Monday, June 30, 2008

UMNO AKAR UMBI TENTUKAN NASIB ABDULLAH

Ruhanie Ahmad

Perkembangan dalam siasah UMNO kian menarik. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih belum memberikan tarikh khusus untuk menyerahkan kuasa parti kepada Datuk Seri Najib Tun Razak; Abdullah juga tetap akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO; Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan proses peralihan kuasa tidak termaktub dalam perlembagaan parti; Razaleigh juga sedang aktif menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO; Najib mungkin turut mencabar Abdullah selaku pembesar nombor satu UMNO; jika Najib menghadapi rintangan yang amat besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mungkin diketengahkan oleh warga UMNO akar umbi untuk menandingi Abdullah.

Baca posting sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com

Sunday, June 29, 2008

PRESIDEN MCA BERUNDUR

Akhbar-akhbar mingguan hari ini, termasuk Mingguan Malaysia, memaparkan di muka hadapan, kisah Datuk Seri Ong Ka Ting, mengosongkan jawatan Presiden MCA dengan tidak mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti tahun ini.

Turut menyatakan hasrat yang sama adalah Tan Sri Chan Kong Choy. Beliau akan mengosongkan kerusi Timbalan Presiden MCA.

Bagaimana agaknya Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memberikan reaksi kepada tindakan Ka Ting ini?

Berita sepenuhnya adalah seperti berikut:

‘Kami berundur’Ka Ting, Kong Choy tidak pertahan jawatan Presiden, Timbalan Presiden MCA

KUALA LUMPUR 28 Jun – Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan timbalannya, Tan Sri Chan Kong Choy tidak akan mempertahankan jawatan parti masing-masing pada pemilihan parti 18 Oktober depan.

“Saya telah memutuskan tidak akan bertanding semula bagi mempertahankan jawatan presiden parti. Keputusan yang telah saya fikirkan dengan masak selepas mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan dalam parti dalam tempoh tiga bulan lepas.

“Ini bukan keputusan tergesa-gesa tetapi telah saya timbangkan lama dan selepas perundingan dalam masa yang panjang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Bernama
BATU PUTIH: RAKYAT JOHOR WAJAR SOKONG SULTAN JOHOR

JOHOR BAHRU, 28 Jun 2008: - Rakyat perlu memberi sokongan terhadap hasrat Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail, yang tetap mahu berikhtiar untuk mendapatkan semula kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih walaupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan hak itu diberi kepada Singapura.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Singapura yang bertindak keluar dari Malaysia pada tahun 1965 tidak berhak atas sebarang tanah jajahan negeri ini.

“Apa yang dititahkan Sultan Johor memang benar dan kita patut memberi sokongan padu kepada Sultan Johor. Batu Putih memang milik kita,” katanya di sini hari ini.

Baca posting sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com
DARI PANCHOR KE KOTA LONDON

Hari ini saya sambung kisah Zainal Sikum @ Unggal - anak Panchor, Muar, yang menetap di London sejak lebih 33 tahun lalu. Beliau dilahirkan di Lanadron Estate, Pagoh, Muar, Johor. Beliau adalah anak tunggal yang masih ingat akan segala susah payah dan penderitaan keluarganya di zaman darurat. Ketika itu, katanya, ada waktu-waktunya beliau sekeluarga hanya makan ubi kayu. Ada kalanya beliau sekeluarga hanya memakan biji getah sahaja.

Ayah Zainal pernah jadi buruh paksa tentera Jepun - enam tahun menyabung nyawa di hutan belantara Kacanaburi, di sempadan Thailand-Burna, untuk membina Jambatan River Kwai. Selepas itu, ayahnya jadi seorang SC (Special Constable) yang berjuang memburu pengganas komunis. Juga pernah jadi AJK UMNO.

[Untuk makluman Zainal, ayah saya pun pernah dikerahkan oleh Jepun ke Kanchanaburi, Thailand. Bila pecah Perang Jepun, ayah saya yang sebelum itu anggota polis di Singapura, telah di tawan oleh Jepun. Kerana kelebihannya menguasai bahasa Melayu, Jawa, Inggeris, Kantonis dan Tamil, ayah saya dijadikan orderly tentera Jepun di Kem Tamajo – base camp untuk pembinaan Jambatan Sungai Kwai. Ayah saya jadi orang perantaraan askar Jepun dengan kumpulan buruh paksa di kem berkenaan. Pengalamannya amat pahit. Hari-hari menyaksikan kezaliman. Hari-hari menyaksikan berpuluh-puluh buruh paksa mati kelaparan. Hari-hari menyaksikan buruh paksa mati akibat penyakit.]

Kini Zainal dan isterinya Nariman – kedua-duanya lulusan ITM – serta keluarganya, menetap di Kota London. Mula-mula beliau berkhidmat di Malaysia Hall, Brynstone Square. Kemudiannya berkhidmat dengan TNB untuk menguruskan pelajar-pelajar tajaan badan korporat itu di United Kingdom. Biarpun begitu, Zainal masih tetap menganggap dirinya seorang anak kampung.

Katanya: “Bila saya diterima masuk ke Form 1 di High School Muar, setiap hari saya mengayuh basikal dari Panchor ke Muar, pergi-balik sejauh 36 batu, melalui hutan dan jalan kampung. Saya berlepas dari rumah sebelum Subuh. Saya kembali selepas tengahari. Lepas itu saya ke Sekolah Agama di kampung di mana guru besarnya adalah Cikgu Md.Yassin, bapa kepada Tan Sri Muhyidin.”

Mengenai zaman darurat, Zainal berkata: “Bila mendengar ketukan kentong di waktu malam, semua orang kampung saya lari bersembunyi, kecuali anak-anak murid Kiyai Salleh, Kiayi Datuk Haji Shamsuddin dan Guru Silat Wak Sa'at. Mereka sanggup dan berani menjadi jagoan.”

Mengenai UMNO, Zainal berkata: “Rakyat kini hilang kepercayaan dengan gelagat segolongan orang UMNO yang berlagak seperti enau dalam hutan - melepaskan pucuk masing-masing.”

Begitulah profil ringkas Zainal. Saya paparkan kisahnya kerana Zainal adalah contoh anak Melayu yang tidak luntur jatidirinya walaupun sudah berpuluh-puluh tahun merantau di negara asing. Tapi, bila saya ingatkan Zainal, saya ingat pula sahabat-sahabat lain seperti Prof Idris Abdul @ King Ragger @ mantan Penolong Naib Canselor UPM, Jeneral Yazam Mahmud @ Jeneral Yamashita, Datuk Wahab Maskan yang baru jadi CEO Sime Darby, Prof. Sahar Sawiran yang pakar dalam matematik, Ahmad Koncong yang berada dalam PTD, Hussein Pawiro yang tidak saya ketahui di mana sekarang, Ramli Yassir yang berada dalam dunia korporat, serta Nordin Ain anak Melayu brilliant yang akhirnya jadi insane akibat tekanan jiwa bila tidak mencapai keputusan memuaskan dalam HSC jurusan sains dan gagal ke universiti.

Semua sahabat-sahabat ini adalah generasi yang dilahirkan di zaman penjajah dan bersekolah menengah di era awal kemerdekaan tanahair. Majoriti mereka adalah anak-anak kampung pendalaman. Mereka lahir dalam kesederhanaan. Ada juga yang lahir dalam kemiskinan. Warna dan suasana hidup mereka berbeza-beza. Tapi, jatidiri mereka tetap tidak dilunturkan oleh kemewahan hidup di era merdeka.

Begitulah hakikatnya anak kampung pra-merdeka. Kepada Zainal dan sahabat-sahabat lainnya, saya kirimkan salam perjuangan dan selamat maju jaya. Semoga Allah SWT akan terus membimbing kita semua ke jalan hidup yang lurus dan ke jalan hidup yang benar. Insya Allah! - Ruhanie Ahmad

Friday, June 27, 2008

TUBUH NGO PULAU BATU PUTIH
SOKONG DYMM SULTAN JOHOR

Ramai sahabat kuda-kepang mengutarakan pendapat supaya ditubuhkan satu badan bukan kerajaan (NGO) khusus mengenai kedaulatan negara, khususnya bagi mendukung cita-cita DYMM Baginda Sultan Johor untuk mendapatkan semula kedaulatan Pulau Batu Putih daripada Singapura di hari muka. Apakah pandangan anda semua? Apa pendapat Datuk Hassan Ahmad dari Persatuan Sejarah? Apa pendapat Persatuan Bekas Perajurit Johor? Bolehkah mulakan usaha ini menerusi penganjuran satu forum mengenai kedaulatan Pulau Batu Putih di waktu terdekat ini?

Baca posting sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com

KEMBALILAH PANGLIMA JEBAT
MERAWAT UMNO YANG TENAT

Posting ini saya dedikasikan kepada Saudara Zainal Sikum @ Unggal - seorang sahabat lama saya di High School Muar, Johor - yang kini menetap di London. Hari ini Unggal melayarai kuda-kepang dan meninggalkan komen bahawa “as for now, many Melayu have left UMNO.”

Saya tidak akan jawab komen di atas. Sebaliknya, saya harap Unggal dan seluruh sahabat saya di merata tanahair, fahamilah maksud tersirat di sebalik posting ini yang saya petik daripada epilog kepada buku terbaru saya yang akan terbit tidak lama lagi, seperti berikut:

Saya pernah melalui hidup di zaman darurat di era Penjajahan British. Dari pengalaman peribadi, zaman itu bolehlah ditakrifkan sebagai suatu fasa kehidupan rakyat jelata yang sentiasa diancam bahaya keganasan, kekejaman, kezaliman, kemaharajalelaan dan kedurjanaan pengganas bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM). Di Mukim Empat, Batu Pahat, Johor, pengganas komunis ini lebih dikenali sebagai Komunis Bintang Tiga.

Walaupun ketika itu saya masih mentah, saya tetap menginsafi bahawa kehidupan dalam zaman darurat adalah fasa kehidupan yang sangat-sangat menuntut seluruh rakyat di kampung saya untuk memiliki peraturan, disiplin, matlamat, nilai, mindset, semangat dan jiwa perjuangannya yang tersendiri.

Seluruh tuntutan ini pula mestilah berasaskan prinsip kesamarataan, perpaduan, kerukunan, permuafakatan dan kesukarelaan. Hakikatnya begitu semata-mata untuk menjamin keselamatan nyawa dan survival seluruh penduduk kampung seandainya gerombolan Komunis Bintang Tiga datang menyerang, mengganas, membunuh dan membinasa dengan secara tiba-tiba.

Survival

Lantaran itu, seluruh penduduk kampung - kecil dan besar, tua dan muda, miskin dan kaya - dimestikan menggemblengkan minda, semangat, jiwa dan tenaga pada setiap masa. Seluruh arahan mesti diikuti, seluruh peraturan mesti dipatuhi, seluruh tuntutan mesti dipenuhi, seluruh larangan mesti dijauhi. Seluruh kemestian ini jika diengakari dan jika dikhianati, akan hanya berakhir dengan kematian dan kemusnahan.

Sebab itulah penduduk kampung saya di zaman itu sentiasa bersiap sedia, waspada dan siaga dalam melaksanakan tanggungjawab memelihara keselamatan kampung dari ancaman gerombolan Komunis Bintang Tiga.

Pada ketika itu juga penduduk kampung saya mempunyai satu set prosidur survival yang cukup rapi, berkesan serta mudah untuk diamalkan dan dipatuhi. Contohnya, adalah sistem amaran mengenai kedatangan musuh di waktu malam. Bila kami terdengar bunyi kentong bertalu-talu di tengah malam buta, itulah tandanya kami mesti segera bangun dan terus lari daripada rumah masing-masing dan bersembunyi di tempat yang selamat. Selepas itu, bila kami terdengar bunyi kentong dengan rentak yang agak lunak, itu maknanya kami boleh pulang ke rumah masing-masing kerana keadaan sudah bebas dari ancaman musuh.

[Nota: Kentong adalah sejenis alat semboyan tradisional jawa yang diperbuat daripada kayu. Sila sebut ken seperti dalam perkataan kenalan dan tong seperti dalam perkataan kelentong]

Begitu juga dengan sistem catuan makanan. Seluruh penduduk kampung dilarang menyimpan makanan berlebihan di rumah masing-masing. Sebab itulah kami terpaksa melalui sistem catuan beras kerana khuatir beras yang berlebihan akan jatuh ke tangan musuh yang lazimnya berkubu di bukit bukau, hutan belantara dan belukar di pinggiran kampung.

Berkorban

Pendek kata, waktu di zaman darurat, seluruh penduduk kampung memang dituntut untuk berkorban dengan penuh disiplin demi survival masing-masing. Dan, pengorbanan itu pula mestilah total, ikhlas dan abadi.

Demikianlah serba ringkas coretan hidup saya di zaman darurat. Iktibar yang hendak saya kongsikan daripada fasa kehidupan di zaman itu ialah: setiap anggota masyarakat yang hidup di zaman darurat sentiasa dituntut mematuhi seluruh peraturan dan arahan, sentiasa dituntut bermuafakat dan bekerjasama, sentiasa dituntut berkorban dengan penuh disiplin, secara total, ikhlas dan abadi.

Pendek kata, masyarakat yang dalam darurat mesti dijauhi daripada sebarang pengkhianatan serta sikap tamak, haloba, hasad dan dengki. Tuntutannya begitu kerana yang jadi pertaruhan kepada perjuangan anggota masyarakat yang dalam darurat adalah survival, keselamatan dan nyawa seluruh anggota masyarakat berkenaan.

Hari ini kita tidak lagi hidup dalam zaman darurat. Kita merdeka, aman, makmur dan sejahtera. Tetapi, seluruh warga UMNO sebenarnya sedang berada dalam era darurat politik. Akibat ledakan emosi, marah dan kecewa terhadap kepimpinan negara, segolongan warga UMNO telah pun memilih untuk berkelana buat sementara daripada semangat dan jiwa perjuangan UMNO.

Perkelanaan ini dilakukan bukan untuk menderhaka atau mengkhianati sesiapa. Tindakan ini dilakukan untuk memberikan isyarat yang amat serius dan cukup jelas kepada pucuk pimpinan UMNO bahawa wadah perjuangan UMNO mestilah dibersihkan daripada segala bentuk kepura-puraan, penipuan, kedurjanaan, pembohongan dan penghkianatan. Tindakan ini juga terpaksa dilakukan untuk menyingkirkan seluruh kelompok penipu, pembohong, durja dan pengkhianat daripada UMNO.

Kini, misi hati dan jiwa itu sudah dilaksanakan dengan jayanya. Kini seluruh barisan pejuang yang berkelana mesti segera kembali ke pangkuan UMNO yang dalam darurat akibat ledakan emosi, marah dan kecewa. Kini, UMNO perlu dirawat dan dipulihkan dengan segera. Kini seluruh angkatan jebat yang berkelana buat sementara waktu dalam tempoh PRU12 mesti kembali ke medan juang yang asal dan memberikan semula perjuangan mereka yang total, ikhlas dan abadi kepada UMNO.

Angkatan Jebat

Mudah-mudahan, kembalinya semula seluruh angkatan jebat ke pangkuan UMNO akan berjaya mengusir seluruh penipu, pembohong dan pengkhianat lari lintang pukang dan keluar untuk selama-lamanya daripada gelanggang perjuangan yang keramat yang diwarisi daripada datuk nenek kita sejak zaman berzaman.

Bagaimanapun, seluruh angkatan jebat mestilah kembali dengan satu ikrar panglima bahawa UMNO perlu diremajakan semula dengan semangat juang yang membara dan visi perjuangan yang nyata. Segala-galanya mesti segera dilaksanakan demi manfaat agama, bangsa dan negara.

Dan insaflah, bila sudah kembali, terapkanlah gaya perjuangan masyarakat yang dalam darurat yang sentiasa mematuhi seluruh peraturan dan arahan, sentiasa bermuafakat dan bekerjasama, dan sentiasa berkorban dengan penuh disiplin, secara total, ikhlas dan abadi.

Insafilah, sesuatu perjuangan di era darurat mestilah jauh daripada sebarang pengkhianatan serta sikap tamak, haloba, hasad dan dengki. Tuntutannya begitu kerana yang jadi pertaruhan kepada perjuangan dalam darurat adalah survival, keselamatan dan nyawa. Kepada warga UMNO, survival, keselamatan dan nyawa yang dimaksudkan adalah survival, keselamatan dan nyawa UMNO dalam konteks politik Malaysia di era pasca PRU12.

Saya pasti Unggal yang berasal daripada Lenga, Muar, faham maksud posting di atas. Lenga pun pernah dikategorikan sebagai kawasan hitam di zaman darurat dulu. Lengan dekat dengan Pagoh dan beberapa batu sahaja jauhnya daripada Bukit Kepong. Semua kawasan ini adalah tempat permainan Mat Indera, komunis Melayu yang akhirnya dibunuh hanya dengan memakan daun kecubung! - Ruhanie Ahmad

Thursday, June 26, 2008


MESEJ DARIPADA MR X KEPADA KUDA-KEPANG

"Cuma nak beritahu saudara telah dipilih sebagai calon untuk Blog Malaysia Yang Paling Bagus – BLOGGER (Bahasa)."

Komen: Betul ke? Terima kasih. – Ruhanie Ahmad
PULAU BATU PUTIH DAN MINYAK

Kiriman Politica

Sama ada wujud ganjaran atau tidak, kedaulatan Malaysia memang sudah tergadai menerusi keputusan ICJ terhadap kes Pulau Batu Putih.

Kalau kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang serius mengenai hal ini tentunya dia telah bermati-matian melobi semua pihak terbabit untuk memenangi kes tersebut.

Tetapi, kini Pulau Batu Putih pun tergadai. Implikasinya cukup luas. Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan sempadan perairan Singapura kini jadi lebih jauh.

Ini bermakna Singapura Petroleum Company kini mempunyai peluang menikmati sebahagian daripada rizab minyak dan gas yang terdapat di pelantar benua Laut China Selatan.

Ini juga bermakna kawasan tangkapan ikan untuk nelayan pantai Malaysia jadi semakin singkat dan sempit. Pendapatan mereka juga makin berkurangan.

Pulau Batu Putih akan jadi pintu kawalan Singapura bagi kapal yang masuk ke Selat Teberau daripada arah timur.

Walaupun suatu hari nanti projek Jambatan Bengkok mungkin dibina semula dan Selat Teberau jadi laluan kapal antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dengan Pelabuhan Pasir Gudang, Pulau Batu Putih akan menyebabkan laluan itu tidak lagi strategik kepada Malaysia sepeti sebelumnya.

Pulau Batu Putih memang strategik. Singapura pasti sanggup bergolok dan bergadai untuk mendapatkannya. Pulangan yang diperolehi daripada kedaulatan Singapura ke atas pulau itu tidak ternilai harganya.

Anehnya, kenapa kepimpinan Abdullah tidak menyedari hal-hal strategik seperti ini. Atau, mungkinkah hal-hal ini memang sengaja tidak dihiraukan langsung oleh kepimpinan Abdullah?

Wednesday, June 25, 2008

PULAU BATU PUTIH DAN PETA UNCLOS

Kiriman Ibnu A Rahman

Saya terpanggil memberikan fakta bagaimana Pulau Batu Putih tergadai. Dalam tahun 1975, Malaysia telah menggariskan sempadan maritim dan memajukan peta sempadan tersebut ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk penegetahuan dunia.

Semua negara yang meratifikasi Undang-Undang Laut UN (UNCLOS) berbuat demikian, termasuk Singapura.

Bagaimanakah peta yang menunjukkan tuntutan kita yang sepenting ini tidak dijadikan bahan bukti di ICJ?

Perbincangan mengenai isu Pulau Batu Putih mesti diteruskan kerana kita bukan hanya kehilangan sebuah pulau kecil, tetapi hakikatnya kita telah hilang kedaulatan perairan lebih 70 batu persegi, termasuk laluan kapal-kapal keluar masuk ke Singapura dari Laut Cina Selatan.

Kita telah hilang kuasa strategik mengawal kapal-kapal dalam peperangan. Di pulau inilah nanti didirikan system pertahanan Singapura yang canggih yang bakal menggugat pertahanan udara dan maritim Malaysia!

Harap teruskan perbincangan isu yan g menyayat hati kita ini!!!!

Tuesday, June 24, 2008

BERAPA NILAI KEDAULATAN NEGARA?

Nilai kemerdekaan, kedaulatan serta maruah negara-bangsa Malaysia adalah bersamaan dengan darah dan nyawa rakyat Malaysia yang sentiasa setia dan sentiasa rela untuk berkorban demi agama, bangsa dan tanahairnya.

Oleh itu, desas-desus yang mengatakan kononnya sekumpulan individu Malaysia dikatakan telah menerima wang beribu-ribu juta ringgit jumlahnya sebagai ganjaran memudahkan kedaulatan Pulau Batu Putih diserahkan oleh ICJ kepada Singapura bulan lalu, adalah sesuatu yang amat mustahil.

Desas-desus berkenaan kini dikatakan tersebar di kalangan segelintir rakyat Malaysia, khususnya setelah Sultan Johor, Sultan Iskandar, bertitah bahawa baginda berazam penuh untuk mendapatkan semula Pulau Batu Putih daripada Singapura.

Soalnya, mengapakah desas-desus ini disebarkan pada ketika ini? Adakah ianya mahu dijadikan diversion kepada azam baginda Sultan Johor "untuk mendapatkan semula Pulau Batu Putih daripada Singapura? Adakah ianya benar? Betulkah satu skrip bank untuk membuktikan wujudnya ganjaran tersebut kini dikatakan berada di dalam satu fail berwarna silver? Betulkah fail berkenaan kononnya tersimpan di dalam satu besi di suatu tempat yang khusus dan tertentu? – Ruhanie Ahmad

Saturday, June 21, 2008


POLITIK SABAH BERGEGAR HARI INI?

Saya baru sahaja menerima satu maklumat penting yang mengatakan bahawa politik Sabah akan bergegar pada hari ini. Bagaimanapun, maklumat ini tidak diperincikan oleh pihak pengirimnya.

Biarpun begitu, dua hari lalu saya menerima maklumat bahawa segolongan komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah diura-urakan akan keluar daripada BN sebagai memenuhi aspirasi strategik siasah masing-masing.

Di samping SAPP yang telah menggemparkan kita semua beberapa hari lalu, PBS pimpinan Joseph Pairin Kitingan, pula dijangka keluar daripada BN.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh pengirim mesej di atas kepada saya? Mungkinkah PBS akan keluar BN?

Sama-samalah kita tunggu perkembangannya dengan tenang untuk memastikan sama ada maklumat awal pagi ini memang benar atau sebaliknya. – Ruhanie Ahmad

AMBIL SEMULA PULAU BATU PUTEH:
TITAH SULTAN JOHOR WAJAR DISOKONG

Ruhanie Ahmad

Rakyat jelata Malaysia, khususnya warga Johor, wajar menyokong penuh azam murni DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar, untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh daripada Singapura.

Sokongan padu ini amat penting kerana Pulau Batu Puteh memang hak milik Kesultanan Johor Darul Takzim. Pulau ini juga warisan bangsa Melayu di bumi Malaysia yang berdaulat dan merdeka. Inilah hakikatnya. Inilah sejarahnya.

Lantaran itu, sifatkanlah iltizam Sultan Johor ini sebagai kemuncak kepada rasa tidak puas hati rakyat Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Puteh yang dibuat pada 23 Mei 2008.

Iltizam ini juga klimeks kepada kekecewaan rakyat Malaysia terhadap sikap kiasu serta semangat kejiranan Singapura yang terbukti seolah-olah tidak tulen dan tidak abadi kerana tergamak mempertikaikan status kedaulatan Pulau Batu Puteh berasaskan pelbagai agenda strategiknya yang tersendiri.

Oleh itu, Singapura perlu menerima titah Sultan Johor dengan sikap yang terbuka. Jangan sekali-kali republik ini menganggap kekuatan iltizam Sultan Johor untuk memiliki semula Pulau Puteh sebagai usaha mengeruhkan suasana harmoni di antara sesama jiran tetangga.

Strategik

Pihak berkuasa Malaysia pula tidak wajar menyifatkan titah Sultan Johor ini sebagai remeh dan tidak perlu dilayan dengan serius. Sebaliknya, gunakanlah pemikiran kritis, strategik dan kreatif untuk merangka pelbagai strategi serta mencari cara terbaik untuk memiliki semula kedaulatan pulau berkenaan.

Saya berpendirian begini kerana biarpun ICJ telah memberikan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, dan keputusan itu dikatakan muktamad, sesungguhnya pasti masih terdapat jalan dan cara untuk mendapatkan semula jajahan takluk Johor ini, jika kita amat serius mengenainya.

Mungkin cara terbaik untuk memiliki semula pulau tersebut boleh diperolehi menerusi bantuan kumpulan pakar yang mampu merincikan seluruh khazanah strategik di bumi Johor yang sangat-sangat diperlukan oleh Singapura. Kemudiannya, gunakanlah cara ini untuk satu proses tawar-menawar dan perundingan yang efektif.

Cara terbaik juga mungkin boleh diperolehi daripada nasihat, bantuan dan kerjasama rangkaian sahabat strategik Malaysia dalam pelbagai aspek undang-undang, sejarah, diplomasi, geopolitik dan lain-lainnya. Hasil daripada usaha ini juga boleh dijadikan bahan tawar-menawar secara berhemah dan berkesan.

Pendek kata, ambillah iktibar serta wisdom daripada kebijaksanaan silam yang tersirat di sebalik pepatah dan peribahasa Melayu. Contohnya, kalau hendak dapatkan sagu pecahkanlah ruyungnya; di mana ada kemahuan di situ ada jalannya; jika hendak seribu daya jika tidak seribu dalih; biar putih tulang jangan putih mata; patah sayap bertongkat paruh namun tetap terbang jua.

Dokumen

Sewaktu bertitah di majlis pembukaan rasmi persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada 19 Jun 2008, Sultan Johor telah dipetik oleh Bernama sebagai bertitah seperti berikut:

“Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu.”

Saya amat yakin Sultan Johor mengeluarkan titah di atas berasaskan dokumen, maklumat dan latarbelakang yang ada dalam makluman serta pengetahuan baginda.

Antaranya, sebelum menghadiri sessi akhir ICJ mengenai Pulau Batu Puteh di The Hague, Belanda, pertengahan Mei 2008 lalu, saya difahamkan bahawa Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, dipercayai telah menerima daripada Sultan Johor satu scroll dan dokumen sejarah yang sangat penting mengenai pulau tersebut.

Dokumen dan scroll ini dikatakan akan digunakan sebagai “senjata terakhir” dalam perbicaraan ICJ bagi menjamin serta mempertahankan kedaulatan Pulau Puteh terus kekal dimiliki oleh Malaysia.

Berasaskan scroll serta dokumen tersebut, Rais dikatakan telah memberitahu Sultan Johor bahawa kemungkinan besar keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh akan memihak kepada Malaysia.

Persoalannya di sini, adakah scroll dan dokumen penting ini telah benar-benar digunakan sebagai “senjata terakhir” Malaysia dalam perbicaraan ICJ? Jika tidak, mengapakah jadi begitu? Kemanakah perginya scroll dan dokumen ini sekarang?

Kecewa

Pada waktu yang sama, saya juga yakin bahawa Sultan Johor pasti berasa amat kecewa dengan apa yang telah diputuskan oleh ICJ mengenai Pulau Batu Puteh tempoh hari.

Kekecewaan ini mungkin wujud berasaskan pelbagai persoalan. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Mengapakah kerajaan Malaysia seolah-olah tidak serius dalam usahanya mempertahankan Pulau Batu Puteh di ICJ?

2. Siapakah yang menasihati serta memuktamadkan pemilihan barisan peguam antarabangsa yang mewakili Malaysia yang terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht, James Crawford, Nicolaas Jan Schrijver, Marcelo G. Kohen, dan Penelope Nevill.

3. Mungkinkah di antara mereka terdapat proksi zionis dan neoimperialis yang dikhuatiri tidak langsung bersimpati terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yang sering vokal terhadap soal-soal keganasan serta kezaliman zionis terhadap umat Islam di Asia Barat, Asia Tengah dan Asia Tenggara?

4. Mengapakah Malaysia tidak bertindak strategik dan proaktif seperti Singapura yang telah melantik “komponen asing” barisan peguamnya dari kalangan pakar undang-undang yang cemerlang, mempunyai hubungan rapat dengan Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta mempunyai sensitiviti, pengetahuan dan kefahaman mendalam mengenai geo-politik global?

5. Mengapakah dua hakim ICJ daripada Jerman dan Peranchis - dua kuasa besar di Eropah - serta daripada Venezuela yang jadi seteru utama Amerika Syarikat (AS) memberikan undinya mengenai Batu Putih kepada Malaysia?

6. Mengapakah keputusan para hakim ICJ daripada Russia, China dan Jepun - tiga negara yang intim dengan Malaysia di era Tun Dr Mahathir Mohamad – tidak memihak kepada Malaysia dalam kes Batu Puteh?

7. Mengapakah dua hakim ICJ yang beragama Islam - daripada Jordan dan Sierra Leone - seolah-olah tidak bersimpati dengan Malaysia yang pernah menjadi pengerusi Persidangan Islam Antarabangsa (OIC)?

8. Mengapakah 15 daripada 16 hakim ICJ pula memutuskan supaya kedaulatan Middle Rocks dan South Ledge yang terdekat dengan Singapura berbanding Pulau Batu Puteh, diberikan kepada Malaysia?

Integriti

Saya hormati integriti para hakim ICJ dalam membuat keputusan masing-masing mengenai kes Pulau Batu Puteh. Oleh itu, saya mempersoalkan hakikat di atas bukan untuk meragui integriti para hakim terbabit yang tidak memihak kepada Malaysia.

Sebaliknya, saya mempersoalkan hakikat di atas untuk mengetahui sejauh mana dan seserius manakah usaha-usaha diplomatik yang telah diambil oleh Malaysia untuk melobi sokongan daripada negara para hakim yang tidak memihak kepada Malaysia mengenai kes Pulau Batu Puteh, sebelum kes itu diberikan keputusan muktamad oleh ICJ.

Memang persoalan-persoalan di atas sudah jadi akademik untuk dibangkit dan diungkit pada ketika ini. Tetapi, demi Malaysia yang merdeka dan berdaulat, benarkah kerajaan kita sudah berkerja keras, secara bijaksana dan secara strategik untuk memenangi kes Pulau Batu Puteh?

Pastinya inilah antara persoalan besar yang turut jadi latarbelakang kepada titah Sultan Johor mengenai Pulau Batu Puteh baru-baru ini. Lantaran itu, adalah tidak salah untuk Sultan Johor membuat titah seperti di atas demi menebus kedaulatan negara yang sudah tergadai mungkin akibat kecuaian serta kesambil-lewaan kerajaan kita sendiri.

Friday, June 20, 2008

PANTUN UNTUK ABDULLAH

Simpan barang untuk lusa
Dalam belanga ditindih bata
Adat orang yang tamak kuasa
Pekakkan telinga butakan mata

Kiriman Cucu Tok Kedu, Pahang
http://rp-semantan.blogspot.com


Kalau lembab manakan jaya
Kalau malas papa kedana
Ada gotong royong di Putera Jaya
Pindah rumah dari Seri Perdana

Kiriman Azlan


MT kumpulan orang berharta
Pak Lah perasan di alam maya
Pekakkan telinga butakan mata
Asal menantunya yang kayaraya

Kiriman Juraimi Zainal

Thursday, June 19, 2008

ABDULLAH HADAPI TSUNAMI POLITIK FASA DUA?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kena segera bangkit daripada sindrom penafiannya dan bertindak decisive mulai sekarang. Beliau wajar membuat keputusan muktamad terhadap pelbagai persoalan. Begitulah reaksi saya kepada ura-ura komponen BN – SAPP – akan membawa satu usul undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat Isnin depan. Ura-ura ini adalah satu daripada manifestasi kehilangan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Abdullah mutakhir ini.

Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com
UNDI TAK PERCAYA PADA ABDULLAH?

Di bawah ini saya petik enam item berita Bernama hari ini mengikut waktu mereka disiarkan di http://www.bernama.com. Keseluruhannya adalah mengenai kisah Parti Maju Sabah (SAPP) yang dikatakan akan membentang satu undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat, Parlimen, Isnin depan. Sedutan berita-berita berkenaan adalah seperti berikut:

SAPP Akan Isytihar Hilang Kepercayaan Terhadap PM

KOTA KINABALU, 18 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee hari Rabu mengisytiharkan bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mendakwa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

SAPP, sebuah parti politik kaum Cina di Sabah, adalah satu daripada 14 parti komponen Barisan Nasional (BN), yang menerajui kerajaan persekutuan. – BERNAMA, 18 Jun, 2008 16:28 PM

Presiden SAPP Bayangkan Wakil Campuran Bebas

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang mengisytiharkan bahawa parti ini telah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membayangkan kemungkinan beberapa wakil rakyat dari Sabah meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sebagai "wakil rakyat" bebas.

Bekas Ketua Menteri itu juga membayangkan kemungkinan "wakil rakyat" bebas ini, anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Pakatan Rakyat, jika mereka memutuskan untuk meninggalkan parti campuran yang memerintah. – BERNAMA, 18 Jun, 2008 19:28 PM

PM Berkata Yong Bertindak Kerana Ketamakan Diri

PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan "saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya".

Abdullah tidak mengulas lanjut. Bagaimanapun, pembantunya memberitahu Bernama bahawa Perdana Menteri akan membuat huraian kemudian. – BERNAMA, 18 Jun, 2008 20:31 PM

Anggota Parlimen BN Perlu Tolak Usul Tidak Percaya Terhadap PM

MELAKA, 18 Jun (Bernama) -- Semua anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu menolak usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Isnin ini, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata semua anggota parlimen BN perlu mempertahankan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.

"Tindakan untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri di parlimen (dijangka Isnin ini) adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak demokratik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA, 18 Jun, 2008 23:06 PM

Pakatan Rakyat Akan Sokong Usul Terhadap Abdullah

SHAH ALAM, 18 Jun (Bernama) -- Pakatan Rakyat akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – BERNAMA, 18 Jun, 2008 20:41 PM

Tidak Ada Usul Tidak Percaya Diterima, Kata Speaker

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau belum menerima sebarang notis daripada mana-mana parti berkaitan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya belum terima apa-apa lagi. Tidak ada notis yang telah dikemukakan kepada pejabat saya setakat ini," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi. – BERNAMA, 18 Jun, 2008 23:27 PM

Saya amat pasti Abdullah dan BN kini sedang berusaha keras untuk menggagalkan ura-ura di atas yang belum pernah berlaku di Malaysia sebelum ini. Lantas, kita tunggu dan lihat sama ada ianya akan jadi kenyataan dan apakah pula kesudahannya. – Ruhanie Ahmad

Tuesday, June 17, 2008

UMNO CAWANGAN ADA SENJATA STRATEGIK

Warga UMNO akar umbi mempunyai pelbagai cara untuk mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri daripada persada kepimpinan parti. Antara cara-cara ini termaktub di dalam Perlembagaan UMNO. Lain-lainnya boleh distrategikan secara muafakat jika cawangan-cawangan UMNO memilih untuk menjadi kuasa pendesak sementara menunggu persidangan tahunan cawangan diadakan.

Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com
ISKANDAR MALAYSIA BOLEH SEBABKAN MELAYU TERPINGGIR?

TELUK INTAN 15 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa rancangan untuk membangunkan Iskandar Malaysia bukan sahaja akan menjadikan wilayah pertumbuhan 2,217 kilometer persegi itu sebagai 'Utara Singapura' tetapi juga bakal menyebabkan Melayu di Johor terpinggir.

Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com

Monday, June 16, 2008


ABDULLAH MASIH LAYAK MEMIMPIN UMNO?

Posting ini saya tujukan khas kepada seluruh warga UMNO - di peringkat Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan - termasuk ahli-ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.

Masanya sudah tiba untuk kita semua membuat satu keputusan penting dan segera - adakah Abdullah masih layak diberi peluang untuk terus memimpin kita semua di hari muka?

Kalau masih layak, calonkanlah semula Abdullah ke jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti akhir tahun ini. Kalau tidak layak, bertindaklah dengan tegas, berhemah dan segera untuk memberitahu Abdullah bahawa masanya sudah tiba untuk beliau mengundurkan diri daripada kepimpinan UMNO dengan serta-merta.

Saya mengajak anda semua memikirkan persoalan di atas secara serius kerana hari ini Bernama telah memetik Abdullah sebagai berkata seperti berikut:

PUTRAJAYA, 15 Jun 2008 (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Disember ini.

Beliau berkata tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding.

Semasa ditanya mengenai tarikh peralihan kuasa kepimpinan, Abdullah berkata ini akan dibincangkan dengan timbalan beliau Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang," kata beliau pada dialog dengan kira-kira 30 ketua media Forum Ekonomi Dunia di sini.

Kenyataan di atas amat luas tafsiran dan implikasinya kepada survival UMNO, masa depan orang Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya. Antaranya adalah seperti berikut:

Satu: Kenyataan-kenyataan bahawa Abdullah akan menyerahkan tampuk kepimpinan UMNO dan kerajaan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kenyataan politik yang tidak lagi membawa sebarang erti.

Dua: Kenyataan-kenyataan mengenai peralihan kuasa ini seolah-olahnya disuarakan oleh Abdullah sekadar untuk meredakan tekanan ke atas beliau supaya berundur dengan segera.

Tiga: Peralihan kuasa yang kini dipolitikkan oleh Abdullah pastinya tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Empat: Daripada maklumat yang saya perolehi dua hari lalu, Abdullah mungkin tidak akan menyerahkan tampuk kekuasaan UMNO dan negara kepada Najib atau Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, kepada satu individu yang kononnya telah direstui oleh sebuah kuasa asing tertentu.

Untuk mengukuhkan hujah keempat seperti di atas, bacalah semula tiga komen yang telah saya poskan dalam blog ini dengan jodol ABDULLAH PERLU SEGERA BERUNDUR SEBELUM UMNO JADI PEMBANGKANG? seperti berikut:

A: Abdullah mungkin nak serah jawatannya kepada “PM in waiting” and that is not Najib. Najib/Muhyiddin will have to act fast, or that “PM in waiting” is no longer waiting comes September 2008. - MMcrossings.

B: Abdullah tidak akan menyerahkan kepimpinan kepada Najib atau pun Muhyiddin, sumber terkini memberitahu saya sebentar tadi. Kredibiliti sumber ini diakui oleh peringkat antarabangsa. Najib dan Muhyiddin perlu bangkit segera sekira ingin teruskan perjuangan agenda Melayu. Mohon maaf kerana saya terpaksa dedahkan pekara ini kepada umum demi maruah perjuangan bangsa dan negara. – Pemerhati.

C: Bulan lalu Abdullah kata nak serah kuasa negara dan UMNO kepada Najib. Hari ni dah ada desas-desus Abdullah nak lantik Syed Hamid Albar jadi penggantinya. – Politica

Lima: Kemungkinan wang ringgit yang berjumlah ribuan juta akan ditabur untuk menjamin kemenangan Abdullah dalam pemilihan parti hujung tahun ini adalah amat besar.

Enam: Kesan akhir kepada segala-galanya jika Abdullah masih memimpin UMNO ialalah parti ini akan jadi semakin lemah dan mungkin hancur lebur.

Demikianlah antara tafsiran dan implikasi kepada kenyataan Abdullah di atas. Oleh itu jawablah pertanyaan di awal posting ini dengan seikhlas-ikhlas dan sejujur-jujurnya.

Oleh itu juga, Najib, Muhyiddin dan seluruhnya, segeralah bertindak sewajarnya untuk menyelamat dan memperkasakan semula UMNO.

Kalau semua pihak lambat bertindak, kemungkinan besar cita-cita pembangkang untuk melaksanakan “revolusi katak lompat” di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, seperti telah saya huraikan dalam posting semalam, akan berjaya. – Ruhanie Ahmad

Sunday, June 15, 2008

ABDULLAH PERLU SEGERA BERUNDUR
SEBELUM UMNO JADI PEMBANGKANG?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menglengah-lengahkan lagi proses peralihan kuasa Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana pada hakikatnya Abdullah sudah dipersarakan oleh rakyat jelata Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) 12.

Lantaran itu, kenyataan Abdullah yang tersiar dalam akhbar pada 14 Jun 2008, bahawa “beliau dan Najib telah muafakat dan telah setuju” bilakah beliau akan bersara dan bila pula Najib akan jadi Perdana Menteri, adalah akademik.

Baca posting sepenuhnya di:http://puteramalaysia.blogspot.com

Friday, June 13, 2008

ISU PERALIHAN KUASA CUMA SATU MUSLIHAT?

Ruhanie Ahmad

Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang gentleman. Beliau tidak pernah kelihatan agresif dalam mencarta serta mencaturkan kerjaya politiknya. Apatah lagi bertindak menongkah arus atau membelah badai dalam siasah.

Lantaran itulah Najib sentiasa berandaian bahawa majoriti insan lain juga mungkin berwatak sepertinya - bersikap dan bertindak gentleman serta bijaksana membaca apa jua mesej yang terhurai secara bersurat atau tersirat disebalik sesuatu perkembangan siasah negara.

Perwatakan Najib ini menyebabkan sebilangan besar warga UMNO mutakhir jadi resah gelisah. Mereka mahukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tampuk kepimpinan parti dan negara kepada Najib dengan seberapa segera. Tetapi, Najib pula seolah-olah terus bersuara dan bertindak mengikut rentak irama Abdullah yang nampaknya penuh muslihat berjuta rahsia.

Kebelakangan ini, Najib dikatakan bertindak dan bersuara sedemikian rupa kerana beliau mengharapkan peralihan kuasa daripada Abdullah kepada dirinya dilaksanakan “mengikut adat dan tradisi” yang diwarisi oleh UMNO sejak berzaman lamanya.

Setelah dirisik dan diselidik daripada pelbagai sumber, apa yang dimaksudkan oleh Najib seperti di atas adalah, peralihan kuasa dalam UMNO wajarlah dilaksanakan seperti proses peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman Putra kepada Tun Razak Hussein, daripada Tun Hussein Onn kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, dan daripada Mahathir kepada Abdullah.

Ini bermakna, Najib dipercayai mahukan satu proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada dirinya dilaksanakan secara ikhlas, jujur, tersusun, jelas dan tanpa campur tangan pihak-pihak di sekeliling Abdullah.

Ini juga bermaksud, Najib dipercayai mengharapkan peralihan kuasa itu mempunyai tempoh waktu yang tetap, tepat, khusus dan tertentu, di mana beliau diberikan peluang percubaan yang sewajarnya.

Model Mahathir-Abdullah

Pendek kata, model peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Abdullah dipercayai adalah contoh yang paling terdekat di hati Najib dan yang paling segar dalam ingatan seluruh warga UMNO.

Menurut model ini, Mahathir yang mengumumkan persaraannya daripada UMNO dan kerajaan pada 19 Jun 2002, hanya menyerahkan kuasa Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang sebenarnya kepada Abdullah pada 30 November 2003.

Di antara tempoh pengumuman persaraan dan penyerahan kuasa sebenarnya, Mahathir terus bekerja dan bekerja tanpa renti, baik di dalam negara atau di seberang laut.

Oleh itu, jika model Mahathir-Abdullah inilah yang diharap-harapkan oleh Najib, pastinya beliau amat kecewa bila pada 6 April 2008, Abdullah menyatakan bahawa beliau “memilih Najib sebagai penggantinya,” tetapi tidak pula ditegaskan bila waktunya dan bagaimana pula caranya.

Menurut pelbagai laporan akhbar tempatan, sewaktu berucap dalam satu pertemuan tertutup di hadapan 1000 orang kepimpinan UMNO akar umbi, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada 6 April 2008, Abdullah hanya menyatakan bahawa “Najib adalah penggantinya sebagai Presiden UMNO dan antara mereka tidak pernah ada masalah.”

Pada 7 April 2008, selepas menemui pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Sabah di Kota Kinabalu, Abdullah ditanya oleh pihak media “sama ada beliau ada memikirkan tarikh untuk bersara selepas menamakan Najib sebagai penggantinya.” Menurut Utusan Malaysia, Abdullah memberikan jawapan seperti berikut:

“Saya tidak akan memegang jawatan bertahun-tahun lamanya. Sudah tentu tidak. Saya tidak akan memegang jawatan lebih lama daripada yang sepatutnya. Saya akan bersara satu hari nanti, tetapi saya tidak akan berhenti dalam keadaan politik sekarang.”

Tempoh Khusus

Jawapan di atas membuktikan bahawa Abdullah memang belum dan mungkin tidak akan memberikan satu tempoh waktu yang khusus, jelas, khusus dan tepat, terhadap persoalan bilakah beliau akan menyerahkan tampuk kekuasaan kerajaan dan UMNO kepada Najib.

Kenyataan di atas juga menggambarkan bahawa proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib tidaklah seperti yang dikatakan dicita-citakan oleh Najib - dilaksanakan “mengikut adat dan tradisi” yang diwarisi oleh UMNO sejak berzaman lamanya.

Biarpun begitu, Najib tetap tenang dan tetap gentleman. Pada 7 April 2008, beliau berkata bahawa dirinya tetap “berterima kasih dan menghargai kepercayaan Abdullah yang menamakan beliau sebagai penggantinya untuk jawatan Perdana Menteri.”

Najib juga menyatakan bahawa “sebelum ini pendirian Perdana Menteri itu telah dizahirkan secara tertutup” kepada dirinya dan beberapa anggota kerajaan. Tetapi, hanya pada 6 April 2008, baru pertama kali Abdullah menghebahkannya secara terbuka.

Jika begitu hakikatnya, mengapakah pada 6 April 2008, Najib dilaporkan oleh beberapa media perdana sebagai “enggan mengulas apabila ditanya kenyataan Abdullah yang berharap Najib akan menggantikannya bagi menerajui negara ini” seperti ditegaskan dalam perenggan di atas?

Tidakkah ini agak ironis? Atau, mungkinkah terdapat sesuatu yang menghalang Najib, walaupun secara gentleman, untuk menyuarakan isi hatinya yang sebenar pada ketika ini?

Bagaimanapun, isi hati sebenar Najib mungkin tersirat di sebalik kenyataan beliau pada 3 April 2008. Ketika itu, Najib ditanya oleh media tempatan, “apakah UMNO kini memerlukan perubahan besar-besaran?” Najib menjawab bahawa “sebarang tindakan bergantung kepada kehendak dan suara ahli. Suara ramai dalam parti yang akan menentukan hala tuju dan masa depan parti.”

Suara Ramai

Hakikatnya mungkin begitu kerana Najib memang insaf bahawa keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 12 adalah sebahagian daripada “suara ramai” rakyat jelata, termasuk warga UMNO, yang mahukan Abdullah mengosongkan kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas PRU berkenaan.

Oleh itu, seluruh pemimpin UMNO wajarlah mampu membaca serta menganalisa isi hati Najib yang sebenar-benarnya mutakhir ini. Janganlah bertindak seperti apa yang dinyatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Dalam satu kenyataannya pada 2 April 2008, dan disiarkan dalam Utusan Malaysia 3 April 2008, Shahiruddin dipetik sebagai berkata bahawa “ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) perlu berani menegur Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, jika mahu melihat UMNO pulih semula dan bukannya berpura-pura memberikan sokongan yang akhirnya membawa rebah.”

Shahiruddin dilaporkan sebagai membuat kenyataan di atas “kerana beberapa tindakan yang diambil ahli-ahli MT parti ketika ini sudah lari daripada masalah sebenar bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. Isu sebenar ialah UMNO gagal mempertahankan kekuasaan yang dimiliki selama ini dan menjadi tugas MT parti untuk menarik kembali sokongan semua kaum, khususnya orang Melayu, untuk menyokong UMNO. Ahli-ahli MT UMNO harus jujur, berani memberikan pandangan yang ikhlas dan benar kepada pucuk pimpinan parti.”

Pada waktu yang sama, seluruh pemimpin dan warga UMNO juga perlu menghalusi kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 3 April 2008, dan dilaporkan oleh Utusan Malaysia 4 April 2008, seperti berikut:

UMNO mengakui salah satu kelemahan yang menyumbang terhadap prestasi kurang memuaskan parti pada PRU 12 adalah faktor kepimpinan. Sebab itu kepimpinan yang kuat memang amat diperlukan oleh semua parti politik dan UMNO juga tidak terkecuali. Dengan kepimpinan yang kuat, ia akan melicinkan parti untuk bergerak ke hadapan dengan baik di samping mampu menambat keyakinan rakyat.

Apabila ditanya apakah Abdullah boleh ditakrifkan sebagai mempunyai kepimpinan yang kuat, Muhyiddin berkata bahawa beliau “rasa tak perlu menjawab soalan tersebut.’’ Apabila ditanya, apakah desakan-desakan yang meminta Abdullah berundur boleh menggambarkan wujudnya krisis di dalam UMNO kini, Muhyiddin berkata, ‘‘saya hendak kata, ia bukan satu krisis yang besar. Tapi, ia boleh menjadi satu krisis yang besar sekiranya tidak diuruskan dengan baik.”

Mala Petaka

Muhyiddin juga berkata, pandangan pemimpin veteran, Tan Sri Mohamed Rahmat, bahawa UMNO kini hampir hilang kuasa, memang baik dan seharusnya perlu untuk berperasaan sebegitu. Jika Melayu tidak peka atau menganggap keputusan PRU yang lalu sebagai perkara biasa, maka ia jelas satu perbuatan yang lalai. Apabila lalai, ia akan membawa mala petaka dan bencana yang lebih besar. Jadi eloklah ada peringatan seumpama itu. Lebih penting, bukan sahaja peringatan, tetapi apa yang perlu dilakukan. Jadi kesedaran telah ada dan oleh itu sesuatu segera perlu dibuat kerana jika tidak, Nauzzubillah, ada benda yang buruk akan berlaku kepada orang Melayu.

Maka terserahlah kepada seluruh pemimpin dan warga UMNO di segenap peringkat, di seluruh negara, untuk memperincikan seluruh hakikat di atas dan kemudiannya membuat keputusan yang sesuai dengan “suara ramai” seperti yang ditegaskan oleh Najib, yang “tidak berpura-pura” seperti yang disuarakan oleh Shahiruddin, dan untuk mengelakkan sesuatu yang buruk yang mungkin “akan berlaku kepada orang Melayu” seperti dihuraikan oleh Muhyiddin.

Latarbelakang utama kepada keputusan yang dibuat kelak adalah, Abdullah sudah menghebahkan bahawa beliau akan melaksanakan peralihan kuasa kepada Najib. Tetapi, Abdullah seolah-olah menghebahkan kenyataan itu semata-mata sebagai satu muslihat yang penuh berjuta rahsia.

Sebab itulah Abdullah tidak menarik balik kenyataannya bahawa beliau akan terus mengekalkan kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan parti hujung 2008 ini. Sebab itulah juga Abdullah hanya menyatakan di Kota Kinabalu pada Pada 7 April 2008, bahawa beliau “tidak akan memegang jawatan bertahun-tahun lamanya” dan beliau “akan bersara satu hari nanti tetapi saya tidak akan berhenti dalam keadaan politik sekarang.”

Dan, paksi persoalan kepada keputusan yang mungkin diambil adalah, wajar atau tidak seluruh pemimpin dan warga UMNO, di semua peringkat dan di seluruh negara, dengan segera bertanya secara rasmi kepada Abdullah, bilakah tempoh waktu yang jelas, tepat, khusus dan pasti, untuk beliau melaksanakan proses peralihan kuasa kerajaan dan UMNO kepada Najib.

Atau, wajar atau tidak - demi agama, bangsa dan tanahair - sewaktu UMNO seolah-olah berada dalam keadaan darurat ketika ini, seluruh pemimpin dan warga UMNO memujuk Abdullah dengan penuh hemah dan budibahasa, supaya beliau mengundurkan diri daripada persada kekuasaan dan kepimpinan kerajaan dan UMNO, dalam tempoh terdekat ini?

Akhir sekali, jika seluruh keputusan dan tindakan yang mungkin akan diambil oleh pemimpin dan warga UMNO, gagal untuk menginsafkan Abdullah terhadap realiti siasah semasa, fikir-fikirkanlah, mungkinkah seluruh gembar-gembor mengenai peralihan kuasa kepada Najib kebelakangan ini memang hanya satu muslihat yang penuh berjuta rahsia? Dalam keadaan sedemikian, fikir-fikirkanlah keputusan dan tindakan selanjutnya, secara ikhlas, jujur, tegas dan berani, demi agama, bangsa dan tanahair.

Thursday, June 12, 2008

EKONOMI MALAYSIA MEREDUM SEPTEMBER 2008?

Info di bawah ini adalah daripada seorang pelayar blog ini yang enggan disiarkan namanya. Info sepenuhnya adalah seperti berikut: Satu sumber memberitahu saya bahawa selepas Olympic Games di China, ekonomi dunia akan terjun menjunam. Sebuah negara Barat pula menjangkakan Malaysia akan mengalami krisis ekonomi yang paling teruk mulai September 2008.

Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com
ABDULLAH BERKUASA HINGGA 2010?

Portal berita Malaysia Today, 11 Jun 2008, menyiarkan satu laporan Business Times Singapura yang menyatakan cadangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO sehingga 2010 sebagai “could be overly ambitious” atau satu cita-cita yang keterlaluan.

Berita berkenaan amat menarik. Laporan sepenuhnya adalah seperti berikut:

Devising a face-saving exit for Abdullah

Going by the consensus emanating from last week's retreat of leaders of the ruling United Malays National Organisation (Umno) - or at least going by what wasn't said - Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's plans to stay in power until 2010 could be overly ambitious.

According to Umno insiders, the meeting comprising most members of the party's supreme council, its highest policymaking body, discussed the leadership issue and the need for a smooth transition of power between Abdullah and Datuk Seri Najib Razak, his deputy in both government and the party.

However, the insiders said that almost no one came out in strong defence of Abdullah or indicated that he could complete his full term as leader.

Instead, the insiders claimed that the consensus seemed to be that Abdullah should be allowed to defend his presidency in December's party polls, after which he should leave with his dignity intact perhaps between March and June next year. Najib indicated to the members, apparently, that the final transition date would be worked out between the prime minister and himself.

If Umno's top leadership is any guide to the wishes of the party faithful, the decision by them last week could put paid to the dreams of Trade Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin of making a speedy grab for the position of Umno's deputy president. It will also disappoint former premier Tun Dr Mahathir Mohamad, who has made no secret of the fact that he wants Abdullah out - yesterday, if possible.

Even so, it isn't clear if the party's top leadership does represent the will of the masses, who are said to be very restive following Umno's mauling in the March general election. Indeed, some Umno officials said that unless Abdullah made his transition plans very clear before October, he might not qualify to stand for election - anyone wanting to be president of Umno has to get nominations from at least 58 divisions.

Ironically, the officials also said that Najib would prefer to wait for Abdullah to hand over the reins after the December polls. The reason: he would then have three freshly elected vice-presidents to choose from for his deputy.

If, on the other hand, he takes over before December, he would be saddled with Muhyiddin. Among the current three, one (former Negri Sembilan chief minister Isa Samad) was suspended for "money politics" in 2006, while the other (Malacca chief minister Mohamad Ali Rustam) really isn't considered leadership material.

On another level, the party has to contend with a new phenomenon arising from claims by certain quarters - Dr Mahathir, for one - that Malay dominance (Umno's so-called raison d'etre) is under threat because of the party's dismal showing in the general election.

Ordinarily, such a fundamental threat would have tremendous resonance with Malay voters, but political analysts have pointed out that the recent food (and now fuel) price hikes have taken precedence over parochial concepts like race. "It will be difficult to whip up sentiment over Malay dominance when people are worried about prices," conceded one party official. — Singapore BT

Berita di atas disiarkan di Singapura - negara jiran yang banyak mengaut faedah daripada keperdana-menterian Abdullah. Jadi, mengapakah berita tersebut tersiar di Singapura? Adakah negara itu sudah meramalkan bahawa Abdullah mungkin tamat kekuasaannya dalam tempoh terdekat ini?

Apa pendapat anda? Mungkinkah Abdullah terus berkuasa sehingga 2010? Mungkinkah beliau akan digegarkan oleh desakan akar umbi UMNO supaya mengosongkan kerusi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan seberapa segera, selewat-lewatnya akhir Jun 2008 ini?

Wednesday, June 11, 2008

SHAHIDAN KASSIM JADI BLOGGER?

Saya menerima satu komen seperti berikut: http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/
dan
http://shahidankassim.blogspot.com/. dengan mesej: Saya. Ron tolong publis sikit.

Bila saya akses kedua-dua alamat di atas, saya dapati kedua-dua blog berkenaan adalah mengenai Perlis. Soalnya, benarkah mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidah Kassim, kini mengendalikan kedua-dua blog di atas?

Posting pertama dalam blog shahidan, mengenai kod etika bloggers, wajar dibaca dan dihalusi oleh semua pihak.

Selamat datang ke dunia bloging, Shahidan! Moga-moga selepas ini tiada lagi para pembenci bloggers, termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang akan menghina bloggers dengan label-label negatif.

Diharapkan RTM 1 juga akan mengundang bloggers VVIP seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Shahidan ke rancangannya setiap Ahad dengan waktu yang dipanjangkan sekurang-kurangnya satu jam lamanya.
KEPALSUAN TERANCANG
DAN BERKESINAMBUNGAN?

Kiriman Hakimie

Ketika berucap dalam suatu kempen pra pilihan raya umum (PRU12) di Terengganu, pada 1 Mac 2008, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan oleh media massa sebagai berkata bahawa beliau berhasrat membanteras kemiskinan di Malaysia. Bagaimanapun, tiga bulan selepas itu, dilaporkan pula bahawa kerajaan pusat pimpinan Abdullah menaikkan harga runcit petrol dan disel di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, adakah janji-janji yang ditaburkan oleh Abdullah pada 1 Mac 2008, hanya suatu kepalsuan yang terancang dan berkesinambungan?

Baca posting sepenuhnya di http://puteramalaysia.blogspot.com
KEPUTUSAN NAIKKAN HARGA MINYAK
PERLU “SAFETY NET” UNTUK RAKYAT

Ruhanie Ahmad

Kenaikan harga minyak adalah fenomena global. Ia adalah hasil perancangan serta strategi halus puak zionis yang menguasai pentadbiran Presiden George W Bush di Amerika Syarikat (AS). Ia bermula sejak Perang Antiterorisme Global (PAG) pada Oktober 2001.

Sebab itulah antara matlamat yang tersirat dan yang paling utama di sebalik PAG adalah seperti berikut:

Satu: Untuk menguasai seluruh negara dan wilayah yang jadi telaga minyak dan gas yang besar di seluruh dunia.

Dua: Untuk menguasai seluruh negara dan wilayah yang mempunyai perairan strategik di dunia untuk dijadikan laluan kepada pengeksportan petroleum daripada Asia Barat menuju ke Asia Timur, khususnya ke Republik Rakyat China.

Tiga: Untuk mewujudkan hegemoni AS di negara dan wilayah yang mempunyai rizab minyak dan gas yang besar di dunia yang belum diterokai oleh mana-mana pihak.

Empat: Untuk mewujudkan pangkalan tentera AS - darat, laut dan udara - bagi menjamin hegemoni AS di negara dan wilayah berkenaan.

Seluruh matlamat di atas membolehkan AS dan sekutunya menguasai dan memonopoli pengeluaran, penawaran, pemasaran, pengangkutan serta penetapan harga minyak dan gas bagi pasaran dunia.

Telaga Kering

Matlamat di atas juga memungkinkan AS menguasai pengeluaran minyak dan gas di negara dan wilayah yang mempunyai rizab yang belum dieksploitasikan.

Segala-galanya di atas dirancang dan dilaksanakan kerana seluruh telaga minyak dan gas di dunia Barat dan lain-lain wilayah bukan Islam adalah semakin pupus dan kering.

Buktinya, perangkaan 2003 mendapati Amerika Utara hanya mempunyai 54.2 billion tong rizab minyak dan 282.1 trillion kaki padu rizab gas cecair asli, sementara Amerika Tengah serta Amerika Selatan hanya mempunyai 96 billion tong rizab minyak dan 250.2 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.

Perangkaan yang sama mendapati Eropah Barat hanya mempunyai 17.7 billion tong rizab minyak dan 182.4 trillion kaki padu rizab gas cecair asli, sementara Eropah Timur dan Russia hanya mempunyai 50.7 billion rizab minyak dan 150.5 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.

Republik Rakyat China pula hanya mempunyai 24 billion tong rizab minyak dan 42.8 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.

Buktinya, menurut perangkaan 2003, Arab Saudi mempunyai 261.8 billion tong rizab minyak dan 228.2 trillion kaki padu rizab gas cecair asli, Iraq mempunyai 112.5 ribu billion tong rizab minyak dan 112.6 trillion kaki padu rizab gas cecair asli, dan Emiriyah Arab Bersatu mempunyai 97.8 ribu juta tong rizab minyak dan 204.1 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.

Iran yang mungkin diperangi oleh Israel dan AS tidak lama lagi, mempunyai 89.7 billion tong rizab minyak dan 939.4 trillion kaki padu gas cecair asli.

Imbangi China

Demikianlah antara latarbelakang kepada kenaikan harga bahan bakar mutakhir ini. Ia berlaku kerana zionis dan AS mahu menjadikan petroleum sebagai senjata strategik untuk menguasai negara serta wilayah Islam di seluruh dunia.

Ia juga berlaku kerana zionis dan AS mahu menjadikan minyak dan gas sebagai senjata strategik untuk memanipulasikan kebangkitan Republik Rakyat China.

Pada 6 Jun 2008, harga minyak mentah di pasaran dunia kian melambung bila Timbalan Perdana Menteri Israel, Shaul Mofaz, membuat kenyataan bahawa negaranya, mungkin dengan bantuan AS, akan menyerang Iran - satu-satunya negara pengeluar minyak dan gas di Teluk Parsi yang belum lagi berjaya dikuasai oleh Barat.

Pada akhir Mei 2008, terdapat pula satu laporan dari London yang menyatakan bahawa kesan harga minyak diramal akan menyebabkan AS dan Britain dicengkam kemelesetan yang amat serius, lebih serius daripada zaman meleset pada awal 1990-an dan 1970-an.

Oleh itu, dunia seluruhnya pasti akan sama-sama menuju ke zaman meleset yang serius akibat kenaikan harga minyak dan manipulasi ekonomi dunia oleh pihak-pihak Barat.

Malaysia tidak terkecuali daripada ancaman ini. Tetapi, adakah kerajaan Malaysia sudah menggunakan seluruh kebijaksanaannya dalam menangani fenomena kenaikan harga minyak dan kemelesetan ekonomi dunia mutakhir ini?

Apakah pengumuman kerajaan menaikkan harga minyak minggu lalu digandingi dengan strategi komprehensif yang mengambilkira inflasi dan kesengsaraan rakyat jelata seluruhnya?

Adakah kenaikan harga minyak ini dipakejkan dengan strategi-strategi lain yang kemas, berkesan dan tidak membebankan rakyat jelata?

Social Safety Net

Tidakkah seluruh pengumuman kerajaan berikutan kenaikan harga minyak ini merupakan strategi yang kelam-kabut, tidak kemas, tidak menyeluruh dan terlalu adhok bentuknya?

Lantaran itu, tidak wajarkah kerajaan merujuk semula kepada strategi menyelamatkan ekonomi negara yang digubal dan dilaksanakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) di era Tun Dr Mahathir Mohamad, sewaktu Malaysia dilanda krisis matawang pada 1997?

Lantaran itu juga, tidak wajarkah kerajaan menggubal strategi dan dasar komprehensif berasaskan seluruh kemungkinan global supaya apa jua yang akan dilaksanakan dalam menangani fenomena kenaikan harga minyak dan kemelesetan ekonomi dunia adalah sesuatu yang rapi, praktikal, tidak mendera rakyat jelata, tidak adhok, dan tidak haru-biru?

Pada waktu yang sama, perlulah bagi kerajaan mewujudkan “social safety net” atau jaringan keselamatan sosial bagi menangani kenaikan harga minyak dan zaman meleset yang mungkin tiba tidak lama lagi.

Tanpa “social safety net” yang komprehensif dan rapi, kesan inflasi pasti akan mendera dan menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan di kalangan rakyat jelata.

Oleh itu, penggubalan "social safety net" ini amat perlu dilaksanakan segera oleh kerajaan. Ini kerana apa yang sedang dilaksanakan pada ketika ini nampaknya seolah-olah tidak terancang dan tidak komprehensif.

Akhir sekali, seluruh bentuk “social safety net” yang akan diwujudkan kelak mestilah bukan sesuatu yang boleh menjejaskan kecekapan kerajaan dalam perjuangannya membela rakyat jelata.

Sunday, June 08, 2008

HARGA PETROL NAIK?

Saya akan pulang ke tanahair esok. Saya dengar harga petrol naik lagi. Lepas ni harga barang tentu akan naik. Harga pengangkutan juga akan naik. Semua akan naik.

Apa harus kita buat? Kali pertama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi naikkan harga minyak, popularitinya meredum. Kali kedua beliau naikkan harga petrol, popularitinya lagi meredum.

Kali ini? Adakah beliau akan terus meredum dan terkeluar daripada kerajaan? – Ruhanie Ahmad

Wednesday, June 04, 2008

CONTOH SOKONGAN BAWA REBAH?

Di bawah ini adalah secebis berita yang menggemparkan. Ia membuktikan wujudnya segelintir individu dalam UMNO yang jelas enggan menerima realiti perlembagaan parti.

Ia juga membuktikan betapa individu kategori ini memang hanya berjuang untuk kepentingan pemimpin tertinggi parti biarpun kenyataan mereka boleh diibaratkan sebagai sokong bawa rebah.

Sebenarnya, apa yang disuarakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Naib Presiden UMNO dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim selaku ahli Majlis Tertinggi UMNO, dalam konteks kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor, ke dalam UMNO baru-baru ini, adalah kenyataan yang selaras dengan tuntutan Perlembagaan UMNO.

Kenyataan Muhyiddin dan Rais disokong oleh segolongan besar warga parti tersebut. Warga UMNO mengambil pendirian ini kerana mereka tidak setuju dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO yang mengatakan bahawa Ezam kembali ke pangkuan UMNO tanpa sebarang syarat atau keistimewaan setelah “tiada bantahan” oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO.

Oleh itu, seluruh individu yang mencadangkan Muhyiddin dan Rais “perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar” perlu ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka.

Ini kerana tindakan Muhyiddin dan Rais menyuarakan pendapat mereka mengenai Ezam bukan “menampakkan kelemahan parti di mata rakyat.”

Sebaliknya, mereka bertindak sedemikian kerana keputusan Abdullah menerima kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO secara tergesa-gesa adalah tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan UMNO.

Untuk menyelami suara sokong bawa rebah ini bacalah sendiri berita penuh mengenainya seperti berikut:

Gesa Muhyiddin, Rais Dirujuk Ke Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR 3 Jun - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara terbaru yang dibangkitkan kedua-dua pemimpin itu ialah mengenai kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan Muhyiddin dan Rais itu menampakkan kelemahan parti di mata rakyat selain memberi ruang kepada parti pembangkang untuk mengambil kesempatan terhadap pergolakan dalaman UMNO.

''Baru-baru ini, seorang menteri dan dua ahli Parlimen UMNO dikatakan boleh dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti kerana bertelingkah di dada akhbar kerana menyalahi pekeliling yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar UMNO.

''Kenapa dua pemimpin ini tidak boleh diambil tindakan seperti mereka bertiga," katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen hari ini.

Akhir bulan lalu, Muhyiddin berharap tindakan beberapa bekas pemimpin PKR menyertai semula UMNO adalah ikhlas dan bukan satu perangkap seperti 'hadiah kuda Trojan'.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, Rais membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.

Musa memberitahu, semua ahli UMNO perlu ikhlas terhadap perjuangan parti dan tidak sesekali mempertikaikan keikhlasan individu yang berpindah parti.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, semua pemimpin terutama ahli MT perlu mematuhi arahan Setiausaha Agung UMNO untuk tidak mendedahkan sebarang pertelingkahan dalaman parti menerusi akhbar.

''Semua pemimpin UMNO perlu akur untuk menjaga keharmonian parti keramat itu bagi mengelakkan salah faham antara pemimpin atasan dengan bawahan yang memungkinkan terjadinya pertelingkahan.

''Kalau pemimpin atasan boleh mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya, bertelingkah antara satu sama lain di dalam akhbar, ia menunjukkan kelemahan pentadbiran,'' ujarnya.

Syed Ali juga berharap semua pemimpin UMNO menunjukkan sikap bertanggung jawab supaya ahli-ahli di peringkat akar umbi dapat menghormati antara satu sama lain.

Katanya, ia termasuklah menyelesaikan masalah di peringkat bahagian tanpa melibatkan campur tangan daripada pihak media.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Monday, June 02, 2008

CATUR POLITIK UMNO MUTAKHIR:
TROJAN HORSE DAN BOM JANGKA

Ruhanie Ahmad

Perkembangan politik UMNO mutakhir ini amat ironik dan menarik. Kini ada kisah “bom jangka.” Kini juga ada kisah “trojan horse.”

Kisah “bom jangka” membabitkan pihak yang baru keluar daripada UMNO. Kisah “trojan horse” membabitkan kelompok yang baru kembali ke pangkuan UMNO.

Kedua-dua perkembangan ini juga adalah mengenai percaturan kuasa. Ia membabitkan pihak yang membangkang kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia juga membabitkan pihak yang kononnya mahu membantu memperkukuhkan kedudukan Abdullah.

Baca posting sepenuhnya di: http://puteramalaysia.blogspot.com

Siri Tiga:

ABDULLAH DAN GEOPOLITIK:
Tekanan Awal Dari Amerika Syarikat

Ruhanie Ahmad

Soal sensitiviti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap perkembangan geopolitik serantau adalah penting terhadap kemerdekaan, kedaulatan dan survival Malaysia di abad ke-21. Ini kerana dalam abad inilah Amerika Syarikat (AS) mula memfokus semula hegemoninya ke Asia.

Seluruh perincian hegemoni AS ini terkandung dalam beberapa dasar dan dokumen penting karya kumpulan neo-conservative yang amat menyokong zionis yang kini menguasai pentadbiran Pentadbiran Presiden George W Bush.

Antara intisari penting dasar dan dokumen ini ialah: di abad ke-21, AS perlu mewujudkan hegemoninya di Asia - Asia Barat, Asia Tengah, Asia Selatan dan Asia Tenggara - untuk membolehkan AS terus menjadi superpower yang mampu mengimbangi kebangkitan Republik Rakyat China sebagai gergasi ekonomi di Asia Timur.

Hegemoni AS ini dipakejkan menerusi strategi ketenteraan yang dirangkumkan dengan matlamat AS menguasai seluruh telaga minyak dan gas di Asia, menguasai seluruh perairan kritikal yang jadi laluan utama kepada pengangkutan produk petroleum ke Asia Timur dan Lingkungan Pasifik, dan menguasai seluruh peluang mengeksploitasikan telaga-telaga baru minyak dan gas yang sudah dikenalpasti di wilayah Asia Tenggara.

Untuk mencapai hegemoni ini, AS menggunakan pelbagai strategi. Antara yang relevan di Asia adalah menerusi Peperangan Antiterorisme Global (PAG) seperti di Afghanistan dan Iraq.

Di Asia Tenggara, hegemoni ini diwujudkan menerusi PAG lawang kedua mulai Januari 2002 yang dilaksanakan menerusi penyebaran propaganda hitam, adu-domba, operasi hitam, operasi bendera palsu, tipuhelah, pembohongan, subversion, ugutan, sabotaj dan espionage. Sebilangan besar strategi AS di Asia Tenggara kini dipercayai sedang dilakukan oleh AS menerusi khidmat beberapa negara sekutu atau proksinya.

Berasaskan latarbelakang di atas, saya pun terus merungkai seluruh kemungkinan AS cuba mewujudkan hegemoninya di Malaysia menerusi subversion, espionage, ugutan, manipulasi ke atas kerajaan dan kepimpinan negara, atau pun menerusi kemasukan modal pelaburan menerusi proksi-proksinya.

Proses merungkai bukti-bukti ini saya lakukan kerana Malaysia adalah satu-satunya negara yang strategik kepada AS di Asia Tenggara. Hakikatnya begitu kerana Malaysia adalah ngara pesisir kepada Selat Melaka yang jadi laluan tanker petroleum menuju ke Asia Timur. Malaysia juga adalah negara pesisir utama kepada Laut China Selatan di mana pelantar benua di perairan ini sudah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai rizab minyak dan gas yang besar.

Oleh sebab itulah AS seolah-olah bermati-matian dalam usahanya untuk menguasai Malaysia. Ini kerana AS pasti akan gagal menjadi superpower yang boleh mengimbangi Republik Rakyat China jika AS gagal menguasai Malaysia walau dengan apa cara sekalipun di abad ke-21. Ini juga kerana AS amat khuatir jika Selat Melaka dan Laut China Selatan dikuasai oleh negara-negara yang tidak mesra kepada cita-cita mewujudkan hegemoninya di Asia Tenggara.

Dalam proses perungkaian ini - sebahagiannya telah di dihuraikian dalam siri satu dan dua - saya temui satu lagi contoh mengenai kemungkinan AS cuba memanipulasikan Abdullah dan kerajaan Malaysia. Contoh ini disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2003, seperti berikut:

WASHINGTON 19 Disember 2003: - Jabatan Negara Amerika mengenal pasti Malaysia sebagai antara sembilan negara yang mempunyai undang-undang atau dasar yang menyebelahi agama tertentu dan tidak berlaku adil kepada agama lain.

Laporan Kebebasan Agama Tahunan Kelima yang dikeluarkan oleh jabatan itu pada Khamis berkata undang-undang dan dasar sedemikian telah menghalang kebebasan beragama.

Laporan yang menimbulkan kontroversi itu juga meletakkan Belarus, Brunei, Eritrea, Indonesia, Israel (termasuk kawasan yang didudukinya), Moldova, Rusia dan Turki dalam kategori yang sama.

Mengenai Malaysia, laporan itu menyebut: “Islam adalah agama rasmi walaupun Perlembagaan memperuntukkan kebebasan beragama.”

“Kumpulan minoriti bukan Islam pada umumnya bebas beribadat dengan dikenakan beberapa sekatan termasuk berhubung pembinaan tempat ibadat dan tanah perkuburan.”

Laporan itu mendakwa kerajaan Malaysia memantau kegiatan penganut Syiah, yang merupakan kumpulan minoriti, serta “mendakwa berhak menahan anggota kumpulan yang dianggapnya menjadi pengikut ajaran sesat iaitu mereka yang bukan terdiri daripada pengikut ahli sunnah waljamaah.”

Laporan itu juga mengkritik Malaysia kerana menghalang umat Islam daripada menukar agama.

Laporan itu diperakukan oleh Kongres dan boleh menjejaskan hubungan serta bantuan Amerika terhadap negara terbabit. - Bernama

Kenyataan di atas disangkal oleh Abdullah menerusi laporan Utusan Malaysia 20 Disember 2003 seperti berikut:

KUALA LUMPUR 19 Disember 2003: - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak faham apakah asas Jabatan Negara Amerika menyenaraikan Malaysia antara sembilan negara yang tidak mengamalkan kebebasan beragama.

Perdana Menteri berkata, jika negara itu membuat tinjauan di kalangan rakyat bukan beragama Islam di negara ini, sudah pasti mereka mengetahui bahawa dakwaan tersebut adalah tidak betul.

“Cuba tanya (rakyat Malaysia) yang beragama Kristian dan yang beragama Buddha, kalau saya cakap dia tak percaya.

“Tanya orang lain, baru mereka diberitahu bahawa di Malaysia ini ada agama-agama lain sampaikan kita merayakan hari kebesaran mereka,'' katanya.

Abdullah mengulas laporan wakil Bernama di Washington yang menyebut bahawa Jabatan Negara Amerika mengenal pasti Malaysia sebagai antara sembilan negara yang mempunyai undang-undang atau dasar yang menyebelahi agama tertentu dan tidak berlaku adil kepada agama lain.

Saya kagum kerana Abdullah berani menyangkal kenyataan di atas. Tetapi, kenyataan yang sama juga tetap membuktikan bahawa sebaik sahaja Abdullah jadi Perdana Menteri, AS memang seolah-olah mula berusaha untuk campur tangan dalam urusan dalaman Malaysia. Sebelum ini tidak pernah kedengaran mana-mana kuasa asing mempersoalkan Perlembagaan Malaysia, waima dalam konteks apa sekalipun.

Oleh itu, soal yang berbangkit daripada dakwaan AS terhadap Malaysia seperti di atas adalah: Apakah motifnya? Mengapakah AS memperbesar-besarkan isu berkenaan di era kepimpinan Abdullah? Mengapakah tidak pernah soal yang sama ditimbulkan oleh AS di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad? Mungkinkah niat AS dalam konteks ini adalah untuk menggertak Abdullah supaya akhirnya beliau mengikut sahaja seluruh kemahuan AS dan sekutu rapatnya di seberang Selat Teberau?

Berasaskan kenyataan-kenyataan AS yang dihuraikan dalam siri satu dan dua tulisan ini, tidak mungkinkah kenyataan AS di atas juga adalah hasil suatu perancangan rapi yang bertujuan “mengugut” Abdullah supaya akur dan setia kepada AS yang mahu mewujudkan hegemonia di Malaysia?

Pada waktu yang sama, mungkinkah AS kini berusaha memanipulasikan Abdullah kerana sebelum ini AS gagal menguasai Mahathir? Sebaliknya, Mahathir pula menjadi antara negarawan dunia yang paling lantang dan berani mengkritik dasar-dasar AS, terutama sekali sewaktu AS memerangi Afghanistan dan menjajah Iraq, kononnya atas alasan memerangi apa yang mereka propagandakan sebagai kumpulan teroris Islam antarabangsa.

Seluruh persoalan di atas juga signifiken kerana Abdullah mewarisi tampuk kekuasaan kerajaan sewaktu Malaysia menjadi pengerusi NAM dan OIC, dua pertubuhan dunia yang sentiasa dicurigai oleh AS dan sekutunya. Jika Abdullah tidak digertak, tidak dipulas tangan, tidak diugut secara halus dan tidak dimanipulasikan dengan apa cara jua sekalipun, Abdullah mungkin mampu menggerakkan kedua-dua pertubuhan dunia ini selaras dengan aspirasi anggota-anggotanya yang memang curiga, sinis dan kecewa terhadap AS dan keterlanjurannya di abad ke-21.

Akhir kata buat siri ini, fikir-fikirkanlah sama ada cita-cita AS untuk menguasai Malaysia, walau pun tidak menerusi PAG, tetapi menerusi tipuhelah dan subversion, sudah mula kita rasai sekarang?

Fikirkanlah mengapa dalam era Abdullah, armada perang AS yang berulang-alik ke Asia Barat diizinkan melalui Selat Melaka dan juga diizinkan berlabuh di Pelabuhan Kelang?

Fikirkanlah mengapakah Abdullah seolah-olah tidak sensitif bila Halliburton, sebuah syarikat petroleum yang berkait rapat dengan Dick Chenney selaku Naib Presiden AS, diizinkan melabur di Iskandar Malaysia. Tidakkah Abdullah insaf bahawa syarikat ini juga memainkan peranan besar dalam PAG di Iraq? Fikir-fikirkanlah segala-galanya. - [bersambung dalam siri empat]