DENGAN DR. MAHATHIR’
[dipetik dariapada Utusan Malaysia]
PUTRAJAYA 19 Julai 2006: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dalam soal hubungannya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Malah kata Perdana Menteri, beliau mengenali baik Dr. Mahathir dan isterinya, Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali.
‘‘Saya tidak ada apa-apa masalah dengan Tun. Bila jumpa dia, saya salam dengan dia. Kalau sempat bercakap, saya cakaplah dua tiga patah.
‘‘Macam pergi Jepun baru-baru ni, saya tahu dia ada di hotel. Saya boleh pilih kalau saya tak mahu pergi pun (berjumpa) tak apa. Tapi saya pilih nak pergi jumpa dia kerana saya kenal baik Tun dan Dr. Siti Hasmah.
‘‘Sebab tu saya telefon, tanya Tun ada lagikah dan bila kata ada, saya bagi tahu dalam setengah jam atau 20 minit lagi saya nak jumpa dia. Bukan saya suruh dia datang jumpa, saya pergi jumpa dia, tanya khabar Tun, sebagai silaturahim,’’ katanya kepada para pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau memberitahu demikian ketika diminta mengulas hubungannya dengan Dr. Mahathir sejak timbul beberapa isu berbangkit khususnya mengenai pembatalan projek jambatan bengkok.
Ditanya adakah beliau terluka dengan beberapa kenyataan Dr. Mahathir terhadap beliau sebelum ini, Abdullah berkata, ‘‘Saya tidak kecil hati. Kenapa saya harus ada perasaan begitu kepada sesiapa pun.’’
Mengenai cadangan supaya diwujudkan ‘orang tengah’ bagi menjernihkan hubungan antara Dr. Mahathir dan kerajaan, Perdana Menteri berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sudah jelas.
Menurutnya, memang tidak ada satu keputusan mengenai perkara itu dibuat, bagaimanapun kalau ada kumpulan persendirian atau inisiatif pihak lain kerajaan tidak larang.
Mengenai kenyataan Dr. Mahathir bahawa teguran yang dibuat bertujuan untuk membetulkan apa yang salah, Abdullah berkata, kerajaan mempunyai pandangan tersendiri dan akan membetulkan apa yang salah.
‘‘Hikmah kerajaan tak sama dengan hikmah individu kerana kita melihat dari sudut yang begitu luas dan menyeluruh. Kerana itu kita buat yang kita fikir terbaik dan tepat pada waktu.
‘‘Keputusan juga dibuat berdasarkan pada situasi tertentu pada waktu tertentu, situasi yang perlukan pendirian, sikap dan data serta keputusan yang dibuat berasaskan pada fakta-fakta yang kita lihat.
‘‘Situasi, tuntutan rakyat dan isu pula sentiasa berubah, perkara yang kita anggap tiada masalah dulu akan menjadi masalah besar. Itu yang kita laksanakan,’’ kata beliau lagi.
[Nota:Kenyataan di atas amat jujur dan ikhlas. Adakah ini antara bunga-bunga harapan yang mula mekar sewaktu Datuk Seri Abdullah berada di Australia tempohari? Kenyataan seperti inikah yang akan menjadikan suasana politik Malaysia kembali harmonis, langit akan kembali cerah, mentari kembali bersinar, dan purnama tidak lagi muram di selubungi mega?]

No comments:
Post a Comment