Thursday, July 12, 2007

Selamat Harijadi Tun
TDM 28, Hasmah 18?

Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, Tanggal 11 Julai 2007: Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan segak, segar bugar, sentiasa mengukir senyum, wajahnya juga tetap berseri-seri. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula sentiasa lemah lembut dan menawan. Mereka adalah pasangan suami isteri yang ideal.

Harijadi Mahathir dan Hasmah hanya selang dua hari. Tahun kelahiran mereka pula hanya berbeza setahun. Mahathir lahir pada 10 Julai 1925. (Tetapi, tarikh “rasmi” kelahirannya adalah 20 Disember 1925.) Tun Hasmah pula lahir pada 12 Julai 1926.

Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) menganjurkan Majlis Harijadi bagi kedua-duanya pada 11 Julai 2007 - sehari terlewat bagi Mahathir dan sehari terawal bagi Hasmah.

Kira-kira 150 orang menghadiri majlis tersebut. Ini termasuklah beberapa tokoh politik veteran, tokoh korporat, beberapa pesara pegawai tinggi kerajaan, sahabat handai, kakitangan YKP, beberapa penulis dan juga bloggers.

Antaranya adalah Tengku Razaleigh Hamzah (Ahli Parlimen Gua Musang), Tan Sri Sanusi Junid (bekas Setiausaha Agung UMNO), Tan Sri Megat Junid (bekas menteri), Tan Sri Abdullah Ahmad (Kok Lanas), dan Tengku Mahlel (mantan CEO Proton).

Majlis yang dibuka dengan bacaan doa selamat, diserikan dengan satu persembahan piano oleh Hasmah yang menyampaikan lagu Getaran Jiwa, diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning dan ucapan ringkas Mahathir dan Hasmah.

Secara berjenaka, Hasmah menyatakan, kini Mahathir berusia 28 tahun, sementara dirinya sendiri berusia 18 tahun…. Hadirin ketawa berderai-derai…

Selamat harijadi Tun.. Sama ada anda berdua berusia 28 dan 18 tahun, atau pun 82 dan 81 tahun, anda adalah kesayangan majoriti rakyat Malaysia. Semoga Allah melanjutkan usia anda berdua dengan iman yang kukuh, kesihatan yang terpelihara dan semangat juang yang terus membara untuk agama, bangsa dan negara. – Ruhanie Ahmad

7 comments:

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Ini yang saya tulis dalam blog saya:

Saya tidak pandai mengarang kata-kata ucapan sesedap yang ditulis oleh Datuk Ron. Tetapi saya juga mengharapkan Allah memanjangkan umur Tun Dr Mahathir Mohamed yang genap 82 tahun semalam.

Walaupun ramai kawan-kawan yang tidak suka dan merasa geli-geleman, saya mahu Dr Mahathir panjang umur. Saya mahu beliau menghabiskan dua kerja utamanya.

Pertama, membetulkan kesilapannya melantik Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai pengganti. Dan kedua, menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tindakan beliau memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Datuk

Kalau sudi, mohon lengkap pantun di bawah - saya hanya memberikan pembayang maksudnya sahaja:

Pulau Pisang barang gadaian,
Pulau Temasek tinggal kenangan,

Hamizi said...

bakaq... apa address blog hang... bagitau lah pasai hang tak share profile, kita semua tak tau...

Hamizi said...

bakaq... aku rasa perkara pertama yang hang harap tu mungkin boleh terlaksana...

cuma perkara kedua itu akan hanya kita ketahui selepas beliau tiada... dan akan diceritakan oleh orang lain yang rapat dan mengetahuinya...

AHIRUDIN ATTAN said...

Ramai foreigners di majlis doa selamat untuk Dr M dan Siti Hasmah di Perdana, Pak Ron. Saya angkat topi pada mereka yang hadir, terutama ahli-ahli korporat dan politik spt Pak Ron yang tak takut di gam kerana berada di situ menyambut harilahir mantan PM.

Hamizi said...

datuk... saya dah tengok gambar majlis ini di malaysia today...

TDM nampak sihat... alhamdulillah...

malaysia said...

Majlis harijadi TDM yang dihadiri oleh mereka-mereka telah pencen dan tua-tua belaka itu, amatlah mengharukan saya.

Ia mengingatkan saya kepada film Dracula.

Mereka keluar dari kerenda-kerenda dan menikmati daging-daging merah, mereka bermain piano dan mereka berucap.

Majlis itu akan lebih mengharukan lagi sekiranya aruah-aruah Tun Hussein Onn ada, Tun Abdul Razak ada, Tunku Abdul Rahman ada.

Mereka membentuk masyarakat tersendiri, mengamalkan budaya menyambut harijadi dengan piano, kek dan ucapan.

Satu budaya yang tidak dikenali oleh kebanyakan orang-orang melayu sebelum ini, kecuali selepas era-era orang itu.

Persoalan timbul, apakah test PM-5 juga sama serupa memandangkan pengganti isteri beliau juga kacukan.

Bayangkanlah!

Kuda Kepang said...

Saudara Bakaq, Hamizi, Ahirudin dan Malaysia.

Terima kasih.

Bakaq: Ini pantun selengkapnya.

Kalau gersang bumi kedayan
Terkulai seluruh pohon berangan
Pulau Pisang barang gadaian
Pulau Temasek tinggal kenangan

Hamizi: Harapan anda mungkin dikongsi oleh sebilangan besar kita semua.

Ahirudin:Kenyataan anda benar. Memang ramai foreigners turut hadir. Soal saya hadir adalah biasa kerana TDM hero saya sejak zaman dilemma Melayu 1969.

Malaysia: Pandangan anda yang sinis adalah hak peribadi anda sendiri. Tetapi, majlis tu real. Bukan majlis komuniti dracula penghisap darah. Majlis dibuka dengan doa selamat.

Bercakap pasal dracula, harap Saudara insaf waktu ni terlalu banyak dracula yang menghisap darah rakyat jelata secara berleluasa!!

Salam takzim.