Friday, May 11, 2007

Suara Hati Anak Buah Panglima Salleh
Sempena Harijadi Umno ke-61 Tahun

Hari ini usia Umno genap 61 tahun. Ramai sahabat meminta saya menulis sesuatu untuk memperingati hari ini. Tetapi, saya masih gagal melakarkan sesuatu untuk parti yang saya kasihi.

Saya gagal menulis sesuatu bukan kerana saya jauh hati. Tetapi, kerana saya agak kecewa dengan apa yang sedang terjadi di negara ini.

Mengapa? Mengapa?? Banyak sebabnya. Tapi, anda gunakanlah akal dan kebijaksanaan sendiri untuk menyenaraikan sebab-sebannya secara satu persatu.

Kepada saya, Umno parti yang didukung oleh majoriti marhaein ini sudah agak melupakan sejarahnya sendiri. Sebab itu Pemuda Umno dah jadi elitis.

Keris diangkat, keris dijulang dan keris dicium di atas pentas dengan kata-kata semangat dihamburkan berdera-derai, kononnya untuk membuktikan kejantanan Pemuda Umno. Cisss takkan Melayu hilang di dunia!!! Tetapi itu cuma untuk PR semata-mata – untuk dapat coverage dalam akhbar dan TV. Dan, untuk mendapatkan backlash yang berpanjangan daripada masyarakat multi-etnik di negara ini.

Umno mutakhir ini juga seolah-olah dah jadi seperti sebuah entiti korporat. Seolah-olah terlalu market-oriented. Nilai-nilai murni kelihatan dikesampingkan. Walaupun jadi tulangbelakang parti pemerintah, segolongan individu Umno seolah-olah sedang hanyut dalam kedahagaan dan kerakusan material yang amat ketara.

Apa sahaja, asalkan ada motivasi material, halal!!. Jual batu dan debu kauri untuk besarkan saiz Singapura, halal!! Jual saham GLCs kepada pihak asing yang mempunyai motif politik tersembunyi, halal!! Jadi proksi asing yang nak bolot kekayaan kerajaan, halal!!!

Memang cetusan rasa ini agak emosi. Tetapi, inilah hakikatnya. Orang Umno yang di kampung-kampung terus setia dengan Umno tanpa dorongan material. Ini kerana Umno memperjuangkan nasib datuk nenek mereka ketika Gagasan Malayan Union dan Mac Michael cuba menghapuskan bangsa Melayu, kesultanan Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam pada 1946. Mereka juga begitu setia kerana Umno memerdekakan bangsa dan negara ini dari penjajahan.

Tapi, hari ini, fokus terhadap semangat perjuangan kuno ini sudah jadi agak kelabu asap. Nak tunjuk sayangnya kita kepada negara kononnya, maka segelintir Putera Umno pun digereng pergi terjun di Khutub Utara. Hebat bunyinya. Tapi ini kerja membazir dan tidak bijak.

Kalau Umno asalnya dari ceruk kampung dan desa, apa pasal tak balik ke ceruk kampung dan desa untuk tunjuk kehebatan Pemuda Umno dan Putera Umno? Duit berpuluh juta yang dibelanjakan untuk pergi ke Khutub Utara itu alangkah baik kalau dicurahkan ke kampung tempat asal pendukung setia Umno?

Hishamuddin Tun Hussein apa pasal tak minta Pemuda Umno dan Putera Umno pergi ke Kelab Melayu Batu yang jadi tempat perhimpunan rasaksa pada 1946, di bawah pimpinan Datuk Onn Jaffar, di mana slogan Hidup Melayu diteriakkan buat pertama kalinya dengan spontan dan penuh semangat?

Tahukah Hishamuddin atau Khairy Jamaluddin bahawa jeritan slogan Hidup Melayu pertama kali itu membelah angkasa pada suatu hari Jumaat?

Tahukah mereka bahawa slogan itu amat keramat kerana ianya tidak direka dan tidak dibentuk, malahn hanya meluncur keluar dari rongga ribuan Melayu marhein yang miskin dan baru sahaja tamat daripada keganasan dan kezaliman gerombolan komunis bintang tiga?

Tahukah mereka bahawa slogan Hidup Melayu dijeritkan oleh Melayu-Jawa-Banjar-Arab di Batu Pahat pada 1946 kerana pada ketika itu memang Melayu sudah hampir terkubur maruah dan kedaulatannya?

Tahukah mereka bahawa Melayu Batu Pahatlah yang merangka wadah politik yang diberi nama United Malays Organisation (UMO)? Tahukah mereka bahawa UMO inilah yang kemudiannya jadi UMNO?

Tahukah mereka bahawa marhein dan elit Batu Pahat dan seluruh Johor adalah orang yang pertama sekali mendukung semangat perjuangan 46 yang kemudiannya diterapkan jadi semangat perjuangan UMNO?

Tahukah mereka bahawa perlembagaan UMO yang ditulis tangan dalam Jawi masih tersimpan di sebuah perpustakaan kecil di Bandar Penggaram, Batu Pahat?

Tahukah mereka bahawa marhaein Melayu-Jawa-Banjar-Arab yang mendukung cita-cita perjuangan UMNO ini adalah golongan pejuang Melayu pimpinan Panglima Salleh yang telah mengamankan Batu Pahat, Muar dan Pontian daripada keganasan dan kekejaman gerombolan komunis bintang tiga?

Saya pasti mereka tidak tahu dan tidak akan tergerak untuk ambil tahu. Sebab itu mereka terjun di Khutub Utara. Entah terjun entah tidak pun siapalah yang tau!!!!

Saya bangkit dan ungkitkan hakikat di atas bukan untuk glorify Melayu Johor atau menafikan perjuangan seluruh pertubuhan Melayu yang akhirnya merestui kelahiran Umno. Saya ungkit dan bangkitkan hakikat ini kerana saya tau sejarah dan tak rela mana-mana pihak melupakan sejarah awal Umno ini.

Saya huraikan hakikat di atas bukan kerana saya dah benci dengan Umno. Tetapi, saya kecewa bahawa prominennya Umno di Johor dan signifikennya komitmen awal Melayu Johor dan kesultanan Johor terhadap Umno seolah-olah sedang diperlekehkan oleh kepimpinan Umno tertinggi mutakhir ini.

Kalau tidak, kenapa usia 60 tahun Umno dirayakan di Istana Besar Johor, tetapi pembinaan Jambatan Bengkok di Johor Bahru dibatalkan sehingga seolah-olah pemerintahan kita tunduk kepada kuasa asing?

Mengapakah projek itu dibatalkan sehingga maruah dan kedaulatan kita seolah-olah redha kita sendiri cemari?

Mengapakah titah DYMM Sultan Johor yang menyarankan supaya jambatan itu diteruskan pelaksanaannya hanya disifatkan sebagai kata-kata yang kosong?

Kenapakah perlu diwujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar kalau semata-mata hanya untuk menimbulkan persepsi bahawa selatan Johor akan jadi wilayah extension kepada Singapura yang telah sekian kalinya melukai jiwa warga Johor?

Saya terpaksa berhenti di sini sebelum melarat lebih jauh. Saya faham cetusan rasa ini tidak politically correct. Bukan kerana ia tidak correct, tetapi kerana menjentik jiwa sesetengah pihak yang merasakan pedasnya. Tetapi, saya yakin ramai juga warga Umno yang merasakan cetusan ini wajar.

Kepada pucuk pimpinan Umno, sayangilah parti ini. Janganlah dibiarkan semakin ramai orang Melayu meluat dengan Umno dan marah dengan Umno akibat karenah dan gelagat segelintir orang-orang Umno. Janganlah diizinkan Umno retak dari dalam. Jangan redhakan Umno diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak, walaupun kecil, tetapi amat materialistik, hipokrit dan munafik. – Ruhanie Ahmad

12 comments:

joe penang said...

Datuk!
Ada kaitan rupanya dengan Panglima Salleh.

Adakalanya kita terima hakikat bahawa benda yg dahulunya kita pertahankan dengan air mata & darah kini jauh berubah(malahan bertentangan 100) daripada asal.

Untuk makluman semua saya adalah anak Felda. Bapa saya adalah penyokong totok UMNO hingga sekarang. Dulu(lama dah) saya sokong sekarang tidak lagi.

Bagi saya
UMNO berubah 100%(hampir) dr dulu. cth

- zaman Tun Razak kerajaan(baca UMNO) beri tanah kepada org melayu. Mula zaman
Mahathir mula jual tanah org Melayu. Apa jadi dengan pemilik tanah? Ditipu oleh pemimpin sendiri. Ada bukti? Mungkin Datuk pernah mendengar nasib peneroka Felda Sungai Buaya(rasanya) yg mula2 dijual di Hulu Selangor. Sapa dpt komisen paling besar? MB Selangor(ketika itu) yg kini menjawat Ketua Penerangan UMNO. Peneroka tersebut tak dapat sepenuhnya bayaran(tak sampai 50%) jual(gadai) tanah. Yg paling untung
pemaju & org tgh tersebut..

nantilah saya cerita lagi..

ada hal ckit.

p/s:saya berblog dr office(gomen gak). Ada urgent ni

The Eugenist said...

Tok...

Saya cipta sajak segera..

Tanya Melayu,
Apa itu wadah perjuangan,
Melayu itu ternganga,

Tanya Melayu,
Apa itu pergorbanan,
Melayu itu terlopong,

Tanya Melayu,
Apa itu kesengsaraan,
Melayu itu tercangak-cangak,

Tanya Melayu,
Di mana dia semasa Melayu dihina?
Melayu itu menjerit,

Tanya Melayu,
Apakah dia faham susur galur perjuangan?
Melayu itu tersengih,

Ternyata Melayu itu tidak tahu apa-apa,
Tapi, bapakmu, bapakmu..bapakmu!!

11 May 2007

Dasa said...

Membesar di dalam sebuah keluarga besar orang biasa yang aktif dalam Umno biasanya akan membuatkan seseorang secara semulajadi cenderung untuk menyokong Umno. Faedah langsung yang diraih hasil pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru tajaan Umno khususnya melalui peluang pendidikan dan pekerjaan juga membolehkan seseorang merasa terhutang budi dan seterusnya menyatakan sokongan kepada Umno, sama ada secara terbuka atau di belakang tabir.

Namun begitu, mengapa sebahagian daripada kita masih terus memilih untuk tidak menjadi ahli Umno atau menyokong Umno di sebalik berbagai jasa yang ditaburkan oleh Umno. Adakah sebahagian kita tergolong sebagai insan yang tidak mengenang budi atau tidak tahu berterima kasih? Atau sebenarnya amat kecewa dan sakit hati melihat apa yang berlaku di dalam negara ini di bawah teraju Umno?

Pengalaman diri menunjukkan Umno yang dikenali sejak beberapa dekad lalu kini telah berubah. Dan perubahan ini menjadi pantas semenjak pertengahan dekad 80an hingga hari ini. Tiada lagi ketulusan perjuangan bangsa, agama dan negara yang hakiki oleh sesetengah pemimpin tertinggi. Pemimpin yang sama berucap dengan semangat berkobar-kobar mengenai bangsa Melayu yang terpinggir sewaktu perhimpunan parti tetapi menerusi proksi terus membina harta peribadi bertimbun-timbun selama bertahun-tahun tanpa menghulurkan pertolongan bermakna kepada golongan yang tidak bernasib baik. Segelintir pula sebenarnya tiba-tiba menjadi Melayu sejati selepas terpilih sebagai pemimpin. Itupun di hadapan khalayak tertentu seperti masyarakat di desa yang tidak berpeluang mengenal watak mereka yang sebenar.

Umno kini dilihat menjadi wadah utama untuk mendapatkan kuasa dan bukan untuk berbakti. Kuasa pula digunakan secara tidak amanah dan diam-diam (tanpa rasa bersalah walaupun mengaku beragama Islam) untuk mengumpul kekayaan, mendapatkan gelaran, mengambil hak rakyat biasa dan memuaskan nafsu. Kontrak-kontrak yang dibiayai oleh para pembayar cukai pula tidak diberikan berdasarkan daya saing harga, keupayaan dan produk. Tetapi lebih kepada kekuatan connection.

Umno mungkin akan musnah – semuanya angkara para pemimpin dan ahlinya sendiri.

honami said...

Assalamualaikum Dato',
Salam perkenalan.

Terima kasih kerana beritahu sejarah UMNO secara terperinci. Yang ringkasnya, pernah Arwah abah saya ceritakan dulu.
Sedih la Dato'.1)sebab keadaan UMNO sekarang yang dah lupa asal-usul. 2) sebab teringatkan arwah abah yang sentiasa mengingatkan "anak melayu johor mesti sokong UMNO!, "UMNO lah yang membela nasib orang Melayu", "kalau tak de UMNO, dah habis Melayu kena jual".
yang sentiasa meniupkan semangat patriotik kepada anak dia ni..
Arwah begitu sayangkan UMNO. Perjuangan sepanjang hayat. Saya pun sayangkan UMNO ....

Betul cakap Dato'. ramai anak-anak muda sekarang dah penat, meluat, menyampah.
Macam mana nak hentikan semua ni, Dato'? cukup lah. Saya nak bertindak. Apa yang boleh dibuat?

Selamat Harjadi ke-61 UMNO.
Semoga Allah buangkan yang buruk, busuk dari dalammu dan masukkan yang suci, ikhlas dan tawadhu' ke dalam mu, amin.

-thethinker- said...

mungkin agak celupar.. tetapi terimalah hakikatnya..
bahawa UMNO telah lama terkubur pada tahun 1987, yg ada sekarang ialah UMNO BARU .. nama pun ditukar, maka semangat pun bertukarlah..

jadi , kpd kalian semua , hentikan lah mengatakan UMNO telah berumur 61 tahun , ia hanya berumur 20 sahaja..Itulah fakta, itulah hakiki sebenar.

Wadah said...

Akum YB Datuk..

Tulisan Datuk saya selami hingga menitis air mata bila membacanya.. Benar kata Datuk.. parti UMNO sekarng seperti telah lupa perjuangan nenek moyang kita dahulu.

Saya masih ingat lagi cerita arwah ibu saya dimana ahli keluarga arwah ayahnya sanggup menjual tanah dan harta semata2 ingin melihat tanahair kita MERDEKA dari penjajah.

Tapi malang selepas tanahair mendapat kemerdekaan, perjuangan arwah ayah ibu saya tidak di nilai malahan pemimpin UMNO zaman 90an pernah menghinanya dengan pelbagai sindiran antaranya kata2 yang arwah ibu saya ingat " Kenapa bodoh sangat kamu sanggup menjual tanah dan harta semata2 untuk YAM Tungku Abd Rahman untuk merdekakan negara ini.. Sekarang padan muka kamu tiada tanah dan harta dok merempat menumpang rumah anak2."

Betapa sedihnya arwah ayah ibu saya di herdik oleh seorang pemimpin UMNO sewaktu arwah ayah ibu saya memohon sumbangan ehsan untuk rawatan ketika sakit dahulu.

Beginilah nasib seorang pejuang melayu yang sanggup menjual harta benda untuk politik melayu dan akhirnya dicaci demikain rupa bila menjelaskan kepada pemimpin UMNO tersebut.

Wadah tulisan ini bukan tujuan menungkit peristiwa lama tapi perasaan sedih bila terkenang kembali cerita arwah ibu berhubung perjuangan arwah ayahnya ketika dahulu..

Sekian
Anak Desa Sg Petani Kedah.

Muhammad Ilham said...

is that the best you can do? is that all you can write? why do you worry about not being politically correct when you wrote your article? this is the sovereignity of the country we are talking about, and you want to worry about whether or not you are being politically correct?

c'mon, if you really have some guts, and are willing to lose everything including your umno membership, then you would do well to follow the footsteps of sang kelembai and be more ruthless in your attacks of the leadership of umno.

you don't have to worry about singapore's threat yet mr ruhanie. you better worry about the destruction of malaysia at the hands of malaysians themselves first. the destruction of malaysia at the hands of the top tier of umno.

Muhammad Ilham said...

it's like what raja petra wrote some time ago. you chose your bed, now you sleep in it.

tell me mr ruhanie, with all the doings of those at the top in umno recently, leading to the sovereignity of our country being threatened, will you still vote for umno in the general election?

i can tell you the answer now. i am 100% sure that you will still vote for umno. you are too taksub with umno. i used to support umno a long time ago, but unlike you, i learned to let go a long time ago. it was not at all difficult for me. why would it be? reading about musa aman, taib mahmud, rafidah aziz, khairy jamaludin, abdullah badawi, it was too easy to turn away from umno. but for you, i know that as long as the act of corruption by umno benefits the malays in the short term, you will close one eye towards all the misdoings. as long as the orang cina does not benefit, you will continue to support the blind who lead us. the truth is, you are a racist. however, you do not see past the horizon, that although corruption makes a small number of malays rich, you do not realise that it is to the detriment of us the average rakyat who cannot be bothered to mengampu all you umno people. we malays who choose to make it on our own effort and titik peluh, without wishing to get any help from you umno members. sorry, but we do not have time to be nice and polite to crooks. we will not sell our dignity for 200 ringgit, we will not sell our dignity to give you all a 5% commission for our projects, we will not pay for your holiday to australia in return for political help. malays like me and my family will never have respect for umno members who do not stay true to islam and the principles of umno.

we also will never have respect for umno members who do not have the guts to stand up to their leaders, who do not have the guts to object to umno leaders. umno people like you, who write and write and write, complain day and night about singapore, but what pak lah, KJ, those in tingkat 4, and the others do, you never register your displeasure. the reality is, you do not have the guts to ruffle the feathers of those at the top.

you may write here and there, but you do not have the same courage as the likes of raja petra and sang kelembai.

i am always watching you mr ruhanie. on all 3 of your blogs.

karibALAM said...

Datuk,
Bongkar2lah sejarah lalu buat panduan,takut nanti hilang timbangan.
Pekik laung orang lama ingat2lah selalu.
Amanah usah dikhianati.

UMNO dulu kini dan selamanya

A Voice (of Another Brick in the Wall) said...

Terima kasih Tok kerana akhirnya menulis secebis sejarah yang sengaja mahu dilupakan orang sekarang.

Entahlah adakah mereka2 seperti Khairy ini tahu siapa Kiai Salleh, peristiwa2 disebalik cerita Kiai Salleh, dan perjuangan Kiai Salleh.

Saya hanya tahu mereka yang melupakan sejarah is "doomed".

Mari kita ingatkan Kiai Salleh dan isterinya dengan membaca Fatihah. Sama2 kita baca Fatihah itu untuk memohon dikuatkan roh Melayu yang kini layu. Al Fatihah!

Amiruddin Azlan said...

kita ni datuk sebagai muslim....yang tinggi itu Islam...alislam yaklu wala yukla alaih...perjuanagan atas dasar bangsa berkemungkinan menjurus kepada assabiyyah...

maza_ilham said...

Datuk. Sebenarnyer UMNO ni dah dimusnah kan sejak pertelingkahan 1998.Dari 2 keris jd 1 keris.UMNO skang bkn UMNO yg datuk perjuangkan dulu.Saya rasa keisan dgn pemimpin UMNO yg diharamkan terdahulu.Tapi apa blh buat Malaysia blhkan Datuk.Sampai bila pun undi saya bkn utk BN atau UMNO lg walaupun yg ddk dikerusi tu sedara saya org KG Bintang Batu Pahat.Semua telah pudar dan kini yg ada satu semangat mempertahan tanah sedniri dan tanah utk anak2 saya kelak.Reformasi akan berlaku di Batu Pahat.....Allah akan memenagnkan nyer kelak.