Tuesday, July 10, 2007

Selamat Harijadi Tun Mahathir

Hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad genap berusia 82 tahun. Tarikh lahir beliau sebenarnya adalah 10 Julai 1925. Bagaimanapun tarikh “rasmi” hari kelahiran beliau adalah 20 Disember 1925.

Saya sekeluarga mendoakan selamat panjang umur kepada Tun Dr Mahathir dan semoga Allah akan terus merstui perjuangan beliau untuk agama, bangsa dan negara.

Sempena harijadi ini, mudah-mudahan rakyat jelata Malaysia akan terus menyambung perjuangan Tun Dr Mahathir yang belum selesai, khususnya untuk mempastikan Wawasan 2020 menjadi realiti yang membanggakan Malaysia.

Selamat Harijadi Tun. Majoriti rakyat masih bersamamu dalam perjuangan memartabatkan Malaysia! – Ruhanie Ahmad


8 comments:

boxxTomoi said...

Happy Birthday TUN .. semoga sihat selalu.

Hamizi said...

selamat hari jadi Tun... semoga panjang umur dan sihat hendaknya...

cakapsiang said...

Selamat ulang tahun kelahiran Tun, semoga Allah panjangkan usia, tingkatkan kesihatan dan limpahi rahmatNya.

Ji Yuan said...

Happy birthday to Tun Dr.Mahatir!

The Eugenist said...

Salam Tok..

Apakata kalau kita semua "bloggers" buat satu kenduri kesyukuran untuk Tun..

Saya ziarah Tun baru2 ni di rumah beliau. Ternyata, he is a lonely person..Tiada sapa yang datang menziarahi beliau..terutamanya kawan2 yang pernah berjuang bersama beliau dalam politik dulu..

Hesmel Faznee Faisal

spycatcher03 said...

Selamat hari jadi kedua2 TUN, semoga sentiasa dalam perlindungan ALLAH swt.

Datuk, hansemnya dalam gambar harijadi Tun!!!

Kuda Kepang said...

Boxtomoi, Hamizi, Cakapsiang,Ji Yuan, Eugenist, Spycather03.

Terima kasih.

Semalam mereka minta masing-masing hadirin buat b-day wish kepada TDM. Saya pun tulis atas poskad yang disediakan begini bunyinya:

My only wish is that you should not had resigned as the PM of Malaysia!!! Selamat panjang umur TDM dan Tun Hasmah!!!

Salam takzim

spycatcher03 said...

I too share yr sentiment Datuk. If Tun still remember what I told him sometime 2000 on a yacht" Datuk Seri, most people prefer you to die in office" I hope he remember that.