Saturday, November 21, 2009

Peranan Whistleblowers Membanteras Rasuah


Ruhanie Ahmad

Malaysia akan memperkenalkan undang-undang anti-rasuah yang dikenali sebagai The Whistleblowers Act. Ini diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan belanjawannya tempohari.

Penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang ini membuktikan betapa seriusnya kepimpinan Najib terhadap usaha membanteras rasuah dan salahguna kuasa di Malaysia.

Undang-undang ini banyak manfaatnya. Satu: ia memberikan perlindungan serta kekebalan kepada rakyat jelata yang menyampaikan maklumat mengenai rasuah dan salahguna kuasa dalam sektor awam, swasta, dan sukarela.

Dua: perlindungan dan kekebalan diberikan supaya rakyat menyampaikan maklumat mengenai rasuah dan penyalahgunaan kuasa kepada media massa atau lain-lain agensi anti-rasuah tanpa takut dan bimbang.

Tiga: undang-undang ini mewujudkan persekitaran anti-rasuah yang lebih menggerunkan pihak yang cuba memberi rasuah dan menerima rasuah kerana tindakan mereka boleh dipantau oleh sesiapa sahaja dan pada setiap masa.

Empat: undang-undang ini memantapkan lagi undang-undang dan institusi anti-rasuah yang sudah wujud di Malaysia.

Lima: undang-undang ini dijangka mendorong kewujudan civil society anti-rasuah yang lebih komprehensif dan tidak berpaksikan politik.

Undang-undang Whistleblowers telah dikuatkuasakan di beberapa negara asing sejak bertahun lamanya. Keberkesanannya dicerminkan menerusi pengaplikasian beberapa peruntukan mengenai whistleblowers ke dalam peraturan syarikat, jabatan kerajaan, dan pertubuhan sukarela.

Contohnya, terdapat syarikat di India memaktubkan sebahagian undang-undang Whistleblower India ke dalam kod etika syarikatnya bagi membolehkan pekerjanya menerima perlindungan bila melaporkan salahlaku dan penyelewengan kepada pihak majikannya.

Di Amerika Syarikat, banyak jabatan kerajaan yang mewujudkan perlindungan whistleblowers dalam organisasi mereka sebagai strategi mencegah penyelewengan dan rasuah.

Di AS juga wujud National Whistleblowers Center (NWC) yang memantau whistleblowers (penyampai maklumat) yang cuba dianaiya oleh pihak yang didedahkan penyelewengannya.

Ini mencerminkan bahawa whistleblowers adalah golongan berpengaruh dalam mendedahkan perilaku negatif dalam sesebuah organisasi awam dan swasta.

Nota: Jutaan maaf kerana tidak membuat posting buat sekian lama akibat peperiksaan yang baru sahaja berakhir. Dalam posting akan datang akan saya paparkan perbezaan peranan whistleblowers dengan ombudsman dalam membanteras rasuah dan salahguna kuasa.

8 comments:

nakhoda said...

Selamat kembali berblogging Datuk. Moga-moga exam Datuk di UKM beroleh kecemerlangan. Saya tertarik dengan hasrat Najib perkenalkan undang-undang peniup wisel ini. Rakyat Malaysia perlu ambil peluang secara bertanggungjawab untuk menjadi pemberi dan penyalur maklumat kepada berkuasa mengenai amalan rasuah dan salahguna kuasa. Kita tak perlu lagi mengeluh dan melalak pasal sipolan tu rasuah atau salahgunakan kuasa. Dengan undang-undang peniup wisel ni kita salurkan maklumat yang kita ketahui kepada pihak berkuasa. Dengan cara ni kita mewujudkan sekitaran mencegah rasuah yang lebih menakutkan pelaku rasuah. Saya setuju dengan Datuk supaya kita tak main politik, fitnah atau prejudis bila menyalurkan maklumat. Kita buat dengan rasa tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

tagskie said...

hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

longkang said...

Terdapat sebuah buku karangan Shafie Noor (1990) yang bertajuk 'Dosa-Dosa Tengku Razaleigh'.

Di dalam buku itu ada disebut nama saudara, Ruhanie Ahmad, sebagai memberi sokongan kepada penulis itu menulis buku itu.

Apakah saudara ini anti-KuLi dan pro-Mahathir sejak dahulu lagi?

JantanGiler said...

1.Ada baik nya semua proses utk initiative pembangunan ekonomi melalui proses biasa kementerian dan tidak perlu 'kelulusan menteri'.
2 'Kelulusan menteri' selalu nya terpaksa akur kehendak 'price tag' yg ditentukan oleh proxy. Malah utk berjumpa menteri dikementerian terpaksa membayar harga kepada proxy yg berlegar legar di Putra Jaya atau di Parlimen.
3. PKFZ mungkim pada asal nya adalah initiative murni utk pembangunan ekonomi tetapi malang nya 'price tag' yg tinggi maka peneraju terpaksa akur kehendak pembuat keputusan.
4. Disebalik 'price tag', peneraju terpaksa menanugerah pula 'saham' syarikat** kepada proxy sipembuat keputusan, dan proxy ini tidak akan menanggung apa apa liabiliti jika berlaku kerugian.
**
Record pendaftaran perniagaan si peneraju mungkim mempunyai 80% saham. Tetapi realiti 60% saham telah pun berpindah milik ke 'proxy' menteri dgn pre-sign borang 49.

5. SPRM sepatut nya mengkaji sistem yg ada dimana amat terdedah kepada 'YB /yg berkuasa' dari melakukan ketidakamanah ini. SPRM sepatut nya mengkaji dan membaik pulih utk memastikan langkah langkah pencegahan ini tidak mempunyai ruang utk melakukan jenayah rasuah dalam semua proses terutama yg melibat pembangunan initiative ekonomi.

putera bentan said...

Akta ni nampaknya baik untuk rakyat. Tapi siapa yang akan bertindak kepada maklumat rasuah dan salah guna kuasa yang disalurkan oleh rakyat? Tidak mungkinkah elok diwujudkan satu lagi mekanisme antirasuah iaitu ombudsman yang popular di Eropah dan New Zealand? Mungkin Datuk boleh perincikan soal ombudsman ini untuk kepentingan pembaca KK. Salam hormat dan selamat berjuang.

azam said...

Pandangan Putera Bentan sangat logik. Perlu ada badan untuk urus dan bertindak terhadap maklumat daripada rakyat pasal rasuah dan penyelewengan kuasa. Kalau tak macam Datuk kata dalam Utusan Malaysia semalam, semua akan basi dan ditelan karenah birokrasi.

politica said...

Undang-undang ini tidak akan berjaya membanteras rasuah di Malaysia selagi ada puak berjiwa kotor yang akan menyalahgunakan penyaluran maklumat untuk memfitnahkan pihak yang dimusuhinya secara politik. Tapi, undang-undang ini sakan berjaya jika rakyat yang menyalurkan maklumat adalah gentleman, matang, dan jujur dengan tindakannya. Puak-puak tidak jujur yang menyalurkan maklumat palsu menerusi undang-undang ini mestilah ditangani secara tegas. Saya cadangkan kerajaan ambil ingatan mengenai hal ini supaya undang-undang ini betul-betul mantap, berkesan, dan tidak dieksploitasikan oleh puak pemfitnah.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,


Wee Weeeet!
(dunia pancaroba kepanasan)

Adakah ini bererti bahawa syarikat pembuat wisel akan laku sahamnya?

khabarkan ia

ataukah cerita referee di tanah atas angin jerman pun pandai
tiup wisel mereka?

dengarkan ia

dan apakah sekiranya kesalahan
henry itu bukan pesalah
dan referee tidak meniup wiselnya?

perhatikan ia

adakah kita negara maju
yang cerdik wisel dan iramanya?

si serigala bersiul-siulan


salam takzim