Tuesday, May 15, 2007

Doa Buat Mahathir

Kuala Lumpur, Selasa (15 Mei 2007): Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Beliau dalam keadaan stabil.

Kedatangan beliau ke IJN pada 1.15 tengahari tadi diiringi oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan seluruh anak-anak beliau.

Semalam Tun Dr Mahathir yang bercuti di Langkawi telah diberikan rawatan di Hospital Langkawi setelah mengadu sesak nafas. Bagaimanapun, beliau diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan pesawat khas hari ini.

Sama-samalah kita doakan semoga Tun Dr Mahathir akan sembuh seperti sedia kala dalam tempoh sehari dua lagi. - Ruhanie Ahmad

10 comments:

alkerohi said...

Datuk
bila difikirkan keadaan tun, apa yang telah beliau lakukan kepada negara dr segi pembangunan dan kemajuan, bila dirasakan kenaikkan harga barangan di pasaran, bila dibandingkan pula tun dengan kepimpinan sekarang, seperti dihambat minda ini untuk mengembalikan beliau ke kedudukan lama sebagai pm malaysia. kini di rasakan rakyat malaysia seperti anak - anak kehilangan ibu.

amani said...

Saya perlu berterus terang.Pada masa ini saya langsung TIDAK mempunyai keyakinan walaupun 1% kepada PM Abdullah Badawi untuk mentadbir negara.Saya rasa PM Abdullah sepatutnya jadi Pegawai Daerah Baling Kedah sahaja.

Engr. Hamizi Hamdan, Grad. IEM said...

harap TDM panjang umur...

wong soga said...

salaam tok

kami baru pulang dari ampang puteri sc, melawat seorang sahabat lama; pak sidek ghouse mantan setpol tdm yang sedang dalam pengawasan doktor. dia pun baru masuk wad ini hari.

saya tak kenal tdm secara peribadi, tetapi sewaktu menjadi kolumnis di sebuah akhbar dua ketika dahulu (1983 dan 1991/2), saya banyak membahas program-program pembangunan serta langkah sosio-ekonomi serta politik yang beliau rancang dan/atau laksanakan di masa-masa itu. adakalanya tindakan tdm jadi bahan pujian, dan adakalanya juga jadi bahan kritikan. namun saya sentiasa hormati beliau sebagai pemimpin, dan negarawan.

sama-samalah kita doakan yang terbaik bagi mereka berdua. dan semoga Allah merahmati mereka, dan kita semua.

ws

renegix_01 said...

saya amat mengharapkan seorg pemimpin seperti Tun akan Muncul dah menghapuskan segala kebejelagatan yang melanda negara ini...

karibALAM said...

Semoga Tun dipanjang umur....

haji said...

Ya Allah Ya Tuhanku, Kepada Mu kami memohon agar insan yang sangat di hormati dan di sayangi segenap lapisan, Tun Dr Mahathir Mohammad di beri kesembuhan dan di lindungi dari musibbah, Amin Ya Rabbul Alamin.(Doa buat Tun: Allahuma Sali Ala Saidina Muhammadin Thiibil Qulubi Wa dawa iha wa afiatan abdani wa syifa iha wanuril absari wa dhia iha bihaq qi azamati zatiqa ya Arhaman Rahimin. Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbul Alamin)

Mama Irdina said...

salam
selalu saya cuma pembaca senyap sahaja. tapi bila datuk membuat entry mengenai pemimpin kesayangan saya, terdetik untuk drop comment. saya sempat bekerja di bawah pimpinan beliau dan saya adore cara beliau kerja. tegas, yakin & palings seronok mendengar ucapan belia semasa perhimpunan JPM yg sentiasa ringkas tapi padat! malah tak keterlaluan jika saya sentiasa ternanti2 himpunan pagi. pada saya Tun adalah pemimpin yang berjiwa besar, berfikiran jauh dan pemimpin yang cekap, tidak layan perkara-perkara renyah yg lekeh! semoga Tun lekas sihat!

rashid said...

Terima kasih Datuk Ron kerana mewujudkan ruangan ini. Saya turut memohon ke hadrat Ilahi agar YABhg TDM akan segera sembuh. Terima kasih lahir & batin buat TDM. Hopefully kita akan dapat pengganti sehebat beliau satu hari nanti. It will not be AAB, KJ, HTH or even NTR... Saya akan terus mendoakan insan2 yang darahnya Melayu benar yang akan lahir memerintah dan memimpin negara ini... tak kira Jawa, Banjar, Bugis hatta Batak sekalipun. Kerana Melayu benar sahaja yang mengerti keperluan bangsanya. Tidak seperti Azeez, Kali, Nor, Jawhar, K, atau nama2 yang sewaktu dengannya. TDM is exception. (//rashidali)

haji said...

Alhamdulillah, dengan doa kudus yang dipanjatkan setiap insan maka akhirnya Tun kembali pulih. Syukur ya Allah. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada Tun. Dan pada keluarga nya diharap bersabar dan sentiasa bertawakkal kepada Allah.Terimakasih kepada pakar yang merawat Tun, terimakasih Hospital Langkawi dan terimakasih IJN. Salam buat Tun dan Keluarga. Wassalam. (Haji Tmn Tun Dr Ismail)