Masuk Dari S’pura ke WPI
Hanya Guna Smart Card?
Baru-baru ini, Malaysia menyediakan satu zon akses bebas (ZAB) kepada pelabur di Wilayah Pembangunan Iskandar di selatan Johor.
Hal ini ditentang habis-habisan oleh majoriti rakyat Malaysia, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini kerana ZAB ditafsirkan seolah-olah Malaysia menyerahkan kedaulatan sebahagian tanahairnya kepada pihak asing.
Tidak lama setelah itu, ZAB pun dibatalkan kewujudannya di WPI. Rakyat Malaysia berasa lega dengan keputusan itu.
Bagaimanapun, hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, mempersetujui pula permintaan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, supaya perjalanan masuk ke WPI dari Singapura dipermudahkan.
Maka, Malaysia pun mempersetujui supaya warga asing memasukki WPI daripada Singapura hanya dengan menggunakan smart card atau kad pintar sahaja, tanpa sebarang pemeriksaan imigresen.
Adakah keputusan mengizinkan penggunaan kad pintar untuk memasukki WPI ini merupakan yang terbaik? Tidakkah ada pilihan lain? Tidakkah ini juga boleh ditafsirkan seolah-olah Malaysia melonggarkan syarat-syarat yang membabitkan kedaulatan negara ini?
Dan, mungkinkah Singapura akan memberikan kelonggaran yang serupa kepada ribuan warga Malaysia yang saban hari berulang-alik daripada Johor Bahru untuk bekerja di Singapura?
Keputusan di atas dicapai dalam pertemuan tidak rasmi antara Abdullah dan Hsien Loong di Langkawi hari ini.
Lain-lain isu seperti perjanjian air, pembinaan semula sebuah jambatan menggantikan Tambah Johor, kemungkinan mengharamkan eksport batu dan debu kauri serta pembayaran wang CPF kepada pekerja Malaysia Semenanjung yang pernah berkhidmat di Singapura tidak langsung dibincangkan. – Ruhanie Ahmad

5 comments:
Datuk,
Tiada guna rasanya isu2 spt air,CPF,jambatan dan sbgnya dirunding kembali diketika ini dan....... ,
ANDAInya isu2 ini mendapat perhatian positif dr jiran maka sahlah disebalik pembangunan WPI telah wujud satu suasana yg menjadi kebimbangan kita mutakhir ini.
Maruah dan kedaulatan kita harus dipertahankan, suasana ini seolah2 kita sudah kalah bila mana jiran kita diajak utk sama2 mencorak hala WPI seolah2 simboliknya ini telah pun mereka perolehi.
Jujur saya katakan bahawasanya saya amat2 kecewa bila mana keadaan ini berlaku.
Apa gunanya selepas ini isu2 di atas mendapat perhatian positif dr jiran ? Apa gunanya ?,setelah kerisauan kita selama ini diragut.
Datuk,
Buat baik b'pada2, buat jahat jgn sekali.
Apa perlunya kita bersangka baik, bertepuk bahu dikalungnya pulak bunga2, apakah maksud ini semuanya ?
Langsung tidak dihiraukan pekik-laung kita semua.
Datuk,
Sudah hilangkah pekik-laung kita semua ?
UMNO dulu selamanya
Datuk
Kitakah bersalah kerana menaikkan pemimpin sekarang? W/p dalam beberapa perkara saya tak bersetuju dengan TDM namun tindakannnya berkaitan isu jiran seberang memang saya sokong.
Aduhai!
Kenapakah kita yg menjadi loser?Tak bolehkah kita menjadi win2 situation? Kalau Singaporean boleh masuk WPI (Malaysia terus la.Ada kita nak buat pagar sempadan kat WPI agar Singaporean tak terlajak ke utara Johor, Melaka dll negeri?).
Jika Malaysian boleh masuk Singapura dengan smartcard juga bukankah itu namanya win2 situation?
hangan harap isu tanah KTM, CPF, air dsbnya akan berpihak pada kita. Sedangkan isu acces Malaysian ke Singapura pun ....
p/s: rasanya mereka tak dengar rintihan kita datuk.Walaupun begitu kita tetap akan menyuarakan bantahan kita. Biarlah internet bisu ini menjadi medan luahan hati rakyat prihatin. Jangan kita(blogger) menjadi syaitan bisu seperti pemimpimn & rakyat biasa yg lain.
saya menarik balik komen saya tentang smart card jika info yg Datuk terima dari Alex adalah benar.
Tapi dalam isu2 lain kenapakah asyik2 kita juga lose?
Perjuangan Orang Johor Baru Bermula...
Al-Fatihah
buat Muhammad Dadullah
are you an Afghan, mate?
disuruh pergi berbincang
diikutnya dari belakang
dikhianati
are you an Afghan, mate?
maka sekarang
hancurlah musuh-musuhnya
dengan lebih ngeri
are you an Afghan, mate?
dimana saja seribu tahu lagi.
are you an Afghan, mate?
adakah kamu faham
perjuangannya
setelah dihina
merengkuk di guantanamo
are you an Afghan, mate?
al-Fatihah buat
Saudaraku Muhammad Dadullah
You are a Muslim - ash-shuhada!
Ameeen!!!!
Post a Comment