Wednesday, May 30, 2007

Lina Joy Gagal
Dalam Rayuan
Gugur Perkataan Islam

PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) -- Azlina Jailani, wanita yang menukar agama ke Kristian, gagal dalam rayuannya hari ini untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara memadamkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.

Dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Azlina, 42, yang telah menukar namanya ke Lina Joy, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum JPN boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.

Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata JPN berhak untuk menggenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Ahmad Fairuz dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Sherif menolak rayuan itu manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum, membenarkan deklarasi yang dipohonnya.

Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.

Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.

Pada 2 Feb 1997, dia memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dengan alasan dia telah menganut agama Kristian tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos 1997.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=264789

13 comments:

isaketambola said...

Datuk!
First. salam sejahtera. Senang jer. Saper2 yang murtad @ keluar dari AgamaIslam. Bunuh jer! Azlina ni mcm salman rushdie gak. Apa yang menghairankan, dalam sebuah negara Islam, macammana boleh jadi camni? Sedangkan Allah telah berfirman antara lain yang bermaksud, jika tidak bertaubat dan benar2 insaf, hukum bunuh jer..

Hamizi Hamdan said...

Semoga Allah memberi hidayah kepada Lina sebelum dia menghadap tuhannya... Wallahualam...

Hamizi Hamdan said...

Kepada mereka yang telah murtad dan anak-anak perempuan Islam lain, diharap jangan berhujah tentang Islam dengan menggunakan akal manusia... Ini bukan permainan akal...

Jika anda didatangi bukan Islam dan mengajak anda berbincang tentang perbezaan di antara agama mereka dengan Islam (dengan niat memurtadkan anda), jawab sahaja aku dengan agamaku dan engkau dengan agama kau... Kalau mereka masih berdegil, tinggalkan mereka @ suruh sahaja mereka ke PERKIM untuk berdialog...

Islam itu benar, cuma jika anda menjawab menggunakan akal (sifat yang baharu), maka bila akal anda sudah tidak dapat menerima, maka mudah untuk anda murtad... Sedang anda bersungguh-sungguh dengan jujur percaya orang beragama lain ingin berdialog, rupanya anda sedang terjun ke dalam perangkap mereka...

Wallahualam...

Mika Angel-0 said...

Mika Angel-0 said...
where row
where row
where row

Read akadirjasin.blogspot.com!!!

Kuda Kepang,

"Red84 said...
Datuk Abdul Kadir Jasin
Salaam

Dtk Ruhanie Ahmad - Owner of Blogs Kuda Kepang, Mayaputera, Cyberprince and Global Partner
: Bloggers' Ethics

Datuk,

I have been posting comments on these blogs regulary for quiet sometimes now under my pseudonym Mika Angel-0.

What I would like to bring to your attention is that some of my postings on Gerbang Ruhanie (at kuda kepang.blogspot.com) - all those comments posted earlier than January 2007 - have been tampered with. 'Mika Angel-0 said' has been substituted with 'Anonymous said'.

I find this quite strange: why would anyone do that to one particular blogger's postings and not to the other few bloggers' postings. It beats me how one can do that.

The bigger issue here is not that but is Ruhanie Ahmad a trustworthy man? I have been pondering this question for quite sometimes.

Well, if I am very much mistaken this man hates Tun Mahathir but he pretends to admire him. This is just heresay.

I do hope you will reply to this one query - more on the fact of his rapport with Tun Mahathir; but please delete this posting to you, Datuk.

If I am right of my suspicions of him - ie that he is untrustworthy - just say That is Dumb of you Red84; and if I am wrong - Dumber still.

Terima Kasih.

11:12 AM "

I submit the following to you as an example:

Sunday, December 17, 2006

Bush Hubungi PM
Bincang Pergolakan
Politik Lubnan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membincangkan perkembangan terbaru di Lubnan yang menghadapi masalah politik berikutan usaha pembangkang menjatuhkan pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Fuad Siniora... Abdullah memberi pandangan selaku pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mempunyai 57 negara anggota... Dua pemimpin itu juga membincangkan isu program nuklear Iran, kata Fratto tanpa memberi penerangan lebih jelas butir perbincangan... Iran pula meneruskan program nuklear. – AFP/Reuters

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20061216110520/Article/

Posted by Kuda Kepang at 5:19 AM


11 comments:

malaysia said...
This post has been removed by a blog administrator.
6:42 AM

malaysia said...
This post has been removed by a blog administrator.
12:38 AM

Anonymous said...
YB

Bertuahlah negara Malaysia tersayang sehingga ada yang mahu meniru-niru kejayaannya walaupun hanya sedikit cerdik-cerdik Pak Pandir bersorak.

Ya! Malaysia Berjaya!
Sorak ramai-ramai. Mari!
Mari kawan-kawan kita
tengok siapa kena!

Halalan-toyyiban?
Mau ratah pun ratah lah
tak berbismillah pun
apa kira.
Orang malaysia ikut Imam Mudhari.
Tapi Nomber Dua saya punya!!!
et tu, brutus?

10:35 AM

malaysia said...
This post has been removed by a blog administrator.
7:02 PM

Anonymous said...
Thank You Malaysia!

mememang betul ramalan
toyol Ruhanie
najib balik kampung
tanam jagung!

nyata Malaysia
benci najib.

thank you brutus!

8:09 PM
malaysia said...
This post has been removed by a blog administrator.
10:09 PM

Anonymous said...
Status Report
(Tolong Bagitau PM)

dah check
GPS, labu-labu, C4
all working ok!
tapi ini kokak punya kapal
bukan macam Cobra Sultan itu
ini kapal banggap
untuk orang macam bangau main biola
kapal bau keju hapak
sambil menyelam minum air
kapal selam jaga PM
dengan topedo, tomahawk dan
tombak megat karat
right behind
directly astern!

tapi kena tabik sama
- three fingers salute!
pada PM dan
topi perancis cap kepala ayam
hats off to malaysia
dapat naik kapal layar
belayar
into the sunset

periscope up!
angle right!
PM has the com!
Dive, dive, dive!

kalau dah habis ratah
jangan lupa
alhmadulillah!
baru bukan
toyyiban taliban

10:47 AM

malaysia said...
This post has been removed by a blog administrator.
1:47 PM

malaysia said...
This post has been removed by a blog administrator.
5:57 AM

Anonymous said...
TOLONG FIKIRKAN APA SUDAH JADI....BUAT MALU ORANG MELAYU

Pusat Bandar... Nampak macam hebat sangat la depa

10:39 PM
Mika Angel-0 said...
Mika Angel-0 said,

Ya! Malaysia Berjaya!
Sorak ramai-ramai. Mari!
Mari kawan-kawan kita
tengok siapa kena!

thank you brutus

Status Report
(Bagitau PM)

Ahh,
do you really know Tun Mahathir
kuda kepang? Sure you do!

Mika Angel-0
(May 30th, 2007)

9:23 AM



I will let you figure out which are the comments by Mika Angel-0.

Something for your thesis, kuda kepang.

The moral here: Blog or comment at your own peril: caveat emptor!

Sekian

Mika Angel-0
May 30th, 2007

heresay: The fact A. Mad Ronny writes under the pseudonym thegreatteadrinkerdownsouth

where row
where row
where row

mau cakap pasal Islam?
orang macam kamu?

Anonymous said...

Saudara Isak dan Saudara Hamizi:

Terima kasih. Pertama sekali saya nyatakan di sini bahawa saya tidak pakar untuk mengulas hal Lina Joy. Seperti Hamizi saya turut berdoa semoga Lina kembali insaf akan kebesaran Allah.

Untuk Bung Mika yang nampaknya dah dua hari melancarkan 'salvo'nya kepada saya, akan saya jawab di posting asal beliau menerusi posting pasal Saudari Salmah Brix dalam blog ini juga.

Salam sejahtera dan salam takzim,
Ruhanie Ahmad

The Truth said...

Datuk!
Pada pandangan saya kita orang melayu telah terperangkap dalam satu konflik yang mana akan memusnahkan maruah bangsa dan agama kita tanpa kita sedari.Tidakkah kita sedari bahawa Islam adalah agama yang syumul tidak terikat dengan ideologi sempit bangsa dan perkauman. Tidak tercalar keangungan Islam hanya dengan murtadnya Lina Joy bahkan jika diselami akan hikmahnya ianya akan membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan kepada agama ini dengan terkeluarnya individu spt Lina Joy.

Keluarnya Lina Joy dari Islam seumpama tanggalnya karat dari pada besi begitulah Allah membersihkan agamanya dari individu-individu seperti ini. Persoalannya kenapakah kita melawan ketentuan dan perancangan Allah ini, tidakkah kita telah mencemar dan memfitnah agama Allah dengan mentakwil dan mentafsir secara terpesong ayat-ayat Allah mengenai isu murtad. Padahal jelas Allah berfirman bahawa tiada paksaan dalam agama. Bukankah hak memberi hidayah itu atas Allah? Walhal jika Allah kehendaki sudah pasti diberi petunjuk hidayah keatas seluruh umat manusia dan melapangkan jalannnya menuju Islam.

Keagresifan dan ketaksuban kita dalam menghalang murtadnya Lina Joy hanya menjadi fitnah kepada agama Allah ini.Islam akan menjadi cemuhan dan kebencian manusia,mereka akan memaki-maki agama ini secara melampaui batas..apakah mereka boleh dipersalahkan sedangkan puncanya adalah dari kita yang jahil mentafsirkan agama sendiri. Soal lah diri sendiri apakah perasaan kita jika semua agama lain mengambil tindakan yang serupa dengan menghalang penganut mereka memeluk Islam dan apalagi menjatuhkan hukuman bunuh kepada mereka yang murtad kepada agama asal mereka.

p.s..Tidak akan kurang Keagungan Allah dengan kafirnya semua makhluk dan tidak akan bertambah KeagunganNya dengan ketaatan seluruh makhluk.

zephyr said...

Datuk Ron,

saya pelik ngan si lina..dah laa keluar agama.siap sibuk nak gugurkan nama islam dalam IC...dah murtad tu cukup laa takyah nak diperbesarkan..mesti ada sebab si lina sibuk sangat nak gugurkan Islam dari IC....nak test artikel perlembagaan negara kot..after if she confessed already out from ISLAM..so what is the BIG issue to her that in her IC got ISLAM wording..after its only a wording to her

simpang malaikat 44 jangan lah ada anak cucu saya yang sebegini jadinya Amin

Mohd Shani said...

Datuk,

Kenyataan ini lebih menakutkan dan mungkin mengorbankan BN di PRU nanti -

- http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=18093

WEB EDITION :: Local News

Islam not above constitution, says PM
R. Manirajan and Llew-Ann Phang
KUALA LUMPUR (May 31, 2007): Islam is not above the Federal Constitution, and the decision by the Federal Court on Lina Joy's appeal was not politically motivated, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

ALLAH KNOWS BEST

Unknown said...

Datuk Ron.
saya tengok orang orang melayu ni dah tak ada kerja lagi, nak membebel dan membuang masa pada perkara perkara yang tak membawa faedah ekonomi kepada bangsa dan agama islam itu sendiri. tengok sana tengok sini, umat Islam paling banyak bawak problem - smoking is wastage and yet banyak yang nyonyot cerut, rokok, tetek haram pun ada....paling banyak melayu...baik melayu melayu di peringkat ustaz, mat mat rempit, budak sekolah sehingga datok & Datok serta pak arab sekali.

si Lina Joy nak masuk apa agama pun biarlah dia sebab mungkin dia dah tak dapat hidayah dari Allah swt atas sebab ke lalaian nya sendiri.

bangsa melayu patut tengok cara cara nak ber buat ekonomi secara AlQuran dan Sunnah, jadi kaya sehingga bukan Islam taksub dan masuk Islam. ini tukar 'conventional kafir created economy' tu malay name and then kata pakai 'islamic economy - takaful lah' macam macam.

kepala otak punya orang yang buat macam ni... macam mana nak tarik bukan Islam masuk Islam, malah orang melayu Islam nak keluar Islam adalah...

si Lina Joy pulak kenapa nak NRD jangan issue nama Islam kat MyKad, padahal Jesus Christ dia pun bukan nak dia proven Christianity dia dengan MyKad.

Toye punyea melayu... Melayu benggap lagi!

Hamizi Hamdan said...

Dato'... Kalau ada sumber dalaman tentang Proton untuk dibincangkan dalam blog ini, sila kemukakan...

Sayang sungguh melihat jatuhnya Proton ketika ini... Pak Lah nampaknya cuci tangan dengan menyuruh pengurusan Proton buat apa sahaja asalkan untung macam dahulu kala... Saya cadangkan Proton belanjakan duit yang ada untuk melobi menjatuhkan Pak Lah... Lepas tu bila dia tanya cakpa sahaja, 'Pak Lah yang kata buat apa sahaja asalkan untung"... Saya menurut perintah...

PM jenis apa lah si Pak Lah ni... Jawapan macam tu adik saya yang masih bersekolah pun boleh jawab... Bodoh sungguh...

Kerajaan buat apa? Dari sebulan hingga ke sebulan ditunda tarikh akhir pengumuman rakan strategik PROTON... Kalau kita buat simple mathematic, PROTON rugi RM 500 Juta setahun... Jadi jika kerajaan tangguh sebulan, maka PROTON rugi RM 41.7 Juta... (Alasan jualan berkurang tu semua syarikat hadapi masalah sama)...

Suruh kakitangan kerajaan bertugas dengan cekap pasal dah bagi naik gaji... Tapi dia sendiri masih bertangguh... Mungkin Pak Lah nak mintak naik gaji kot? Kalau betul jangan lah malu-malu...

KESIMPULANNYA: Biar siapa pun CEO PROTON, kalau kerajaan lembap nak buat keputusan jahanam lah PROTON... Akhbar arus perdana tidak sepatut menyalahkan CEO dan pengurusan atasan PROTON, untuk menyelamatkan maruah Pak Lah... Cara yang kotor dan menjijikkan...

Memang sah tahun ni saya akan undi pembangkang... Menyesal undi BN dalam PRU lepas...

Bergen said...

Time to stick together, mate!

Anonymous said...

Saudara Isketambola, Hamizi, Mika, the Truth, Zephyr, Ling Ling Chatt, Bergen:

Terima kasih.

I can say much about this case. I just hope that we take iktibar daripada pandangan Datuk Dr. Harun Din which I had posted in www.mayaputera.blogspot.com (below):

Pendapat Dr Harun Din
Mengenai Kes Lina Joy

Keputusan mahkamah sivil terhadap kes Lina Joy baru-baru ini semakin diperkatakan secara meluas oleh segolongan masyarakat umum Malaysia.

Untuk membolehkan kita mengambil iktibar daripada kes berkenaan, saya paparkan di sini kenyataan mantan pensyarah syariah Islamiyah, Dato' Dr Haron Din, mengenainya seperti berikut:

1. Terdapat pihak yang turut serta terlibat dengan usaha membawa kes Lina Joy ke mahkamah.

2. Seolah-olah wujud satu organisasi yang membantu Lina Joy untuk melawan dan mencari jalan membuang nama Islam beliau di Jabatan Pendaftaran Negara.

3. Tindakan membawa kes berkenaan ke mahkamah sivil dianggap telah memperkecilkan peranan Jabatan Agama Islam. Ini mencerminkan seolah-olah kes murtad adalah bertaraf 'second class'.

4. Mahkamah majistret tidak layak untuk membicarakan kes besar yang berada dalam kategori kes hudud.

5. Kes yang sepatutnya dipandang serius ini seolah-olah memberikan satu cabaran kepada pihak berkuasa agama.

6. Tindakan Lina Joy mengemukakan permohonan yang dibuat secara terbuka kepada mahkamah untuk membuang agama pada kad pengenalan beliau mencetuskan satu cabaran kepada autoriti agama dan mencabar kuasa agama yang ada pada raja-raja.

7. Murtad adalah satu kesalahan besar yang tergolong di dalam kategori undang-undang hudud dari segi syarak.

8. Ambillah iktibar daripada kes tersebut kerana ia adalah permulaan kepada cabaran demi cabaran kepada Islam.

9. Tindakan penyelesaian hendaklah dibuat bagi mengelakkan kes berkenaan daripada berulang pada masa akan datang.

– Dipetik daripada Harakahdaily.

http://www.malaysia-today.net/index.shtml



Posted by mayaputera at 3:58 AM

Monday, June 4, 2007

PS: I am very worried that Malaysia might be facing some sort of a religious "war" soon. Let us pray to GOD THE ALMIGHTY that this will not happen.

Salam takzim
Ruhanie Ahmad

Anonymous said...

http://reviewmysite.temi.co.uk/stories/221675/How_to_Unlock_iPhone_4.html
okay so the other day this program SpyEraser popped up saying that i have a virus. but the problem is that i did not even downlaod this spyware and i dont know how to get rid of it! and it pops up like every minute. and ever since it first showed up, my computer has been running very slow! HELP!