Ruhanie Ahmad
Perhimpunan Agung Khas UMNO semalam memberikan kuasa kepada 146,500 warga UMNO akar umbi untuk memilih pemimpin parti di peringkat pusat. Ini satu perubahan radikal dan berani.
Syabas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberikan kepimpinan yang tegas untuk mengorak langkah pembaharuan ini.
Dengan itu terserahlah kepada warga UMNO akar umbi untuk memilih pucuk pimpinan parti secara bijaksana tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
Jika ini mampu dilakukan tanpa politik wang atau rangsangan kebendaan pastinya UMNO akan memiliki barisan pemimpin yang benar-benar kuat, berwibawa, dedikated, bersih dan amanah.
Bagaimanapun perubahan ini memerlukan satu sistem dan jentera pilihanraya UMNO yang telus, cekap, dan berkesan. Untuk itu UMNO wajar melantik satu badan bebas bagi mengendalikan sistem dan jentera berkenaan.
Kini eloklah warga UMNO yang telah jauh hati akibat kepincangan organisasi ini kembali ke pangkuan perjuangan parti untuk sama-sama memertabatkan semula wadah perjuangan ini.
Ini selaras dengan seruan najib supaya ”setiap pemimpin dan ahli UMNO bangkit menyalakan obor perubahan bagi memartabatkan perjuangan parti dengan keutamaan kepada kebajikan dan keperluan rakyat untuk membentuk kerajaan yang kuat serta stabil..”

8 comments:
Dato
Berita Harian menyiarkan logo 1Malaysia di mana keris Melayu telah dikontotkan.
Apa mesejnya? Adakah laungan PM untuk bangkit hanya rhetorik dan Ketuanan Melayu tidak lagi penting dan terpaksa akur dengan 1Malaysia?
Penubuhan SPR UMNO adalah cadangan yang perlu dilakukan segera oleh UMNO Malaysia untuk mengelakkan cerita-cerita baru yang boleh merosakkan sistem dan kaedah pemilihan baru yang diluluskan oleh PAU Khas UMNO semalam. Saya sokong Datuk.
Saya pun setuju. UMNO kena set up SPRnya cepat-cepat. Jika tidak semua cadangan Presiden yang baik ni akan masuk angina keluar asap.
SPR UMNO memang diperlukan. Saya cuma bimbang, sapa yang akan jadi Pengerusinya. Tokoh itu mestilah berwibawa tinggi. Saya cadangkan Tun Mahathir Mohamad jadi Pengerusi SPR UMNO. Ini kerana kalau SPR UMNO ni kuat ding-dong ding-dong, UMNO akhirnya akan rosak juga. Kalau Najib dan Muhyiddin betul-betul serius, lantik Tun Mahathir segera. Kalau boleh esok umumkan kepada seluruh warga UMNO di serata pelusuk tanah air....
Pertamanya, saya ucapkan jutaan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin. Ucapan mereka semala cukup menyuntik semangat orang UMNO macam saya. Saya pasti ramai lagi warga UMNO rasa macam saya. Hal SPR UMNO saya sangat-sangat setuju kalan Tun Mahathir jadi pengerusinya. Kisah KJ saya mintak Pemuda UMNO insaf yang ketua mereka ada kes politik wang. Lakukanlah apa yang sewajarnya.
Saya anak Johor. Saya baca komen-komen dalam akhbar-akhbar hari ini banyak yang betul. UMNO Malaysia kena pantau Ketua-Ketua Bahagian jangan sampai mereka semua naik tocang dan lepas ini jadi warlords memperniagakan undi yang ada dalam bahagian masing-masing. Ini bermakna waktu SPR UMNO jalankan kerja mereka, SPRM juga kena sama-sama pantau kalau-kalau ada ketua bahagian atau ajk bahagian yang ambil wang dari calon untuk lakukan block-voting dalam bahagian mereka. PASTIKAN INI DILAKUKAN KALAU UMNO MAHU SELAMAT.
UMNO adalah satu "vehicle" untuk memperjuangkan sebuah negara yang berdaulat. Yang membolehkan "vehicle" berkenaan mencapai matlamatnya adalah pemacunya. UMNO telah membuktikan bahawa ia adalah satu "vehicle" atau wadah yang baik, jadi apa yang di perlukan ialah pemandu yang baik. Pemandu UMNO ada di pelbagai peringkat. Yang seharusnya memulakannya dulu adalah pemandu yang tersohor iaitu presidennya. Kemudian Timbalan dan Naib2 presiden serta MKT nya. Politik wang tidak semestinya menerusi pemberian wang ringgit , tapi boleh di zahirkan menerusi apa jua yang boleh menggambarkan satu "pemberian" yang menunjukkan bahawa si pemberi mempunyai kekuatan kewangan melebihi dari pesaingnya, dan pemberian ini bertujuan mempengaruhi si penerima. Maka si penerima akan membuat apa2 keputusan bersandarkan "keupayaan" kewangan yg berkuasa atau yang mengintai keinginan untuk berkuasa.
Jadi, apakah sebenarnya yang di ajar dan di budayakan di Malaysia?
Kerajaan memerintah ( UMNO) berjaja1. Bahawa peruntukan pembangunan akan bertambah kiranya "kita" di berikan kuasa. Pembudayaan agihan wang kerajaan kepada kawasan2 yang menyokong di gembar gemburkan ke media massa menyebabkan yang berpendidikan melihat ini adalah pemberian dan pembelian kuasa menerusi politik wang
2.Di negeri2 pembangkang di ujudkan satu JKKP dalam mengurus wang kerajaan,menggantikan JKKK
dan lain2 pembudayaan bahawa menyokong akan di hadiahkan "kewangan".
UMNO membentuk budaya ini, dan budaya inilah yang harus dikikis dikalangan rakyat, maka rakyat yang terlibat dalam memandu "vehicle" UMNO ini akan dapat bertindak mengikut apa yang paling bail dalam memilih pemimpin.
Salam Perjuangan Dato'
Sepatutnya dahulu lagi kita sedar, kenapa perlu tunggu retak menunggu belah baru kita nak bangkit..apa-apapun setiap usaha pasti ada hasilnya..
Post a Comment