Saturday, May 12, 2007

Saya Hanya Seorang Loyalist Umno
Yang Mahukan Reformasi Dalaman

Posting terbaru saya mengenai sejarah awal Umno di Batu Pahat, yang saya tulis sempena sambutan usia Umno ke-61 tahun, telah menerima pelbagai reaksi daridapa Joe Penang, The Eugenist, [mungkin Datuk Seri] Dasa, Honami, The Thinker, Wadah, Muhammad Ilham dan Karib Alam.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi berkonsi pandangan dan suara hati masing-masing terhadap Umno menerusi blog ini.

Sebagai jawapan, saya tekankan di sini bahawa majoriti orang Melayu di Mukim Empat, Batu Pahat, Johor, yang dalam lingkungan umur saya atau lebih tua, memang sentiasa mengaku bahawa mereka adalah anak buah Panglima Salleh Selempang Merah [selendang merah].

Kalau tak ada Panglima Salleh dan pejuang-pejuang sukarelanya pada akhir 1945 dan awal 1946, rasanya musnah sudah manusia Melayu di Mukim Empat, Batu Pahat ketika itu dizalimi dan dibunuh seluruhnya oleh pengganas komunis bintang tiga.

Sebelum Panglima Salleh dan pejuang-pejuang sukarelanya bertindak, sudah ramai pun warga Melayu di sekitar Batu Pahat, Muar dan Pontian yang jadi korban kezaliman gerombolan komunis itu.

Ada keluarga Melayu yang dikuburkan hidup-hidup dan secara beramai-ramai. Ada yang dirogol dan diperkosa. Ada yang direbus dalam kawah yang menggelegak dengan minyak panas.

Ada yang disula dan digantungkan di pokok pedada di sepanjang Sungai Simpang Kiri, Batu Pahat. Ada yang mati dibedil. Ada yang dibakar sampai rentung. Pendek kata, pada ketika itu ada seribu satu bentuk kezaliman dan kekejaman untuk memusnahkan orang Melayu.

Saya imbas kisah ini bukan kerana saya racist. Sebaliknya, saya imbaskan kisah ini untuk mengingatkan diri saya sendiri bahawa sebahagian keluarga saya sendiri adalah mangsa kezaliman dan keganasan itu.

Saya juga imbas semula kisah ini kerana pada zaman anarki itu, ada juga masjid dan surau di Mukim Empat yang dijadikan markas pengganas komunis. Lebih hena dan keji lagi, di surau dan masjid itu jugalah anak-anak dara Melayu di rogol dan diperkosa sebelum dibunuh. Dan di surau serta masjid itulah juga tempat pengganas komunis berpesta arak dan menyembelih khinzir.

Jadi, kisah ini bukannya suara hati seorang racist. Sebaliknya, inilah realiti di zaman anarki sewaktu Melayu tiada kuasa politik dan Melayu belum menubuhkan Umno.

Sebab itulah bila Panglima Salleh dipujuk oleh Datuk Onn Jaffar untuk menghimpunkan Melayu daripada Mukim Empat, bersama-sama dengan penghulu lain yang memimpin Melayu Mukim Satu Lubok, Melayu Mukim Dua Bagan, Melayu Mukim Tiga Peserai untuk bersama Melayu Senggarang, Rengit, Parit Raja, Seri Gading, Selulon, Parit Yaani dan Seri Medan, seluruh Melayu bangkit atas nama bangsa yang dizalimi, atas nama bangsa yang ketiadaan kuasa dan atas nama bangsa yang kehilangan kedaulatan.

Selepas mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Penggaram, mereka pun berhimpun ke Kelab Melayu Batu Pahat. Di sanalah mereka menjeritkan slogan HIDUP MELAYU buat pertama kalinya dalam sejarah perjuangn pra-merdeka.

Dan, di perhimpunan itu jugalah mereka menggagaskan penubuhan United Malays Organisation yang kemudiannya di gelar sebagai United Malays National Orginasation (UMNO) atau pun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar).

Ketika itu, Mac Michael dan gagasan Malayan Unionnya mahu menghapuskan seluruh aspek Melayu – kesultanannya, kebudayaannya, bahasanya dan agamanya.

Oleh itu, cetusan rasa ini bukannya suara seorang racist. Ini sekadar catatan rasa untuk mengenang latarbelakang yang melahirkan Umno dari persfektif anak Melayu Batu Pahat.

Mengenai Umno mutakhir, saya dah banyak kali mempersoalkan karenah dan tindak tanduk songsang sestengah individu Umno, termasuk segolongan pemimpinnya.

Saya buat begini bukan saya bencikan Umno. Saya tak akan sekali-kali membenci Umno. Sebab itu saya tidak pernah menggotai parti lain, tetapi UMNO.

Saya berpendirian begini kerana Umno tidak salah. Yang salah hanya sesetengah ahli dan pembesarnya. Oleh itu, saya berpendapat bahawa Umno mesti dibersihkan dan direformasikan dari dalam.

Dari semasa ke semasa, ahli-ahli Umno wajar mengimbau sejarah silam untuk membolehkan mereka kembali ke landasan asal perjuangan, iaitu demi Melayu, bangsa, agama dan tanahair.

Tetapi, pada ketika ini, berapa ramai anak-anak Umno macam saya dan anda yang memberikan respons kepada tulisan ini? Dalam keadaan begini, apa perlu saya lakukan atau apa yang wajar anda lakukan?

Sesetengah daripada anda semua membenci Umno dan tidak akan menyokong Umno yang dikatakan sudah 100 peratus terbabas dari aspirasi perjuangan awalnya.

Umno terpaksa berubah ikut peredaran zaman. Tetapi, falsafah perjuangan Umno mesti dipertahankan dan mesti diteruskan. Kalau kini ada pembesar Umno yang agak lupa sejarah, mereka mesti kembali untuk bercermin diri dengan sejarah. Kalau mereka enggan berbuat demikian, adililah mereka menerusi kerangka perjuangan bersama, secara berwibawa dan bersusila.

Kalau dalam zaman globalisasi ini segelintir pembesar Umno terpaksa berbaik-baik dengan musuh dan kelompok musang berbulu ayam, berpada-padalah dengan mereka. Jangan kita terbawa-bawa untuk berbaik-baik dengan mereka sehingga luntur seluruh maruah Melayu, sehingga tergadai seluruh kepentingan Melayu dan sehingga terkulai kedaulatan negara.

Pokoknya, pada ketika ini, kalau kita terlalu sangat membicarakan soal Melayu, orang itu mudah sangat dilabelkan sebagai racist. Tetapi, mengapakah mereka yang terlalu sangat memberi muka kepada pihak yang sebenarnya nak menghancurkan Melayu tak dicap sebagai pembelot atau pengkhianat?

Di sinilah dilema kita Melayu yang mahu terus bersetia dengan Umno. Nak ditinggalkan Umno, mampukah parti siasah Malay-based yang lain boleh menjanjikan kerajaan berteraskan Melayu di negara ini masa akan datang?

Nak terus berjuang dalam Umno, hati terlalu terhiris dengan karenah dan perilaku segelintir pembesar dan ahlinya yang secara rasmi berkata nak memperjuangkan Melayu, tetapi dari segi sesetengah keputusan dan tindakannya, kelihatan seolah-olah menggadai maruah Melayu dan kedaulatan negara.

Ayuh, saya harap Mohammad Ilham dan lain-lainnya perluaskanlah lagi soal ini. Jangan pedulikan saya kerana saya sudah tua. Tetapi, fikirkanlah masa depan anak cucu kita seluruhnya.

Kalau anda semua fikir meninggalkan Umno adalah tindakan terbaik, buktikan kepada semua bahawa itu adalah yang terbaik.

Kalau terus berada dalam Umno adalah yang terbaik, sama-samalah kita berjuang untuk memperbaiki Umno dari dalam supaya parti ini terus jadi relevan sepanjang zaman.

Semalam, Presiden Umno berharap Umno akan terus jadi tulangbelakang kerajaan hingga 100 tahun lagi. Ini cita-cita yang murni. Tetapi, saya harap, kata-kata itu akan digandingi dengan plan tindakan untuk merelevankan Umno dengan situasi dan kehendak Melayu seluruhnya.

Jangan hanya cakap dan terus cakap sedangkan kedudukan Umno, sama ada diterima atau tidak, memang semakin rapoh dan bertambah lemah. Kalau tidak, mana mungkin Umno lemah semangat bila digertak oleh sesetengah pihak. Kalau tidak, mana mungkin segelintir individu Umno dibiarkan terus berleluasa untuk memungkiri semangat di sebalik slogan Hidup Melayu?

Presiden Umno kena serius membanteras politik wang di semua preringkat. Presiden Umno kena serius untuk memertabatkan Melayu dalam konteks Malaysia yang berbilang keturunan. Presiden Umno kena cakap serupa bikin.

Presepsi jelek seperti asosiasi Presiden Umno dengan Patrick Lim perlu dibersihkan segera. Cakap-cakap bahawa Presiden Umno dikongkong oleh menantunya perlu diberhentikan menerusi tindakan dan bukannya menerusi penafian demi penafian.

Penglibatan sesetengahn individu yang didakwa sebagai ejen-ejen perosak asing yang kini dikatakan berada di sekeliling Presiden Umno mesti diberi kata noktah yang tegas dan jelas.

Tak payah risaukan loyalist Umno macam saya. Kalau nak pecat saya, pecatlah. Kepada saya, Umno masih dekat di hati majoriti orang Melayu. Tetapi, anak-anak Melayu ada yang memilih untuk menjauhi Umno ketika ini kerana mereka beranggapan Umno sudah tak mampu lagi melingundi mereka secara ikhlas dan jujur.

Fikirkanlah hakikat ini kalau Presiden Umno benar-benar ikhlas untuk menjamin bahawa Umno terus mampu berkuasa 100 tahun lagi! – Ruhanie Ahmad

19 comments:

karibALAM said...

Datuk,
Kami tidak sesekali lari dari UMNO,walaupun lahir kami lewat 70an,bukan UMNO yg kami tentang,......juang kami kudus,
tapi adakah pemimpin pd hari ini ikhlas semangat juangnya utk bangsa?...jenguk2 sejarah lalu?
Kami kecewa!!

UMNO dulu kini selamanya

Kuda Kepang said...

Saudara Karib Alam

Syabas. Kalau gitu, kita kena buat sesuatu dalam kerangka perjuangan kita. Contohnya, waktu persidangan cawangan dan bahagian kali ini, kita kena kemukakan suara hati kita menerusi usul. Sama ada diterima atau tidak oleh pembesar, itu lain cerita. Yang penting, loyalist Umno kena register rasa hati mereka kepada kepimpinan.

Selamat berjuang dan selamat majujaya.

Ruhanie

Muhammad Ilham said...

good. now this is more like it. this is more respectable, because this time your article is more direct. now, you are saying that pak lah should clean up his act. this is what i want. take it a step further mr ruhanie, by writing abdullah ahmad badawi, instead of presiden umno. for the sake of our country, you must be relentless in the check and balance of umno. do not mince your words, be direct. this new article of yours is a step in the right direction.

now, i must clarify myself. i did not call you a racist because you indulge in the slogan, "Hidup Melayu". because i myself, believe in Hidup Melayu. my greatest wish is to see malays succeed, and beat everybody at their own game. i want to see the malays succeed in business and finance, more than the chinese, but at the same time, i do not want to take anything away from the chinese. the chinese deserve the same opportunities as us malays. of course, the malays must be assisted at this point in time, and i support the awarding of scholarships etc etc to anak anak melayu. however, the new economic policy has been abused by umno. this you cannot deny mr ruhanie. nobody in their right mind, can deny that the reason that we have not achieved 30% equity yet is because the new economic policy has been abused right left and centre by umno. imagine, if umno was a clean party, we average malays from the rakyat will be competing against the chinese, and everybody will be competing on the same level playing field.

but look at the reality now. the new economic policy has made only a small number of malays richer, while poor malays have become poorer. and i get so angry when the likes of you mr ruhanie, just keep quiet because although you know that umno is full of money politics, you have never once tried to attack people involved in money politics. only now do i see some change.

i appreciate your writings about the common malay predicament, such as the usahawan melayu selling levi's jeans at klcc. but you must understand, you as a writer and former political secretary to tun musa hitam have more leverage than you realise, therefore you must focus on the ultimate issues, those on a larger scale. you have your toyol, therefore you must use your insider knowledge of the workings of umno to attack those at the very top, hit them where it hurts most.

trust me mr ruhanie, when people like pak lah, kj, those at tingkat 4 read your blogs, they are comfortable, because you choose to focus on smaller (although still important) issues such as defending usahawan usahawan melayu, but you take your eyes of them trying to sell the country. it is not enough for you to raise awareness among those who read your blogs, you must attack those people involved. do not be generalised, you must name and shame. be specific. if you go to mykmu.net, on one of their forums, they attempted to profile those in tingkat 4, and other close confidants or cronies of khairy jamaluddin. that is what you must do.

be more direct in your attacks, and you will earn the respect of more people. you have no idea of the potential contributions of your writings. imagine, if you, part of the umno grassroots, could convince other grassroot members of umno that pak lah is a weak leader, and that kj and his tingkat 4 boys are the ones who are really running the country, you could actually cause them to lose power. and if they are replaced by better leaders, imagine how you have contributed to saving malaysia. malaysia's sovereignity would be intact and preserved, there will be less cronyism and corruption, and ultimately, the malays will be able to stand on their own to feet, and be successful without having to deny others such as the chinese and indians their own rights to compete with us.

i believe, that once the malays, chinese and indians live in harmony with each other, can compete with each other on the same level playing field, malaysia will be prosperous.

to do this, umno leaders who are weak, corrupt, and evil, who have abused the NEP for so long to make themselves and their cronies richer, who are selling our strategic interests to singapore, they must be attacked, and they must be removed.

do not condone money politics by umno people simply because they make malays richer in the short term, mr ruhanie. i cannot stress it any further, that corruption by your umno bosses, and their abusing of the NEP, will weaken the malay race. i believe, we are weak now, not because of the chinese and indians. i believe, the malays are weak and are being bullied, because of the incompetent leadership of those at the top in umno.

all i'm saying is, whoever does evil, you must attack with full force. name names. do not mince your words.

Muhammad Ilham said...

news flash mr ruhanie.

my sentiments have been echoed by Analisis Malaysia in the article "Mencari Petualang Bangsa".

http://www.analisismalaysia.blogspot.com/

please read it.

Engr. Hamizi Hamdan, Grad. IEM said...

dato'... memang kebanyakan anak muda melayu sekarang sedang menjauhi UMNO...kami merasakan kebanyakan pemimpin UMNO yang ada bukannya pemimpin melayu... tetapi pemimpin yang bodoh dan boleh dibeli...

sekarang orang di kampung yang dulu tidak pernah mempersoalkan tindakan UMNO, sudah mula berkata-kata jelak dengan tingkah laku pemipin mereka...

ketika saya balik kampung di pontian baru-baru ini, pak cik mak cik yang selama ini yang pantang jika UMNO dikritik, mula menunjukkan aksi yang berlawanan...

saya sendiri telah melupakan hasrat untuk mendaftar sebagai ahli UMNO, sehingga Pak Lah disingkirkan bersama menantunya yang GILA kuasa itu...

kami rakyat Malaysia tidak perlukan pemimpin yang tamak, bodoh dan tidak patrioritik...

benar lah kata-kata, ayah saya (penyokong UMNO setia - Orang Johor), PM kita yang kelima adalah BAPA PENGISYTIHARAN... dia hanya tahu mengisytihar...

pilihan raya akan datang saya berharap rakyat Malaysia dan orang melayu dapat memberi undi protes mereka... saya tidak mahu melihat kita menumpang di tanah air sendiri...

Engr. Hamizi Hamdan, Grad. IEM said...

syabas Dato'...

saya akan mengenang jasa Dato' menentang hipokrasi... nampaknya hanya ahli biasa yang berani ke depan... bagaimana ahli parlimen yang lain? hanya berselindung di belakang... menjaga periuk nasi masing-masing... biarkan ruhanie ahmad saja menjadi orang jahat...

teruskan usaha dato'... insya-Allah harapan dato' dimakbulkan...

karibALAM said...

Datuk,

Perlukah kita jatuhkan kerajaan bertunjang BN,berakar UMNO ini dalam 'perbicaraan rakyat' nanti hanya kerana peratah2 bangsa ini semakin liar membuas?

Tidak perlu!

Percayalah,hanya pekik-laung kita semua pendokong UMNO saja yg dapat merubahnya,mungkin di padang himpunan agung umat melayu.

UMNO dulu kini selamanya

cakapsiang said...

Dato Ron, tidak dinafikan tiada wadah yang lebih baik drp UMNO untuk melindungi bangsa tercinta buat masa ini. Cuma kami anak-anak Pasca Merdeka amat kesal, meluat dan loya melihatkan tabiat, kelakuan, kebodohan dan kebangangan kebanyakan penghulu parti itu kebelakangan ini. Jika mereka benar-benar ikhlas untuk melindungi bangsa, kami juga dengan ikhlas akan menyokong UMNO dengan penuh jiwa raga. Kami bukan buta, bukan bodoh dan bukan boleh digula-gula dengan rhetorik, wang dan janji manis semata. Kami bukan ingin projek, bukan juga ingin kominsyen. Apa yang kami mahu lihat hanyalah keikhlasan mereka membawa bangsa Melayu ke arah yang lebih bermaruah.

Kami amat inginkan UMNO yang berwibawa, yang boleh membawa bangsa Melayu menjadi bangsa yang dihormati kerana tingginya maruah dan peribadinya, bukan Melayu yang banyak kereta besar, rumah besar dan duit berjuta hasil projek yang sepatutnya diagih sama rata tapi di pawah sesama kawan-kawan dan saudara mara sahaja.

Kami amat meluat dan loya apabila hadzir ke mesyuarat UMNO, bila melihat hampir semua yang hadzir mempamerkan kereta-kereta menjalar... bukan dengki tapi marah kerana kebanyakkan mereka telah meratah daging anak bangsa sendiri. Bukan rahsia lagi yang kebanyakan ketua cawangan dan ketua bahagian dimenangi dengan menghulur wang ringgit, lawatan ke luar negara atau janji pemberian projek. Soalannya parti beginikah yang kami hendak sokong, parti inikah yang boleh melindungi kami? Parti inikah ? Pembersihan? mungkin, tapi aya tidak nampak cahaya di hujung terowong.

wong soga said...

salaam tok

'posting' kali ini mengingatkan saya kepada kisah-kisah nostalgia orang-orang tua di kampung kami ketika rewang majlis kenduri kahwin. 'parang terbang di senggarang' itu bukan dongeng, tetapi kisah benar belaka. 'mat indera' itupun bukan mitos, tetapi kisah benar belaka.

kisah-kisah sekitar 60-62 tahun yang lalu itu masih panas dalam ingatan kami, tetapi kadang-kadang bagaikan terlalu panjang pula, sehingga sudah menjungkir-balikkan makna melayu itu sendiri.

'posting' datuk mengimbas jatidiri melayu ketika itu, tetapi sekarang bukan begitu lagi jatidiri melayu. sudah terbalik.

dahulu orang umno (baca melayu) berjuang untuk MEMBEBASKAN ('emphasis' sahaja) melayu dari penjajahan, tetapi sekarang orang umno (baca melayu) berjuang untuk MENJAJAH ('emphasis' sahaja) melayu dari kemerdekaan.

dan akibatnya, orang melayu (baca umno dan melayu) sudah hilang akal. kenapa saya katakan begitu?

a. dalam perlembagaan negara, 'orang melayu' itu bermaksud secara asasnya 'orang yang mengamalkan adat-resam melayu serta beragama islam.' orang melayu tak diberi hak atau kemerdekaan untuk memilih atau menambah-baik adat-resamnya (buang yang lapuk), dan anutan agamanya (selain dari islam ataupun kefahaman mengenai islam yang lain dari mazhab swj). kemerdekaan negara, tetapi penjajahan ke atas bangsa dan agama oleh negara, bukan begitu?

b. dahulu, institusi raja tak boleh ditentang, sekarang institusi pucuk pimpinan parti umno (baca melayu) tidak boleh ditandingi. feudalisme dalam demokrasi?

c. atas nama apakah kawasan majoriti undi melayu diagih-agihkan kepada wakil rakyat bukan melayu? ada wakil rakyat melayu di kawasan majoriti bukan melayu? dan lebih buruk lagi, orang umno (baca melayu) berkelahi di pasar undi (seperti di prk ijok) untuk memenangkan orang bukan melayu di kawasan majoriti melayu. kenapa boleh jadi begini?

d. perihal ekonomi sudah saya berikan komentar sebelum ini di lain 'posting' datuk, jadi saya tak bercadang untuk mengulangnya. namun sebagai tambahan, 'the five letter company' sekarang sudah menggerogoti sebilangan besar kontrak kerajaan. kontrak kerajaan pun sudah semakin 'inflated' akibat 'nasi tambah' pihak yang terbabit dalam urusan pemberian konrak dan pelobi, sampaikan kata sahabat-sahabat kami, "it is getting more and more impossible to doing business in this country."

e. mengenai deb, apa untungnya berlabel bumiputera sekarang ini? apa keistimewaan bumiputera, selain diskaun 7% membeli rumah yang kurang baik lokasinya?

f. pak lah ajak rakyat jelata "sama-sama bekerja dengan saya," tetapi sedang rakyat jelata bekerja, pak lah tidur! malah dalam mesyuarat kabinet pun dia tertidur? janji menghadiri majlis rasmi jam 10.00 pagi, tapi dia sampai dah tengah hari. kenapa jadi begitu?

cukuplah komentar saya kali ini. nanti berjela-jela pula. namun, seperti yang telah saya kata, melayu dah hilang akal - sudah tak tahu lagi apa yang sudah, sedang dan yang hendak dilakukannya. tak hilang akalkah itu namanya?

ws

Kuda Kepang said...

Sahabat-Sahabat:
Karib Alam, Muhammad Ilham, Hamizi Hamdan, Cakapsiang dan Wong Sogo

Terima kasih diucapkan.

Saya yakin anda semua adalah generasi pasca merdeka. Tidak macam saya yang lahir di zaman penjajah dan membesar di era awal kemerdekaan. Oleh itu pastinya wujud perbezaan persepsi, walaupun tidak menonjol, di antara kita.

Saya berblog sekadar untuk menyuarakan hati saya terhadap perkara yang agak pincang. Lantaran itu, agak beratlah kalau di antara anda mengharapkan saya jadi superman dan loneranger yang ada kuasa merobah sesuatu kepincangan atau memerangi sesuatu kemungkaran.

Dalam konteks Umno dan kepimpinan mutakhir, memang saya rasa sangat tidak selesa dengan apa yang sedang berlaku.

Contohnya, kewujudan dan peranan apa yang dikatakan sebagai penghuni tingkat 4 di JPM, Patrick Lim dan Kalimullah. Hal ini diperkatakan secara meluas oleh sebilangan rakyat jelata. Tetapi ada juga kelompok yang mahu hal ini dibiarkan sahaja.

Begitu juga dengan karenah dan perilaku Khairy Jamaluddin. Ini pun merimaskan saya. Anak muda ini kelihatan terlalu lincah dan publisiti akhbar mengenainya mengalahkan menteri. Itupun orang tak berani menegur. Akhbar-akhbar milik Umno pun seolah-olah tunduk kepadanya.

Satu lagi adalah kisah penglibatan sesetengah orang yang dikatakan rapat dengan PM, dengan kuasa-kuasa asing, khususnya Singapura. Kalau PM tak bertindak, apa kesudahannya episod ini?

Mungkin saya terlalu banyak membaca kisah-kisah konspirasi sehingga saya takut dan ngeri dengan apa yang saya dengar dan lihat.

Dan, saya tau ramai golongan macam saya, tetapi mereka jadi agak kecewa bila nasihat yang mereka sampaikan secara rasmi pun dipercayai tidak diambil indah oleh PM.

Saya memang ramai kenalan di dalam kerajaan. Mereka ini sering memberikan maklumat kepada saya. Tapi, kadang-kadang saya sendiri naik takut dengan apa yang saya ketahui. Nak tulis dalam blog pun terpaksa fikir berkali-kali..

Dalam keadaan begini, apa yang boleh kita buat? Pessimisme saya mungkin tidak akan dikongsi oleh orang lain. Segolongan orang business pula lebih gemar bermuka-muka. Mereka lebih pentingkan tembolok masing-masing. Kepada sesetengah golongan ini kita jadi salah kalau memperjuangkan kebenaran...

Oleh itu, saya sendiri kadang-kadang tak tau apa nak buat. Kata orang, dah pencen buatlah cara pencen. Kata hati saya pula, perjuangan untuk bangsa, agama dan negara ada had pencen ke???

Jadi begitulah keadaannya.Saya hanya tulis mana yang termampu. Kalau anda sudi untuk menulis kirimkanlah ke e-mail saya mayaputera@gmail.com Insya Allah saya akan siarkan tulisan anda di dalam blog saya.

Hingga berjumpa lagi, selamat berjuang dan selamat maju jaya.

Ruhanie

karibALAM said...

Terima kasih Datuk.

Zaintaha said...

Sepatutnya di pihak akar umbi sendiri rakyat sendiri mengemukakan pelbagai rancangan pembangunan bagi kawasan masing-masing dan juga mengemukakan segala keperluan yang dikehndaki kepada KERAJAAN supaya Kerajaan laksanakan.

Pemimpin UMNO mestilah peka dan menjawa serta tahu apa-apakah keperluan yang dikehendaki oleh rakyat di kawasan masing-masing.

Pilihanraya akan datang ini rakyat kenalah celik menilai calon yang akan dimenangkan; jika calon itu selama ini orang yang sama, atau orang dari kawasan lain, tetapi tidak mampu membawa pembangunan ke kawasan yang akan diwakilinya, jangan menangkan dia,

joe penang said...

Datuk & para blogger sekalian
Silalah ke blog Ulasan isu-isu semasa saya. Ada artikel mengapa saya tak sokong UMNO lagi. Segala berpunca dr kes Felda Sungai Buaya. Silalah jengok.
Mungkin Datuk ada maklumat tentang kes peneroka Felda Masai Baru? bolehla dishare di sini

cyrano said...

Assalamualaikum Datuk.
Sebagai anak Johor dari era DEB, saya setuju dgn pandangan Datuk. Sudah puluhan kali malah pernah mengisi borang utk jadi ahli UMNO tapi sementelahan itu juga saya rasa kurang berbaloi menjadi ahli UMNO...Kerana saya sakit hati melihat kerenah org2 atasan UMNO yg "lebih cakap dari kerja". Cukuplah org macam saya ni jadi penyokong UMNO dari luar.

-thethinker- said...

Datuk bukannya racist , tetapi ayat-ayat pilihan Datuk kadang-kadang kurang tepat dan mempunyai intipati yg membawa kpd pemikiran racist.
Keganasan Bintang Tiga tidak dinafikan , tetapi tentunya Datuk dan kalian semua juga sedar , bukan hanya Melayu saja yg menjadi mangsa rakusan binatang bergelar Bintang Tiga ini , masyarakat Cina yg tidak menyokong Bintang Tiga ini juga diseksa dan didera , dah lah baru lepas dari mulut harimau ( Jepun durjana ) , termasuk pula ke mulut buaya ( Bintang Tiga ). Mungkin Datuk perlu juga menegaskan bahawa kaum lain juga menjadi mangsa keganasan Bintang Tiga .
Keganasan Bintang Tiga bukannya atas sebab perkauman , tetapi kerana ideologi yg bertentangan. Harus diingat , penggerak utama British/Malaya utk memerangi Komunis melalui perang saraf adalah dibawah kelolaan kaum Cina yg anti-komunis , begitu juga dgn nasib-nasib SB-SB Cina yg menyelinap dalam kumpulan Bintang Tiga , usah dilupai sumbangan mereka itu , pengorbanan mereka haruslah dihargai .

Kuda Kepang said...

Sahabat-sahabat Karib Alam, Zain Taha, Joe Penang, Cyrano dan The Thinker,

Sekali lagi diucapkan terima kasih.

Karib Alam: Harap mulakan usaha mereformasikan Umno mulai persidangan cawangan dan bahagian kali ini. Kalau termampu, buatlah usul menggesa semoga Umno diperbetulkan dan dijajarkan dengan aspirasi Melayu moden. Usul-usul wajarlah meminta Umno adakan satu konvensyen khas, umpamanya, dengan seluruh NGOs Melayu, tak kira ideologi, untuk melakarkan aspirasi mereka terhadap pelbagai isu. Ini mungkin fikiran out-of-the-box, ideal dan sukar, tapi belum dicuba, tentu kita belum tau impak dan manfaatnya.

Zain Taha: Waktu ini memang belum ada satu sistem yang mantap di mana kerajaan merangka projek pembangunan menurut aspirasi rakyat. Sewaktu saya jadi WR dulu, saya aturkan dialog dengan ketua-ketua kampung dan penghulu. Kemudiannya saya bawa kes mereka ke mesyuarat tindaknan pembangunan daerah. Tetapi, ada sesetngah DO yang tak sensitif dengan sistem seperti ini. Lantas mereka pun buat rangka projek ikut sesuka hati sahaja.

Joe Penang: Saya dah lawati blogs anda. Saya hormati pendirian Saudara yang memilih untuk mnjauhi Umno sehingga yang pincang diperbetulkan semula. Sebenarnya, kes felda Sungai Buaya itu agak besar. Rasanya ia perlu terus diperjuangkan sehingga menerima pembelaan sewajarnya.

Cyrano: Saya silakan Saudara menulis ke blog saya. Gunalah email yang saya poskan di atas [mayaputera@gmail.com] untuk menghantarkan isi hati saudara. Ketika ini memang ramai anak muda seperti Saudara dan Joe Penang. Mereka kesal dan kecewa dengan Umno mutakhir.

The Thinker: Saya jadi agak racist bila saya ceritakan kisah Panglima Salleh dan Komunis Bintang Tiga di Batu Pahat. Saya jadi begitu kerana apa yang berlaku memang begitulah... Iaitu, yang jadi mangsa Bintang Tiga di Batu Pahat adalah Melayu, rata-ratanya Melayu dan yang melakukan kezaliman adalah sebaliknya.

Memang Bintang Tiga tidak diasaskan kepada ras. Tetapi, keganasan Bintang Tiga di Batu Pahat memang jadi racial kerana sebagaimana saya tegaskan, mangsanya hanya Melayu.

Begitu pun saya tidak menafikan bahawa ramai SB bukan Melayu menyumbang peranan kepada usaha melenyapkan elemen komunis di negara kita. Buku mngenai hal ini pun sudah wujud untuk bacaan umum. Oleh itu, harap maaf kerana skop perbincangan saya yang tertumpu ke Batu Pahat menyebabkan persepsi racist wujud dalam tulisan saya. Untuk rekod di sini, saya tidak racist. Hanya skop perbincangan yang fokus bentuknya menyebabkan tulisan ini jadi seolah-olah begitu.

Akhir sekali, saya berpendapat eloklah kalau anda semua terus meluahkan isi hati anda mengenai Umno menerusi blog ini kerana blog ini memang dibaca dan dipantau oleh banyak pihak yang berminat, mungkin juga termasuk Umno.

Harapan saya, luahan hati anda semua akan membantu Umno untuk merangka strategi reformasi dalaman demi kebaikan semua.

Salam hormat dan selamat maju jaya,

Ruhanie

maza_ilham said...

betul kata datuk.Saya juga sekarang menetap di Batu Pahat.Bkn UMNO yg patut kita benci tapi pemimpin yg ada.Pemimpin yg ada skang bkn pemimpin yg memimpin tapi di pimpin tgn dan lebih teruk punggungnyer.Semua berkepentingan dlm projek kerajaan.Hanya dgn memasuki UMNO melayu blh kaya.Kan lebih bagus jgn kacau skim cepat kaya bg melayu senang kaya then joint politik utk perjuangan bangsa mrk.Bertahun pun datuk menjd ahli parlimen Parit sulong kerusi dulu semerah UMNO gadai kpd MCA adakah Datuk menyokong masa tu.Saya rasa datuk pun pangkah sama kan kerana masa tu datuk di atas.Saya sampai sekarang masih terkilan dgn iman yg mana menjulang bkn islam ketika menang nyer.Tapi tu masa datuk ada pangkat.Mungkin kali ni datuk dah berubah kan.Cuma datuk perlu merubah minda anak melayu utk merelakan kita membuat undi protes kepada pemerintah.Datuk tidak perli menganggotai parti lain datuk perjuangkan UMNO darah daging datuk tapi datuk bersama2 membantu dlm undi protes kelak di kawasan parlimen Parit Sulong yg mana ahli Parliemn macam pelawak.Yb semerah tak der kerja.

FaizulMd said...

Datuk,

Tradisi UMNO sendiri yang agak menyebelahi incumbents saya rasa akan menyukarkan usaha reformasi dalaman UMNO. Tanmbahan pula, dengan tuduhan politik wang yang sangat berleluasa di dalam UMNO sudah tentu akan menyebelahi mereka yang sedang berkuasa. Tidakkah Datuk fikir bahawa satu reformasi dalaman amatlah sukar, jika tidak mustahil.

Pemerhati Luar said...

Datuk,
Syabas saya ucapkan kerana mewujudkan 'Gerbang Ruhanie'. Laman sedemikian telah sekian lama saya cari dan hari ini kali pertama saya membacanya. Tertarik saya dengan cerita Panglima Salleh kerana kisah 'Panglima Salleh Selempang Merah' karangan Zaharah Nawawi pertama kali saya baca 20 tahun lalu. Buku hadiah seorang guru saya pada 1987 ketika saya berkhatan di Batu Pahat itu sangat memberi kesan mungkin kerana saya sendiri berasal dari Mukim 2 Bagan.

Kini saya bertugas diluar negara tetapi saya terus-terusan memerhatikan perkembangan politik bukan kerana berminat tetapi lebih kepada prihatin dan bimbangkan nasib anak2 dan cucu2 saya pada masa depan. Anologi Malaysia-Singapura adalah sama seperti Palestine-Israel. Apa yang terjadi kepada Palestine mungkin akan terjadi kepada Malaysia jika pemimpin kita terus-terusan tamakkan harta, gelap mata dgn wang ringgit yang ditaburkan oleh tokey2 kaya, menggadai kedaulatan negara, menjual pasir dan batuan2 dari Langkawi dan Kuala Linggi.

Adalah menjadi tanggungjawab saya dan kita semua untuk memastikan apa yang berlaku di Palestine tidak akan berulang di Malaysia. Nauzubillah!