Ruhanie Ahmad
Di bawah ini saya siarkan sebahagian kenyataan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dilaporkan oleh BERNAMA hari ini. Kata kunci dalam kenyataan beliau adalah “transformasi sikap, transformasi keahlian UMNO, dan pandangan 1Dunia.”
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini berharap pindaan perlembagaan yang dijadual dibentangkan pada perhimpunan agung khas UMNO Khamis ini turut menuntut perubahan sikap semua para perwakilan khususnya Pemuda.
''Saya istilahkan perhimpunan Pemuda dan perhimpunan agung sebagai satu perhimpunan transformasi di mana perubahan bukan hanya berlaku kepada peraturan dan undang-undang dalam perlembagaan tetapi juga melibatkan kompas politik kita.
''Harapan kita bahawa pindaan ini akan mendorong kepada seluruh keahlian terutama Pemuda UMNO untuk membuat transformasi sikap kita. Transformasi perlembagaan sahaja tidak mengubah segala-galanya dan kita perlu kepada transformasi keahlian itu sendiri,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di Menara Dato' Onn di sini.
Khairy berkata, mesyuarat hari ini juga menyentuh mengenai bagaimana Pemuda dapat memainkan peranan mereka dalam menjayakan gagasan 1Malaysia.
''Kita mesti mempunyai pandangan 1Dunia iaitu satu pandangan politik yang lebih terbuka yang boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Kita kena tunjuk kepimpinan Pemuda UMNO dan UMNO bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia,'' katanya.
Perkataan transformasi lazimnya membawa erti dan implikasi yang positif. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan “transformasi sikap”? Daripada pengamal politik wang menjadi penentang politik wang? Daripada pengamal kronisme kepada penentang kronisme? Daripada kodong dapat cincin jadi lilin membakar diri?
Apa pula maksud ”transformasi keahlian”? Daripada ahli UMNO yang boleh dirasuah kepada ahli pembenci rasuah? Daripada ahli yang menentingkan diri kepada ahli yang prihatin terhadap penderitaan rakyat? Daripada bergelumang dengan kepura-puraan jadi ahli yang jujur dan ikhlas kepada perjuangan parti?
Akhir sekali, apa ertinya ”pandangan 1Dunia”. Universalisme? Globalisme? Tidak payah cemburu dengan jiran yang berniat buruk terhadap negara? Meritokrasi? Demokrasi liberal? Liberal internasionalisme? Postmodernist? Konstruktivist? Beri betis, peha, dan semuanya kepada sesiapa sahaja bukan Melayu yang memintanya?
Bagaimanapun, sebelum banyak pihak ikut melalut dengan retorik dan lambongan idea bombastik yang indah kabar dari rupa, sama-samalah hayati sebahagian daripada Perlembagaan UMNO seperti berikut:
FASAL 3: ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
10 comments:
SELOKA BILA WAKIL RAKYAT BERTUANKAN KRONI DAN SUKU SAKAT
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Orang kampung menderita
Orang kampung makin ditindas
Orang kampung dianaktiri
Orang kampung susah nak makan
Orang kampung pun mula dok yakin…
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Rakyat hilang tok wakil
Rakyat jadi kacau bilau
Rakyat mula hentam kerajaan
Rakyat mula naik marah
Rakyat juga sakit hati
Rakyat mula buat onar
Rakyat hilang keyakinan
Rakyat dok nok pakoh parti lagi…
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Mahasiswa pulak sakit hati
Mahasiswa lancar demonstrasi
Mahasiswa makin radikal
Mahasiswa makin lantang bersuara
Mahasiswa pulak hentam kerajaan
Mahasiswa jadi kroni pembangkang
Mahasiswa dok nok kerajaan lagiiiii…
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Orang parti pun mula marah
Orang parti dok leh projek
Orang parti sakit hati
Orang parti angkat kaki
Orang parti pun dok nok kerajaan
Orang parti pun nok masuk pembangkang....
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Kerajaan BN pun akan BE END……..
PENA BERAPI: PRU 13 UMNO BEBAS
‘Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat'
http://mohfas7.blogspot.com
Dato
Salam Aidil Fitri.
Dato begitu berlapik mengkritik. Tetapi saya sokong pendapat Dato.
Bila baca teks ucapan KJ, betul-betul meluat. Dia cuma nak menunjuk pandai sedang hakikatnya masih menanam strategi untuk meraih sokongan dan berada di puncak kuasa. Bagi saya, perubahan yang perlu UMNO lakukan bermula dengan KJ sendiri. Ya, dia patut dipecat dan digantung keahlian UMNO kerana rasuah, menggunakan kuasa sewenang-wenangnya dan berada dibelakang semua kekhilafan yang belaku dalam negara sekarang. Bukankah dia Tok Dalang yang memainkan peranan utama menggerakkan tindakan dan dialog wayang kulit pelaku utama Pak Lah yang telah membawa kemusnahan yang bukan sedikit dalam negara - sosial, ekonomi, politik, strategi, hubungan global, imej dan banyak lagi yang tak tersebut.
Tindakan tegas dan berani harus dilakukan oleh PM untuk memastikan kesinambungan kekuasaan Melayu terus terpelihara. Isu TS Isa adalah gambaran jelas bahawa sokongan bawahan dan hubungan yang rapat dengan grassroot amat penting untuk mengembalikan sokongan kepada UMNO. Bukankan TS Isa adalah mangsa strategi dan scapegoat KJ? Jadi kemenangan dia adalah mesej kebangkitan tentangan kepada kuncu-kuncu KJ and Pak Lah, semua wakil rakyat dan menteri yang tak layak dan tidak sepatutnya berada di tempat mereka sekarang. Mereka tidak mendapat sokongan grassroot tetapi berada di tampuk kuasa kerana membodek pemerintah yang lama. Asas perjuangan UMNO tidak dihayati dan keperluan rakyat diabaikan. Rakyat bosan dengan watak-watak yang gila kuasa ini. Mereka perlu dibuang dan inilah perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO.
Faktor KJ adalah umpama barah. Dia harus dibuang sebelum merebak dan menjahanamkan semua machinery dalam UMNO, terutamanya sokongan rakyat kepada pemerintah, kalau UMNO benar-benar serius untuk berubah dan kembali meraih sokongan seperti dahulu.
UMNO need to "rise like a phoenix from the ashes" and leave the shit behind!
Terima kasih tuan atas pandangan ini. Saya pun baru faham maksudnya setelah membaca pandangan tuan ini. Sebelum ini saya turut terpengaruh dengan ucapan yang berdegar-degar itu dan apa yg bermain difikiran saya ialah UMNO akan berubah. UMNO akan jadi parti terbaik dalam dunia.
Salam Datuk. Saya lama tak main blog sebab sibuk cari rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga. Tapi bila Datuk sebut KJ minta orang UMNO termasuk saya buat transformasi diri saya naik panas. Dia tu sapa? Saya faham Datuk, the singer is not the song. Tapi dalam hal KJ dan UMNO ni memang semuanya jarang sangat betul. Dia antara punca kita semua kucar-kacir. Kalau sapa yang dah lupa kenang balik zaman Pak Lah dan Aras 4. Sapa di sebalik semua tu kalau tak KJ? Saya setuju kalau KJ transformasikan diri dia dulu sebelum nak ajak UMNO dan kita semua berubah kononnya. Yang penting bagi saya, UMNO balik ke pangkal jalan, kita selamat, UMNO selamat dan MALAYSIA selamat!
UMNO akan pulih kalau perkara-perkara ini dilakukan secara berani dan segera. 1. sapa-sapa yang ada kes politik wang undurkan diri dengan sekarela. Kalau dalam sebulan mereka tak undur, PECAT mereka. 2. Elemen perosak sepeti KJ kena dipecat. 3. PAU UMNO kali ini buat usul tergempar membenci politik wang dan rasuah.
Saya setuju dengan pandangan Datuk. Tak payah cakap banyak. Kalau tak transformasi, UNDUR DIRI HARI INI. Jangan jadi bodoh sombong dan pura-pura. UMNO kat kampung-kampungtak main politik dan tak mampu main politik wang. Cuma manusia muda macam dia yang jadi millionaire macam mi maggie je yang juara politik wang.
Salam.
Saya setuju dengan Mas dan Anakbentan. Muka KJ adalah muka "Sickening Face". Saya yakin benar salah satu sebab utama anak muida melayu menjauhkan diri dari UMNO adalah kerana KJ.Tapi pedihnya hati kerana presiden dan timbalannya masih memberi muka kepadanya.
Apakah Presiden dan Timbalan nya sanggup menggadaikan parti kerana takutkan orang seperti KJ. Atau menggadaikan parti kerena mengenangkan jasa Bapak Mertuanya. Apa jasa besar Pak Lah. Dialah PM yang paling singkat tempohnya.
Inilah masalah pemimpin UMNO masih tak berubah tetapi mereka mahu orang lain berubah. Mereka takut untuk mengambil tindakan keatas orang seperti KJ. Saya yakin kalau tindakan drastik dibuat terhadap KJ, ramai orang UMNO yang menyekong.
Apakah pemimpin UMNO sekarang telornya tinggal sebiji dan ada yang tak berbili lagi!?
Pemimpin UMNO sedah sampai masanya untuk menunjukkan bahawa mereka are damn serious dengan orang seperti KJ.
Jangan harap ahli nak berubah kalau pemimpin sendiri tak menunjukan perubahan mereka dengan jelas dan nyata.
Assalamualaikum.
Saya setuju dengan pendapat Datuk.YB Khairy mempunyai potensi,pandai berpidato dan pandai menarik perhatian.Tetapi dia juga harus berhati-hati ketika berbicara kerana silap hari bula akan menjadi senjata makan tuan.Harap YB Khairy bertaubat nasuha setelah disabit kesalahan politik wang.
Dear Sir and Readers,
Please do excuse me for posting something out of topic.
Please cast your vote for this survey:-
"SHOULD the British Overseas Citizen (BOC) BE OFFERED BACK Malaysian Citizenship ?"
at:-
http://tersenarai.blogspot.com/
(Alternatively, you can CLICK HERE TO VOTE)
Thank you for your time. I appreciate it.
Kenn
As a politician, terutamanya di pentas ucapan, kita harus melakukan persembahan. Persembahan yang baik akan mempersonakan penonton. jadi, kalau tidak kena di hati persembahan tersebut, angaplah ia satu persembahan sahaja dan tak lebih dari itu. Yang memilih adalah kita, yang boleh menjatuhkan juga adalah kita. Jadi , amanah lah bila pemimpin, tidak kira di peringkat mana pun. KJ tak boleh dipersalahkan sepenuhnya dalam politik wang, kerana tuntutan pemimpin yang memilih menjurus ke arah itu
Semuga UMNO atau parti mana pun yang memerintah akan memerintah dengan rasa tanggungjawab kepada Negara.
Post a Comment