Thursday, May 03, 2007

NUJ Mahu Kerajaan
Iktiraf Blog
Sebagai Media Baru

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mahu kerajaan mengiktiraf kewujudan laporan dalam internet dan blog sebagai media baru bagi menyebarkan maklumat.

Presiden NUJ Norila Mohd Daud berkata fenomena mendapatkan maklumat menerusi internet memberi kesan yang amat besar dan ini menjadi sumber maklumat alternatif isu-isu semasa yang menyentuh masyarakat di negara ini.

"Penggunaan internet dan konsep dunia tanpa sempadan yang tidak ditapis telah menjadikan maklumat lebih mudah diperoleh oleh sesiapa jua. Demikian halnya, apa jua penyalahgunaan oleh penjawat awam boleh didedahkan segera dalam internet" katanya dalam satu kenyataan di sini, sempena Hari Kebebasan Akhbar Antarabangsa yang akan disambut esok.

Beliau berkata ini selaras dengan misi kerajaan yang mahu memastikan akauntabiliti dan ketelusan serta meningkatkan sistem penyampaian yang lebih baik.

Pada masa yang sama, Norila berkata perkembangan saluran media baru ini telah mempengaruhi media arus perdana dan mengubah dunia kewartawanan pada masa kini.

"Melihat kepada perkembangan terkini, NUJ berpendapat kerajaan harus memberikan lebih kebebasan kepada akhbar tempatan dengan meminda beberapa undang-undang yang menyekat seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya.

NUJ berpendapat bahawa penggubalan Akta Kebebasan Maklumat akan dapat meningkatkan penyaluran maklumat antara jabatan kerajaan, media dan orang ramai, kata Norila.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=259813

6 comments:

alkerohi said...

Datuk
NUJ nampaknya telah memainkan peranan yang baik dan telus ketika menyarankan supaya diiktiraf peranan blogger. Syabas diucapkan kepada Presidennya. Perjuangan sebenar adalah tanpa mengira batas politik atau apa-apa sekatan tetapi mestilah untuk dan kepentingan semua.

Kuda Kepang said...

Saudara:

Trima kasih. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal maknikam. Mudah-mudahan pihak pembesar negara yang buta hati pasal bloggers akan insaf. Terima kasih NUJ dan Saudari Norila Daud.

Salam takzim
Ruhanie Ahmad

renegix_01 said...

datuk..izinkan saye lari dari tajuk sebentar..saya ingin meminta pendapat datuk ttg NEP...bolehkah datuk member email datuk kepada saya?atau boleh dibincangkan secara terbuka?

Kuda Kepang said...

Saudara Hesmel

Tak jadi masalah. Lebih baik kalau Saudara sudi e-mailkepada saya points yang khusus.

Terima kasih.

Ron

Kuda Kepang said...

Saudara Hesmel

Tak jadi masalah. Lebih baik kalau Saudara sudi e-mailkepada saya points yang khusus.

Terima kasih.

Ron

renegix_01 said...

tetapi saya tidak tahu email datuk...