Friday, July 14, 2006

SINAR HARAPAN
DARI AUSTRALIA


Suasana politik Malaysia dijangka kembali harmonis. Langit kembali cerah. Mentari kembali bersinar. Purnama tidak lagi muram di selubungi mega. Ini kerana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekembalinya dari menjalani satu rawatan perubatan di Perth, Australia.

Datuk Seri Abdullah dikatakan sudah memikirkan soal siasah negara dengan semasak-masaknya sewaktu beliau bersendirian di Australia. Beliau juga dipercayai memperincikan beberapa masalah khusus yang membabitkan pengurusan dan kepimpinan negara mutakhir ini.

Antara isu yang dikatakan disorot secara detail termasuklah kenyataan sinis Tun Dr. Mahathir, kononnya “tingkat empat” di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya “adalah lebih berkuasa daripada tingkat lima.”

Satu lagi isu yang dipercayai menerima perhatian istimewa daripada Datuk Serti Abdullah adalah mengenai menantunya, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, sama ada kisah daripada Perth ini benar atau sebaliknya, sama-samalah kita tunggu realitinya tidak lama lagi.

Beberapa sahabat yang mendengar desas-desus ini, bagaimanapun berasa lega. Kata mereka, mudah-mudahanlah Datuk Seri Abdullah kembali ke tanahair dengan satu sinar harapan yang cerah gemerlapan.

Oleh itu, sama-samalah kita doakan semoga berita baik ini jadi kenyataan. Sama-samalah kita memohon kepada Illahi supaya Malaysia dan rakyat jelatanya sentiasa aman, makmur dan sejahtera!


3 comments:

My Point of View said...

Gelap ke suasana sekarang nie? Rasanya tak perlu jawab segala soalan, kerana ada soalan yang sebenarnya tak perlu dijawab....

SALONG VILLA said...

Diharap ia menjadi satu kenyataan. Bagaimana pun keraguan tetap ada kerana berasaskan senario yang lepas, DS Abdullah bukan pencetus polemik ini sebaliknya Dr Mahathir. Sekiranya Dr mahathir berterusan dengan sikapnya,pasti dia tidak akan menerima apa jua penjelasan yang diberi oleh kerajaan.

Adakah dia mahu DS Abdullah melakukan sama seperti yang dia terpaksa (Dr Mahathir) lakukan kepada Tunku dahulu ia-itu pergi mohon maaf dan cium tangan?

A Voice said...

Salong villa, Sekiranya anda hanya melihat perkara ini sebagai polemik, nyata sekali anda lihat perkara ini sebgai permainan kata dan bukan cuba dan mahu menghayati isu2 yang diketengahkan.

Sedih kerana anda tidak dapat lihat bertapa padah akan berlaku pada bangsa dan negara di sebabkan orang2 seperti tuan yg tidak peka dan faham implikasi keadaan sekarang.

Dato, Sekiranya peace pipe mahu di hisap oleh Pak Lah dan Tun M, pendedahan yang diseleweng oleh Kali & Tky 4 ternyata adalah usaha mahu mengeruhkan kadaan dan tidak memungkinkan pertemuan ini berlaku.

Sekiranya pak Lah terus berdiam mengenai isu2 tempatan dan nasib yg menimpa orang2 Islam di Timur Tengah, saya takut dia akan berdiam dan lari ke Australia bila sesuatu berlaku pada agama, bangsa dan negarase.

Samada dia menyedari atau tidak, PAk Lah sudak bersengkongkol dengan pembelot, beliau sedang melakukan treason.