Friday, October 02, 2009

Peranan Masyarakat Sivil Membanteras Rasuah

Ruhanie Ahmad

Rasuah banyak jenisnya. Teroris dan penjenayah rentas sempadan amalkan rasuah sistemik (Nadelman 1993; Holmes 2007). Rasuah jenis ini disasarkan kepada pihak pembuat dasar, warga birokrat, pegawai penguatkuasa dan juga warga kehakiman di negara sasaran mereka.

Di kalangan pemimpin tinggi kerajaan ada rasuah yang dikategorikan sebagai rasuah struktural (Johnson 1995). Rasuah jenis ini pernah menggegarkan Jepun dalam tahun 1990-an.

Dalam siasah, ada rasuah politik yang disinonimkan dengan penagihan dadah (Perry 1997). Oleh sebab itulah rasuah jenis ini sering disebut dan diungkit-ungkit oleh rakyat jelata di sesebuah negara.

Secara umum, ada rasuah pasaran (influeance markets corruption) yang membabitkan pemimpin politik untuk memperolehi sumbangan secara sah atau sebaliknya. Ada rasuah kartel elit (elite cartel corruption) yang melibatkan sesetengah pihak dengan pelbagai sumber kuasa seperti tentera, birokrasi, perniagaan, dan parti politik.

Ada rasuah oligarki dan kelompok (oligarchy and clan corruption) yang menjurus kepada pertarungan antara segolongan pihak yang berkuasa dengan pihak yang berpengaruh untuk menggadaikan kuasa bagi memperolehi kekayaan peribadi; dan ada rasuah tokoh rasmi (official mogul corruption) yang memfokus kepada sesetengah pihak yang mempunyai pertalian politik untuk menghalalkan jenayah (Jonhston 2005).

Ada pihak menganggap rasuah boleh dikurang atau dimansuhkan dengan wujudnya kecekapan dalam sistem penyampaian awam dan juga kecekapan warga perkhidmatan awam. Maka timbullah macam-macam konsep ke arah ini---Bersih, Cekap, Amanah; Pelan Integriti Nasional, KPI dan NKRA.

Usaha-usaha ini semuanya baik. Tapi, rasuah hanya akan kurang atau mansuh bila pihak pemberi takut merasuah, dan pihak penerima takut dirasuah. Ini bermakna kecekapan tidak kena-mengena secara langsung dengan amalan rasuah. Hanya minda dan mentaliti yang bersih sahaja akan menghapuskan rasuah.

Persekitaran takutkan rasuah ini akan wujud jika semua rakyat di sesebuah negara komited untuk membanteas rasuah. Oleh itu perlu wujud banyak civil society mengenai pembanterasan rasuah. Civil society ini pula jangan main poilitik atau ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Jenayah rasuah boleh dihapuskan menerusi kebangkitan masyarakat sivil yang berani bersuara dan bertindak secara berwibawa dalam soal-soal anti-rasuah. ”Penyertaan masyarakat sivil diperlukan dalam pembanterasan rasuah kerana jenayah ini adalah sistemik. Oleh sebab itulah reformasi menghapuskan rasuah perlukan dukungan minat serta tenaga masyarakat” (Johnston 2007).

Ini kerana ”rasuah hanya akan terhapus jika pihak berkuasa yang bertanggungjawab membanteras rasuah tidak boleh dirasuah oleh sesiapa. Situasi seperti ini wujud jika badan berkuasa berkenaan mempunyai komitmen kepada misi perjuangan negara dan komitmen kepada profesionalisme kerjaya” (Benveniste 1997).

Pada waktu yang sama, ”warga perkhidmatan awam perlu mengamalkan sistem etika dan tanggungjawab moral yang murni. Mereka boleh mengamalkannya jika mereka menginsafi bahawa mereka berkhidmat untuk negara dan rakyat. Amalan ini sangat diutamakan dalam negara yang demokratik. Jika tidak, warga perkhidmatan awam akan dituduh mengamalkan birokrasi ala-Nazi yang mengorbankan kepentingan rakyat demi memenuhi matlamat birokrasi yang kejam” (Caiden et. al. 2001).

Tetapi, ”jika penjawat awam hanya menentingkan keselesaan peribadi, mereka akan berleluasa tanpa mengambilkira hak-hak rakyat serta integriti perlembagaan negaranya” (Dobel 1999).

Oleh sebab itu, rasuah wajar disekuritikan sebagai elemen keselamatan negara. Mereka yang memberi rasuah dan menerima rasuah perlu diheret ke mahkamah atas tuduhan menjejaskan keselamatan masyarakat, keselamatan insan dan keselamatan ekonomi sesebuah negara.

Dengan pensekuritian seperti ini, dan dengan wujudnya masyarakat sivil yang anti-rasuah, maka rasuah politik akan reda, rasuah sistemik akan kurang, rasuah sktuktural akan hilang. Lantas ramai-ramailah bangkit untuk mewujudkan pertubuhan sivil membanteras rasuah!

9 comments:

Al-Yasar said...

Salam,

Di negara kita civil society barangkali sukar berfungsi dengan berkesan kerana kerajaan dan negara adalah institusi yang sangat kuat.

Dalam negara yang masyarakatnya masih bermentaliti semi-feudal seperti negara kita, rasuah mungkin boleh dikurangkan jika pucuk pimpinan atau elit politik yang berkuasa mempunyai kekuatan dan keazaman untuk membanterasnya.

Keberkesanan peranan elit politik yang berkuasa ini dapat kita lihat di Indonesia pada masa ini.

Akan tetapi, jika pucuk pimpinan pun lemah dan tidak ada keazaman untuk membanteras rasuah, dan kerajaan dan negara pula merupakan institusi yang sangat kuat, peranan civil society mungkin tidaklah dapat diharapkan sangat.

zeme said...

Salam Datuk,

Saya tertarik dengan tajuk Datuk kali ini "Peranan Masyarakat Sivil Membanteras Rasuah". Apakah saranan ini boleh diajukan kepada pengundi-pengundi di Bagan Pinang agar lebih berperanan membanteras calon yang pernah dikaitkan dengan rasuah dari memimpin masyarakat? Jawapannya pasti ya, sekiranya masyarakat di Bagan Pinang mahu bersama-sama memberi signal membanteras kepimpinan rasuah.

Pemilihan calon UMNO (BN) yang pernah disabitkan dengan kesalahan politik wang meskipun di sokong oleh akar umbi parti, bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana secara natijahnya telah melanggar prinsip yang pernah diwar-warkan oleh kepimpinan tertinggi UMNO untuk meletakkan calon yang bersih. Tidak semestinya calon pilihan akar umbi yang telah terpalit dengan skandal rasuah boleh di terima oleh rakyat yang mengundi nanti.

Rakyat perlukan pemimpin yang bersih untuk memimpin, meskipun pemimpin itu menjadi pilhan akar umbi parti yang diwakilinya. BN mempertaruhkan maruah dan prinsip bukan kerana gerunkan hilang sokongan rakyat tidak memilih parti mereka tetapi lebih gerunkan ahli-ahli sendiri yang tidak menyokong.

Jadi usahlah parti UMNO bercakap soal kepimpinan bermaruah lagi sekiranya pemimpin yang telah terbukti terlibat dengan skandal di letak kembali untuk memimpin rakyat. Pemimpin yang tidak bersih untuk memimpin rakyat yang bersih sesuatu yang amat memalukan.

Sekiranya calon seumpama itu yang diletakkan di kawasan pilihraya saya, saya lebih rela memberi undi kepada calon yang masih bersih kerana saya tidak mahu bersubahat dengan kepimpinan yang telah terbukti tidak menjadikan gaya kepimpinan yang bersih, maka selama-lamanya politik akan tetap kotor.

Saya mulai malu menjadi ahli UMNO di mana kepimpinan tertinggi bercakap soal calon bersih bebas rasuah tetapi dalam masa yang sama meletakkan calon yang pernah tidak bersih. Jadi pokok pangkal parti UMNO itu sendiri sememangnya bukan hanya setakat tidak bersih malahan telah kotor untuk kini dan selamanya.

Wasalam.

abunawas said...

Mungkin langkah pertama adalah meimilih semula pemimpin2 yang ada ada rekod rasuah. Ini logika pencalonan mutakhir.

Hairan dan sungguh ajaib.

Abdul Azeez Abdul Rahim said...

EKSKLUSIF BERGAMBAR!.... Bukti Di Mana Rosmah Waktu Altantuya Dibunuh ...tolong sebarkan...hanya di bahagian bahasa Malaysia http://www.malaysia-instinct.com/english/

Unknown said...

membantaras rasuah perlukan peranan seluruh masyarakat.kita lihat bagaimana berjaya masyarakat dahulu menjadikan perbuatan makan daging babi dan minum arak menjijikan bahkan melihatnya pun ada yg termuntah.kalau kita hari ini bersama2 membentuk minta masyarakat kearah itu tanpa kepentingan lain insyaallah kita akan berjaya

mad said...

Abdul Azeez said:

"EKSKLUSIF BERGAMBAR!.... Bukti Di Mana Rosmah Waktu Altantuya Dibunuh ...tolong sebarkan...hanya di bahagian bahasa Malaysia http://www.malaysia-instinct.com/english/"


en abd azeez, pagi tadi website tu tak dapat akses tapi sekarang boleh pulak. yg hairannya gambar rosmah sudah hilang sedangkan kemarin sempat aku tengok gambar tu. nampaknya admin website tu dah kena sound oleh kdn sebab saudara advertise website dia kat sini. kah kah kah website pencacai bn sendiri pun dah kena warning oleh big bos dia. takde telor punye web pencacai bn. sebab itulah website pembangkang diminati ramai

Badr said...

Salam,

Masalah BESAR dengan masyarakat kita, rasuah dikalanngan orang politik (malangnya mereka inilah yang menjadi pemimpin negeri/ negara)seolah-olah TIDAK SALAH. Rasuah politik tidakpun disebut sebagai rasuah tetapi di"naik taraf" dan "dimurnikan" sebagai politik wang!!!

Dan yang paling jeleknya, orang-orang politik yang mengamalkan "politik wang" inilah yang banyak menunjangi kepimpinan negara dan seringkali bercakap mengenai hasrat "membanteras rasuah" dinegara kita.

tokjanggot said...

Datok,
Berbagai ikhtiar telah dan sedang dijalan,umpama mencari berbagai akar kayu yang mejarab untuk mengobati barah yang sedang merebak di dalam Bangsa Melayu,bangsaku. Sedikit sahaja dapat diobati-felda,felcra dan pelajaran,melalui DEB,sekadar membilang jari sahaja kejayaannya.Tetapi sekarang ada orang mahu menghapuskannya. Orang Melayu sendiri.Apa gilanya ini? Jikalau semuanya tidak menjadi, barangkali alamatnya sudah tiba masanya Bangsaku hendak......Maaf datok, hamba bergurau sahaja.Lain tiada apa-apa

tokjanggot said...

Salam,Datuk,
Cucu tupang lalu dan ingin singgah sebentar di rumah datuk.
Cucu tertarik juga dengan pengumuman YB Menteri Pelajaran untuk memberi imbuhan kepada sekolah cemerlang. Semua akan mendapat incentif secara pakage.Cuma cucu cadangkan pemberian award kepada guru besar dan pengetua hendaklah dibuat oleh guru-guru.Demikain juga award kepada mana-mana guru seharunya dibuat oleh guru-guru sendiri dan bukannya dari guru besar atau pengetua,bagi mengelak amalan pilih kasih.Pilih kasih adalah gejala rasuah. Maaf datuk, cucu ni lemah dan kurang dalam serba serbi.