Tuesday, July 31, 2007

Bila Dia Mati

bila dia mati
jangan selimuti dia
dengan bendera kebesaran bangsa
humbankan saja jasadnya ke laut ganas
kerana di situlah pusaranya
seorang ayah bernama pembelot

bila dia mati
usah dibedilkan dia
dengan meriam pusaka bangsa
humbankan saja jasadnya ke laut ganas
kerana di situlah pusaranya
seorang ayah bernama pengkhianat

Ruhanie Ahmad
Petaling Jaya, 1969
(Antologi 13 Bicara)

Nota:
Saya akan menyepi diri daripada blog ini buat beberapa hari atas urusan peribadi. Sementara ketiadaan suara saya, hayatilah puisi saya seperti di atas. – Ruhanie Ahmad

4 comments:

pemerhati said...

Selamat Berlepas dari KLIA dan jangan lupa tulis setelah berjaya mengumpul bukti membantu tulisan blogger. Rakan perjuangan dari blogger menunggu tulisan Dato' dalam siri siasatan Dato ke negara itu. Kawan bangga dengan perjuangan anak Johor seperti Dato. Terkini dari tulisan dari Bloggers-by Ketua Perusuh

NCER

Umum sedia mengetahui bahawa Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co sedang rancak mempromosikan NCER (Wilayah Ekonomi Koridor Utara). Setiap malam di semua stesen televisyen sejak awal bulan Julai ada memaparkan isu NCER ini. Malah boleh dikatakan semua yang muluk-muluk belaka dihidangkan untuk tatapan umum agar NCER dipandang elok oleh semua rakyat.

NCER pada dasarnya memanglah satu inisiatif pembangunan ekonomi yang baik sementelah dengan pergerakan Rancangan Malaysia Kesembilan yang sepatutnya memangkinkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan lebih dari 30%. Namun banyak teka-teki mengenai NCER yang bermain difikiran saya ketika ini. Bukanlah tujuan saya menulis komentar ini untuk merendahkah (discredit) pembangunan NCER, cuma sekadar untuk memberikan satu pandangan alternatif terhadap NCER. Itupun jika pembaca dapat memahami isi komentar saya ini.

Semalam sewaktu menonton Buletin Utama (waktu saya makan malam bersama keluarga), saya hampir tersedak kerana terkejut akan nilai pelaburan yang diperlukan oleh NCER. Sebelum ini saya ada menulis mengenai kemungkinan nilai pelaburan bagi NCER yang mencecah ratusan bilion ringgit. Nampaknya kemungkinan tersebut menjadi asas kepada pelaburan NCER.

Persoalan pertama yang bermain diminda saya ketika itu ialah bagaimana pihak kerajaan dapat menyediakan modal untuk membiayai pelaburan tersebut. Dikatakan bahawa pihak kerajaan akan menyediakan 1/3 daripada nilai pelaburan tersebut.

Jika dilihat dari kedudukan kewangan sedia ada, adalah mustahil kerajaan mampu untuk menyediakan modal untuk pelaburan tersebut. Ini kerana pada masa yang sama WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) juga sedang giat dibangunkan. WPI juga memerlukan satu peruntukan pelaburan yang besar dari pihak kerajaan. Jika kita mencampurkan kedua-dua kos koridor tersebut yang akan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia, ianya pasti mencecah nilai ratusan bilion ringgit.

Setiap tahun apabila Kerajaan Malaysia memperincikan belanjawan negara (bajet), kita akan dapat lihat bahawa Kerajaan Malaysia hanya mampu menjanakan kewangan pada sekitar 30 ~ 80 bilion ringgit itupun setelah dikira sekali royalti dari industri minyak dan gas. Nilai ini belum ditolak dari segala macam belanja pengurusan dan sebagainya. Oleh yang demikian dari manakah modal untuk dua koridor tersebut dapat dikenalpasti.

Persoalan kedua yang bermain difikiran saya ialah mengenai kesan sosio ekonomi terhadap penduduk dikawasan NCER (Wilayah Ekonomi Koridor Utara). Apa yang pasti ianya akan meningkatkan kos sara hidup pada jangka masa panjang bagi semua penduduk dikawasan tersebut. Nilai hartanah dijangka akan meningkat. Oleh yang demikian, pastinya ada penduduk (terutamanya bumiputera dan melayu) yang akan menjual tanah mereka demi untuk mengaut keuntungan dengan kadar segera.

Umum mengetahui bahawa Koridor Utara ini mempunyai banyak tanah yang masih dimiliki oleh bumiputera dan melayu. Malah terlalu banyak tanah rezab Melayu yang ada dikawasan ini. Yang pasti akan ada beberapa inisiatif daripada pihak swasta (atau agen asing) yang akan membeli dan seterusnya menguasai tanah tersebut. Ini akan menyebabkan orang Melayu khususnya yang akan menjadi mangsa dan seterusnya terpinggir sepertimana yang berlaku di WPI, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kemungkinan tanah-tanah ini akan dibeli oleh Sime Darby Berhad adalah tinggi. Sime Darby Berhad pula adalah satu entiti dalam Synergy Drive yang dikenalpasti sedang dalam proses pembelian kepentingan oleh pihak Temasek Group melalui beberapa proksi yang dikenalpasti. Persoalan kenapa Sime Darby diberikan kuasa mutlak untuk membangunkan NCER juga menimbulkan tanda tanya. Kenapa perlu Sime Darby Berhad menguasai NCER sedangkan bukankah lebih baik ianya diberikan kepada Synergy Drive secara langsung. Atau ianya adalah sebahagian daripada perancangan untuk mengaburi mata rakyat.

Persoalan ketiga yang bermain difikiran saya adalah bagaimana mungkin kita membangunkan NCER sedangkan pada masa yang sama banyak syarikat bertaraf multinasional yang melabur di Pulau Pinang sedang dan telah bersedia untuk berpindah keluar dari Pulau Pinang atas sebab kos pengeluaran yang meningkat dan iklim pelaburan yang tidak menyenangkan. Syarikat-syarikat ini kebanyakannya terlibat dalam industri elektronik dan kini menumpukan untuk memindahkan sayap organisasi mereka ke negara lain seperti Thailand, China, Taiwan dan Vietnam.

Jika pelabur sedia ada di kawasan NCER telah dan bersedia untuk berpindah, bagaimana kita dapat memastikan ianya tidak akan berlaku. Antara perkara yang disuarakan oleh syarikat tersebut adalah seperti kos penggajian yang tinggi, karenah birokrasi dan imigresen, kadar cukai dan insentif serta kos logistik. Apakah tindakan pantas yang akan dilakukan NCER untuk memastikan pelaburan asing ini tidak berpindah keluar dari Malaysia?

Banyak lagi perkara yang lain yang bermain difikiran saya, namun apa yang pastinya saya ingin melihat NCER ditadbir dengan baik oleh Malaysia dan tidak sama sekali terjual dalam senyap kepada pihak asing seperti Temasek Group. Tapi dari pemerhatian saya, saya dapati kemungkinan besar NCER akan menjadi seperti WPI adalah tinggi.

Akhir kata, adakah penubuhan NCER sebenarnya adalah sebagai pengalih minda rakyat akan isu WPI yang pastinya terjual secara terang-terangan kepada Singapura melalui sayap pelaburan mereka iaitu Temasek Group? Saya pasti NCER cuma “mind diversion” bagi kes WPI.

Kita tungu dan lihat.

The Eugenist said...

Tok....Selamat bercuti. Dah lama kita tidak bertukar sms. NAmun apa yang pasti, dengan kemunculan NCER ini, saya menganggap ia adalah salah satu lagi angan-angan besar oleh seorang pemimpin kecil berjiwa besar.

Masakan ia buleh dilaksanakan dengan kos mencecah hampir ratusan bilion!!

Saya sebagai orang utara merasa amat sedih dengan perancangan yang diasaskan oleh angan-angan.

Apa dah jadi dengan Cyberjaya? Apa dah jadi dengan Putrajaya. Hanya jauhari yang mengenal manikam..

HESMEL FAZNEE FAISAL

Hamizi said...

setuju dengan pendapat ketua perusuh... mungkin susah nak cakap pada orang-orang kampung... nanti depa kata kita orang bandar dengki pulak...

cuma semalam saya dapat meluangkan masa menonton Warta Negeri di TV1, sewaktu ucapan PM di Perak...

kelakar betul... bila sedang syok cakap dia tak baca teks, sembang kuat... lepas tu bila dia perasan dah keluar dari topik, di cakap "tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati"... diam sekejap dalam sepuluh saat, mencari-cari sambungan teks yang harus dibaca...

inilah yang berlaku berulang-ulang... boring gila... tak buat homework punya PM...

lepas tu cerita pasal ada daun yang boleh dibuat ubat kanser di hutan Perak... tapi nama daun tu tak disebut (tak buat homework)... sibuk le elaborate bahawa kanser tu pembunuh lah... bla... bla... bla...

hai pak lah, hang nak juai sapa? hang sedaq ka, orang melayu sembang kat kedai kopi, dok juai kawan sana, yang kawan sana dok juai kawan sini, tak pasai-pasai tanah dah gadai kat orang lain... memang lah hang tak sedaq, pasai hanglah orangnya tu... labun deraih... cakap tak ingat...

kalau PM dah cakap macam budak tak pegi sekolah, apa nak harap lagi...

malunya nak mengaku PM Malaysia...

Kuda Kepang said...

Saudara Pemerhati,The Eugenist dan Hamizi.

Terima kasih.

Pemerhati: Kawan ke negara berkenaan untuk urusan peribadi. Tapi, bila di sana kawan terjumpa seorang balaci menteri. Dia dah melawat hartanah kontroversial itu dan siap ambil gambar luar dan dalamnya sekali. Hartanah itu sedang diubahsuai. Maklumlah hartanah kediaman orang besar-besar, mesti anggun dan canggih!! Jadi, kawan taklah nak buang masa ke kawasan hartanah tu. Gambarnya ada pada balaci mentri berkenaan. Dia offer kawan siarkan gambar tu dalam blog ini. Tapi kawan tolak kerana tak mau nak cari pasal. Tapi, the moral of the story is that: dalam senyap-senyap ada juga menteri Malaysia yang hantar balacinya ke negara berkenaan semata-mata untuk ambil gambar hartanah yang sedang diubahsuai itu. Apakah motif balaci tersebut berbuat demikian? Kawan tak tau dan tak mau tau. Kawan cuma nak kata bahawa kini ada juga balaci-balaci menteri yang berminat nak tau lebih lanjut mengenai hartanah tu, siap dengan bukti gambarnya sekali. Hebat!!!

Pasal NCER tulisan Ketua Perusuh, kawan akan halusi sebelum dapat membuat komennya. Tapi, kawan pasti Ketua Perusuh dah buat homework sebelum menulis posting tersebut.

Eugenist: Terima kasih. Kalau terlapang waktu kirim-kirimlah sms lagi. Adakah anda masih di MCMC atau sudah berhijrah ke Tanjung?

Hamizi: Kisah pasal PM kita yang dikasihi biarlah begitu adanya. Saya tak termampu nak komen apa-apa. Tapi, saya pun turut kesal dengan beberapa perkembangan yang membabitkan soal maruah dan integriti pada ketika ini.

Salam takzim dan selamat berjuang.