Catatan Rasa Gurindam Jiwa
Di Ambang Merdeka Ke-50
Kita semua dalam suasana gembira. Kita ghairah merayakan ulangtahun kemerdekaan negara ke-50. Jalur Gemilang dikibarkan di mana-mana. Slogan kenegaraan didendangkan sepanjang masa. Patriotisme Malaysia dijangka bersemarak di segenap jiwa.
Biarpun begitu, segolongan kita seolah-olah sedang segaja dilekakan untuk tidak menerima kenyataan bahawa perjuangan kita kini berada di suatu perimpangan dilema. Kita seakan-akan dialpakan supaya tidak terdaya untuk menginsafi bahawa kita sedang berhadapan dengan suatu fasa sejarah yang amat tercabar. Kita juga kelihatannya dipukau oleh fatamorgana supaya kita tidak menyedari bahawa era kekuasaan mutakhir ini sedang diwarna-warnikan oleh karenah, gelagat dan perilaku pelbagai sepsis lintah, biawak, buaya, ular, beruk, khinzir jantan dan anai-anai.
Begitulah hakikatnya sesetengah daripada kita di ambang 50 tahun kemerdakaan tanahair tercinta ini. Kita gagal mengesan kebusukan nanah dan lendir yang sedang melanda kesejahteraan sosial, ekonomi dan siasah negara pada ketika ini. Kita biarkankan sahaja busuk, hamis dan hanyir itu meracuni kita tanpa mahu berbuat apa-apa untuk mengatasinya. Pihak-pihak yang secara sukarela berusaha memulihkan warna dan suasana gembira pula dilemahkan semangat mereka dengan pelbagai caci-hamun dan kata- nista.
Di Ambang Merdeka Ke-50
Kita semua dalam suasana gembira. Kita ghairah merayakan ulangtahun kemerdekaan negara ke-50. Jalur Gemilang dikibarkan di mana-mana. Slogan kenegaraan didendangkan sepanjang masa. Patriotisme Malaysia dijangka bersemarak di segenap jiwa.
Biarpun begitu, segolongan kita seolah-olah sedang segaja dilekakan untuk tidak menerima kenyataan bahawa perjuangan kita kini berada di suatu perimpangan dilema. Kita seakan-akan dialpakan supaya tidak terdaya untuk menginsafi bahawa kita sedang berhadapan dengan suatu fasa sejarah yang amat tercabar. Kita juga kelihatannya dipukau oleh fatamorgana supaya kita tidak menyedari bahawa era kekuasaan mutakhir ini sedang diwarna-warnikan oleh karenah, gelagat dan perilaku pelbagai sepsis lintah, biawak, buaya, ular, beruk, khinzir jantan dan anai-anai.
Begitulah hakikatnya sesetengah daripada kita di ambang 50 tahun kemerdakaan tanahair tercinta ini. Kita gagal mengesan kebusukan nanah dan lendir yang sedang melanda kesejahteraan sosial, ekonomi dan siasah negara pada ketika ini. Kita biarkankan sahaja busuk, hamis dan hanyir itu meracuni kita tanpa mahu berbuat apa-apa untuk mengatasinya. Pihak-pihak yang secara sukarela berusaha memulihkan warna dan suasana gembira pula dilemahkan semangat mereka dengan pelbagai caci-hamun dan kata- nista.
Inilah Malaysia di ambang 50 tahun kemerdekaannya. Penuh dusta dan kepura-puraan. Penuh duka dan kesengsaraan. Penuh korupsi dan penipuan. Penuh konspirasi dan adu-domba. Armada lintah menyerap darah. Biawak lapar membaham bangkai. Buaya tembaga membalun mangsa. Ular sawa lena kekenyangan. Beruk sarkas berpesta gila. Khinzir jantan terus mengawan. Gerombolan anai-anai susup-suspan. Kepala wazir mengigau panjang di persada kuasa. Para warga termangu-mangu kematian obor di persimpangan bahaya.
Selama manakah kita mahu hidup begini? Kita mahu terus merelakan dagang lalu ditanakkan? Kita mahu terus merelakan kera di hutan disusukan? Kita mahus terus rela jadi anak di kendungan mati kebuluran? Kita mahu terus rela jadi ayam di reban mati kelaparan? Kita mahu terus rela jadi itik di air mati kehausan?
Inilah dilema majoriti kita. Kita mahu bangkit, menendang dan menerajang segala-galanya yang sedang mengheret negara kita ke kancah kemusnahan. Tapi, kita takut akan mati sebagai Jebat derhaka. Kita mahu berjuang menebus kedaulatan negara. Tapi, kita tidak rela kehilangan pangkat, darjat, harta dan nama. Kita memang mahu memusnahkan seribu satu kegilaan dan kemaharajalelaan di sekeliling kita. Tetapi, kita pula ternanti-nanti akan kemunculan seorang wira perkasa yang gagah dan tidak gentar menjunjung obor perjuangan.
Maka, bahtera perjuangan memburu pembelaan pun kita biarkan terus berlabuh di pangkalan masa. Wira perkasa penjunjung obor perjuangan masih belum kunjung tiba. Jalur Gemilang dikibarkan di mana-mana. Slogan-slogan merdeka dilaungkan setiap masa. Sedangkan bumi bertuah ini terus dilanda busuk, hanyir dan lendir yang membanjiri setiap rongga dan jiwa anak-anak yang dahagakan pembelaan abadi.
Bagaimanapun, para warga prihatin tetap menadahkan tangan dan terus berdoa kepada Allah SWT. Ya Allah, selamatkanlah negara ini daripada sebarang bala dan bencana. Sempena ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-50 ini, mereka juga mungkin berharap semoga di sebuah belentara entah di mana, mungkin wujud sekelompok manusia dan seorang wira perkasa yang sedang menyusun derap dan langkah perjuangan untuk memberikan pembelaan kepada mereka.
Kalaulah mungkin memang wujud sebagaimana yang diharap-harapkan, bentuk pembelaan yang bagaimanakah yang paling cocok dengan warna dan suasana mutakhir ini? Pembelaan yang pastinya demokratik dan konstitusional? Atau, biar apa jua bentuk pembelaan yang mungkin muncul, ianya tetap akan kita terima, asalkan status quo keamanan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat jelata seluruhnya sentiasa terpelihara sepanjang masa? Mungkin begitukah harapan kita?
Kita ghairah merayakan ulangtahun kemerdekaan negara ke-50. Jalur Gemilang dikibarkan di mana-mana. Slogan kenegaraan didendangkan sepanjang masa. Patriotisme Malaysia dijangka bersemarak di segenap jiwa. Kita juga akan menanti dan terus menanti semoga sesuatu pembelaan yang mungkin tiba dalam tempoh terdekat ini. Entah apa bentuknya pembelaan itu, kita akan terima, asalkan keharmonian, kesejahteraan rakyat dan keselamatan serta kedaulatan negara jadi paksi perjuangannya?
Saya cuma insan biasa, seperti anda dan warga prihatin lainnya. Saya akan terus berdoa dan berdoa. Saya akan tetap menanti dan ternanti-nanti. Bujur lalu, melintang patah. Biar putih tulang, tidak putih mata. Saya rindukan penjelmaan fajar bahagia. Saya rindukan perjuangan abadi di ambang kemerdekaan bumi tercinta ini di kerangka usia yang kian dewasa. – Ruhanie Ahmad
10 comments:
Datuk,
saya merayu orang melayu yang cintakan bangsa, saya merayu bangsa melayu yang beriman , saya merayu bangsa melayu yang taatkan raja, mengembalikan semangat Tun Hussin, Tun Razak, Tun Mahathir, Tun Dr Ismail, Tun Ghafar, Tun Musa Hitam dan Tunku Abdul Rahman dalam perjuangan mengisi 50tahun kemerdekaan negara ini.
Y.Bhg Datuk,
Saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada kerajaan khususnya Menteri Dalam Megeri, yang juga PM Malaysia kerana telah mengambil sikap positif MENOLAK permohonan maaf Meng Chee dalam mesyuarat kabinet PM semalam. Mana mungkin rakyat malaysia yang cintakan keharmonian dan keamanan menerima dengan mudah perkata" sorry la" dari mulut seorang menteri yang mewakili beliau!
Sepatutnya , dlm menyambut ulang tahun ke 50 negara mencapai kemerdekaan, seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan dan kaum menyanjung cita-cita negara dan prinsip-prinsip yg terdapat dalam rukun negara. Kita tidak mahu ada bangsa yang masih durhaka kepada raja dan negara tercinta. Kita tidak mahu lagi melihat tindakan yang menentang islam dan memperlekeh agama suci dan sunnah rasul.Kita tidak mahu lagi melihat pada masa akan datang ada bangsa yang menghina orang Melayu kerana segala perbuatan sebegini adalah titiktolak memecahkan perpaduan kaum yang telah hidup aman damai serta berjirantetangga dengan harmoni sekali.
Dengan janji yang dibuat oleh PM untuk mengambil tidakan atas kesalahan yang di lakukan budak ini, saya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan ingin melihat satu tindakan yang benar-benar tegas diambil tanpa menghiraukan camputangan MCA, Gerakan atau DAP.
Tahniah PM, tahniah Kerajaan Malaysia dan semua yang terlibat menyedarkan kerajaan dalam isu ini.
Pilihan Raya Umum sudah dekat. Tidak berapa lama lagi pengumuman umur bersara kakitangan kerajaan akan di lanjutkan ke 58tahun.
Yang tidak terpilih jangan gundah gulana, hidup kita ibarat roda, ada waktu naik, ada masa turun, kadang-kadang kempis ditengah jalan pulak.
Yang terpilih nanti jangan terlalu taksub, kerana PRU kali ini tidak menjanjikan kemenangan mudah. Rakyat sudah celik. Rakyat sudah tahu yang baik dan yang tidak baik.Kerja kuat, janji pada rakyat 5 tahun perlu di semak dan pastikan sudah tertunai atau terhutang.
UMNO mesti meletakan calun berwibawa, sekurang-kurang Higher Diploma atau degree dan pandai bertutur bahasa inggeris (bukan bahasa rojak). Pastikan semua Menteri, Timbalan Menteri dan SUP dari kalangan UMNO yang pandai berbahasa inggeris dan good public speaking. PM tunaikan janji mu supaya minda kelas pertama di dahului dari kalanagan UMNO. Kita mahu UMNO terus memerintah tetapi biarlah berkualiti, benar2 membela bangsa melayu bukan akhir mereka yang kami pilih sibuk mencari hutan balak, AP, pasir dan tanah kosong kerajaan. Kita mahu mereka bekerja bersama PM dan bekerja untuk membela rakyat.
Dari cerita cerita yang saya dapat tahu (dari kiyai), ramai sudah yang pergi berjumpa nya 60 peratus yang kesana gagal masuk gelanggang.(Itu hal merekalah, saya tak mau campur))Kita tengoklah nanti muka-muka baru ( MB baru ), Menteri2 baru dan Ahli Parlimen/ADUN baru)
Good Luck YB!
Datuk,
Mantan PM TDM kata, orang melayu sekarang sudah tidak taat kepada raja (termasuklah sultan dan TYT tu). Mereka lebih taat kepada pemimpin mereka. Ada juga benarnya datuk. Kita lihat saja sekarang, ada yang memperlekeh raja (raja sebagai payung kepada agama islam) tetapi, kita tak terdengar orang melayu bertindak. Kita lihat jiga dulu,bila sekumpulan melayu mengikut ajaran songsang di Besut, amat taksub pada pemimpinan mereka.Banyak lagi datuk. Apa pandangan datuk kenyataan TDM itu?
Datuk...
Screenshot's Little Bird & Zorro Unmasked's dah dapat kesan nama penghantar sms kepada datuk...
___________________________________
Nor Asmadi bin Hamdan
No 5 Kg Medan
09800 Serdang
Kedah Darul Aman Sg Taka
NRIC No: 810413-02-5471
Date of Birth: April 13, 1981
___________________________________
bila agaknya polis akan panggil untuk siasatan buat ya? kalau mat taib report sekejap je dah panggil ke balai...
Mengenangkan apa yang berlaku sejak pertengahan dekad 80an, setiap kali kemerdekaan disambut hanya mengecamukkan fikiran dan mengguris hati ini dengan lebih mendalam. Rasa bangga sebagai anak di bumi merdeka dalam ertikata yang sebenar mulai pudar apabila melihat berbagai peristiwa tidak menyenangkan silih berganti.
Walaupun orang-orang British telah lama pergi, pengisian kemerdekaan masih tidak menampakkan sebarang perubahan yang nyata. Kemerdekaan yang diperolehi telah digunakan sebagai lesen oleh segelintir kecil rakyat Malaysia yang berada di persada kuasa untuk menghalalkan apa sahaja yang dilakukan ke atas rakyat Malaysia lain kononnya atas nama kepentingan negara. Rakyat yang menuntut kebenaran dan hak, dilayan dengan sedemikian rupa supaya mereka tidak lagi berani bersuara. Semuanya atas nama menjaga ketenteraman awam.
Perkembangan beberapa tahun kebelakangan ini hanya menjadikan fikiran dan hati ini semakin kacau. Entah apa yang bakal menimpa sebahagian besar anak-cucu kita. Nilai-nilai kehidupan yang murni hanya menjadi mainan bibir. Bersandarkan kepada tahap kesetiaan yang boleh membuatkan Hang Tuah merasa malu, kekayaan begitu mudah dikumpul sehingga cukup untuk membiayai kehidupan beberapa keturunan.
Masing-masing berebut-rebut menyanjung pemimpin, ahli-ahli keluarga dan orang suruhan mereka semata-mata untuk mendapatkan perhatian meskipun jasa dan sumbangan mereka masih terhad dan terlalu awal untuk dinilai. Anugerah dan gelaran kebesaran diberikan begitu mudah sehingga membuatkan sesetengah kita tersenyum sinis dan menggeleng kepala. Apa yang lebih memualkan, menara gading yang dikatakan penjunjung nilai-nilai luhur turut serta dalam perlumbaan yang tidak menampakkan sebarang kesudahan ini.
Integriti dan moral tidak lagi dijadikan kriteria utama untuk pemilihan pemimpin dalam organisasi-organisasi utama yang menjadi tunggak kepada pentadbiran negara. Pemimpin-pemimpin palsu sama ada dari segi kata-kata, sikap, tindakan dan kelulusan akademik, terus diberikan ruang dan dimartabatkan oleh kelompok tertentu.
Kedudukan hanya menjadi alat untuk menjaga kepentingan diri dan bukannya platform untuk membantu memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Lihatlah sahaja perbezaan kekayaan fizikal mereka yang dipamerkan terang-terangan kepada rakyat sebelum dan selepas menjadi pemimpin. Dan perhatikan nasib rakyat kebanyakan yang terus hidup dalam kesukaran walaupun negara telahpun merdeka selama 50 tahun.
Ingin dijulang sebagai wira, mereka berucap penuh berkobar-kobar di hadapan perhimpunan tertentu bahawa mereka akan bertindak sebagai pembela bangsa, agama, negara serta institusi diraja. Mereka ini gemar menuduh pihak yang tidak sependapat dengan mereka dengan perkataan yang begitu negatif seperti iblis dan pengkhianat. Namun secara realitinya, mereka ini mengikut resmi ayam – kokok berdera-derai tetapi ekor bergelumang tahi.
Mengisi kemerdekaan kini menjadi tugas yang lebih sukar bagi kita semua. Apatah lagi untuk generasi akan datang. Untuk itu, terima kasih wahai para pemimpin.
Datuk,
Bukan sekali melalui lagu kebangsaan "NEGARAKU" tetapi ada lagi lagu yang di cipta anak cina itu menghina dan memeperlekeh orang melayu sebagai "sakai".Kali ini melalui lagu "Kawanku" yg di nyanyikan dlm loghat mandarin. Perkara ini baru di dedahkan oleh wartawan BH dari Muar. Ini benar-benar membangkitkan kemarahan kami datuk. Apa lagi nak di ucapkan oleh Chua Sui Lek pula lepas ini? Sebagai ahli UMNO, saya mohon kepada pimpinan yang memerintah, yang diberi mandat besar oleh orang melayu untuk menjaga bangsa melayu, agar mengambil tindakan keras serta melucutkan kewarganegaran anak cina ini dan mengharamkan dia pulang ke negara tercinta ini. Kita tidak pernah bermusuh dengan orang Cina, begitu juga dengan sesiapa juga yang ingin hidup harmoni, saling menghormati yang telah menjadi amalan hidup kita,dan kita telah berjaya mencapai perpaduan, tetapi dalam pada itu kita juga tidak mahu ada orang yang menjadi pengkhianat kepada perpaduan, mencetuskan semangat perkauman, lebih-lebih lagi bila terang-terang dia telah berani menghina raja, agama islam, bangsa melayu dan negara ini.
Jangan tunggu terlalu lama untuk mengambil tindakkan. Polis (PDRM)sepatutnya sudah boleh berlepas ke Taiwan untuk mengambil tindakan.
Merdeka ! Hidup Melayu!
Haji, Dasa dan Hamizi. Terima kasih.
Haji: Soal pelajar kita yang dikatakan mempersendakan Negaraku ini kita serahkan kepada pemerintah menanganinya. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak perlu bersuara dan memberikan pandangan terhadap isu ini.
Soal calon BN, khususnya UMNO, mesti terpelajar dan berwibawa juga saya sokong. Tapi, hakikat jiwa dan raga mereka terhadap perjuangan, memahami semangat dan falsafahnya juga perlu dititikberatkan. Begitu juga dengan soal pengalaman dan kredibiliti mereka supaya kehadiran mereka kelak memperkasakan lagi perjuangan kita bersama.
Mengenai soal kesetiaan Mlayu kepada Raja yang agak merosot seperti dinyatakan oleh TDM memang ada kebenarannya. Mungkin kerana majoriti Melayu kita rasa mereka sudash selamat dan amat selesa. Mungkin mereka juga lupa bahawa negara ini adalah sebuah Negara Beraja yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen. Sebab itu Perlmbagaan Negara memperuntukkan FasaL 150 yang menyatakan Agong berkuasa untuk bertindak ke atas kepimpinan demokrasi kalau baginda merasakan keselamatan rakyat jelata terancam, kedaulatan negara tergugat dan ekonomi negara juga dalam bahaya. Oleh itu, kenang-kenanglah peranan Raja dalam institusi demokrasi kita.
Hamizi: Saya dah buat laporan polis mengenai ancaman bunuh yang saya terima menerusi SMS kiriman Hamba Allah yang tak saya kenali identitinya. Oleh itu, saya serahkan kepada polis untuk bertindak sewajarnya.
Dasa: Buah fikiran anda menarik. Saya dah poskan untuk bacaan umum menerusi mayaputera.
Salam takzim daripada saya.
Melayu kini, tidak sama dengan Melayu dahulu. Kini nilai kebendaan telah membuatkan Melayu kini lupa perjuangan pejuang-pejuang terulung Melayu dahulu.
Saudara Saad
Selamat berkunjung ke blog KK.
Saya ucapkan syabas kerana anda mempunyai ksedaran sedemikian. Lantaran itu, berikanlah sumbangan mana yang terdaya dalam perjuangan menebus maruah bangsa dan kedaulatan negara.
Moga-moga prjuangan itu akan memunculkan fajar gemilang dan menguburkan sejarah gerhana sekian lamanya.
Salam takzim dari saya.
MERDEKA!!!!
5:20 PM
Post a Comment