Saturday, October 17, 2009

Sekat Kemunculan Broker Kuasa Di Peringkat Negeri Dan Bahagian

Ruhanie Ahmad

Pindaan perlembagaan UMNO, terutama sekali mengenai kaedah baru pemilihan pucuk pimpinan parti dilakukan di peringkat cawangan, yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung UMNO semalam adalah perubahan yang perlu dilaksanakan dengan segera.

Ia akan memperbaiki kelemahan organisasi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti. Jika tidak UMNO akan terus dibelenggu oleh gejala politik wang dan akan kehilangan wibawa serta integritinya.

Perubahan ini perlu juga dilaksanakan dengan cekap, secara sistematik, dan lengkap dengan regulasi dan prosidur pencegahannya supaya kaedah baru ini pula tidak menimbulkan fenomena kelemahan yang baru di dalam parti.

Satu fenomena baru yang boleh wujud daripada kaedah pemilihan yang baru ini adalah perilaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan/atau Ketua UMNO Bahagian yang akan bertindak sebagai broker kuasa untuk menentukan calon manakah yang perlu disokong oleh warga UMNO akar umbi.

Ketua Perhubungan dan/atau Ketua UMNO Bahagian boleh menggunakan kuasa mereka dan menjual kuasa itu kepada calon-calon yang sanggup merasuah mereka.

Setelah dirasuah, Ketua Perhubungan dan/atau Ketua UMNO Bahagian terbabit pula akan menggunakan kuasa mereka untuk menekan warga UMNO cawangan supaya memilih calon pilihan Negeri atau Bahagian.

Jika ini berlaku, demokrasi tiada maknanya, Ketua Perhubungan dan/atau Ketua UMNO Bahagian akan menjadi broker kuasa dan gejala politik wang yang dulunya berleluasa di kalangan perwakilan ke perhimpunan agung UMNO akan berlaku pula secara meluas di peringkat Negeri dan/ atau peringkat Bahagian.

Gejala ini boleh berlaku jika kaedah baru pemilihan pucuk pimpinan UMNO ini tidak diurus dengan baik dan tidak pula digandingi dengan regulasi serta prosidur untuk mencegah penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Perhubungan dan/atau Ketua Bahagian.

Di sinilah sendi kelemahan paling utama kepada kaedah pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang baru diluluskan. Masalah ini perlu diatasi menerusi peraturan dan prosidur yang ketat. Peraturan serta prosidur ini pula perlu dikuatkuasakan dan dipantau secara bersih, cekap, dan amanah.

Dengan cara ini amalan rasuah sistemik dalam UMNO akan terhapus dan pengamal serta penerima rasuah sistemik ini pula akan terpinggir dengan sendirinya.

Hanya dengan ini sahaja akan tercipta satu norma,nilai serta budaya baru dalam UMNO yang kemudiannya menjadi pemacu serta pemangkin kepada kewujudan tamadun politik baru di tanah air tercinta ini.

22 comments:

pakbelalang said...

Saya cadangkan Ketua Perhubungan Negeri di mansuhkan dan digantikan dengan Ketua Perhubungan Kawasan Selatan, Tengah, Utara, Timur,dan Sabah.

Ketua Bahagian di tambah berganda lagi dan disusun semula. Tujuannya ialah untuk "dilute-kan" pengaruh Ketua Bahagian supaya jangan jadi "warlord" yang "dajal" !!

Setiap Bahagian di kurangkan jumlah cawangannya supaya Ketua Bahagian dapat mentabirkan Bahagian dengan baik.

Ini hanya cadangan sahaja mungkin cadangan saya ini tidak "practical".

the indie story said...

SYABASSS DAN TAHNIAH KEPADA NAJIB TUN RAZAK. Syabas kerana berani menjadi pemimpin yang handal, tidak takut kepada persaingan jawatan Presiden UMNO. Tahniah kerana berani membawa halatuju UMNO kearah Perubahan Besar. Baca lain...

Ekoran pemansuhan sistem kuota pencalonan untuk jawatan parti , termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Bukan senang hendak melaksanakan tindakan nekad sebegini. Baca lagi...

Dengan pemansuhan tersebut setidak-tidaknya Najib telah mendedahkan dirinya kepada satu kedudukan yang teramat-amat bahaya.

1) Kemungkinan besar beliau akan dicabar dimasa-masa hadapan tanpa ada lagi ‘Perlindungan Sakti’. Tangkal kebal Najib sudah dilucutkan. Sudah dibaling jauh-jauh. Berkemungkinan juga Najib takut mendatangkan syirik Kubra... heh!

2) Beliau akan dikenang dan diangka sebagai seorang Presiden UMNO yang berjiwa besar yang sanggup meletakkan kepentingan Demokrasi Parti daripada kepentaingan sendiri. Dengan ini sekurang-kurangnya imej hitam yang terpalit semenjak Kest Altantuya akan dilunturkan sedikit demi sedikit. Walauapaun Keberanian Najib masuk Gelangan Pertarungan telah membuktikan beliau sebagai Berpantang Maut Sebelum Ajal.

3) Masih ada Harapan untuk membersihkan amalan RASUAH didalam UMNO, yang mengikut prosedur parti. Sperti yang cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim satu masa dahulu. (kononnya)

Sila baca selebihnya di:

theindiestory.blogspot.com/

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Satu posting yang berani dan hitting the nail right on the head bak kata si-anglez!

Terima Kasih

Kepada Allah Berserah

Col Roseli said...

Saya percaya dan pasti bahawa senario baru ini akan melahirkan beberapa kelompok empayar dan warlord di peringkat bahagian hasil dari tajaan dari mereeka-mereka di peringkat Majlis Tertinggi dan kesan ekonomi nya akan dirasai oleh sluruh rakyat Malaysia.

Nasionalis said...

Proses macam ini boleh dijangka dan perlu dipantau.

Satu lagi kelemahan yang saya lihat. Untuk mempromosi sesuatu calun, mereka memerlukan sokongan media.

Untunglah siapa yang ada kawan media atau pegang jawatan dan diberi liputan media.

Satu cara UMNO boleh bantu adalah untuk beri maklumat profil rasmi calun berasaskan format sama dan maklumat yang dipersetujui calun.

Ini membelehkan pengundi membuat perbandingan.

Azman said...

Salam Datuk,

"Plausible" juga scenario yang Datuk utarakan itu.

Tetapi, saya berpendapat scenario tersebut adalah berbentuk "bottom-up" berbanding "top-down" yang diamalkan sekarang.

Bentuk "bottom-up" ini akan memberi klasifikasi jelas di antara "politik wang" (yang berbentuk top-down) kepada definisi "rasuah" yang sebenar-benarnya. Kita semua maklum bahawa kegiatan politik wang "top-down" mempunyai unsur-unsur "disguise" bagi si pengamalnya untuk melepaskan diri daripada dikenakan tindakan; dan sukar untuk disabitkan kesalahan.

Untuk menguatkan plausibility senario yang Datuk utarakan itu, eloklah juga Umno membuka sedikit ruang siasatan ke atas kes-kes sedemikian terus kepada pihak PDRM atau SPRM jika jawatan kuasa disiplin parti tidak mempunyai cukup bidang kuasa.

Jika Ketua-ketua Perhubungan atau Ketua-ketua Bahagian masih juga "berani" menerima rasuah atau melakukan penyalahgunaan kuasa, maka pihak akar umbi mempunyai banyak "avenues" untuk membuat laporan selain melaporkan kepada jawatankuasa disiplin parti.

Namun demikian, adalah begitu malang nasib Umno jika mereka-mereka yang memegang jawatan Ketua Perhubungan / Ketua Bahagian masih kepingin untuk melakukan rasuah!

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Al-Yasar said...

Salam,

Baguslah awal-awal lagi Datuk telah menduga apa yang mungkin berlaku.

Memang kalau rasuah sudah jadi budaya, tidak ada undang-undang, malah hukum agama, dapat mencegahnya. Lihatlah apa yang berlaku di sebuah negara jiran.

Saya sebenarnya belum yakin perubahan perlembagaan UMNO itu boleh menghapuskan politik wang dalam parti tersebut.

Unknown said...

UMNO akan pulih dari rasuah jika Ketua-Ketua Bahagian yang berperangai seperti "MALAON BESAR" dapat ditumbangkan dan digantikan dengan Ketua Bahagian yang baru.

Ketua Bahagianlah yang "hantunya" yang menyebab UMNO hampir terkubur.
Kebanyakan Ketua Bahagian boleh dianggap seperti "Ayah Pin" mentadbir negeri "Sky Kingdom".

Mika Angel-0 said...

SalamSejahteraAwang Selamat, Bung
(saya ini broker dari tanjung)


Good joke - kelakar bedah
sapertinya bedak sejuk mama pora!

Namun demikian, adalah begitu malang nasib Umno jika mereka-mereka yang memegang jawatan Ketua Perhubungan / Ketua Bahagian masih kepingin untuk melakukan rasuah!

Terima kasih.

Azman Mohd Isa


musim haji semakin hampir
- siapakah MT yang nasib baik mampir?

hisssssh!
siapa kata Ketua Bahagian kepinginan!
hissshhhhh! mengucap-mengucap
nanti si-isa mari dari bagan
tersenyum
dan dari blok menteri dalam negeri


Terima Kasih

kepada allah berserah

Pakteh said...

Salam,
bagi saya, kerana manusia dilahirkan mempunyai nafsu, pasti dan yakinlah, akan ada pihak yang cuba mencari kelemahan pada perubahan yang baru ini.
Saya percaya apa sahaja undang-undang akan diengkari kerana nafsu ini. Apa yang perlu disini ialah adakah masalah yang akan timbul nanti lebih teruk atau mampu mengurangkan masalah secara drastik. Mengikut ramalan pembuat dan penyokong perlembagaan baru ini, masalah politik wang akan dapat dibenteras.
Mungkin masalah lain akan timbul dan mungkin lagi 20 tahun, perlembagaan perlu dipinda lagi.
Bagi saya, inilah prosesnya....setiap masalah diatasi satu persatu dan percayalah....keupayaan manusia amat terhad untuk mewujudkan satu sistem yang benar-benar sempurna sehingga tidak ada cacat celanya.

pakbelalang said...

Ketua Bahagian boleh di KPIkan dengan berkesan jika ada machanism yang effective memantau aktiviti Bahagian mereka.

UMNO mesti menggunakan pengurusan pemasaran yang berkesan untuk menarik ahli-ahli minat masuk UMNO.

Umpamanya ahli-ahli baru mesti disambut (welcome) bukan sahaja dengan menghantar surat perakuan mengatakan bahawa mereka telah menjadi ahli UMNO tetapi mesti disertai dengan segala macam "sales kit" berhubung kait dengan faedah-faedah yang mereka akan terima sebagai ahli. Juga penerangan tentang pergerakan dan aktiviti UMNO mesti dijelaskan.

2. UMNO mesti hantar kad ahli yang menarik seperti "credit card" kepada ahli-ahli yang baru masuk sebagai tanda yang mereka telah menjadi ahli. Kalau boleh kad tersebut boleh digunakan sebagai "DEBIT CARD" untuk urusan membayar bil-bil dll.

3. Newsletter patut diedarkan tiap-tiap bulan kepada semua ahli-ahli UMNO supaya mereka sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti UMNO. Ini adalah yang paling berkesan sekali supaya ahli-ahli UMNO terasa "part of the family".

4. Kandungan newsletter jangan berkisar tentang hal politik sahaja tetapi aktivit sosial mesti diberi penekanan yang lebeh.

5. Aktiviti-aktiviti di Bahagian-Bahagian diseluruh negara hendaklah juga dimuatkan.

6. Semua ahli-ahli baru mesti diberi peluang menghadiri orientation programme atau seminar untuk merapatkan silaturrahim antara mereka.

7. Di Bahagian buatlah rombongan lawatan di negeri lain untuk merapatkan perpaduan antara ahli-ahli di Bahagian masing-masing.

8. Aktiviti sosial mesti di beri menekanan yang lebeh daripada aktiviti politik.

Tok Kemuning said...

Dukacita dilihat kesempatan sepenuhnya tidak diambil dalam melakukan perubahan perlembagaan UMNO ini untuk mengambil kajian daripada kejayaan sistem yang diamalkan oleh Parti Republican dan Parti Democrate di Amerika Syarikat.

Republican dan Democrate dapat betahan lebih daripada 250 tahun dengan amalan sistem pemilihan yang mereka amalkan. Sekiranya baik pada parti (bukan yang baik pada pemimpin parti sahaja) apa salahnya amalan mereka kita perkemaskan untuk hidup mati parti UMNO.

Selagi tidak ada amalan demokrasi yang sejati dalam parti maka selagi itulah apa sahaja pindaan perlembagaan yang dibuat tidak dapat lari dari pengaruh WANG untuk membeli KUASA.

Syarat 3 tahun menjadi ahli parti sebelum dapat bertanding adalah semata mata untuk MEMBELI hati para ketua bahagian. Tetapi yang pastinya sekurang kurangnya perubahan yang telah dicanang canangkan pastinya tidak akan berlaku seperti yang sebenarnya diinginkan oleh Premier Najib.

Yang pastinya dengan perubahan perlembagaan yang telah dibuat akan memimbulkan permasalahan yang baru yang pastinya kita pun tidak tahu akan magnitudenya.

Bayangkanlah sedangkan para pengundi dalam pilihanraya boleh dibeli apatah lagi hanya pemilihan agung UMNO.

Aminah Hamzah said...

Tahniah Dato Presiden, tapi dalam perubahan yg drastik Dato laksanakan ini mesti ada ketegasan. Jangan kira Ketua Perhubongan atau Ketua Bahagian, kalau mereka yg melencong mereka juga perlu dikenakan tindakan, jangan tunggu lame2 tapi seberape segera sekiranye didapati bersalaade kebenarannye.. Ape yg saya takuti kedua2 pihak pula yg berpeluang menjadi broker besar. Saya minta maaf kalau kata2 saya terlanjur, tetapi ini yg dilakukan oleh Anuar Pengkhianat Bangsa itu. Masa itu semua Ketua Bahagian ada 'Yearly Allowance" Kira2 bolih jadi milionair tapi duit panas. Panas tak panas kedudukan ketua bahagian teguh, bolih tahan lama. Saya tabik Dato atas tindakan Dato yang berani.

bulan said...

Datok yang berhormat, agak rasa sedeh bila mengetauhi sasuatu yang dilakukan dahulu cukup baik tetapi kini jadi tidak baik dan terpaksa diubah demi kepentingan bangsa dan negara kita untok terus berkembang dan maju.

Walau bagaimana pun saya ucapkan sabas kapada Datok Najib yang berani, tegas dalam membawa perubahan buat masa ini, bagi mengubati penyakit rasuah yang sedang bermaharaja lela. begitu juga pandangan iklas Datok yang cukap baik dari segenab arah kalau dapat diambil perhatian sacara mendalam.

Kaedah pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang baru diluluskan, memerlukan bersih, cekap, dan amanah berserta kawalan yang ketat . Siapakah mereka mereka ini yang bakal terpileh?. Sudah tentu mereka ini manusia biasa yang tidak sempurna. Sama ada mudah ke tidak,mereka mengikut pengaroh hitam dari pengaroh puteh berseh. Masa dan kaadaan akan menjawab. Dan ini juga tidak bererti memerangi kejahatan misti diberhentikan satelah perubahan dilakukan.

Rasa rasanya zaman dunia mengamal kapitalis, agak sukar untok menghapuskan politik wang kerana fahaman dan nilai nilai manusia zaman sekarang terbentok lebeh kaarah sukarela mengunakan pengaroh wang sacara sedar dengan tidak. Wang buat wang puncanya. Saumpama menerima sumbangan “Donation” yang tidak tahu halal haramnya atau ada udang disebalek batu. Bila sudah terima, ceritanya bertukar lagu. Ada ubi ada batas, orang berbudi kita kena balas. Sapatutnya Ada ubi ada batas orang berbudi, Tuhan saja yang balas. Si penerima juga si pemberi akan berlaku jujur, berseh dan amanah walaupun ta nampak faedah berbuat demikian tetapi percaya ada balasan juga dari Allah.

A.Rangkuti said...

Salam Datok.

Satu perkara lagi yang mesti dihapuskan diperingkat cawanagn dan bahagian ialah cara membuat pilihan ketua dan barisan AJKnya. UMNO mesti menjadikan peraturan bahawa pemilihan secara PAKEJ TIDAK DIBENARKAN. Pemilihan secara pakej ini ialah seorang ahli akan bangun dan membaca senarai nama-nama yang telah ditetapkan oleh orang-orang tertentu terlebih dahulu kemudian denagn serta merta seorang lagi akan bangun menyokong dan seterusnya ada pula orang yang akan mencadangkan cadnagn ditutp. Sekiranya cara pakej ini masih diamalkan maka UMNO pusat berhak membatalkan pemilihan tersebut.

Selalunya apabila ini terjadi ahli-ahli yang hadir ada yang terpinga-pinga dan menggelengkan kepala. Inilas salah satu lagi budaya UMNO dimasa lalu.

INI KALAU UMNO PUSAT BETUL-BETUL NAK BERUBAH. KALAU CAKAP LAIN BUAT LAIN, ENTAHLAH..........

wanbaki said...

Saya setuju denganPak Belalang. Parlemen Baling ada 200 cawangan lebig dan ahli melebihi 35000 orang. ini menyukarkan petadbiran.

sebenarnya Politik wang bukan bergantung kkepada perlembagaan. ia bergantung kepada diri sendiri. ahli UMNO cawangan yang bertanggung jawab sepenuhnya sekiranya politik wang ini masih berleluasa. Contohnya mudah....pilihlah ketua cawangan yang ada kredibiliti dan boleh dipercayai...dan pilih ketua bahagian yang tak beri rasuah..mudahkan???? jadi tepuk dada tanya iman sendiri...
Undang-undang dibuat untuk mencegah dan menghukum...mengedar dadah dihukum mati tetapi masih ada pengedar dadah... itu saja.....

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Pindaan perlembagaan UMNO adalah untuk memantapkan UMNO. Namun sekiranya politik wang telah menjadi satu budaya di kalangan warga UMNO, maka apa-apa pun pindaan dan perundangan adalah tidak bermakna.

Kalau warga UMNO ingin hayat UMNO ini diperpanjangkan sebagai tonggak parti pemerintah, maka semua warga UMNO mesti berubah.

Rakyat ingin mellihat sejauh mana UMNO telah berubah, tanpa perubahan besar kemungkinan UMNO akan ditolak pada PRU akan datang.

pakbelalang said...

UMNO mesti menggunakan pengurusan pemasaran yang berkesan untuk menarik ahli-ahli minat masuk UMNO.

Umpamanya ahli-ahli baru mesti disambut (welcome) bukan sahaja dengan menghantar surat perakuan mengatakan bahawa mereka telah menjadi ahli UMNO tetapi mesti disertakan senaskah Perlembagaan UMNO dan segala macam "sales kit" atau phamplets berhubung kait dengan faedah-faedah yang mereka akan terima sebagai ahli. Juga penerangan tentang pergerakan dan aktiviti UMNO mesti dijelaskan.

2. UMNO mesti hantar kad ahli yang menarik seperti bentuk "credit card" kepada ahli-ahli yang baru masuk sebagai tanda yang mereka telah menjadi ahli. Kalau boleh kad tersebut boleh digunakan sebagai "DEBIT CARD" untuk urusan membayar bil-bil dll.

3. Newsletter patut diedarkan tiap-tiap bulan kepada semua ahli-ahli UMNO supaya mereka sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti UMNO. Ini adalah yang paling berkesan sekali supaya ahli-ahli UMNO terasa "part of the family".

4. Kandungan newsletter jangan berkisar tentang hal politik sahaja tetapi aktivit sosial mesti diberi penekanan yang lebeh.

5. Aktiviti-aktiviti di Bahagian-Bahagian diseluruh negara hendaklah juga dimuatkan di dalam newsletter.

6. Semua ahli-ahli baru mesti diberi peluang menghadiri orientation programme atau seminar untuk merapatkan silaturrahim antara mereka.

7. Di Bahagian buatlah rombongan lawatan di negeri lain untuk merapatkan perpaduan antara ahli-ahli di Bahagian masing-masing.

8. Pemimpin besar UMNO mesti turun padang dan adakan perjumpaan ramah mesra dengan ahli-ahli.

9. Aktiviti sosial mesti di beri menekanan yang lebeh daripada aktiviti politik.

10.Permohonan jadi ahli melalui on-line hendaklah diiklankan selalu diakhbar.

11. Buat promosi cari ahli di shopping kompleks serta adakan booth information centre. Kalau boleh keahlian diluluskan serta merta. Ini boleh dibuat tanpa kerenah dengan menggunakan computer canggih.

12, Barulah dikatakan ada "PERUBAHAN" !!!!

13. Think outside the box.

tok iskandar said...

Broker atau beruk kera.Krisis di Perak menjadi bukti betapa UMNO x menghormati lunas demokrasi sehingga melahirkan 3 ekor katak.
rakyat jadi saksi sampai generasi akan datang.
1 Malaysia 2 Perak 3 Katak

Mohd Amini said...

Salam Dato.Kesan daripada pindaan Pelembagaan UMNO yang baru diluluskan amat dinanti dan ditunggu-tunggu bukan sahaja warga pendokong UMNO tetapi juga rakyat Malaysia yang benar-benar mengharapkan terhapusnya gejala 'politik wang'.Hilangnya wibawa dan hakisan integriti para pemimpin UMNO pada kaca mata dan penilaian rakyat adalah banyak berpunca darpada gejala ini.’Menjual Kuasa’ yang Dato jahirkan itu pasti akan berlaku bila tibanya pemilihan nanti.Tunggu dan lihat aje…..!

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Apa khabar!
Sudah lama saya baca posting broker ini. Waduh, sebenarnya saya agak kecewa tiada posting baru dari YBhg Dato'. Bab kampus semuanya bagus dengarnya. Alhamdulillah.

Jangan pula angin yang kurang baik datang bertandang di musim tengkujuh ini. Harapnya, bung sekeluarga sehat-sehat wal'afiat.
Ameen.

Salam Takzim

kuda hitam said...

assalamualikum.....
dato saya amat tertarik dengan tajuk sekat kemunculan broker kuasa peringkat negeri dan bahagian
saya melihat senario ini telah lama berlaku untuk kita menyekat bukanlah satu perkara yang mudah kerana unutk menyekat kemunculan mereka kita nharuslah menghujut kan satu pasukan untuk membentangkkan tentang perkara nie mungkin dengan cara ini dapat menyekat kemunculan mereka