Sunday, July 29, 2007

Wahai Bloggers Malaysia Sekalian
Benarkah Kita Kumpulan Monyet?

Malang sungguh nasib bloggers di Malaysia. Mula-mula mereka dicap sebagai penembak curi. Kemudiannya, mereka dijenamakan sebagai penyebar fitnah. Hari ini, menantu Perdana Menteri pula menyifatkan mereka sebagai “monyet-monyet” yang mengamalkan undang-undang rimba.

Sebelum anda membaca kenyataan penuh Khairy Jamaluddin di bawah ini, cuba tanya pada diri kita sendiri, kalau seluruh jenama kepada bloggers di Malaysia itu boleh diterima oleh akal kita yang waras, kenapa agaknya kini banyak pihak jadi cemas, penasaran dan menggelabah sehingga ada yang membuat laporan polis terhadap sesetengah bloggers?

Dan, kalaulah Khairy dah memang berniat nak saman Malaysia Today yang dikatakan sebagai pernah memfitnah dirinya, kenapa tangguhkan niat itu? Kenapa “khuatir” tindakan itu “akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan”?

Bukankah Khairy disifatkan oleh banyak pihak di negara ini sebagai seorang anak muda yang paling berpengaruh pada ketika ini? Tunggu apa lagi? Samanlah Malaysia Today sekarang sewaktu Raja Petra Kamarudin kononnya sedang kelihatan terkontang-kanting akibat laporan polis oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Rabu lalu? – Ruhanie Ahmad

Tindakan Undang-Undang
Ke Atas Penulis Blog - Khairy

KIMANIS (Sabah), 28 Julai (Bernama) -- Tindakan undang-undang perlu diambil ke atas penulis blog yang menyebarkan laporan berbentuk fitnah di laman blog mereka, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Katanya penulis blog sebegitu tidak pernah memikirkan sensitiviti orang lain.

"Tidak ada undang-undang di alam siber kecuali undang-undang rimba. Jadi tindakan harus diambil supaya 'monyet-monyet' lain takut dan mengambil iktibar daripadanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Papar, Kimanis dan Sipitang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah membuat laporan berhubung komen orang ramai dalam laman blog itu dalam siaran 11 Julai lepas, yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi Yang di-Pertuan Agong.

Khairy berkata beliau turut difitnah dalam laman blog itu, tetapi belum mengambil tindakan undang-undang kerana khuatir akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=276104

7 comments:

annonymous said...

Ya, banyak posting Malaysia Today terhaap KJ yang di katakan 'fitnah' terutama apa yang di tulis dalam Chronocle KJ oleh RPK. ada juga 'fitnah' tentang hubungan nya dgn MK yan dinafikan sekeras2nya bahawa beliau tidak bernikah dgn MK. Siapa kata dia nikah dgn MK, dia 'kahwin' aje kot!!
Kalau betul dia tidak bersalah dan apa yang di tuliskan oleh RPK itu fitnah, saman lah!! Biarlah kes itu mengambil masa , kerana hukum tabiinya, KJ masih muda dan mempunyai masa yang lebih dari RPK (dari segi umur dan perlakuan !) Jdi dia seharusnya gampang menunggu dong!!
Sebenarnya Datuk, KJ bimbang kalau2 Malaysia Today mempunyai lebih dari apa yang dilaporkan. KJ pon dok main dikawasan Sri Hartamas, YM RPK pun dok main dalam kawasan sama. Jadi mana lah tau takut2 YM RPK ada 'ternampak' benda2 yang pelik dilakukan oleh KJ!! Saya berpendapat, KJ ni sebenarnya seorang yang penikus bin penakut! Dia berani bercakap apabila ramai orang dikelilingnya, terutama apabila bouncernya Datuk A.... ada disampingnya. Kalau tidak Datuk, tentulah orang tak balun dia dalam tahun 2003 disalah sebuah pub gara2 minim lebih!! (minum air limau aje kot!)
Kalau Datuk perhatikan baik2, barangsiapa come incontact with KJ hidup mereka akan berubah. Lihat MK sekarang begitu laris kerna mendapat connection yang baik dan sedap punya. Tak kering bulu dilamar oleh pengarah filem dan drama serta dinobat sebagai ambassadoress jenama itu dan ini. Patutlah N menyepi dengan kandungannya kerana tak larat nak tengok gelagat KJ' the black british'!!
Persetankan komen KJ, dia nak publisiti murahan. Mengapa tak ditanya isu2 ECM-Libra, Pantai Holding, apa jawatannya dala Tumasek!!!!!

AHIRUDIN ATTAN said...

I should sue Khairy for calling me a monyet. I have never called him babi walaupun perangai dia macam babi. Bila dia menangis sebab kena jual balik saham ECM yang disogok oleh Kalimullah, saya tak ada panggil dia buaya walaupun perangai dia rakus macam buaya dan dia menitiskan air mata buaya (crocodile tears, maksudnya menangis buat-buat). Kita semua boleh heret Khairy ke makhamah sebab panggil kita monyet tapi buang masa makhamah dan duit rakyat saja. Biarlah si Khairy macam tu, dah tak boleh nak ubat penyakit dia tu Datuk Ron. Lagipun, monyet tu binatang yang ada baiknya. Elok lagi dari babi atau babi yang menitiskan airmata buaya.

Datuk Ron, lupakan Khairy. Moh, banyak isu yang lebih penting.

Hamizi said...

hahaha... monyet ke? kalau monyet jangan lah peduli...

sebab bukan monyet le diorang peduli...

hari ini blog saya sudah mula dispam oleh 'bukan monyet' UMNO...

dulu hanya 'malaysia' sekarang ada 'syaitan bin iblis' dan 'lanny'...

saya tak sampai hati nak panggil diorang ni monyet, sebab diorang bukan monyet... hanya manusia yang tidak bersependapat dengan saya...

cuma secara berbudi bahasanya, mereka ini 'pak turut' sahaja... tiada ilmu...

setiap patah kata, mendedahkan kebodohan sendiri...

pemerhati said...

Tidak ada gunanya kita layan budak KERA tu. Sepisis KERA mana faham tulisan manusia. Yang dia tahu tulisan di zoo saja. itu pun nasib baiklah manusia didik beri pelajaran. Kalau tidak kita kerana manusia yang mendidiknya, sudah tentu masih terlompat sana sini. Kesimpulan senang saja Dato' tidak perlu kita layan sepisis KERA belaan PM ini. Kalau di layan kita pula jadi bodoh. Kita golongan manusia telah Allah swt ciptakan. Jangan terlupa Allah ada ada juga mencipta KERA jadian di Putrajaya bernafsu haiwan.

Press1 said...

RALAT

Jangan salah faham. Sebenarnya KJ sudah tersilap cakap. Blogger adalah pemburu monyet. Monyet dimaksudkan KJ adalah orang UMNO. Macam tak faham faham lagi. Bukankah orang UMNO ni semua bodoh seperti monyet yang tidak tahu membaca dan mendengar kata2 manusia>

Kuda Kepang said...

Saudara Anon, Ahirudin,Hamizi, Pemerhati dan Press 1.

Terima kasih.

Saya memang tidak terniat untuk melayan KJ. Tapi, sebagai seorang yang sudah berusia 60 tahun, saya tersinggung juga dengan tindakan beliau melabelkan bloggers sosio-politik macam kita ni sebagai sebagai kumpulan monyet.

Dulu memang ada KJ menuduh orang UMNO yang mengkritik pucuk pimpinan sebagai kumpulan beruk. Macam kata Press 1. Tapi, saya juga ahli UMNO. Jadi biarlah KJ seorang mengeluarkan kata-kata tuduhan itu. Untuk kita semua, saya harap tak payahlah tuduh orang-orang UMNO macam beruk atau monyet. Waktu ini, masih ramai ahli UMNO yang boleh berfikir secara rasional. Mereka adalah ahli yang tiada apa kepentingan melainkan kemerdekaan dan kedaulatan negara, kesejahteraan bangsa dan kemuliaan agama.

Oleh itu, saya harap Press 1 tidak akan mengulangi lagi kata-kata beliau yang diposkan di sini di masa akan datang.

Percayalah bahawa kewarasan fikiran di kalangan sebilangan besar ahli UMNO pasti lambat laun akan dapat mempengaruhi sesuatu perubahan daripada dalam parti itu sendiri.

Salam takzim.

A Voice said...

Khairy ni budak hingus mudah lupa. His words contradict himself or he is in contrary with what he is saying. Saya ada buat posting mengenai komennya Khairy, Khairy, Quite COntrary