MungkinkahTemasek Group
Menawan GLCs Di Malaysia?
Temasek Group adalah sebuah entiti korporat yang agresif dan proaktif secara wilayah dan global. Ianya sinonim dengan Temasek Holdings. Pelaburannya merangkumi bidang telekomunikasi dan media, perkhidmatan kewangan, hartanah, pngangkutan dan logistik, tenaga dan resources, infrastruktur, kejuruteraan dan teknologi, dan juga pharmaceutikal dan biosains.
Menurut http://en.wikipedia.org/wiki/Temasek_Holdings, Temasek Holdings adalah syarikat pelaburan kerajaan Singapura. Sahamnya dimiliki 100 peratus oleh Kementerian Kewangan republik tersebut. Ketua Eksekutifnya, Ho Ching, yang dilantik pada 2002, adalah isteri kepada Lee Hsien Loon selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura.
Bagaimanapun, http://www.temasekholdings.com.sg/about_temasek/corporate_profile.htm pula mengklasifikasikan Temasek Holdings sebagai sebuah syarikat pelaburan Asia yang beribupejabat di Singapura. Ia mengendalikan pelaburan global sebanyak S$129 billion, terutamanya di Singapura, Asia dan negara-ngara OECD.
Seorang blogger Malaysia yang menggelarkan dirinya sebagai Ketua Perusuh (http://ketuaperusuh.wordpress.com) menulis satu artikel pada 30 April 2007 mengenai Temasek Group dan pemilikan sahamnya dalam Telekom Malaysia and Tenaga Nasional.
Beliau juga mendakwa bahawa Temasek Group kini sedang dalam proses membeli saham-saham milik beberapa entiti korporat Malaysia, terutamanya GLCs.
Ketua Perusuh juga menyatakan bahawa banyak pihak di Malaysia telah pun meluahkan pembangkangan dan bantahan mereka terhadap usaha ini. Tetapi, beliau mendakwa, Perdana Menteri Malaysia dikatakan seakan-akan berdiam diri sahaja terhadap bangkangan dan bantahan ini.
Sebaliknya, Ketua Perusuh mendakwa bahawa ECM-Libra kini dikatakan sedang bertindak sebagai proksi kepada Temasek Group dalam usahanya membeli saham-saham daripada beberapa entiti korporat dan GLCs Malaysia.
Saya membuat beberapa siasatan mengenai hal ini. Daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Temasek_Holdings adalah sah bahawa setakat 2004, Temasek Group memang memiliki lima peratus saham dalam Telekom Malaysia. Tetapi, tiada bukti yang kumpulan itu memiliki saham dalam Tenaga Nasional.
Sebaliknya, saya dapati bahawa setakat 2004, Temasek Group juga memiliki 14.73 peratus saham dalam MPlant atau Malaysia Plantataion. Pemilikan ini membolehkan Temasek Group memiliki Alliance Bank di Malaysia.
Daripada http://www.temasekholdings.com.sg/about_temasek/corporate_profile.htm pula saya dapati bahawa setakat Oktober 2005, Temasek Group memang memiliki saham sebanyak lima peratus dalam Southern Bank Berhad. Setakat March 2005, kumpulan itu memiliki 15 peratus saham dalam Malaysian Plantations Berhad. Dan, setakat March 2004, Temasek Group memiliki lima peratus saham dalam Telekom Malaysia. Ini sekali lagi membuktikan ketiadaan fakta mengenai Temasek Group memegang saham Tenaga Nasional.
Oleh itu, mungkin Ketua Perusuh membuat dakwaan mengenai Temasek Group memegang saham Tenaga Nasional dalam tulisannya berasaskan maklumat dan fakta yang hanya diketahui oleh beliau sendiri.
Mungkin juga beliau membuat dakwaan itu berasaskan andaian bahawa saham Temasek Group dalam Tenaga Nasional adalah dipegang oleh proksinya di negara ini.
Dakwaan ini mungkin berasas. Sebab itulah Ketua Perusuh juga meninggalkan satu persoalan di akhir tulisannnya: iaitu mungkinkah tidak lama lagi Temasek Group akan membeli banyak lagi saham entiti korporat dan GLCs Malaysia seperti Synergy Drive, CIMB Group, MIMB, AmInvestment, Kumpulan Felda, Kumpulan Tabung Haji and MISC, menerusi proksinya?
Akhir sekali, Ketua Perusuh mendakwa bahawa Temasek Group kini agresif dalam pelaburannya di wilayah ASEAN, termasuk Malaysia, untuk memenuhi cita-cita Singapura menguasai geopolitik wilayah ini menerusi aktiviti pelaburannya.
Saya tidak mempunyai kapisiti untuk mengesahkan dakwaan seperti ini. Ia mungkin benar, dan mungkin juga tidak. Segala-galanya terserah kepada kebijaksanaan masing-masing negara ASEAN untuk mempastikan dakwaan seperti ini.
Bagaimanapun, sekurang-kurangnya para pemimpin negara-negara ASEAN wajarlah bertindak secara terperinci dan dengan kewaspadaan yang tinggi bila meluluskan sebarang pelaburan oleh Temasek Group dalam negara masing-masing.
Dalam konteks Malaysia, adalah diharapkan semoga kerajaan sentiasa mengesan dan memantau seluruh pelaburan oleh Temasek Group, bukan untuk menyekat pelaburan itu, tetapi bagi mempastikan ianya tidak menjejaskan kedaulatan negara serta tidak pula menimbulkan sensitiviti politik, sosial atau pun ekonomi.
[Untuk maklumat dan berita selanjutnya mengenai Temasek Group, sila aksess links di bawah ini:]
http://www.temasekholdings.com.sg/about_temasek/corporate_profile.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Temasek_Holdings
http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=article&sid=419
http://english.vietnamnet.vn/biz/2005/08/476838/
http://www.tribuneindia.com/2006/20060309/biz.htm#1
http://www.rediff.com/money/2005/oct/18tema.htm
http://ketuaperusuh.wordpress.com 25.4.07
http://ketuaperusuh.wordpress.com 30.4.07
http://www.nationmultimedia.com/2006/01/22/headlines/index.php?news=headlines_19718714.html
http://www.iht.com/articles/2006/10/02/business/temasek.php
http://www.matrix-centro.com/forum/viewtopic.php?t=4732
- Ruhanie Ahmad

No comments:
Post a Comment