Wednesday, May 02, 2007

Abdullah-Hsien Loong
Bertemu Pertengahan Mei
Tanpa Sebarang Agenda?

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, belum ada agenda yang ditetapkan untuk pertemuan empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan rakan sejawatnya, Lee Hsein Loong, daripada Singapura, di Langkawi pada 15 Mei 2007.

"Terserahlah kepada perdana menteri untuk menentukan isu-isu yang akan diketengahkan dalam pertemuan itu kelak," katanya kepada Bernama in Kota Tinggi semalam.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa beberapa isu hubungan duahala mungkin dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

Ditanya sama ada kedua pemimpin akan membincangkan beberapa isu dan masalah tertangguh, Syed Hamid berkata, terserahlah kepada mereka mempastikannya.

Antara delegasi Singapura untuk mesyuarat satu hari itu adalah Menteri Luar, Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan.

Tidakkah ini aneh? Tidakkah amat luarbiasa bila dua pemimpin tertinggi daripada dua negara jiran yang berhadapan dengan pelbagai masalah serta isu tertunggak akan bermesyuarat tanpa sebarang agenda?

Atau, mungkinkah kerana Syed Hamid telah menyatakan bahawa mesyuarat itu akan diadakan sewaktu hubungan Malaysia-Singapura dalam keadaan yang sangat mesra maka mesyuarat itu boleh diadakan tanpa sebarang agenda?

Kenapakah jadi begini? Adakah wajar kedua-dua pemimpin tertinggi itu dibiarkan ‘merapu’ apa sahaja yang terlintas di pemikiran masing-masing pada hari tersebut?

Mungkinkah apa yang dikatakan mesyuarat sebenarnya bukan mesyuarat? Bukankah Menteri Luar Singapura, George Yeo, telah memberitahu Parlimen Singapura pada 6 Mac 2007, bahawa Lee Hsien Loong akan mengetuai satu delegasi untuk “retreat” denga Datuk Seri Abdullah pada Mei 2007?

Jadi, adakah ianya satu mesyuarat atau “retreat” di mana degelasi kedua-dua negara cuma akan bermain golf, berlaga bahu, dan kemudiannya berpisah dengan “feel good feelings” terhadap satu sama lain?

Memang betul bahawa Datuk Seri Abdullah mungkin akan membangkitkan beberapa isu semasa bermain golf dengan rakan sejawatnya. Tetapi, bukankah ini hanya berbentuk tidak rasmi? Bolehkah cara ini membawa manfaat kepada rakyat?

Apa pun, masih terdapat kira-kira dua minggu menjelang pertemuan itu. Sama-samalah kita berdoa semoga para pemimpin kita akan mengeksploitasikan pertemuan itu demi kepentingan negara dan rakyat jelata.

Berikut adalah antara isu yang wajar dipertimbangkan: merundingkan semula perjanjian air Malaysia-Singapura yang sudah lama tertangguh; kemungkinan membuka semula saluran perundingan untuk membina sebuah jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor di Johor Bahru; dan pembayaran wang CPF kepada pekerja daripada Malaysia Semenanjung yang sudah lama didolak-dalikkan oleh Singapura.

Lain-lain isu adalah pengharaman eksport pasir, tanah dan batu-batan dari Malaysia ke Singapura adalah muktamad; Malaysia akan mengenakan levi ke atas kenderaan Singapura yang memasuki negara ini; dan pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh jet-jet pejuang Singapura.

Seterusnya adalah isu mengenai dakwaan bahawa Singapura terlibat dalam masalah dalaman di selatan Thailand; dakwaan bahawa Temasek Group kini aktif membeli saham-saham GLCs Malaysia menerusi proksinya di negara ini; dan pelaburan Singapura di Wilayah Pembangunan Iskandar.

Senarai di atas hanya cadangan. Pembesar Malaysia boleh memilih mana satu yang sesuai dan mendesak.

Oleh itu, agenda untuk pertemuan 15 Mei 2007 ini perlu dipastikan. Isu-isu hendaklah dikenalpasti dan diperincikan mengikut keutamaan negara, dan pakar-pakar mengenai hal ehwal Singapura pula perlu dikerahkan untuk menangani pertemuan berkenaan secara tuntas dan rinci.

Pokoknya, Malaysia hendaklah mencapai sesuatu daripada pertemuan tersebut. Dan, sesuatu yang dimaksudkan itu wajarlah bermanfaat kepada negara dan rakyat jelata! – Ruhanie Ahmad

9 comments:

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Dok mai jenguk selalu. Nampak dua tiga hari jugak tak update...

kudakepang said...

Saudara Bakaq:

Memang 2-3 hari tak update blog pasal kena serang trojan horse. Sampai 5-6 ekor datang attack. Susah nak access blog, buat posting atau respons kepada komen. Ini pun belum pulih sepnuhnya. Tunggu ofis buka Jumaat ni baru techie dapat re-configure semuanya.

Tk dan salam hormat.
RON

renegix_01 said...

herm..negara dlm keadaan bahaye ni datuk...adakah mereka ini kebal sangat sehingga tidak boleh digugat?..mengapa DSAI tidak menyerang mereka dgn isu2 sebegini sebaliknya lebih menekankan isu altalantuya..dll..mengapa Tun MAhathir berdiam tidak berbuat sesuatu?..semakin risau saya dibuatnya..

p/s->pengunjung setia blog datuk

joe penang said...

Kalaulah betul

- sayang sungguh kita jumpa dengan Singapura takde agenda. Bukankah banyak isu dengan negara jiran ni yang tak selesai? Isu EPF pekerja rakyat kita di sana, rundingan harga air, jambatan indah, pemeriksaan ketat terhadap pekerja yg berulang alik ke sana setiap hari dll

- takde agenda lagi. Sayang sungguh dapat PM. Menteri Luar & Penasihat Tingkat Empat yang tak terfikir nak bawak agenda masa mesyuarat...

Anyway. Teruskan berkarya datuk RON

kudakepang said...

Saudara Renegix_01 dan Joe Penang:

Saya asaskan tulisan ini kepada kenyataan rasmi Menteri Luar Malaysia.

Mungkin beliau tak mau terus terang atas sebab-sebab strategik. Sebab itu saya provoke supaya diadakan agenda khusus.

Kalau Saudara berdua sedari, ada dua perkara baru yang saya cadangkan.

Satu adalah semua kenderaan S'pura yang memasuki Malaysia mesti kena bayar levi. Ini kerana Singapura dah lama kenakan levi ke atas kenderaan Malaysia yang masuk ke pulau berkenaan.

Kedua, pengharaman import pasir, tanah dan batu-batan ke S'pura hendaklah dikekalkan. Ini kerana tidak sewajarnyalah kita menyumbangkan kepada pembinaan S'pura yang baru di mana saiznnya adalah sama besar dengan pulau yang ada sekarang dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Apa pun, itu cuma cadangan saya sebagai rakyat biasa, sana seperti Saudara berdua. Kalau didengar, baiklah. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya dah ada rakyat Malaysia yang dah lebih awal menentang ura-ura itu!

Terima kasih dan selamat maju jaya.

Ron

Malaysia Boleh! said...

nampaknyer pm kita tidoq lagi... orang ready macam macam nak mintak dgn kita kita dok zZZZzzZZZzzz .. err saya kurang periksa....

lamandau said...

Datuk komen"Kedua, pengharaman import pasir, tanah dan batu-batan ke S'pura hendaklah dikekalkan. Ini kerana tidak sewajarnyalah kita menyumbangkan kepada pembinaan S'pura yang baru di mana saiznnya adalah sama besar dengan pulau yang ada sekarang dalam tempoh 20 tahun akan datang."

Dari maklumat terkini yang saya perolehi , Datuk,nampaknya S'pura tak perlu tunggu sampai 20 tahun untuk membesar kerna pada ketika dan saat ini (this very minute)lk 30 ribu matric ton batu granite dan 'quarry dust' sedang dalam pelayaran ke S'pura dari sala sebuah negeri berdaulat Malaysia!. Sedangkan negara jiran telah mengharamkan penjualan batu batan dan pasir kepada S'pura, Malaysia pula yang beria2 untuk membantu negara 'a small red dot' menjadi red blob!
Datuk plcontact your toyol to reconfirm this piece of information. I'll be furnishing you more as and when I obtain the rest . Salam

maskadove said...
This comment has been removed by the author.
maskadove said...

itulah konsep islam hadhari Pak Lah Badawi... biar punah negarai sendiri asalkan kantong kroni penuh berisi... masih ingatkah anda semasa Pak Lah pada hari pertama jadi PM... slogannya berbunyi "berkerja LAH bersama-sama dgn saya, jgn bekerja utk saya".... sekarang dah terbalik... dah jadi "berusaha LAH utk singapura, jangan LAH berusaha utk malaysia"... konsep islam hadhari yang pak lah maksudkan ialah "untuk anak ku Nori, dan menantu Khairi"...

p/s: hapuskanlah budaya menang tanpa bertanding utk jawatan utama dlm UMNO... jika kita mau jadikan melayu bangsa bermaruah...