Tuesday, September 29, 2009

Bagan Pinang Dan Karenah Segelintir Elit India

Kebelakangan ini segelintir elit India Malaysia amat menduga kesabaran orang Melayu. Kelompok ini wujud dalam pertubuhan haram seperti Hindraf dan dalam pertubuhan halal seperti PKR dan MIC.

Segelintir elit Hindraf mengheret kerajaan hingga ke peringkat antarabangsa dengan tuduhan kononnya Perlembagaan Persekutuan adalah represif. Dua tiga kerat elit India PKR menayangkan kejagohannya di Dewan Undangan Negeri Perak. Seorang elit MIC amat gian untuk mengalungkan selipar jepun kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mengapa jadi begini? Mahu tunjuk biadap? Hendak jadi kurang ajar? Untuk tonjol dan pertahankan identiti? Atau bertujuan untuk menggelodakkan sentimen etnisiti supaya tercetus kebencian India-Melayu?

Tetapi, kerana segala-galanya dilihat dari kaca mata politik, maka layanan yang mereka terima juga cukup political. Biar orang Melayu marah, biar orang Melayu tersula jiwa, biar orang Melayu dendam kesumat, kesemua ini diketepikan demi politik!

Persoalannya di sini, adakah layanan yang politically friendly ini akan membawa keuntungan politik kepada pihak yang berkuasa? Bagaimana jika keuntungan ini dikaut oleh puak yang cuba hendak berkuasa?

Dan, adakah layanan yang cukup politically freindly ini akan akan membawa keuntungan relatif kepada BN di Bagan Pinang tidak lama lagi? Bukankah pengundi India dikatakan jadi faktor penentu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN tersebut?

Saya terlalu terbakar dengan gelagat segelintir elit India Malaysia sejak Disember 2007 bila pertubuhan haram bernama Hindraf berlagak besar kepala. Mereka pukul anggota polis. Tapi, ada elit Melayu bela mereka dan kes berkenaan pun langsai tanpa bicara. Saya cukup terguris dengan perilaku segelintir elit India PKR di Perak. Tapi ada lagi elit Melayu yang lintang pukang mempertahankannya. Saya amat terkedu dengan tebiat segelintir elit MIC dua tiga minggu yang lalu. Kali ini baru ada elit Melayu yang berani bersuara, waima sekadar melepaskan batuk di tangga!

Saya amat menantikan bagaimana agaknya segelintir elit India daripada ketiga-tiga kelompok ini akan mencorakkan pengundian kaum India dalam PRK Bagan Pinang kelak. Saya juga tertunggu-tunggu bagaimana agaknya elit Melayu akan menawan hati mereka!

Akhir sekali saya tegaskan: SAYA BUKAN RASIS. Bicara saya kali ini adalah bicara hati seorang anak Melayu yang menentang rasisme oleh segelintir elit India yang bertindak rasis di balik topeng keadilan dan kesaksamaan untuk mengukuhkan identiti mereka di Malaysia---identiti yang mereka perolehi menerusi sifat toleransi Melayu di era pra merdeka dan terus dipertahankan oleh orang Melayu hingga ke hari ini!-Ruhanie Ahmad

21 comments:

PAKCIK said...

biarkan mereka terjun dengan labu-labu...usah pedulikan mereka..makin dilayan, makin menjadi-jadi..semakin rosak..

buyung said...

PEMBESAR UMNO YG DAH JADI PENAKUT. SEMUANYA DAH JADI PENDIAM. YG BERJAWATAN TERUS MEMBISU.

Anonymous said...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

Anonymous said...

Pak Ron!!..jangan takut ngaku racist!!!.tanya sesiapa yang pernah kerja dibawah species ni,..puak mana yang paling racist.....mereka dah menguasai stor dan gudang diseluruh Malaysia.penoh dan gelap ngan species ni,,,..kaum lain tak ada chance langsung!!!..kena pulak dia jadi manager,..habis satu estate dibawa nya...bermulalah politik bodek membodek..sampai lingkup syarikat....mencuri pun kuat...pandai bodek dan bermuka2 punya pasai,lepas gitu aje....itupun orang kita masih tak sedar diri lagi!!!..masih nak beri muka kt taik adam nih!!!...tak tau apa nak jadi!!!

Semerah Padi said...

DS Najib dan orang India:-

"Having the ear of the Prime Minister is a major boon for the Makkal Sakti Party which has asked Najib to act on three main areas of concern for the Indians.

These are turning all 543 Tamil schools into fully-aided schools, 10 per cent Indian recruitment in the civil service and at all levels and socio-economic help to uplift the Indian urban poor.

Thanenthiran said Najib told them to give him two years to act on these issues. “You all watch what I do,” Najib told them, according to Thanenthiran."
(Petikan dari MI)

Satu lagi komen pembaca yang diutarakan kepada PM semasa blog 1 Malaysia berwajah baru dgn bahasa tamil :-

"antubasa: Wajah-wajah bahasa
Di bawah Perlembagaan, telah dimaktubkan kaum-kaum ini:-

1. Orang Asli
2. Orang Melayu
3. Bumiputera Sabah
4. Bumiputera Sarawak
5. Kaum-kaum lain.

Dipadankan dgn bahasa, blog Dato' Seri ini mengutamakan bahasa Inggeris (Bahasa Kedua), drp. Bahasa Kebangsaan. Kaum-kaum lain (bahasa china & tamil) di utamakan drp Org Asli, Bumiputera Sabah & Sarawak. Oleh itu, dari segi penggunaan bahasa, blog 1-Malaysia ini patut juga mempunyai wajah yang mencerminkan bahasa-bahasa kaum Asli & Bumiputera ini! (banyak tu!)

Memetik tulisan Prof. Khoo Kay Kim:-

".... “mother tongue” is a misunderstood term. Mother tongue “should be the language used by members of a particular family, not the language used by a nation.” .... Therefore, Tamil is not the "mother tongue" of every Indian. The Bengalis, Punjabis, Malayalis and Telegus have their own "mother tongues". In Sarawak and Sabah, the indigenous people have numerous "mother tongues"."

Apa pendapat Dato Seri?"


(Petikan di sini)

Sebagai ORANG MALAYSIA, saya tidak faham dengan tindak tanduk Najib.

"Negara ini Negara Malaysia, bukan China atau India"

Semerah Padi

Me? said...

saya amat bersetuju dgn MAT, umpama seladang - letak di depan kita dia menendang, letak di belakang kita dia menyondol..kalau diberi muka - tu la padahnya.

Adakah pentadbiran Najib akan kecundang dengan permintaan 7% kumpulan penduduk MAlaysia ini.

BEnarkan/bantu/berikan jalan supaya HINDRAF berjaya menuntut dari Kerajaan British membawa semua mereka ke UK.

Al-Yasar said...

Salam,

Bolehkah apa yang dikatakan "karenah segelintir elit India" ini kita lihat dengan pandangan yang lebih "jernih"? Misalnya, adakah mereka semata-mata menuntut hak mereka dan memperjuangkan hak mereka, ataupun mereka mahu merampas hak kaum lain (khasnya bangsa Melayu?

Kalau mereka semata-mata memperjuangkan hak mereka dan menuntut apa yang mereka anggap sebagai "keadilan", adakah itu satu kesalahan?

Dalam sebuah negara berbilang kaum, barangkali tidak salah setiap kaum itu memperjuangkan hak dan kepentingan kaum masing-masing.

Jadi apa masalahnya?

admin said...

kekandaku ron
kami sekian lama menunggu antologi sajakmu. mungkinkah berhenti sejenak mengumpul demi nusa bangsa?
ladin nuawi

MAHANOR SALEHA said...

Bro Ron,
paling menyakitkan kita ialah apabila kita bercakap mengenai hak kita maka berhambrulah kata-kata bahawa kita mengamalkan pola pemikiran perkauman. Apabila orang lain mengkritik kita keterlaluan, maka semacam tidak diberikan peluang membela diri, kerana kita adalah species yang sentiasa berkata dalam kepompong perkauman. Itulah watak sebahagian daripada pemimpin kita sendiri yang sudah banyak termakan pesona diri, takutkan termuntah sendiri. Walau apa pun, syukurlah ada juga antara kita yang berani bersuara, yang terlalu jagakan ironi diri dia akan tenggelam akhirnya, kerana sifat tidak sedarkan diri itulah sendiri yang bakal menghancurkan....selamat hari raya

malaysianforex said...

jangan terus dikongkong dengan isu atau pemikiran perkauman dan bangsa. Ubahlah pemikiran dan pemerhatian politik dari sudut agama Islam kerana Islam itu ada pada semua kaum dan bangsa.

Selagi percakapan berliurkan kaum dan bangsa ia masih dianggap perkauman meskipun penafian dibuat bahawa ia bukan rasis.

Belajarlah melihat dan berpolitik dari sudut agama. Agama Islam mesti di atas segalanya dalam politik bukan BANGSA

mn said...

Salam aidil fitri Datuk,

1. Datuk, saya nak tanya Datuk 2 soalan.

2. Pertama, apakah pandangan Datuk bila Isa Samad dipilih jadi calon UMNO di Bagan Pinang. Sedangkan Isa Samad itu suci dalam debu?

3. Kedua, jika begitu antara slogan "1MALAYSIA" oleh Najib dan blog saya "1MALAYSIA LINGKUP", yang mana satukah yang lebih jelas dan relevan?

4. kah kah kah...'1MALAYSIA' kena tipu. Last sekali "1MALAYSIA LINGKUP"...kah kah kah

http://sukj.blogspot.com

cakapsiang said...

Datuk Ron,
Saya juga seorang Melayu dan saya juga seorang RACIST apabila memperkatakan hak orang melayu di Tanah Melayu ini. Dan saya rasa berhak untuk menjadi RACIST bagi mempertahankan hak kita sendiri.

awangpendang said...

APA salahnya kalau kita racist ? Mereka mereka sejak lahir sudah terbenam didalam benak hati anti melayu....kita yang lembut dan lembik.
Dalam sektor swasta melayu ditekan dibalun dihina sejak sekian lama. Majoriti melayu jadi drebar, pembancuh tea, kerani cabuk saja...executi level dibolot kaum mereka saja...

AKU extremely racist...kalau boleh muka muka mereka patut dihumban kelaut dan balik ke negara asal mereka.

Ramai yang mengidam berulangnya 13 may !

Mat Jebon said...

Salam Dato',

Manusia tak kira apa jua kaum bertindak dgn bersebab. Punca utama nya ialah kegagalan perlaksanaan DEB membasmi kemiskinan kalangan rakyat malaysia semua kaum. DEB telah diselewengkan oleh pembesar2 umnobn dan hanya menguntungkan segelintir manusia yg berkuasa.

Pembesar2 umnobn boleh menafikan dgn pelbagai alasan tapi rakyat melihat dan sedang merasainya.

Shahaniq said...

Terima kasih Datuk Ron, diatas kesudian jelaskan pekara ini. Puncanya Pemimpin UMNO ynag TAKUT pada Hindu ni tak pandai guna KUASA yang ada dan PENGECUT tunduk pada MCA yang mahukan di HAPUS kan Kementerian Pembangunan Usahawan. Sekarang ni nak ujudkan Asrama !Malaysia. Apa bodohnya kan sekolah wawasan pun dah DEGIL tak nak masuk sekolah tu. Mana dia Pelajurit MIC/MCA. Semua ini SALH pemimpim UMNO yang DAYUS, hanya nak kenyang perut aje.Semua Pimpinan Bahagian mewah TAPI tak bekerja TAK percaya lagi,

Shahaniq said...

Taniah Pak Ron. Species Pak hitam memeng tak sedar di untung. TAPi pemimmin UMNo yang berkuasa AMBIL lah tindakan JANGAN jadi penakut dan diam aje. Pasal Projek semua pemimpin UMNO pandai. Semua AJK bahagian dah kaya. MCA batuk TAKUt semua sampai tutup Kementerian. Skrg 1Malaysia Asrama pula. Sekolah Wawasan pun punah. Ini semua UMNO yang berlembut cuma keras bila ada maasuuukkk..........????

Unknown said...

Salam Dato'

Hari ini mana ada manusia yang tidak racist? Semua orang ada sikap ini. Bezanya, ada yang tidak segan silu mengaku 'racist'. Ada yang malu atau takut nak mengaku lalu hidup dalam kepura-puraan.

Cuma orang politik baik BN atau PR memang tebal muka, terlalu beri muka, talam 2 muka dan banyak bermuka-muka. Memang malang nasib rakyat Malaysia yang mempunyai para pemimpin yang sebegini.

H1N1 = Hindraf 1, Najib pun 1.

Apa pun, masih ada saki-baki raya, salam lebaran diucapkan buat Dato dan pengunjung kudakepang.

wa ya sin said...

Salam Datok Ron,
Senang cerita bikin calon PR berdasar kepada population race. Kalu geng india tak berapa ramai maka calon PR india 2-3 orang sajalah. Bertanding di kawasan India lah tengok apa akan jadi. So dia akan jadi reti bahasalah .. geng depa ni tidak ramai tak perlu jadi jaguhlah tak perlu nak tunjuk herolah. Pooodah Tuk Sami Besar (Samy Value) pun boleh bungkuslah kasi susah orang saja.

Radio buruk 007 fm said...

Itu sebenarnya memang mentaliti Melayu. Bila nak dapatkan sokongan kaum lain (India misalnya), beri macam-macam sehingga mengurangkan hak bangsa sendiripun takpe. Biar penyokong sendiri terabai atau sakit hatipun takpe.Begitu juga dengan permintaan bangsa lain. Tak kira pemimpin melayu tu dari parti mana..UMNO, PKR atau PAS sama sahaja...yang kenyang tetap orang lain, sedangkan orang sendiri ramai yang kelaparan. Habis camna...

wajahitam said...

apa yang umno lakukan selama ini.....
sibuk mengumpul harta...
hampir 2 dekad memerintah..
fikirlan la....
jangan sibuk salahkan orang lain!!

Unknown said...

menyuarakan hak kita tu bukan rasis tapi tanggungjawap, wal hal yg lantang berjuang dan dihina tak dpt banyak manfaat pun yg menghina perjuangan tu pulak yg kenyang dpt makan dari kiri dan kanan.jangan pertikaikan perjuangan atas nama bangsa atau agama hanya org tiada darah perjuangan saja akan berdalih2 dlm hal ni.krn di m'sia perjuangan melayu tidak membawa kehancuran kpd islam tapi hari perjuangan atas nama islam pulak membawa kehancuran kpd melayu dan islam, 2in1.kesimpulannya org melayu dan islam kena bersatu org kafir tak akan setuju dgn kita.perjuangan melayu kuat mereka kata rasis, perjuangan islam kuat mereka kata pengganas kalau kita tak sedar kita akan dijajah sekali lagi dan mungkin ratusan tahun lagi belum tentu kita akan merdeka.