Thursday, May 10, 2007

Terkini:
Eksport Batu Ke Spu’ra
Dilesenkan Oleh Kerjaan?

Pengeksportan batu dan debu kuari ke Singapura sejak dua bulan lalu dilesenkan oleh Kerajaan Malaysia.

Sumber-sumber memberitahu blog ini hari ini bahawa pengeksportan ini juga dilaksanakan oleh lebih daripada tiga syarikat, termasuk yang berkaitan dengan beberpa entiti berhad.

Blog ini melaporkan semalam bahawa batu dan debu kuari sejumlah 1.8 juta tan metrik telah dieksport ke Singapura sejak dua bulan lalu.

Maklumat terbaru seperti di atas kini mengundang pelbagai tanda tanya seperti berikut:

Mengapakah pihak yang melesenkan pengeksportan ini [dipercayai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri] tidak mengkategorikan batu dan debu kuari sebagai bahan asas yang diperlukan untuk kerja-kerja menebus-guna pantai?

Seorang pengunjung ke blog ini, Mika Angel-0, mengatakan “istilah teknikal” untuk bahan asas yang diperlukan untuk kerja-kerja menebus-guna tanah adalah “hydraulic fill. Ini termasuklah pasir laut, debu kuari serta pasir berlumpur.”

Katanya lagi: “jika pengharaman eksport untuk bahan tebus-guna tanah yang dikuatkuasakan hari ini hanya mengenai material yang khusus, maka istilah hydraulic fill ini perlu di perjelas, perluas dan diperketatkan.”

Oleh itu, apakah yang kerajaan perlu lakukan sekarang? Bukankah ini merupakan waktu yang terbaik untuk mengkaji semula istilah hydraulic fill ini supaya merangkumi batu dan debu kuari yang diperlukan untuk kerja-kerja tebus-guna tanah di Singapura?

Adakah kerjaan akan terus membisu dan sekaligus menyumbang kepada pembesaran Singapura – sekali ganda saiznya hari ini –dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang?

Adakah kerajaan sedar bahawa pemerintah Indonesia kini sedang mengkaji semula istilah hydraulic fill ini supaya merangkumi batu dan debu kuari? Untuk Maklumat lanjut, harap klik di sini: http://www.todayonline.com/articles/176927.asp

Atau, adakah kerajaan sanggup berhadapan dengan masalah sempadan laut tidak lama lagi akibat daripada kerja-kerja tebus-guna tanah di Singapura yang menggunakan hydraulic fill daripada Malaysia?

Untuk bacaan selanjutnya berkaitan isu ini sila klik di bawah ini:

http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=356&Itemid=32

http://www.littlespeck.com/region/CForeign-SEA-030802.htm

http://www.littlespeck.com/content/development/CTrendsDev-070203.htm

http://www.aggregateresearch.com/caf/flyash/article.asp?id=10439

http://www.wildsingapore.com/news/20070304/070316-9.htm

- Ruhanie Ahmad

8 comments:

nadzri said...

apakah yang bermain dibenak fikiran ketua pemerintah kita... adakah dibuta ataupun lebih suka membuta (yakni.. tidur). dia telah mengulatkan negara kita yg berdaulat.. negara kita yang bermaruah telah kian parah... lebih lama pak LAH memerintah... ibarat kita membiarkan negara kita musnah... mengapa harus kita berurusan dengan Temasek.. tak cukupkah dgn apa yg kita tanggung selama ini dek kedegilan Temasek... mengapa harus di adakan perjumpaan tanpa agenda dgn pemimpin Temasek... utk apa? saja nak buang masa? nak ronda naik kapal terbang saja kah? siapa untung... siapa rugi? ataupun ada agenda perbincangan peribadi?

nadzri said...

lagi sati pasal Ijok... mengapa Mr Samy beri layanan istimewa terhadap Ijok... seperti yang telah dilaporkan oleh agendadaily.com. Why? mengapa tidak tindakan serupa kepada seleuruh DUN di M'sia. atau setidak-tidaknya di Batu Talam mahupun di Machap.. Adakah kerana kerana hendak melobi pengundi Ijok untuk PRU ke-12 yg akan datang untuk kepentingan calon MIC dan beliau sendiri? dari mana datangnya wang itu... adakah rakyat Ijok sahaja yng membayar cukai kepada G'ment?

joe penang said...
This comment has been removed by the author.
Kuda Kepang said...

Saudara Nazri

Terima kasih.

Saya amat prihatin terhadap soal eksport batu dan debu kuari ni pasal ia akan menimbulkan masalah kepada Malaysia di masa akan datang.

Masalah paling utama adalah masalah sempadan laut Malaysia yang merdeka dan berdaulat ini.

Jadi, walaupun eksport ini boleh datangkan hasil, adakah kerajaan rela menyumbang kepada kewujudan masalah seperti ini.

Logika memberitahu kita bahawa Singapura memang terpaksa mencari economic space and physical expansion.

Mewujudkan economic space mudah. Laburlah di mana sahaja yang difikirkan perlu. Inilah yang sedang dijalankan menerusi Temasek Holdings. Dan dalam hal ini, pelaburan yang paling strategik adalah di Malaysia dan Indonesia.

Tetapi, kita kenalah bertegas, bidang pelaburan apa boleh kita berikan kepada Singapura.

Janganlah semua yang wujud di Malaysia nak diharuknya. Beli saham TNB, Telekom, Felda, Tabung Haji dan sebagainya. Ini semua GLCs- hasil perit jerih perjuangan yang wajar dijadikan warisan bangsa.

Lagipun, macam Telekom, ini soal strategik. Nanti satu hari kelak, semua percakapan pembesar kita semua diketahui oleh pihak asing.

Yang sedihnya, ada orang Malaysia sendiri tergamak jadi baruah pihak asing ni. Ada yang sanggup jadi proksi untuk beli saham GLCs. Adakah individu jenis ni kita nak izinkan terus maharajalela?

Fikirkanlah!!!

Salam.
Ruhanie

spycatcher03 said...

Saya rasa terpanggil untuk memberi komen berhubung dgn isu ini , Datuk. Daripada sumber2 yang boleh dipercayai, kebanyakan major players dalam perniagaan kuari, terutama sekali syarikat2 kepunyaan kongelemerat cina turut menyumbang kepada pengekspotan bahan batu batan dan debu kuari sama ada secara langsung atau tidak. Bagi syarikat gergasi yang terlibat secara tidak langsung, mereka hanya merupakan pembekal kepada syarikat2 pengekspot, yang diujud khas bagi tujuan ini. My little bird said that 3 to 4 chinese from singapore driving singapore registered merc S350 were seen visiting the companies involved with granite export. They were believed to be the representative from Singapore to procure the supplies from Malaysia. Datuk should check with your toyol whether YTL, Berjaya Group or Roadbuilders are involved in this venture! Thew same information also claimed that the net profit is about RM 30.00 per metric tonne!

Sand alone could not contribute to reclaimation work. It need boulders and granites to form the hydraulic fill. Dulu memang betul Singapore memerlukan pasir dari kita kerana mereka memperolehi batu batan dari Pulau karimun Indonesia. Tetapi setelah Indonesia menghentikan bekalan tersebut, mereka terpaksa meminta kawan 'baru' - Malaysia untuk bantuan!

I hope the relevant authority , be it MITTI or anybody else, must respond to your posting, Datuk. To me Datuk, whoever are responsible and for whatever reasons, I classify them as traitors! Salam.

Engr. Hamizi Hamdan, Grad. IEM said...

apa yang berlaku dalam kerajaan sekarang ini... harapkan pagar, pagar makan padi...

sangat tidak patrioritik... patrioritik bukan bermaksud merayakan hari kemerdekaan dengan gilang-gemilang... tetapi dengan memastikan tanah air tercinta tidak dijajah dalam bentuk baru... untuk anak cucu rakyat malaysia... bukannya anak cucu sendiri sahaja...

harapan saya rakyat Malaysia akan keluar memberi undi protes semasa pilihan raya... kalau inilah cara untuk mengajar kerajaan, kita ajar betul-betul...

maza_ilham said...

Datuk bgnlah.Berkatalah,.... Bkn semua org mcm tu.Datuk perlu bgnkan kwn2 datuk dan bersama2 pembangkang mempersoalkan apa yg terjd ini.Ini soal maruah dan tanah air kita.Jgn sampai kita nyanyi anak kecil main api.Lagu tu kan dinyanyikan setiap kali BTN utk UMNO.Tapi apa kesedarannyer.Tlglah datuk apa guna gelaran datuk yg datuk ada kalau hanya berkata di blog ini jer.Keluarlah dari kepompong skang datuk utk pilihan raya nnt.Tunjukkan di Batu Pahat datuk.....

haji said...

Datuk, saya hairan, kenapa seorang ahli parlimen pun tak bangkitkan perkara ini di parlimen. AP Jasin yang kononnya macam Hang Jebat kenapa tak mau tanya. Adakah dia bersekongkol juga dgn Ketuanya. Ada yang mengatakan pasir tu dari Melaka, jadi kenapa dia tak berani tanya. Kenapa soal "bocor" di perkatakan. Mmg minda seorang dua atau mungkin lebih Ahli Parlimen memikirkan wang ringgit saja datuk. Marilah kita ubah pemerintahan negara. Dengan adanya pengundi baru yg terdiri dari graduan penganggur yang akan menyokong pembangkang, kita turunkan semua Ap yang tak berguna tu.