Sunday, July 08, 2007

Bendera Johor Berdaulat

Bendera Johor sangat berdaulat. Di zaman penjajah, bendera tersebut sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack - bendera British. Inilah hikmah kebijaksanaan kesultanan Johor untuk mempastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipertahankan, waimah di era penjajahan.

Lantaran itu, marilah sama-sama kita hayati falsafah di sebalik simbol bintang bulan dan warna-warna pada bendera Johor.

Simbol anak bulan dan bintang yang berwarna putih melambangkan Agama Islam dan kesultanan Johor yang berdaulat. Warna merah melambangkan keperwiraan rakyat jelata Johor yang mempertahankan negeri. Warna biru tua pula mencerminkan kesejagatan kerajaan negeri.

Dalam ertikata yang mudah, bendera Johor adalah lambang kedaulatan DYMM Sultan Johor, keperwiraan rakyat jelata Johor dan kesejagatan kerajaan negeri Johor. Lebih jelas lagi, bendera Johor adalah lambang yang merangkumkan institusi kesultanan, rakyat jelata dan kerajaan negeri.

Hasil kebijaksanaan kesultanan Johor, pada 1885, United Kingdom setuju menandatangani satu perjanjian dengan Johor di mana negeri itu diiktiraf sebagai sebuah negeri merdeka yang mampu mengendalikan pentadbiran sendiri. Sebab itulah pegawai tinggi British yang ditugaskan ke Johor hanya bertindak sebagai konsultan, bukannya penasihat, seperti di lain-lain negeri di Tanah Melayu ketika itu.

Dan sebab itulah juga kesultanan Johor ketka itu boleh memilih untuk mengenepikan pandangan pegawai tinggi British dalam pengurusan negeri berkenaan di era penjajah.

Kedua-dua faktor di ataslah yang membolehkan bendera Johor dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack di zaman kolonialis. Ini bermakna bahawa kedaulatan sultan Johor dan bumi Johor sentiasa dihormati oleh British walaupun di zaman penjajah.

Lantaran itu, rakyat jelata Johor wajar berbangga dengan hakikat di atas. Mereka juga perlu menghargai kebijaksanaan kesultanan Johor yang mempertahankan dan memelihara kedaulatan dan maruah bumi Johor di era penjajah.

Oleh kerana sesuatu bendera itu melambangkan perpaduan sesuatu kelompok manusia dari semua latarbelakang kehidupan di dalam sesebuah negeri atau negara, mengapakah harus ada rakyat Johor yang kurang bersemangat untuk mengibarkan bendera Johor dan bendera Malaysia menjelang sambutan kemerdekaan ke-50?

Insaflah, kalau kesultanan Johor sentiasa memelihara dan mempertahankan kedaulatan bumi Johor dan rakyat jelatanya di era penjajah, menerusi bendera Johor yang dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack, tidakkah rakyat Johor hari ini rasa terpanggil untuk terus mempertahankan kedaulatan kesulatanan dan bumi Johor mutakhir daripada sebarang ganggu-gugat oleh mana-mana pihak?

Kibarkanlah bendera Johor dengan penuh semangat dan rasa cinta, kasih dan sayang yang total kepada Johor. Kibarkanlah juga bendera Malaysia atas dorongan semangat yang sama.

HIDUP JOHOR
HIDUP MALAYSIA
KEPADA ALLAH BERSERAH.
– Ruhanie Ahmad

11 comments:

lamandau said...

Bersemangat Datuk, tahniah kerana mempunyai kecintaan kepada negeri yang begitu menebal! Saya amat setuju Dtuk, Dlm undang2 tubuh negeri Johore DT dalam bahasa inggerisny di kenali sebagi Kingdom of Johore! Sebab itu Kebawah DYMM Sultan Johor kalau di umumkan dalam bahasa inggeris di dahulukan dengan 'Your Majesty..' .Itu yang saya tahu ketika bertugas di JB selama 2 th!!!

Teberau said...

Assalamualaikum YB Datuk.

Saya terpanggil menulis komen ini kerana suntikan tulisan Datuk. Mengapa tidak seorang ahli Parlimen Johor punyai semangat seperti Datuk Ruhanie? Walau beliau bukan lagi ahli Parlimen namun suaranya masih lantang menyuarakan kedaulatan Johor. Sekarang baru kami ketahui kemungkinan besar YB Datuk Ruhanie di singkirkan dari percalonan kerana suaranya lantang menyentuh kedaulatan negara. Semua orang tahu, Datuk Ruhanie ketika dalam Parlimen suka menentang kuasa Amerika dan Singapura. Kami anak Teberau sokong pandangan YB Datuk Ruhanie kibarkan bendera Johor. Buktikan kita anak JOHOR BOLEH...

Setia Negeri- Tebrau

Anonymous said...

Saudara Lamandau dan Teberau.

Terima kasih.

Memang betul kata Lamandau bahawa dalam Bahasa Inggerisnya Johor dikenali sebagai the Kingdom of Johore. Ini terjadi hasil kebijaksanaan Kesultanan Johor menangani pihak penjajah.

Teberau: Terima kasih. Soal saya masih Ahli Parlimen atau tidak dan soal mengapa saya tidak lagi berada dalam Dewan Rakyat adalah tidak penting. Yang pokoknya, perjuangan milik semua mesti diteruskan. Bezanya perjuangan saya dulu dan sekarang hanya sekadar pada tahap dan kemampuannya.

Apa pun, saya ucapkan syabas dan terima kasih kerana Saudara menyahut seruan suara kerdil dari saya. Oleh itu, ajaklah ramai-ramai lagi sahabat kita untuk turut berpesta bendera mulai esok.

Hidup Johor.
Kepada Allah Berserah.

Salam takzim.

Pak Nujum said...

Datuk,

kita sambut gagasan datuk untuk mengibarkan bendera - bukan setakat di Johor akan saya kibarkan malahan di Kuala Lumpur dan Selangor tempat saya tinggal dan kerja akan dikibarkan bendera johor. Dulu kibar bendera Malaysia sahaja tetapi sekarang bendera Johor akan lebih tinggi dari bendera Malaysia macam DYMM Sultan Johor buat bendera Johor lebih tinggi dari bendera penjajah.

Azee said...

Aslm.datuk!

Saya dah agak bahawa Datuk tak sehaluan dgn. pembesar pembesar Johor yang berada disekeliling PM.
Saya memang tak setuju dgn.pembangunan WPI kerana kuatir dgn.bertapaknya mereka dibumi Johor orang Melayu Johor akan terpinggir.Biarlah kita tak maju tapi harta kita selamat.Buat apa negara maju tapi kebanyakan Melayu merempat dibumi sendiri.
Berteduhlah dgn.taat dibawah naungan DYMM Sultan Johor,moga moga mereka tak berani sangat nak kurang ajar.
Terima kasih datuk.

Hamizi Hamdan said...

selamat maju jaya anak-anak johor...

walaupun saya orang selangor tetapi sebenarnya keturunan jawa-bugis di sebelah ayah saya (ayah saya orang johor)...

maka, saya faham sentimen rakyat negeri johor ini... teruskanlah pertahankan hak anda, semoga anda berjaya...

goJiRa said...

Dan.. dalam pada itu, dulu-dulu saya ada dengar, kalau ikut prinsip memasang bendera, bendera Malaysia di sebelah kanan, bendera Johor di sebelah kiri. Tapi kalau ikut prinsip DiRaja Johor, bendera Johor hendaklah di sebelah kanan. Betul ke Datuk? Kalau salah, harap perbetulkan...

orgmuar said...

Akummm Datok RON..

Ayuh kita orang JOHOR kibarkan bendera JOHOR.. Kita sedarkan orang Malaysia titah DYMM Sultan Johor lebih berdaulat dari kata Perdana Menteri. Orang UMNO semua mudah lupa, kelahiran UMNO di Istana Johor. Apa tunggu lagi kita pakat pakat kibarkan bendera Johor seluruh Malaysia. Orang UMNO tahu julang keris tapi tiada semangat perjuangan menjaga kedaulatan negara. Kami meyeru kebawah DYMM Sultan Johor keluarkan saja negeri Johor dari Maslayia. Kami anak Johor sedia menurut titah Tuanku.

HIDUP JOHOR, HIDUP JOHOR, HIDUP JOHOR..

pemerhati said...

Assalamualaikum Dato dan kepada semua anak Johor membaca web laman ini.

Selaku anak watan bumi Johor amat berbangga mempunyai DYMM Sultan pentingkan kedaulatan negeri. Marilah kita sama sama kibarkan bendera negeri Johor sempena HARI KEMERDEKAAN ke50.

ALLAH SELAMATKAN JOHOR

Unknown said...

Datuk,

Kita jangan hadkan kepada anak-anak Johor sahaja,anak anak negeri lain disemenanjung,sabah dan sarawak patut turut serta mengibarkan bendera Negeri Johor.Saya akan kibarkan bendera Negeri Johor di Sungai Petani ,Kedah.A strong signal must be sent to PUTRAJAYA that the RAKYAT is not happy with the leadership and the half past six government.

kudakepang said...

Nujum, Azee, Hamizi, Gojira, Orangmuar, Pemerhati, Aah:

Terima kasih.

Pandangan serta pendapat anda semua saya sanjung tinggi.

Bagaimanapun biar saya tegaskan bahawa saya sarankan kita mengibarkan bendera bukan kerana saya protes atau berbalah dengan mana-mana pihak, apatah lagi bermasalah dengan kepimpinan negeri atau negara. Saya buat saranan ini atas cetusan semangat kasih dan sayang kepada negara dan negeri.

Saya pun turut kibarkan bendera Johor di kediaman saya di Selangor, bersama-sama dengan bendera Malaysia, bendera Selangor serta bendera Sarawak - negeri orang rumah saya. Apa pun bendera Malaysia lebih tinggi dari semuanya.

Bercakap pasal sultan dan kesultanan Melayu, atau raja-raja Melayu, harap kita rujuk kepada tulisan YM Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today mengenainya. Harap baca dan fahami Fasal 150 Perlembagaan Malaysia.

Bila anda faham dan menghayati maksud, semangat dan falsafahnya, maka kita akan insaf betapa pentingnya institusi raja kepada kita dalam Malaysia yang berbilang etnik ini.

Salam takzim.