Monday, May 07, 2007

Bina Semula Projek Jambatan JB-Singapura:
Adakah Urusan Yang Lurus Atau Bengkok?

Sumber-sumber dalaman kerajaan memberitahu saya, projek jambatan menggantikan Tambak Johor di Johor Bahru mungkin dilaksanakan semula tidak lama lagi.

Kalau ini betul, syukur alhamdulillah! DYMM Sultan Johor pastinya paling gembira menerima berita ini. Begitu juga Tun Dr. Mahathir Mohamad, majoriti warga Johor dan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin tentang maruah dan kedaulatan negara.

Apa pun, kita kena tau, sebab apa nak laksanakan semula projek ini. Pada April 2006 kenapakah kerajaan batalkan projek ini?

Adakah pasal dah nak pilihan raya umum (PRU)? Sebab bimbang ada rakyat Johor akan undi protes, maka projek ini akan dilaksanakan semula?

Mungkinkah kerana Singapura sudah ubah fikiran mengenai projek ini? Kalau begitu, baiklah. Tapi, mungkinkah ada udang di sebalik batu atau ada mana-mana pihak yang cuba nak menangguk di air keroh?

Mungkinkah Singapura akan menjadikan isu pengimportan pasir, tanah dan batu-batan ke pulau itu sebagai salah satu syarat persetujuannya mengenai projek jambatan ini dilaksanakan semula?

Biar apa pun sebab-sebabnya, wajarlah kerajaan telus dan berterusterang dalam hal ini. Beritahulah kepada rakyat jelata dengan sejelas-jelasnya.

Pada waktu yang sama, perincikanlah sehalus-halusnya strategi perundingan dengan Singapura mengenai projek ini kali ini.

Hendaknya,biar semua pihak berada dalam keadaan menang-menang. Jangan pula sampai ada pihak yang jadi seperti Nakhoda Buluh Kasap, dapat untung, tapi modal lesap! – Ruhanie Ahmad

3 comments:

renegix_01 said...

saya tidak tahu email datuk..

Rocky's Bru said...

Bukankah Perdana Menteri ada mengatakan rakyat Johor tiday suka pada jambatan bengkok. Mana boleh bina, Datuk?

Kuda Kepang said...

Saudara Rocky

PM batalkan Projek Jambatan Bengkok pada April 2006 bukan kerana rakyat Johor tak mau projek tu. Tapi, kata PM,sebab rakyat Johor tak mau eksport pasir ke Spu'ra.

Bila orang Johor kata apa kena mengenannya soal eksport pasir dengan Projek Jambatan Bengkok, kerana Projek Jambatan Bengkok sebenarnya dilaksanakan atas keputusan Malaysia tak rela mengeksport pasir ke Spu'ra, PM ubah lagi rasionalnya.

Katanya, Projek Jambatan Bengkok pun kena dibatalkan kerana kalau Malaysia bina yang bengkok pun akan timbul komplikasi undang-undang!!!

Kedolak-dalikan ini tak boleh diterima dan tidak boleh dirasionalkan orang rakyat Johor sampai sekarang.

Kali ini saya tulis lagi soal projek ini [sama ada yang lurus atau yang bengkok] akan dilaksanakan semula berasaskan info dalaman.

Harap-harap kini sudah ada perkembangan positif di seberang Selat Teberau tu.

Pokoknya, saya harap, kalau Malaysia dan Singapura berunding semula pasal soal jambatan ni, biarlah wujud win-win situation.jangan sampai kita dapat jambatan tapi dengan kos yang terlalu mahal dalam konteks politik dan kedaulatan negara tercinta ini.

Terima kasih.

Ron.