Tahniah kepada BN dan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad kerana menang besar dalam PRK DUN Bagan Pinang. Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berharap bahawa kemenangan BN di DUN Bagan Pinang menjadi titik permulaan dalam menjana perubahan berterusan dan percaya pengundi menyokong kepada kepimpinan dasar yang dilakukan oleh BN.
Tetapi, bagaimana dengan Ong Tee Keat dan MCA? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata, ”jawatankuasa pusat MCA perlu buat keputusan berdasarkan kepada resolusi yang telah diputuskan oleh perwakilan pada EGM Sabtu.”
Kemenangan Isa mahu dijadikan pembekal semangat kepada mana-mana pilihan raya di masa akan datang. Benarkah begitu? Bagaimana dengan kekalutan dalam MCA dan kegelabahan dalam MIC? Bolehkah ini dijadikan indikasi kepada masa depan BN yang kurang mantap jika kekalutan dan kegelabahan ini berlarutan?---Ruhanie Ahmad
3 comments:
Salam,
Tahniah kepada Isa Samad dan UMNO. Mengenai hasrat menjadikan kemenangan pilihanraya kecil itu sebagai pembekal/pembakar semangat UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang, rasanya kurang tepat. Kenapa saya kata kurang tepat? Sebab paling utama, tidak semua kawasan pilihanraya di negara ini ada hampir 40% undi POS (baca saja undi UMNO). Kalau tolak undi pos tu, ISA masih menang, tapi taklah sehebat mana!!
Yang jelas, kalau UMNO nak menang besar seperti itu lagi, pastikan disemua kawasan pilihanraya ada sekurang-kurangnya 40% undi POS. Bagaimana? Senang je, semua anggota tentera, polis, RELA, JKK, guru2, kakaitangan kerajaan, imam, bilal dan siak...semuanya kategorikan sebagai pengundi pos. Lepas tu, tau-tau je lah......
Salam Datuk,
1. Adakah Datuk dan pembaca semua telah baca 'Buku UMNO(wajah sebenar UMNO) tulisan Tan Sri Mohd Rahmat?
2. Jika belum, datanglah baca di Blog saya secara percuma. Tak perlu beli, membazirkan wang jer.
3. Blog saya: http://sukj.blogspot.com
Sdr Ruhanie Ahmad,
Tahniah, Tahniah
(Master in Poltical Science)
Soalan bonus untuk Datuk Ruhanie:
Apakah akan ada cerita MB Negeri Sembilan yang baru selepas Hassan dalam sedikit masa nanti?
Kenapa Tee Keat tidak berapa digemari selepas hal PKFZ?
Bagaimana agaknya pembaharuan dalam IMF mempengaruhi keadaan ekonomi global sekarang dan keadaan ekonomi tanahair kita dalam tempoh dua tahun yang akan datang?
(Lawak Hari Bodoh Labi)
HU: kesiankan Dato' ada orang singapura yang mencari rezeki untuk keluarganya, kerja siap bagus dan sempurna tetapi upah kerja tiada - cobaan!
HA: cobaan? hei! ini betul-betul la - orang asing tentu kena main punya lah sebab dia tidak ada kawan.
Post a Comment