Thursday, March 13, 2008

Muhyiddin-Razaleigh-Anwar Perlu Bertindak Demi Malaysia Dan Rakyat Jelata Seluruhnya

Kiriman Nakhoda

Selepas keputusan PRU 12 diumumkan, Malaysia dilanda krisis, BN dilanda krisis. UMNO dilanda krisis, rakyat jelata dilanda krisis. Seluruh krisis ini berpunca dari hilangnya keyakinan rakyat terhadap Abdullah selaku pemimpin kerajaan, pemimpin BN dan pemimpin UMNO. Krisis yang sedang melanda adalah krisis keyakinan.

Vote of no confidence yang diberikan oleh rakyat menerusi PRU 12 nyata dan benar. Tapi, Abdullah masih terus berkata, kerajaan masih kuat. Krisis yang sedang berlaku adalah hakikat, tapi para pemimpin UMNO dan BN terus beri sokongan kepada Abdullah. Rakyat jelata mahu Abdullah berundur, tapi ada lagi pihak yang menyakinkan Abdullah supaya terus bertahan di kerusi PM.

Kita semua sedia maklum, Najib pun tak boleh diharapkan untuk menyelesaikan krisis ini. Najib bukan tidak mahu bertindak. Dia juga boleh kita ketengahkan dan beri sokongan. Tapi dia ada masalah besar yang dijadikan senjata oleh Abdullah dan Khairy untuk menyekat apa juga usaha yang mahu Najib lakukan.

Dalam keadaan seperti ini, terpaksalah Najib pun perlu diketepikan. Apa guna kita beri dia sokongan bila akhirnya Najib juga akan terus akur pada kehendak Abdullah dan Khairy. Jika Najib engkar, dia pasti akan diugut dengan “kebenaran” yang menyelubungi kes Altantuya. Abdullah dan Khairy akan membunuh Najib secara politik menerusi kes Altantuya. Kalimullah di NST dipercayai sudah stand-by untuk “memadamkan” karier politik Najib menerusi media, jika Najib cuba bertindak menurut kehendak majoriti rakyat ketika ini.

Sekarang terserahlah kepada Muhyiddin dan Tengku Razaleigh. Muhyiddin perlu ke depan dengan berani dan tegas kerana dia Naib Presiden UMNO. Muhyiddin terpaksalah “menderhaka” untuk kebaikan UMNO, BN dan Malaysia. Dia kenalah merintis perundingan dengan Tengku Razaleigh kerana Tengku Razaleigh boleh menyumbangkan peranan berkesan menyelesaikan krisis yang kita semua hadapi.

Kalau Muhyiddin hanya mahu terus bercakap-cakap sahaja menerusi media, kita harap Tengku Razaleigh ambil dayausaha paling utama untuk berunding dengan Anwar Ibrahim. Kita suka atau tidak suka, Anwar masih kuat lagi pengaruhnya. Anwar boleh mengawal DAP dari kalangan pembangkang. Anwar juga boleh diterima dan disokong oleh segolongan orang UMNO. Anwar sentiasa dihormati oleh komuniti dunia.

Mana-mana kumpulan yang prihatin terhadap krisis ini wajar memikirkan formula terbaik untuk membolehkan Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar bergabung minda dan bergabung tenaga demi negara.

Pemimpin Islam di Sabah dan Sarawak juga perlu berusaha menyumbangkan peranan masing-masing untuk membantu Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Begitu juga dengan para intelek. Mereka jangan jadi mandul dan dangkal untuk terus jadi pemerhati dan hanya berpolemik sesama sendiri. Mereka semestinya rasa terpanggil untuk berbuat sesuatu secara segera dan berkesan. Sekurang-kurangnya mereka juga perlu bersuara secara kolektif bagaimanakah kemelut semasa ini boleh diselesaikan secara berhemah, damai dan efektif.

Kita persetankan Khairy, Kalimullah, Annuar Zaini dan lain-lainnya. Kita beri kata dua kepada mereka, jangan masuk campur lagi dalam urusan menyelesaikan krisis ini. Kita dengar Khairy sedang menyusun usaha untuk mengerahkan orang-orang tertentu membuat kacau-bilau. Kalau ini terjadi, Ketua Polis Negara terpaksalah tahan Khairy secepat mungkin.

Kita juga dengar desas-desus kononnya segolongan elemen asing kini sedang membantu untuk menimbulkan kacau-bilau tersebut. Elemen asing ini dipercayai dari seberang tambak. Mereka sudah menguasai “under world” Malaysia sejak Abdullah memimpin Malaysia.

Bayangkan kalau group yang dikatakan anjuran Khairy bergabung kekuatan dengan elemen asing berkenaan. Bayangkanlah apa yang akan terjadi.

Saya yakin Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar pun sudah dapat angin-angin pasal hal ini. Abdullah tak payah kita risaukan. Dia hanya bertindak mengikut rentak dia sendiri dan mungkin juga ikut rentak irama yang sudah didendangkan ke kalbunya oleh pihak-pihak tertentu, waima luaran atau dalaman!

Apa nak ditunggu lagi? Muhyiddin pimpinlah lain-lain pembesar UMNO untuk mendesak Abdullah berundur dengan segera. Tengku Razaleigh, pimpinlah ahli-ahli UMNO untuk memperbaiki UMNO. Anwar carilah jalan terbaik untuk manfaat negara.

Setelah Abdullah berundur, Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar segeralah berpakat dengan PAS serta lain-lain pemimpin politik Malaysia. Fikirkanlah formula perdamaian politik untuk kedamaian negara dan kesejahteraan rakyat jelata. Saya yakin, rakyat jelata akan menyokong jika apa yang dilakukan adalah secara ikhlas dan jujur meliputi minat serta kepentingan seluruh etnik Malaysia.

Bagaimanapun, dalam apa juga usaha yang akan diambil, Tun Dr Mahathir mestilah dirujuk untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Jangan sekali-kali diketepikan Tun Dr Mahathir dalam usaha ini. – 13 Mac 2008, 3:13 AM

Wednesday, March 12, 2008

Nik Aziz Dilantik Menteri Besar Kelantan Untuk Penggal Kelima

KOTA BAHARU, 11 Mac (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima watikah pelantikan Menteri Besar daripada Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra di Istana Negeri, di sini, malam ini.

Nik Aziz, 77, kekal menjadi Menteri Besar Kelantan untuk penggal kelima, sejak PAS menerajui negeri pada tahun 1990.

PAS terus menguasai Kelantan buat penggal kelima berturut-turut setelah ia bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 39 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum minggu lepas.

PAS mencatatkan kebangkitan mengejutkan dengan pencapaian jauh lebih baik berbanding pilihan raya umum lalu apabila memperolehi 38 daripada 40 kerusi yang ditandingi manakala PKR memenangi satu daripada lima kerusi yang ditandingi.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=320084
Ir Mohammad Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak

IPOH, 12 Mac (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini memperkenankan pelantikan Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Nizar akan mengetuai kerajaan campuran yang akan dibentuk oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum Sabtu lepas.

Majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 4.00 petang esok.

Nizar, anggota DUN Pasir Panjang berkata perkenan Sultan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu mengadap di Istana Kinta di sini 5.00 petang ini.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=320233
BN Perlu Muhasabah Kembalikan Keyakinan Rakyat, Kata Muhyiddin

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Tsunami politik yang melanda negara ini pada pilihan raya umum ke-12 Sabtu lepas merupakan pengajaran yang menuntut semua pihak termasuk kepimpinan negara bermuhasabah dan mencari pendekatan sesuai untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ibarat "mengubati barah yang kronik", kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno perlu bersikap lebih terbuka dalam mencari penyelesaian terbaik.

Beliau berkata keputusan rakyat menidakkan majoriti dua pertiga BN, buat pertama kali sejak negara merdeka 50 tahun lalu, bermakna ada sesuatu yang dekat di hati rakyat tetapi tidak tercapai oleh kerajaan.

"Kita perlu berfikir secara terbuka, mengaku kesilapan dengan sifat rendah diri yang luhur dan kita perlu terima hakikat kerana rakyat dah beri mesej yang jelas," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Wisma Tani di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas kegagalan BN mempertahankan majoriti dua pertiga kerusi pada pilihan raya umum lepas yang menyaksikan parti itu menguasai 140 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan dengan selebihnya dikuasai parti pembangkang.

Bagaimanapun, BN yang dipimpin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno masih boleh membentuk kerajaan melalui kemenangan majoriti mudah.

Sungguhpun BN masih berkuasa, Muhyiddin berkata kehilangan beberapa negeri kepada pakatan pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta Kelantan yang masih kekal di bawah penguasaan PAS merupakan satu tamparan hebat kepada BN khasnya Umno yang menunjangi parti itu bersama MCA, MIC dan Gerakan.

"Ini waktu genting dalam sejarah Umno," katanya mengingatkan kepimpinan parti menyedari sokongan sebilangan Melayu kepada pembangkang sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS atau DAP, pada pilihan raya lepas boleh menggugat survival politik bangsa itu di negara majmuk ini.

"Dalam hal ini, kita kena terus terang. Saya tidak mahu buat ramalan tapi kenyataan bahawa kita (Umno) tak mungkin tumbang mungkin akan jadi mitos kalau kita tak bertindak," katanya menegaskan pengalihan sokongan Melayu kepada PKR dan PAS bukan sesuatu yang patut dipandang mudah.

"Undi protes polanya tidak cenderung untuk menyokong PAS atau PKR. Mungkin buat seketika dengan tujuan untuk ajar kita. Contoh, orang Cina yang sokong PAS untuk ajar kita (Umno).

"Sama ada pola itu kekal ia perlu dilihat. BN dan Umno perlu ubah cara kerja, cara pelaksanaan dasar-dasarnya dengan menggunakan pendekatan baru yang mengikut kehendak rakyat," katanya.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=320263

Gunakan Pletfom UMNO Desak Abdullah Berundur?

Kiriman Putera Bentan

Selama hampir dua bulan saya tak mau hantar komen ke blog kuda kepang Saya bimbang, saya khuatir, saya merasakan sesuatu yang menggerunkan berlaku kalau Abdullah terus bertindak macam hari ini.

Bila keputusan PRU 12 diumumkan, saya tidak terkejut. Saya sudah jangka kejutan ini akan berlaku. Sebab tu sejak gelombang kuning pada 11 Oktober 2007, saya agresif minta Abdullah berundur diri demi agama, bangsa, negara.

Tapi Abdullah ingat desakan itu perbuatan rakyat yang jahil dan separuh gila. Sekarang siapa yang yang jahil mentafsir jiwa, perasaan dan citarasa rakyat? Sekarang, mana Abdullah berani sebut slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang? Sekarang rakyat pula tempelak Abdullah dengan slogan Temberang, Terbuang, Terbongkang!!!

Kenapa jadi begini? Abdullah pura-pura tak tau kenapa jadi begini? Dalam dia pukul tak tau, dia buat kenyataan lagi pasal menantunya yang merosakkan negara dan BN. Katanya, menantunya tidak masuk campur urusan negara dan parti. Dalam keadaan BN kalah teruk di lima negeri, keutamaan Abdullah masih lagi kepada menantunya. Dalam keadaan BN yang lemas, Abdullah masih lagi dijangkiti penyakit penafian. Dia nafi itu, dia nafi ini, dia nafi semuanya. Dia nafi kerajaan BN tak lemas…

Saya dapat berita, Abdullah kena ganyang oleh beberapa ahli MT UMNO dalam mesyuaratnya semalam. Seorang dari mereka, walau tak sebut nama, merujuk kepada menantu Abdullah sebagai satu punca utama bencana yang menimpa BN. Lepas kena ganyang, Abdullah kata dia take note. Lepas tu, dalam sidang media, Abdullah nafi menantunya masuk campur urusan parti dan kerajaan! Dolak-dalik tak sudah-sudah, dulu, kini, selamanya!

Saya juga dapat berita, kalau Abdullah masih nak duduk kerusi PM, beberapa individu BN akan “memberontak” tak lama lagi. Ikut berita yang saya terima, “pemberontakan” ini mungkin boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa di peringkat pusat. Saya tau Abdullah tau hal ini. Tapi, saya percaya Abdullah akan terus pukul tak tau!!!

Saya ahli UMNO. Saya minta pemimpin-pemimpin UMNO bersatu, bukan untuk sokong Abdullah terus jadi PM, tapi desak Abdullah segera mengundurkan diri dari kerusi PM hari ini. Apa anda semua takut? Kalau tak ada rakyat, anda semua tak akan ke mana. Kalau tak dengar desakan rakyat, rakyat tau anda semua akan berakhir di mana.

Tak lama lagi akan ada mesyuarat cawangan-cawangan UMNO. Lepas tu mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian UMNO seluruh negara. Saya akan cadang di cawangan saya supaya kita buat usul undi tak percaya kepada Abdullah kalau dia enggan berundur sekarang. Saya harap UMNO di seluruh negara buat usul yang sama. Jangan takut, tak ada suara cawangan, tak ada peluang Abdullah nak jamah kerusi Presiden UMNO. Kita desak ADUN dan Ahli Parlimen UMNO pimpin gerakan ini. Jangan bimbang. Ini untuk kebaikan UMNO tulang belakang BN.

Tokoh-tokoh UMNO yang nak selamat, silalah bersuara dari sekarang. Tunjuklah keberanian anda semua demi kebenaran dan manfaat agama, bangsa, negara. Ini masanya untuk kita semua berjuang memulihkan UMNO yang dah dihancurkan oleh menantu Abdullah dan konco-konconya.

Ingat, UMNO parti kampung, kata Musa Hitam. Kalau tak ada orang kampung, tak ada UMNO yang kuat. Menantu Abdullah mana tau jiwa orang kampung? Mana dia tau pengorbanan orang kampung bergolok bergadai harta benda, gelang, subang, kerongsang, untuk derma supaya Tunku Abdul Rahman dan rombongannya pergi England tuntut kemerdekaan negara? Yang menantu Abdullah tau cuma berlagak, sombong dan bongkak. Pergi Kelantan lancarkan slogan “pade doh” untuk menawan Kelantan. Sekarang, “pade doh mertua demo”!! Ini semua sebab jiwa orang kampung dan orang Melayu dihiris oleh kesombongan menantu Abdullah.

Marilah kita semua pakat-pakat desak Abdullah undur diri dari kerusi PM sekarang. Kalau dia berdegil, kita gunakan kuasa kita menerusi UMNO. Demi agama, demi bangsa, demi negara, mari kita bertindak dengan tekad yang jitu. – 12 Mac 2008, Jam 2:16 AM
Al-Fatehah Untuk Datuk Zakaria Deros
Dan Takziah Kepada Ahli Keluarganya

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Deros, 62, meninggal dunia selepas sesak nafas di rumahnya di Kampung Idaman, Klang pukul 1 pagi ini.

Menurut seorang anak perempuannya, Liza, Allahyarham tiba-tiba mengalami sesak nafas semasa sedang berbual dengan anggota keluarganya.

Zakaria menyertai beberapa orang rakannya mengikuti perkembangan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

Dipetik Daripada BERNAMA

Tuesday, March 11, 2008

Lim Guan Eng Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang

PULAU PINANG, 11 Mac (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini.

Pada istiadat itu, Lim menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Ketua Menteri.

Beliau kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Jamaluddin Hassan.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319888

Abdullah Undurlah Sebelum Jadi Huru-Hara

Politica

Sepanjang tempoh kempen PRU 12, saya membisu. Saya membisu kerana saya terkedu dengan keputusan Abdullah Badawi, Imam Islam Hadhari, adakan pilihan raya umum ikut fatwa feng-shui, ahli nujum Cina!

Nah, sekarang apa sudah jadi? Terbukti amalan khurafat Imam Besar Islam Hadhari mendengar nasihat ahli nujum sudah membawa padah kepada Malaysia. Sebab itulah BN jadi tunggang-langgang – majoritinya di parlimen amat tipis sekali, tak dapat tebus Kelantan, kalah pula di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Di Negeri Sembilan pun pembangkang kurang lagi tiga kerusi untuk tubuhkan kerajaan!

Inilah yang orang tua-tua kata, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran! Atau, inilah prinsip niaga Nakhoda Buluh Kasap, dapat hujung, pangkal lesap!

Semua orang tau ini semua angkara Imam Besar Islam Hadhari dan menantunya Khairy Jamaluddin. Mereka berdualah punca utama BN kalah teruk dalam sejarah Malaysia merdeka. Tak ada orang lain, tapi mereka!

Dah kecundang macam tu, Abdullah masih buat muka tengek. Dia tak mahu berundur. Menantunya himpun beribu-ribu orang ke Sri Perdana di Putrajaya. Kononnya untuk desak Abdullah berundur. Tup-tup, Khairy maklumkan kepada media, orang-orang tu datang untuk minta mertuanya jangan letak jawatan!

Haru-biru betul budak ni! Tapi, budak ni jugalah yang main peranan susun calon. Kata Datuk Kamal Amir, Khairy sama-sama Annuar Zaini, Kalimullah Hassan, Kamaluddin Abdullah dan Shagul Hamid yang buat kerja memuktamadkan senarai calon. Saya rasa, ini semua mungkin kehendak yang dituntut oleh pihak kuasa asing, macam kata Datuk Ron dalam buku The Toyol Code!

Sekarang, apa nak buat? Dah kalah tak mau undur. Rakyat dah tak ada keyakinan pada dia, tapi Abdullah mahu terus jadi Perdana Menteri. Saya tak pernah jumpa manusia mabuk kuasa macam ni!

Tapi, inilah Abdullah, Imam Besar Islam Hadhari! Dan, inilah juga Khairy, Tok Noja Islam Hadhari yang orang kata, pun dah buat DVD seks macam Dr Chua Soi Lek! Para pengundi Rembau tau hal ini. Tapi, diundi juga Khairy. Bukan pasal dia orang tak marah pada Khairy, tapi ikut cerita orang, pasal duit Khairy melempah ruah untuk beli undi!

Saya tak pasti kalau BPR memantau Khairy tabor duit di Rembau baru-baru ni. Tapi, takkanlah BPR pun tak syak dari mana Khairy dapat duit untuk sewa pesawat ringan kibarkan bendera BN di ruang angkasa Rembau waktu hari penamaan calon! Dari mana Khairy dapat duit? Dari Temasek, pasal dia anak angkat Temasek dan Singapura? Dari mana? Cuba BPR cari jawapannya untuk rakyat Rembau dan kita semua.

Gitulah kisah Abdullah dan Khairy. Manusia-manusia inilah yang menyebabkan BN kucar-kacir sekarang. Manusia-manusia inilah yang orang Johor suspek pajakkan bumi Johor kepada Singapura menerusi WPI. Manusia-manusia inilah juga yang fikir kita semua tongong, bodoh, baghal dan tolol!

Sekarang pengundi Malaysia sudah menunjukkan kemarahan, kekecewaan dan protes mereka kepada Abdullah dan Khairy. Tun Dr Mahathir dah bersuara, Abdullah patut berhenti. Tun Dr Mahathir juga kata, Khairy menyumbang peranan besar kepada nasib amat malang yang menimpa BN.

Macam ni keadaannya, pun kedua-dua manusia ni masih nak perdayakan kita semua. Abdullah sampai keluarkan kenyataan, konon menantunya tak pernah nasihati beliau apa-apa. Betulkah kenyataan ni? Kita bukan bangang. Kita bukan bahlol. Selama mana lagi pembohongan ini boleh kita terima?

Oleh kerana kita semua dah jelak, dah muak, dah loya, dah fed-up dengan kisah Abdullah dan Khairy, saya ulangi di sini gesaan saya supaya Abdullah berundur, yang saya poskan dalam blog ini pada November 23, 2007.

Gesaan saya (ulangan): Abdullah wajar mengundurkan diri dari persada kuasa Malaysia. Kosongkan jawatan Perdana Menteri dengan segera. Kosongkan lain-lain jawatan dalam kerajaan dengan serta-merta. Lepas itu panggil perhimpunan agung luar biasa UMNO untuk letak jaratan presiden parti.

Khairy dan Patrick Lim jangan sekali-kali masuk campur. Ini urusan Abdullah dengan rakyat. Ini masalah Abdullah dengan negara.

Rakyat makin derita berketuakan Abdullah. Negara tambah kucar-kacir dipimpin Abdullah. Demi rakyat dan demi negara, Abdullah kenalah korbankan jawatannya yang sedang jadi sumber rezeki seluruh lintah darat di sekelilingnya.

Setelah tak ada apa-apa jawatan, baca semula puisi Ku Cari Damai Abadi. Abdullah kena tanya diri sendiri, benarkah selama jadi Perdana Menteri, yang dicarinya bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya; bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya; dan bukan kawan-kawan untuk hidup berfoya-foya?

Sesudah itu, Abdullah jawablah pertanyaan suara hati sendiri, benarkah yang dicari selama jadi Perdana Menteri, adalah Al-Ghazali dan A-Shafie? Benarkah yang mahu dibongkar oleh Abdullah selama ini adalah kitab suci untuk cari pedoman dan sunnah nabi untuk jadi panduan semoga dapat menikmati hidup yang damai abadi?

Untuk pengetahuan Abdullah, apa yang saya suarakan di sini hanya tuntutan saya sendiri kepada pemimpin yang sudah tidak lagi saya yakini. Tapi, janganlah Abdullah terkejut kalau tuntutan saya ini sama dengan tuntutan gelombang rakyat di seluruh negara. [Kini, tuntutan saya ini sudah jadi tuntutan sebilangan besar pengundi Malaysia dalam PRU 12 yang memilih untuk menjerumuskan BN jadi pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor!]

Abdullah, berundurlah segera sebelum Malaysia jadi huru-hara, kacau-bilau dan haru-biru. Contoh haru-biru ini adalah indeks BSKL yang meredum sebaik saja Abdullah dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada 10 Mac 2008!

Kiriman Politica (http://politica-net.blogspot.com) 11 Mac 2008, jam 3:45pagi

Berita- Berita Menarik

Kejatuhan IKKL Yang Disengajakan?
http://ketuaperusuh.wordpress.com

Khairy Bertanggungjawab Kekalahan BN - Dr M
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4104/84/

Khairy Mahu Cetus Rusuhan?
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4103/1/

Maha Silap Jika Pak Lah Lantik Khairy
http://kudaranggi.blogspot.com/2008/03/maha-silap-jika-pak-lah-lantik-khairy.html


Kunjungilah
SUARA [Laman Berita Politik Malaysia]
http://maisuara.blogspot.com

Abdullah, Khairy Dan Singapura

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini berkata keputusan pilihan raya umum Sabtu lepas menjadi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Abdullah berkata beliau sendiri belajar daripada peristiwa itu kerana beliau percaya setiap kejadian ada pengajaran.

"Saya bukanlah seorang yang degil yang tidak mahu belajar daripada kehidupan walaupun apabila ia mempunyai hubungan dengan karier dan tugas saya," katanya di sini.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319808

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi dengan tegas bahawa menantunya Khairy Jamaluddin tidak pernah mempengaruhinya dalam sebarang keputusan yang beliau buat atau lakukan.

"Khairy bukan satu pengaruh dalam apa jua saya lakukan. Beliau adalah Naib Ketua Pemuda Umno, dan beliau mempunyai idea mengenai apa jua.

"Mungkin secara kebetulan beliau bercakap mengenai dasar yang sama dan bukan kerana dasar itu adalah sesuatu yang telah beliau promosikan, ini adalah dasar kerajaan," kata Perdana Menteri kepada wartawan di Ibu Pejabat Umno.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319861

SINGAPURA, 10 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum dan pembentukan kerajaan baru.

Dalam suratnya kepada Abdullah, Lee turut menegaskan komitmen Singapura untuk bekerjasama dengan Abdullah bagi memperkukuhkan hubungan dua hala yang baik di samping untuk kestabilan serta kemakmuran serantau.

Monday, March 10, 2008

Abdullah Tak Mahu Berundur
Kini Rakyat Berikan Tekanan...

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewajarnya berundur sebagai Pengerusi BN, Presiden UMNO, Perdana Menteri dan lain-lain jawatannya dalam kerajaan sebaik sahaja BN pimpinannya tewas di lima negeri dan hanya memperolehi majoriti tipis di peringkat Parlimen menerusi PRU12 pada 8 Mac 2008.

Tetapi, Abdullah mahu terus mengekalkan jawatan-jawatan berkenaan. Saya yakin beliau mengambil keputusan tersebut atas dorongan peribadinya sendiri. Tetapi, tidak juga mustahil jika keputusan itu adalah hasil dorongan menantu kesayangannya, kroni-kroninya dan juga sebuah kuasa asing tertentu yang dikatakan menguasai sekerat orang-orang Abdullah mutakhir ini.

Lantaran itulah laporan Bernama 9 Mac 2008, melaporkan Abdullah sebagai berkata bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan Perdana Menteri dan lain-lainnya “kerana tidak berasa tertekan."

Kenyataan ini seolah-olah menghantarkan mesej bahawa Abdullah hanya akan berundur jika terdapat tekanan. Maka, lebih 99 peratus reaksi rakyat jelata terhadap kenyataan di atas menerusi blog ini pun meminta Abdullah mengundurkan diri dengan segera dan secara bermaruah. Antara reaksi tersebut adalah seperti berikut:

Dr Butiq: Pernahkah terfikir oleh pemimpin UMNO yang berterusan membodek Abdullah walaupun petunjuk sudah jelas yang rakyat tidak mahukan Abdullah. Pemimpin MCA masih belum menyatakan sokongannya kepada kepimpinan Abdullah. Bagaimana kalau MCA mengugut Abdullah untuk keluar dari BN dan menganggotai BA? Silap haribulan, Anwar yang akan jadi PM. Janganlah kerana hendak menjadi menteri, pemimpin terus memberikan sokongan dan membodek Abdullah. Kita kena fikirkan juga kemungkinan ahli-ahli UMNO bawahan yang akan membuat demonstrasi menolak Abdullah. Dapatkah Abdullah bertahan sekiranya berlaku demonstrasi jalanan menuntut beliau meletak jawatan? Fikir-fikirkanlah. Saya masih lagi sayangkan UMNO dan BN. Janganlah kerana seorang, rosak semuanya. Hanya ahli UMNO sahaja yang boleh menyelamatkan UMNO!

Muhammad Ilham: Sudah empat tahun wasted. Takkan nak kasi lagi empat tahun sampai 2012 untuk Abdullah warm up. Total lapan tahun Malaysia jadi statik. Bukan saja statik, mungkin silap hari, Malaysia go backward lagi. Cukuplah. Petunjuk dari rakyat dah jelas. Kalau tak letak jawatan juga, nanti pilihan raya umum 2012 habis BN kena kick out. Takkan nak kasi BA perintah Malaysia. Orang kena faham, faktor BN kalah bukan kerana rakyat sokong pembangkang. Tetapi kerana rakyat dah fed up dengan government. Kalau dibaca sesetengah analisis pilihan raya, orang mengundi bukan untuk calon, tetapi untuk parti. Asalkan bukan BN, pangkah aja. Nampak aja simbol dacing, pangkah simbol lain yang ada dekat kertas undi. Ingat tu, bottomline is orang tak sokong pembangkang. Tetapi disebabkan Malaysia jadi porak peranda bawah Abdullah sebagai PM, maka mereka terpaksa memberi undi protes.

Ismail Ibrahim: UMNO is already becoming irrelevant especially with the current leadership. If we still believe in UMNO, please change.

Khairul: Tempoh masa yang diberi kepada Abdullah sebelum ini sudah terlalu lama dan sepatutnya Abdullah sudah mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sesudah mendengar kritikan dan nasihat Tun Dr Mahathir. Namun Abdullah masih lagi degil malah bertambah derhaka kepada Tun Dr Mahathir. Segala kritikan dan nasihat tidak diendahkan. Mungkin Abdullah masih lagi percaya kepada menantunya sendiri. Jadi, sudah sampai masanya untuk Abdullah letak jawatan secara terhormat.

The Reluctant Writer: "Tak rasa tertekan untuk berundur?" Sudah tentu! Kenapa? Sesungguhnya beliau konsisten. Beliau logik tidak rasa apa-apa. Selama tiga tahun rakyat merintih, beliau tak rasa apa-apa. Rakyat berarak, beliau tak rasa apa-apa. Hinggakan rakyat buat keputusan dengan penuh harapan, sambil mengatakan, "Nah, rasakan!" namun beliau masih tak rasa apa-apa. Dah gitu gamaknya, nak diapakan???

Pak Tam: Abdullah dah dapat peluangnya selama empat tahun, kenapa pula nak dibagi lagi pada orang yang tidak mampu menjalankan tugasnya? Beliau telah meninggalkan kepahitan yang amat sangat pada UMNO yang akan menjadi sejarah besar UMNO di masa akan datang. Ahli-ahli UMNO kena berfikiran matang dan realistik di dalam memilih pucuk pimpinan kelak. Jangan takut atau setia membuta tuli. Lakukan sepertimana pengundi yang beralih kepada BA. Ingatlah, kuasa pemutus ditangan anda semua. Kalau BN menang PRU13, parut lama akan terus kelihatan biarpun di buat pembedahan plastik!

Kuda Kengkang: Abdullah perlu letak jawatan. Semua bencana yang terjadi kerana salahnya. Kalau nak tengok Malaysia macam sediakala, undurlah secara terhormat. Akar umbi dah beri signal. Majoriti Abdullah di Kepala Batas pun dah merosot. Takkan tak faham lagi? Melayu dah berpecah. Cina dan India dah berpaling tadah. Abdullah jangan cuba-cuba nak menjerumuskan Malaysia ke kancah kacau-bilau pula. Cukup-cukuplah. Kalau lepas ni Abdullah terus jadi PM dan dia lantik budak Rembau tu jadi ahli kabinetnya, pilihan raya seterusnya, UMNO akan jadi pembangkang, DAP akan jadi kerajaan. Berikanlah peluang kepada Najib pula.

Alexo: Mati hidup balik pun Abdullah tak akan letak jawatan. Kalau di Jepun dan Korea PM sudah tentu letak jawatan. Ni sampai hilang lima negeri ke tangan pembangkang pun masih lagi mau berpaut ke jawatannya. Manusia tak bermaruah nilah dia!

Zainal A. Kasim: Bagaimanakah bentuk tekanan yang dimaksudkan oleh Abdullah? Bukankah sudah ada dua bentuk tekanan yang jelas? (1) Peralihan undi kepercayaan rakyat daripada BN kepada BA. (2) Kenyataan Tun Dr Mahathir. Saya sayang kepada pemimpin. Tetapi saya sayang lagi kepada UMNO/BN. Pemimpin, sekiranya sayang kepada ahli-ahlinya dan juga pengundi-pengundinya, kenalah segera melepaskan diri daripada "state of denial" pada setiap masa. Saya rasa message rakyat/pengundi jelas.

Puterakembara: Abdullah masih belum bangun dari tidurnya lagi. Masih kemamai. Agaknya kena hantuk kepala baru tersedar yang BN sebenarnya dah tewas. Langkah yang terhormat ialah, Abdullah letak jawatan. Eloknya kena serah pada Barisan Rakyat (BR) untuk bentuk kerajaan Malaysia yang baru. Kalau Abdullah berkeras mahu terus jadi PM, akan parah lagi nasib dia.

Malaysia Boleh!: Inilah yang dikatakan tak sedar diri. First step dah implement. Masih nak bertahan. Langkah kedua, isi borang UMNO dan jadi Ahli UMNO. Dalam Mesyuarat bahagian/cawangan/Perhimpunan Agung UMNO kasi vote sama Najib jadi Presiden parti.

Momsaurus: Saya sarankan UMNO ikut cara Gerakan. Buat pilihan raya parti secepat mungkin. Buat apa suruh Abdullah berhenti? UMNO perlu buat keputusan dengan cara demokrasi. Saya sarankan Muhiyuddin Yassin bertanding untuk jawatan Presiden UMNO.

Kamalkamal: Kalau ikut sejarah, tahun 1969, Perikatan kalah teruk di empat buah negeri. Kemudian tercetus peristiwa 13. Kemudian Allahyarham Tunku meletakan jawatan. Tahun 2008, BN kalah di lima negeri, tidak termasuk di Wilayah Persekutuan yang menerima tamparan yang amat hebat. Maknanya, BN kalah teruk. (1) Kalau kalah kerana pemilihan calon tidak tepat, Abdullah mesti bertanggungjawab kerana finalis pemilihan calon ditangan Abdullah. (2) Kalau kalah kerana ekonomi negara tidak stabil, Abdullah patut dipertanggungjawabkan kerana beliau PM dan Menteri Kewangan. (3) Kalau kalah tidak pandai mengambil hati pengundi bukan Melayu, Abdullah patut dipersalahkan kerana Abdullah Pengerusi BN. (4) Kalau kalah kerana undi UMNO beralih kepada pembangkang, Abdullah patut dipersalahkan kerana beliau Presiden UMNO. (5) Kalau kalah kerana tidak pandai memilih barisan kabinet, Abdullah patut disalahkan kerana beliau PM. Kesimpulan: Abdullah mesti meletakkan jawatan sebagai tanda beliau bertanggungwajab atas kekalahan BN.

Salam Perjuangan: Segala-galanya kini telah jelas terungkai. Apa lagi isyarat yang Abdullah tunggu? Sebagai pemimpin yang kononnya bermaruah dan berintegriti, kenalah bertanggungjawab diatas kekalahan BN dan UMNO khususnya. Perpecahan rakyat, terutamanya orang Melayu, adalah disebabkan oleh kesilapan cara, gaya dan corak pimpinan Abdullah. Berundurlah. Jadilah insan yang hadhari dengan berundur secara bermaruah. Atau Abdullah mahu terang-terangan dicabar dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang? Atau dia rela kerajaan BN runtuh sepenuhnya dalam PRU13 nanti? Adakah Abdullah mahu menerima nasihat penasihat-penasihat cetek pemikiran di sekelilingnya lagi? Atau penasihat No, 1 Abdullah, Anuar Zaini, yang sudah memikirkan strategi baru untuk keluarga Abdullah? Mungkin juga Abdullah bimbang menantunya disisihkan, keluarganya hilang kekuasaan, kroninya hilang projek. Tetapi, bimbanglah Abdullah lagi dengan amanah dan tanggungjawab yang Allah telah berikan. Jelas Abdullah tak mampu memikulnya. Isyarat telah jelas mahukan Abdullah berundur. Apa tunggu lagi? Berundurlah dengan terhormat. Jangan sampai digulingkan! Jangan disebabkan kepentingan diri dan keseronokan yang di mahukan, jangan kerana harta dan kekuasaan yang di impikan, jangan kerana nama dan keluarga yang didahulukan, akan menyebabkan agama, bangsa dan negara tergadai. Mahukah kau Abdullah menjadi orang itu? Keluarga kau akan dikenang dalam sejarah sebagai keluarga perosak negara? Mungkin Abdullah tidak pernah terfikir semua ini? Kini sedarlah, rakyat tidak lagi mahukan kamu. Muhasabahlah diri tu kembali wahai Abdullah. Allah SWT telah memberikan ujian ini khusus kepada Abdullah agar memikirkan semula kedudukan diri sebagai pemimpin. Sedar dan insaflah. Berundurlah. Negara ini lebih baik tanpa anda! Terlalu banyak kesilapan, kesalahan mengurus negara dan tindak-tanduk Abdullah, keluarga, penasihat-penasihat, kroni-kroni Abdullah yang menyakitkan hati. Orang Melayu terluka, orang UMNO terluka, rakyat keseluruhannya terluka. Rasa luka itu telah kami terjemahkan dalam PRU12. Berundurlah, berundurlah, berundurlah. Jadilah insan yang bermaruah Abdullah!

SU-KJ: Bagi saya, kepentingan, kekuatan dan penyatuan bangsa Melayu perlu diutamakan baik oleh UMNO/BN mahupun oleh BA. Samada BN menang banyak atau menang sedikit yang penting penyatuan bangsa Melayu mesti diusahakan. Dalam keadaan sekarang, secara peribadi saya nyatakan bahawa saya tidak yakin dengan Abdullah dan Datuk Najib untuk menyatukan orang Melayu. Apatah lagi, jauh sekali YB Khairy. Oleh itu siapakah 'Hero Melayu' yang boleh menyatukan semula orang-orang Melayu pada masa ini? Saya nampak sudah tiada orang lain lagi jika bukan Anwar Ibrahim. Kerana beliau Melayu boleh berpecah dan kerana beliau jugalah Melayu boleh bersatu. http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Sniper: 2004 BN menang besar disebabkan faktor Abdullah. Dan BN kalah besar 2008 juga disebabkan faktor Abdullah. Semua ahli UMNO perlu berfikir dan bertindak secara serius. Turunkan Abdullah dari takhta. Terajang keluar KJ dari medan politik tanahair. Jadikan 2008 sebagai tahun pertama dan terakhir KJ bergelar Ahli Parlimen. Sekarang bukan masanya ahli UMNO untuk takut. Kalau rakyat berani tolak BN, kenapa UMNO takut tolak Abdullah?

Cakapsiang: Saya berasa amat sedih dan terharu kerana saya juga merupakan salah seorang ahli UMNO yang bertanggungjawab menjatuhkan UMNO di Selangor. Tapi saya terpaksa lakukan ini demi cintakan UMNO itu sendiri. Kami tiada jalan lain setelah rintihan kami, keluhan kami serta rayuan kami langsung tidak dihiraukan. Laksana masalah rumahtangga, seorang isteri angkuh yang lagi tidak mendengar rintihan dan rayuan suaminya yang memintanya berubah, isteri itu terpaksa diceraikan dengan talak lima tahun. Jika dia masih belum mahu muhasabah diri dan berubah, jangan salahkan suaminya. Kami masih menangisi dan merawat luka hati dan cuba untuk tidak menyalahkan diri sendiri atas tindakan ini. Namun rasa kasih sayang kami melebihi segalanya. Maafkan kami UMNO. Kami tiada pilihan.

Hamizi: Abdullah wajar meletak jawatan dan bertanggung jawab di atas kekalahan besar BN. Kali ini ramai calon BN yang baik tewas, bukan kerana mereka tidak layak. Tetapi kerana rakyat bencikan Abdullah lalu menyokong pembangkang. Ingatlah, rakyat pantang dicabar!

Bosan: Memang wajar PM tidak perlu dikutuk kutuk, memang dia terkutuk. Jika BN masih faham bahasa, tahu bahasa dan mahu kembali bermaruah, Abdullah kena berundur. Itulah ubat dan penawar.

Rudy Bluehikari: Saya pun antara pengundi yang terpaksa membuat swing vote di saat akhir kerana kepimpinan Abdullah banyak tidak betul. PM terlalu mendengar cakap-cakap 10 budak hitam dan mengenepikan veteran dan ahli parti yang banyak memberi nasihat. Hasilnya, Negeri Selangor kecintaan saya terlepas ke tangan BA. Abdullah should take this responsiblity. Letak jawatan sebagai Pengerusi BN dan seterusnya PM. Kita perlukan anjakan paradigma dan reformasi dalam UMNO untuk terus berjaya dalam PRU akan datang.

Berita Dari Gunung: Luka ini harus dirawat. Ubatnya tentu pedih. Jika tidak dirawat luka tentu tidak sembuh dan akan jadi pekung. Memerintah negara bukan perkara senang. Mesti ada pertimbangan. Rakyat jelata memilih pemerintahan yang berkesan, berani, adil, kuat dan bertimbangrasa. Ciri-ciri pemerintah yang unggul bukan terletak di airmuka. Jangan kita terkeliru lagi. Seperkara lagi, suka saya menyentuh tentang keterbukaan. Keterbukaan pemerintahan penggal lalu adalah "misguided". Senjata memakan tuan. Terakhir, suruhanjaya untuk video Lingam adalah berlandaskan keterbukaan merepek. Saya khuatir, siapakah yang menasihati Perdana Menteri tentang perkara itu. Bukan senang jadi pemerintah. Bila terluka, harus berubat walau pedih.

Deein: Abdullah wajib letak jawatan Presiden UMNO dan jawatan Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada Najib membetulkan kepincangan pentadbiran negara. Jika Abdullah enggan meletakkan jawatan secara sukarela, Najib mesti ambil tindakan memaksa Abdullah dengan cara apa pun supaya Abdullah meletakkan jawatan PM. Jika Abdullah enggan juga, Najib mesti mengambil langkah drastik dengan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan nanti bagi menurunkan Abdullah. Jika Najib gagal, maka pihak-pihak yang kecewa dengan Abdullah akan beralih kepada Tengku Razaleigh untuk mencabar Abdullah. Saya yakin perkara ini pasti berlaku. Jika Tengku Razaleigh diberi peluang ini, beliau pasti berjaya kali ini dan apa akan jadi kepada Najib? Diharap Tun Dr Mahathir akan memberi isyarat kepada Najib supaya bertindak dengan segera. Kita bukan anti Tengku Razaleigh. Tetapi dengan kedudukan Najib sekarang ini, amat sayang sekali jika beliau leka dengan Abdullah.

Begitulah suara tekanan rakyat meminta Abdullah mengosongkan seluruh jawatan parti dan kerajaan dengan segera dan secara terhormat. Dari nada dan bahasa, pastinya sebilangan besar tekanan di atas datangnya daripada warga UMNO dan simpatisan BN.

Suara tekanan di atas datangnya dari kelompok insan yang masih hidup dan prihatin terhadap masa depan agama, bangsa dan tanah air. Lantaran itu, masihkah Abdullah mahu terus bertahan dengan jawatan Perdana Menteri dan lain-lainnya walaupun UMNO dan BN jadi kucar-kacir? – Ruhanie Ahmad.
Ramalan Siri Dan Buku The Toyol Code Terbukti Benar

Pendedahan Siri Toyol Code ternyata benar. Kesilapan menantu Abdullah (mengketengahkan segolongan calon pilihannya menyebabkan BN kalah teruk).

Hasil penyelidikan (penulis) berdasarkan kandungan The Toyol Code, membuktikan calon muda pilihan menantu Abdullah telah tewas.

Terima kasih kepada penulis The Toyol Code (yang membuat pendedahan awal) demi kedaulatan negara. – Pemerhati, 10 Mac 2008, 4:49 AM.

Komen: Saya menulis tujuh siri The Toyol Code dalam blog ini pada akhir 2006. Buku The Toyol Code pula saya tulis berasaskan siri tersebut.

The Toyol Code adalah hakikat dan realiti. Buku ini saya tulis berasaskan maklumat-maklumat eksklusif yang dikirimkan oleh seorang toyol kepada blog kudakepang sejak Oktober 2006 hinggalah Oktober 2007.

Seluruh maklumat tersebut telah dipetik oleh toyol terbabit daripada satu cakera padat atau compact disc (CD) yang mengandungi blueprint satu konspirasi besar menerusi pemilihan serta penyenaraian calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam PRU12.

Dari analisa berasaskan maklumat-maklumat toyol terbabit, antara konspirasi utama yang dijangka dilaksanakan adalah seperti berikut:

Mengenalpasti, memilih dan menentukan barisan calon-calon BN untuk kerusi DUN dan Parlimen bagi PRU12.

Menentu dan memperakukan barisan anggota kabinet kerajaan Malaysia dan menentu serta memperakukan nama-nama Menteri Besar atau Ketua Menteri dan barisan exco negeri yang akan dilantik sesudah PRU12.

Antara objektif utama konspirasi di atas dipercayai berpaksikan kepada beberapa matlamat berikut:

Memastikan pucuk pimpinan tertinggi Malaysia mutakhir ini berjaya meneruskan kepimpinannya sesudah PRU12.

Memastikan seluruh agenda kuasa asing di Malaysia berjaya dicapai selepas PRU12.

Memastikan seluruh barisan kabinet Malaysia dan ketua kepimpinan peringkat DUN adalah kelompok individu yang sedia mendukung serta menjayakan agenda asing di Malaysia.

Memastikan seluruh anggota DUN dan Parlimen BN yang memenangi PRU12 adalah golongan yang simpati dengan agenda asing di Malaysia.

Merintis dan mempercepatkan peluang seorang individu tertentu yang mengetuai konspirasi di atas mencapai cita-citanya menjadi PM Malaysia menjelang usianya 40 tahun.

Kini konspirasi itu menyebabkan BN tunggang-langgang. Bacalah buku ini yang kini berada dalam pasaran. Sila kunjungi
http://warung-buku.blogspot.com untuk membuat tempahan segera. – Ruhanie Ahmad
Abdullah Panggil Mesyuarat MT UMNO
Dan AJK BN Pusat Untuk Cari Sokongan?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mulai 12.00 tadi, sedang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia di Kuala Lumpur.

Mulai jam 3.00 petang pula beliau akan mempengerusikan mesyuarat AJK Pusat BN juga di Kuala Lumpur.

Kedua-dua mesyuarat itu dipercayai untuk membuat kajian awal terhadap prestasi buruk BN dalam PRU12.

Persoalannya, mampukah dan beranikah anggota MT UMNO dan AJK Pusat BN bersuara dengan jujur dan ikhlas supaya Abdullah mengundurkan diri dari semua jawatan politik - Presiden UMNO Malaysia dan Pengerusi BN Pusat - akibat kehilangan keyakinan majoriti rakyat jelata terhadap kepimpinan beliau seperti yang dimanifestasikan menerusi keputusan PRU12? – Ruhanie Ahmad
Reaksi Abdullah Angkat Sumpah Jawatan PM:
Adakah Suara Rakyat Benar-Benar Keramat?

Kamalkamal, 10 Mac 2008, 12:10 PM: Kalau ikut sejarah, tahun 1969, Perikatan kalah teruk di empat buah negeri. Kemudian tercetus peristiwa 13. Kemudian Allahyarham Tunku meletakan jawatan. Tahun 2008 BN kalah di lima negeri, tidak termasuk di Wilayah Persekutuan yang menerima tamparan yang amat hebat.

Maknanya BN kalah teruk.

1. Kalau kalah kerana pemilihan calun tidak tepat, AAB mesti bertanggungjawab kerana finalis pemilihan calOn ditangan AAB

2. Kalau kalah kerana ekonomi negara tidak stabil, AAB patut dipertanggungjawabkan kerana beliau PM dan Menteri Kewangan.

3. Kalau kalah tidak pandai mengambil hati pengundi bukan Melayu, AAB patut dipersalahkan kerana AAB Pengerusi BN.

4. Kalau kalah kerana undi UMNO beralih kepada pembangkang, AAB patut dipersalahkan kerana beliau Presiden UMNO.

5. Kalau kalah kerana tidak pandai memilih barisan kabinet, AAB patut disalahkan kerana beliau PM.

Kesimpulan: AAB mesti meletakkan jawatan sebagai tanda beliau bertanggungwajab atas kekalahan BN. Kalau Tan Sri Sanusi sanggup letak jawatan kerana Kedah menang tipis pada tahun 1999, AAB pun mesti mengikut jejak Tan Sri Sanusi dan Allahyarham Tunku sebagai insan yang bermoral tinggi sanggup memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Abdullah Angkat Sumpah Sebagai PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dua hari selepas Barisan Nasional kembali berkuasa setelah memenangi pilihan raya umum Sabtu lepas.

Acara penuh istiadat itu berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara di sini bermula pukul 11.10 pagi dengan pengurniaan suratcara pelantikan dan diikuti dengan melafaz ikrar, sumpah taat setia dan angkat sumpah menyimpan rahsia. Abdullah, 68, memegang jawatan itu bagi penggal kedua.

Pada istiadat ringkas selama 20 minit itu, Abdullah menandatangani watikah pelantikan di hadapan Ketua Hakim Negara Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Dipetik daripada BERNAMA,10 Mac, 2008 12:08 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319685

Sunday, March 09, 2008

Tiada Tekanan Untuk Letak Jawatan, Kata Abdullah

PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak timbul soal beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau masih mendapat sokongan padu terutama daripada pemimpin Umno.

Malah, kata Abdullah, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara esok untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana di sini, sebagai mengulas desas-desus kononnya beliau ditekan untuk meletakkan jawatan.

"Saya tidak akan meletakkan sebarang jawatan kerana tidak berasa tertekan," katanya sehari selepas memimpin Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada pilihan raya umum semalam.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319589
Abdullah Perlu Memikul Tanggungjawab Sepenuhnya Bagi Kekalahan, Kata Dr M

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam.

"Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh setiausaha agung Umno pada ketika itu.

"Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," katanya pada sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini.

Dr Mahathir berkata amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.

"Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319531
Saya Tidak Akan Letak Jawatan - Abdullah

PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak akan meletakkan sebarang jawatan kerana tidak berasa tertekan. — BERNAMA.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm



Dr M: Abdullah Has Destroyed Umno, BN

Resign, Lah. Dr Mahathir said yesterday's election result sends a clear message that the people are angry. "Not only the Malays are angry. The Chinese are angry. The Indians are angry. Malaysians are angry," he told a packed media conferenec at his Mines residence in KL.

Abdullah should take responsibility for the defeat.

Q. Would you resign if you were the PM?
A. Yes, I would resign.

Q. But the BN loss heavily in 1999?
A. We won then, we had two-thirds majority.

Mahathir started to rain on Abdullah's charade in 2005, after his successor started dismantling his pet projects, citing lack of funds. In 2006, after the media, especially Kalimullah Hassan's NSTP, started demonizing him, Dr M went all out to expose Abdullah.

Najib's resounding victory in Pekan and the performance of his homestate Pahang means that people accept the DPM, he said.

more ....

Dipetik daripada
http://rockybru.blogspot.com/2008/03/dr-m-abdullah-has-destroyed-umno-bn.html

Suara Hati Rakyat Terhadap Kekalahan BN

Kekalahan teruk BN dalam PRU12 adalah kekalahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri yang mengidap sindrom penafian serta gagal mentafsir realiti kekecewaan rakyat jelata terhadap kepimpinannya dan kesengsaraan warga akar umbi akibat dasar dan tindakannya.

Saya paparkan suara hati rakyat jelata mengenai kekalahan ini seperti berikut:

Berita Dari Gunung, jam 5:28 pagi 9 Mac 2008: Saya pergi mengundi seperti biasa. Singgah di pusat UMNO dan terserempak dengan kawan-kawan. Pada masa itu, ada kawan dah berbisik, pemilihan UMNO akan datang ini "siap...!!" katanya. Secara spesifik beliau menyebut bahawa akar umbi tak berapa senang dengan "menantu" (Abdullah). Saya yakin dengan pandangan beliau kerana beliau adalah akar umbi tulin UMNO dan masak dengan sentimen akar umbi. Beliau juga menyebut betapa influence “menantu” (Abdullah) dalam penentuan calon telah menyebabkan jentera UMNO tidak dapat bergerak, tercalar dengan ketidakpuasan hati. Kawan-kawan tidak dapat menerima keadaan seperti itu. Mereka mahu menghormati Presiden tetapi bukan presiden yang membenarkan dirinya diganggu oleh menantu.

Hovidpure (Sofi Yassin), jam 5:57 pagi: Tiada siapa yang matang akan menafikan bahawa kegagalan BN dan UNMO adalah berpunca daripada Abdullah Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin. Kalau Abdullah seorang yang bermaruah, beliau harus melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN dengan serta merta. (Prestasi) UMNO Johor merumdum bukan kerana kesalahan anak Johor. Pengkhianatnya adalah Abdullah Badawi dan keluarganya.

Momsaurus, jam 6:15 pagi: Saya tidak dapat menerima Pak Lah dan Najib sebagai PM. Pak Lah jatuh kerana KJ….

ICI, jam 6:30 pagi: (Sebab) tigabelas, Pak Lah tidak menghormati pemimpin veteran dan banyak jasa seperti Tun Dr Mahathir. Saya cukup sensitif bila Pak Lah tidak kenang budi dan jasa Tun malah memperlekehkannya! Najib menang lagi besar, malah mempertahankan negerinya dari tsunami ganas. Mukriz pun menang walau cuba di sabotaj pihak tertentu. Pak Lah majoriti menurun dan hilang negerinya! Ini bukan lagi satu signal pada Pak Lah. Ini satu tuntutan rakyat untuk Pak Lah supaya resign segera!
Cakapsiang, jam 7:36 pagi: Sekarang terpulang kepada ahli UMNO untuk menentukan siapa Presiden mereka pada pemilihan parti akan datang ini. Yang saya nampak, hampir kesemua pucuk pimpinan terpaksa mengundur diri secara hormat, biarkan mereka yang berkaliber dan mampu mempertahankan hak orang Melayu seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Mukriz Mahathir dan beberapa lagi muka baru yang betul-betul ikhlas berjuang untuk parti menerajui UMNO.

Pak Tam, jam 9:27 pagi: Kepada Pak Lah, bukalah mata dan bukalah hati. Bagi saya kemenangan BA ini terdapat beberapa faktor: (1) Orang UMNO dan BN telah bersuara melalui undi dengan beralih kepada BA kerana tidak puashati degan agihan-agihan kerusi. (2) Faktor anak menantu dan Tingkat 4 Putrajaya memainkan peranan yang sangat besar menyumbang kekalahan BN di mana pengundi muak dan jijik dengan apa yang telah dilakukan mereka terhadap orang Melayu di mana orang Melayu semakin tersepit (dengan) kesusahan dan juga orang Cina pun telah dinafikan di dalam hak perniagaan sama rata. (3): Pak Lah sebagai pengerusi BN dan (Presiden) UMNO telah mewujudkan pergeseran di kalangan ahli BN dan UMNO kerana peranannya amat lemah dan tidak dapt mengawal percaturan kuasa yang ada. (4): Rakyat sudah muak dengan telatah Pak Lah yang asyik buka koridor yang tidak nampak memberi manafaat yang besar bagi orang Melayu. (5): Pembaziran wang rakyat yang teramat banyak sekali di dalam perbelanjaan negara yang tidak masuk akal seperti pengubahsuain kediaman rasmi PM. (6): Harga barang naik mendadak tanpa kawalan seperti harga minyak masak yang umumnya tahu Malaysia pengeluar minyak sawit. (7): Ketiadaan bonus untuk kakitangan awam pada tahun lepas yang boleh dikatakan faktor pengundi senyap beralih arah terutama kakitangan awam.

Demikianlah antara suara spontan rakyat jelata mengenai kekalahan BN dalam PRU12. Sebagai penutup, saya sorot kembali sebahagian daripada posting saya dalam blog ini pada 3 Mac 2008, dengan jodol Aprroval Rating Abdullah Menurun, Mungkinkah BN Akan Menang Besar?, seperti berikut:

Abdullah mungkin sedang dilanda debaran sukma yang amat serius. Ini kerana PRU12 adalah satu-satunya pilihan raya yang didasari arus bawah [under currents] kekecewaan rakyat yang jelas dan nyata. Malangnya, arus kekecewaan ini seolah-olah tidak dipedulikan oleh pembesar negara. Lantaran itulah Abdullah yang dikatakan dirasok sindrom penafian, dengan bangganya menggunakan pelbagai perangkaan mengenai ekonomi negara sebagai intipati kepada Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRU12.

Oleh itu, sama-samalah kita kaji kesimpulan satu kajian bertajuk Voter Opinion Poll 4th Quarter 2007: Awareness and Perspectives on Demonstrations, the Economy, National Issues and Leadership yang dijalankan oleh Merdeka Center di Semenanjung Malaysia pada 26 Disember 2007.

Antara kesimpulan utama daripada kajian berkenaan adalah: approval rating of the Prime Minister has decreased from 71% to 61%. [Kadar penerimaan (sokongan?) terhadap Perdana Menteri merosot daripada 71% kepada 61%.]

Kesimpulan ini jadi lebih nyata setelah diteliti perincian peratusan kepada soalan membabitkan tahap sokongan atau bangkangan terhadap cara Abdullah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

Secara umum, kadar peratusannya adalah: sewaktu Abdullah mula menjadi Perdana Menteri pada November 2004 (91%), sewaktu harga petrol naik 20 sen pada Ogos 2005 (74%), sewaktu harga petrol naik lagi sebanyak 30 sen pada Mac 2006 (86%), akibat kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada September 2006 (63%), akibat demonstrasi Bersih dan Hindraf pada Disember 2007 (61%). Ini bermakna approval rating terhadap Abdullah menurun sebanyak 30% dari 2004 hingga 2007.

Peratusan approval rating di atas digandingi pula dengan harapan rakyat terhadap kedudukan ekonomi negara yang juga kian menurun daripada 48% pada November 2006 kepada 41% pada Disember 2007. Secara hitung panjang, peratusan rasa puas hati rakyat kepada cara kerajaan pimpinan Abdullah menguruskan ekonomi negara juga menurun dari 62% pada November 2006 kepada 55% pada Disember 2007.

Memang hasil kajian di atas tidak boleh dijadikan asas mutlak sokongan pengundi kepada BN dan kepimpinan Abdullah. Tetapi, ia boleh dijadikan indikasi kedudukan kerajaan BN dan Abdullah di ambang PRU12. Jadi, pokok persoalannnya di sini ialah: dengan hari pembuangan undi PRU12 hanya tinggal lapan hari lagi, dengan ledakan pelbagai pengumuman dibuat oleh kerajaan sementara sepanjang tempoh kempen sekarang ini, dengan bertubi-tubinya propaganda kerajaan terhadap kumpulan pembangkang mutakhir ini, dengan pelbagai pendedahan negatif oleh media cetak alternatif dan media internet mengenai kepincangan kerajaan, bagaimanakah agaknya sokongan pengundi terhadap BN dan Abdullah kali ini?

Persoalan saya menerusi posting di atas terjawab menerusi keputusan PRU12 di mana BN pimpinan Abdullah kalah teruk, kehilangan lima kerajaan negeri, lima menteri dan seorang ketua menteri (termasuk tiga presiden parti komponen BN) tewas, Johor yang disifatkan sebagai tiang seri BN juga mengalami kekalahan beberapa kerusi Parlimen dan DUN.

Dalam situasi sebegini, salahkah bila segolongan rakyat jelata mendesak supaya Abdullah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan tidak lagi layak dilantik sebagai Perdana Menteri? Fikir-fikirkanlah dengan bijaksana! – Ruhanie Ahmad