The Toyol Code 2007
UMNO Negeri Diarah
Gerakkan Jentera PRU
Raja Petra Kamarudin (RPK) menulis dalam kolumnya - The Corridors Of Power - di Malaysia Today, bahawa tidak lama lagi dijangka berlaku satu “ledakan besar” dalam politik Malaysia. Apakah “ledakan besar” itu, sama-samalah kita tunggu kedatangannya.
Hari ini, Toyol saya pula mengirimkan SMS berikut: PRU tak lama lagi. Surat arahan untuk menggerakkan jentera pilihan raya dikeluarkan (oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia?) kepada seluruh Badan Perhubungan UMNO Negeri, semalam (Isnin, 21Mei 2007).
SMS di atas mengesahkan ramalan saya dalam blog ini pada Isnin 7 Mei 2007 bahawa bila kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam, itulah antara tanda-tandanya pilihan raya umum (PRU) ke-12 akan diadakan tak lama lagi - mungkin pada November 2007, selepas Hari Raya Puasa, tetapi sebelum Perhimpunan Agung UMNO. PRU-12 disifatkan sebagai klimaks kepada sambutan 50 Tahun Merdeka.
Hakikat di atas dinafikan oleh pihak pemerintah. Tetapi, siapa boleh melarang rakyat jelata membuat ramalan sedemikian rupa?
Maka, kalau betullah info daripada Toyol saya kali ini, persoalannya adalah seperti berikut:
Bilakah tarikh sebenar PRU-12 akan diadakan? November 2007 seperti yang saya ramalkan di atas?
Adakah senarai calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen dan DUN akan menurut senarai yang telah dicadangkan oleh sekumpulan penasihat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kumpulan penasihat di luar kerajaan) seperti yang telah saya huraikan dalam siri The Toyol Code (TTC) 2006?
Untuk mengimbas kembali pendedahan TTC 2006 mengnai PRK-12, sila rujuk arkib blog ini pada 13 Oktober 2006, 14 Oktober 2006, 16 Oktober 2006, 17 Oktober 2006, 19 Oktober 2006, 27 Oktober 2006 dan 31 Oktober. 2006.
Jadi, kalaulah PRU-12 diadakan pada 2007, mungkinkah majoriti calon Parlimen dan DUN daripada BN terdiri daripada generasi muda di bawah umur 50 tahun?
Mungkinkah ramai menteri kanan yang pro-Mahathir akan digugurkan?
Mungkinkah barisan Menteri-Menteri Malaysia, Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan anggota Exco di negeri-negeri juga akan terdiri daripada cerdik pandai di bawah umur 50 tahun?
Bagaimanapun, persoalan yang paling besar sekali, seperti yang telah didedahkan oleh TTC 2006, ialah: mungkinkah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan disingkirkan menerusi PRK-12? Dan, inikah yang dimaksudkan oleh RPK sebagai “ledakan besar” yang akan berlaku dalam politik Malaysia tidak lama lagi?
Untuk rekod, TTC 2006 bukannya satu fantasi atau pun fitnah. TTC 2006 adalah satu hakikat, satu kenyataan, satu realiti. Satu salinan CD yang mengandungi laporan komprehensif mengenai pilihanraya seperti didedahkan oleh TTC 2006 memang benar-benar wujud. Insan misteri yang mengirimkan TTC ini menyatakan kepada saya menerusi SMS, bahawa beliau sendiri memang sudah melihat salinan CD berkenaan.
Lebih menggemparkan lagi, katanya, salinan CD itu dipercayai telah dibocorkan kepada pihak tertentu oleh orang kuat kepada “budak hantu.” Orang kuat berkenaan dikatakan bertindak demikian kononnya kerana dia sendiri tidak setuju dengan perancangan besar yang terkandung dalam CD tersebut.
Bagaimanapun, kata sipengirim SMS itu lagi, CD itu tidak pula dibocorkan scara percuma. Ini bermakna bahawa salinan CD tersebut telah dibocorkan oleh orang kuat “budak hantu” kepada pihak yang berminat dengan harga yang agak tinggi. Berapa? Saya tidak tahu harga yang sebenar-benarnya? Tetapi, pengirim SMS itu tidak menafikan kalau harganya mencecah tujuh digit!
Menurut pengirim SMS terbabit lagi, CD berkenaan kini berada dalam simpanan pihak yang membelinya. Jika kumpulan “budak hantu” menafikan kewujudan CD itu, katanya, pihak yang kini memiliki salinan CD tersebut mungkin mendedahkan seluruh isi kandungan CD itu menerusi internet.
Oleh itu, kita tunggulah bila PRK-12 akan diadakan. Bila Dewan Rakyat dan DUN dibubarkan, kita rujuk semula TTC 2006. Kita lihat sama ada ramalan TTC berasaskan CD yang disediakan oleh “budak hantu” dan kumpulannya itu dilaksanakan sepenuhnya atau hanya sebahagian sahaja.
Dan, kita pastikan sama ada Najib akan benar-benar disingkirkan menerusi PRK-12 seperti perancangan yang terkandung dalam CD “budak hantu” itu atau pun menerusi “ledakan besar” seperti yang sedang diura-urakan oleh RPK dalam Malaysia Today pada hari ini. – Ruhanie Ahmad

17 comments:
November 2007 is a good time.
November 2007 is a good time
IF there is no banjir or bah.
Saya pun mempunyai firasat ysng sama Datuk, kerana banyak petunjuk2 yang menghala kearah itu.
Saya mempunyai tafsiran agak berlainan dgn Datuk berubung dgn 'ledakan besar' yang di paparkan oleh RPK. Ledakan ini mungkin tiada kena mengena dgn DS Najib, PRU atau bakal2 calon. Ia nya mungkin ada hubungkait dgan evolusi negara, dari tahap yang tidak baik kepada yang terbaik melalui process yang akan ditakdirkan oleh Allah s.w.t! Satu proses yang akan memberi jaminan dan masa depan baru kepada orang2 melayu khasnya dan rakyat malaysia am nya dalm usha menempuh alam globalisasi!
Mungkin Datuk berfikir saya sedang berteka teki dgn Datuk! Itu lah yang harus ditafsirkan bersama!!!
menempatkan calon muda yg berkebolehan amat baik utk masa depan... walau bagaimana pun mentadbir negara bukan nya sesuatu yang boleh menggunakan kaedah cuba-jaya... lebih teruk lagi ianya adalah atas kepentingan peribadi...
kita tengok bagaimana pak lah jadi boneka menantunya yang gila kuasa itu...
ini mungkin tiada kena-mengena dgn. tajuk post dato'...
saya cuma hairan kenapa PM kita ini sangat bersungguh-sungguh hendak membawa Manchester United ke Malaysia dan membiarkan FAM dalam keadaan tersepit... Adakah ada agenda untuk melantik menantu kesayangan beliau sebagai pentadbir utama FAM?
Memang bagus untuk memeriahkan hari kebangsaan negara, tetapi kita sepatutnya mengelak drpd. provoke AFC kerana utk. jangkamasa panjang adalah penting hubungan baik ini dikekalkan untuk pembangunan bola sepak negara...
Pak Lah memang suka menjadikan isu remeh temeh menjadi besar manakala bagi isu yg. sememang besar dan bersifat nasional, beliau buat bodoh dan buat pekak...
malangnya Malaysia...
Bung Mika, Lmandau dan Hamizi
Perkembangan di negara ini ditentukan oleh kepimpinan kita. Bila PRU pun kuasa mereka. Apa yang saya paparkan di sini cuma bacaan makrifat manusia berdasarkan tanda-tanda di depan mata.
Bagaimanapun, daripada background info yang saya terima "ledakan besar" itu mungkin memang berkait dengan negara kita. Tetapi, mungkin juga khusus mengenai soal kepimpinan.
Mengenai MU, saya ada terbaca dalam satu blog baru www.politica-net.blogspot.com yang mengulas kenapa AAB mati-matian nak MU ke Malaysia. Harap Hamizi kunjungi blog itu.
Terima kasih dan salam takzim,
Ruhanie Ahmad
wah, kita ada cakap-cakap bola!
Bagi yang tidak meminati ManU, maka datang atau tidaknya tak ada apa-apa.
Walaupun saya kira Presiden Hamam itu seorang yang tegas dia masih boleh di bawa berunding.
Apalah sangat kalau kita sambut kedatangan kelab inggeris itu jua dan terima sahaja denda atau hukuman dari AFC?
Padah yang besar AFC pindah rumah ke Singpura...
Macam mana FAM telah meletakan kita dalam keadaan ini, saya hairan.
Malunya saya, Dr Ibrahim Saad. Susahlah nanti orang mahu dengar kata-kata orang Batu Kawan di mesyuarat perhubungan negeri.
Apa yang pasti, perancangan sebegini tidak sepatut berlaku dengan PRU12
dato'... saya harap rakyat malaysia akan memberi undi protes mereka semasa PRU nanti, dengan cara mengurangkan majoriti BN...
diharap rakyat negeri Johor (terutamanya melayu) dapat bersama mengambil tindakan ini...
zaman telah berubah dato'... cara penentangan harus beredar dengan zaman... tiada siapa akan mendengar pandangan orang bawahan... jadi membuang masa megusulkan sesuatu di dalam mesyuarat UMNO @ BN yang akhirnya tidak akan diletakkan dalam minit mesyuarat... jangan buang masa...
sentimen dato' tentang perjuangan UMNO dahulu sangat dihargai, tetapi perubahan hanya boleh berlaku jika MT UMNO sendiri mengusul undi tidak percaya kepada PAK LAH... dan mereka yang duduk di kerusi empuk ini jangan terlalu sayang pangkat dan menjadi YES MAN...
saya mendengar khabar angin bahawa PRU akan diadakan pada bulan Julai ini, kerana kerajaan mahu mengekploitasi kenaikan gaji kepada kakitangan kerajaan dalam memancing undi... bukankah majoriti kakitangan kerajaan orang Melayu dan bukankah orang Melayu selalunya suka membalas budi... walaupun tak bertempat...
Saudara Hamizi
Saya serahkan pilihan rakyat dalam PRU kepada rakyat sendiri menentukannya. Itu namanya demokrasi.
Soal politik bola sepak pun saya tak mau masuk campur kerana saya tak mau kena sepak terajang yang bisa. Cuma setau saya, MU tu team kegemaran KJ. Batul ke tidak, kena tanya dia sendiri.
Pasal PRU ke-12 Julai ini, saya pasti tak mungkin. Sesuatu PRU memerlukan persiapan jentera yang terselaras di seluruh negara. Lepas raya, tapi sebelum orang naik Haji, mungkin. Kalau tak, awal 2008.
Pokoknya, saya yakin sebilangan warga maya Malaysia dah pasti sapa yang akan disokong. Bagi saya, citarasa orang lama lah.. tak berubah. Harap-harap, lepas tu pemimpin kita prihatin dengan suara orang bawahan termasuk warga internet.
Salam takzim
Ruhanie Ahmad
orang lama macam dato' memang banyak di johor... cuma ayah saya (orang johor) yang beredar dengan masa...
malah walau bagaimana kuat sentimen melayunya, dia masih sanggup untuk mengajar BN dengan mengundi pembangkang walaupun sejak sekian lama mengundi BN...
saya faham kebanyakan orang melayu johor sayangkan umno, kerana umno diasaskan di johor... malah dengan tragedi pembunuhan ketua penduduk melayu oleh komunis dahulu menguatkan alasan bahawa umno lah sahaja yang mampu menyelamatkan orang melayu...
namun dato' jangan lupa... orang melayu ini agak istimewa... jika mereka ditindas oleh bangsa lain, mereka akan bertindak balas tanpa mengira fahaman politik mereka (dengan serta-merta)... jadi kekuatan melayu bukannya kepada umno sahaja...
memang kebanyakan bijak pandai melayu ada di dalam umno, tetapi ramai juga di luar umno... jangan lah terlampau risau tentang hilangnya ketuanan melayu kerana kita tidak akan lihat keris dijulang...
saya benci dengan Pak Lah kerana dia hidup berpura-bura... dia berkata tentang ketirisan... di mana projek diberi kepada bumiputera dijual kepada bukan bumiputera...
mungkin anda tidak sedar bahawa kebanyakan GLC (berasaskan sektor pembinaan) memberikan projek kepada bukan bumiputera... anda tak perlu minta saya kemukakan bukti... kerajaan boleh panggil independent auditor, untuk memeriksa kertas kerja dalam pemberian projek kepada kontraktor terlibat...
bukan saya dengki dengan bukan bumiputera... saya cuma benci dengan ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus... sedangkan dia masih tidak berjalan lurus...
samada ketam ini bodoh, penipu, malas, kuat tidur @ memang tak nak ambil peduli, wallahualam...
come on lah LEAD BY EXAMPLE... GOOD EXAMPLE...
Datuk, seeloknya campuran ahli politik muda, pertengahan mcm datuk dan veteren. Tiga lapisan ini amat baik kerana yang tua akan mengajar yang muda mentadbir negara.Saya percaya ada kejutan. Semua Naib Presiden akan ke pusat.Beberapa Kementerian baru akan di ujudkan. Beberapa Ketua Menteri akan gugur.
Rustam dapat a much delayed Promo?
Alhamdulillah!
datuk saya rasa terpanggil utk datuk menyususn strategi berguna utk kawasan dan parlimen datuk.Apakah datuk tidak berkeberatan utk bertanding dikawasan lama datuk atas simbol lain selain dari simbol yg datuk dkg selama ni.Mahu kah datuk bersama berpadu dgn jentera lain atau datuk taidak rela kalah.....Kalau datuk sanggup saya org pertama akan jemput datuk dtg kerumah saya utk menjd penyokong datuk.
Saudara Hamizi, Bung Mika, Tuan Haji dan Saudara Maza Ilham, terima kasih.
Amalan BN sejak dulu sampai sekarang memang mengketengahkan kombinasi calon-calon PRUnya daripada golongan tua (30%), pertengahan umur (40%)dan darah muda (30%). Dengan cara ini kesinambungan dasar, aspirasi dan falsafah perjuangan dapat dipastikan.
Ikut the Toyol Code 2006, peratusan generasi muda akan ditambah. Ini memang baik untuk vitality dan versitility. Tapinya, apa yang dikhuatiri adalah majoriti generasi muda ini dikatakan telah dipilih secara rahsia oleh sekumpulan manusia termasuk elemen-elemen asing untuk mempastikan mereka tidak menyekat kemaraan kepentingan asing di Malaysia. Kalau ini terjadi, amat berbahaya!!
Dari segi citarasa Melayu, khususnya warga Johor kepada BN, saya tidak pasti bagaimana polar atau patternnya. Ini terserahlah kepada citarasa individu yang akan membuang undi kelak. Inilah namanya demokrasi.
Tetapi, kita kena juga curiga tentang kemungkinan adanya manipulasi peti undi dan kertas undi. Perkara seperti ini mungkin boleh berlaku dalam keadaan terpaksa, MUNGKIN... Harap-harap kekhuatiran ini tidak jadi kenyataan.
Soalnya, kalau Melayu nak ubah citarasa kali ini, bagaimana kalau calon BN di kawasan mereka hanya ditentang oleh pembangkang bukan Melayu, khususnya DAP? Apakah perubahan citarasa akan dimungkinkan dalam senario seperti ini?
Tentang diri saya, usah bimbang. Sebagai orang tua, saya dengan citarasa saya sendiri. Kalau dulu saya asyik makan tempe, kali ini pun makan tempe jugalah agaknya. Begitu pun, saya tetap brharap dan berdoa semoga Umno akan berubah dari dalam - akan ada rformasi dalaman. Entah bila ini akan berlaku, saya tidak pasti. Tapi saya harap lebih ramai warga Umno sedar bahawa kalau Umno tidak mereformasikan dirinya, lambat laun parti ini mungkin dipinggirkan oleh Melayu.
Soal saya berubah pentas tak timbul sama sekali. Sebagaimana saya tidak akan melarang atau menyekat perubahan citarasa majoriti Melayu dalam PRU ke-12 atas prinsip demokrasi, saya juga harap anda semua menghormati pendirian saya untuk sehidup semati dengan Umno.
Selamat berjuang dan selamat maju jaya daripada saya,
Ruhanie Ahmad
ya kita harus menghormati pendirian masing-masing... generasi lama dan baru memang ada perbezaan dari segi pemikiran dan pendapat...
saya hormati pendirian dato'... cara kita berbeza... tepuk dada tanya selera...
Post a Comment