengan gejala tersebut.”

Katanya: “kita mesti berikrar untuk tidak mengamalkan rasuah yang juga dilarang oleh agama.”

Kedua-dua arahan dan kenyataan seperti di atas telah mendorong setetengah media tempatan membuat kesimpulan awal bahawa sejak mengambil alih jawatan daripada Mahathir, Abdullah dikatakan cukup konsisten dengan tekadnya untuk memerangi rasuah, terutama sekali dalam sektor pentadbiran awam.

Contohnya, salah sebuah saluran TV Malaysia yang membuat wawancara sempena 100 hari kepimpinan Abdullah, telah bertanyakan satu soalan mengenai rasuah. Abdullah memberikan jawapan seperti berikut:

Strategi Abdullah

“Rasuah adalah amalan jijik. Pendekatan lebih berkesan menangani rasuah hendaklah diterokai. Pendekatan pencegahan sama penting dengan pendekatan punitif. Pendekatan pencegahan yang lebih berkesan perlu difikirkan, antaranya melalui usaha mempercepatkan proses kerja, mengurangkan red tape, memperbaiki sistem penyampaian, meningkatkan mutu kerja dan melakukan audit kerja yang lebih kerap. Saya menyeru supaya matlamat membina perkhidmatan awam yang sifar rasuah tidak digagalkan oleh amalan kurang sihat di kalangan pihak swasta dan pihak yang tidak berada dalam kerajaan.”

Kepada satu soalan, sama ada rasuah telah mencapai tahap di mana rakyat Malaysia semakin hampir menjadikannya sebagai budaya atau sudah pun menjadi budaya, Abdullah pula menegaskan seperti berikut:

“Hakikat bahawa rasuah wujud di banyak tempat dan kita mendengar orang kena tangkap kerana rasuah, bagi saya ia cukup serius. (Tapi) ia belum sampai ke tahap kronik. Oleh sebab itu, kita kena betul-betul tunjukkan keseriusan dalam memastikannya tidak merebak. Saya mempunyai strategi, mengutamakan seksyen, jabatan yang banyak sekali berurusan dengan rakyat, di barisan hadapan. Yang kedua, jabatan yang mengeluarkan permit dan lesen, ini yang perlu ditangani dengan cepat.” - [bersambung di siri kedua]

Tuesday, December 02, 2008

TUN MAHATHIR ADALAH BERLIAN REBUTAN DUNIA ISLAM

Tun Dr Mahathir Mohamad menerima dua anugerah tertinggi – pingat emas kelas satu daripada Shahid Behesti University of Medical Science and Health Services dan ijazah Phd daripada Tehran University of Medical Sciences – yang disampaikan di dua majlis berasingan di Tehran, Iran, pada 1 Disember 2008.

Tun Mahathir menerima kedua-dua anugerah tersebut daripada kerajaan Iran atas jasa-jasanya sebagai negarawan Islam yang mempertahankan hak-hak serta maruah dunia Islam dan meningkatkan kesejahteraan ummahnya.

Anugerah itu juga adalah sebagai mengenang pengorbanan Mahathir yang berjuang menyatupadukan umat Islam di serata jagat.

Dalam ucapannya di Shahid Behesti University of Medical Science and Health Services, Tun Mahathir mencadangkan dunia Islam dan ummahnya berjuang mengembalikan tamadun Islam menerusi penguasaan pelbagai ilmu.

Perjuangan ini, katanya, akan membolehkan dunia Islam dan ummahnya terbebas daripada penindasan kuasa-kuasa besar yang pernah menggunakan kebijaksanaan para intelektuil dan ilmuan Islam sebagai asas kemajuan serta tamadun mereka di zaman silam.

Di Tehran University of Medical Sciences, Tun Mahathir mengkagumi keupayaan universiti berkenaan mempelopori pelbagai teknologi perubatan moden, termasuk dalam penemuan ubat bagi penyakit Aids.

Tun Mahathir menerima sambutan yang sangat hangat di kedua-dua majlis tersebut. Pada suatu ketika, kelihatan para pelajar serta pensyarah universiti berebut-rebut untuk bersalaman dengan beliau.

Menyaksikan keadaan sedemikian, salah seorang anggota rombongan Malaysia yang mengiringi Tun Mahathir berkata: “Saya amat bangga. Mahathir memang sebutir berlian yang sentiasa dikagumi oleh dunia Islam dan ummahnya!”

Antara dua majlis di atas, Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran untuk membincangkan pelbagai perkara kepentingan bersama. Malam tadi beliau ditemuramah oleh Tehran TV Four. Beliau dan rombongan akan pulang ke tanahair pagi esok. – kiriman Ruhanie Ahmad daripada Tehran, Iran.

Monday, December 01, 2008

PEMIKIRAN MAHATHIR MENGENAI TAMBATAN MATAWANG DI ERA KEMELESETAN EKONOMI GLOBAL

Kebelakangan ini Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kritikan negatif oleh segelintir rakyat jelata Malaysia bila beliau menyuarakan beberapa kritikan dan pandangan mengenai UMNO dan politik wang.

Bagaimanapun, pemikiran, dasar serta strategi Mahathir mengenai cara-cara menangani krisis kewangan yang melanda Malaysia pada 1997, yang baru-baru ini menerima pengiktirafan oleh sekumpulan penganalisa ekonomi di Amerika Syarikat, agak kurang mendapat perhatian kita semua.

Sebaliknya, Mahathir kini menerima banyak jemputan daripada negara asing, terutamanya negara-negara Islam, untuk beliau mengongsikan pemikiran, dasar serta strategi berkenaan.

Ini kerana pemikiran Mahathir mengenai hal ini didapati boleh menjadi sebahagian dasar serta strategi dalam menangani kemelut dunia mutakhir ini.

Awal minggu lalu Mahathir berucap di Syria. Sesudah itu, beliau berucap di Bali, Indonesia. Semalam, 29 November 2008, Mahathir tiba di Tehran, Iran untuk memberikan buah fikiran beliau mengenai perkara yang sama kepada sekumpulan diplomat dan bakal diplomat Iran.

Di bawah ini adalah ucapan Mahathir di majlis tersebut hari ini, 30 November 2008, di Institute For Policy And International Studies, Tehran, Iran. Sesudah itu Mahathir menjawab pelbagai soalan mengenai maudhuk yang sama.

CHALLENGES OF THE ISLAMIC UMMAH IN FACING GLOBAL FINANCIAL CRISIS

Ucapan Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
di Institute For Policy And International Studies
Tehran, Iran, pada 10.00 pagi, 30 November 2008

The financial crisis is yet another threat facing the Islamic ummah. Whether we can avoid being dragged down by this crisis or we can minimize the effect will depend much on us. It will also depend on whether the ummah choose to act together or whether each Islamic nation will act individually.

In facing any challenge we need to know as much as possible the nature of the challenge and how it will affect us. But more importantly we need to know the causes of the financial crisis itself, and what made it possible.

The systems that we see collapsing i.e. the monetary and banking systems have been in place for centuries. Why is it that the collapse is happening now and not before, not when the systems were introduced or shortly after? And why has it happened to the richest and the most powerful countries of the world?

The problem with systems and ideas devised by Man is that they always undergo change over time. New ideas would be added to them. The new ideas may not be good for the original system or idea.

Thus money began with coins of metal of definite values. But this was replaced with paper money backed by gold. Then gold backing was dispensed with. The value of paper money is vaguely related to the strength of a country’s Government or its economy. Finally it was to be determined by the willingness of the market to accept the paper currency notes.

At this stage the currency became open to manipulation by market players. Currency traders find they could easily change the value of a currency in terms of exchange rates by massive selling and buying.

Besides making huge profits from currency trading, it was found that the countries whose currency has been devalued would experience political, economic and social turmoil. They and their people can become very poor.

The Western powers saw in this an opportunity to hegemonise and control the developing countries. The IMF and the World Bank were used for this purpose. By applying conditions to loans by the IMF/ World Bank, the countries in distress can be forced to surrender political and economic control to the Western powers. The impoverisation of these countries also enabled the Western banks and capitalists to buy up all the businesses of the debtor countries at very cheap prices as they all have been made bankrupt or nearly bankrupt by the devaluation of their currencies.

Currency trading is therefore a political weapon to bring all the countries of the world under the control of the Western powers. How far-reaching the control can be is being seen now. The foreign funds which had come in to buy shares and banks during the 1997 – 98 financial crisis in the East are now pulling out, taking their capital with them in order to escape the impending crises. They have done this, this time, in expectation of the world financial crisis affecting the economies of these countries adversely. The withdrawal of their capital will in fact cause the financial crisis to affect these countries sooner and more severely.

Currency trading is made possible because of fiat money i.e. money that is not linked to gold or other precious metals.

We all use paper money now. Our paper money is also not linked to gold. But we do not indulge in currency trading although we still have to buy foreign currency to pay for imports. To a certain extend the market determines the exchange rate of our money. This causes a certain degree of instability but not sufficient to impoverish us.

Still it is best if the exchange rates remained stable. That is why Malaysia decided that Government should fix the exchange rate of the Malaysian Ringgit. All the great experts predicted a collapse of the Malaysian economy because we did not abide by international rules or wisdom. But as you know we recovered faster than the other countries after fixing the exchange rate.

Islamic countries should study the possibility of fixing the exchange rates of their currencies as a measure to protect themselves during the current financial crisis.

However the fact remains that the monetary system of the world today is open to all kinds of manipulation. The world needs to have a new monetary system that would be less easily manipulated.

Perhaps the ummah might push for a return to the gold standard. Another solution could be the use of the gold dinar purely for trade payments. In any case the Islamic ummah can reduce the attacks against them by not using the American Dollars for trade payments, especially for oil.

The U.S. Dollar is not backed by reserves as are other currencies. Apart from that the Unites States is bankrupt as it has a debt of 14 trillion dollars and it can never repay this debt. This huge borrowing by the United States is because for many years it has trade and current account deficits which forces it to borrow 1 ½ billion dollars a day to sustain itself.

The only reason why the U.S. Dollar has any value at all is because it is used in trade payments. If the gold dinar or other currencies are used for trading then there would be no demand for U.S. Dollars. It would then become worthless and that would have consequences over the United States’ foreign policy.

This is something that the Muslim ummah can make use of in protecting themselves from the current financial crisis.

The other major cause of the present crisis is the banking system. For most people a bank is a convenient institution for depositing safely their money and withdrawing it when needed. We do not question how banks function. We assume that the money the banks lend us comes from the capital and the deposits with the banks.

The present banking system was created some 300 years ago by the Rothschild’s. In that system money is actually made out of thin air, out of nothing. No gold or other assets were necessary. Yet the money borrowed from them has accepted values. Each time money is lent it creates money for the banks.

In most countries central banks owned by Government produce coins and print money. The money in circulation is therefore under Government control. But money can also take the form of cheques and how much money issued as cheques is not controlled by the Government.

The United States Federal Reserve Bank is not owned by the Government. It is owned by twelve privately owned state reserve banks. Yet the Federal Reserve Bank can actually print and issue currency notes, without any backing. Certainly it can lend money to the Government in the form of cheques.

Other banks can borrow from the Federal Reserve Bank when short. But these banks can lend much more than the amount of capital and the deposits from its clients. In the American system the banks can lend 90% of the deposits by its clients. But such is the system in use that the banks can actually lend 10 times the amount that it holds in the form of deposits.

Whereas ordinary businesses can only sell what they have in stock, banks can apparently deal in ten times the money held by them.

The profits made by ordinary business is hardly ever more than 10% of the total value of the stock sold. But since banks earn a fix interest, and the interest comes from 10 times the money it actually holds, the earnings of the banks are far higher than from ordinary business.

Since banks can lend more than the money it has, the tendency is to increase the lending as much as possible.

The current crisis began with the sub-prime loans, i.e. loans at high interest to risky borrowers. The total amount of loans to such borrowers runs into hundreds of billions of dollars.

Housing loans usually require payment over 30 years. Banks calculate their earning from interest and principle over this period, without taking into account bad debts.

To avoid risks these loans were bundled up together with the good loans and insured with insurance companies such as AIG. The banks may also allow for a second mortgage to hedge against possible default.

Additionally the houses against which the loans were taken would belong to the bank until the total debt has been paid in 30 years time.

It seems that the banks would be making good profits even if the loans carry high risks. So would the insurance companies and the mortgage companies.

But when the risky loans defaulted by the millions resulting in debts of hundreds of billions which cannot be repaid, the banks were faced with huge numbers of non-performing loans. At the same time the collateralised houses cannot be sold as banks refused to lend money to buyers and the original banks could not recover any of the money lent through sales of the collaterals.

The insurance companies were also unable to pay the banks because the premium they received was far too small for the losses sustained by the banks.

The mortgage companies also faced the same problem as payments could not be paid by the borrowers.

The result is the spectacular collapse of the banks because most of the loans were not from deposit money but the ten times more than the deposits which banks were allowed to lend.

When banks lend much more than the money they have they were actually creating money out of nothing. If the loans are repaid then they would stand to gain far more than if they had limited themselves to their subscribed capital and deposits. However if the borrowers defaulted then their losses could exceed their capital and the deposits they had received. They would become bankrupt.

The sub-prime fiasco is due to the failure of the huge loans to high risk borrowers, to yield the interest and the principle expected. The banks concerned have lost far more than whatever capital assets or even deposits they had taken. Obviously they would not be able to return the deposits they had taken. They have by definition become bankrupt. When banks go bankrupt a whole lot of other businesses which depend on the banks for their operating capital will also go bankrupt. Hence, the bankruptcies of the three huge automotive companies of America.

The hedge funds are also affected as they depend on loans from the banks to leverage their investments.

Why did this crisis happen to the United States and not the other countries? Firstly, it is because the privately owned banks actually issue large amounts of money in America. It should be noted that the money issued need not be in the form of printed currency notes. Cheques can be made out in any amount and effectively the cheques are money. The lending and borrowing are no longer constrained by the amount of currency notes in circulation.

The second factor is the faith in the market regulating the value of money. Wall Street and the rich capitalists had persuaded the Government that it should not interfere with the market i.e. with banking and finance and the way money is used to make more money.

The market is about making money, making profits regardless of the consequence. When the banks created money out of thin air, when they lend this money to people quite incapable of repaying their loans, when the amounts exceed the capacities of the banks to recover in cash after the loans go bad, when the deals become so big as to be far bigger than money in circulation and total trade in goods and services, the Government did nothing. The Government did not even require accounts to be submitted for tax purposes. Though banks are required to submit accounts and pay taxes, this was easily avoided by having offshore subsidiaries in tax havens where they can borrow huge sums from legitimate banks and do anything they like with the money without having to show accounts to any Government agency.

The hedge funds took advantage of the lack of Government supervision to borrow as much as twenty times the amount invested in them. Using these loans the hedge funds made huge investments mainly in the money market, guaranteeing return to investors of 30% or more. This was believed to be possible because the returns would be from twenty times the amount invested in the hedge funds. So huge are the hedge funds that Central Banks cannot hope to protect national currencies by buying the currencies dumped into the market by hedge funds.

What can the Muslim ummah do to face the worldwide financial crisis? The first thing would be to continue with Government regulations of the banks and the financial institutions. The free market system should not be adopted, at least not in full. Instead, all financial transaction must be made transparent and subjected to proper regulation. The regulation should be judicious as over-regulation can stifle business, and affect economic growth.

The idea of a globalised, borderless world has been promoted by the rich countries especially the United States. Conceived by the rich, we can be sure that it was meant to benefit them.

Globalisation is something that cannot be avoided as the ease of communication and travel make isolation of countries impossible. Whether we like it or not whatever happens in other parts of the world will effect us. This involves not only finance and the economy but also political and social ideas.

There is more than one way to globalise. Muslims must study the manner and the effect of globalisation in order to devise a system of globalisation which will not destroy the Muslims and their religion.

In banking and finance, the principal causes of the current financial crises, there is no need to follow all practices coming out of the West.

The ummah can have their own banking and financial system. Already we have Islamic banking and Islamic insurance. They have not been abused the way the Western banking systems and insurance have been abused. It is necessary that the Muslim institutions such as these be scrutinied carefully in order to prevent them from causing the same problems.

Muslims must be active in proposing new systems, rules and regulations for banking and finance. We should even propose to go back to gold whether it is in the form of gold dinar or any coin or bullion.

To save our currency and economy from being affected by western banking practices and the U.S. Dollar, a new trading currency should be proposed to replace the U.S. Dollar. Such a trading currency should be tied to gold and used only in international trade.

This will help stabilise the value of national currencies as gold has intrinsic value in all countries. The local currencies can still be used but the value must be pegged to the international trading currency. There will be fluctuation as gold prices do fluctuate. But this would be minimal, much less than paper money.

Truly the Muslim ummah are in the best position to initiate and sustain the monetary and financial systems of the world. This is because they are in possession of more money than they can find use for. They are even in a position to insist that their oil be paid in the local currency or in any currency designated by them. Whatever currency they choose will become strong simply because there will be a demand for it just as today the U.S. Dollar has a value because there is a demand for it in the settlement of trade.

What is needed from the ummah is the will to insist on their wishes to be considered. I do not see all the Muslim counties in the world acting together. But it would be enough if a few would coordinate their efforts, would act together and agree to promote the interest of the ummah.

Dikirimkan daripada Tehran, jam 8.52 malam waktu Iran. – Ruhanie Ahmad