Monday, May 07, 2007

Kakitangan Awam
Akan Dapat Kenaikan Gaji
Kata Abdullah

PUTRAJAYA, 7 Mei (Bernama) -- Seramai 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara akan menerima kenaikan gaji kerana mereka berhak mendapatnya, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata perbezaan pendapatan antara pegawai rendah dan tinggi perlu diambil kira dalam menentukan formula kenaikan gaji itu kerana kos hidup yang tinggi membebankan golongan berpendapatan rendah.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=260430

Komen:

Tahniah. Memang dah sampai masanya kakitangan awam dapat kenaikan gaji. Tapi, ini juga tanda-tandanya pilihan raya umum (PRU ke-12) akan diadakan tak lama lagi. Mungkin pada November 2007 – selepas Hari Raya Puasa, tetapi sebelum Perhimpunan Agung UMNO. Sesetengah pihak meramalkan PRU-12 akan diadakan sebagai klimaks kepada sambutan 50 Tahun Merdeka. – Ruhanie Ahmad

1 comment:

maskadove said...

ini sudah jadi adat... pendek kata naikkan gaji sebab nak beli undi... kan PRU-12 dah tak lama dah... itu pasai LAH naik gaji... kalau tak... belum tentu LAH menang dgn majoroti besar...
hakikatnya memang benar... "MELAYU MUDAH LUPA"... kena jek secupak... berguni-guni dia bagi... dapat tak banyak mana, rugi yg lebih...
agama kita yg dok ada lama dah pun dipinda... konon nya hat ni utk semua...awat yg dulu tu bukan utk semua kah?... awat yg la ni special kot mana? Al-quran dia lebih dari 30 juzuq kah? ayat dia lebih dari 6,666 ayatkah? di tulis semulakah?

insaflah wahai ummat Muhammad SAW... pilihlah pemimpin untuk agama, bangsa dan negara... jangan pilih LAH untuk anak, isteri dan menantu...

orang utara kata ya ka tak?.. orang selatan kata ye ke tak?

wahai melayu sekelian... pemilihan dlm UMNO memag perlu... memang wajib... hapuskan era menang tanpa bertanding utk jawatan presiden dan lain-lain jawatan yg penting...
kalau tak... akibatnya kita yg tanggung... mereka pasti akan meleka kan kita dengan taburan janji manis... dan dengan keterampilan bak anak alim ulamak... kalau bapak dia alim, mak dia alim.... anak dia belum tentu lagi bang oii... dunia la..dunia akhir zaman... macam macam ada....