Orang Negeri Sembilan adalah pengamal adat Minangkabau. Satu dari societal dictum atau madah serapah yang menggemblengkan kemuafakatan masyarakatanya ialah: bukit sama didaki, lurah sama dituruni; hati nyamuk sama dicicah, hati gajah sama dilapah; dan, kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.
Namun orang Melayu juga mempunyai bidal dan kata nasihat bahawa bila guruh berdentum di langit, air tempayan jangan curahkan; burung terbang jangan pipiskan lada; jong pecah, yu kenyang; dan, akibat nila setitik, rosak susu sebelanga!
Lantas, bagaimana agaknya madah serapah dan bidal kata ini akan dimanifestasikan di Bagan Pinang? Pengundi India yang jadi penentu dalam PRK ini memang bingung total untuk memahaminya. Para pengundi Melayu bagaimana rentaknya? --- Ruhanie Ahmad
Namun orang Melayu juga mempunyai bidal dan kata nasihat bahawa bila guruh berdentum di langit, air tempayan jangan curahkan; burung terbang jangan pipiskan lada; jong pecah, yu kenyang; dan, akibat nila setitik, rosak susu sebelanga!
Lantas, bagaimana agaknya madah serapah dan bidal kata ini akan dimanifestasikan di Bagan Pinang? Pengundi India yang jadi penentu dalam PRK ini memang bingung total untuk memahaminya. Para pengundi Melayu bagaimana rentaknya? --- Ruhanie Ahmad
8 comments:
Kalau rakyat mahukan perubahan, dalam PRK kali ini mereka mesti memberi kemenangan kepada calon PAS.
Mungkin hanya selepas kalah dalam 8PRK, UMNO/BN akan sedar bahawa mereka adalah perlu berubah dan perlu membuat perubahan yang sebenar dan bukan beretorik semata-mata.
mendedahkan bahawa dalam satu pertemuan di London pada sebelum 16 September 2008, Dr Yusof Qardawi telah menegaskan kpd TG Hadi Awang mengenai kesangsiannya terhadap Anwar Ibrahim, terutamanya apabila Rand Corporation & Smith Richardson Foundation mengesahkan penglibatan Anwar Ibrahim dlm strategi Amerika merosakkan Islam dgn tajaan dana Yahudi! Selepas itu, ramai dari kalangan pemimpin erdogan PAS, iaitu seperti Dr Hassan Ali, Dr Haron Din & Nasaruddin Mat Isa telah beralih arah berpaling tadah dari menyokong Anwar Ibrahim!
http://www.youtube.com/watch?v=PRzYG9vJXAQ
Salam Datuk,
Bagan Pinang tetap di kenang, melayu UMNO dan melayu PAS saing berenang, meraih sokongan bersenang lenang, mengharap undi bergunung ganang, walau calon UMNO yang di canang-canang, mungkin tuah calon PAS yang akan menang.
Wasalam.
Salam Dato'
Sebagai ahli umno, apa yg perlu kita jawab tentang pembesar umno yg terlibat dengan rasuah tapi tidak diambil tindakan oleh SPRM, polis dan AG. Dan yg paling terbaru perasuah ini di calonkan untuk bertanding di Bagan Pinang.MB dikekalkan di Melaka. Adakah ini bermakna lebih ramai lagi perasuah2 umnobn bakal dilantik menjadi calon di PRU13?
Adakah ini bermaksud Tan Sri Muhamad Taib, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Rustam Ali, Tengku(?) Adnan Mansor bakal dilatik semula menjadi calon PRU13?
Tidak boleh dinafikan ISA ada kekuatan yang tersendiri dan peribadi di Bagan Pinang. Memang kehendak orang sana mahukan ISA wakil mereka.
ISA memang kuat walaupun ada kes rasuah melekat pada dia. Tapi penduduk setempat tetap mahukan dia, mereka sanggup lupakan apa saja kerana ISA.
Macam Anuar Brahim di Permatang Pauh. Mereka tahu Anwar bukan pak syeh sangat bahkan lebih buas dari mereka, tapi mereka tetap mahukan dia. cinta itu buta..
Tapi ,jangka panjang akan merosakan imej parti. Kalau perasuah masih diangkat menjadi pemimpin, apa boleh diharapkan nanti untuk menjaga amanah negara.. itu pandangan generasi muda..natijahnya, parti akan rebah tersungkur menyembah bumi.
UMNO masih belum berubah...
saingan antara umno dan pas ni tak dak sapa yg utg melain golongan minoriti yg jadi penentu.aku pun pening kepala dgn umno dan pas berlumba2 nak pikat hati bukan melayu dan buat tawaran yg merugikan org melayu.aku rasa la ni org melayu perlu ada ngo melayu yg berkecuali dlm politik tapi lantang memperjuangkan hak org melayu dan boleh mempengaruhi undi dlm setiap pilihanraya.baru la umno dgn pas akan berebut bela melayu. kalau ngo2 melayu ni kuat org melayu tak kisah pas atau umno lagi mana2 yg memberi manfaat kpd melayu itu yg dpt sokongan padu.
Jampi serapah pun ada pengerasnya Dato'..!!!
Post a Comment